merempit

16
TAJUK : Kejadian merempit berlaku di serata tempat dalam negara kita.Bincangkan impak negatif perilaku kegiatan merempit dan bagaimana masalah ini dapat dikurangkan. Kehendak soalan:Kesan dan langkah

Upload: yfook-ng

Post on 01-Jul-2015

3.364 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAJUK :Kejadian merempit berlaku di serata tempat dalam negara kita.Bincangkan impak negatif perilaku kegiatan merempit dan bagaimana masalah ini dapat dikurangkan. Kehendak soalan:Kesan dan langkah

TRANSCRIPT

Page 1: Merempit

TAJUK : Kejadian merempit berlaku di serata tempat

dalam negara kita.Bincangkan impak negatif perilaku kegiatan merempit dan bagaimana masalah ini dapat dikurangkan.

Kehendak soalan:Kesan dan langkah

Page 2: Merempit

DEFINISIMerempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter.Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Biasanya mereka beraksi pada waktu senja , malam dan waktu pagi.

Page 3: Merempit

KESAN-KESAN

1. Peningkatan kes jenayah di negara kita

• Mat rempit melakukan jenayah seperti kegiatan gangster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, membunuh, kecurian, buli,, rogol, seks bebas, pengambilan dadah dan alcohol.

Page 4: Merempit

• Segelintir pelumba haram sanggup mencuri kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah kerana dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan kenderaan mereka kepada pemenang.

Page 5: Merempit

2. Masyarakat tidak berasa selamat di tempat awam.

• orang awam telah ramai menjadi mangsa kepada golongan penjenayah mat rempit. Malah mat rempit dengan berani cederakan beberapa anggota polis atau penguatkuasa. Bagi mereka, tiada istilah takut dalam diri mereka. Malah mereka bangga melakukan jenayah.

Page 6: Merempit

3. Keruntuhan akhlak

• Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat di kalangan remaja yang semakin serius kerana selain menyediakan hadiah wang yang sememangnya mempunyai kaitan dengan perjudian, penganjur perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia untuk ditiduri.

Page 7: Merempit

4. Penglibatan remaja dalam aktiviti buruk

• Remaja akan terdorong untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah, meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara haram, dan lain-lain. Keadaan ini berlaku kerana golongan remaja yang melepak biasanya merancang untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan keseronokan.

Page 8: Merempit

LANGKAH-LANGKAH

1. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa

• kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka merasai diri mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar.

Page 9: Merempit

• Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

• ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka.

• Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli

Page 10: Merempit

2. Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih efektif

• Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat serta hukuman yang lebih berat terhadap pesalah lumba haram. iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.

Page 11: Merempit

• mengklasifikasikan mat rempit yang melakukan kesalahan berulang sebagai 'remaja bermasalah' yang kemudiannya dihantar ke sekolah pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney, di mana mereka akan diberikan kaunseling dan latihan kemahiran.

Page 12: Merempit

3. Menyediakan kemudahan litar lumba untuk muda-mudi

• Memperbanyakkan aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysia Cub Prix dan Pesta Pasti Honda.

• Litar lumba motosikal perlu ditubuhkan di kawasan luar bandar

Page 13: Merempit

• Bakat kebolehan dan keberanian mereka perlu diasah secara profesional di tempat yang lebih selamat dan tidak mengganggu lalu lintas awam.

Page 14: Merempit

4. Menyediakan lebih banyak kemudahan sukan atau rekreasi

• Pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan sukan atau rekreasi untuk kegunaan remaja dan anak-anak muda kita supaya mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan beriadah.

Page 15: Merempit

• menyediakan lebih banyak padang bola, gelanggang badminton dan bola keranjang, kemudahan sukan kepada golongan remaja.

• Tujuannya untuk membantu membangunkan golongan remaja yang sihat tubuh badan dan mentalnya dan supaya mereka tidak menjadi mat rempit atau melakukan aktiviti yang negatif.

Page 16: Merempit

Kesimpulan• Masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan

semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.

• Oleh itu, kita janganlah terlalu menyalahkan dan menunding jari kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri tidak tersisih daripada masyarakat.