menjelajah pengurusan bersama maimunah … training - bm.pdf · jalankan analisis keperluan latihan...
TRANSCRIPT
MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA bersama MAIMUNAH LATIHAN
Topik-topik utama dalam Ruang ini adalah:
Menentukan Jenis Latihan Diperlukan dan Siapa Memerlukan Latihan
Menubuhkan Bahagian Latihan dalam Organisasi
Pembinaan Kemahiran Melatih
Pekerja tidak boleh jalankan kerja mereka tanpa latihan yang mencukupi. Tidak kira betapa kecil
organisasi anda, tidak kira dalam jenis apa perniagaan anda berada, pekerja mesti diberi latihan
berterusan. Sambil ianya akan tingkatkan pengeluaran syarikat, latihan adalah berguna untuk
menarik staf yang berbakat. Dalam Ruang ini, kita akan periksa bagaimana untuk tubuhkan satu
bahagian latihan asas di dalam organisasi dan bagaimana untuk membaiki kemahiran melatih supaya
sebahagian daripada latihan yang diperlukan dijalankan oleh pekerja anda atau anda boleh bantu
pekerja kanan anda melatih pekerja yang baru.
MENENTUKAN JENIS LATIHAN DIPERLUKAN DAN SIAPA MEMERLUKAN
LATIHAN
Melatih pekerja adalah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan pengeluaran. Tetapi, dalam masa
yang sama, kita mungkin membazirkan kewangan syarikat (atau tabung levi HRDF) untuk latihan
Maimunah Aminuddin merupakan
seorang pensyarah, penulis terkenal dan
perunding di bidang pengurusan sumber
manusia. Tajuk buku beliau termasuk:
Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press)
Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill)
Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)
yang tidak relevan dan tidak dikendalikan dengan baik. Untuk memaksimakan pelaburan anda dalam
latihan, berikut adalah penting:
1. Jalankan analisis keperluan latihan yang teliti
2. Rancang siapa akan berikan latihan dan tentukan sama ada orang yang memberi latihan itu
cekap
3. Bekerjasama dengan jurulatih untuk mempastikan latihan disempurnakan dengan lancar
4. Nilaikan usaha-usaha latihan
Analisis Keperluan Latihan
Sungguhpun anda boleh bayar untuk mendapatkan perkhidmatan perunding yang akan jalankan
analisis keperluan latihan, juga dikenali sebagai pengenalan keperluan latihan (TNI) atau analisis
keperluan pembelajaran (LNA) untuk organisasi
anda, tetapi anda sepatutnya boleh jalankan
latihan dengan sendiri. Analisis keperluan latihan
(TNA) ialah satu tugas yang perlu dilaksanakan
selalu. Sebaik sahaja TNA habis dijalankan, anda
boleh tahu sama ada wujudnya perbezaan antara
kemahiran, sikap dan ilmu pengetahuan yang
diperolehi pekerja anda sekarang berbanding
dengan kemahiran, sikap dan ilmu pengetahuan
yang diperlukan oleh syarikat anda sekarang dan
pada masa depan yang terdekat.
TNA memberi maklumat seperti:
1. Apakah latihan yang diperlukan untuk
pekerja dalam organisasi anda?
2. Siapakah pekerja yang perlukan latihan?
3. Apakah kandungan yang patut ada dalam latihan?
Sebaik sahaja maklumat di atas diperolehi, anda boleh buat keputusan lain seperti:
1. Siapakah yang akan jalankan latihan?
2. Apakah kandungan terperinci dan kaedah penyampaian yang sesuai sekali?
3. Di mana latihan akan diadakan?
4. Apakah keperluan bajet untuk program-program?
5. Bilakah latihan akan diadakan?
Sebahagian daripada program latihan diperlukan untuk semua pekerja. Ini termasuk induksi dan
latihan keselamatan. Program lain bergantung kepada keperluan jabatan tertentu dan tugas
tertentu.
Latihan Mesti Releven
Semua latihan diberi kepada
pekerja mestilah releven dengan
kerja mereka sekarang dan pada
masa hadapan
Latihan yang dijalankan patut
menggabungkan proses
pembinaan kemahiran, proses
mendapatkan ilmu pengetahuan
dan proses perubahan sikap
Bincang bersama dengan pengurus anda untuk menentukan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
diperlukan dalam jabatan masing-masing.
Keperluan ini adalah dari keperluan kemahiran teknikal untuk mengendalikan peralatan dan jentera,
ke kemahiran komunikasi, kemahiran berhubung dengan komputer, kemahiran perhubungan
pelanggan dan lain-lain. Sekiranya pengurus anda beri satu senarai yang panjang mengenai
kemahiran yang diperlukan untuk staf mereka, minta pengurus susunkan mengikut keutamaan.
Anda boleh juga minta pekerja kanan kenalpasti bidang pengetahuan dan keperluan kemahiran yang
berguna untuk kerja mereka. Periksa huraian tugas dan spesifikasi kerja yang telah dirangkakan
untuk berbagai-bagai kerja dalam organisasi anda.
Susunkan semua maklumat yang telah dikumpul. Tentukan kemahiran yang terbaik untuk diberi
kepada pekerja oleh staf kanan atau penyelia. Tentukan bidang mana memerlukan jurulatih luar.
Lantik beberapa staf kanan yang sesuai untuk menjalankan latihan untuk pekerja baru atau rakan
sejawat yang kurang berpengalaman. Jika perlu, aturkan program melatih jurulatih supaya mereka
selesa menjalankan latihan. Sama-sama bekerja dengan jurulatih dalaman ini untuk membina
program yang sesuai. Program latihan tidak semestinya diadakan di dalam bilik latihan. Ia boleh
dalam bentuk bimbingan yang diberi kepada seorang pekerja atau sekumpulan pekerja di tempat
kerja mereka. Ia boleh melibatkan e-pembelajaran sekiranya anda mampu mendapatkan pakej e-
pembelajaran yang sesuai untuk pekerja anda.
Memilih Jurulatih
Jurulatih boleh didapati daripada:
1. Staf yang ada, terutama sekali pekerja kanan
2. Penyelia atau pengurus
3. Staf HR
4. Jurulatih bebas dari luar atau penyedia latihan
Jurulatih yang dipilih untuk jenis latihan tertentu bergantung kepada kandungan program. Latihan
teknikal khas biasanya dikendalikan oleh pekerja kanan atau penyelia. Latihan ini boleh dikendalikan
satu-untuk-satu atau dalam kumpulan kecil. Banyak kemahiran biasa ditawarkan oleh penyedia
latihan yang akan, jika anda mempunyai bilangan pelatih mencukupi, jalankan program di premis
anda atau akan adakan program awam di mana anda boleh hantar pekerja anda. Anda boleh lihat
senarai program yang ditawarkan oleh penyedia latihan dalam laman web HRDF.
Jikalau boleh, setelah mengambil keputusan untuk menggunakan jurulatih luar, periksa dengan
pelanggan beliau terdahulu sama ada mereka berpuas hati dengan latihan yang diberi. Minta
daripada jurulatih tersebut nama dan nombor telefon pelanggan yang beliau telah berikan program
latihan yang sama supaya anda boleh buat sedemikian.
Pastikan supaya semua pelatih membuat penilaian ke atas jurulatih setelah tamat program. Lihat
bahagian akan datang dalam Ruang ini mengenai pembinaan kemahiran melatih.
Menyelaraskan Latihan
Sama ada seorang daripada staf syarikat anda mengendalikan latihan atau jurulatih luar telah
dijemput mengendalikan latihan untuk staf anda, anda perlu bekerjasama dengan jurulatih dan
bantu menyelaraskan program. Motivasi pelatih boleh menurun apabila logistik latihan tidak diurus
dengan baik. Satu senarai semak adalah berguna untuk tujuan ini. Berikut adalah beberapa
cadangan yang boleh dimasukkan ke dalam senarai semak:
Pelatih: Sudahkah pelatih diberitahu lebih awal melalui surat bahawa mereka diperlukan menghadiri
latihan pada tarikh tertentu? Apakah usaha yang diambil sekiranya pelatih tidak dapat hadir latihan?
Sudahkah pelatih tandatangan senarai kedatangan? Sudahkah borang soalselidik penilaian siap
untuk diisi pada penghujung program?
Tempat: Sudahkah bilik latihan ditempah? Sudahkah bilik latihan disusun seperti yang dikehendaki
oleh jurulatih? Adakah semua peralatan berfungsi dan boleh diguna?
Nota dan Bahan Edaran: Sudahkah nota untuk diedarkan kepada pelatih dicetak dan disalin
mencukupi? Adakah kertas untuk menulis disediakan untuk pelatih?
Makanan dan Minuman: Sudahkah makanan ditempah dan mencukupi untuk makan tengah hari
dan waktu rehat sesi latihan? Adakah air minum dan gula-gula disediakan?
Jurulatih: (Apabila jurulatih luar terlibat) Sudahkah jurulatih diberi peta menunjukkan lokasi premis
syarikat anda dan bagaimana hendak mencari bilik latihan? Sudahkah persiapan dibuat untuk
menerima jurulatih di pintu masuk utama syarikat? Sudahkah pegawai sekuriti di pintu masuk
diberitahu mengenai kedatangan jurulatih? Sudahkah jurulatih diberitahu mengenai lokasi tandas?
Anda mungkin ingin menjemput ketua eksekutif anda merasmikan program latihan berkenaan, atau
sekiranya sesi latihan itu pendek, beliau boleh dijemput juga bersama dengan pelatih semasa waktu
rehat. Dengan cara begini, pelatih boleh nampak bahawa latihan berkenaan adalah penting dan jelas
kepada mereka bahawa pihak pengurusan menyokong daya usaha pembelajaran mereka.
Menilai Latihan
Usaha-usaha latihan mesti diberi penilaian. Anda mungkin tidak dapat membuktikan bahawa latihan
pekerja akan meningkatkan pengeluaran atau pun meningkatkan keuntungan. Walau
bagaimanapun, anda patut cuba mengumpulkan maklumat sama ada program-program yang telah
dijalankan mencapai objektifnya. Sekurang-kurangnya, anda patut:
1. Sediakan soalselidik untuk dilengkapkan pada akhir sesi latihan oleh pelatih. Soalselidik akan
meminta pelatih menilai setiap aspek mengenai jurulatih, tempat dan kandungan program.
2. Rancangkan kaedah menguji sama ada pelatih telah mendapat ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang program direka untuk mencapainya.
3. Temuduga pengurus yang mana orang bawahannya telah hadir program latihan. Adakah
pihak pengurus berpuashati bahawa pekerjanya sekarang cekap dalam bidang untuk mana
latihan diadakan? Adakah kerja mereka lebih baik daripada sebelum latihan?
MENUBUHKAN BAHAGIAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Semua organisasi perlukan bahagian latihan. Sebuah Perusahaan Kecil dan Sederhana tidak
perlukan pusat latihan dan anda mungkin tidak dapat wujudkan sebuah bilik khas untuk latihan.
Anda mungkin terpaksa gunakan sebuah bilik serbaguna untuk sesi latihan dalaman. Berikut adalah
beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan apabila menubuhkan bahagian latihan dalam
organisasi anda.
Bilik Latihan
Sebuah bilik khas untuk latihan hanya boleh dijustifikasikan sekiranya ia digunakan selalu. Jikalau
program dalaman jarang diadakan, anda patut mencari tempat yang berdekatan dengan syarikat
anda, sesuai untuk kegunaan latihan dan apakah kos sewanya untuk sehari atau sejam. Anda boleh
juga sewa bilik latihan di syarikat yang besar di persekitaran syarikat anda. Sekiranya anda ingin
menggunakan kemudahan luar, semak perkara berikut:
1. Adakah saiz bilik latihan sesuai dengan bilangan pelatih dalam program anda? Anda perlukan
bilik yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
2. Adakah perabot yang disediakan sesuai? Meja dan kerusi yang boleh dipindah-pindah adalah
diperlukan.
3. Adakah peralatan persembahan disediakan atau anda perlu bawa peralatan sendiri?
Komputer, projektor, skrin, papan putih berdiri atau easel?
4. Adakah tandas bersih dan berdekatan?
5. Adakah kemudahan untuk makan dan minum semasa rehat?
Jika anda lebih suka adakan sesi latihan dalam premis anda, perhatikan beberapa kebaikan dan
keburukan seperti berikut:
Kebaikan: Logistik senang; kos kurang; menjimatkan masa pergi dan balik ke tempat latihan;
penggunaan elektrik dan keperluan lain lebih terkawal.
Keburukan: Bilik digunakan untuk tujuan lain seperti mesyuarat dan oleh itu tidak dapat digunakan
untuk latihan; perabot di dalam bilik tidak sesuai; pelatih merasa bosan berada di tempat yang sama
untuk semua latihan.
Peralatan dan Bekalan Latihan
Sama ada bilik yang anda ada digunakan untuk latihan
sahaja, atau anda terpaksa guna bilik serbaguna untuk
latihan, peralatan dan bekalan berikut mesti
disediakan:
1. Meja untuk 2-3 orang, yang boleh dipindah ke
merata tempat dalam bilik seperti yang
dikehendaki oleh jurulatih. Meja tersebut
sepatutnya tidak berat, boleh dilipat dan
disimpan bila tidak diguna.
2. Bilangan kerusi yang mencukupi
Figure 1 Training tables
Perabot Latihan
3. Meja dan kerusi untuk jurulatih. Meja tersebut mesti cukup luas untuk meletak nota
jurulatih, bahan edaran, air minum, gelas dan sebagainya
4. Projektor dan komputer yang sesuai untuk persembahan
5. Skrin, sebaik-baiknya yang lekat di dinding. Tayangan boleh juga dibuat ke atas dinding rata
berwarna cerah, tetapi tidak sekali ke atas papan-putih. Oleh kerana itu, pastikan dinding
yang sesuai dicat dengan warna cerah dan tidak berpanel kayu atau
dihiasi
6. Papan-putih berdiri atau easel di mana beberapa keping kertas
besar digantung. Jika boleh, sediakan sekurang-kurangnya dua set
untuk kegunaan persembahan kumpulan
7. Alat tulis: Penanda papan-putih. Jangan sekali-kali benarkan
penanda berdawat kekal ke dalam bilik latihan; pemadam papan-
putih; kertas untuk easel; kertas tulis untuk peserta; kertas cetak
untuk nota dan bahan edaran
8. Air minum dan gula-gula atau gula-gula batuk
9. Almari storan yang boleh dikunci untuk simpan alat tulis
10. Mikrofon adalah berguna jikalau bilik latihan itu besar dan apabila sesuatu program ada
lebih daripada 20 orang peserta
Beli:
Peralatan latihan berkualiti terbaik yang anda mampu. Peralatan diguna oleh banyak tangan
dan kadang-kadang secara kasar.
Peralatan mudah alih yang memberikan fleksibiliti yang maksimum dalam bilik latihan
Anda mungkin perlukan peralatan latihan yang khusus, bergantung kepada jenis perniagaan dan
kerja yang dibuat oleh pekerja anda. Berikut adalah beberapa garis panduan tambahan:
1. Cuba susun bilik latihan supaya pintu masuk berada di belakang bilik. Orang membuka dan
menutup pintu di depan dan bersebelahan dengan jurulatih adalah satu gangguan.
2. Cuba pasang pintu yang tidak berbunyi apabila dibuka dan ditutup.
3. Adakan pencahayaan yang boleh berubah terang gelapnya, iaitu pastikan ada cahaya,
terutama sekali lampu di hadapan yang boleh dikurangkan cahayanya atau dipadam tanpa
mengganggu lampu-lampu lain di dalam bilik.
4. Sekiranya bilik berkenaan mempunyai dinding kaca, pastikan ada bidai yang boleh
melindung sesi latihan daripada gangguan dari luar bilik.
PEMBINAAN KEMAHIRAN LATIHAN
Kemahiran latihan adalah aset yang berguna kepada seorang profesional sumber manusia (HR).
Anda akan diminta untuk mengurus dan mengendalikan program induksi yang formal (lihat Ruang
bertajuk INDUKSI), latihan keselamatan dan kemungkinan program bidang am lain termasuk
kemahiran komunikasi. Jikalau kemahiran latihan anda adalah sangat baik, anda adalah sangat
berharga di mana-mana organisasi.
Jurulatih yang baik:
Flip chart Easel
1. Berlatih seberapa kerap yang mungkin
2. Bersedia dengan teliti untuk setiap sesi latihan
3. Menyediakan pelan kontingensi bagi setiap sesi latihan
4. Dapatkan maklum balas daripada peserta
5. Menggalakkan suasana pembelajaran terbuka
6. Mengurus masa dengan baik
Cadangan-cadangan yang berikut ada hubungan dengan sesi latihan
formal dan bergaya bilik-darjah. Kebanyakan daripada pendapat adalah
berguna untuk senario latihan lain termasuk latihan on-the-job dan
latihan berpandukan komputer. Anda mungkin ingin gabungkan sesi
formal dan latihan yang dikendalikan oleh penyelia atau staf kanan
semasa kerja.
Kemahiran Melatih Perlukan Latihan
Melatih ialah satu kemahiran; seperti kemahiran yang lain, ia perlukan
latihan. Jika ada peluang, jadilah sukarelawan untuk kendalikan latihan.
Minta rakan sekerja turut hadir semasa sesi latihan dan berikan maklum
balas supaya anda boleh memperbaiki kemahiran anda. Sekiranya ada
peluang untuk ikuti sesi latihan di luar organisasi supaya ilmu
pengetahuan dan kemahiran anda bertambah baik, periksa dengan teliti
bukan sahaja bahan kandungan latihan tetapi cara bahan itu
disampaikan. Apa sahaja yang dilakukan oleh jurulatih, yang pada anda
efektif, ambil perhatian dan cuba tiru bagaimana beliau lakukannya;
sama juga apa sahaja beliau lakukan yang tidak efektif, pastikan anda
tidak lakukan tindakan yang sama. Lebih banyak latihan yang anda
hadiri, lebih banyak anda akan sedar bahawa ada berbagai-bagai cara
penyampaian bahan, cara berbeza untuk menarik perhatian peserta dan
cara berbeza untuk pastikan peserta memahami bahan yang
disampaikan. Gunakan kaedah dan
taktik yang anda rasa selesa. Jika
boleh, ikuti kursus melatih-jurulatih.
Persiapan untuk Latihan
Jurulatih terkenal ambil masa yang lama untuk membuat
persiapan bagi setiap sesi. Apa yang perlu disediakan? Sebelum
keputusan utama diambil mengenai bahan atau kaedah
pembelajaran, anda perlu tahu seberapa banyak yang mungkin,
mengenai pelatih. Jika anda tidak pasti, cari:
1. Dengan bahasa apakah pelatih-pelatih rasa selesa?
2. Pernahkah mereka hadir latihan yang sama sebelum ini (jika ya, kenapa mereka ikuti lagi?)
3. Apakah yang pelatih tahu mengenai topik latihan atau apakah tahap kemahiran mereka
sekarang?
Program latihan mesti
direka untuk fokus
kepada keperluan
pelatih, bukan
jurulatih.
“Pelatih tidak belajar main piano
dengan baca buku mengenainya,
atau melihat video seorang
pemain piano yang terhebat
dalam dunia atau dengan
mendengar syarahan bagaimana
hendak bermain piano.
Cara untuk belajar main piano
atau membina kemahiran lain
ialah hanya dengan
melakukannya, iaitu cuba
bermain, buat kesilapan,
kesilapan dibetulkan, cuba dan
cuba lagi.”
Human Resource
Management: Principles &
Practices, by Maimunah
Aminuddin, 2nd ed, Oxford
University Press
Tarikh latihan perlu ditetapkan dan ini akan memberi kesan kepada persiapan anda. Sebaik-baiknya
jika boleh, adakan sesi yang pendek dan tidak lebih daripada separuh hari. Sekiranya ada terlalu
banyak bahan dan separuh hari tidak sempat, maka adakan sesi kedua beberapa hari kemudian.
Dengan cara ini, kerja pelatih tidak lama tertangguh. Pengulangan awal pada sesi kedua akan
membantu pelatih ingat perkara yang dipelajari atau meningkatkan tahap kemahiran mereka dan
minat senang dikekalkan. Semasa tempoh di antara dua sesi, tugasan boleh diberi kepada pelatih
supaya mereka terus berlatih kemahiran yang diperlukan atau fikirkan mengenai kandungan
pembelajaran program.
Memilih Kaedah Penyampaian
Pemilihan kaedah penyampaian banyak bergantung kepada ciri-ciri program latihan. Ada kaedah
paling sesuai bila digunakan untuk membina pengetahuan pelatih; yang lain untuk membina
kemahiran. Ada kaedah latihan tertentu lebih mahal daripada yang lain, oleh itu jika peruntukan
anda terhad anda mesti pilih kaedah yang tidak melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Sebahagian daripada kaedah penyampaian perlukan penyertaan yang tinggi oleh pelatih. Kaedah
begini adalah lebih baik. Kaedah pembelajaran yang tidak aktif di mana jurulatih yang melakukan
serba serbi, manakala pelatih hanya duduk sahaja untuk menerima ilmu, tidak akan berjaya
terutama sekali untuk pembinaan kemahiran. Kaedah penyampaian yang sangat popular termasuk:
1. Perbincangan dan projek berkumpulan
2. Sesi latihan bersama pembimbing atau
pemerhati
3. Demonstrasi dan lakonan peranan
4. Syarahan pendek
Kerja berkumpulan ialah satu kaedah penyampaian yang
menggalakkan penglibatan semua pelatih dengan syarat saiz kumpulan tidak begitu besar. Untuk
kebanyakan kerja berkumpulan, sama ada perbincangan atau projek, 5 hingga 6 orang ahli adalah
ideal. Pastikan anda beritahu kumpulan tersebut:
1. Apakah patut mereka buat
2. Berapa lama masa yang diberi untuk siapkan tugas
3. Apakah yang akan dihasilkan daripada tugas kumpulan
Apabila kumpulan pelatih bekerjasama, mereka dapat berkongsi ilmu pengetahuan atau kemahiran
yang ada pada setiap ahli. Ini akan memberikan keyakinan bahawa mereka boleh belajar daripada
masing-masing dan juga daripada jurulatih.
Jenis tugasan yang boleh dilaksanakan oleh kerja berkumpulan adalah sangat banyak. Pelatih boleh
diberi satu siri soalan untuk dijawab, yang mungkin berasaskan kepada pengalaman mereka atau
mengenai latihan yang baru lepas. Mereka mungkin membaca sebuah pengajian kes pendek atau
Kerja Berkumpulan
melihat video dan menjawab soalan berhubungan dengan bahan tersebut. Mereka mungkin perlu
siapkan satu persembahan lisan atau selesaikan satu masalah berhubung dengan kerja mereka.
Sekiranya pekerja sudah mempunyai kemahiran asas tetapi perlu menguatkan lagi atau
menambahbaikan lagi kemahiran tertentu, sesi latihan bersama pembimbing atau pemerhati adalah
berguna. Pembimbing patut boleh melihat seorang pelatih sedang berlatih dan memberi maklum
balas mengenai kekuatan dan kelemahan dia. Bimbingan boleh dilakukan di tempat kerja biasa
pekerja tetapi mungkin terdapat banyak gangguan daripada pekerja lain atau pelanggan atau bunyi
bising menyebabkan beliau tidak dapat berikan tumpuan untuk membaiki prestasi beliau.
Pembimbing mestilah seorang pekerja yang sangat mahir dan boleh nampak kesilapan dan berikan
petunjuk yang berguna bagaimana untuk memperbaiki kemahiran. Pembimbing juga perlu bersabar
dan berminat untuk menolong pelatih. Semua pengurus dan penyelia patut diberi latihan kemahiran
bimbingan.
Aktiviti pembinaan kemahiran boleh dimanfaatkan daripada demonstrasi bagaimana melakukan
sesuatu, dengan syarat demonstrasi tersebut disusuli oleh aktiviti latihan oleh pelatih.
Syarahan pendek adalah berguna untuk menambahkan ilmu pengetahuan pekerja tetapi
bilangannya patut diminimumkan. Sesuatu syarahan yang disampaikan semasa sesi latihan mesti
tidak lebih daripada 30 minit. Syarahan mesti digabungkan dengan peralatan visual yang sesuai dan
bahan edaran supaya pelatih boleh rujuk kepada kandungannya selepas sesi tersebut. Syarahan
tidak sepatutnya dijalankan tanpa digabungkan dengan kaedah penyampaian bahan yang lain.
Pelan Kontingensi
Seorang jurulatih yang efektif akan kenalpasti terlebih dahulu masalah yang mungkin timbul semasa
sesi latihan dan akan sediakan penyelesaian kontingensi. Beberapa masalah biasa adalah:
1. Kerosakan peralatan atau terputus bekalan elektrik
2. Pelatih telah melakukan aktiviti yang sama dalam program lain
3. Jurulatih sakit
Peraturan Nombor Satu untuk jurulatih: Jangan gunakan peralatan yang anda tidak tahu
membaikinya bila rosak.
Peraturan Nombor Dua untuk jurulatih: Jangan bergantung kepada peralatan semata-mata. Mana-
mana peralatan elektrik atau elektronik boleh rosak atau tidak berfungsi. Sediakan peralatan
tambahan. Sekiranya anda menggunakan PowerPoint atau perisian lain untuk menerangkan hujah
anda, sediakan beberapa salinan yang mencukupi bahan bercetak yang boleh diedarkan jika perlu.
Peraturan Nombor Tiga untuk jurulatih:
Jaga kesihatan anda sekiranya anda menjalankan
latihan dalaman. Menundakan sesuatu sesi latihan
kerana anda tidak sihat adalah tidak susah tetapi
reputasi anda akan terjejas jikalau anda selalu
tangguhkan atas sebab kesihatan.
Peraturan Nombor Empat untuk jurulatih: Sentiasa
sediakan bahan tambahan yang boleh digunakan
sekiranya pelatih pernah sebelum ini jalankan aktiviti
yang sama seperti anda rancangkan. Bahan tambahan juga berguna sekiranya anda tamatkan
penyampaian yang anda telah rancangkan tetapi masa yang diperuntukan untuk sesi anda masih
belum tamat.
Dapatkan Maklum Balas daripada Pelatih
Sama ada anda yang menjalankan latihan atau anda telah dapat seorang jurulatih luar atau anda
telah hantar pekerja ke program yang diatur oleh penyedia latihan, maklum balas mesti diperolehi
daripada pelatih.
Maklum balas boleh dikumpulkan dengan mengedarkan soal selidik kepada pelatih atau dengan
menemuduga peserta program atau kedua-duanya. Sekiranya pegawai HR ialah jurulatihnya, soal
selidik adalah cara yang mungkin baik untuk mendapat maklum balas yang sebenar. Jika anda ialah
jurulatihnya, kupas semua maklum balas dengan teliti. Satu atau dua komen yang negatif adalah
perkara biasa. Tidak ada jurulatih yang boleh menyenangkan hati semua peserta sepanjang masa.
Tetapi, sekiranya selepas beberapa program anda sentiasa mendapat penilaian yang rendah untuk
aspek tertentu dalam latihan, anda patut dapatkan bantuan untuk kenalpasti apa yang silap.
Soalan-soalan yang ditanya dalam soal selidik penilaian latihan berbeza bergantung kepada tempat
latihan diadakan, tujuan latihan dan juga siapa yang dipilih sebagai jurulatih. Perkara yang mungkin
anda masukkan de dalam soal selidik penilaian adalah:
Tempat: Adakah bilik terlalu sempit atau terlalu luas? Adakah ia terlalu panas atau terlalu dingin?
Kemudahan: Adakah tandas elok? Adakah makanan cukup? (Ingat bahawa mempastikan makanan
yang banyak disediakan untuk peserta adalah satu norma.)
Jurulatih: Adakah jurulatih terangkan mengenai perhubungan sesi dengan kerja pelatih? Adakah
objektif sesi dijelaskan? Adakah jurulatih menyeronokkan? Adakah jurulatih senang difahami?
Adakah jurulatih menolong apabila soalan ditanya? Adakah jurulatih mendorong pelatih untuk mahu
belajar? Adakah jurulatih beri cukup masa rehat?
Kandungan: Adakah kandungan terlalu senang atau terlalu asas, berbanding dengan keperluan
kerja?
Bahan edaran: Adakah bahan edaran berguna? Adakah bahan edaran senang dibaca?
Bersenam Selalu
Dr R. Palan, seorang
jurulatih yang terulung di
Malaysia berkata:
KERIANGAN × KANDUNGAN
=
PENGHASILAN
Keriangan membantu
kekalkan perhatian
pelatih
Keriangan
mempastikan
pemahaman
Keriangan
mempastikan
pembelajaran
berkekalan
The Magic of Making Training
Fun by R. Palan, SMR USA Inc.
Menggalakkan Suasana Pembelajaran Terbuka
Seorang jurulatih memainkan peranan utama dalam menentukan suasana pembelajaran semasa sesi
latihan. Suasana pembelajaran ialah satu keadaan di mana pelatih mahu belajar dan tidak rasa takut
semasa sesi. Ramai pelatih pernah mengalami keadaan yang buruk mengenai proses pembelajaran
semasa persekolahan mereka. Apa-apa kebimbangan atau keinginan yang mereka ada mengenai
pembelajaran menjadi satu halangan kepada proses membantu mereka belajar kemahiran atau ilmu
pengetahuan baru.
Untuk mewujudkan suasana yang betul, jurulatih perlu:
1. Galakkan soalan
2. Pastikan penyertaan oleh pelatih
3. Memahami perbezaan dalam gaya pembelajaran
4. Wujudkan aktiviti menarik untuk pelatih
5. Perlu bijak apabila mengurus kelakuan negatif pelatih
Soalan
Jangan tidak menggalakkan soalan oleh kerana anda mungkin tidak
dapat menjawabnya. Apabila anda mulakan latihan, kemungkinan
pelatih ada soalan di mana anda tidak ada jawapannya. Ini adalah
perkara biasa. Anda boleh tanya pelatih sekiranya ada di antara
mereka ingin menjawab soalan itu. Pendekatan ini berguna sekiranya
beberapa pelatih berpengalaman dan merupakan orang kanan.
Sebagai alternatif, anda boleh secara terbuka memberitahu pelatih
yang anda tidak tahu jawapannya tetapi anda akan cari. Pastikan
anda akan mengkaji jawapannya. Sekiranya itu soalan am, berikan
jawapan kepada semua peserta. Jika soalan khusus untuk orang yang
bertanya, maklumkan kepada dia sahaja.
Penyertaan
Galakkan seberapa ramai penyertaan yang boleh. Penyertaan
bermakna pelatih bercakap, berbincang, bertanya soalan dan
menjawab soalan semasa sesi dijalankan. Penyertaan dicapai dengan:
1. Menggunakan kaedah penyampaian yang ada penyertaan
2. Mewujudkan aktiviti yang menggalakkan soalan
3. Mewujudkan aktiviti berkumpulan, seperti dibincang di atas
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti yang memerlukan
penyertaan pelatih:
1. Arahkan kumpulan supaya meringkaskan butir-butir utama
pelajaran semasa sesi berkenaan. Biar kumpulan pilih seorang jurucakap untuk
menyampaikan ringkasan tersebut. (Ucap terima kasih kepada kumpulan dan berikan pujian
yang berpatutan).
2. Sediakan satu kuiz mudah memerlukan jawapan betul-salah atau ya-tidak. Berikan kepada
kumpulan untuk menjawabnya. Minta jurucakap kumpulan bacakan dan terangkan jawapan
mereka. Buatkan aktiviti tersebut seperti satu pertandingan di mana markah akan diberi
untuk jawapan yang betul.
Gaya Pembelajaran
Lain orang lain cara pembelajarannya. Anda perlu pertimbangkan fakta ini apabila mereka bentuk
dan membuat penyampaian sesi latihan.
Ada pekerja lebih suka perkataan yang bertulis dan senang belajar dengan nota, bahan
edaran dan gambarajah
Ada pekerja lebih suka dengan penyampaian secara lisan. Mereka dengar dengan teliti dan
belajar dengan menumpukan kepada apa yang jurulatih dan rakan sekerja katakan
Ada pekerja perlu tahu kenapa mereka melakukan serba serbi. Mereka mahukan penjelasan
bukan sahaja berhubung dengan apa yang perlu dilakukan tetapi juga sebab-sebab prosedur
tertentu diadakan. Pekerja lain adalah lebih praktik. Mereka hanya berminat dengan apa
yang perlu dilakukan dan tidak dengan kenapa ia dilakukan.
Kelakuan Negatif Pelatih
Jurulatih yang efektif cekap mengurus kelakuan negatif pelatih. Berikut adalah beberapa contoh
masalah yang mungkin timbul mengenai pelatih dan bagaimana ia boleh diurus.
Pelatih yang Bosan dan Selalu Merungut
Hanya sekali sekala sahaja seorang pelatih menerangkan kepada pelatih yang lain dan juga kepada
jurulatih bahawa beliau tidak ada minat mengikuti latihan tetapi hadir oleh kerana diarah berbuat
demikian. Kebanyakan pelatih yang tidak suka kerana dipaksa hadir sesi latihan tidak menunjukkan
perasaan mereka. Tetapi ada di antara mereka mempunyai tajam mulut dan membuat komen
kurang sopan mengenai program. Menyiasat secara lemah lembut mengenai sebab-sebab kelakuan
tersebut berlaku mungkin boleh membantu. Misalnya, pelatih mungkin terangkan bahawa:
Beliau pernah ikuti program yang sama baru-baru ini
Beliau percaya bahawa kandungan program tidak releven dengan kerja beliau
Masa program adalah tidak sesuai untuk beliau
Sekiranya jelas beliau biasa dengan bahan kandungan, jurulatih boleh minta beliau membantu untuk
menolong mereka yang tidak ada pengetahuan. Kenalpasti pelatih-pelatih yang mempunyai
pengetahuan yang kurang sekali dan tempatkan mereka bersama dengan pelatih “bermasalah”. Beri
beliau gelaran “Ketua Tutor”. Sekiranya beliau tidak nampak releven program kepada kerja beliau,
jurulatih patut terangkan kepada beliau dan pada masa yang sama kepada pelatih yang lain kenapa
program berkenaan penting kepada mereka.
Pelatih yang Menguasai dan Gemar Bercakap
Pada ketika yang sama, jurulatih biasanya alu-alukan input daripada pelatih. Mereka juga lebih suka
penyertaan dari seberapa ramai pelatih yang mungkin. Sekiranya seorang pelatih menguasai, yang
lain mungkin senyap.
Ia adalah tanggungjawab jurulatih yang mempunyai seorang pelatih yang menguasai dalam program
beliau, untuk menangani kelakuan pelatih tersebut. Perlu diterima bahawa pelatih yang menguasai
sesi latihan suka memberi banyak pendapat dan komen biasanya ialah seorang yang gemar belajar
dan gembira untuk berkongsi pengetahuan. Mereka bukan sengaja cuba manggangu sesi latihan.
Satu cara untuk menggalakkan pelatih bercakap adalah meminta pendapat mereka dengan
memanggil nama mereka dan meminta mereka memberikan komen atau menjawab soalan yang
khusus. Pada masa yang sama, jurulatih mesti hati-hati tidak memandang ke arah pelatih yang
gemar bercakap, atau jika terpaksa, minta pelatih tersebut beri peluang kepada pelatih lain memberi
komen. Permintaan ini patut disertai dengan pujian ke atas beliau atau ke atas soalan atau pendapat
beliau yang releven.
Pelatih yang Senyap dan Tidak Berbalasan
Sebahagian daripada pelatih tidak pernah dengan sukarela bersuara apabila soalan, komen atau
pendapat diminta daripada semua pelatih. Sekiranya mereka tidak bercakap sangat susah bagi
jurulatih untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai masalah dengan kandungan latihan atau
tidak faham jurulatih atau sama ada mereka sengaja tidak mahu bercakap.
Pelatih yang senyap boleh diminta memberi jawapan kepada soalan atau memberi komen atau
pendapat. Jurulatih patut sabar menunggu jawapan, walau pun pelatih nampak macam mengambil
masa yang lama. Sekiranya jelas bahawa pelatih tidak mahu menjawab atau tidak tahu jawapannya
barulah pelatih lain diminta berikan jawapan. Ada pelatih yang mahu bercakap tetapi mereka
mengambil masa yang lama berfikir dan mengeluarkan perkataan. Ramai pelatih adalah terlalu malu
untuk bercakap di depan pelatih lain, terutama sekali sekiranya mereka percaya bahawa penguasaan
bahasa mereka lemah. Mereka tidak mahu memperbodohkan diri sendiri di hadapan rakan sekerja.
SENARAI SEMAK UNTUK LATIHAN
Sudahkah anda jalankan analisis
keperluan latihan?
Sudahkah anda pilih jurulatih
yang efektif?
Sudahkah anda rancangkan
bagaimana untuk menilai sesi
latihan?
Sudahkah anda tubuhkan satu
bahagian latihan yang sesuai
dalam organisasi anda?
Sudahkah anda fikirkan
bagaimana untuk memperbaiki
kemahiran latihan anda dan
pengurus anda?