menurut artikel yang ditulis oleh zamri malamod dan nor razah lim

6
Pendidikan merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan komunikasi diantara individu dengan individu yang lain. Sebagai contoh komunikasi di antara ibu dan anak, guru dan murid, ketua dan pengikut. Bukan sahaja berkomunikasi diantara dua individu ia juga boleh berlaku di antara individu dengan sekumpulan individu yang lain. Ringkasnya, pendidikan adalah proses penerimaan dan penyebaran maklumat. Oleh itu, ilmu dan budaya yang tersebar secara lansung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, social dan rohani manusia. Sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini demikian untuk memastikan mereka mampu memegang peranan sebagai warganegara yang produktif bagi mendukung visi dan misis negara. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000). Menurut artikel yang ditulis oleh Zamri Malamod dan Nor Razah Lim, “Fokus pengajaran kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas

Upload: iena-farhan

Post on 21-Jul-2016

271 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

zamri

TRANSCRIPT

Page 1: Menurut Artikel Yang Ditulis Oleh Zamri Malamod Dan Nor Razah Lim

Pendidikan merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan komunikasi

diantara individu dengan individu yang lain. Sebagai contoh komunikasi di antara ibu dan anak, guru dan

murid, ketua dan pengikut. Bukan sahaja berkomunikasi diantara dua individu ia juga boleh berlaku di

antara individu dengan sekumpulan individu yang lain.

Ringkasnya, pendidikan adalah proses penerimaan dan penyebaran maklumat. Oleh itu, ilmu

dan budaya yang tersebar secara lansung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal,

social dan rohani manusia. Sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini demikian untuk memastikan mereka

mampu memegang peranan sebagai warganegara yang produktif bagi mendukung visi dan misis negara.

Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian

sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada

budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia

mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana.

Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu

pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah, 2000). Memandangkan

budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk

mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999;

Sergiovanni, 2000).

Menurut artikel yang ditulis oleh Zamri Malamod dan Nor Razah Lim, “Fokus pengajaran kepada

peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang

terbatas sehingga guru-guru tidak “mampu” untuk berinteraksi dengan murid”. Saya bersetuju dengan

artikel yang ditulis kerana itu adalah fenomena di dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah pada

masa kini. Pengajaran dan pembelajaran (PnP) adalah bergantung antara satu sama lain. Istilah

pengajaran tidak dapat dipisahkan daripada pembelajaran kerana pengajaran dalam erti kata lain

sebenarnya adalah mengajar pelajar untuk belajar (Joyce et al, 2000). Tetapi kini guru seolah-olah

berlumba dengan kekangan masa bagi mendapatkan keputusan pencapaian peperiksaan murid yang

baik.

Menurut Sulaiman (2001), terdapat tiga jenis strategi yang biasanya digunakan dalam PnP sama

ada berpusatkan guru, berpusatkan pelajar atau berpusatkan sumber bahan. Namun kini, guru lebih

berpusatkan pada sumber bahan seperti latihan, kuiz, ujian dan kerja sekolah. Hal ini menyebabkan

kebanyakkan guru kembali menggunakan pengajaran secara tradisional untuk menghabiskan segera

Page 2: Menurut Artikel Yang Ditulis Oleh Zamri Malamod Dan Nor Razah Lim

topic yang diajar. Guru mengajar topic-topik yang tertinggal dalam masa yang singkat dan cepat tanpa

mengambil kira pemahaman pelajar terhadap topik tersebut. Kesannya, pelajar tidak dapat

mengaplikasikan pengetahuan tetapi berfokus hanya pada peperiksaan semata-mata.

Kajian Seman Salleh (2005) menyatakan fokus pengajaran kepada peperiksaan menyebabkan

guru-guru terikat dengan langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak

mampu untuk berinteraksi dengan murid. Kaedah pengajaran yang berfokus kepada peperiksaan

memberi implikasi kepada suasana pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan. Tujuan utama

guru pada masa kini adalah bagi memastikan pelajar fokus untuk topik yang ada dalam peperiksaan yang

menyebabkan guru tidak membuat persediaan yang lengkap untuk suatu topik. Persediaan yang lebih

terancang terutama sebelum sesuatu pengajaran tidak dilaksanakan oleh guru (Seman Salleh, 2005).

Foster (1996) dan Gabbin (2002) berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang terlalu berpusatkan guru gagal dalam melatih pelajar kemahiran utama seperti kemahiran berfikir,

menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi. Kedua-dua pengkaji di atas juga sependapat

bahawa amalan pembelajaran yang berpusatkan guru tidak melahirkan pelajar yang mempunyai

pelbagai kemahiran. Pelajar juga akan lebih pasif dan tidak aktif dalam suasana belajar. Pengajaran dan

pembelajaran juga menjadi bosan dan tidak memberi manfaat baik kepada pelajar dan juga guru kerana

suasana PnP yang tidak ceria dan muram tanpa wujudnya gelak tawa yang riang yang menggambarkan

keseronokan pelajar ketika menuntut ilmu di kelas.

Hakikatnya, kerjaya guru bukan sahaja untuk mengajar tetapi juga sebagai seorang penjaga

kepada murid tersebut. Fokus yang hanya diberikan kepada hal akademik sahaja menyebabkan guru

tertinggal beberapa perkara kecil yang sebenarnya boleh memberikan impak yang besar. Sebagai contoh

sebagai seorang guru, kita perlu mengenali sedikit sebanyak mengenai latar belakang murid tersebut.

Tetapi jika perkara tersebut diabaikan ada guru yang tidak mengetahui siapa anak murid mereka yang

mungkin mempunyai masalah peribadi seperti masalah keluarga mahupun mempunyai penyakit.

Imbas kembali suasana pembelajaran pada zaman dahulu, hubungan ibu bapa dan para guru

serta pihak sekolah amat akrab. Hinggakan guru dan ibubapa murid saling menziarahi antara satu sama

lain. Guru juga dianggap sebagai insan yang berbakti pada keluarga mereka hinggakan ada guru yang

diagung-agungkan dan dihormati keluarga murid. Ibubapa juga tidak berkira memberikan sumbangan

serta merelakan anak mereka diletakkan dibawah jagaan tanggunjawab guru dan pihak sekolah.

Berbanding keadaan pada zaman ini, guru diinjak-injak dimedia sosial seperti internet dan akhbar. Guru

Page 3: Menurut Artikel Yang Ditulis Oleh Zamri Malamod Dan Nor Razah Lim

dan ibubapa seperti tidak sebulu dan mempunyai jurang hubungan yang besar. Guru dan pihak sekolah

seperti tidak dipercayai lagi oleh ibubapa hingga disaman dan dikritik hebat.

Oleh yang demikian beberapa kaedah pengajaran yang pelbagai perlu dipraktikkan agar isu yang

ditimbulkan ini tidak berlanjutan. Isu ini terjadi kerana guru kurang mengamalkan kaedah yang berlainan

kerana sudah selesa dengan kaedah yang sama dan berasa yakin bahawa kaedah yang digunakan sangat

berkesan tanpa menyedari bahawa ia memberi kesan kepada pelajar dan dirinya. Kesan kepada pelajar

adalah pelajar menjadi bosan dengan pengajaran guru dan kesan kepada guru pula ialah tiada sebarang

peningkatan atau kemajuan dalam diri selepas bergelar guru. Dalam erti kata lain, guru merugikan diri

sendiri kerana tidak mencuba sesuatu yang baik untuk menjadi yang lebih baik kerana apabila kaedah

baru yang digunakan bagus kepada pelajar, pasti akan memberi kebaikan kepada guru juga.

Pembelajaran yang melibatkan komunikasi seimbang antara pelajar dan guru perlu

dilaksanakan. Dengan adanya teknologi terkini guru bukan sahaja dapat mencapai hasrat pencapaian

murid cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga merapatkan jurang anatara mereka. Sebagai contoh

guru perlu digalakkan menggunakan pendidikan elektronik yang menggunakan aplikasi media dalam

menjalankan pembelajaran yang interaktif di dalam kelas. Bukan sahaja dapar mewujudkan suasana

pembelajaran yang ceria dikalangan pelajar, mesej yang ingin disampaikan oleh guru juga akan lebih

kreatif dan praktikal. Hasilnya, ia dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan

daya tumpuan serta pemahaman murid.

Untuk memenuhi tugas guru harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan

harmonis serta pengajaran yang berkesan. Guru perlu mewujudkan suasanan pembelajara yang

meransang minat pelajar dan sentiasa memikirkan kebajikan pelajar bukan ahanya menumpukan

sepenuh masa yang dipruntukkan untuk menghabiskan silibus. Walaupun mempunyai kekangan masa

guru perlu bijak membahagikan masa agar dapat mengenalpasti kebolehan murid mereka. Hal ini

penting agar mereka dpat menetapkan teknik dan kaedah yang bersesuaian semasa pengajaran

mengikut kebolehan pelajar.

Komunikasi didefinisikan sebagai proses penyampaian mesej secara lisan dan bertulis. Mesej

yang ingin disampaikan perlu difahami oleh penerima bagi mememastikan komunikasi berkesan.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan,

idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa

menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan

Page 4: Menurut Artikel Yang Ditulis Oleh Zamri Malamod Dan Nor Razah Lim

berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah

objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran

pembelajaran menjadi hambar dan membosankan (Wlodkowski, 1984). Di samping itu, hubungan mesra

wujud di antara murid dan guru membolehkan guru membimbing dan menggerakkan murid-murid di

dalam kelas.

KPM (1973), dengan memiliki sikap positif tugas guru akan menjadi mudah dalam melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak lagi perlu membuang masa untuk mengawal

disiplin pelajar. Semua guru perlu bekerjasamauntuk memberikan perhatian kepada perkembangan

pelajar supaya murid dapat mengikuti sepenuhnya matlamat kurikulum di sekolah. Sikap bekerjasama

antara saru sama lain akan menjadikan guru bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik

dlam sesi pengajaran dan pembelajaran dan membantu meningkatkan motivasi pembelajaran.

Kementerian dan pihak sekolah seterusnya harus memahami tugasa guru yang uatama adalah

sebagai seorang tenaga pengajar untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada murid. Jika guru

mendapat tekanan dalam mendapatkan keputusan murid yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan,

bebanan mereka haruslah dikurangkan. Gunakan teknologi yang serba serbi canggig agar tugas dan

bebanan guru dapat dikurangkan. Malahan suasana harmonis di sekolah anatara murid dan guru juga

dapat dipraktikkan kemblai. Murid dan guru bukannya robot yang dikerah untuk merealisasikan sesuatu

hasrat. Pengajaran dan pembelajaran perlu santai dan menepati kehendak remaja serta mengeurangkan

kekangan masa guru.