meneliti undang-undang kedah dan silsilah tawarich radja2 aceh. ii

12
Meneliti Undang-undang Kedah dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II Bismillah Bersambung dari; http://hmm-asal.blogspot.com/2013/01/meneliti-undang-undang-kedah-dan.html Sekarang kita lihat pula halaman-halaman SRA yang berkaitan Raja-raja Malaya. Rajah 1; SRA halaman 8 Sultan Muhammad Shah “Parameswara Iskandar Shah” (Parameswara sebelum Majapahit) berkahwin dengan Puteri Ratna Kamala, anak kepada Sultan Machdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah II, Sultan Perlak ke 17. Baginda membangunkan Islam di Malaya dengan bantuan iparnya, putera Mahkota Sultan Muhammad Amin Shah II, Perlak; Malik Abdul-Aziz Shah yang kemudiannya menjadi Sultan Perlak terakhir sebelum dipersatukan dengan Kerajaan Samudra/ Pase. Dari halaman ini, kita ketahui bahawa; 1. Parameswara Iskandar Shah (Sultan Muhammad Shah) telahpun menganut agama Islam ketika datang membuka Melaka. 2. Jika dibandingkan tarikh-tarikh yang terdapat di Halaman 8 SRA ini, peristiwa Parameswara Iskandar Shah membuka Melaka terjadi sekitar pertengahan kurun ke 13, BUKAN awal kurun ke-15. 3. Catitan (Parameswara sebelum Majapahit) adalah benar kerana Kerajaan Majapahit hanya muncul pada tahun 1293 M. SRA juga menceritakan tentang kedatangan Portugis/ Peringgi;

Upload: maddabdul

Post on 26-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Nukilan dari internet

TRANSCRIPT

Page 1: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Meneliti Undang-undang Kedah dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. IIBismillahBersambung dari; http://hmm-asal.blogspot.com/2013/01/meneliti-undang-undang-kedah-dan.html

Sekarang kita lihat pula halaman-halaman SRA yang berkaitan Raja-raja Malaya.

Rajah 1; SRA halaman 8 Sultan Muhammad Shah “Parameswara Iskandar Shah” (Parameswara sebelumMajapahit) berkahwin dengan Puteri Ratna Kamala, anak kepada Sultan Machdum Alaiddin MalikMuhammad Amin Shah II, Sultan Perlak ke 17. Baginda membangunkan Islam di Malaya denganbantuan iparnya, putera Mahkota Sultan Muhammad Amin Shah II, Perlak; Malik Abdul-AzizShah yang kemudiannya menjadi Sultan Perlak terakhir sebelum dipersatukan dengan KerajaanSamudra/ Pase.Dari halaman ini, kita ketahui bahawa;1. Parameswara Iskandar Shah (Sultan Muhammad Shah) telahpun menganutagama Islam ketika datang membuka Melaka.2. Jika dibandingkan tarikh-tarikh yang terdapat di Halaman 8 SRA ini, peristiwa ParameswaraIskandar Shah membuka Melaka terjadi sekitar pertengahan kurun ke 13, BUKAN awal kurun ke-15.3. Catitan (Parameswara sebelum Majapahit) adalah benar kerana Kerajaan Majapahit hanya muncul pada tahun 1293 M.

SRA juga menceritakan tentang kedatangan Portugis/ Peringgi;

Page 2: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Rajah 2; SRA halaman 39Raja-raja Nusantara sudah sedar tentang bahaya musuh terbaru mereka ketika itu iaitu kafirPortugis yang telah berada di India.Kerajaan Aceh memberi bantuan kepada KerajaanMelaka apabila Melaka diserang oleh Portugis. Kejadian ini berlaku semasaSultan Aceh yang ke-11,yang seterusnya diputarbelitkan sebagai Sultan Aceh yang pertama!

Page 3: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Rajah 3; SRA halaman 40Sultan Ali Mughayah Shah juga telah menang dalam perang melawan Portugis sebanyak tiga kali.

Page 4: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Rajah 4; SRA halaman 41Perjuangan Sultan Ali Mughayah Shah menentang Portugis disambung oleh salah seoranganaknya, Sultan Alaiddin Ri’ayah Shah II Abdil Qahar dengan mengusir Portugis yang mendarat diUdjung Sudeuun. Sebelum itu, Sultan Alaiddin Ri’ayah Shah II Abdil Qahar telah mengembalikanPutera Mahkota kepada Sultan Mahmud Melaka (mangkat di Kampar), bernama Alauddin, pulangmembangunkan Kerajaan Johor pada 938 H (1533 M*). Bagaimanapun dalam Sulalat-us-Salatin versiRaffles,Sultan Alauddin Riayah Shah dikatakan membuka Johor pada 1528 M.*Menurut Hijri to Gregorian converter www.islamicfinder.org, awal 938 H;1531 M, akhir 938 H; 1532 M.

Page 5: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Rajah 5; SRA halaman 42Halaman 42 menceritakan juga bahawa Sultan Alaiddin Ri’ayah Shah II Abdil Qahar ini telahmenjalinkan hubungan semula dengan Raja China dan Sultan Shershah(1540-1545 M), India.

Sultan SherShah Suri@Farid Khan@Sher Khan (The Lion King) ialah Sultan Dinasti Sur(berfahaman Ahlussunah), berbangsa Pashtun (Pathan) dari Afghanistan yangmengalahkan Humayun iaitu Maharaja Empayar Mughal ke-2 dalam peperangan Chausa danKanauj. Ini menyebabkan Humayun terpaksa hidup dalam buangan selama 12 tahun. Humayun yangpada asalnya berfahaman Sunnah menukar ke fahaman Syiah semata-mata untuk memintabantuan Raja Iran dari Empayar Safawid (Syiah). Akhirnya pada tahun 1555 M, Humayun berjayamemerintah semula Kerajaan Mughal.

Page 6: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Dalam sekitar 5 tahun pemerintahannya, baginda telahmemperbaiki sistem postal, menggubalpentadbiran sivik dan ketenteraan baru, menghasilkan Rupee pertama dan sebagainya. Baginda jugatelah memanjangkan jalan ‘Grand Trunk’ dariChittagong, Bangladesh ke Kabul, Afghanistan. SultanShershah tentu sekali sedar betapa pentingnyamenghubungkan Barat dan Timur benua India dibahagian utara menyebabkan baginda memanjangkan Grand Trunktersebut.Ketika itu, Chittagong (Kuala Changgong dalam HMM)masih berada di bawah NegaraArakan bebas. PemerintahKerajaan Islam Mrauk-u di Arakan ketika itu ialah Zabuk Shah@ Mun PaGri@Mun Bun@Min Bin (1531-1553M).Maka jelaslah bahawa Arakan ialah salah satu ‘Negeri AtasAngin’ yang dimaksudkan tetapi telah dipadamkan dari semua sejarah Nusantara!

Jika kita teliti Hikayat-hikayat Melayu, kita akan sedar hampir kesemua Hikayat-hikayat ini tidakmenyatakan nama Raja China(seperti dalam SRA halaman 42 itu). Ini termasuk HMM yang hanyamenulis 2 watak terpentingnya sebagai ‘anak Raja Rum’ dan ‘anak Raja China’.

Dalam UUK pula, di Bab 1, Undang-undang pelabuhan, hanya disebut tentang kapal yang datangdari Gujerat dan Kalinga sahaja. Mustahil tidak ada kapal dari China kerana pelabuhan Kedahadalah pelabuhan entrepot yang menghubungkan negara-negara barat dan timur pada zaman dahulu.Buktinya, terdapat banyak seramik China dijumpai di Pengkalan Bujang, Kedah. Maklumattentang China adalah antara perkara-perkara yang dipadamkan dari sejarah Melayu.

Namun begitu, terdapat beberapa cerita tentang bangsa China yang terdapat dalam SRA;

1. Halaman 30; Kejadian yang berlaku sejurus sebelum bermulanya tahun Hijrah; pasukan laut Chinadipimpin oleh Liang Khitelah menguasai Indra Jaya (Bandar Panton Bie dipanggil Kantoli)-KerajaanSeudu. Maharaja Indra Jaya membuka Indra Jaya baru tetapi telah diserang beberapa abad kemudianoleh Panglima “O’nga”. Antara nama-nama tempat di Indra Jaya yang masih kekal dengan namaketurunan Liang Khi ialah seperti Lho’ Krueng Puengkie, Looh Mon Tulieng ( Lembah dari sumurDatuk Lieng) dan Kuala Unga.

2. Halaman 35: Cerita tentang Puteri Nian Nio Liang Khi (Puteri Neng), dari Dinasti Liang Khi yangmemeluk Islam setelah melihat kesaktian (sihirnya) dapat dilemahkan oleh Pasukan SyiyahHudan. Umat Hindu/Buddha yang melihat ketangkasan umat Islam itu serta Maharaja Indra Sakti jugatelah memeluk Islam. Akhirnya Puteri Neng menjadi isteri kedua kepadaMeurah Johan dan seluruhpenduduk Indra Purba dan Indra Purwa memeluk Islam. Selepas 25 tahun Maharaja Indra Saktimangkat, Meurah Johan menjadi Sultan pertama Kerajaan Darussalam dengan gelaran SultanAlauddin Djauhan Shah yang memerintah dari 1205 M-1234 M. Sultan kedua pula, Sultan AlaiddinAhmad Shah telah merebut kembali Kerajaan Seudu dari Raja China Dinasti Liang.

Page 7: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Bagaimanapun, terdapat satu sejarah bangsa China yang nyata dipadam dari SRA. Dihadapan Muzium Aceh di Bandar Aceh, terdapat satu Loceng besar yang dinamakan CakraDonya (Cakra Dunia). Loceng ini dipercayai sebagai pemberian Raja China kepada Raja Pasai(Samudra/Pase) pada Kurun ke-15 yang dihantar oleh Laksamana Cheng Ho (Hj MahmudShams).Beliau dari etnik Hui yang berasal dari Yunnan. Laksamana Cheng Ho telah singgah diSumatra (Samudra Barat) pada hampir setiap pelayarannya yang lebih dari 7 kali. Beliau menggunakankapal harta Empayar Ming yang sangat besar berbanding kapal Columbus yang digahkan seluruh duniaitu.**dari http://id.wikipedia.org/wiki/Cheng_ho 14/1/2013

Rajah 7; Loceng Chakra Donya, Laksamana Cheng Ho dan Kapalnya Di penghujung SRA halaman 42 (Rajah 5) itu disebut tentang Aceh meminta bantuan dari KhalifahUthmaniah Turki ketika itu iaitu Sulaiman Chan@Khan. Mari kita lihat cerita seterusnya;

Page 8: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Rajah 8; SRA halaman 43

Rajah 9; Sultan Sulaiman al-QanuniSultan Sulaiman Chan ini lebih dikenali sebagai Sultan Sulaiman 1

Page 9: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

@Muhtesem (The magnificent)@ Kanuni (The lawgiver).Pada tahun 1564 M, dengan bantuan dari Khalifah Uthmaniah ini, Sultan Ri’ayah Shah IItelah dapat menguasai semula seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Kota Melaka.(Perlu ditekankan di sini, ‘menguasai’ yang dimaksudkan itu ialah Semenanjung Malaysia diperintahsemula oleh Islam. Pada zaman dahulu, umat Islam bersatu-padu menentang kafir penjajah diNusantara. Minda mereka tidak terbatas oleh ‘batasan sempadan’ seperti kehidupan kita yanglemah sekarang ini.)

Kita juga dapat perhatikan pengaruh Empayar Mughal (sebelum Humayun) sangat kuat di Acehsehingga Sultan Ri’ayah Shah II menamakan anaknya Sultan Mughal SeriAlam Periaman Shah. Walau bagaimanapun, baginda hanya memerintah selama 20 hari sahaja keranadibunuh. Secara rasminya, nama sultan ini diterima sebagai Sultan Seri Alam; tanpa ‘Mughal’.

Rajah 10; SRA halaman 44Dari halaman 44 (Rajah 10) pula kita dapati Sultan Aceh ke-18 ialah anak Sultan Ahmad Perak(Malaya) iaitu Sultan Alaiddin Mansur Shah. Terjadi pertikaian ketika pemerintahannya antaragolongan Ahlussunnah dan golongan Wujudiyyah. Fitnahyang dilemparkan

Page 10: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

kakitangan Portugis yang dipelopori golongan Wujudiyyah ini telah merenggangkan hubunganbaik antara Aceh dan Malaya. Baginda mangkat dalam peristiwa ini iaitu pada tahun 1587 M. Fitnahgolongan Wujudiyyah ini juga telah menyebabkan Sultan Aceh seterusnya, Sultan Meugat Boejangdibunuh pada 1589 M.

Rajah 11; SRA halaman 45Dari SRA halaman 45 kita ketahui putera kepada Sultan Ri’ayah Shah IV Saidil-Mukammil, yangbergelar Maharaja Dirajapernah menjadi Raja Muda di Johor (wakil Aceh). Baginda berkahwin denganseorang berketurunan Daeng (Bugis) dan mempunyai seorang putera diberi nama Maharaja LailaMansur Shah. Apabila ayahandanya mangkat di Johor, baginda pulang ke Aceh dan datuknyamenempatkannya di Reubee lalu digelar “Teungku Tchik di Reubee”.

Sultan Iskandar Muda yang masyhur di seluruh Nusantara itu ialah Sultan Aceh yang ke-22 dengangelaran 'Derma Wangsa Perkasa Alam Shah'.

Page 11: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Rajah 12; SRA halaman 46Sultan Aceh yang ke-23, Sultan Mughayah Shah Iskandar Tsany (1636-1641 M), ialah anak SultanAhmad, negeri Perak.Baginda ialah menantu kepada Sultan Aceh ke-22, Sultan Iskandar Muda iaitusuami kepada Puteri Shafiyatuddin. Setelah Baginda mangkat, permaisuri beginda iaitu PuteriShafiyatuddin menjadi Sultan Aceh ke-24 dengan gelaran Sultanah Seri Ratu Tadjul’alamShafiyatuddin Johan Berdaulat.

Pada zaman Sultanah ini, Belanda sudahpun menguasai Kota Melaka. Walaupun Belanda adalahpenganut Kristian seperti Portugis tetapi mereka adalah berfahaman Protestan manakala Portugisberfahaman Katolik. Terdapat juga Perang salib di Eropah yang berlaku antara Kerajaan KristianKatolik dan Kerajaan Kristian Protestan. Maka, ketiadaan toleransi di antara mereka itu dibawahingga ke Nusantara.

Sultanah ini juga berdepan masalah penganut fahaman Wujudiyyah yang menentang pemerintahannya.Penganut fahaman ini juga banyak membantu penjajah dalam usaha mereka memadam danmemutarbelit sejarah Nusantara melalui buku-buku.

Dimasa pemerintahan Sultan Iskandar Tsany dan Sultanah Shafiyatuddin ini, Tun Seri

Page 12: Meneliti Undang-undang Kedah Dan Silsilah Tawarich Radja2 Aceh. II

Lanang bertindak sebagai penasihat dengan gelaran Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri PadukaTun Seberang. Beliau sangat baik dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Di Johor beliau dikenalisebagai ‘Dato’ yang ke Aceh’. Tun Seri Lanang inilah juga yang sekarang ini diterima sebagaiFakir,penulis asal Sulalat-us-Salatin sedangkan di permulaan Sulalat-us-Salatinperkataan ‘perbaiki’ jelas telah digunakan. Lihat ayat tersebut;Maka berkata ia kepada fakir, “Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa orang dari Goa; barangkita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak-cucu kita yangkemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedahia daripadanya”

Beliau disuruh ‘perbaiki’ Hikayat Melayu, tentulah kerana ia sudah rosak atau dirosakkan.Tun Seri Lanang hidup sekitar tahun 1565 M-1659 M iaitu zaman peralihan pemerintahan dari Portugiske Belanda di Melaka.Apa yang diperbaiki Tun Seri Lanang berdepan pula dengan satu lagipemerintahan kafir; Penjajah British bermula pada tahun1824 M, 165 tahun selepas kematiannya.

Akhirnya kita dapati ‘Salasilah Sultan-sultan’, maksud sebenar kepada ‘Sulalat-us-Salatin’, telahdidongengkan denganmemasukkan cerita-cerita rakyat ke dalamnya dan diubah maksudnyamenjadi Hikayat Melayu atau Sejarah Melayu. Kini Melayu sudahpun tidak dapatmembezakan antara sejarah dan dongeng dalam Sulalat-us-Salatin selain terdapat juga sejarah yangdipadam dan sebagainya.

Setakat ini kesimpulan yang dapat dibuat ialah suatu ketika dahulu penduduk Nusantara, tidak kira apabangsa sekalipun, telah bersatu padu demi menegakkan agama Islam aliran Ahlussunnah Wal-Jamaah. Raja-raja, tidak kira dari mana sekalipun, telah berusaha menjadi pemimpin kepada umat Islamdengan adil. Jika terdapat Raja yang munafik, mereka berperang dan ditukar kepada Raja lain walaupunmereka terpaksa berperang dengan saudara mereka sendiri. Pergolakan yang terjadi antaramerekahanyalah atas sebab yang sama. Jadi, tidak benarlah jika mereka dilabel sebagai lanun.

Melabel orang Nusantara yang cekap belayar pada masa dahulu sebagai ‘lanun’ adalah sama denganumat Islam sekarang ini dilabel sebagai ‘pengganas’. Ianya hanya untuk memberi pandangan negatifdunia terhadap umat Islam.

Shah Rukh Khan pernah membuat sebuah filem berjodol ‘My name is Khan’ untuk menangkispandangan negatif tentang Islam dengan ucapan, “My name is Khan and I’M NOT A TERRORIST!”

Kini tibalah masanya umat Islam Nusantara berkata, “We are the Muslims of the East and OURANCESTORS WERE NOT PIRATES!”

Bersambung di; http://hmm-asal.blogspot.com/2013/01/meneliti-undang-undang-kedah-dan_1498.html

Kepada sesiapa yang mengetahui akan cerita sebenar tentang apa-apa yang dipaparkan dipos ini,sila ceritakan hal sebenar itu pada komen yang akan dibuka di pos terakhir Meneliti UUK dan SRA.Kerjasama anda amat dialu-alukan demi mencari kebenaran.

Komen dibuka di pos; Meneliti UUK & SRA III