meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing dengan menggunakan kaedah main peranan dalam p&p

18
KAJIAN TINDAKAN 2007 TAJUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM P&P MATA PELAJARAN GEOGRAFI

Upload: hanis

Post on 12-Sep-2015

141 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kajian tindakan geografi

TRANSCRIPT

KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN2007TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MAIN PERANAN DALAM P&P MATA PELAJARANGEOGRAFI

DISEDIAKAN OLEH:

KAMSIAH BINTI MOHD ALI

SMK BANDAR PUTRA, KULAI JOHORABSTRAK KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran dalam mengukur bearing sudutan dengan menggunakan kaedah main peranan dalam kalangan murid Tingkatan 2PK4. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh sebilangan murid kelas ini dalam menentukan arah mata angin dan mengukur bearing sudutan, pengkaji telah melakukan perancangan tindakan yang ditumpukan kepada memperkenalkan dan memahirkan murid mengukur bearing sudutan dengan tepat, menarik dan berkesan. Tindakan telah dibuat dengan membawa murid-murid ini ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti iaitu menetukan arah mata angin , menentukan bearing sudutan dan menentukan titik rujukan. Setelah aktiviti ini, mereka telah diberikan satu set soalan ujian pos dan mereka berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul. Begitu juga dengan perubahan sikap murid di akhir kajian ini menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran mereka dalam menentukan arah dan bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid ini juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian bulanan yang diadakan. Kesimpulannya, kaedah ini secara umumnya dapat memberi dorongan kepada murid-murid untuk meminati mata pelajaran geografi . Dicadangkan pada masa akan datang, kaedah main peranan ini dapat dipraktikkan dalam pengajaran untuk topik mengira waktu tempatan bagi memantapkan lagi pemahaman dan kemahiran murid-murid.REFLEKSI P&P YANG LALU

Mata pelajaran Geografi merupakan satu mata pelajaran yang meliputi bahagian kemahiran dan pengetahuan geografi. Setiap murid perlu mahir dalam mengukur elemen geografi yang dipelajari. Salah satu daripada elemen kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid ialah mengukur bearing.

Berdasarkan refleksi P&P yang lalu bagi tajuk ini ke atas murid-murid kelas 2PK4, didapati sebilangan murid kelas ini masih lagi keliru dalam menentukan arah mata angin terutamanya arah mata angin perantaraan. Mereka juga keliru untuk menentukan dari mana bearing itu perlu diukur iaitu sama ada dari arah Utara mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Begitu juga dalam menentukan titik rujukan sesuatu bearing itu akan diukur. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengukur bearing dengan tepat seterusnya menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta.FOKUS KAJIAN

Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi P&P yang lalu, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid yang terlibat dalam mengukur bearing sudutan. Oleh itu, satu pendekatan yang dirasakan dapat meningkatkan kemahiran murid-murid ini adalah dengan menggunakan kaedah main peranan dalam pengajaran guru.

Kaedah Main Peranan merupakan salah satu kaedah dalam kemahiran Belajar Cara Belajar yang melibatkan murid mengalami sendiri sesuatu situasi dan mereka dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus.Objektif Am

- Membolehkan murid mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakan protaktor dengan langkah-langkah yang betul.Objektif Khusus1. Meningkatkan kemahiran murid menentukan arah mata angin..

2. Meningkatkan kemahiran murid menentukan titik rujukan untuk mengukur bearing

3. Meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing sudutan dengan tepat.

SUBJEK KAJIANSubjek kajian ini ialah 10 orang pelajar Tingkatan 2PK4 yang dikenalpasti lemah atau kurang mahir dalam Tema Kemahiran Geografi terutamanya Bab Arah (Mengukur Bearing) . Subjek dipilih berdasarkan ujian pra yang dijalankan ke atas semua murid kelas ini.PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Ujian pra2. Aktiviti main peranan3. Ujian posUJIAN PRAMurid-murid kelas 2PK4 diberikan satu set soalan mengukur bearing dan mereka diminta menjawab soalan-soalan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Berdasarkan ujian ini didapati 10 orang daripada 29 orang murid tidak dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul. 10 orang murid inilah yang akan menjalani aktiviti main peranan bagi meningkatkan kemahiran mereka. Keputusan ujian pra boleh dilihat berdasarkan jadual di bawah.JADUAL 1: Bilangan Murid 2PK4 Yang Menjawab Soalan Ujian Pra

Dengan Betul dan SalahSOALANBETULSALAHJUMLAH

Bahagian A

Soalan Menentukan Arah Mata Angin

21

8

29

Bahagian B

Soalan Mengukur Bearing Mudah

1910

29

Bahagian C

Soalan mengukur Bearing Berdasarkan Peta Lakar

19

1029

Sumber: Ujian Pra ke atas 29 Murid Kelas 2PK4Berdasarkan Jadual 1, Murid-murid yang menjawab setiap bahagian soalan ialah murid-murid yang sama iaitu 29 orang murid. Didapati jumlah murid yang menjawab dengan salah dalam setiap bahagian soalan merupakan 10 orang murid yang sama. Oleh itu, murid-murid ini sahaja yang dipilih untuk menjalani aktiviti ini.AKTIVITI MAIN PERANANSetelah ujian pra dijalankan, 10 orang murid yang dikenal pasti lemah telah dipilh untuk menjalani aktiviti main peranan yang terdiri daripada tiga aktiviti yang dijalankan dalan 3 masa pengajaran. Aktiviti tersebut ialah aktiviti menentukan arah mata angin, aktiviti menentukan bearing sudutan dan aktiviti menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing.Aktiviti 1- Menentukan Arah Mata AnginSebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 8 arah mata angin di atas Dataran Kejat .Murid-murid dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan ini. Perasaan murid-murid pada ketika itu begitu teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti yang akan dijalankan.8 orang murid dipilih untuk menjalani aktiviti main peranan sebagai arah mata angin. Setiap murid diberi sekeping kad yang dilabelkan dengan arah mata angin. Kad tersebut tidak dipamerkan sehingga diarahkan oleh guru. Kad-kad tersebut dilabelkan dengan arah Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Laut, Timur Laut, barat Daya dan Tenggara.Setelah subjek mengambil tempat masing-masing, guru menyebut setiap arah mata angin satu persatu. Murid yang berperanan sebagai arah mata angin tersebut akan mempamerkan kad di tangan mereka. Contohnya, guru menyebutkan arah Utara, maka murid yang memegang kad yang tertulis arah Utara akan mempamerkan kad di tangannya. Guru menyebutkan arah-arah mata angin tersebut secara berulang kali.Setelah selesai aktiviti, murid-murid tadi diberikan lembaran kerja yang mengandungi soalan melabel arah mata angin. Murid-murid yang terlibat begitu seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan. Mereka juga dapat melabelkan setiap arah mata angin dengan betul. Aktiviti 2 Menentukan Bearing Sudutan

Aktiviti main peranan diteruskan dengan aktiviti menentukan bearing sudutan. Dalam aktiviti ini murid-murid diminta menentukan dari arah mana bearing akan diukur. Adakah mengikut pusingan jam atau sebaliknya. Alat yang digunakan dalam aktiviti ini ialah jangka sudut pospek yang telah dibina oleh guru. Jangka sudut ini merupakan jangka sudut yang dibina secara berlapis bagi memudahkan pengukuran sudut sehingga 360 darjah.Dalam aktiviti ini, 8 orang murid yang main peranan sebagai arah mata angin tadi mengambil tempat masing-masing sementara 2 orang murid lagi berperanan sebagai titik tengah dan pengukur sudut.

Seterusnya, guru meminta murid yang bertugas sebagai pengukur sudut mengukur sudut bagi arah Utara dengan menggunakan jangka sudut pospek yang disediakan. Sudutnya ialah 00 . Begitulah seterusnya bagi arah mata angin yang lain iaitu Timur Laut (450), Timur (900), Tenggara (1350), Selatan (1800), Barat Daya (2250), Barat (2700), Barat Laut (3150) dan Utara (3600). Bagi mengukuhkan lagi kemahiran murid-murid, Guru meminta murid-murid yang berperanan sebagai arah mata angin tadi bergerak mengikut arah pusingan jam. Murid berperanan sebagai arah Utara bergerak mengikut arah pusingan jam dan berhenti di tengah-tengah antara arah Utara dan Timur Laut. Begitulah juga bagi arah mata angin yang lain iaitu murid berperanan sebagai arah Timur Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Timur Laut dan Timur, murid berperanan sebagai arah Timur berhenti di tengah-tengah antara arah Timur dan Tenggara, murid berperanan sebagai arah Tenggara berhenti di tengah-tengah antara arah Tenggara dan Selatan, murid berperanan sebagai arah Selatan berhenti di tengah-tengah antara arah Selatan dan Barat daya, murid berperanan sebagai arah Barat Daya berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Daya dan Barat, murid berperanan sebagai arah Barat berhenti di tengah-tengah antara arah Barat dan Barat Laut, murid berperanan sebagai arah Barat Laut berhenti di tengah-tengah antara arah Barat Laut dan Utara. Kemudian mereka mengukur sudut menggunakan jangka sudut pospek.Selepas selesai aktiviti ini, subjek diberikan kertas lembaran yang mengandungi soalan melabel bearing sudutan bagi setiap mata angin dan point-point yang ditetapkan. Didapati bahawa subjek begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan mereka dapat melabelkan bearing sudutan bagi setiap arah mata angin dengan betul.Aktiviti 3 Menentukan Titik RujukanAktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid untuk menentukan titik rujukan bagi mengukur bearing sudutan. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru telah melukis 3 set point, Set 1 dan 2 point X,Y dan Z dan Set 3 W, X, Y dan Z di Dataran Kejat. Aktiviti ini dijalankan dalam satu waktu pengajaran. Dalam aktiviti ini, subjek sekali lagi dibawa ke Dataran Kejat untuk menjalani aktiviti main peranan. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 terdiri daripada 3 orang murid dan Kumpulan 3 terdiri daripada 4 orang murid. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan sebagai point-point yang telah dilukis oleh guru.

Seterusnya, guru memberi penerangan ringkas bagaimana untuk menentukan titik rujukan dan membacakan arahan bagi bearing yang akan diukur. Contohnya, guru meminta murid mengukur bearing X dari Y. Murid yang berperanan sebagai Y akan mengangkat tangan. Begitulah seterusnya. Setelah selesai aktiviti ini, murid-murid diberi set soalan mengukur bearing yang melibatkan banyak titik rujukan. Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, murid-murid yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul. Mereka juga seronok menjalani aktiviti tersebut.

UJIAN POSUjian pos telah diberikan kepada subjek sehari selepas aktiviti tersebut dijalankan. Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut dalam masa 15 minit.

DAPATAN KAJIANAKTIVITI 1 Menetukan Arah Mata Angin

Berdasarkan latihan yang diberikan selepas aktiviti main peranan dijalankan, didapati semua murid dapat melabelkan kelapan-lapan arah mata angin dengan betul.

AKTIVITI 2 Menentukan Bearing Sudutan

Selepas aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah diberikan soalan melabelkan bearing sudutan bagi setiap arah mata angin. Didapati semua murid dapat mengukur dan melabelkan bearing bearing tersebut.AKTIVITI 3 Menentukan Titik Rujukan Soalan-soalan yang diberikan selepas aktiviti ini juga dapat dijawab oleh murid-murid yang terlibat dengan betul.

UJIAN POSTJADUAL 1: Keputusan Ujian PostSOALANBETULSALAHJUMLAHPERATUS

BETUL

(%)

Soalan Menentukan Arah Mata Angin(a)

(b)

(c)

(d)

(e)10

10

10

10

10-

-

-

-

-10

10

10

10

10100

Soalan Mengukur Bearing Mudah1

2

3

410

10

9

9-

-

1

190%

Soalan mengukur Bearing Berdasarkan Peta Lakar

1

2

3

4

5

6

7

81010

10

9

10

9

10

10-

-

-

1

-

1

-

-90%

Sumber: Ujian Post Ke atas 10 orang subjekBerdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa keputusan ujian pos yang dijalankan ke atas 10 orang murid yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan bahawa semua murid yang terlibat dapat menjawab soalan menentukan arah mata angin dengan betul. Manakala bagi soalan mengukur bearing mudah, hanya seorang murid sahaja yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul semuanya iaitu Soalan 3 dan 4. Sementara bagi soalan mengukur bearing berdasarkan peta lakar, juga seorang murid sahaja yang tidak dapat menjawab kelapan-lapan soalan tersebut dengan betul. Didapati murid tersebut adalah murid yang sama. Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengukur bearing sudutan dengan tepat.

REFLEKSIBerdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa kaedah lapangan atau main peranan yang dijalankan sememangnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengukur bearing sudutan dengan tepat. Murid-murid yang terlibat seronok dengan aktiviti yang dijalankan berbanding kaedah penerangan atau tunjuk cara yang biasa digunakan . Berdasarkan ujian bulanan yang dijalankan , murid-murid juga dapat menjawab soalan-soalan menentukan kedudukan dan mengukur bearing dengan betul. Berlaku peningkatan dalam peratus kelulusan pelajar.Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dalam kajian yang dijalankan. Dalam aktiviti 1, hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat manakala 2 orang murid lagi hanya berperanan sebagai pemerhati. Diharapkan pada masa kan datang, semua murid mesti terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Masalah seterusnya adalah dari segi masa. Aktiviti ini memerlukan masa yang agak panjang, jadi pengurusan masa amat dititikberatkan dalam menjalankan aktiviti ini.

Tuntasnya, kaedah main peranan adalah suatu kaedah yang menarik minat pelajar dan dicadangkan pada masa akan datang, kaedah ini dipraktikkan dalam pengajaran unutk topik mengira waktu tempatan bagi memantapkan pemahaman dan kemahiran murid-murid. LAMPIRAN 1PRA UJIANARAHAN: Jawab semua soalan

Soalan 1 berdasarkan rajah di bawah.

1.Jika bearing sudutan pasar dari sekolah ialah 110, apakah bearing sudutan sekolah dari pasar?_____________________________

Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah.

2. Apakah bearing sudutan rumah Ashwini dari rumah Rokiah?

_________________________

3. Rumah Alice terletak di bearing ______________ dari rumah ___________________.

Soalan 4 berdasarkan rajah di bawah.

4. Berdasarkan rajah di atas, nyatakan bearing sudutan Q dari P.

______________________.

Soalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah.

5. Apakah objek yang terletak di bearing sudutan 165 dari kolam? ________________.

6. Bearing sudutan bank dari restoran ialah _______________.

7. Berdasarkan rajah yang diberi, nyatakan bearing sudutan berkenaan.

LAMPIRAN 2

POST- UJIAN

ARAHAN: Jawab semua soalan

LAMPIRAN 362