metodologi penulisan kitab al-waraqĀt...

11
METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT KARANGAN IMĀM AL-ARAMAYN AL-JUWAYNI Muhamad Waqiyuddin Md Rofiee Mohammad Zaini Yahaya ABSTRAK Kitab al-Waraqāt karangan Imām al-aramayn al-Juwayni merupakan antara matan bagi ilmu usul fiqh. Walaupun ia hanya terdiri daripada beberapa helaian, namun ia mendapat perhatian para ulamak termasuk di Nusantara ini. Justeru, kertas kerja ini akan menganalisis metodologi penulisan yang digunakan dalam kitab al-Waraqāt ini. Di samping itu, kajian ini akan melihat secara ringkas latar belakang Imām al - aramayn al-Juwayniy serta kitab beliau al-Waraqāt. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Hasil kajian ini ialah dapat mengenal pasti metodologi yang digunakan dalam kitab al-Waraqāt itu, antara lain, ia mengemukakan definisi beberapa bab usul fiqh secara ringkas, perbincangan setiap bab yang dikemukakan, pendedahan kepada pelbagai pendapat lain dan penggunaan contoh dalam bab-bab tertentu sahaja. Kajian ini akhirnya mendapati metodologi penulisan yang digunakan oleh pengarang ini amat bersesuaian bagi para pelajar di peringkat permulaan dalam pembelajaran ilmu usul fiqh. PENGENALAN Imam al-aramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat pada zamannya, bahkan sehingga kini kitab-kitab karangan beliau sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai ilmu yang diceburinya. Ilmu Fiqh adalah antara ilmu yang beliau amat mendalaminya dalam mempelajarinya sehinggakan beliau telah mengarang sebuah kitab fiqh bagi mazhab Shafi c i iaitu Nihāyat al-Maṭlab fi Dirāsah al-Madhhab (Muammad al-Zuayliy,1992, hlm. 61). Imām al-Nawāwiy menganggap bahawa kitab Nihāyat al-Malab ini adalah salah satu daripada empat buah kitab asas bagi Mazhab Shafi c i. Begitu juga apa yang telah diungkapkan oleh Ibn ajar al-Haytamiy bahawa sejak kitab ini dikarang, manusia sentiasa merujuk kepada pendapat Imām al -aramayn ( c Abd al- c Aim al-Dib, 2007, jilid al-Muqaddimāt, hlm. 36). Antara ilmu lain yang dipelajari beliau secara mendalam adalah ilmu usul fiqh dan kemudiannya ilmu ini telah dikembangkan oleh anak muridnya yang terkenal iaitu Imām al-Ghazāliy ( c Abd al- c Aim al-Dib, 1981, hlm. 139 - 141). Antara kitab usul fiqh beliau yang terkenal adalah kitab al-Burhān sehinggakan Ibn Khaldūn menyatakan bahawa kitab al-Burhān yang dikarang oleh Imam al-aramayn al- Juwayniy ini adalah antara kitab terbaik yang dihasilkan oleh ulama’ kalām selain kitab al-Mustafa oleh Imam al-Ghazāliy (Ibn Khaldūn, t.th., hlm. 508). PERMASALAHAN KAJIAN Kitab al-Waraqāt merupakan salah satu kitab usul fiqh karangan Imām al-aramayn al-Juwayniy. Ia hanya terdiri daripada beberapa helaian sahaja yang membicarakan bab-bab ilmu usul fiqh. Begitupun kita mendapati para ulamak menjadikan kitab al- Waraqāt ini sebagai asas untuk mereka membahaskan ilmu usul fiqh dengan

Upload: leduong

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT KARANGAN IMĀM

AL-ḤARAMAYN AL-JUWAYNI

Muhamad Waqiyuddin Md Rofiee

Mohammad Zaini Yahaya

ABSTRAK

Kitab al-Waraqāt karangan Imām al-Ḥaramayn al-Juwayni merupakan antara matan

bagi ilmu usul fiqh. Walaupun ia hanya terdiri daripada beberapa helaian, namun ia

mendapat perhatian para ulamak termasuk di Nusantara ini. Justeru, kertas kerja ini

akan menganalisis metodologi penulisan yang digunakan dalam kitab al-Waraqāt ini.

Di samping itu, kajian ini akan melihat secara ringkas latar belakang Imām al-

Ḥaramayn al-Juwayniy serta kitab beliau al-Waraqāt. Kajian ini merupakan sebuah

kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Hasil kajian ini ialah dapat mengenal pasti

metodologi yang digunakan dalam kitab al-Waraqāt itu, antara lain, ia

mengemukakan definisi beberapa bab usul fiqh secara ringkas, perbincangan setiap

bab yang dikemukakan, pendedahan kepada pelbagai pendapat lain dan penggunaan

contoh dalam bab-bab tertentu sahaja. Kajian ini akhirnya mendapati metodologi

penulisan yang digunakan oleh pengarang ini amat bersesuaian bagi para pelajar di

peringkat permulaan dalam pembelajaran ilmu usul fiqh.

PENGENALAN

Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat pada zamannya,

bahkan sehingga kini kitab-kitab karangan beliau sentiasa menjadi rujukan dalam

pelbagai ilmu yang diceburinya.

Ilmu Fiqh adalah antara ilmu yang beliau amat mendalaminya dalam mempelajarinya

sehinggakan beliau telah mengarang sebuah kitab fiqh bagi mazhab Shafici iaitu

Nihāyat al-Maṭlab fi Dirāsah al-Madhhab (Muḥammad al-Zuḥayliy,1992, hlm. 61).

Imām al-Nawāwiy menganggap bahawa kitab Nihāyat al-Maṭlab ini adalah salah satu

daripada empat buah kitab asas bagi Mazhab Shafici. Begitu juga apa yang telah

diungkapkan oleh Ibn Ḥajar al-Haytamiy bahawa sejak kitab ini dikarang, manusia

sentiasa merujuk kepada pendapat Imām al-Ḥaramayn (cAbd al-

cAẓim al-Dib, 2007,

jilid al-Muqaddimāt, hlm. 36).

Antara ilmu lain yang dipelajari beliau secara mendalam adalah ilmu usul fiqh dan

kemudiannya ilmu ini telah dikembangkan oleh anak muridnya yang terkenal iaitu

Imām al-Ghazāliy (cAbd al-

cAẓim al-Dib, 1981, hlm. 139 - 141). Antara kitab usul

fiqh beliau yang terkenal adalah kitab al-Burhān sehinggakan Ibn Khaldūn

menyatakan bahawa kitab al-Burhān yang dikarang oleh Imam al-Ḥaramayn al-

Juwayniy ini adalah antara kitab terbaik yang dihasilkan oleh ulama’ kalām selain

kitab al-Mustaṣfa oleh Imam al-Ghazāliy (Ibn Khaldūn, t.th., hlm. 508).

PERMASALAHAN KAJIAN

Kitab al-Waraqāt merupakan salah satu kitab usul fiqh karangan Imām al-Ḥaramayn

al-Juwayniy. Ia hanya terdiri daripada beberapa helaian sahaja yang membicarakan

bab-bab ilmu usul fiqh. Begitupun kita mendapati para ulamak menjadikan kitab al-

Waraqāt ini sebagai asas untuk mereka membahaskan ilmu usul fiqh dengan

Page 2: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

27

mensyarahkan kitab ini dengan lebih terperinci (Sārah Shāfi al-Hājiriy, 1997, hlm.

28). Antara ulamak yang mensyarahkan kitab ini ialah Shaykh Jalāl al-Din al-

Maḥalliy, Shaykh Tāj al-Din al-Firkāḥ, Shaykh Ṣāliḥ al-Fawzān, Shaykh Shams al-

Din al-Maridiniy al-Shāficiy, Shaykh Kamāl al-Din dan lain-lain lagi.

Begitu juga di Nusantara ini khususnya di Malaysia yang menjadikan kitab al-

Waraqāt ini sebagai asas permulaan bagi para pelajar dalam mempelajari ilmu usul

fiqh di beberapa institusi pendidikan agama. Antaranya ialah di Pondok Yala Pattani

(Abu Hatim, 2012), di Pondok al-Falahiyyah Terengganu (Nik Muhammad Nasri,

2009), di pondok-pondok sekitar Negeri Kelantan (L Haji Abdullah, 2011, hlm. 2196)

dan juga di beberapa sekolah agama di Malaysia ini seperti yang telah dipelajari oleh

penulis sendiri. Semua ini menunjukkan betapa pentingnya kitab al-Waraqāt untuk

dipelajari bagi sesiapa yang baru mula belajar ilmu usul fiqh sebagai asas permulaan

seperti yang digalakkan oleh Ahmad Fauwaz Fadzil (2013, isu 17, hlm. 65).

Oleh demikian, mengapakah kitab ini dijadikan asas pembelajaran bagi ilmu usul fiqh

di pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama, sedangkan ia hanyalah terdiri daripada

beberapa helaian kertas sahaja. Mungkinkah ia mempunyai metodologi penulisan

tersendiri yang telah menarik perhatian para ulamak untuk mensyarahkannya. Justeru

metodologi penulisan inilah yang ingin dikaji oleh penulis bagi merungkaikan apakah

keistimewaan penulisan kitab al-Waraqāt ini.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif iaitu berbentuk kajian kes dengan

menjadikan kitab al-Waraqāt sebagai sampel. Pengumpulan data akan dilakukan

melalui kaedah analisis dokumen terhadap beberapa buah kitab sama ada ia diperolehi

daripada perpustakaan ataupun laman sesawang. Seterusnya semua data ini akan

dianalisis menggunakan kaedah deskriptif.

TINJAUAN LITERATUR

Pendirian Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy amat jelas diterangkan secara umumnya

oleh cAbd al-

cAẓim al-Dib (2013) berpandukan kepada kitab usul fiqh beliau yang

terkenal iaitu kitab al-Burhān. Kitab ini mengandungi pemikiran beliau yang sangat

mendalam dalam ilmu usul fiqh yang menjadi sumber para ulamak syafie. Terdapat

beberapa pendapat beliau yang berselisihan dengan guru beliau Imām al-Bāqilāniy,

bahkan dengan Imām Syafie sendiri (Ibrāhim Kāfi 1999). Menurut cAbd al-Wahhāb

Sulaymān (1999), Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy menukilkan dalam kitab al-

Burhān bahawa ulamak usul fiqh tidak boleh membahaskan mengikut satu cara

sahaja, akan tetapi dengan pelbagai cara tanpa cenderung kepada sesuatu mazhab. Ini

menunjukkan bahawa beliau tidak terikat kepada mazhab fiqh beliau iaitu mazhab

syafie dalam membahaskan ilmu usul fiqh.

Perbincangan lebih khusus lagi adalah pendirian Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy di

dalam permasalahan maslahah ataupun al-istiṣlāḥ. Menurut cAbd al-Ḥakim

(1999),Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy mengharuskan penggunaan maslahah

sekiranya disandarkan kepada dalil-dalil syarak. Ini juga diperakui oleh Nawir

Yuslem (1999) dalam tesis doktor falsafah bertajuk Konsep Maslahah dalam

Pemikiran Usul Fiqh Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy sebagaimana terdapat dalam

Kitab al-Burhān fi Uṣūl al-Fiqh.

Page 3: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

28

Segala pemikiran serta pendapat Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy ini dinukilkan

dengan bersandarkan kepada kitab al-Burhān. Walaupun ia hanya didasarkan kepada

satu kitab beliau sahaja, ia juga merangkumi kitab-kitab usul fiqh beliau yang lain

iaitu kitab al-Talkhiṣ dan kitab al-Waraqāt.

Adapun dari sudut penulisan Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy, penulis tidak

mendapati kajian yang ditumpukan kepada metodologi penulisan beliau. Namun

terdapat para ulamak menyebutkan secara tidak langsung gaya penulisan Imām al-

Ḥaramayn al-Juwayniy di dalam beberapa buah kitab. Begitupun ia hanya dinyatakan

begitu ringkas sebagai pendedahan sahaja bagaimana penulisan kitab Imām al-

Ḥaramayn al-Juwayniy.

Menurut cAbd al-

cAẓim al-Dib (2013), kitab al-Burhān mengemukakan beberapa

pendapat para ulamak yang tidak sampai karangan mereka kepada kita seperti

pendapat Imām al-Bāqilāniy. Kitab ini telah disyarahkan oleh tiga ulamak bermazhab

maliki. Ini membuktikan bahawa kitab al-Burhān ini mempunyai nilainya tersendiri

sehingga ia disyarahkan oleh ulamak bermazhab bukan syafie. Ia menggunakan gaya

bahasa yang sukar untuk difahami seperti dinyatakan oleh Ibrāhim Kāfi (1999).

Sementara itu, kitab al-Waraqāt seperti dijelaskan oleh cAbd al-Mun

cim Ibrāhim

(1996) iaitu pentahqiq Sharḥ al-Waraqāt oleh Imām al-Maḥalliy; bahawa ia adalah

kitab lengkap dengan tanpa penerangan untuk memudahkan para pelajar

menghafalnya. Begitu juga yang dinyatakan oleh Al-Sharif Sacd ibn

cAbd Allah (t.th)

pentahqiq kitab al-Taḥqiqāt fi Sharḥ al-Waraqāt yang ditulis oleh Ibn Qāwūn;

bahawa kitab al-Waraqāt ini adalah sebuah kitab yang ringkas dan meliputi banyak

bab usul fiqh, maka ia perlu dihafal oleh para pelajar yang mula belajar ilmu ini.

Kitab ini juga menerangkan segala masalah usul fiqh secara ringkas tanpa menyebut

sebarang dalil atau perbincangan melainkan hanya sedikit sahaja seperti dinyatakan

oleh Ibn al-Firkāḥ (1997).

Oleh demikian, penulis merasakan perlu dijelaskan metodologi penulisan Imām al-

Ḥaramayn al-Juwayniy berdasarkan permasalahan seperti yang diterangkan pada

bahagian permasalahan kajian ini dengan hanya ditumpukan kepada sebuah kitab

beliau yang terkenal iaitu kitab al-Waraqāt.

HASIL KAJIAN

Biodata Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy

Nama penuh beliau adalah cAbd al-Malik ibn

cAbd Allah ibn Yūsuf ibn Muḥammad

ibn cAbd Allah ibn Ḥayyūyah al-Juwayniy al-Naysābūriy, Imām al-Ḥaramayn, Abū

al-Macāli (al-Subkiy 1964 & al-Dhahabiy 1996). Beliau dilahirkan pada 18 Muharam

419 H (al-Subkiy 1964). Terdapat para ulamak yang menyebut bahawa beliau

dilahirkan pada tahun 417 H (Ibn al-Athīr al-Jazariy 1987, Ibn al-Jawziy 1992, al-

Atābakiy 1992). Ketika berusia 59 tahun, beliau telah kembali menemui Allah pada

malam rabu 25 Rabiul Akhir 478H (al-Subkiy 1964 & al-Dhahabiy 1996).

Antara kitab karangan beliau adalah Al-Shāmil fi Uṣūl al-Din, Shifā’ al-Ghalil fi

Bayān mā waqaca fi al-Taurāh wa al-Injil min al-Tabdil, Al-Burhān fi Uṣūl al-Fiqh,

Nihāyat al-Maṭlab fi Dirāyat al-Madhhab dan berbagai lagi kitab beliau (al-Zuhayliy

1992).

Page 4: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

29

Pengenalan kitab al-Waraqāt

Kitab al-Waraqāt ini merupakan antara kitab ataupun disebutkan sebagai matan ilmu

usul fiqh bagi mazhab syafie selain kitab Jamc al-Jawāmi

c dan kitab al-Luma

c (

cAbd

al-Aziz Ibrāhim 2000).

Menurut Ḥāji Khalifah (t. th.), dinamakan kitab ini sebagai al-Waraqāt adalah kerana

Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy menyebutkan perkataan al-Waraqāt yang merujuk

kepada penulisan ini pada awal perbahasannya. Adapun digunakan perkataan al-

Waraqāt merujuk kepada perbahasan ini adalah kerana bilangannya sedikit yang

bertujuan memudahkan para pelajar yang baru mula mempelajarinya serta

melancarkan pembacaan serta hafalan kitab ini (Shihāb al-Din al-Ramliy 2009).

Kitab al-Waraqāt ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian pertama

yang membicarakan muqaddimah bagi ilmu usul fiqh dan bahagian kedua

membincangkan beberapa bab ilmu usul fiqh. Bahagian muqaddimah ni, pengarang

membahagikan tiga skop perbincangan iaitu definisi usul fiqh, pembahagian hukum

dan definisi beberapa istilah yang terpilih. Manakala bahagian seterusnya

membincangkan beberapa bab usul fiqh seperti kitab-kitab usul fiqh lain iaitu al-

kalām, al-amr, al-nahy, al-cām, al-khāṣ, al-mujmal, al-mubayyan, al-ẓāhir, al-

mu’awwal, al-afcāl, al-nāsikh, al-ijmā

c, al-akhbār, al-qiyās, al-ḥaẓr, al-ibāḥah, tartib

al-adillah, shurūṭ al-mufti, shurūṭ al-mustafti dan aḥkām al-mujtahidin.

Metodologi Penulisan

Penyusunan Tajuk

Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy menyusun penulisan kitab al-Waraqāt ini begitu

ringkas dengan amat menarik sekali. Bahagian pertama, beliau membicarakan terlebih

dahulu pada awalnya definisi uṣūl al-fiqh dengan dimulakan definisi perkataan uṣūl

dan perkataan al-fiqh tanpa digabungkan kedua-dua perkataan tersebut sebelum

mendefinisikan uṣūl al-fiqh.

Walaubagaimanapun sebelum mendefinisikan uṣūl al-fiqh dengan digabungkan

kedua-dua perkataan, beliau mendefinisikan dahulu jenis-jenis hukum syarak serta

beberapa istilah. Ini berkemungkinan untuk menjelaskan lagi definisi al-fiqh kepada

para pelajar. Antara yang dibincangkan adalah definisi al-wājib, al-mandūb, al-

mubāḥ, al-maḥẓūr, al-makrūh, al-ṣaḥiḥ, al-bāṭil, al-cilm, al-jahl, al-

cilm al-ḍarūriy,

al-cilm al-muktasab, al-naẓr, al-istidlāl, al-dalil, al-ẓann dan al-shakk. Semua ini

dibincangkan adalah disebabkan ia berkaitan dengan al-fiqh.

Setelah selesai definisi uṣūl al-fiqh, barulah beliau memulakan bahagian kedua iaitu

perbincangan bab-bab ilmu usul fiqh ini. Tajuk al-kalām menjadi tajuk pertama

dibincangkan iaitu berkaitan al-Qur’an dan al-Sunnah al-Qawliyyah. Didahulukan

tajuk ini adalah kerana sumber pertama adalah al-Qur’an. Walaubagaimanapun

disekalikan perbincangan di dalam al-kalām ini ialah al-Sunnah al-Qawliyyah ini

adalah disebabkan perbahasannya dengan al-Qur’an adalah sama sahaja. Maka tidak

perlu untuk diulangkan lagi perbahasan pada bab berikutnya.

Kemudian diikuti perbincangan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan al-kalām iaitu al-

amr, al-nahy, al-cām, al-khās, al-mujmal, al-mubayyan, al-ẓāhir dan al-mu’awwal;

sebelum membicarakan bab al-afcāl dan al-iqrār.

Page 5: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

30

Sebelum diteruskan kepada al-ijmāc, pengarang terlebih dahulu membincangkan bab

al-naskh dan al-tacāruḍ yang menjelaskan bagaimana menyelesaikan sesuatu hukum

sekiranya berlaku pertembungan antara dua sumber utama tersebut. Maka oleh sebab

itu diletakkan bab ini selepas perbincangan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Perbicaraan bab al-ijmāc dan al-qiyās pada bab seterusnya. Di antara kedua-dua bab

ini diselitkan perbincangan bab al-akhbār yang merujuk kepada bagaimana

penyebaran atau penyampaian al-Qur’an, al-Sunnah dan al-ijmāc. Ini adalah kerana

al-akhbār hanya berlaku padaketiga-tiga sumber tersebut sahaja (cAbd al-Salām

Ibrāhim 1427 H).

Setelah itu dibincangkan pula sumber perundangan seterusnya iaitu al-qiyās. Setelah

selesai membicarakan keempat-empat sumber perundangan Islam ini, pengarang

membincangkan pula bagaimana menyelesaikan sesuatu hukum yang tiada nas-nas

khas bagi menjadi sandaran bagi pengeluaran hukum iaitu bab al-ḥaẓr dan al-ibāḥah

serta bab al-istiṣḥāb. Kemudiannya dibicarakan susunan-susunan sumber bagaimana

yang perlu didahulukan dari sumber-sumber yang lain.

Akhir sekali tajuk berkaitan ijtihad menjadi perbincangan iaitu shurūṭ al-mufti, shurūṭ

al-mustafti dan al-ijtihād.

Perbincangan Setiap Tajuk

Bagi memudahkan para pembaca yang baru mula belajar ilmu usul fiqh, sudah tentu

isi perbincangan perlulah ringkas tanpa memperincikannya. Kitab al-Waraqāt

membincangkan begitu ringkas setiap tajuk yang dinyatakan dan hanya perbincangan

yang penting sahaja dibahaskan.

Contohnya, tajuk yang paling ringkas dibincangkan di dalam kitab ini adalah tajuk al-

ẓāhir dan al-muawwal, sedangkan tajuk al-muawwal ini agak panjang dibincangkan

di dalam kitab al-Burhān iaitu kitab usul fiqh karangan beliau juga.

ويؤول الظاىر بالدليل، ويسمى الظاىر . أحدمها أظهر من اآلخر: ما احتمل أمرين : والظاىر بالدليل

(Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy 2008)

Ini sahaja yang dinyatakan oleh pengarang dalam tajuk al-ẓāhir dan al-muawwal. Ia

berkemungkinan pengarang tidak mahu para pelajar yang baru mula mengenal ilmu

usul fiqh terus mendalami tajuk ini yang akan menyukarkan mereka untuk memahami

sekaligus akan menyebabkan mereka tidak mahu mempelajari ilmu usul fiqh ini.

Adapun antara tajuk yang dibincangkan sedikit panjang berbanding tajuk-tajuk lain

adalah tajuk al-kalām, al-amr dan al-qiyās. Begitupun tajuk-tajuk ini dibincangkan

sedikit panjang berbanding tajuk-tajuk lain, ia hanyalah sebagai permulaan bagi para

pembaca.

Jadual di bawah menyatakan perbincangan tajuk-tajuk di dalam kitab al-Waraqāt ini

secara jelas:

Page 6: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

31

Tajuk al-Waraqāt Penjelasan Pembahagian Contoh Hasil

Kefahaman Pendedahan

Al-Kalām

Al-Amr

Al-Nahy

Al-cĀm

Al-Khāṣ

Al-Mujmal

Al-Mubayyan

Al-Ẓāhir

Al-Mu’awwal

Al-Afcāl

Al-Iqrār

Al-Naskh

Al-Tacāruḍ

Al-Ijmāc

Qawl al-Ṣaḥābiy

Al-Akhbār

Al-Qiyās

Al-Ḥaẓr dan Al-Ibāḥah

Al-Istiṣḥāb

Tartib al-Adillah

Shurūṭ al-Mufti

Page 7: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

32

Shurūṭ al-Mustafti

Al-Ijtihād

Pengolahan Definisi

Bersesuaian dengan matlamat penyusunan kitab ini yang ditulis secara ringkas

merujuk kepada perkataan al-Waraqāt yang ditulis pada awal perbahasannya, maka

Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy tidak membuat pentakrifan seperti kebiasaan yang

terdapat pada kitab-kitab usul fiqh yang lain. Bahkan beliau mengolahkan setiap

dengan ringkas bagi memudahkan para pelajar untuk membaca serta menghafalnya.

Terdapat beberapa cara pengarang mengolahkan definisi. Antaranya ialah al-tacrif bi

al-ḥad, al-tacrif bi al-mithāl, al-ta

crif bi al-taqsim dan al-ta

crif bi al-muḍād.

Misalnya dalam pentakrifan perkataan uṣūl, beliau mendefinisikan al-aṣl iaitu kata

mufrad bagi uṣūl dengan disertakan dengan definisi al-farc seperti berikut :

ما بين عليه غريه: الأصل

. (Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy 2008)ما يبىن عىل غريه : فرعال

Ini antara definisi yang menggunakan pendekatan al-had. Ia dikuatkan lagi

pemahaman definisi al-aṣl ini dengan disertakan definisi kata berlawanannya iaitu al-

farc. Pengolahan definisi begitu menarik dengan hanya menukarkan kedudukan ḍamir

sahaja. Beginilah pengarang mendefinisikan sesuatu perkara sekiranya perkara

tersebut mempunyai pasangannya dengan mengolahkan sedikit perkataan.

Manakala tajuk-tajuk yang dianggap sukar untuk difahami, pengarang akan

menghuraikan tajuk tersebut dengan perkataan yang mudah dan keadaan seperti ini

tidak banyak. Antaranya ialah pada tajuk al-naskh yang dikemukakan definisi dari

sudut bahasa terlebih dahulu. Ini berkemungkinan pengarang ingin para pelajar dapat

membezakan apa yang dikehendaki daripada perkataan al-naskh dari sudut syarak.

نسخت ما يف ىذا الكتاب، : من قوذلم . معناه النقل: وقيل . اإلزالة: وأما النسخ فمعناه لغة .أي نقلتو

ىو اخلطاب الدال على رفع احلكم الثابت باخلطاب ادلتقدم على وجو، لواله لكان : وحده ثابتا، مع تراخيو عنو

.(Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy 2008)

Penggunaan Contoh

Contoh adalah sesuatu yang amat penting dalam menerangkan sesuatu perkara dan ia

mudah memberi kefahaman kepada pendengar. Begitu juga dalam penulisan,

Page 8: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

33

menggunakan contoh akan mudah membuatkan para pembaca memahami akan setiap

apa yang hendak disampaikan. Begitu juga dalam penulisan kitab al-Waraqāt ini,

contoh hanya didatangkan dalam beberapa tajuk tertentu sahaja yang difikirkan

mungkin sukar difahami sekiranya tidak disertakan contoh. Contoh didatangkan

terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an atau contoh daripada beliau sendiri.

Antara tajuk yang didatangkan contoh adalah berkaitan al-majāz iaitu salah satu

daripada pembahagian al-kalām. Inilah satu-satunya tajuk yang didatangkan contoh

oleh pengarang dengan menggunakan ayat al-Qur’an. Al-majāz dibahagikan kepada

empat jenis seperti berikut beserta contoh tiap-tiap satunya :

. إما أن يكون بزيادة أو نقصان أو نقل أو استعارة: واجملاز

.ليس كمثلو شيء: واجملاز بالزيادة مثل قولو تعاىل

. وسأل القرية: واجملاز بالنقصان مثل قولو تعاىل

.كالغائط فيما خيرج من اإلنسان: واجملاز بالنقل

Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy)جدارا يريد أن ينققّض : واجملاز باالستعارة كقولو تعاىل

2008) .

Walaupun contohnya begitu mudah namun memerlukan perincian untuk

memahaminya kerana ia melibatkan ilmu bahasa. Begitupun pengarang tetap

mendatangkan contoh tanpa sebarang penjelasan berkaitan contoh tersebut. Ini

bertujuan agar para pembaca dapat gambaran ringkas sebagai pendedahan sahaja

bagaimana bentuk al-majāz itu. Ini juga antara kaedah pengarang menyatakan definisi

menggunakan kaedah al-tacrif bi al-mithāl.

Pendedahan kepada Pelbagai Pendapat

Dalam penulisan al-Waraqāt ini, terdapat beberapa tajuk yang didatangkan beberapa

pendapat para ulamak dalam sesuatu masalah. Ia sama ada pengarang mengemukakan

pelbagai pendapat dalam mazhab syafie ataupun daripada mazhab-mazhab lain. Ini

menunjukkan keterbukaan beliau menerima pelbagai pendapat dan ia adalah satu

amalan positif yang patut dimiliki oleh setiap umat Islam khususnya para sarjana.

Contohnya di dalam tajuk al-afcāl :

1 Al-Qur’an, al-Shūrā, 42 : 11.

2 Al-Qur’an, Yūsuf, 12 : 82.

3 Al-Qur’an, al-Kahf, 18 : 77.

Page 9: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

34

فيحمل عىل اموجوب عند بعض أأحصابنا،

حيمل عىل امندب،: ومن أأحصابنا من قال

. (Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy 2008)يتوقف عنه: ومهنم من قال

Pengarang tidak menyatakan nama para ulamak dalam penulisan kitab ini. Namun

berdasarkan beberapa kitab syarah bagi kitab al-Waraqāt ini, perkataan bacḍ aṣḥābinā

merujuk kepada pendapat Ibn Surayj dan Abū ( بعض أأحصابنا )cAli Ibn Abi Hurayrah.

Seterusnya min aṣḥābinā ( merujuk kepada pendapat al-Ṣayrafiy, al-Qaffāl ( من أأحصابنا

dan lain-lain lagi. Adapun pendapat yang ketiga tidak menyatakan sebarang pendapat

(Shihāb al-Din al-Ramliy 2009 & Aḥsan Laḥsāsinah 2011).

Penggunaan Dalil

Dalil digunakan bagi menguatkan sesuatu pendapat atau kenyataan. Seperti dijelaskan

sebelum ini bahawa Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy ingin memudahkan para pelajar

dan meraikan mereka untuk mempelajari ilmu usul fiqh. Justeru penggunaan dalil

dikurangkan dan hanya beberapa dalil sahaja telah didatangkan oleh pengarang di

dalam kitab al-Waraqāt ini.

Terdapat empat tempat sahaja didatangkan dalil oleh pengarang bagi menguatkan apa

yang dinyatakan. Dua dalil al-Qur’an dan dua dalil al-Sunnah. Dalil-dalil ini

didatangkan pada bab-bab atau isu-isu yang menimbulkan beberapa masalah. Salah

satu dalil tersebut adalah :

.(Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy 2008)ما سلكمك يف سقر، قاموا مل هك من املصلني: قال هللا تعاىل

42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang

menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?"

43. Orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam

kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang;

Ayat al-Qur’an ini didatangkan bagi membuktikan bahawa orang-orang kafir juga

disuruh melakukan apa yang diperintahkan seperti orang-orang Islam. Tujuan

didatangkan bukti adalah disebabkan isu ini diperselisihkan oleh para ulamak.

KESIMPULAN

Kajian terhadap metodologi penulisan kitab al-Waraqāt ini menunjukkan bahawa

Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy merupakan seorang tokoh ulamak yang berwibawa.

Kajian ini telah membuktikan keperibadian tinggi yang dimiliki oleh pengarangnya

dan sentiasa meraikan sesiapa sahaja yang ingin belajar.

Mendasari kepada metodologi kitab ini, pengarang seolah-olah meletakkan diri beliau

sebagai seorang pelajar yang baru hendak belajar ilmu usul fiqh. Gaya penyusunan,

perbincangan setiap bab, gaya pengolahan definisi dan sebagainya ini mudah untuk

dibaca dan dihafal oleh para pelajar.

4 Al-Qur’an, al-Muddaththir, 74 : 42 & 43.

Page 10: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

35

Di samping meraikan para pelajar, pengarang juga meraikan pelbagai pendapat para

ulamak lain. Walaupun beliau bermazhab syafie, namun dalam menulis karyanya

berkaitan ilmu usul fiqh, beliau meletakkan diri beliau sebagai ulamak usul fiqh tanpa

cenderung kepada mazhab-mazhab fiqh (cAbd al-Wahhāb Ibrāhim 1999).

Justeru, kitab al-Waraqāt karangan Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy ini amat sesuai

dijadikan sebagai kitab permulaan bagi sesiapa yang baru mula belajar ilmu usul fiqh.

Di samping itu, ia boleh dijadikan sebagai salah satu sumber dalam membentuk suatu

silibus baru bagi subjek usul fiqh di sekolah-sekolah menengah, di samping kitab-

kitab usul fiqh lain.

RUJUKAN

Al-Qur’an

cAbd al-

cAzim al-Dib. 1981. Imam al-Ḥaramayn Ḥayātuh wa

cAṣruh. Kuwait : Dar

al-Qalam.

cAbd al-

cAzim al-Dib. 2007. Nihāyat al-Maṭlab fi Dirāsat al-Madhhab. Beirut : Dar

al-Minhaj.

cAbd al-Aziz Ibrāhim. 2000. Al-Dalil ilā al-Mutūn al-

cIlmiyyah. Riyadh : Maktabah

al-Malik Fahd.

cAbd al-Salām Ibrāhim. 1427 H. Iḍā’āt

cala Matn al-Waraqāt. Riyadh : Maktabah al-

Malik Fahd.

cAbd al-Wahhāb Ibrāhim Abū Sulaymān. 1999. Tajdid al-Fikr al-Uṣūliy. Dlm.

cAbd

Aẓim al-Dib & Muḥammad Ṣāliḥ (pnyt.). Al-dhikrā al-Alfiyyah li Imām al-

Ḥaramayn al-Juwayniy, hlm. 545 – 590. Qatar : Kulliyyah Sharicah, Jāmi

cah

Qaṭar.

Abu Hatim. 2012. Pondok Yala Pattani.

http://politikblobspotcom.blogspot.com/2012/07/pondok-yala-di-pattani-

adalah-pondok.html [12 Februari 2013].

Ahmad Fauwaz Fadzil. 2013. Pengenalan Usul Fiqah, Majalah al-Ustaz, September

isu 17 : 65.

Aḥsan Laḥsāsinah. 2011. Al-Muwāfaqāt fi Sharh al-Waraqāt fi Uṣūl al-Fiqh. Kaherah

: Dār al-Salām.

Al-Atābakiy, Jamāl al-Din Yūsuf. 1992. Al-Nujūm al-Zāhirah. Jilid 5. Beirut : Dār al-

Kutub al-cIlmiyyah.

Al-Dhahabiy, Shams al-Din. 1996. Siyar Aclām al-Nubalā’, Jilid 18. Beirut :

Muassasah al-Risālah.

Al-Ramliy, Shihāb al-Din. 2009. Dlm. Sharh al-Waraqāt li Imām al-Ḥaramayn al-

Juwayniy. Kaherah : Dār Ibn Hazm.

Page 11: METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-WARAQĀT …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/03-Muhamad... · PENGENALAN Imam al-Ḥaramayn al-Juwayniy adalah seorang imam yang hebat

36

Al-Subkiy, Tāj al-Din. 1964. Ṭabaqāt al-Shāficyyah al-Kubrā. Jilid 5. Kaherah : Dār

Ihyā’ al-Turāth al-cArabiyyah.

Al-Zuhayliy, Muhammad. 1992. Al-Imām al-Juwayniy Imam al-Haramayn. Damsyik

: Dār al-Qalam.

Ḥāji Khalifah. T.th. Kashf al-Ẓunūn. Jilid 2. Beirut : Dār Iḥyā’ al-Turāth al-cArabiy.

Ḥisām al-Din. 1999. Sharh al-Waraqāt fi uṣūl al-fiqh. T. tp : T. pt.

Ibn al-Athīr al-Jazariy. 1987. Al-Kāmil fi al-Tārikh. Jilid 8. Beirut : Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ibn al-Jawziy. 1992. Al-Muntaẓam fi Tārikh al-Mulūk wa al-Umam. Jilid 16. Beirut :

Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.

Ibn Kathīr. 1998. Al-Bidāyah wa al-Nihāyah. Jilid 15. T. tp. Hajr li al-Ṭibācah wa al-

Nashr wa al-Tawzic.

Ibn Khaldūn. T. th. Al-Muqaddimah li al-cAllāmah Ibn Khaldūn. T. tp. T. pt.

Imām al-Ḥaramayn al-Juwayniy. 2008. Matn al-Waraqāt fi Uṣūl al-Fiqh. Kaherah :

Dār al-Salām.

L Haji Abdullah. 2011. Latest Development of Traditional Islamic Education in

Kelantan. Proceedings of INTED 2011 Conference, hlm. 2193 - 2198.

Nik Muhammad Nasri Nik Malek. 2009. Kembara Ilmu 4: Tok Guru Hj Najmuddin-

ulama pakar 4 mazhab. http://www.niknasri.com/?p=1776. [ 10 Februari

2013].

Sārah Shāfi al-Hājiriy ( pnys. ). 1997. Sharh al-Waraqāt li Imām al-Ḥaramayn al-

Juwayniy. T. tp. : Dar al-Bashāir al-Islāmiyyah.

Shams al-Din al-Dāwūdiy. 1983. Ṭabaqāt al-Mufassirin. Jilid 1. Beirut : Dār al-Kutub

al-cIlmiyyah.