menyingkap rahsia pelaburan emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan...

105
1 Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas: Teknik-Teknik Menjana Kekayaan Dengan Emas DIBONGKARKAN (versi 2015) PREVIEW

Upload: vodan

Post on 05-May-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

1

Menyingkap RahsiaPelaburan Emas:

Teknik-Teknik Menjana KekayaanDengan Emas DIBONGKARKAN

(versi 2015)

PREVIEW

Page 2: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

3

Pendahuluan.Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasihkepada anda yang membeli buku ini.

Untuk pengetahuan anda, buku ini dikemaskinikanberdasarkan maklum balas daripada pembaca versisebelumnya. Ramai pembaca mahukan kupasan yang lebihmendalam mengenai beberapa topik.

Antaranya ialah kemudahan Ar-Rahnu, zakat emas, teknik-teknik melihat harga emas, tip mengelakkan daripadaterjebak ke dalam skim pelaburan emas dan banyak lagi.

Semua maklum balas ini membuatkan buku “MenyingkapRahsia Pelaburan Emas – teknik-teknik menjanakekayaan dengan emas DIBONGKARKAN edisi 2015

kini lebih mendalam dan lebih mantap.

Terima kasih saya ucapkan kepada pembeli terdahulu di atas maklum balas mereka dan sayaingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru membeli buku ini.

Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan emas.

Pelaburan terhadap ilmu merupakan jalan pertama ke arah kejayaan. Ini kerana sebelum andamembeli emas sebagai aset anda perlu menjadikan minda anda sebagai aset.

Caranya? Dapatkan ilmu pengetahuan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan tindakan.

Selepas membaca buku ini saya yakin anda akan memahami tentang pelaburan emas.

Kemudian anda perlu mengambil tindakan secepat mungkin.

Ini kerana:

ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN

Selain itu, saya meminta agar anda selalu melawat blog www.jutawanemas.com . Banyakmaklumat tambahan yang saya tulis di sana. Ini kerana ilmu emas ini adalah dinamik dansentiasa berubah daripada masa ke semasa.

Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajartentang pelaburan emas.

Saya berharap agar ilmu yang anda peroleh di sini akan memberikan manfaat dan mampumengubah hidup anda.

Daripada penulis,

SYUKOR HASHIMAdmin Jutawanemas.come-mel: [email protected]: 013-2126999

Page 3: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

4

Hak cipta terpelihara.

Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untukpengeluaran atau dipindahkan ke dalam bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar,rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada penulis.

Had liabiliti.

Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan untukpembaca. Namun, segala maklumat dan strategi yang diceritakan di dalam buku ini mungkintidak sesuai bagi sesetengah individu. Penulis tidak memberi jaminan bahawa strategi yangdiceritakan di dalam buku ini akan memberikan hasil yang tertentu.

Segala nasihat, idea dan cadangan di dalam buku ini ditulis sebagai panduan umum dan andamungkin memerlukan khidmat nasihat daripada pakar yang profesional di dalam bidangberkenaan untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.

Tiada jaminan (sama ada secara tersurat atau tersirat) diberikan oleh penulis terhadapketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung didalam buku ini.

Penulis dan penerbit serta wakil-wakil mereka menafikan segala tanggungjawab atau liabilititerhadap segala kerugian, kerosakan atau risiko kepada individu atau mana-mana pihak yangberlaku akibat penggunaan isi kandungan buku ini.

Amaran:

Buku ini adalah hak cipta terpelihara. Anda tidak boleh sama sekali mengubah, mengedarkanatau menjual buku ini kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis.

Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Anda hendaklah melaporkan kepada penulis sekiranya anda menerima buku ini secara tidak sah.Hubungi e-mel [email protected] atau SMS 013-2126999.

Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang tidak sah daripadasegi undang-undang dan agama.

Ditulis oleh: Syukor bin HashimAdmin www.jutawanemas.com

e-mel: [email protected]: 013-2126999

Page 4: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

7

Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Buku ini ditulis bagi membantu anda mengetahui selok belok dunia pelaburan emas.

Sebelum anda mengetahui BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, penting bagi andamengetahui sebab-sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

Seterusnya barulah anda akan belajar cara-cara membuat keuntungan daripada emas.

7 sebab kenapa anda perlu menyimpan emas.

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang4. Nilai wang kertas semakin menurun di dalam jangka masa panjang.5. Emas adalah aset yang sangat cair.6. Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa pun.7. Emas adalah magnet kekayaan.

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.

Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbolkekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan.

Emas mendapat tempat di hati manusia kerana kecantikandan kesukaran mendapatkannya.

Emas bernilai tinggi kerana:

1. Rupanya yang cantik.2. Ia tidak boleh dibinasakan.3. Boleh dipotong kepada unit yang kecil tanpa

menjejaskan nilainya.4. Ia sukar diperolehi.

Sejarah manusia dan emas.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat sejak6000 tahun yang lalu.

Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yangdi cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.

6000 tahun yang lalu sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia adalah orang kaya. Jikaseseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggap kaya.

Sifat istimewa emas.

Emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkaratdan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang sebenar.

Sesuatu objek yang menjadi harta mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.

Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Page 5: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

8

Emas pula bernilai dalam apa jua bentuk. Di dalam bentuk debu sekali pun emas tetap adaharga. Sebab itulah emas merupakan kekayaan yang sebenarnya.

gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Tahukah anda. Jawapan kepada soalan “Kenapa manusia sukakan emas?” bolehdidapati di dalam Al-Quran?

Daripada zaman dahulu sehingga sekarang, kesukaan manusia kepada emas tidak pernahterpadam. Dari mana datangnya kesukaan manusia kepada emas?

Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 14.

Sesungguhnya, Allah telah menjadikan nafsu manusia tertarik kepada emas dan perak. Iniadalah fitrah manusia. Ia tidak perlu diajar. Ia datang secara automatik.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingininafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”

Surah Ali Imran ayat 14

Page 6: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

9

Sejarah syiling emas pertama dunia – the Lydian Lion.

2600 tahun yang lalu Empayar Lydia (sekarang Turki) mengeluarkan syiling emas pertamadunia, dipanggil The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes.

Sebelum Alyattes menjadi raja Lydia, sistem perdagangan ketika itu adalah berdasarkan sistembarter (bertukar barangan). Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksamembawa barang-barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain.

Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yangdipanggil The Lydian Lion.

Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan urusan perdagangan dan telah menjadimatawang utama pada masa itu.

Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion

Telah terbukti sejak ribuan tahun dahulu hati manusia sukakan emas. Manusia menjadikanemas sebagai wang. Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadapnya.

Gambar: Empayar Lydia (600 BC)

Page 7: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

10

Fakta menarik: Tahukah anda emas itu bernilai untuk selama-lamanya?

Tahukah anda emas bernilai di dunia dan di akhirat? Lihat surah Al-Hajj ayat 23.

“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalamSyurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera” (Surah Al-Hajj ayat 23)

Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelangyang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai perhiasan penghuni syurga.

Ini membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetapbernilai di akhirat.

Itulah kehebatan emas.

Gambar hiasan: Gelang-gelang emas adalah hadiah kepada penduduk syurga.

Page 8: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

11

2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.

Menyimpan emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan andatrend peningkatan harga emas bermula sejak tahun 2001.

Mari kita lihat graf harga emas untuk 15 tahun daripada tahun 1999 sehingga 2014.

Daripada graf harga emas di bawah, sejak 15 tahun yang lalu harga emas telah meningkatdaripada 252 USD/Oz kepada USD1293 USD/Oz.

Ini merupakan kenaikan 413% di dalam masa 15 tahun (bersamaan purata 27.53% setahun!)

Gambar: Graf kenaikan harga emas 15 tahun (1999-2014)

Prestasi harga emas dalam 5 tahun (2009 – 2014)

Harga emas sepanjang 5 tahun (2009-2014) mencatatkan kenaikan daripada 900 USD/Ozkepada 1300 USD/ Oz.

Walaupun terdapat penurunan pada tahun 2011 sehingga tahun 2014, harga emas mencatatpeningkatan sebanyak 44%, bersamaan kenaikan purata 8.8% setahun.

Page 9: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

12

KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA:

Kijang Emas adalah syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint ofMalaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Kijang Emas dilancarkan pada 17 Julai 2001 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun DrMahathir Mohamad.

Harga 1 Oz syiling Kijang Emas pada hari pelancarannya, 18 Julai 2001 ialah RM1149.00.

Pada 18 Julai 2014 harganya adalah RM4,477.00

Ini adalah kenaikan 289.64% dalam masa 13 tahun (purata kenaikan 22.28% setahun)

Ringkasan kenaikan harga syiling Kijang Emas 1 Oz selama 13 tahun:

Tarikh Harga Jualan18/7/2001 RM1,149.0018/7/2002 RM1,279.0018/7/2003 RM1,388.0019/7/2004 RM1,642.0018/7/2005 RM1,699.0018/7/2006 RM2,526.0018/7/2007 RM2,425.0018/7/2008 RM3,268.0017/7/2009 RM3,531.0019/7/2010 RM4,086.0018/7/2011 RM5,103.0018/7/2012 RM5,315.0018/7/2013 RM4,324.0018/7/2014 RM4,477.00

Sumber : Bank Negara Malaysiahttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas

Page 10: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

13

2.1 Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia?

Untuk memantau sejarah harga emas dan harga emas semasa, saya cadangkan anda melihatmana-mana satu daripada 3 laman web ini:

1. www.goldprice.org2. www.lbma.org.uk3. www.kitco.com

www.goldprice.org

Sejarah harga emas bagi tempoh 3 hari ke belakang sehingga 36 tahun lepas boleh dilihat dihttp://goldprice.org/gold-price-history.html

Website www.goldprice.org

www.lbma.org.uk

Selain Goldprice.org, anda boleh melihat rekod harga emas dunia di laman web London Bullionmarket Association (LBMA) http://www.lbma.org.uk/pricing-and-statistics

Gambar: Laman web London Bullion Market Association (LBMA)

Page 11: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

14

Gambar: Sejarah harga emas di www.lbma.org.uk

London Bullion Market merujuk kepada pasaran emas dan perak secara urus niaga di kaunterdagangan emas terbesar dunia di London.

Ahli-ahli LBMA terdiri dari bank-bank antarabangsa, peniaga jongkong dan juga kilang-kilangpenulenan logam berharga.

www.kitco.com

Selain daripada laman web LBMA, anda boleh melihat rekod harga emas melalui laman webKitco (www.kitco.com). Anda boleh ke Kitco CHARTS & DATA (http://www.kitco.com/charts/)

Anda boleh melihat rekod harga emas semasa, sebulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun, 5 tahun danjuga 10 tahun. Laman web Kitco menawarkan maklumat terkini tentang emas dan perak.

Page 12: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

15

3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Salah satu sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah kerana emas berupaya mengekalkankuasa belinya di dalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu tetap bolehdibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The GoldenConstant – The English and American Experience1560-2007″ oleh Prof. Roy W. Jastram dari SekolahPengurusan Perniagaan University of California.

Anda boleh mendapatkan buku ini di www.amazon.com

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satupersoalan:

“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebihtinggi berbanding sekarang?”

Wang ketika itu adalah emas.

Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 –2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeksharga barangan di England dan Amerika serta harga emassemasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telahmembuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir samadengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda menyimpanemas.

Kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetapboleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

Kajian kes: Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.

Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini.

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, hargaseekor kambing ialah 1 dinar emas.

(dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gramdengan ketulenan 916 (22 karat)

Perkara ini ada diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

Page 13: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

16

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendakdijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergikepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelakitersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing denganharga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelakimenemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnyadengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekorkambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepadaBaginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Setelah 1400 tahun berlalu. Boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?

Jawapannya.. ya, tetap boleh!

Ada penternak-penternak kambing di seluruh Malaysia yang menerima dinar untuk ditukarkandengan seekor kambing.

Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan anda untukmembeli seekor kambing dengan harga 1 dinar emas.

Dengan 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan beratlingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buatkambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).

Page 14: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

17

Gambar: Kambing ini harganya 1 dinar emas.

Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS En. Abdullahdi talian 012-3921139.

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Green Acres Farm Sdn Bhd.Lot 7735 Batu 27 Jalan SalakKampung Jenderam Hulu43800 DengkilSelangor.

Nota penulis: Untuk pengetahuan anda, terdapat ramai lagi penternak kambing diseluruh Malaysia yang menerima dinar sebagai bayaran membeli kambing, antaranyadi Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kesimpulan.

Daripada topik di atas kita dapat lihat bahawa simpanan emas menguntungkan anda.

Ini kerana harganya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.

Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi simpanan yang menguntungkan.Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah ribuantahun.

Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.

Di dalam jangkamasa panjang, inflasi untuk emas adalah 0% !!!

Page 15: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

18

4. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas.

Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.

Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.

Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wangbelanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja.

Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.

Bagaimanakah dengan sekarang?

Gambar: Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?

Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poketantara RM2 – RM5 sehari kepada anak-anak mereka.

Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untukmembeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalamjangka masa yang panjang.

Page 16: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

19

Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan diantara harga emas dengan mata wang utama dunia iaitu US Dolar.

Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD)maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 – 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 – 2007(sumber www.dollardaze.org)

Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertasmaka kita akan mendapat graf seperti di bawah:

Gambar: Nilai emas VS US Dollar Index

Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akanmeningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.

Page 17: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

20

5. Emas adalah aset yang sangat cair.

Emas merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai.

Anda boleh menggadaikan emas untuk pinjaman tunai sementara dengan kemudahan pajakgadai Islam ataupun dipanggil Ar-Rahnu.

Kemudahan Ar-Rahnu terbuka untuk semua, tidak kira agama atau bangsa. Asalkan anda adaemas, anda boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.

Terdapat banyak institusi Arrahnu di Malaysia contohnya Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat,Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahn PermodalanKelantan Berhad, Ar-Rahnu Bank Muamalat dan Ar-Rahnu Bank Islam.

Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emasanda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadisemakin meningkat.

Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu peniaga-peniaga yang memerlukan pusinganmodal. Mereka tidak perlu membuat pinjaman bank. Mereka boleh menggunakan emas sebagaicagaran pinjaman di Ar-Rahnu.

Menyimpan emas memang menguntungkan.

Page 18: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

21

Kajian kes: Pelarian Perang Vietnam (1955-1975)

Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakan kehidupanboleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam. Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an,beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halamanmereka.

Mereka menjual seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.Kesemua ini ditukarkan ke dalam bentuk emas sebelum melarikan diri.

Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia. Dengan menyimpan emas, pelarianVietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahanmereka.

Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku.

Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja. Ia boleh dicairkandengan mudah.

Gambar: Pelarian Vietnam yang melarikan diri melalui bot

Gambar: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

Page 19: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

22

6. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan. Emas perlu dicari,dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas @ wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidakbersandarkan benda berharga seperti emas dan perak).

Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabilajumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.

Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi danakhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara danmemanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagimengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balikpengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yangsah.

Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Sebabnyamudah sahaja. Kerajaan negara tersebut mencetak duit terlalu banyak sehinggakan ia menjaditidak bernilai.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 17152. Republik Weimer Jerman - 1922-19233. Hungary 1945-19464. Chile 1971-19815. Peru 1988-19916. Angola 1991 – 19997. Yugoslavia 1992-19958. Belarus 1994-20029. Kerajaan Mexico – pada tahun 199410. Kerajaan Argentina – pada tahun 200111. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca sebahagian daripada kisah kegagalan yang kertas di dalam web berikut:http://www.investopedia.com/slide-show/5-failed-currencies-why-they-crashed/

Page 20: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

23

6.1 Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Afrika Selatan,Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke-21 yang dirundung masalahhyperinflasi.

Definisi mudah hyperinflasi = Harga mahal tak masuk akal. Sebab duit tak ada nilai.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe

Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yangbertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalampengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.

Page 21: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

24

Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpanmereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas dicetak dengan berleluasa.

Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau 100 trilionZimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlakudi sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

gambar: Wang kertas 100 trilion Zimbabwe Dollar!

Page 22: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

25

6.2 Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)

Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakahhyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zamanpenjajahan Jepun.

Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah mereka cipta nota bankyang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar di dalamnisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.

Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidakmematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.

Page 23: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

26

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang Jepun dengansewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang palingpopular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar di atas). Duit ini dicetak terlalu banyaksehingga menyebabkan hyperinflasi.

Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula.Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Merekacuma perlu mencetak wang.

Page 24: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

27

Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat secara mendadak.Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yangmakan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertaspropaganda Jepun dengan kata-kata

“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British.

Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabilaJepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wangJepun menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

6.3 Emas tidak pernah gagal sebagai wang.

Sejarah tamadun manusia membuktikan bahawa kesemua tamadun hebat dunia seperti Greek,Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.

Tidak pernah berlaku kegagalan emas dan perak sebagai wang. Malah emas dan perak adalahsatu-satunya wang yang terbaik dan boleh dipercayai.

Jika anda berkesempatan, sila lawati website http://ancientgoldcoins.com/.

Anda boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadunterkemuka dunia ini.

Page 25: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

28

7. Emas adalah magnet kekayaan.

Anda ingin tahu rahsia membina kekayaan? Mudah sahaja jawapannya.

Anda perlu pastikan wang yang masuk ke dalam kocek anda lebih besar dari wang yang keluar.

Jika:

Wang masuk > Wang keluar = Anda semakin kayaWang masuk < Wang keluar = Anda semakin miskin

Ramai orang mahu menjadi cepat kaya. Ada orang yang mencari pelaburan yang memberikanuntung yang banyak dan cepat. Atau pun mencari peluang perniagaan yang boleh memberikanuntung yang banyak dan cepat.

Manusia suka kepada kekayaan yang banyak dan cepat. Namun mereka terlupa bahawa untukbertambah kaya, mereka bukan hanya fokuskan kepada mendapat untung yang banyak, tetapidalam masa yang sama mesti mengelakkan kebocoran wang yang ada di dalam tangan.

Anda akan cepat miskin jika wang anda mudah bocor.

Apakah sebab utama anda boleh kebocoran wang?

Berdasarkan kajian saya, terdapat 3 punca utama kebocoran wang.

1. Seronok berbelanja setiap kali dapat wang2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.3. Orang pinjam wang anda tapi tak bayar.

1. Seronok berbelanja setiap kali dapat wang.

Bila dapat gaji, manusia akan fikir nak bayar hutang danbelanja. Atau nak belanja dulu, kemudian bayar hutang.

Kalau ada lebihan duit barulah nak simpan.

Macammana anda nak bina kekayaan kalau anda belanjaduit dulu, lepas itu kalau ada lebihan baru simpan?

Kalau anda nak bina kekayaan, simpan wang dulu, lebihbaru belanja.

2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.

Fitrah manusia sukakan keuntungan cepat dan banyak. Masalahnya di malaysia, pelaburan yangbetul dan selamat biasanya memberikan pulangan yang lambat dan sedikit.

Contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dividen yang diberi sekarang sekitar 8% ke 9%sahaja setahun. Ramai orang fikir, setahun tu punyalah lama menunggu.

Bila nak cepat kaya, ramai orang mudah terjebak di dalam skim-skim cepat kaya. Kononnya nakuntung cepat dan banyak. Tapi risikonya tersangat tinggi. Jika anda terjebak dengan skim cepatkaya, anda boleh cepat miskin.

Anda perlu belajar dari kesilapan orang lain. Belajar dari kesilapan anda sendiri mahal harganya.

Saya ingin tunjukkan satu kisah mangsa skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas.Kajian kes: Contoh tersalah melabur.

Page 26: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

29

Kisah tersalah melabur di dalam skim cepat kaya pelaburan emas.

Tajuk akhbar: Caruman tergadai (isnin 17/2/2014)Banting: Seorang lelaki sanggup mengeluarkan carumanKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya sebanyakRM50,000 bagi dilaburkan dalam perniagaan emas dimilikiseorang lelaki hampir dua tahun lalu namun pulangannya hanyabertahan tiga bulan sebelum syarikat serta pemilik syarikatterbabit lesap sehingga kini.

Mangsa tidak lagi mengharapkan wangnya itu dikembalikan sebaliknyaberharap lelaki yang mempermainkan perasaan kerana tergamak menipuwang hasil titik peluhnya sepanjang memerah keringat sebagai pekerjakilang itu dibawa ke muka pengadilan.

Adzahar Musa, 56, berkata, dia juga sangat berharap pihak berkuasa dapatmengambil tindakan terhadap penipu berkenaan bagi mengelak merekaseusia dengannya terus menjadi mangsa.

“Sebenarnya pelbagai usaha sudah saya lakukan namun semuanyamenemui jalan buntu.

“Saya sudah penat ke sana ke mari meminta bantuan pelbagai pihak untukmenyelesaikan masalah ini namun selepas hampir dua tahun usaha ituhanya sia-sia kerana ia masih tidak dapat diselesaikan.

“Saya sudah tidak tahu mahu meminta bantuan sesiapa lagi kerana apa yang saya harapkan sekarang supaya si pelakudiheret ke mahkamah,” katanya.

Menurutnya, walaupun menyesal kerana terpedaya dengan pujuk rayu ‘pengarah’ terbabit sehingga sanggup memberikansemua wang simpanan KWSP begitu saja, tiada apa yang boleh dibuatnya lagi dan kini pada usianya, dia terpaksa bekerjasebagai tukang kebun dengan bayaran RM300 sebulan untuk membiayai empat anak yang masih bersekolah.

Adzahar berkata, dia terbabit dalam pelaburan emas itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwapengarah syarikat pelaburan emas yang dipercayai berasal dari sebuah negeri di pantai timur daripada seorang rakanpada Jun 2012.

“Saya tertarik dengan program pelaburan emas yang diterangkan sehingga pada 13 Jun 2012 saya melabur sebanyakRM20,400 dengan pulangan dijanjikan sebanyak RM1,800 sebulan.

“Bulan pertama saya menerima pulangan seperti dijanjikan menyebabkan sekali lagi termakan pujukan pengarah itu untukmenambah pelaburan dan pada 20 Julai, saya memasukkan RM30,000 ke dalam akaun pengarah terbabit untukmenambah pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 50 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan.

“Namun, saya hanya menerima pulangan dua kali sahaja iaitu pada 16 Ogos sebanyak RM1,980 dan 20 SeptemberRM2,087dan sehingga kini tiada lagi bayaran dilakukan.

“Pengarah terbabit juga sudah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan saya membuat laporan polispada 4 Mac tahun lalu,” katanya.

Katanya, sebelum menghilangkan diri, pengarah itu menghantar SMS menyatakan pelbagai alasan mengapa dia tidakdapat membayar pulangan pelaburannya. "Selain membuat laporan polis, pelbagai usaha sudah saya lakukan termasukmeminta bantuan guaman tetapi sehingga kini saya masih menemui jalan buntu," katanya.

Sumber, Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Carumantergadai/MA/Article

Page 27: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

30

3. Orang pinjam wang anda tapi tak bayar.

Lagi satu masalah kebocoran wang ialah orang pinjam wang anda tapi tak bayar balik.

Memang lumrah manusia, kalau sesak akan cari orang lain untuk meminjam wang.

Kadang-kadang kawan-kawan anda, kadang-kadang ahli keluarga dan boleh jadi orang yanganda tak kenal pun cuba meminjam wang anda.

Masalah akan berlaku jika orang yang pinjam wang liat nak bayar. Bukan setakat bocor wang,emosi pun bocor juga. Hati rasa geram dan marah.

Saya sendiri ada pengalaman buruk orang pinjam wang tapi tak bayar-bayar. Memang bocorwang dan emosi. Waktu itu hati saya cakap “Kalaulah aku tak pinjamkan wang kepada si xx ini,selamat wang aku. Buat rugi ajer pinjamkan dia wang aku”.

Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada masalah kebocoran wang ini?

Jawapannya : tukar wang simpanan anda kepada emas.

Bila anda menukar wang simpanan anda ke dalam bentuk emas, ia ibarat menyimpan magnetkekayaan. Kekayaan akan “melekat” pada anda.

Kenapa emas itu magnet kekayaan? Jawapannya ada 3:

1. Fitrah manusia dengan emas ialah ingin menyimpan elok-elok2. Fitrah manusia dengan emas ialah ingin mengumpulnya banyak-banyak3. Emas orang tak pinjam.

1. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak simpan elok-elok.

Saya selalu buat soal selidik. Saya tanya kepada orang yang hadir ke ceramah saya. Soalansaya ialah:

“Kalau saya beri abang atau kakak emas, nak buat apa dengan emas tu?”

Maka jawapan rasmi ialah “Saya simpan ajerlah”

Tuan puan sekalian, itu adalah jawapan keramat.

Bila orang dapat duit, maka otak akan fikir belanja atau bayar hutang. Bila orang dapat emasmaka hati anda akan fikir nak simpan emas itu elok-elok.

Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan.

2. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak kumpul banyak-banyak.

Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan.

Apabila anda dah beli satu ketul emas, ia akan menyebabkan hati anda seronok untuk membeliemas lagi dan lagi.

Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah, ia seronok jika dikumpulkan. Semakin banyakemas, semakin seronok hati anda.

Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak.

Anda akan faham perkara ini apabila anda beli seketul emas dan pegang dalam tangan. Selagianda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok mengumpulkan emas.

Page 28: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

31

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Saya ingin berkongsi satu cerita. Saya pernah berjumpa seorang peminat emas yang hobinyaialah mengumpulkan syiling 1 dinar emas (dinar ialah syiling emas dengan berat 4.25 gramemas 916)

Gambar: syiling 1 Dinar Emas.

Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan membeli syiling 1 dinar emas. Beliau kumpul 1dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping.

Kemudian, beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu.

Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500

Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokus kepadaemas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya.

Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.

Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti akan banyaklah hartaemas anda.

Gambar: 100 keping syiling 1 dinar emas beliau.

Page 29: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

32

3. Emas orang tak boleh pinjam.

Bila anda ada wang, tukar ia menjadi emas cepat-cepat.

Kalau ada orang nak pinjam wang anda, maka anda bolehcakap ayat ini:

“Saya minta maaf, semua wang saya dah habis beli emas”.

Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nakpinjam wang anda tidak boleh berbuat apa-apa.

Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula.

Takkan orang tu nak cakap “Kalau macam itu, boleh tak sayapinjam emas tuan@puan sekejap?”

Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalambentuk emas.

Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan.

Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapaanda perlu menukarkan wang kertas kepada emas.

Pesanan penulis:

Walaupun anda tidak digalakkan meminjamkan wang kepada orang yang terdesak, keranarisiko tidak membayar hutang adalah tinggi, namun saya menggalakkan anda memberiwang sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Dengan niat bersedekah, hati anda akan rasa tenang kerana anda telah membantu merekayang memerlukan dan orang itu tidak perlu membayar balik wang anda.

Contohnya, kalau ada orang nak pinjam RM1000 ke atas, mungkin anda boleh sedekahRM50 kepada orang berkenaan.

Beritahu dekat orang tersebut “Ini saya bagi sebagai sedekah@hadiah, tak perlu bayarbalik. Kalau nak beri pinjam, saya tak mampu”.

Page 30: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

33

Bagaimana mengaktifkan minat anda terhadap emas?

Allah AWT telah memberitahu kita bahawa fitrah manusia sukakan emas dan perak. Ia disebutdi dalam surah Ali Imran ayat 14.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingininafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”

Surah Ali Imran ayat 14

Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Betul ke manusia suka emas?

Biasanya golongan wanita yang sukakan emas. Mereka tahu keseronokan mengumpul danmenyimpan emas. Namun biasanya di dalam bentuk barang kemas sahaja.

Orang lelaki yang tidak tahu ilmu emas, tidak akan menyimpan emas. Bagi mereka emas iniialah perhiasan untuk kaum wanita. Sebenarnya ini adalah salah faham. Wanita boleh memakaiemas sebagai perhiasan dan menyimpan emas sebagai harta, namun lelaki juga bolehmenyimpan emas di dalam bentuk jongkong atau syiling sebagai harta.

Bagaimana cara mengaktifkan minat anda terhadap emas?

Jawapannya ialah, anda perlu memegang jongkong emas. Pegang emas dulu tuan-tuan.

Pengalaman peribadi saya.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bagaimana saya boleh terlibat denganpelaburan emas. Ia bermula setelah saya memegang 1 ketul jongkong emas PAMP Suisse 100gram.

Saya ingat lagi, peristiwa ini berlaku pada bulan April 2008. Selama ini saya tidak pernahmemegang jongkong emas. Jadi saya amat teruja apabila berpeluang memegang jongkongemas yang sebegitu besar dan berat. Bestnyer…

Pengalaman memegang jongkong emas inilah yang menyebabkan saya terus meminati emas.

Justeru, maka saya juga ingin anda memberikan tips yang sama.

Peganglah emas di tapak tangan anda. Semakin besar and boleh pegang, semakin bagus.

Untuk cuba memegang emas ini mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai emasterkemuka atau cawangan Public Gold. Minta kepada staff kedai tersebut kebenaran memegangjongkong emas.

Page 31: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

34

Gambar: Cuba pegang jongkong emas seperti ini.

Seelok-eloknya anda pegang jongkong emas 100 gram ke atas. Pegang ajer dulu. Jangan terusbeli. Baca buku ini dahulu sampai habis sebelum anda membeli emas.

Kalau anda boleh pegang emas tanpa bersalut plastik maka itu lebih baik.

Tips! Bagaimana memegang emas yang tidak dibalut?

Terdapat 2 jenis emas jongkong yang anda boleh buka plastiknya dan pegang emasnya iaitu:

1. Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)2. Jongkong emas Public Gold

Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)

Caranya, anda pergi ke kedai emas dan minta tengok dan pegang jongkong emas PAMP Suissecast bar 100 gram. Jongkong emas ini adalah antara yang terkenal dan banyak dijual di kedai-kedai emas terkemuka seperti Habib Jewel, Poh Kong, Tomei dan Wah Chan.

Jongkong emas PAMP Suisse terdapat dalam 2 bentuk iaitu minted bar dan cast bar. Perbezaanrupa bentuk jongkong emas minted bar dan cast bar boleh dilihat melalui gambar di sebelah.

Kesemua jongkong PAMP Suisse minted bar dibalut di dalam plastik kekal. Anda tidak bolehbuka plastiknya. Cast bar pula boleh dibuka sarung plastiknya.

Namun di Malaysia PAMP Suisse cast bar hanya terdapat di dalam berat 100 gram, 250 gram,500 gram dan 1KG sahaja.

Page 32: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

35

Gambar: PAMP Suisse minted bar Gambar: PAMP Suisse cast bar

Jongkong emas Public Gold

Jongkong emas Public Gold boleh didapati di mana-mana cawangan Public Gold di seluruhMalaysia. Ia juga boleh dibeli melalui agen-agen sah Public Gold di seluruh Malaysia.

Ke semua jongkong emas Public Gold diletakkan di dalam kapsul plastik yang boleh dibuka. Jadianda boleh pegang emas tersebut.

Tengok gambar di bawah. Itu adalah gambar jongkong emas Public Gold.

Pegang jangan tak pegang!

Gambar: Jongkong Emas Public Gold

Page 33: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

36

Definisi pelaburan emas.

Baiklah, sebelum anda membuat pelaburan emas, mari lihat definisi pelaburan emas

Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewanganberasaskan emas bagi tujuan memenuhi objektif pelaburan anda.

Di sini kita boleh pecahkan definisi pelaburan emas kepada 3 bahagian iaitu:

1. Anda boleh melabur emas secara fizikal2. Anda juga boleh melabur emas melalui produk-produk kewangan berasaskan emas3. Bagi memenuhi objektif pelaburan anda.

Untuk pengetahuan anda, pelaburan emas bukan hanya melibatkan emas fizikal. Banyakproduk-produk kewangan yang bersandarkan emas yang direka untuk memenuhi keperluanpelabur.

Contohnya ialah Akaun Simpanan Emas (Gold Saving Account) yang mana pelabur bolehmembeli dan menjual emas mengikut harga emas semasa TANPA melibatkan emas fizikal.

Produk-produk kewangan dicipta bagi tujuan memudahkan pelabur, contohnya pelabur tidakperlu berfikir tentang aspek penyimpanan. Ia juga mempunyai kecairan yang tinggi di manabelian dan jualan boleh dilakukan bila-bila masa tanpa perlu membawa emas.

Jadi mudah bagi pelabur untuk membeli dan menjual emas secara maya, tak perlu fikir ‘Di mananak simpan emas selepas dibeli?’

Untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang pelaburan emas, mari kita lihat piramidpelaburan emas.

Gambar: Piramid pelaburan emas.

Page 34: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

37

Piramid pelaburan emas menunjukkan kepada anda tentang 3 aspek penting di dalam pelaburanemas iaitu:

1. Objektif pelabur2. Produk yang sesuai dengan objektif pelabur3. Risiko

Terdapat 4 objektif pelaburan emas iaitu:

1. Sebagai insurans kekayaan2. Pelaburan dan simpanan3. Pelaburan4. Spekulasi

Setelah anda jelas dengan objektif pelaburan emas anda, maka peringkat seterusnya ialahmemilih produk yang sesuai dengan objektif pelaburan emas anda. Anda boleh memilih lebihdari satu matlamat pelaburan dan anda juga boleh memilih lebih daripada 1 produk pelaburanemas.

Contoh: Jika anda ingin membuat pelaburan emas kerana ingin melindungi kekayaan (insurankekayaan) maka anda perlu memilih emas fizikal.

Jika objektif anda adalah untuk membuat pelaburan + simpanan, maka anda boleh memilihemas fizikal atau melabur melalui akaun simpanan emas atau menyertai program pengumpulanemas (contohnya Public Gold Gold Accumulation Program)

Jika objektif pelaburan emas anda adalah untuk pelaburan, maka anda boleh memilih untukmembeli saham-saham syarikat perlombongan atau Gold Exchange Traded Fund.

Jika anda ingin membuat pelaburan emas bersifat spekulasi (membuat keuntungan daripadapergerakan harga emas) tanpa melibatkan produk, maka anda boleh memilih BSKL Gold Futuresatau Spot Gold.

Nota penulis: Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang matlamat pelaburan emassaya dan produk yang saya pilih.

Matlamat pelaburan emas saya ada 2 iaitu (1) insuran kekayaan dan (2) simpanan danpelaburan. Untuk insuran kekayaan, saya membeli emas fizikal di dalam bentuk jongkongemas Public Gold dan PAMP Suisse yang saya simpan sendiri. Jongkong emas ini saya akansimpan terus sampai bila-bila dan akan diberikan kepada anak-anak saya sebagai hartamereka.

Untuk simpanan dan pelaburan, saya memilih Public Gold Gold Accumulation Plan (GAP)(Program Akumulasi Emas Public Gold).

Saya memilih GAP kerana ia membolehkan saya membeli emas dengan nilai minima 1 gramsahaja. Saya juga boleh membuat belian secara online bila-bila masa. Sebagai orang yangsibuk, saya perlu kemudahan membeli emas secara online, tanpa perlu pergi ke pejabatPublic Gold.

Program ini adalah bersandarkan emas fizikal, bermakna saya boleh mengeluarkan emasfizikal bila-bila masa sahaja. Saya juga boleh menjual emas di dalam akaun GAP bila-bilamasa sahaja. Jadi sebab itu GAP merupakan pilihan saya.

Baca maklumat lanjut tentang GAP di dalam topik pelaburan emas melalui Public Gold.

Page 35: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

38

Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan secara emas fizikal2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas2. Jongkong emas3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikansebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memilikikelebihan-kelebihan berikut:

1. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.2. Mudah dibawa.3. Mudah ditunaikan.4. Mempunyai susutnilai yang rendah.5. Boleh digadaikan.

Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai berat yang standardiaitu ukuran berat di dalam troy ounce (bersamaan 31.1 gram).

Bagi jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik berbanding syiling dan jongkong emas.

Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika anda hendak menjualkembali kembali barang kemas tersebut maka anda boleh dikenakan susutnilai yang tinggi iaitudi antara 25% sehingga 40%.

Namun begitu, jika anda berminat untuk membuat pelaburan emas melalui barang kemas makasaya cadangkan anda membaca topik membuat pelaburan emas melalui barang kemas. Ia bagimemastikan anda boleh memaksimakan pulangan daripada barang kemas anda.

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkanoleh institusi perbankan tempatan dan bank luar negara. Pelabur akan membeli emas mengikutharga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Adabank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga bank yang tidakmenawarkan opsyen ini.

Memandangkan terlalu banyak produk pelaburan emas yang ditawarkan di pasaran saya pasti iaboleh memeningkan kepala pelabur baru. Jangan risau. Anda bacalah buku ini sehingga habis.Selepas ini saya yakin anda akan celik emas.

Page 36: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

55

Pelaburan emas melalui Public Gold Marketing Sdn. Bhd.(Public Gold)

Terdapat sebuah syarikat tempatan yang terkenal diMalaysia yang terlibat dengan aktiviti penjualan produkemas dan perak.

Nama syarikat ini ialah Public Gold Marketing Sdn. Bhd.Nama singkatannya ialah Public Gold.

Public Gold berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyaicawangan di seluruh Malaysia.

Ini adalah alamat dan nombor telefon Public Gold.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (930830-K)Plot 21, Technoplex,Medan Bayan Lepas,Taman Perindustrian Bayan Lepas,Phase IV, 11900 Pulau Pinang.Tel: 04-6439999

Syarikat ini merupakan salah sebuah pengeluar dan penjual jongkong emas, syiling emas, dinaremas dan jongkong perak yang terbesar di Malaysia.

Terdapat pelbagai produk keluaran Public Gold yang boleh dipilih oleh pelabur emas dan perak.

Gambar: Pejabat Korporat Public Gold di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

Page 37: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

56

Anda boleh melawati laman web syarikat ini di www.publicgold.com.my atau laman facebooknyadi http://www.facebook.com/publicgoldinternational

Gambar: Laman web Public Gold

Page 38: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

57

Emas yang dijual oleh Public Gold.

Public Gold menjual jongkong emas 999.9 yang mempunyai akreditasi LBMA (London BullionMarket Association) dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Jongkong emas Public Gold diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ia dicetak oleh Nadir MetalRefinery, salah sebuah penulen emas terkemuka dunia yang merupakan ahli kepada LondonBullion Market Association.

Jongkong emas Public Gold bermula dari 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100gram, 250 gram dan 500 gram.

Ini adalah gambar-gambar jongkong emas Public Gold.

Gambar: Jongkong emas 1 gram

Gambar: Jongkong emas 1 gram (belakang)

Page 39: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

58

Gambar: Jongkong emas 5 gram

Gambar: Jongkong emas 10 gram

Gambar: Jongkong emas 20 gram

Page 40: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

59

Gambar: Jongkong emas 50 gram dan 10 gram

Susutnilai untuk jongkong emas Public Gold.

Susutnilai bagi jongkong emas Public Gold adalah diantara 4.5% ke 8%.

Ini adalah jadual susutnilai bagi produk-produk keluaran Public Gold.

Bil. Nama Produk susutnilai (%)1. Jongkong emas 10 gram 8%2. Jongkong emas 20 gram 7%3. Jongkong emas/syiling emas 50 gram 6.5%4. Jongkong emas 100 gram 6%5. Jongkong emas 250 gram 4.5%6. Jongkong emas 500 gram 4.5%

Daripada jadual di atas, anda dapat lihat dengan jelas susutnilai emas semakin kecil apabilaberatnya bertambah.

Seeloknya anda membeli jongkong emas yang besar bagi mengurangkan nilai spread. Namunbegitu, kalau anda mempunyai budget kecil, beli 1 gram pun boleh juga.

Page 41: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

60

Kos premium emas

Setiap produk Public Gold mempunyai premium. Jadi, apabila anda ingin membeli produk PubllicGold, anda perlu membayar harga emas + nilai premium.

Ini adalah jadual premium bagi emas Public Gold.

ItemKos premium seunit

(semenanjungMalaysia)(RM)

Kos premium seunit(Sabah & Sarawak)

(RM)Jongkong emas 1 gram 5 10Jongkong emas 5 gram 5 10Jongkong emas 10 gram 10 20Jongkong emas 20 gram 15 30Jongkong emas 50 gram 30 60Jongkong emas 100 gram 50 100Jongkong emas 250 gram 80 160Jongkong emas 500 gram 100 200Jongkong emas 1 kg 150 300

Barang kemas Public Gold (www.public jewellery.com.my)

Selain daripada jongkong emas, Public Gold juga menjual barang kemas 916. Anda bolehmelawat laman web www.publicjewellery.com.my untuk melihat rekaan barang kemas.

Gambar: Laman web www.publicjewellery.com.my

Page 42: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

61

Produk barang kemas yang ditawarkan adalah termasuk di dalam kategori:

1. Rantai leher2. Rantai tangan3. Buah loket4. Chinese Zodiak6. Fantasy7. Berlian

Barang kemas Public Gold tiada upah tukang.

Salah satu kelebihan barang kemas yang ditempah daripada Public Gold adalah, Public Goldtidak mengenakan kos upah tukang. Sebaliknya Public Gold mengenakan kos pengangkutanyang rata untuk setiap barang kemas. Kos pengangkutan adalah RM20 untuk satu item bagisemenanjung Malaysia dan RM40 untuk Sabah dan Sarawak.

Anda hanya perlu bayar harga emas semasa x berat barang kemas + RM20 kos pengangkutan(Semenanjung Malaysia) untuk setiap satu item yang dibeli.

Contoh, lihat gambar rantai tangan di di sebelah.

Page 43: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

62

Contoh pengiraan harga barang kemas Public Jewellery:

Harga emas semasa adalah RM134/gram.

Berat rantai tangan ini adalah 43.4 gram. Jumlah harga adalah RM134 x 43.4 gram = RM5816(dibundarkan kepada RM terhampir) + RM20 kos pengangkutan = RM5836.00

Untuk pembeli dari Sabah dan Sarawak pula, kos pengangkutan adalah RM40. Jadi harga bersihyang perlu di bayar adalah RM5856.00

Memandangkan banyak rekaan barang kemas di laman web ini, saya cadangkan untuk andamelayari sendiri laman web www.publicjewellery.com.my

Page 44: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

63

Harga emas Public Gold.

Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikutharga emas dunia.

Jadi, anda berpeluang membeli dan menjual semula emas anda mengikut pergerakan hargaemas dunia. Anda boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold diwww.publicgold.com.my

Sistem harga live dan kemudahan tempahan emas secara online membolehkan anda membelidan menjual produk Public Gold 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Gambar: Harga emas semasa Public Gold di www.publicgold.com.my

Bagaimana melihat harga jualan dan harga belian balik Public Gold?

Anda boleh ke laman web www.publicgold.com.my dan melihat jadual harga di sana.

Terdapat 2 harga yang dipaparkan iaitu PG Sell dan PG Buy.

PG sell = harga emas yang dijual kepada anda.PG Buy = Harga belian Public Gold daripada anda.

Bila anda ingin membeli emas, lihat harga PG Sell.

Apabila anda ingin menjual balik emas kepada Public Gold, lihat harga PG Buy.

Page 45: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

64

Bagaimana cara membeli emas Public Gold?

Terdapat 3 cara membeli emas Public Gold:

1. Membeli terus daripada cawangan Public Gold.2. Membuat belian secara online daripada laman web www.publicgold.com.my3. Membeli menerusi agen Public Gold yang berhampiran tempat anda.

Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Cara termudah mendapatkan membuat pertanyaan atau membuat order ialah denganmenelefon terus ke pejabat Public Gold.

Pejabat Public Gold beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat (9.00 pagi – 6 petang), Separuhhari pada hari Sabtu (9.00 pagi – 1 tengahari). Kesemua cawangan ditutup pada hari Ahad ataucuti am.

Jika anda ingin membeli melalui telefon, anda hanya perlu telefon cawangan Public Gold yangberhampiran (lihat nombor telefon di dalam jadual di bawah), anda bercakap dengan staff PublicGold, item yang ingin anda beli.

Jika staff Public Gold bertanya kepada anda tentang introducer (orang yang memperkenalkananda kepada Public Gold, beritahu mereka yang anda tahu melalui Public Gold melalui penulisBuku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, En Syukor Hashim.

Gambar: Salah satu cawangan Public Gold di Sunway, Petaling Jaya.

Page 46: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

65

Ini adalah alamat, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.

Cawangan Nombor Telefon Alamat

Alor Setar, Kedah 04-7344 916No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, AlorSetar, Kedah (bertentangan Etiqa Takaful)

Sungai Petani, Kedah 04-4232 999No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan TamanPekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.(bersebelahan Public Bank Jalan Kota)

Bukit Jambul, Penang 04-644 999912E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul,11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bishop, Penang 04-261 999 No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.

Ipoh, Perak 05-2428 999 No.26 Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.

Petaling Jaya, Selangor 03-56348 99942A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) MentariBusiness Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya.(di atas Royal Safe Deposit Box)

Klang, Selangor 03-33438916No.2, 3rd Floor, Jalan Tiara 2, Bandar BaruKlang, 41150 Klang, Selangor Darul Ehsan.(Diatas bank HSBC)

Kajang, Selangor 03-87349916No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya,Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor DarulEhsan.

Ampang, KL 03-42579 91698A & 98B, Lorong Mamanda 2, Ampang PointBatu 41/2, Jalan Ampang, 68000 Ampang(Bersebelahan Habib Jewel Ampang point)

Seremban, N.Sembilan 06-6782 916152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang,Jalan Taman Komersil Senawang 1, TamanKomersil Senawang, 70450 Seremban, NegeriSembilan.(Berhampiran Bank Rakyat Taipan Senawan)

Melaka 06-3175 499No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, TamanMelaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.(sebelah Perodua)

Johor Bahru 07-2358 999No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, TamanPerling, 81200 Johor Bahru, Johor.(Bersebelahan 7 eleven taman Perling)

Kota Bharu 09-746 2999Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000Kota Bharu, Kelantan.(sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)

Kuala Terengganu,Terengganu.

09-626 399916A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200Kuala Terengganu.(Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)

Kuantan,Pahang 09-567 8916A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250Kuantan, Pahang.(Sebelah Maybank Jalan Beserah)

Kuching, Sarawak 082-259 916Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus CommercialCentre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.(Sebelah Maybank Jalan Satok)

Kota Kinabalu, Sabah 088-447 916Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2ndFloor, Lorong Plaza Permai 1, Along JalanSulaman, Kota Kinabalu, Sabah(sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)

Page 47: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

66

Membuat belian secara online melalui laman web www.publicgold.com.my

Anda juga boleh membuat tempahan produk Public Gold secara online. Ini adalah cara termudahdan terbaik sekiranya anda mempunyai talian internet.

Ia membolehkan anda membuat belian 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ia sangatmemudahkan pelabur-pelabur emas.

Sebelum membuat belian secara online, anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu. Untukregister akaun anda perlu ke www.publicgold.com.my . Kemudian klik menu Order dan klikRegister (contoh di dalam gambar dibawah)

Selepas itu anda perlu masukkan butiran-butiran yang diperlukan.

Untuk bahagian nama, letakkan nama penuh anda mengikut IC. Pada bahagian Introducer,letakkan PG000012, Introducer name: Syukor Hashim, Introducer Mobile: 013-2126999

Page 48: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

67

Selepas anda memasukkan kesemua butiran berkenaan, anda klik butang “Register”. Selepasitu anda akan mendapat mesej ini:

Page 49: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

68

kemudian anda perlu pergi ke email anda (email yang anda masukkan ketika mendaftar akaun)dan klik “link pengaktifan” di dalam emel tersebut.

Selepas anda klik link tersebut maka akaun anda telah diaktifkan! Tahniah anda sudah bolehmembuat belian secara online.

p/s: Anda perlu membuat pembelian dalam tempoh 48 jam dari masa anda mengaktifkanakaun online anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian maka akaun ini akan dihapuskan dananda perlu mendaftar semula akaun ini. Jika anda menempah produk dalam tempoh 48 jammaka anda akan mendapat akaun yang berstatus tetap (permanent customer account)

Untuk membuat belian, anda perlu ke laman web www.publicgold.com.my dan klik menu order.

Kemudian masukkan username dan password andaseperti yang anda terima di dalam email.

Dalam kes ini:

Username = TEMP024877Password = 12345

Kemudian tekan butang Login.

Page 50: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

69

Selepas itu sekali lagi anda pergi ke menu Oder klik Place Order (lihat gambar dibawah)

Selepas itu anda akan sampai ke menu Order Placement. Di sini anda boleh memilih sebarangproduk yang anda inginkan. Letakkan kuantiti produk yang anda inginkan di ruangan Quantity.

Page 51: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

70

Pada bahagian Payment option, terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih iaitu Full Payment(bayaran penuh) atau pun Easy Payment Purchase (bayaran secara ansuran 4 bulan).

Apa itu easy purchase?

Easy purchase adalah pembelian emas secara ansuran yang ditawarkan oleh Public Gold.

Ia membolehkan pelanggan membeli emas pada harga semasa dengan bayaran ansuran 4 bulan.

Anda boleh membuat Easy Purchase untuk pembelian bernilai RM500 ke atas.

Jika anda memilih Easy Payment Purchase, anda hanya perlu membayar 25% daripada jumlahbelian selama 4 bulan.

Pembelian secara easy purchase akan dikenakan kos pengurusan (admin fee) 0.5% daripadanilai belian.

Pengiraan pembayaran.

Pada bulan pertama, anda perlu membayar 25% daripada nilai belian + 0.5% admin fee. Bulankedua, ketiga dan keempat, anda cuma bayar 25%.

Lihat contoh pembelian secara Easy Payment Purchase di sebelah.

Saya telah membeli jongkong emas 100 gram dengan nilai RM16,928.00.

Admin Fee ialah RM85.00 (0.5%) manakala bayaran bulanan ialah RM4232.00.

Jumlah keseluruhan ialah RM17,013.00.

Pada bulan pertama saya perlu membayar RM4317.00 (RM4232.00 + RM85 Admin Fee)manakala bulan kedua sehingga keempat saya cuma membayar RM4232.00 sahaja.

Nota penulis:

Walaupun anda membayar ansuran selama 4 bulan, namun harga yang anda bayar ialahharga sewaktu anda menempah emas tersebut.

Page 52: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

71

Gambar: Contoh sales order bagi pembelian secara Easy Payment Purchase

Page 53: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

72

Setelah berjaya membuat tempahan secara online, anda akan mendapat CSO xxxxxx (CustomerSales Order). Tahniah! Anda sudah berjaya membuat tempahan online.

Gambar: Contoh Customer Sales Order (untuk tempahan online)

Selepas itu, di dalam tempoh 24 jam Public Gold akan menghantar Sales Order yang muktamadke email anda.

Public Gold mungkin akan menghubungi anda melalui telefon untuk mengesahkan tempahanonline anda.

Selepas menerima sales order melalui email, barulah anda buat pembayaran ke akaun bankPublic Gold di dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya bank tutup maka anda boleh buat pembayaran pada hari berikutnya. Jika adamasalah sila berhubung dengan cawangan Public Gold yang berhampiran melalui telefon atauemail.

Page 54: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

73

Ini adalah contoh email daripada Public Gold. Sales order anda akan diletakkan di dalamlampiran. Biasanya bentuk sales order dan jumlah belian adalah sama nilainya dengan OnlineCustomer Sales Order.

Gambar: Sales Order yang muktamad akan dihantar ke email anda.

Page 55: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

74

Kelebihan membeli emas Public Gold.

1. Stok sentiasa ada. Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas sendiri, anda bolehmendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baikkerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh.

2. Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah berbanding harga di kedai emas.

3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.9)

4. Spread yang kecil (antara 5.5% ke 8% untuk jongkong emas, 5% ke 6% untuk dinaremas, 15% untuk barang kemas)

5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi anda boleh mendapatkannya dengan mudahdengan menghubungi agen yang berhampiran tempat tinggal anda.

6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesancalar, gores, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan.

Page 56: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

75

Public Gold Gold Accumulation Program – Peluang memulakansimpanan emas dengan modal yang serendah RM100.

Jika anda mencari-cari peluang untuk memulakan pelaburan emas dengan modal serendahRM100, anda pasti berminat dengan Program Pengumpulan Emas (Gold Accumulation Program)

Program ini bertujuan memudahkan anda untuk membuat simpanan emas 999.9 dengan modalserendah RM100 atau minima 1 gram sahaja.

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawanganPublic Gold di seluruh negara.

Ciri-ciri dan Kelebihan :

Anda boleh membuat pembelian emas dengan nilai minimum RM100 atau 1 gram sahaja. Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg.

0.0001gm). Disokong 100% oleh emas fizikal Tiada yuran simpanan Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja Diaudit oleh juruaudit bebas Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Panduan: Bagaimana anda boleh membuka akaun GAP?

1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau pun 1 gram emas.2. Anda juga boleh membuka akaun GAP anak anda (perkongsian antara anak & penjaga)

Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my

Sebelum membuka akaun GAP, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membukaakaun dengan nilai RM100 atau 1 gram emas (pilih salah satu).

Kemudian, baru anda lihat harga emas semasa GAP di laman web Public Gold di laman webwww.publicgold.com.my

Contoh jadual harga GAP:

Daripada jadual harga GAP di atas, jika anda memilih untuk membuka akaun GAP denganRM100, maka anda akan mendapat 0.7042 gram emas.

Jika anda ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram emas, maka anda perlu membuatpembayaran sebanyak RM142.

Soalan: Boleh tak anda buka akaun GAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 1 gram?Jawapannya BOLEH.

Page 57: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

76

Langkah 2:- Buat Pembayaran kepada Public Gold

Anda buat pembayaran ke dalam mana-mana akaun bank Public Gold seperti di bawah:

Nama akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Bank: MaybankNombor akaun: 557139238048

ATAU

Bank: Public Bank BerhadNombor akaun: 3167-52-0833

Langkah 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat peribadi anda kepadaPublic Gold

Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 6 maklumat berikut:

1. Nama penuh anda seperti di dalam IC2. Nombor kad pengenalan3. Email anda4. Nombor telefon anda5. Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan ‘tiada akaun PG’6. Letakkan introducer GAP anda: Syukor Hashim PG000012

Emailkan kepada [email protected] dan cc email tersebut [email protected] dan [email protected]

Langkah 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda

Public Gold akan memproses akaun GAP anda dalam masa 48 jam dari tempoh penerimaanemail pembayaran.

Kemudian anda akan menerima SMS dari Public Gold seperti di bawah.

SMS ini menandakan pendaftaran dan pembayaran anda selamat diterima.

Kemudian anda akan menerima email daripadaPublic Gold yang mengandungi dokumenpembelian GAP anda.

(p/s: Jika anda tidak menerima email dari PublicGold, sila call/whatsapp Public Gold GAP helplinedi talian 017-4866 916)

Page 58: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

77

Di bawah ini, saya akan berikan 2 contoh dokumen pembukaan akaun GAP:

1. Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM1002. Pembukaan emas GAP di dalam bentuk gram

Contoh 1: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100

Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100

Page 59: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

78

Contoh 2: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram

Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram

Page 60: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

79

Proses pendaftaran akaun GAP anda telah selesai. Pada tahap ini anda sudah mempunyai PGCode (Customer Account Code) dan dokumen pembelian emas GAP anda.

Panduan: Bagaimana cara membuat penambahan emas GAP?

Anda boleh menambah nilai emas di dalam akaun GAP anda pada bila-bila masa mengikutkemampuan.

Ini kerana GAP adalah program penyimpanan emas emas secara berterusan.Akaun GAP TIDAK ADA tarikh luput.

Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my

Anda boleh lihat harga emas semasa GAP di dalam jadual.

Harga GAP dipaparkan di dalam 2 format iaitu RM100 = berat emas atau RMxxx = 1.0000 gramemas.

Contoh jadual harga GAP:

Daripada jadual diatas, dengan RM100, anda akan membeli emas sebanyak 0.7042 gram.

Jika anda ingi top-up 1 gram, maka anda perlu membayar RM142.

Contoh: Jika anda ingin membeli sebanyak 3 gram emas, maka anda perlu membuatpembayaran sebanyak RM426.00

Langkah 2: Memilih kaedah pembayaran dan membuat pembayaran.

Anda boleh membuat penambahan GAP melalui perbankan internet, deposit di kaunter bank,mesin deposit tunai, pemindahan ATM, cek, arahan tetap bulanan, bayaran tunai di cawanganPublic Gold atau trade in emas terpakai ( di cawangan Public Gold).

Anda boleh menambah akaun GAP anda melalui 2 cara iaitu minima RM100 atau dalam gandaanRM50 ataupun menambah mengikut nilai gram emas.

Nota : Nilai tambahan minima untuk GAP adalah RM100 dan di dalam gandaan RM50(contohnya RM100, RM150, RM200, RM250). Tiada had maksima untuk pembelian GAP.

* Nilai tambahan minima untuk pembelian berdasarkan gram adalah 1 gram dan dalam gandaan1 gram.

Page 61: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

80

Langkah 3: Buat Pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold.

Buat pembayaran mengikut nilai yang anda ingini ke dalam akaun Public Gold seperti di bawah:

Nama akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Bank : Maybank Bank :Public Bank BerhadNombor akaun: 557139238048 Nombor akaun: 3167-52-0833Swift nombor : MBBEMYKL Swift nombor : PBBEMYKL

*Cek pantas tidak diterima

Langkah 4: Maklumkan butiran pembayaran kepada Public Gold

Selepas bank in, sila maklumkan kepada Public Gold untuk pengesahan.

1. E-melkan bukti pembayaran GAP anda kepada [email protected] dan cc emailtersebut kepada [email protected] dan [email protected] atau fakskanke nombor 04-646 4916

2. Anda juga boleh whatsapp gambar bukti pembayaran kepada GAP helpdesk di talian017-4866916. Pastikan gambar tersebut jelas dan tidak kabur.

2. Jika anda tidak mahu menggunakan email, anda boleh gunakan SMS/WhatsApp/WeChatuntuk menghantar maklumat pembayaran. Taipkan: Kod PG anda<jarak>BELIGAP<jarak>Jumlah Tempahan <jarak> (Tarikh & Masa Pembayaran) dan hantar kepada012-3876916 (GAP helpdesk)

Contoh:

Pelanggan sedia adaDengan Kod PG : PG 000000 BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 12:34:56)(jika belian gram) PG 000000 BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 12:34:56)

Jika anda pelanggan baru, formatnya adalah seperti berikut:

Pelanggan Baru : PG NEW BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 23:45:59)(jika belian gram) PG NEW BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 23:45:59)

*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.

Langkah 5: Kemaskini Penyata GAP anda:

I. Akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam selepas bukti pembayarandisahkan oleh Public Gold.

II. Pembayaran melalui cek memerlukan 8 hari bank bekerja untuk dijelaskan.

III. Selepas akaun anda di kemaskini, anda boleh melihat butirannya di dalam online GAPstatement anda.

Page 62: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

81

Langkah 6: Cara-cara pengeluaran emas fizikal @ menjual emas daripada akaun GAP

Anda boleh mengeluarkan emas fizikal melalui akaun GAP anda di mana-mana cawangan PublicGold di seluruh Malaysia.

Minima pengeluaran adalah 1 gram (tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAPanda)

Contoh: Sekiranya akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, maka anda boleh mengeluarkan10 gram emas fizikal.

Anda boleh memilih sebarang jenis jongkong emas Public Gold bermula dari minima 1 gram, 5gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kg).

Kos premium akan dikenakan untuk pengeluaran emas fizikal.

Sama seperti pembelian emas fizikal Public Gold, pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAPjuga tertakluk kepada kos premium.

Ini adalah jadual kos premium:

ItemKos premium seunit

(semenanjung Malaysia)(RM)

Kos premium seunit(Sabah & Sarawak)

(RM)Jongkong emas 1 gram 5 10Jongkong emas 5 gram 5 10Jongkong emas 10 gram 10 20Jongkong emas 20 gram 15 30Jongkong emas 50 gram 30 60Jongkong emas 100 gram 50 100Jongkong emas 250 gram 80 160Jongkong emas 500 gram 100 200Jongkong emas 1 kg 150 300

Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkanemas fizikal sebanyak 10 gram.

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, makapremium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50.

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, makapremium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, makapremium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10

*p/s: Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.

Page 63: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

82

Langkah 7: Bagaimana Menjual Semula Emas Fizikal Public Gold?

Anda boleh menjual semula emas fizikal Public Gold di mana-mana pejabat Public Gold diseluruh Malaysia atau menjualnya kepada agen-agen yang berhampiran.

Harga belian balik adalah berdasarkan kepada harga emas semasa di www.publicgold.com.my

Langkah 8: Pengeluaran tunai daripada GAP.

Selain daripada pengeluaran emas fizikal, anda boleh menjual emas GAP dan mendapatkantunai. Harga jualan adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

Pengeluaran tunai (berdasarkan kepada harga belian Public Gold jam 12 tengah malam padahari tersebut dengan mengikut berat produk yang di bawah berat emas terkumpul).

Caranya:

SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada+6017-486 6916.

Contoh:Dengan kod PG : PG 000000 JUAL GAP 100gram

-Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.

-Contoh, Jual balik dilakukan pada 14/7/14, harga akan merujuk pada 14/7/14 12:00 tengahmalam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 16/7/14.

*Pembayaran di bawah keadaan pasaran yang normal.

Langkah 9: Menyemak rekod pembelian dan jualan akaun GAP anda.

Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu penyata akaun online bagi memantauurusniaga belian dan jualan GAP anda.

Untuk mendapatkannya username dan password akaun GAP anda, sila telefon cawangan PublicGold berhampiran.

Ia membolehkan anda melihat rekod belian dan jualan GAP anda secara online di laman webwww.publicgold.com.my

Page 64: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

83

Rekod transaksi GAP ini boleh dilihat dalam bentuk penyata bulanan.

Gambar: Penyata online GAP.

Page 65: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

84

Dengan GAP, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Jika anda menyimpan emas sedikit-sedikit, percayalah, lama-lama ia akan menjadi bukit.

Contohnya, jika sebulan anda mampu menyimpan 1 gram emas, setahun anda dah berjayamengumpulkan 12 gram.

Kalau anda simpan emas secara konsisten bertahun-tahun, maka anda anda akan berjayamengumpulkan emas dengan banyak.

Dalam pelaburan emas, yang penting adalah sikap konsisten menyimpan emas.

Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Inilah kelebihan GAP.

Anda tak perlu beli emas dengan nilai yang besar. Memadai dengan kemampuan anda sekarang,samada RM100 atau 1 gram.

Anda boleh mulakan simpanan sekarang!

Nota penulis: Jika anda mencari kaedah membuat pelaburan emas yang termurah danboleh mengeluarkan emas fizikal. GAP adalah salah satu kaedah terbaik.

Page 66: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

85

Pelaburan emas melalui Dinar Emas.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas anda juga boleh membuat pelaburan emasmelalui dinar emas.

Dinar emas mula mendapat perhatian kerana ia dipopularkan oleh kerajaan negeri Kelantan.

Antara dinar emas yang dijual di Malaysia ialah:

1. Dinar Emas Public Gold2. Dinar Emas Kelantan

Dinar emas Public Gold

Dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam bentuk ½ Dinar, 1 Dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Anda boleh lihat harga dinar di laman web www.publicgold.com.my

Kelebihan dinar emas Public Dinar adalah harganya yang kompetetif dan susutnilainya adalahrendah (antara 5% - 6% sahaja)

Gambar dinar emas Public Gold

Page 67: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

86

Gambar: 1 dinar

Gambar: 5 dinar dan 10 dinar

Page 68: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

87

Dinar Emas Kelantan.

Dinar emas Kelantan versi terbaru telah dilancarkan pada 12 Ogos 2010. Laman web DinarEmas Kelantan ialah http://kgt.com.my/ (Kelantan Golden Trade)

Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah ½ dinar, 1 dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 dinar.

Gambar: Dinar Emas Kelantan

Denominasi Gambar Spesifikasi Harga (RM)

1/2 Dinar

2.125 gram Berat

16 mm Diameter

Kandungan Emas 917

324.00

1 Dinar

4.250 gram Berat

21 mm Diameter

Kandungan Emas 917

647.00

2 Dinar

8.500 gram Berat

22 mm Diameter

Kandungan Emas 917

1,294.00

5 Dinar

21.25 gram Berat

25 mm Diameter

Kandungan Emas 917

3,235.00

8 Dinar

34.00 gram Berat

32 mm Diameter

Kandungan Emas 917

5,176.00

Gambar: Senarai produk dinar Kelantan

Page 69: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

88

Bagaimana anda boleh membeli Dinar Emas Kelantan?

Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di Ar-rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ataupun melalui wakalah yang dilantik oleh KelantanGolden Trade atau secara online.

Ini adalah sebahagian daripada cawangan Ar-rahn PKB di seluruh Malaysia.

Ar-Rahn Kota Bharu 2Lot 1007, Tingkat Bawah,Bangunan Hotel Raudah,Jalan Maju, 15000 KotaBharu, Kelantan. Malaysia.

Tel : 09-7414322Faks : 09-7414320

Ar-Rahn Kota BharuPT 95, Seksyen 7, JalanTemenggong, 15000 KotaBharu, Kelantan, Malaysia

Tel: 09-741 4400Faks : 09-741 4409

Ar-Rahn Rantau PanjangNo. 181, Tingkat Bawah, JalanBesar, Lubok Stol,17200 Rantau Panjang,Kelantan, Malaysia.

Tel: 09-795 3949Faks : 09-795 0599

Ar-Rahn KajangNo. 10 Jalan Raja Harun43000 KajangSelangor

Tel: 03-87361517Faks: 03-87367552

Ar-Rahn Raja LautNo. 44G, Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26933433Faks : 03-26933431

Ar-Rahn RawangNo. 49, Jalan Maxwell,48000 Rawang, Selangor.

Tel : 03-60928441Faks : 03-60928429

Anda juga boleh membeli dinar emas Kelantan secara online di http://kgt.com.my/shop/

Kebaikan dinar emas:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru hendak bermula.

2. Boleh digadaikan di Ar-rahn.

Kelemahan:

1. Sukar dibeli kerana tidak semua negeri di Malaysia mempunyai Ar-rahn dinar emasKelantan. Wakalah juga adalah terhad.

2. Harga belian balik dinar tidak dinyatakan. Anda perlu menghubungi Ar-Rahn atauwakalah untuk bertanya harga jualan balik.

Page 70: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

93

3 kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.

Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untukmemaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan.

Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:

1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa.Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation ofGoldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/

2. Susutnilai emas yang tinggi antara 13% ke 30%.

3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, WahChan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastiktersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebutakan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 30%)

4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanshipcost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkanworkmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akanmengurangkan kos workmanship.

Kajian kes 1: Kisah PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedaiEmas Poh Win Melaka. Saya beli 2 keping x 1 Oz dan 1 x 50 gram.

Gambar : Kedai Emas Poh Win di Melaka

Page 71: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

94

Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse saya

Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telahmembuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna di dalam plastiknya.

Page 72: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

125

Harga emas di Malaysia dan Dunia.Salah satu topik menarik di dalam pelaburan emas adalah mengenai harga emas. Ramai pelaburemas mendapati harga emas di antara satu-satu penjual dengan penjual lain adalah berbeza.

Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia (dipanggil spot gold).Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas diMalaysia.

Apabila pasaran emas dunia dibuka, maka harga emas akan berubah setiap saat. Perubahanharga emas setiap saat boleh dilihat jika anda menggunakan perisian tertentu contohnyaMetaTrader 4. Namun begitu harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dansaat. Sebaliknya harganya boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Inimembolehkan kedai emas menjalankan urus niaga dengan lancar.

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIAdan Maybank GIA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit.Harga Kijang Emas pula berubah sehari sekali.

Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia didalam menetapkan harga emas mereka.

Fakta: Emas bukan harga kawalan.

Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditetapkan olehpenjual emas. Harga emas berbeza di antara satu penjual dengan penjual yang lain. Ini keranasetiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza. Di antarakos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gajipekerja dan lain-lain kos.

Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yanghampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.

Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold.(spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia utk belian dan jualan)

Bagaimana melihat harga emas spot gold?

Untuk melihat harga emas spot gold di dalam Ringgit Malaysia, anda pergi ke laman webGoldprice.org http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Gambar: Ini adalah harga emas pasaran dunia (dalam RM)

Page 73: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

126

Daripada gambar diatas, anda dapati harga spot gold dalam RM ialah RM134.25 segram.

Ini ini membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, namun untuk pengetahuananda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akanmenjual emas di atas harga spot gold.

Ini dipanggil premium over spot price (premium diatas harga spot gold)

Berpandukan harga spot gold ini, anda boleh mengira berapa premium harga emas bagi setiappenjual.

Mengira premium harga emas.

Premium bermaksud perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas oleh penjual.Biasanya ia dikira dalam bentuk %

Formulanya ialah:

(Harga jualan syarikat segram – Harga spot gold) / (harga spot gold) x 100%

Sebagai contoh, mari kita lihat buat perbandingan premium harga untuk jongkong emas 10gram UOB Pamp Suisse dan Public Gold 10 gram.

Baik, memandangkan harga spot gold ketika ini adalah RM134.25 manakala harga segramjongkong emas 10 gram UOB adalah RM151.40 segram dan Public Gold pula RM139.30 segram.

Premium bagi jongkong emas UOB

(RM151.40 – RM134.25) / RM134.25 x 100%= 12.77% premium over spot price.

Premium bagi jongkong emas Public Gold(RM139.30 – RM134.25) / RM134.25 x 100%= 3.76% premium over spot price.

Jadi, disini anda boleh lihat bahawa premium bagi jongkong emas Public Gold adalah lebihrendah daripada PAMP Suisse yang dijual UOB Bank.

Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu membeli jongkong emas yang rendahpremiumnya.

Page 74: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

130

Anda dan emas. Penyimpan, pelabur atau pedagang?

Apabila anda menceburi bidang pelaburan emas, terdapat 3 posisi yang boleh anda pilih samadamenjadi:

1. penyimpan emas,2. pelabur emas atau3. peniaga emas.

Ketiga-tiga posisi ini mempunyai matlamat yang berbeza.

Untuk lebih memahami perkara ini, mari kita lihat definisi Kamus Dewan bagi perkataansimpanan, pelaburan dan pedagang.

Menurut Kamus Dewan, simpanan bermaksud:

1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dan lain-lain): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu ygdisimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dan lain-lain), cadangan; tentera ~tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ =persimpanan tempat menyimpan;

Manakala definisi pelaburan pula ialah:

1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatuyg dibeli dan sebagainya dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal:pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan;

Definisi pedagang pula adalah:

1. orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang.

Apa perbezaan diantara penyimpan emas, pelabur emas dan pedagang emas?

Jawapannya ialah: Niat anda!

Penyimpan emas = Anda berniat untuk menyimpan wangnya ke dalam bentuk emas untukkegunaan pada masa akan datang.

Bagi anda, simpanan di dalam bentuk emas lebih baik daripada wang tunai atas sebab-sebabberikut:

1. Untuk mengelakkan kebocoran wang: Bila ada wang, maka hati anda asyik nak belanjasampai habis. Jadi kerana risau wang akan cepat habis, maka lebih baik anda tukarkan wangsimpanan menjadi emas. Selamat dari masalah kebocoran wang.

2. Anda berniat menyimpan emas untuk jangkamasa panjang. Bila ada keperluan di masahadapan, barulah tukar emas menjadi tunai. Keperluan yang dimaksudkan ialah sepertitabung universiti anak, tabungan ke Mekah atau tabungan membeli rumah. Kalau tiadakeperluan maka anda tak perlu tukar emas jadi tunai.

Dari segi psikologi, harga emas naik atau, anda tak kisah. Anda cuma hendak tukar wangsimpanan ke dalam bentuk emas.

Bagi penyimpan emas, sifirnya mudah sahaja. Ada duit lebih, tukar jadi emas. Lepas itu simpanelok-elok.

Sebagai seorang penyimpan emas, konsistensi adalah penting.

Page 75: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

131

Setiap kali anda ada simpanan wang, maka anda boleh tukarkan kepada jongkong emas dansyiling emas.

Jika simpanan wang anda tidak mencukupi, maka anda teruskan menyimpan wang tersebutsehinggalah ianya mencukupi, barulah anda membeli emas.

Pelabur emas = Orang yang ingin mendapatkan keuntungan daripada aktiviti jual beli emas didalam satu jangka masa tertentu.

Pelabur emas berbeza dengan penyimpan emas. Ini kerana pelabur emas lebih aktif membelidan menjual emas bagi mendapatkan keuntungan.

Pelabur emas mengejar pulangan dengan cara membeli emas ketika harga rendah dan menjualkembali ketika harga naik. Dari segi mentaliti, pelabur emas melihat emas sebagai salah satutempat melabur.

Ciri-ciri lain seorang pelabur emas adalah seperti berikut:

1. Emas dilihat sebagai pelaburan yg setaraf seperti ASB, unit trust, hartanah dan sebagainya.

2. Anda melihat peratus kenaikan harga emas untuk satu jangkamasa tertentu seperti 6 bulan,setahun atau lebih.

3. Anda membeli emas ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga emas naik bagimendapat keuntungan.

4. Anda aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa bagi mendapatkan gambaran trendpergerakan harga emas dan sentimen pasaran.

5. Bila anda membeli emas, anda berdoa supaya harga emas naik mulai esok hari supaya andauntung cepat.

6. Bila anda menjual emas, anda cepat-cepat berdoa harga emas akan mula jatuh supaya andaboleh beli balik dengan harga rendah.

Samada sebagai simpanan atau pelaburan, anda perlu memiliki mind set yang betul dan ilmuyang betul.

Jika anda berhasrat menjadi pelabur emas. Anda perlu menguasai 2 ilmu penting iaitu:

1. Ilmu analisis teknikal harga emas.2. Ilmu analisis fundamental harga emas.

Ilmu analisis teknikal

Analisis teknikal adalah satu kaedah menjangka dan menentukan corak pergerakan harga masadepan berdasarkan kajian menggunakan statistik yang diperolehi daripada aktiviti dagangan dimasa lepas.

Kaedah ini membabitkan penggunaan carta dan alatan (tools) untuk mengenal pasti bentukpergerakan harga (naik/turun) bagi membolehkan anggaran kenaikan dan penurunan padamasa hadapan.

Pengkaji analisis teknikal percaya bahawa sejarah aktiviti dagangan masa lepas dapatmenentukan corak pergerakan harga di masa depan.

Kaedah termudah membuat analisis teknikal harga emas adalah dengan menggunakan perisianMetaTrader4. Contohnya FxPrimus (www.fxprimus.com)

Page 76: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

132

Tujuan utama pelabur mempelajari kemahiran analisis teknikal harga emas ialah untuk mencaridi manakah harga lantai dan harga syiling emas.

Sebagai contoh, pelabur emas boleh membuat melihat bahawa titik A, C dan F adalah hargalantai (support) manakala titik B, D dan E adalah harga syiling (resistance).

Bagi memaksimakan keuntungan, pembelian dibuat berhampiran zon harga lantai dan penjualandibuat berhampiran zon harga syiling.

Gambar: Harga lantai dan harga syiling boleh dipantau menggunakan MetaTrader4

Ingin mempelajari ilmu analisis teknikal?

Ilmu analisis teknikal harga emas ini mudah untuk dipelajari.

Pelabur emas hanya memerlukan masa sehari sahaja untukmenguasai ilmu analisis teknikal harga emas dan belajartopik-topik asas seperti konsep harga lantai dan hargasyiling.

Jika anda berminat untuk mendalami ilmu analisis teknikalharga emas, saya cadangkan anda mendapatkan bukuAnalisis Teknikal Harga Emas – Strategi Membeli danMenjual Emas Fizikal Pada Harga Terbaik, yang ditulis olehsaya dan Shufaad www.melakafx.com

Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai buku ini di sinihttp://bit.ly/BukuAnalisisTeknikalEmas

Anda juga boleh belajar ilmu analisis teknikal harga emasdengan menghadiri seminar yang saya dan Shufaadanjurkan dari masa ke semasa.

Dengan ilmu ini, anda boleh menjadi seorang pelabur emas yang lebih baik.

Page 77: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

133

Ilmu analisis fundamental.

Analisis fundamental bermaksud anda melihat faktor-faktor besar yang boleh menggerakkanharga emas.

Contohnya:

1. Trend permintaan dan penawaran emas.

Trend permintaan dan penawaran emas dikeluarkan oleh World Gold Council (www.gold.org) didalam laporannya yang bertajuk Gold Demand Trends. Laporan ini dikeluarkan setiap sukutahunan. Anda boleh muat turun laporan ini secara percuma.

Anda cuma perlu pergi ke www.gold.org dan cari Gold Demand Trends

Gambar: Laporan gold demand trend

Page 78: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

134

Di dalam laporan ini, anda boleh melihat gambaran lengkap tentang trend permintaan danpenawaran emas.

Sebagai contoh, sektor yang membeli emas terdiri daripada:

1. Barang kemas2. Teknologi3. Pelaburan (jongkong, syiling dan Exchange Traded Fund)4. Bank Pusat

Laporan ini akan membuat analisis terperinci samada wujud pertambahan permintaan ataupengurangan atau penjualan emas daripada sektor-sektor ini. Ia membolehkan anda melihatsentimen pasaran emas dunia dengan jelas.

2. Peranan Federal Reserved (bank pusat Amerika)

Selain daripada laporan Gold Demand Trend, faktor fundamental lain yang memberi kesan besarkepada harga emas adalah peranan Federal Reserved (Bank Pusat USA) dan beberapakomponen-komponen ekonomi.

Antaranya ialah:

1. Mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC)2. Quantitative Easing3. US Employment Report4. US Equities5. US Government Bond6. Gold Exchange Traded Fund7. Outside Market-US Dollar Index and Oil8. Commitment of Traders Report

Analisis fundamental sangat mempengaruhi harga emas untuk jangkamasa yang panjangcontohnya 6 bulan ke atas malah sehingga bertahun-tahun lamanya.

Anda ingin mempelajari ilmu analisis fundamental harga emasdengan lebih mendalam?

Dapatkan buku “Analisis Fundamental Harga Emas –Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi hargaemas dunia” tulisan saya dan Noor Shufaad.

Buku ini menerangkan secara terperinci tentang apakahfaktor-faktor besar yang boleh menggerakkan harga emasdunia.

Ia bacaan yang sesuai untuk mereka yang berminat menjadipelabur emas professional.

Dapatkan preview percuma buku ini di sini (klik)

http://bit.ly/analisisfundamentalFREEpreview

Page 79: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

135

Pedagang emas: Orang yang menggunakan emas sebagai medium perniagaan.

Pedagang emas melihat emas sebagai satu peluang perniagaan. Emas boleh dijual beli bagimendapatkan keuntungan segera.

Bagi pedagang, mereka membuat keuntungan segera dengan aktiviti membeli dan menjualemas. Apabila ada pelanggan ingin membeli, maka mereka akan menjual emas tersebut.Apabila ada orang ingin menjual emas, maka mereka sedia membeli pada harga yang rendahsedikit daripada harga semasa.

Pedagang emas terbahagi kepada 2 kategori.

1. Pedagang emas fizikal2. Pedagang emas maya

Contoh aktiviti seorang pedagang emas fizikal.

Saya ingin memberikan contoh bagaimana seorang pedagang emas membuat keuntungandaripada aktiviti membeli dan menjual emas.

Contoh 1: Menjadi agen syarikat emas.

Menjadi agen syarikat emas membolehkan seseorang membeli dan menjual emas mengikutharga yang ditetapkan oleh syarikat. Terdapat 2 jenis keuntungan yang lazimnya diperolehi iaituuntung runcit dan komisyen belian.

Untung runcit.

Lihat contoh harga emas Public Gold dibawah, jika ada pelanggan yang ingin menjual balik 10gram kepada seorang agen Public Gold maka agen akan membeli emas tersebut pada harga PGBuy (RM1281) dan apabila ada pelanggan lain yang ingin membeli 10 gram maka agen akanmenjual emas tersebut pada harga PG sell (RM1393). Agen tersebut memperolehi keuntungansebanyak RM112 (8%) di dalam transaksi jual beli 10 gram ini.

Gambar: Perbezaan harga Buy dan Sell membolehkan agen mendapat untung runcit.

Komisyen belian.

Komisyen belian merujuk kepada komisyen yang diberikan oleh syarikat kepada agen yangmembeli stok emas daripada syarikat. Biasanya nilai komisyen ditetapkan di dalam bentuk %daripada nilai belian emas.

Sebagai contoh, Public Gold memberikan komisyen antara 1% sehingga 2% apabila agennyamembeli emas daripada Public Gold. Jadi, apabila agen Public Gold membeli 10 gram emas padaharga RM1393, maka agen akan menerima komisyen antara RM13.93 ke RM27.86.

Page 80: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

136

Contoh 2: Pedagang emas maya (paper trading)

Pedagang emas maya atau dalam bahasa inggerisnya paper trader merujuk kepada merekayang menjual beli emas secara maya.

Terdapat 2 produk yang sering digunakan oleh pedagang emas maya iaitu:

1. Bursa Malaysia Gold Futures2. Spot Gold

Bursa Malaysia Gold Futures

Maklumat lanjut tentang Bursa Malaysia gold futures boleh diperolehi di website Bursa Malaysia

http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/products/commodity-derivatives/gold-futures-fgld

Soalan-soalan lazim berkenaan gold futures boleh dibaca disini:

http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/education/faqs-on-gold-futures-contract-fgld

Gambar: Maklumat tentang Gold Futures di Bursa Malaysia

Nota penulis : Saya tidak trade gold futures di Bursa Malaysia, jadi saya tiada pengalamanuntuk diceritakan kepada anda tentang strategi membuat keuntungan melalui platform BursaMalaysia Gold Futures.

Page 81: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

137

Spot Gold.

Kemudahan untuk trade spot gold biasanya ditawarkan oleh broker-broker platform forex. Iamembolehkan trader membeli dan menjual kontrak emas secara online. Antara contoh platformtersebut adalah www.fxprimus.com

Gambar: Contoh broker spot gold ialah FXPrimus.

Inilah 2 butang yang akan menentukan keuntungan dan kerugian seorang trader. Butang Selldan butang Buy.

Gambar: Trader akan jual dan beli dengan hanya menekan butang Sell atau Buy

Page 82: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

138

Kelebihan.

Paper trading membolehkan pedagang membuat keuntungan segera daripada kenaikan danpenurunan harga emas. Samada harga emas naik atau turun, trader boleh membuatkeuntungan. Anda cuma perlukan perlukan komputer, internet dan akaun broker.

Kelemahan.

Gold futures dan spot gold termasuk di dalam kategori berisiko tinggi. Saya ulangi, risiko tinggi.Anda boleh kehilangan semua modal di dalam paper trading, jika tersalah langkah. Dengankata lain, untung segera, rugi pun segera. Trader memerlukan ilmu yang tinggi dan disiplintrading yang tinggi.

Contoh seorang trader.

Sahabat saya Noor Shufaad (gambar atas) merupakanseorang trader sepenuh masa.

Beliau aktif trade komoditi dan matawang. Sebelumpandai trading, beliau banyak menghanguskan modal.3 tahun berturut-turut beliau mengalami kerugian didalam trade kerana ilmu, mentor dan sistem yang salah.

Namun sekarang beliau sudah jadi sifu dan aktifmengajar orang tentang seni trade. Anda bolehmembaca blog beliau di www.melakafx.com danwww.shufaad.com

Beliau menulis buku yang bertajuk “Saya Trader –Panduan menjana pendapatan melalui pasaran spotgold dan currency” (215 mukasurat)

Beliau berkongsi strategi-strategi trading yangdigunakan oleh beliau. Anda boleh dapatkan buku inidaripada saya. Whatsapp atau sms saya di 013-2126999 untuk maklumat lanjut.

Page 83: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

139

Bagaimanakah menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungandengan emas. Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.

Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jikaanda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akankongsi kan di bawah.

Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Sebelumanda membeli emas sebagai aset, minda anda perlu menjadi asetterlebih dahulu.

Siapkan minda anda terlebih dahulu.

Sebelum saya bercerita kepada anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, sayaberharap anda dapat menyiapkan minda anda untuk memahami perkara-perkara di bawah.

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akanmenguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menungguharga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beliemas kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untukbermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masapanjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahumenjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya.Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburanemas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jikaanda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yangmenawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda peroleh maka menjana pendapatan dengan emas akanmenjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yangberkenaan emas. Contohnya ialah:

i. Kitco (www.kitco.com)ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)iv. Mineweb (www.mineweb.com)v. Casey Research (www.caseyresearch.com)vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

Page 84: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

140

Berapa lama anda nak simpan emas?

Semakin lama anda simpan emas, maka kelebihan akan berpihak kepada anda.

Di sini saya ingin menunjukkan kepada anda prestasi harga emas dalam jangka masa panjang.Ini kerana, di dalam jangka masa panjang, anda boleh melihat trend kenaikan dan penurunanharga emas dengan jelas.

Anda juga akan dapati, walaupun harga emas menaik dalam jangka masa panjang, tetapi adaketikanya harga emas boleh jatuh antara 25% hingga 38%

Gambar di bawah menunjukkan pergerakan harga emas dari tahun 2005 sehingga awal 2014.

Harga emas tahun 2005 adalah jauh lebih rendah berbanding harga tahun 2014.

Sejarah kejatuhan harga emas.

Baik, mari kita lihat rekod kejatuhan harga emas pula.

1. Pada 12/5/2006 sehingga 14/5/2006, harga emas jatuh 25% dan mengambil masa 16 bulanuntuk pulih.

2. Pada 16/3/2008 sehingga 12/11/2008, harga emas jatuh 34% dan mengambil masa 19 bulanuntuk pulih.

3. Pada 5/9/2011 sehingga 19/12/2013, harga emas jatuh sehingga 38.5%, dan sedangmengalami pemulihan.

Jadi tuan puan, pelaburan emas amat sesuai untuk mereka yang bersedia membuat pelaburanjangka masa panjang.

Gambar: Harga emas sejak 2005 dan waktu harga emas jatuh boleh dilihat.

Page 85: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

147

Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.

Ini adalah kaedah yang termudah. Beli emas fizikal, tunggu sehingga harganya naik dan jualapabila harganya mencecah target keuntungan anda.

Sebagai contoh jika anda target untuk mendapat keuntungan sebanyak 25% maka anda akanmenjual emas-emas anda sebaik sahaja harganya naik 25%.

Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.

Sebagai contoh, emas yang mempunyai spread yang rendah (di bawah 10%) adalah syilingemas UOB Bank, Kijang Emas, Jongkong emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar.

Caranya:

Anda beli emas dan kemudian menyimpan emas tersebut. Apabila harga naik melepasi targetkeuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.

Jika anda memerlukan wang semasa proses menunggu, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu. Bagi buku akaun simpanan emas pula, anda tak boleh nak gadaikan emas anda. Andakena tunggu sahaja.

Contoh:

Anda membeli 5 sekeping syiling Kijang Emas 1 Oz pada 2/1/2008 pada harga RM2,932sekeping. Jumlah pelaburan anda ialah RM14 660.

Anda meletakkan target untung mendapat keuntungan sebanyak 30% (kenaikan hargasekurang-kurangnya RM880 untuk sekeping. Kalau dapat lebih lagi bagus).

Jadi target harga jualan anda adalah apabila harga Kijang Emas itu mencecah RM3812 ataulebih. Maka anda pun mulalah memerhatikan kenaikan harga Kijang Emas hari demi hari dilaman web Bank Negara.

Akhirnya pada tarikh 23/11/2009 anda dapati harga belian balik Kijang Emas adalah RM3839.

Jadi anda boleh menjual kesemua syiling Kijang Emas ini dan memperoleh keuntungansebanyak RM4535 (RM907 x 5 keping). Tahniah! Anda telah mencapai target untung anda.

Page 86: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

148

Gambar: Jual apabila harga Buying sama dengan target untung anda.

Pilihan kedua.

Jika anda rasa sayang untuk menjual kesemua syiling kijang emas tersebut, anda boleh menjualsekeping Kijang Emas sahaja (menjual nilai untung).

Anda memperoleh keuntungan RM3839 dan masih mempunyai 4 keping syiling Kijang Emasyang boleh dijual pada harga lebih tinggi pada masa hadapan.

Kebaikan:

1. Jika anda membeli emas fizikal, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu jikamemerlukan wang.

2. Untuk mendapat keuntungan lebih, anda boleh menjual syiling Kijang Emas tersebutdengan harga yang lebih tinggi daripada harga buying. Caranya ialah dengan menjualsyiling kijang emas ini di group Facebook. Anda tidak perlu jual semula syiling KijangEmas anda kepada Maybank. Dengan cara ini anda boleh menambahkan keuntungan.

Page 87: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

149

Teknik 3 : Buat pinjaman dan beli emas fizikal

Melihat kepada trend kenaikan harga emas yang melonjak tinggi sejak tahun 2001, saya telahmembuat kajian untuk melihat sama ada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bankbagi membuat pelaburan emas.

Hasil kajian saya mendapati membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memangmenguntungkan. Ini kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggidaripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalahpinjaman yang baik.

Definisi: “Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kayaPinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.

Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar.

Kajian kes:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuktempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007.Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00

Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1Oz ketika itu adalah RM2351.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersihanda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

Page 88: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

165

Ar-Rahnu (pajak gadai Islam)

Salah satu daripada keuntungan menyimpan emas ialah ia boleh digadaikan di institusi pajakgadai Islam yang dipanggil Ar-Rahnu. Ia membolehkan anda memperolehi tunai dengan cepat.Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai Ar-Rahnu.

Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satubarang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yangterikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayardengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapatdijelaskan

(http://www.arrahnu.org/main.htm)

Di Malaysia Ar-Rahnu cuma menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yangdiberikan. Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu sepertiAgrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankanperkhidmatan Ar-Rahnu seperti YAPEIM, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi.

Ar-Rahnu menjalankan operasi berdasarkan 2 konsep iaitu:

Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikansandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya,sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga denganjaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

9 kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

i. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjianpinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu ribaberbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasilkepada pemberi pinjaman dan ia diharamkan oleh Islam.

ii. Nilai Gadaian Tidak MerosotNilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlakupenyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantaiemas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek daripada sebelum digadai.

iii. Wang Lebih Gadaian DipulangkanSekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yangditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkantentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi bakihutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalahjauh lebih rendah daripada nilai barang gadaian.

iv. Barang Kemas Yang Disimpan SelamatSemua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangankemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risaudengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia beradadi pihak penerima gadaian.

Page 89: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

166

v. Caj perkhidmatan Yang RendahSemua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkandengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj yang tinggidan ada juga sebilangan tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau memintawang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

vi. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlakusemasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsurpenipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkankepada pemberi gadaian.

vii. Tempoh Membayar Balik Yang MunasabahAr-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur denganpelanggannya berkaitan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai olehsemua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkalameminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian inginmelanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

viii. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara LelonganPihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya baranggadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telahhabis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masamembayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian merekaakan dilelongkan.

ix. Memberi Nilai Gadaian Yang SepatutnyaPerkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana AktaPemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaianberkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yangsepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Bagaimanakah Ar-Rahnu membuat keuntungan?

Saya sering kali menerima pertanyaan mengenai Ar-Rahnu. Bagaimanakah mereka membuatkeuntungan?

Jawapannya adalah daripada upah simpan.

Pajak gadai konvensional biasanya mengenakan faedah ke atas nilai pinjaman. Ini adalah ribayang diharamkan di dalam Islam.

Namun bagi Ar-Rahnu pendekatan yang digunakan ialah mengambil upah ke atas simpananbarang kemas peminjam. Dengan kata lain mereka membuat keuntungan dengan servismenyimpan emas penggadai bukannya mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan.

Page 90: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

167

Mempelajari selok- belok Ar-Rahnu.

Terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di seluruh Malaysia antaranya adalah bank-bank tempatanseperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam dan RHB Bank. Pos Malaysia juga mempunyai Ar-Rahnu yang dipanggil Ar-Rahnu Pos.

Untuk memahamkan anda dengan proses Ar-Rahnu ini saya akan mengambil contoh Ar-RahnuBank Rakyat.

Saya akan berkongsi mengenai:

1. Apakah itu nilai marhun?2. Bagaimana mengira nilai pinjaman3. Berapakah kadar upah simpan sebulan?4. Apakah itu teknik overlap?

Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Bank Rakyat menawarkan 2 jenis skim Ar-Rahnu iaitu:

1. Ar-Rahnu2. Az-Zahab

Skim Ar-Rahnu.

Konsep:

Al-Wadiah dan Qardhul Hassan.

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas.2. Bukan warganegara3. Tidak bankrap

Nilai pembiayaan.

Pembiayaan sehingga 70% daripada nilai marhun (Nilai marhun merujuk kepada harga baranggadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas).

Nilai gadaian sehari tidak melebihi RM10,000 dan nilai pinjaman terkumpul individu mestilahtidak melebihi RM50,000

Jangka masa pinjaman.

6 bulan sahaja.

Tempoh pelanjutan.

Boleh disambung lagi untuk 6 bulan tertakluk kepada pembayaran upah simpan bagi simpananemas 6 bulan terdahulu.

Produk yang boleh digadaikan.

Barang kemas yang berketulenan 18 karat ke 24 karat.

Page 91: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

177

Skim pelaburan emas.

Sekarang ini, penipuan berasaskan pelaburan emas semakin menjadi-jadi. Anda lihat diFacebook, surat khabar dan internet. Mesti anda akan terjumpa tawaran pelaburan emasdengan keuntungan segera.

Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?

Jawapannya ialah KESEMUA skim pelaburan emas tidak boleh dipercayai. Terdapat 2kemungkinan besar yang akan berlaku terhadap syarikat skim pelaburan emas.

1. Mereka lesap selepas mengutip duit pelabur.2. Syarikat mereka diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Contoh syarikat pelaburan emas yang telah melesapkan duit pelabur dan diserbu Bank NegaraMalaysia boleh dilihat di bawah:

Gambar: Syarikat pelaburan emas melarikan diri.

Page 92: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

178

Gambar: Keratan akhbar Harian Metro mengenai penipuan skim pelaburan emas.

Page 93: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

179

Laporan surat khabar.

BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaankerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skimpelaburan emas yang ditawarkan menerusi lamanInternet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang,Selangor.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner DinAhmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi kepejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengantawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikatberkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakaldiperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusiskim pelaburan emas itu dan mendepositkanRM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

“Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutansyarikat terbabit turut menyediakan dokumen

perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaanselepas selesai menguruskannya.

“Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumenperjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

“Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yangmengesyaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di IbuPejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masihmemburu suspek utama kes berkenaan.

“Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000yang dideposit mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28 (gambar), yang beralamatterakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihakpolis,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/rugi-rm50-000-ditipu-skim-pelaburan-emas-1.58239

Page 94: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

180

Page 95: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

181

Penipuan skim cepat kaya bertopengkan emas yang dibongkar:

BANDARAYA MELAKA - Seorangkakitangan kerajaan hanya mampugigit jari kerana tidak sempat merasawang pulangan pelaburan emasberjumlah RM70,000, selepas sebuahsyarikat berpengkalan di Selangorenggan membayar hasilpelaburannya.

Lelaki berusia 31 tahun yang mahudikenali sebagai Alang, mendakwaditipu hingga menyebabkan diamengalami kerugian RM6,980selepas tiga kali membuat bayaranatas tiga jenis pelan ditawarkansyarikat terbabit sejak 6 Novemberlalu.

Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabiladiugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.

Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklantawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.

"Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus denganseorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebookdan Whatsapp selain SMS.

“Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terimapulangannya seperti dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketigapada 18 November bernilai RM14,000,” katanya semalam.

Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinyamelabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.

“Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepasmendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kalimengingatkan pihak pengurusan mengenai ‘payout’ sebelum tarikh tersebut lagi.

“Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personalkepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun sayadikejutkan dengan mesejnya ‘Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya’pada 15 November lalu,” katanya.

Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melaluipelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanyamenerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

Page 96: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

182

“Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiamtidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.

“Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebookmenyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidakjuga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum,” katanya.

Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkannama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikatberkenaan.

“Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu oranglain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukankepada orang lain.

“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada oranglain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenisperniagaan atas talian,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak,sekitar jam 6,00 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullahketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ditipu-syarikat-pelaburan-emas-1.338331

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: Petikan akhbar penganjur skim pelaburan emas didakwa di mahkamah.

Page 97: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

183

Ejen pelaburan mengaku tidak bersalah enam tuduhan

BUTTERWORTH - Seorang ejen pelaburan mengakutidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1 dan MahkamahSesyen 2 di sini, hari ini terhadap enam pertuduhanpecah amanah jenayah membabitkan wang tunaiberjumlah RM1,283,000 pada 2009.

Kee Kim Beng, 51, seorang master Program PelaburanEmas bagi syarikat Tignet Gold City Sdn Bhd dan TignetGold Global Sdn Berhad, dituduh melakukan pecahamanah RM1 juta di nombor 7424, Tingkat Satu, GoldCity Management Sdn Bhd, Jalan Raja Uda, TamanTanjung Jaya pada 29 September 2009.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan pecahamanah RM20,000 di Public Bank, Cawangan Jalan RajaUda pada 21 Oktober 2009 manakala bagi pertuduhanketiga, dia dituduh melakukan pecah amanah RM30,000di Standard Chartered Bank, Cawangan Jalan Raja Uda

pada 25 November 2009.

Bagi pertuduhan keempat, Kee dituduh melakukan pecah amanah RM50,000 di Public Bank,Cawangan Jalan Raja Uda pada 30 Julai 2009 dan bagi pertuduhan kelima, dia dituduh melakukanpecah amanah RM150,000 di nombor 11, Tingkat 1&2, Syarikat Tignet Gold Global Sdn Bhd,Jalan Usahawan 2, Pusat Perniagaan Kepala Batas pada 11 September 2009.

Bagi pertuduhan keenam pula, dia dituduh melakukan pecah amanah RM33,000 di tempat samapada 2 Oktober 2009.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Kee didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yangmemperuntuk hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabitkesalahan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga berlangsung di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Julis Lackmenetapkan jaminan RM250,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam di Mahkamah Sesyen 2, Hakim Meor Sulaiman AhmadTarmizi menetapkan jaminan RM150,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazyiah Mansor manakala tertuduh diwakilipeguam bela Nadim Gulam Rasul.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/semasa/ejen-pelaburan-mengaku-tidak-bersalah-enam-tuduhan-1.338126

Page 98: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

184

Bagi mengelakkan anda terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang merugikan saya inginberkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:

1. Pelaburan emas yang betul.2. Skim pelaburan emas3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selainitu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

1. Pelaburan emas yang betul.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan seperti syiling,jongkong dan akaun simpanan emas dan juga barang kemas. Emas ini anda simpan untukjangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untukmendapat keuntungan.

Ini adalah pelaburan yang paling selamat. Anda tak perlu risau ditipu.

2. 2. Skim pelaburan emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Contohnyamereka menawarkan pulangan setiap bulan contohnya 2% - 3% setiap bulan. Namun hargaemas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa. Tetapi ramai yang tertarikkerana diumpan dengan pulangan setiap bulan. Mereka fikir duduk diam-diam pun boleh dapatduit.

Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Pelaburmenyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulanganlumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emasdan syarikat tersebut mengalami kegagalan. Saya sudah membuat keputusan untuk tidakmenyertai mana-mana skim pelaburan emas. Risikonya terlalu tinggi. Anda boleh rugi besar.

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali.Bagaimana nak tahu ini adalah skim? senang ajer.. ini ciri-cirinya:.1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.

Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat denganaktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayanyang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah contohnya 10% sebulan.

Page 99: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

185

6. Kalau anda hendak mendapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikatsemula untuk didagangkan. Kalau begini, lebih baik anda lari jauh-jauh.

Nota penulis.

Sejak tahun 2008 sehingga tahun 2014 (hari ini), dunia pelaburan emas tidak pernah sunyi darikes-kes penipuan.

Saya hairan, kenapa masih ramai orang mudah terpedaya apabila dijanjikan pulangan lumayandan pulangan bulanan.

Asal janji pulangan bulanan dan pulangan 10% sebulan. Mesti ada mangsa.

Cukup-cukuplah orang di luar sana ditipu.

Tuan-tuan sekalian, sayangilah duit anda. Bukan senang nak kumpul duit.

Tapi termakan umpan memang senang. Anda mungkin dipujuk dan dirayu.

Akhirnya, habis duit anda dileburkan.

Anda akan menyesal tak sudah.

Page 100: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

188

Menyimpan emas anda dengan selamat.

Apabila anda membeli emas fizikal, salah satu daripada masalah yang perlu diselesaikan ialahaspek penyimpanan emas tersebut. Kaedah penyimpanan emas yang betul akan memberikanketenangan fikiran kepada anda.

Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk menyimpan emas.

Pertama: Jangan diheboh-hebohkan.

Pertama sekali, jangan beritahu orang ramai bahawa anda membeliemas terutamanya kepada orang yang tidak anda kenali (orang yangdikenali pun kadang-kadang tak perlu tahu anda ada membeli emas).

Anda tidak perlu bercerita yang anda memiliki banyak emas. Apatahlagi anda pelawa orang datang ke rumah untuk melihat koleksi emas-emas anda itu.

Kalau beli emas tu senyap aje… jangan heboh-heboh.

Kedua: Sembunyikan di rumah – kreativitidiperlukan.

Ramai orang yang menyimpan emas di rumah terutamanyapemilik barang kemas. Ini kerana ia lebih mudah berbandingberulang-alik ke peti simpanan selamat di bank. Andamemang boleh sembunyikan emas di rumah anda namunanda perlukan kreativiti yang tinggi.

Jangan simpan emas di tempat yang boleh diagak oleh pencuri contohnya di dalam laci almariatau di dalam kotak coklat Van Houten di belakang almari. Itu adalah tempat pertama yangakan diselongkar oleh pencuri.

Pilih tempat yang tidak terjangkau oleh imaginasi orang contohnya belakang peti ais, di dalampeti ais (dalam kiub ais), belakang jam dinding, di dalam bekas ubat (letak di dapur), di dalamtin Nescaffe, di dalam pasir akuarium, di dalam mangkuk tandas. Mungkin anda boleh letakkandi dalam botol dan tanam di dalam pasu bunga di dalam rumah. Gunakan kreativiti anda. Jikaanda mempunyai duit lebih pasangkan sistem penggera untuk melindungi rumah anda daripadadi pecah masuk. Bagi saya, pencegahan adalah lebih baik.

Ketiga: Beli peti simpanan peribadi.

Peti simpanan peribadi merupakan salah satu alternatif untukmenyimpan barang-barang berharga anda. Biasanya petisimpanan mempunyai kelebihan kalis api. Namun harusdiingatkan peti simpanan ini sendiri perlu disembunyikandaripada pandangan mata kasar.

Ia lebih kepada perlindungan daripada pembantu rumah yangtidak jujur atau anak-anak yang suka menyelongkar. Jikapencuri memasuki rumah anda dan melihat peti ini, besarkemungkinan mereka akan cuba memecahkannya.

Page 101: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

189

Keempat: Simpan di peti deposit selamatbank

Perkhidmatan peti deposit selamat atau dikenalisebagai safe deposit box ada ditawarkan oleh bank.

Contohnya Maybank, Public Bank, RHB Bank, Ambankdan banyak lagi. Namun tidak semua cawangan inimenawarkan kemudahan peti deposit selamat ini. Andaperlu berhubung dengan cawangan bank tersebut danbertanya kepada mereka.

Kebaikannya ialah emas anda lebih selamat kerana kawalan keselamatan di bank adalah lebihtinggi berbanding di rumah. Selain itu, setiap peti deposit selamat mempunyai insurans. Namunanda perlu semak dengan bank berkenaan perlindungan insurans kerana biasanya nilai insuransadalah sekitar RM10,000 sahaja untuk setiap kotak.

Jika berlaku pecah masuk kepada bilik peti deposit selamat dan kotak anda dipecahkan, makabank cuma membayar nilai insurans sahaja. Jika anda perlukan nilai insurans yang lebih, silarujuk kepada bank tersebut.

Gambar: bilik peti deposit selamat.

Proses menyewa peti deposit selamat.

Untuk menyewa peti deposit selamat anda perlu menelefon cawangan terbabit dan bertanyasama ada masih ada peti deposit selamat yang masih kosong.

Peti deposit selamat terdapat di dalam pelbagai saiz, antaranya: 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” ,3" x 10" x 24" , 4" x 10" x 24", 5" x 10" x 24" dan 10" x 10" x 24". Pada pendapat saya petibersaiz 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24” adalah memadai untuk menyimpan emas fizikal.

Antara kos yang terlibat ialah yuran tahunan, deposit kunci dan duti setem. Ada juga bank yangmeminta anda membuka akaun simpanan dengan mereka terlebih dahulu supaya mereka bolehmenolak yuran tahunan secara automatik. Anggaran sewa tahunan bagi peti deposit selamatadalah di antara RM200 ke RM350 setahun berdasarkan saiz peti anda. Sila berhubung denganbank berkenaan untuk maklumat yang lebih tepat.

Page 102: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

190

Ini adalah senarai bank yang menawarkan kemudahan peti deposit selamat dan nomborperhubungan mereka. Anda boleh menelefon dan bertanya jika ada cawangan yangberhampiran tempat anda yang mempunyai kemudahan peti deposit selamat.

5. EON bank – talian perkhidmatan pelanggan 24 jam 03-2616 11336. OCBC Bank – talian pertanyaan 03-2698 43637. Bank Muamalat – talian pertanyaan Tel : 03-2698 87878. Alliance Bank - tel : 03-5516 99889. RHB Bank - tel : 1800-88-024310. UOB Bank - KL : 03-2612 8121, Penang : 04-2401 121, JB : 07-2881 121,

Kuching : 082-287 121, Kota Kinabalu: 088-477 12111. Public Bank - tel : 1-800-22-999912. Maybank - tel : 1-300-88-6688

Peti simpanan selamat oleh syarikat swasta.

Selain daripada bank, ada juga syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan peti depositselamat.

Di antaranya ialah:

1. Royal Safe Deposit BoxAlamat: Mentari Business Park,No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222

Laman web: http://www.rsdb.com.my

Saiz kotak:

5.12” x 5.3” x 23” sewa tahunan RM3103.0” x 5.3” x 15” sewa tahunan RM2803.4” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM3705.12” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM46010.25” x 10.6” x 23” sewa tahunan RM540

Perlindungan insurans untuk setiap kotak adalah sehingga RM100,000.

2. Safe Deposit Box Sdn Bhd (795581-A)Alamat: Lot C312 & C313,Centre Wing, Metropolitan Square,Damansara Perdana,47820 Petaling Jaya (tel: 03-77278689)

Safe Deposit Box Sdn. Bhd.Cawangan The Summit Subang USJLot S2.15, 2nd Floor, The Summit Subang,USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1,47600 , UEP,Subang Jaya (tel: 03-80248889)

Laman web: http://www.safedepositbox.com.my

http://www.safedepositbox.com.my/en/maps.php?page=maps/index

Page 103: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

191

Saiz kotak dan kadar sewa untuk Safe Deposit Box Sdn. Bhd.

Saiz kotak Sewa tahunan Sewa untuk 2 tahun(pelan jimat)

3” x 5” X 24” RM 130 RM 805” x 5” x 24” RM 150 RM 100

3” X 10” X 24” RM 170 RM 1205” x 10” x 24” RM 200 RM 15010” x 10” x 24” RM 250 RM 200

Perlindungan insurans ditawarkan sehingga RM10,000. Pelanggan boleh menambahkan nilaiinsurans sehingga RM80,000 (tambah RM20 untuk setiap nilai insurans tambahanRM10,000).

3. MySafeBox Sdn. Bhd.No. 25, Jalan Utama SR1/9, Serdang Raya,Sek 9, 43300, Seri Kembangan, Selangortelefon: 03 - 8941 2228

Saiz peti yang ditawarkan:

3. Extra besar (saiz 15” x 10” x 24”) sewa tahunan RM9004. Besar (saiz 10” x 10” x 24”) sewa tahunan RM8005. Sederhana (saiz 5” x 10” x 24”) sewa tahunan RM388

(Jika anda mengambil pakej 3 tahun sewa tahunan adalah RM238.)

Jika anda tinggal di Alor Setar, Kedah, ada sebuah syarikat safe deposit box swasta yangmenawarkan kemudahan peti simpanan selamat iaitu Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd.

Alamat syarikat:

Alor Setar Safe Box Sdn. BhdLot 4, tingkat bawahNo. 55 Bangunan EMUMJalan Gangsa, Kawasan PerusahaanMergong 2,05150 Alor Setar, KedahTelefon: 04-7332425

Saiz peti yang ditawarkan :-Kecil : 3" x 10" x 24"(sewa RM200 setahun)

Sederhana : 5" x 10" x 24"(sewa RM300 setahun)

Besar : 10" x 10" x 24"(sewa RM600 setahun)

Page 104: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

192

Kesimpulan:

Tahniah! anda telah kini telah pun sampai ke penghujung ebook/buku ini. Saya beranggapananda telah memahami dengan jelas mengenai pelaburan emas di Malaysia:

1. Cara-cara membuat pelaburan emas yang betul.2. Memilih emas yang terbaik untuk diri anda.3. Bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.4. Bagaimana mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam skim-skim pelaburan emas.5. Bagaimana mengira zakat emas.6. Bagaimana menyimpan emas anda dengan selamat.

Sekarang apa yang penting ialah anda mengambil tindakan sekarang!

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas.

Sekian wassalam.

Syukor HashimAdminwww.jutawanemas.come-mel: [email protected]: 013-2126 999.

Page 105: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas · ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di ... Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran

193

Buku-buku siri pelaburan emas yang ditulis oleh saya:

Buku Analisis Teknikal Harga Emas – Strategimembeli dan menjual emas fizikal pada hargaterbaik.

Buku ini mengajar anda tentang teknik-teknik membuatanalisis teknikal harga emas menggunakan perisianMetaTrader 4.

Sesuai untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emasprofessional.

Ini adalah kemahiran yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas profesional bagi mengenalpasti peluangmembeli dan menjual emas secara teknikal.

Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)

Buku Analisis Fundamental Harga Emas –Mengenalpasti Faktor-faktor yang mempengaruhiharga emas dunia.

Ramai orang tahu harga emas ada naik dan turun tetapisedikit sahaja yang tahu apakah sebab-sebab yangmenggerakkan harga emas.

Buku ini ditulis bagi menjawab soalan. Apakah yangmenggerakkan harga emas?

Anda akan mengetahui kuasa-kuasa yangmempengaruhi harga emas dunia. Baca buku ini jikaanda ingin menjadi pelabur emas profesional.

Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)

Untuk mendapatkan buku-buku ini, sila berhubung dengan saya melalui telefon, sms atauwhatsapp 013-2126 999 (Syukor Hashim)