menjelajah maimunah aminuddin pengurusan …nhrc.com.my/documents/12816/18739/industrial relations -...
TRANSCRIPT
MENJELAJAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA bersama MAIMUNAH PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
Topik-topik dalam Ruang ini adalah:
Hak Menubuhi atau Menyertai Kesatuan Sekerja
Aktiviti Kesatuan Sekerja
Reaksi Majikan terdahap Kesatuan Sekerja
Dalam Ruang PERHUBUNGAN PEKERJAAN, kita bincang bagaimana untuk membina satu
perhubungan yang efektif di antara majikan dan pekerja. Perhubungan perusahaan ialah sub-set
perhubungan pekerjaan. Perhubungan perusahaan ialah mengenai perhubungan antara seorang
majikan dan kesatuan sekerja yang mewakili pekerja beliau. Ia juga ialah mengenai peranan
kesatuan sekerja dalam mempengaruhi undang-undang dan polisi kerajaan. Hak-hak setiap pihak,
termasuk majikan, kesatuan sekerja dan anggota mereka ada dinyatakan dalam undang-undang
yang berkenaan. Oleh itu, ia juga akan diperiksa dengan teliti.
Maimunah Aminuddin merupakan
seorang pensyarah, penulis terkenal dan
perunding di bidang pengurusan sumber
manusia. Tajuk buku beliau termasuk:
Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press)
Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGraw Hill)
Termination of Employment: Understanding the Process (2010, CLJ Publication)
Bagi pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana (SME) menyertai kesatuan sekerja bukanlah
perkara biasa. Tetapi apabila organisasi bertambah besar, kemungkinan besar pekerja akan
kehendaki satu kesatuan mewakili mereka. Dalam Ruang ini kita akan periksa hak pekerja untuk
menyertai kesatuan, lihat apa kesatuan buat, dan terangkan beberapa keputusan yang anda perlu
ambil apabila pekerja mula berminat dengan kesatuan.
Hak Menubuhi atau Menyertai Kesatuan Sekerja
Pekerja berhak menubuhi atau menyertai kesatuan sekerja. Jika pihak majikan mengganggu hak ini,
beliau boleh dituduh melakukan satu kesalahan. Kemudian dalam Ruang ini, kita akan bincangkan
beberapa tindakan pihak majikan boleh ambil apabila pekerja beliau menunjukkan minat menjadi
anggota kesatuan.
Sekiranya pihak pekerja membuat keputusan untuk menubuhkan satu kesatuan baru untuk mewakili
kepentingan mereka, mereka perlu memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja untuk
mendaftar kesatuan mereka. Sekurang-kurangnya 7 orang anggota diperlukan untuk tujuan
tersebut. Sekiranya rancangan mereka ialah untuk mendapatkan keanggotaan pekerja dari berbagai-
bagai syarikat dalam negara, mereka sedang cuba menubuhkan satu kesatuan sekerja kebangsaan.
Sekiranya mereka memilih untuk memulakan satu kesatuan di mana keanggotaannya terbuka
kepada pekerja dalam syarikat anda sahaja, kesatuan tersebut dikenali sebagai kesatuan dalaman.
Prosedur untuk memohon pendaftaran bagi kedua-dua rancangan adalah sama. Sebagai alternatif,
pekerja boleh sertai kesatuan sekerja yang sedia ada.
Seorang majikan mungkin akan menghadapi satu daripada tiga keadaan berikut:
1. Pekerja beliau sertai salah satu kesatuan kebangsaan yang sedia ada
2. Pekerja beliau, mungkin bersama pekerja daripada syarikat lain, cuba tubuhkan satu
kesatuan kebangsaan yang baru
3. Pekerja beliau putuskan untuk tubuh satu kesatuan dalaman
Undang-undang Perhubungan Perusahaan
Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Akta Kesatuan Sekerja 1959
Terpulang kepada pekerja sama sekali untuk memilih yang mana daripada tiga pilihan di atas. Pihak
majikan mesti tidak dilihat sebagai mengganggu keputusan pekerja. Kebanyakan majikan percaya
bahawa ia adalah senang untuk bekerjasama dengan kesatuan dalaman yang berkemungkinan
faham dengan keperluan pihak majikan dan masalah yang dia mungkin hadapi.
Sekatan ke atas Keanggotaan Kesatuan Sekerja
Kesatuan sekerja hanya boleh didaftar dan menjadi organisasi yang sah jika beberapa syarat tertentu
dipenuhi. Ia termasuk:
1. Semua anggota kesatuan mesti bekerja dalam pekerjaan, tred atau industri yang sama
2. Semua anggota kesatuan mesti bekerja di Semenanjung atau Sabah atau Sarawak. Sesiapa
yang bekerja di Semenanjung tidak boleh menjadi anggota kesatuan yang sama seperti
mereka yang bekerja di Sabah atau Sarawak. Sama juga mereka yang bekerja di Sarawak
tidak boleh menyertai kesatuan yang sama seperti mereka
yang bekerja di Sabah atau di Semenanjung. Ia itu, kesatuan
di Semenanjung mempunyai anggota yang bekerja di
Semenanjung sahaja, kesatuan di Sabah mempunyai anggota
yang bekerja di Sabah sahaja dan kesatuan di Sarawak
mempunyai anggota yang bekerja di Sarawak sahaja.
3. Semua anggota kesatuan mesti berada dalam salah satu
sektor sahaja, iaitu swasta atau awam. Sekiranya organisasi
anda ialah sebuah hospital swasta, misalnya, pekerja anda
tidak boleh menyertai kesatuan yang mewakili pekerja
hospital di sektor awam.
4. Untuk tujuan perundingan bersama, (yang akan dibincang
kemudian dalam Ruang ini) anggota kesatuan mesti daripada
peringkat yang sama dalam organisasi, iaitu pekerja bukan
eksekutif, atau semuanya eksekutif atau semuanya pengurus.
5. Mereka yang bekerja dalam jawatan berkaitan dengan
perkara sulit atau kerja sekuriti boleh juga sertai kesatuan
yang anggotanya berada dalam jawatan yang sama. Jawatan
yang berkait dengan perkara sulit termasuk kewangan, IT,
setiausaha peribadi atau penolong kepada pengurusan
atasan, iaitu mereka yang boleh akses maklumat sulit.
Kebanyakan kesatuan di Malaysia pada masa kini mempunyai
anggota yang bekerja di peringkat bukan eksekutif. Kesatuan yang
terbesar dalam sektor swasta dengan beribu-ribu keanggotaan
kebanyakannya ialah kesatuan kebangsaan, iaitu anggotanya bekerja
di berbagai-bagai syarikat dalam industri yang sama di seluruh
Semenanjung Malaysia. Beberapa contoh kesatuan yang terkenal ini
ialah:
Kenapa Pekerja Sertai
Kesatuan Sekerja?
“Ada tiga sebab
mengapa mereka
tubuhkan dan sertai
kesatuan sekerja. Ia
adalah:
Untuk
memperbaiki
kedudukan
ekonomi mereka
Untuk
mempastikan hak
mereka
dipertahankan
Kerana sebab-
sebab sosial” Malaysian Industrial
Relations &
Employment Law, by
Maimunah Aminuddin,
7th ed, McGraw Hill
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Hotel, Bar dan Restoran
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan
Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Logam
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Komersil
Hampir setiap industri utama ada kesatuan kebangsaan yang mewakili pekerjanya, melainkan
industri elektronik yang ada beberapa kesatuan wilayah di Semenanjung Malaysia dan sektor
teknologi maklumat yang masih belum ada kesatuan. Hampir separuh kesatuan dalam sektor swasta
di Malaysia adalah kesatuan dalaman yang mewakili pekerja dalam satu syarikat sahaja.
Dalam sebilangan kecil syarikat yang besar, eksekutifnya, yang mungkin beberapa ribu orang, telah
menubuhkan kesatuan dalaman mereka sendiri. Sebagai contoh beberapa kesatuan ini terdapat di
beberapa bank dan syarikat utiliti seperti TM Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.
Pengurus-pengurus berhak menyertai kesatuan sekerja dengan syarat semua anggotanya ialah
pengurus. Namun begitu, pengurus tidak sertai kesatuan sekerja. Pengurus ialah mereka yang
mewakili pihak pengurusan. Mereka buat keputusan bagi pihak majikan dan organisasi. Biasanya
mereka terselamat daripada dieksploitasikan. Sekiranya mereka menyertai kesatuan sekerja ia
adalah tersangat janggal. Ahli profesional berpendatapan tinggi yang bukan pengurus mungkin sertai
kesatuan untuk menjaga kepentingan mereka. Sebagai contoh, juruterbang Syarikat Penerbangan
Malaysia adalah anggota kesatuan dalaman yang bersuara bagi pihak juruterbang Syarikat.
Hak Tidak Menyertai Kesatuan Sekerja
Pekerja mempunyai hak menyertai kesatuan sekerja tetapi mereka juga mempunyai hak untuk tidak
menganggotai mana-mana kesatuan. Ini boleh menyebabkan perbalahan dan pertengkaran di
kalangan pekerja apabila mereka sedang cuba menubuhkan kesatuan dan mahukan seberapa ramai
pekerja yang boleh untuk menjadi anggota atau apabila satu kesatuan kebangsaan sedang
mengadakan kempen menambahkan keanggotaan.
Jikalau pekerja meminta nasihat daripada pegawai sumber manusia mengenai hak mereka, memberi
keterangan adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, jangan cuba mempengaruhi mereka untuk
menyertai atau tarik diri daripada kesatuan. Jangan beri apa-apa komen mengenai kebaikan atau
keburukan apabila pekerja diwakili oleh kesatuan. Hati-hati dengan apa yang anda katakan.
AKTIVITI KESATUAN SEKERJA
Perundingan Bersama
Salah satu fungsi utama kesatuan sekerja adalah merunding dengan majikan yang ada anggota
kesatuan mengenai terma dan syarat pekerjaan. Jika kesatuan ialah kesatuan dalaman, ia akan
berunding dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan dan tidak dengan pihak lain, manakala
kesatuan kebangsaan mungkin mempunyai anggota dari beberapa syarikat, maka kesatuan
kebangsaan akan cuba berunding dengan setiap syarikat yang terlibat. Proses perundingan bersama
mesti ikut peraturan yang ada dalam Akta Perhubungan Perusahaan.
Proses Pengiktirafan
Apabila kesatuan sekerja ingin memulakan perundingan bersama dengan pihak majikan pada kali
pertama, kesatuan mesti perolehi pengiktirafan daripada majikan berkenaan. Ini adalah satu proses
genting bagi kesatuan sekerja kerana anggota mereka mungkin tidak sabar menunggu untuk
kenaikan gaji dan faedah lain. Sebaik sahaja kesatuan diiktiraf oleh majikan, ia berhak mewakili
pekerja, iaitu untuk bersuara bagi pihak mereka.
Untuk mendapat pengiktirafan, pihak kesatuan mesti
kemukakan borang (Borang A) kepada majikan yang
berkenaan. Borang ini boleh dilihat dan dimuat turun
daripada laman Web Jabatan Perhubungan Perusahaan
(www.jpp.mohr.gov.my). Pihak majikan mesti jawab dalam
masa 21 hari.
Apabila pihak majikan terima tuntutan pengiktirafan, beliau
ada dua pilihan:
1. Berikan pengiktirafan, atau
2. Maklumkan kepada kesatuan bahawa tuntutannya
ditolak dan berikan sebab-sebabnya.
Pilihan mana yang akan diambil oleh majikan bergantung
kepada polisi syarikat terhadap kesatuan sekerja yang akan
dibincang kemudian dalam Ruang ini. Jikalau pihak majikan
menolak tuntutan pengiktirafan (atau tidak memberi jawapan), pihak kesatuan boleh laporkan
kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan (KPPP).
KPPP akan periksa beberapa faktor sebelum menasihati Menteri Sumber Manusia, sama ada untuk
mengeluarkan perintah pengiktirafan kesatuan berkenaan. Faktor-faktor tersebut termasuk:
1. Sama ada kesatuan tersebut ialah kesatuan yang layak untuk mewakili pekerja di syarikat
anda, iaitu adakah kesatuan mewakili pekerja di dalam tred, pekerjaan atau industri yang
sama seperti pekerja anda. Ini dipanggil menentukan “competency” kesatuan untuk
mewakili pekerja anda. Jika kesatuan yang memohon pengiktirafan ialah kesatuan dalaman,
isu ini tidak timbul. KPPP boleh arahkan anda untuk memberi maklumat mengenai jenis
perniagaan anda dan salinan huraian kerja pekerja yang diwakili oleh kesatuan yang
memohon pengiktirafan.
2. Sama ada kesatuan mewakili majoriti daripada pekerja anda yang layak menyertai kesatuan.
Untuk tujuan ini, seorang pegawai dari Jabatan Perhubungan Perusahaan akan menjalankan
pengundian sulit di kalangan pekerja anda. Pegawai tersebut akan bincang dengan anda
bilakah tarikh dan masa yang sesuai untuk pengundian dan di mana ia akan di adakan.
Majoriti bermakna lebih daripada 50% pekerja yang layak menyertai kesatuan.
Semasa proses pengiktirafan, yang boleh mengambil masa beberapa bulan, pekerja tidak boleh
diberhentikan melainkan atas sebab salahlaku. Pekerja juga dilarang melakukan beberapa aktiviti
termasuk berpiket atau bermogok.
Pengiktirafan
Kesatuan Sekerja
Semasa proses
pengiktirafan,
perhubungan di antara
pengurusan dan pekerja
yang menyokong kesatuan
boleh jadi tegang dan
penuh dengan emosi.
Setelah Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan selesai proses menentukan sama ada kesatuan
yang tuntut pengiktirafan layak untuk mewakili pekerja berkenaan, dan telah jalankan pengundian
sulit, perkara ini akan dilaporkan kepada Menteri Sumber Manusia yang akan maklumkan kepada
majikan dan kesatuan mengenai keputusan beliau. Sekiranya Menteri mengarah pengiktirafan, pihak
majikan tidak perlu buat apa-apa melainkan tunggu langkah seterusnya oleh kesatuan sekerja.
Jabatan Perhubungan Perusahaan mempunyai risalah mengenai proses pengiktirafan yang mudah
dibaca dan boleh dilihat dalam laman Webnya. Tajuknya ialah Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan
Kesatuan Sekerja.
Proses Perundingan Bersama
Kesatuan sekerja yang telah diiktiraf oleh majikan berhak menjemput majikan memulakan
perundingan bersama. Jemputan ini boleh dalam bentuk surat daripada kesatuan bersertakan
cadangan perundingan bersama.
Majikan yang terima jemputan ini diperlukan menjawab dalam masa 14 hari. Pihak majikan
mungkin:
1. Setutju supaya perundingan dimulakan dan cadangkan tarikh untuk diadakan sesi pertama,
atau
2. Tolak jemputan untuk memulakan perundingan.
Sebaik sahaja kesatuan sekerja diberi pengiktirafan, menangguhkan proses perundingan bersama
tidak digalakkan kerana ia akan membuat pekerja sangat kecewa. Mereka mengharapkan gaji dan
faedah yang lebih baik, lebih-lebih lagi jikalau syarikat mempunyai keuntungan dan keadaan
ekonomi adalah stabil.
Sebelum pihak syarikat mulakan perundingan bersama dengan pemimpin-pemimpin kesatuan untuk
memasukkan terma dan syarat dalam perjanjian bersama, satu kumpulan perundingan akan dilantik
biasanya terdiri daripada seorang pegawai bertanggungjawab dengan pengurusan sumber manusia,
dan perhubungan perusahaan, pengurus kewangan dan satu atau dua orang ketua jabatan. Mereka
akan adakan beberapa mesyuarat pra-perundingan untuk aturkan strategi dan putuskan berapa
banyak yang syarikat boleh tambahkan kepada gaji dan faedah untuk pekerja. Jumlah kenaikan yang
pihak syarikat rela setuju dikenali sebagai mandat. Untuk memutuskan mandat, perlu diselidik
keadaan ekonomi untuk jangka masa 3 tahun yang akan datang. Sekiranya ekonomi masa depan
nampak tidak stabil, pihak syarikat mungkin membuat keputusan bahawa mereka tidak mampu
untuk naikkan gaji dan faedah. Walau bagaimanapun, pihak syarikat terpaksa membayar gaji yang
sama dengan norma di pasaran. Penyelidikan tambahan mungkin diperlukan untuk tujuan ini.
Pasukan perundingan dan pihak kesatuan akan duduk bersama dan gunakan berbagai-bagai strategi
dan taktik untuk mencapai kehendak masing-masing, iaitu kumpulan pengurusan biasanya mahu
kurangkan jumlah kenaikan gaji atau faedah, dan pihak kesatuan sebaliknya inginkan kenaikan gaji
dan faedah supaya semua anggotanya sentiasa berpuas hati.
Sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan, ianya akan direkodkan secara rasmi.
Perjanjian bersama ini akan diserahkan kepada Mahkamah Perusahaan yang akan sahkan bahawa ia
mematuhi undang-undang, dan seterusnya ia menjadi kontrak yang boleh dikuatkuasa.
Perjanjian Bersama
Perjanjian bersama ialah perjanjian bertulis yang dirundingkan antara kesatuan sekerja dan majikan.
Ia meliputi terma dan syarat pekerjaan di dalam syarikat berkenaan bagi mereka yang layak
menyertai kesatuan. Semua pekerja yang layak menyertai kesatuan adalah dalam skop perjanjian
bersama, bukan sahaja mereka yang menganggotai kesatuan.
Undang-undang memerlukan tempoh perjanjian bersama sekurang-kurang 3 tahun. Ini bermakna,
sebaik sahaja perjanjian bersama diluluskan oleh Mahkamah Perusahaan, terma dan syarat
pekerjaan telah ditetapkan untuk tempoh tersebut dan semasa tempoh itu ia hanya boleh dipinda
dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Sungguhpun perjanjian bersama banyak pentingkan mengenai terma dan syarat pekerjaan, perkara
lain boleh juga dimasukkan seperti prosedur menangani aduan tidak puas hati pekerja, disiplin,
kenaikan pangkat, dan perpindahan pekerja.
Perjanjian bersama dari berbagai-bagai industri dan majikan boleh dibaca di laman Web Mahkamah
Perusahaan, www.mp.gov.my. Pergi ke halaman utama di bawah Perjanjian Bersama dan pilih
industri dan sektor yang anda ingin lihat. Mengambil sedikit masa tambahan untuk memeriksa
perjanjian bersama syarikat lain adalah sangat berfaedah walaupun pekerja anda bukan anggota
kesatuan. Anda boleh tahu kadar bayaran gaji bagi beberapa pekerjaan pada masa kini dan apa
faedah yang diberi kepada pekerja di berbagai-bagai sektor. Ini adalah berguna apabila anda sedang
Penyediaan untuk Perundingan Bersama
Lantik kumpulan perundingan
Selidik kedudukan
kewangan & kadar pasaran
Dapatkan mandat
Buat keputusan mengenai taktik
membuat keputusan berapa yang hendak dibayar kepada pekerja dan apa faedah yang akan diberi di
bawah kontrak pekerjaan seperti dinyatakan dalam Ruang GAJI DAN FAEDAH.
Kegagalan Mencapai Persetujuan
Sekiranya, setelah beberapa sesi rundingan, pihak pengurusan dan kesatuan masih tidak dapat
mencapai persetujuan, mereka mungkin ambil keputusan untuk hentikan rundingan dan isytihar
bahawa pertikaian perusahaan wujud. Kedua-dua pihak boleh laporkan kepada Jabatan
Perhubungan Perusahaan yang akan membantu kedua-dua pihak mencapai kompromi. Jika usaha ini
gagal, pertikaian tesebut akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Mahkamah tersebut ada
kuasa menetapkan terma dan syarat yang mana kedua-dua pihak gagal bersetuju semasa
perundingan bersama.
Sebaik sahaja pertikaian perusahaan telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan oleh Menteri
Sumber Manusia, piket atau mogok tidak dibenarkan. Kedua-dua majikan dan pekerja mesti tunggu
keputusan mahkamah. (Maklumat tambahan mengenai Mahkamah Perusahaan boleh didapati
dalam Ruang bertajuk PENAMATAN PEKERJAAN).
Mewakili Pekerja Yang Bersungut
Kesatuan sekerja bukan sahaja berunding dengan majikan untuk mendapatkan terma dan syarat
pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja, tetapi mereka juga bantu dan bersuara bagi pihak mana-
mana pekerja yang ada masalah di tempat kerja. Sebagai contoh, apabila pihak majikan putuskan
untuk ambil tindakan disiplin ke atas seorang pekerja, pihak kesatuan akan menolong dia, termasuk
beraksi sebagai “peguambela” semasa siasatan dalaman. (Lihat perbincangan mengenai topik ini
dalam Ruang PENAMATAN PEKERJAAN).
Tindakan Perusahaan
Pekerja yang menyertai kesatuan sekerja mempunyai beberapa hak, terhad oleh undang-undang,
untuk mengambil tindakan perusahaan mencuba dan memaksa majikan supaya tunduk kepada
tuntutan mereka. Biasanya, anggota kesatuan sekerja ambil tindakan menentang majikan apabila
mereka percaya bahawa majikan tidak begitu serius mengenai tuntutan mereka untuk kenaikan gaji
dan faedah. Sebagai contoh, sekiranya mereka sangka bahawa majikan sengaja melambatkan
perundingan, mereka mungkin buat keputusan untuk berhenti merunding dan mula berpiket.
Mereka tidak mungkin akan mogok kerana di Malaysia adalah sangat sukar bagi pekerja untuk
bermogok. Ini akan diterangkan kemudian.
Pekerja Berpiket
Piket
Pekerja di Malaysia yang menyertai kesatuan sekerja membuat keputusan untuk berpiket supaya
dapat menarik perhatian kepada pertikaian mereka dengan majikan mereka. Piket merupakan satu
tindakan yang sah, sekiranya syarat-syarat berikut dipatuhi:
1. Pekerja yang berpiket mesti menjadi anggota kesatuan sekerja yang berdaftar
2. Pekerja yang berpiket mesti telah isytiharkan bahawa ada pertikaian perusahaan dengan
majikan mereka
3. Pertikaian perusahaan pekerja itu mesti belum dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan
4. Piket tersebut mesti diadakan di tempat kerja mereka atau berdekatan dengan tempat kerja
mereka
5. Piket tersebut mesti tidak menghalang jalan atau pintu masuk atau keluar tempat kerja
6. Piket mestilah tenteram
Semasa berpiket pekerja akan berada di luar premis syarikat memegang poster dan sepanduk
mereka, mungkin riuh, bersorak slogan dan cuba dapatkan sokongan daripada orang yang lalu lalang
terutamanya kereta. Mereka akan meminta pemandu kereta untuk bunyikan hon menandakan
sokongan kepada pekerja.
Oleh kerana di Malaysia mogok adalah hampir mustahil, apabila pekerja membuat keputusan untuk
berpiket mereka masih bekerja seperti biasa. Ini bermakna mereka akan berpiket di luar waktu
bekerja, mungkin sebelum waktu kerja, semasa rehat makan tengahari, atau selepas kerja.
Sekiranya pekerja anda mengadakan piket di luar premis anda tetapi tidak mematuhi undang-
undang, misalnya ada orang yang bukan pekerja anda dan bukan pegawai kesatuan sekerja
menyertai piket tersebut, atau kelakuan pekerja tidak terkawal, dan mungkin akan terjadi
pergaduhan, anda patut hubungi pihak polis supaya berada di situ.
Mogok
Apa yang mungkin berlaku akibat daripada mogok adalah lebih serius daripada piket. Oleh kerana
itu, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja mempunyai peraturan yang sangat
tegas untuk dipatuhi sebelum pekerja mulakan mogok.
KEANGGOTAAN
KESATUAN SEKERJA
DI SELURUH DUNIA
ADALAH MENURUN
Walaupun di negara
seperti Sweden, di
mana hampir setiap
pekerja menyertai
kesatuan,
keanggotaannya
berkurangan,
terutama sekali di
kalangan Generasi Y
Pekerja yang ada pertikaian perusahaan dengan majikan sahaja boleh bermogok. Untuk mematuhi
undang-undang, anggota kesatuan yang hendak bermogok perlu:
1. Adakan pengundian sulit bersama semua anggota yang terlibat dalam pertikaian dengan
majikan mereka. Kelulusan bermogok perlukan majoriti dua pertiga, jika tidak mogok adalah
tidak sah
2. Semua kertas undi mesti dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja tidak lebih
daripada 14 hari selepas pengundian diadakan.
3. Tunggu sekurang-kurangnya 7 hari selepas menghantar kertas undi kepada Jabatan Hal
Ehwal Kesatuan Sekerja sebelum memulakan mogok.
Pertikaian Perusahaan
Tidak semua pertikaian antara kesatuan sekerja dan majikan dianggap pertikaian perusahaan.
Pertikaian perusahaan ialah satu pertikaian mengenai terma dan syarat perhidmatan. Piket atau
mogok mengenai isu lain dianggap bukan pertikaian perusahaan dan tidak dibenarkan.
Undang-undang larang mogok dalam keadaan berikut:
1. Mengenai isu sama ada kesatuan sekerja diberi
pengiktirafan
2. Mengenai perjanjian bersama yang telah disahkan oleh
Makhamah Perusahaan
3. Mengenai mana-mana isu yang ditakrifkan dalam
undang-undang sebagai hak pengurusan termasuk kuasa memilih
siapa yang diambil bekerja, kenaikan pangkat pekerja,
perpindahan dan pemberhentian pekerja
4. Sebaik sahaja pertikaian antara kesatuan dan majikan
dirujuk ke Mahkamah Perusahaan untuk timbangtara
Hukuman Ke Atas Mogok Haram
Ia adalah satu kesalahan bagi mana-mana pekerja terlibat dengan
mogok haram. Sekiranya kesatuan sekerja mengatur mogok
haram, pendaftarannya boleh dibatalkan. Jabatan Hal Ehwal
Kesatuan Sekerja boleh mengarahkan kesatuan untuk batalkan
keanggotaan pekerja yang menyertai mogok tersebut.
Sekiranya pekerja anda mengatur dan ambil bahagian dalam
mogok haram, mereka telah melakukan satu kesalahan yang
sangat serius. Selepas mengikuti prosedur yang betul, anda boleh
tamatkan perkhidmatan mereka. Prosedur ini akan diterangkan
dalam Ruang PENAMATAN PEKERJAAN.
Jenis Tindakan Perusahaan Lain
Apabila pekerja merasa kecewa dengan majikan mereka, mereka mungkin akan bekerjasama
mengambil berbagai-bagai tindakan dengan tujuan mendesak syarikat supaya tunduk kepada
tuntutan mereka. Jikalau pekerja adalah anggota kesatuan, tindakan-tindakan itu boleh juga
dilakukan semasa mereka sedang berpiket.
Tindakan bersama oleh pekerja boleh dalam berbagai-bagai cara, cuma terhad oleh kreativiti
mereka. Contoh biasa tindakan perusahaan yang tidak formal ini termasuk:
1. Berjumpa doktor beramai-ramai. Ini akan kurangkan pengeluaran kerana ramai pekerja
berjaya mendapat cuti sakit
2. Kekerapan pergi ke tandas sepanjang hari bekerja dengan alasan pekerja rasa tidak sihat
3. Memakai pakaian melambangkan protes; lencana, topi atau band lengan dengan pesanan
tertulis di atasnya.
Sekiranya pihak majikan ada bukti bahawa lawatan berjumpa doktor diatur oleh pekerja, tindakan
disiplin boleh diambil ke atas mereka yang terlibat dengan alasan mereka telah mengadakan satu
mogok haram. Di bawah undang-undang, mogok tidak semestinya semua kerja berhenti. Mana-
mana cubaan untuk mengurangkan pengeluaran atau melewatkan kadar pengeluaran dianggap
mogok.
Memakai pakaian melambangkan protes asalkan pengeluaran tidak terjejas, bukannya satu
salahlaku melainkan di mana majikan kehendakkan pekerja memakai uniform dan peraturan syarikat
terang-terang menyatakan bahawa kegagalan memakai uniform dengan betul adalah satu salahlaku.
Ketua eksekutif dan pengurus kanan menjadi sangat marah apabila pekerja mengatur tindakan
perusahaan. Reaksi segera daripada mereka mungkin mengeluarkan arahan supaya pekerja yang
terlibat diberhentikan. Ini bukannya penyelesaian yang terbaik kerana:
1. Ia mungkin akan mengurangkan pekerja terlatih dan akan menjejaskan pengeluaran
2. Ia mungkin akan mengeruhkan lagi perhubungan di antara majikan dan pekerja
Satu penyelesaian kompromi perlu diperolehi. Bantuan boleh didapatkan daripada Jabatan
Perhubungan Perusahaan di Kementerian Sumber Manusia.
Mewakili Pekerja Negara
Fungsi utama kesatuan sekerja adalah untuk bercakap bagi pihak anggota mereka dan cuba
mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja dalam organisasi. Setiap
kesatuan berikan keutamaan kepada keperluan anggota mereka sendiri. Walau bagaimanapun,
banyak kesatuan pula adalah anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Badan ini
melaksanakan beberapa fungsi termasuk:
1. Menyelidik mengenai perkara yang berkaitan dengan pekerjaan
2. Melatih pemimpin-pemimpin kesatuan
3. Mewakili semua pekerja di seluruh negara, termasuk mereka yang tidak menjadi anggota
kesatuan
Fungsi ketiga di atas selalu menyebabkan MTUC dilaporkan dalam berita. MTUC bukan merupakan
kesatuan sekerja (ia didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966) dan oleh itu tidak boleh
menjalankan perundingan bersama, piket atau mengaturkan mogok. Cuma anggotanya sahaja, iaitu
kesatuan sekerja yang mempunyai hak undang-undang, boleh lakukan aktiviti tersebut.
REAKSI MAJIKAN TERHADAP KESATUAN SEKERJA
Anda patut bincang bersama dengan kumpulan pengurusan anda dan buat keputusan mengenai
polisi ke atas kesatuan sekerja.
Pilihan polisi termasuk:
1. Cuba tidak menggalakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja, tetapi hormat hak mereka
untuk berbuat demikian, sekiranya itu yang mereka kehendaki
2. Ambil langkah-langkah untuk mengelakkan pekerja menubuhkan kesatuan atau menyertai
kesatuan
3. Cuba untuk bekerjasama secara aktif dengan kesatuan yang mewakili pekerja dalam syarikat
anda
Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pengurusan, ingat bahawa anda sedang bincangkan
mengenai pekerja organisasi anda. Sekiranya anda ambil tindakan untuk mengecewakan cubaan
mereka untuk menubuhkan atau menyertai kesatuan, pengeluaran mereka akan terjejas. Ramai
pekerja juga mungkin berhenti akibat daripada tindakan syarikat untuk menghalang penubuhan dan
penyertaan dengan kesatuan. Kemungkinan juga akan berlakunya sabotaj oleh pekerja yang marah.
Strategi Jangka Panjang untuk Mengurangkan Kemungkinan Berlakunya
Kewujudan dan Penyertaan Kesatuan
Beberapa strategi jangka panjang perlu diatur sekiranya syarikat anda lebih suka apabila pekerja
tidak menyertai kesatuan sekerja. Tidak ada jaminan bahawa ia akan berkesan. Kadangkala pekerja
berpuas hati bila tidak ada kesatuan sehingga datang seorang pekerja baru yang mempunyai
pengalaman luas dalam kesatuan sekerja dan juga sangat percaya bahawa semua pekerja patut
menyertai kesatuan. Dia mungkin boleh mempengaruhi pekerja-pekerja lain untuk menjadi anggota
kesatuan sekerja sebagai satu perlindungan daripada sebarang perubahan dalam syarikat pada masa
hadapan, terutama sekali perubahan di pengurusan atasan.
Baca Ruang bertajuk PERHUBUNGAN PEKERJAAN. Semua cadangan dalam Ruang tersebut adalah
releven untuk mengurangkan kemungkinan pekerja akan menyertai kesatuan. Ini termasuk:
1. Memperkenalkan beberapa saluran komunikasi antara pekerja dan pengurusan. Tidak
mungkin boleh diadakan terlalu banyak komunikasi dalaman
2. Mengadakan sesi dialog selalu dengan pekerja
3. Mendesak pengurus-pengurus selalu adakan mesyuarat bersama orang bawahan mereka
supaya menggalakkan pekerja suarakan pendapat mereka mengenai beberapa isu
4. Menubuhkan skim formal untuk menggalakkan pekerja berikan pendapat tentang
bagaimana pengeluaran boleh ditingkatkan
5. Mencari cara-cara membuat tempat kerja lebih selesa
6. Melatih pengurus-pengurus supaya mereka boleh mengelakkan dan mengurangkan
gangguan dan penganiayaan antara pekerja
Langkah-langkah lain yang perlu diambil sepanjang masa adalah:
1. Meningkatkan pakej gaji dan faedah seberapa yang boleh (lihat Ruang bertajuk GAJI DAN
FAEDAH)
2. Mempastikan wujudnya sistem pengurusan prestasi yang efektif (lihat Ruang bertajuk
PENGURUSAN PRESTASI DAN PENILAIAN PRESTASI)
Pengurusan dengan Kesatuan Sekerja
Sekiranya pekerja di organisasi anda sudah menyertai kesatuan sekerja, anda dan pengurusan anda
terpaksa cari jalan bagaimana untuk bekerjasama dengan mereka dan tidak selalu bertengkar
dengan pemimpin mereka. Pertikaian mungkin berlaku tetapi ia boleh dikawal.
Usaha pengurusan sumber manusia anda patut tumpukan kepada strategi dan taktik yang sama
seperti tersebut di atas.
Sama-sama dengan strategi dan taktik tersebut, anda juga patut:
1. Jadualkan mesyuarat selalu dengan pemimpin-pemimpin kesatuan untuk membincangkan
masalah dan isu. Jangan tunggu sehingga timbul masalah serius.
2. Libatkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam seberapa banyak yang mungkin
jawatankuasa yang membuat keputusan
3. Aturkan program latihan bersama penyelia-penyelia dan pemimpin kesatuan sekerja
4. Pastikan pengetahuan anda mengenai hak kesatuan sekerja dan hak pengurusan adalah
yang terbaru
PENAMATAN PEKERJAAN
SISTEM DISIPLIN
PERHUBUNGAN PEKERJAAN
SENARAI SEMAK PERHUBUNGAN
PERUSAHAAN
Sudahkah anda dan pengurusan
syarikat anda putuskan reaksi anda
terhadap penyertaan pekerja dalam
kesatuan?
Apakah langkah-langkah yang anda
ambil supaya syarikat mencapai
objektif berhubung dengan
kewujudan dan penyertaan
kesatuan sekerja?
Adakah wujudnya strategi jangka
panjang untuk mengurangkan
kemungkinan pekerja menyertai
kesatuan sekerja?