mendidik hati melawan nafsu

Upload: cikgu-nik

Post on 22-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    1/18

    SUSAHNYA BERPERANG DENGAN NAFSUSabda Rasulullah SAW: Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.Para Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu ya Rasulullah?Jawab baginda: Perang melawan nafsu.(Riwayat Al Baihaqi)

    Melawan nafsu (mujahadah) ini memang susah. Rasulullah ibaratkan lebih susah daripada berdepan dengan peperangan senjata. Dalam bab-bab sebelum ini, kita sudahhuraikan betapa sulitnya nafsu itu hendak dikesan dan tersembunyi pula. Sebab itu sesetengah orang tidak dapat mengesannya. Sesetengahnya lagi tidak pernah ambil tahu adanya perkara batin ini. Jadi dia tidak pernah ber?kir untuk berperang dengan nafsu sendiri. Golongan ini merasa hairan bila diajak melawan hawa nafsu.

    Kata mereka, Di mana susahnya hendak melawan nafsu?

    Betulkah nafsu itu sulit untuk diperangi?

    Nafsu itu tidak ada apa-apa. Saya tidak ada masalah dengan nafsu saya.

    Pelik! Mengapa orang kata nafsu itu sangat jahat? Sulit untuk ditundukkan? Ia perlu diperangi? Aku tak faham!

    Untuk golongan ini, agar mudah memahaminya kita cuba buat perbandingan. Nafsu yang jahat itu kita ibaratkan pencuri, perompak dan penyamun. Jadi mencuri, merompak dan menyamun itu memang profesyen mereka. Mereka tidak rasa susah dengan kerj

    a mencuri, merompak atau menyamun sebab kerja-kerja itu memang kerja mereka. Merekalah yang selalu mengganggu-gugat keamanan orang, mencuri, kidnap, pecah rumah, rampas barang orang, larikan anak gadis orang, mengancam nyawa orang, membunuhdan lain-lain lagi. Oleh kerana itu kerjanya, dia tidak terasa susah dan sulitdalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Tetapi yang rasa susahnya ialah orang yang kena curi. Yang rasa terganggu-gugat adalah orang yang kena rompak. Yang rasa huru-haranya adalah orang yang kena samun. Betapa azabnya mereka menanggung.

    Hidup dalam ketakutan. Rasa hilang keselamatan. Rasa hilang bahagia sebab hartahilang, rumah musnah, duit habis dikebas hingga jadi papa kedana. Anak isteri dilarikan dan nyawa terancam. Hati susah yang amat sangat. Hilang ketenangan. Makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Segala kerja terganggu hingga haru-biru masyarakat. Tidak aman negara. Polis dan orang ramai turut sama susah, terganggu dan

    terancam. Disusahkan, diganggu dan diancam oleh perompak-perompak dan lanun-lanun tadi.

    Membendung perompak dan lanun-lanun ini bukannya mudah. Satu kerja yang payah dan sulit. Hendak memusnahkan semua sekali tidak mungkin sebab perompak-perompak ini selalunya bekerja di waktu malam, dalam gelap pekat, di waktu orang sedang tidur nyenyak dan di waktu orang sedang sibuk dan asyik. Dia bekerja bukan terang-terangan tetapi secara senyap-senyap dan berhati-hati. Kerjanya tangkas, cekap dan pakar. Selepas kerja, terus hilang lesap. Dia pandai menyembunyikan diri dengan menyamar macam orang biasa. Hingga manusia susah hendak mengesan dan menangkapnya. Hanya polis yang cekap dan pintar, yang dibantu dengan alatan canggih sahaja yang dapat mengesannya dan sekaligus berjaya menangkapnya. Itulah kerja perompak dan lanun-lanun yang menjadikan semua orang pening, risau, terganggu, tergug

    at dan huru-hara.

    Jadi orang yang terganggu ini akan berdepan dengan tiga kesusahan iaitu:

    a. Susah kerana gangguan mereka.

    b. Susah hendak mengesan siapakah yang mengganggu itu kerana mereka tidak isytiharkan diri.

    c. Susah hendak melawan dan memusnahkan pengganggu tadi.

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    2/18

    Tetapi perompak-perompak dan lanun-lanun tadi relaks saja. Mereka tidak rasa terganggu atau hilang ketenangan sebab mereka yang mengganggu. Bagi orang yang senyap-senyap bekerjasama dengan perompak-perompak dan lanun-lanun tadi, mana terasasusah. Dia juga tidak susah macam tidak susahnya perompak-perompak tadi. Orangyang beri laluan, orang yang jadi spy dan beri kerjasama dengan perompak-perompak tadi pun tidak rasa susah dan tergugat.

    Begitulah tamsilannya nafsu kita yang jahat ini. Jika seseorang itu sudah jadi pengikut nafsu yang jahat itu, dia pun senang hati dengan perbuatan jahatnya. Mana terasa susah lagi kerana telah sama-sama jadi geng jahat. Yang terasa kejahatannya itu ialah orang yang diganggu. Bagi orang yang tidak mahu tunduk dengan kejahatan nafsu dan ingin memeranginya, tentulah dia terasa susah, amat terseksa dan letih untuk memusuhi nafsunya. Kalau tidak benar-benar tekad dan tabah, ia akan kalah dan menyerah sahaja.

    Orang yang terasa betapa susahnya melawan nafsu akan berdepan dengan tiga kesusahan iaitu:

    a. Susah hendak mengesan nafsu yang abstrak, yang maknawiyah, yang terlalu halushingga terpaksa mempelajarinya.

    b. Bila sudah tahu, kehendak-kehendak hati nuraninya pula terpaksa bertarung dengan kehendak-kehendak nafsunya. Amat susah pula untuk tidak mengikut kehendak-ke

    hendak nafsu.

    c. Susah hendak mujahadah terhadap nafsu kerana terpaksa membuat bermacam-macamlatihan yang mencabar.

    Di sini didatangkan beberapa contoh sebagai bukti susahnya berperang atau bertarung dengan nafsu iaitu:

    1. Kalau ada orang mengata, menghina, mengumpat, maki hamun di depan atau di belakang kita, bagaimanakah sikap kita? Bolehkah hati kita rasa senang dan tenang?Mudahkah kita tahan hati kita yang sedang gelojak marah itu? Bolehkah kita diamkan sahaja tanpa sakit hati atau susah hati atau berdendam. Bolehkah kita ucapkanAssalaamualaikum,dan tinggalkan mereka dengan senyum manis? Mampukah kita memaaf

    kannya? Tentu tidak mudah. Hati kita tentu sakit dan menderita. Apatah lagi hendak berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat terhadap kita seperti kehendak Rasulullah SAW: Berbuatlah baik pada orang yang berbuat jahat pada kamu.

    1. Mudahkah kita memaafkan orang yang telah bersalah pada kita? Mungkin telah menghina atau berlaku kasar dengan menengking-nengking kita. Tentu tidak mudah, susah dan pahit. Kerana hati kita sudah dilukakannya selama ini kecuali kita lawannafsu kita itu.

    2. Kita diuji Allah dengan bermacam-macam ujian seperti hidup miskin. Kita sudahberusaha tetapi tidak juga kaya. Kita ingin pandai. Setelah berusaha, kita tidak juga cerdik. Kita gagal peperiksaan. Masyarakat tidak peduli. Dicemuh pula kerana kemiskinan dan tidak ada sijil tinggi. Mudahkah kita tanamkan jiwa besar di

    waktu itu sehingga kita boleh berdikari dan tidak pedulikan kata-kata mereka itu? Apakah di waktu itu kita boleh menahan perasaan daripada keluhkesah hingga boleh menyerahkan pada takdir? Bolehkah redha dan baik sangka dengan Allah? Hati atau nafsu mana mahu menerima hakikat di sebalik kejadian itu ada pahala yang menunggu?

    3. Kita lihat ada orang susah, menderita dan melarat. Mungkin terasa simpati untuk membantu memberi duit padanya. Ini mungkin mudah dan rasa mulia dilakukan kerana orang kata kita baik dan pemurah. Disanjung dan dipuji pula. Tetapi untuk duduk setaraf bersama-sama mereka dan menghiburkan hati mereka, tentu susah. Mampu

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    3/18

    kah kita bergaul dengan mereka? Tidur baring dan makan minum bersama mereka? Bermesra-mesra dengan mereka? Memberi salam mendahului mereka? Tentu tidak mudah. Nafsu terasa hina dan malu. Lebih-lebih lagi kalau kita ada kedudukan, tentu nafsu rasa jatuh wibawanya.

    4. Kita ada kelulusan pengajian Islam, mungkin B.A., M.A. atau PhD. Kita tahu bekerja atas tiket ijazah satu perkara yang hina dan keji dalam Islam.

    Sebab Rasulullah SAW pernah bersabda: Barangsiapa menuntut sesuatu dari ilmu iniyang dikehendaki dengannya wajah Allah untuk mendapatkan sedikit dari mata bendadunia, pasti masuk Neraka.(Riwayat Ibnu Asakir)

    Sedangkan peluang ada. Terbuka bila-bila masa sahaja. Kelulusan yang kita milikimembolehkan kita menjawat jawatan tinggi dengan gaji dan elaun yang lumayan. Ada pangkat, ada nama, disebut dan disanjung orang. Mungkin jadi mufti, kadhi atauketua pengarah jabatan Islam. Apakah kita akan tolak tawaran tersebut dengan alasan ingin mencari pekerjaan yang lebih halal seperti berniaga, bertani atau berternak? Tentulah akan berperang dengan nafsu sendiri. Senangkah untuk lepaskan peluang ini? Tentu payah. Nafsu akan terlonjak-lonjak berkehendakkan jawatan dankedudukan dengan kelulusan agama tadi. Nafsu akan rasa rugi dan bodoh bila menolak peluang merebut kemewahan dunia itu.

    6. Kita ada jawatan penting. Ada kuasa untuk luluskan projek-projek untuk kemajuan rakyat. Rakyat memohon dan merayu pada kita. Kita tunaikan. Adakalanya projek

    yang diminta kita luluskan segera, disogoknya ratusan ribu atau berjuta-juta ringgit atau diumpan dengan perempuan-perempuan cantik serta macam-macam tawaran istimewa lagi. Apakah mudah kita menolak tawaran-tawaran istimewa ini? Tentu payah. Nafsu akan mendorong dan membisik-bisikkan supaya peluang keemasan itu jangandilepaskan. Inilah yang ditunggu-tunggu selama ini. Kawan-kawan yang setaraf sudah lama merasa. Tentu nafsu tidak mahu kalah. Hendak ditolak, orang lain pun buat. Nyatalah sulitnya melawan nafsu ini.

    7. Kita seorang peniaga. Bersama-sama kita ada peniagapeniaga lain yang berniagabersebelahan dengan kita. Perniagaannya sangat maju dan berjaya sedangkan kitasebaliknya, tidak maju dan hampir bangkrap. Apakah mudah untuk menahan nafsu supaya sabar dan redha dengan takdir serta tidak berlaku hasad dengki dengan peniaga yang berjiran dengan kita tadi. Tentu tidak mudah!

    8. Kita sebagai petani, sama-sama berkebun dengan jiran kita. Kebunnya menjadi dan subur. Sedangkan kebun kita tidak menjadi dan tidak subur. Hasilnya juga kurang. Pendapatan kita jauh kurangnya berbanding dengan kawan kita tadi yang sudahjadi kaya-raya dengan jualan hasil kebunnya. Apakah mudah kita redha dengan keputusan Allah itu? Apakah boleh kita membendung nafsu kita supaya tidak hasad dengki dengan jiran kita itu. Tentu sulit!

    9. Kita seorang pendakwah. Kita berdepan dengan pendakwah bebas atau pendakwah dari jemaah lain atau sama-sama berdakwah dalam sebuah jemaah. Kita dapati orangitu lebih diterima oleh orang ramai dan disanjung-sanjung. Ada pengikut pula. Sedangkan dakwah kita tidak diterima orang. Bahkan dihina-hina pula. Kita tidak ada pengikut sedangkan kita ada kelulusan tinggi dari universiti oversea atau kita

    adalah pendakwah rasmi. Mudahkah kita terima hakikat ini? Apakah kita sanggup mengangkat tangan mendoakan kejayaannya? Kemudian memberi sokongan moral dan material pada orang itu? Sebab melalui tangannya orang boleh terima Islam. Bahkan mampukah hati kita berkata: Tak apalah kerana ada orang yang sedar melalui orang itu.

    Tentu tidak mudah. Nafsu selalunya hasad dengki bila melihat orang lain berjaya.Bahkan bertindak menyebarkan ?tnah dan menjatuhkan orang itu. Kalau kita ada kuasa, kita akan cuba menyekatnya dengan alasan orang itu tidak ada tauliah.

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    4/18

    10. Seorang isteri yang dipoligamikan. Suami memberi kasih sayang yang lebih pada isteri-isteri yang lain. Diistimewakannya pula. Dibawa ke mana-mana. Segala permintaannya dilayan mesra sedangkan diri kita tidak. Mudahkah untuk kita bersabar dan redha dengan suami itu. Mudahkah kita

    bermuka manis dengan suami? Senangkah untuk tidak ber-dendam dengan suami dan madu kita itu? Bahkan mendoakan keselamatan dan kejayaan untuk mereka? Tidak mudah! Walaupun kita tahu betapa besarnya ganjaran yang Allah kurniakan di Akhirat kelak disebabkan tolak ansur kesabaran kita itu, nafsu tetap terasa berat. Begitulah sulitnya melawan nafsu ini.

    11. Kita duduk sekampung atau satu pejabat dengan kawan kita. Sama-sama jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik jelita. Masing-masing berusaha menawan dan menambat hati perempuan itu. Bersaing memberikan hadiah-hadiah istimewa, mengharapkan perempuan itu membalas cinta kita. Didapati cinta kita tidak berbalas. Bertepuk sebelah tangan. Sama-sama pergi meminang. Pinangan kita ditolak tetapi pinangan kawan kita itu diterima. Bagaimana hati kita pada waktu itu? Hati tentu hancur berkecai dan remuk-redam. Dirasakan hilang dunia ini dari pandangan. Di waktu itu mampukah kita membendung nafsu supaya jangan gilakan perempuan itu lagi? Tetap seperti biasa, berbuat baik pada perempuan itu? Mampukah untuk tidak berdendam dengan kawan sepejabat kita tadi? Bolehkah hati kita menerima takdir itu dengan tenang, tanpa keluh-kesah kerana redha dengan takdir Allah? Tentu payah.

    12. Sebagai bos pejabat, di bawah kita ada kerani, pekerjapekerja, pemandu, tuka

    ng kebun, tukang sapu dan lain-lain lagi. Mampukah kita bergaul mesra dengan mereka? Mampukah kita memberi kasih sayang pada mereka? Makan minum serta tidur baring dengan mereka? Apakah boleh kita membantu mereka bila mereka perlukan bantuan? Adakah senang kita memberi nasihat baik-baik dengan penuh kasih sayang, bukanmarah-marah? Adakah nafsu tidak terasa tercabar untuk buat itu semua? Apakah nafsu tidak terasa jatuh taraf sebagai seorang ketua. Tentulah nafsu rasa tercabar. Nafsu rasa jatuh taraf sebagai seorang ketua. Nafsu akan rasa tuan, rasa superman. Kesalahan perlu ditegur dengan marah-marah baru orang-orang bawahan takut.Nafsu rasa puas kalau dapat tengking dan herdik-herdik, cerca dan hina-hina orang bawahan. Begitulah jahatnya nafsu yang hendak dilawan itu.

    13. Kita berdepan dengan isteri yang buat salah. Mudahkah kita nasihatkan isteridengan baik dan penuh kasih sayang? Atau isteri, bila dapati suami bersalah, mu

    dahkah untuk memaafkannya? Tegur dengan baik. Diingatkan dengan kasih sayang? Bukan dengan marah-marah dan mengaraharah? Mudahkah untuk berakhlak mulia ini? Tentu payah.

    14. Seorang ibu ayah yang berdepan dengan kerenah anak-anak yang memeningkan kepala. Mudahkah untuk bersabar dengan mereka itu? Tidak mudah. Selalunya nafsu akan hilang pertimbangan dengan kenakalan mereka. Terpekikpekik, terjerit-jerit dananak-anak jadi mangsanya. Atau ibu ayah yang bersalah pada anak-anaknya, mudahkah untuk anak-anak memaafkannya? Dan berdiam diri tidak menjawab kata-kata kesatmereka? Senangkah untuk taat arahan mereka? Nafsu selalunya mendorong kita untuk melawan cakap ibu ayah kita, tidak mentaatinya, menyakiti dan menderhakai mereka.

    15. Kalau kita sebagai pemimpin berdepan dengan rakyat yang menegur kita, apakahkita dapat menerima teguran dengan sebaik-baik dan berlapang dada? Kalau teguran itu baik, apakah kita ucapkan terima kasih kerana dia sudah selamatkan kita didunia dan Akhirat? Ertinya selamat daripada Neraka. Selalunya rakyat yang begitu akan diancam atau ditekan. Dikatakan cuba mengancam keamanan negara, hendak rebut kuasa atau hendak gulingkan kerajaan.

    Begitulah nafsu kita. Betapa susahnya berperang dengan nafsu itu terbukti daripada salah satu pengalaman kita tadi. Berperang dengan musuh memanglah azab. Untukmengikut kata nafsu memang mudah kerana kita sudah jadikan musuh sebagai kawan.

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    5/18

    Untuk jadikan nafsu itu sebagai tuhan, itulah paling mudah. Tidak terasa apa-apa susahnya kerana nafsu sudah menjadi tempat kita meletakkan cinta. Apabila nafsu sudah dijadikan cinta kita, memanglah seronok untuk kita tunduk dengannya. Diajak ke mana-mana pun senang kita ikut dan kita taati. Ini sudah pun diberitahu Allah dalam ?rman-Nya: Apakah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsu itutuhannya?(Al Furqan: 43)

    Tunduk dengan cinta agung memanglah mudah. Macamlah apabila kita sayangkan isteri maka untuk mengikut cakapnya memanglah mudah. Cuba kalau isteri itu sudah dibenci dan dimusuhi. Apakah mudah diikut cakapnya? Tentu payah. Jadi walaupun kitasusah memerangi nafsu ini tetapi kita usahakan juga tanpa jemu-jemu. Kita tahu memerangi nafsu inilah yang paling Allah suka. Oleh kerana ia dianggap jihad akbar (peperangan yang besar) maka kita teruskan juga. Kita yakin Allah membantu.

    Kalau hati kita jahat, Allah tidak akan bantu kita. Segala kerja-kerja kita terbengkalai dan tersangkut. Tidak selesai. Itulah hukuman Allah di dunia di atas kecuaian kita bermujahadah itu. Sepanjang hidup kita berada dalam dosa. Dosa batinyang tidak kita sedari. Oleh itu mari kita bersihkan dosa batin kita ini. Marikita terus bermujahadah yakni berperang dan bertarung dengan nafsu kita sendirisehinggalah akhir hayat kita. Barulah dikatakan wira sejati. Seperti sabda Rasulullah SAW: Siapakah yang dianggap wira itu?Kata Sahabat: Mereka yang tidak dapat dikalahkan (dalam peperangan).Nabi menjawab: (Orang yang dianggap wira itu) ialahorang yang dapat menahan dirinya ketika marah.(Riwayat Ibnu Atsir)

    Allah SWT juga ada berjanji: Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman).(Al Ala: 14)

    Firman Allah SWT: Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(Asy Syams: 10)

    MATA LAHIR DAN MATA BATINDi dalam diri manusia ada dua mata, iaitu pertama mata lahir, dan kedua mata batin.

    MATA LAHIR

    Ia adalah mata kepala atau mata ?zikal yang kebiasaannya pada manusia ada dua bi

    ji. Mengikut ahli biologi, biji mata ini berbentuk bulat. Ada mata putih dan mata hitam. Mata hitam atau anak mata ini terdapat kanta di dalamnya. Kanta inilahyang berfungsi menangkap apa saja objek lahir yang ada di hadapannya sehingga menghasilkan arca-arca (gambar-gambar) yang dapat dilihat oleh mata. Objek-objek yang dapat dilihat oleh mata lahir ini seperti jenis insan, jenis haiwan, jenis jamadat (batu, besi, pasir), jenis nabatat (tumbuhan), jenis cairan dan lain-lainlagi.

    Kekuatan pandangan mata lahir ini boleh dikategori kepada empat peringkat:

    1. Pandangan yang tajam atau luar biasa

    Kuasa mata ini mampu memandang atau melihat benda-benda lahir yang jauh. Atau ma

    mpu melihat bendabenda halus tanpa menggunakan alat-alat sainti?k seperti mikroskop, teropong dan sebagainya. Ini mungkin terdapat hanya seorang dalam sejuta.

    2. Pandangan yang biasa

    Ini berlaku pada kebanyakan orang. Yakni mampu melihat benda-benda lahir dari jarak yang sederhana jauhnya. Atau tidak mampu memandang benda atau objek yang terlalu jauh. Atau ia tidak mampu melihat benda-benda lahir yang halus seperti sel,kuman dan lain-lain lagi tanpa dibantu dengan mikroskop dan lain-lain alat-alatsainti?k.

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    6/18

    3. Pandangan yang rosak atau kabur

    Ia terbahagi kepada dua iaitu kabur kuat dan kabur sedikit atau kabur biasa. Berkemungkinan berlakunya kerosakan mata ini kerana diliputi selaput nipis atau tebal. Jadi ke-kuatan pandangannya samar-samar atau kabur. Dia tahu ada benda (objek) di hadapannya tetapi tidak jelas atau tidak tahu dengan tepat apakah jenis objek itu. Kecuali jika dibantu dengan cermin mata, barulah penglihatannya nampakjelas objek di hadapannya.

    4. Pandangan yang buta

    Ada hal-hal yang terjadi yang menyebabkan mata ini buta, tidak nampak langsung objek yang ada di hadapannya. Mata ini tidak boleh berperanan atau berfungsi langsung mungkin kerana beberapa sebab:

    biji mata sudah pecah

    mungkin kerana tercucuk benda-benda tajam

    mungkin tersiram asid atau racun

    mungkin ditimpa penyakit ketumbuhan

    MATA BATIN

    Inilah mata hati atau mata rohaniah. Ia bersifat maknawiah atau abstrak. Yakni hanya pada makna saja, tidak pada rupa. Dilihat tidak ada, tetapi terasa adanya.Fungsinya sangat berbeza dengan mata lahir yang hanya mampu melihat objek-objeklahir saja itu. Mata batin ini berkemampuan melihat benda-benda yang batin ataubenda-benda yang ghaib atau benda-benda maknawiah seperti alam roh, alam malakut, alam jin, alam Barzakh, alam Akhirat, Loh Mahfuz, mampu menampung ilmu wahyu,ilmu laduni atau ilmu ilham hatta mampu tajalli terus dengan Allah SWT secara laisakamislihi syaik ( Nya bagi sesuatu) dan lain-lain lagi dengan izin Allah.

    Mengikut kaedah kekuatan mata lahir tadi yang terbahagi kepada empat itu, saya mentafsirkan kekuatan mata batin juga terbahagi kepada empat kategori iaitu:

    1. Pandangan mata hati yang tajam atau luar biasa.

    Ini hanya dimiliki oleh para rasul dan para nabi. Mata hati mereka mampu melihatalam-alam ghaib tadi dengan izin Allah. Mampu menampung ilmu wahyu dan sesetengah mereka dapat tajalli terus dengan Allah Azzawajalla, yang tidak dapat digambarkan secara material atau secara makhluk atau benda.

    2. Kekuatan pandangan mata hati biasa.

    Ini hanya dimiliki oleh para wali atau orang yang bertaqwa yang mata hati merekatembus, dapat melihat alam-alam ghaib dan dapat menampung ilmu laduni dengan izin Allah. Walau bagaimanapun kekuatan mata hati para wali ini adalah lebih renda

    h daripada mata hati para rasul dan nabi-nabi.

    3. Pandangan mata hati yang rosak (kabur biasa dan kabur kuat).

    a. Kabur biasa Ini mata hati orang-orang soleh yang walaupun mereka tidak mampumelihat alam-alam ghaib tetapi diberi keyakinan dan keteguhan hati tentang persoalan iman dan persoalan ghaib. Kalau ada pun golongan ini yang dapat melihat alam ghaib atau menangkap alam rohaniah atau dapat ilmu laduni, itu terlalu sedikitatau sekali-sekala. Mungkin ia dibantu oleh berkat seseorang seperti berkat gurunya.

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    7/18

    b. Kabur kuat (hampir buta) Ini mata hati orang mukmin asi atau mukmin yang derhaka atau fasik atau zalim. Mata hati ini sudah ada hijab, tidak dapat melihat alam ghaib dan keyakinan tentang alam ghaib pun tidak begitu padu, sudah samar-samar tetapi tidak menolaknya.

    4. Pandangan mata hati yang buta.

    Ia langsung tidak nampak alam ghaib. Dan tidak ada keyakinan langsung tentang alam kerohanian dan alam ghaib yang tepat. Ini dimiliki oleh orang ka?r atau orangmuna?k. Mata lahir di peringkat 1 dan 2 ini adalah mata yang normal. Ertinya tidak sakit. Manakala mata lahir di peringkat 3 dan 4 adalah mata yang sakit. Olehitu terpaksalah memakai cermin mata untuk dapat melihat dengan jelas. Boleh jadi juga tidak nampak terus walaupun dibantu dengan alat apa sekalipun. Mata lahiryang tidak sakit, dia dapat menangkap dengan baik dan jelas objek-objek yang ada di hadapannya. Sedangkan kalau ia sakit atau buta, dia tidak dapat menangkap lagi objek-objek yang ada di hadapannya.

    Bagaimana pula dengan mata batin? Kaedah yang berlaku pada mata lahir ini berlaku juga pada mata batin. Mata batin ini kalau tidak sakit atau tidak berpenyakit,ia dapat menangkap objek-objek maknawiah atau yang berbentuk rohaniah yang Allah hadapkan padanya dengan baik. Kalau ia tidak sakit, ia bersih dan tidak berselaput atau istilah syariatnya, ia tidak ada hijab.

    Apabila hati itu bersih, ia macam cermin yang bersih. Ia dapat menangkap apa saja objek yang ada di hadapannya den-gan baik dan jelas. Kalau cermin itu makin bersih kerana rajin menggilapnya maka makin bertambah jelaslah gambar-gambar (arcaatau imej) yang ada di hadapannya. Kalau ia terlalu bersih, kekuatan mata hatimacam cermin yang digilap dihadapkan setentang dengan Loh Mahfuz; yakni tempat segala suratan takdir Allah tercatat di sana sama ada yang sudah berlaku, yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Semua hal ada di sana tanpa tertinggal satupun. Bagi hati yang terlalu bersih seperti hati para rasul dan nabi-nabi itu, kekuatan mata hati mereka itu mampu melihat atau menangkap gambaran (objek maknawiah atau rohaniah) yang ada di Loh Mahfuz dengan izin Allah SWT. Hatta mereka dapat terus tajalli dengan Allah Al Khalik dengan secara laisakamislihi syaik.

    Taraf yang di bawah ini ialah hati para wali iaitu mempunyai kekuatan mata hati

    di peringkat kedua. Yakni mata hati tembus yang dapat melihat alam ghaib. Mungkin dapat melihat alam roh atau alam jin atau alam malaikat, alam Barzakh atau dapat membaca hati manusia atau diperlihatkan hal-hal masa depan yang akan berlakudengan izin Allah. Itulah yang dikatakan kasyaf. Jika berlaku kepada rasul dan nabi, ia dikatakan sebagai mukjizat maknawiah. Tetapi bila berlaku pada wali-wali, ia dianggap sebagai karamah maknawiah.

    Bagaimana hati boleh melihat alam batin atau maknawiah atau alam bukan materialitu?

    Umpama burung, hati terkurung dalam sangkar badan. Oleh kerana sangkar itu kuatdan berat, maka burung terpaksa terkurung dalam sangkar yang sempit dan menyeksakan itu. Sempit gelanggangnya, terbatas juga penglihatannya. Iaitu sekitar dalam

    sangkar atau di luar sangkar yang jaraknya hanya beberapa depa saja.

    Walhal kalau burung itu besar dan kuat, tentu saja dia dapat terbangkan sangkartersebut. Yakni kekuatan sangkar itu dapat dikalahkannya. Maka dibawalah sangkartersebut terbang ke merata-rata tempat, sekadar yang termampu. Padahal waktu itu dia masih berada di dalam sangkar. Tetapi sekurang-kurangnya penglihatan, pandangan dan pengalamannya sudah jauh. Bukan sekadar sekitar jarak dua tiga depa saja. Penglihatannya seluas mana dan sejauh mana kemampuannya membawa sangkar itu.

    Paling hebat kalau burung itu mampu pecahkan sangkar. Tidak terkurung dan terika

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    8/18

    t lagi. Di waktu itu ia bebas terbang ke mana saja. Boleh pergi ke jarak yang lebih jauh lagi. Ikut saja kemahuan hati. Tidak ada halangan apa-apa lagi. Dapat terbang sebebas-bebasnya seperti burung-burung yang lain. Atau boleh terbang ke tempat yang burung lain tidak boleh pergi. Tentulah pandangan dan penglihatannyajuga makin jauh. Tentu sekali sangat berbeza dari alam sangkar yang sempit sebelumnya.

    Demikianlah hati, kalau ia gagah, kuat dan teguh (kerana terlalu bersih), ia mampu menerobos keluar daripada sangkar badan dan bebas terbang ke mana saja ia suka. Atau kalau dia tidak terlalu kuat mungkin tidak dapat bebas daripada sangkarbadan tetapi mampu terbangkan badan secara rohaniah. Macam burung yang dapat terbangkan sangkar tadi. Ertinya di waktu itu dia terkeluar daripada pengaruh benda(material). Pengaruh itulah yang menjadi penghalang besar selama ini. Walhal bila pengaruh itu tidak ada lagi, dia cukup bebas, merdeka, boleh berlegar-legar terbang ke mana saja. Sehingga dapat melihat alam yang selama ini bukan alamnya iaitu alam ghaib atau alam rohaniah. Maka tersingkaplah alam ghaib yang penuh rahsia itu.

    Kalau burung yang kecil dan lemah terkurung selama-lama-nya dalam sangkar, makahati yang lemah juga akan terkurung selama-lamanya dalam jasad. Roh dan hati yang lemah tidak dapat mengatasi jasad. Pengaruh materiallah yang melemahkan hati.Itulah penyebab utama hati terkurung dan terpenjara.Akhirnya hati itu jadi kaburdan buta. Maka terhijablah ia selama-lamanya daripada melihat alam rohaniah atau alam ghaib.

    Bagaimanakah proses terhijabnya mata hati ini? Proses yang berlaku pada mata lahir jadi rosak atau buta ialah berpunca daripada penyakit dan sakit, hingga berselaput dan tidak boleh melihat objek-objek yang ada di hadapannya. Proses atau kae-dah yang sama juga berlaku pada mata batin. Mata batin juga boleh rosak atau buta disebabkan penyakit-penyakit batin. Inilah yang jadi selaput atau hijab sehingga tidak dapat melihat alam rohaniah atau alam ghaib serta tidak dapat menangkap sesuatu yang bersifat rohaniah.

    Hijab-hijab hati antaranya disebabkan oleh:

    1.Penyakit syirik jali atau kekufuran atau kemuna?kan.

    2.Penyakit syirik kha? iaitu riyak, ujub, sombong, sumah, pemarah, pendendam, bakhil, penakut, cinta pangkat, cinta nama dan lain-lain lagi.

    3.Penyakit cinta dunia dalam semua hal. Baik yang halal, haram, makruh dan syubhat.

    4.Penyakit cinta dunia yang harus atau halal sahaja.

    Jadi hati boleh dikategorikan kepada empat peringkat:

    PERTAMA: Hati para rasul, nabi-nabi dan wali-wali Allah

    Hati mereka terlalu bersih. Tidak terlibat langsung dengan penyakit-penyakit hat

    i yang menghijabkan. Pada para rasul dan nabi-nabi, Allah perlihatkan alam ghaib, alam malakut, alam Barzakh, alam jabarut, alam Akhirat, alam jin, Loh Mahfuz dan lain-lain lagi. Mata hati mereka mampu menangkap benda-benda makna-wiah iaituilmu yang bersifat wahyu. Yakni ilmu yang jatuh ke hati secara direct daripadaAllah. Ini adalah anugerah-Nya atau wahbiah yang ianya didapati tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau tanpa berguru. Kalau ada perantaraan pun, ianya daripadamalaikat. Ini hati peringkat pertama iaitu hati para rasul dan nabi-nabi.

    Sementara hati wali-wali berada di bawah sedikit daripada hati para rasul dan para nabi ini. Mereka juga dapat menangkap sesuatu yang berbentuk maknawiah sepert

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    9/18

    i ilham atau ilmu laduni.

    KEDUA: Hati orang soleh

    Hati mereka ini sedikit terhijab kerana tersangkut dengan hijab keempat iaitu terpaut dengan dunia yang harus atau halal sahaja. Walhal mereka tidak terhijab dengan hijab-hijab lain. Walau bagaimanapun mata hati mereka masih bersih daripadakekufuran, bersih daripada kemuna?kan, bersih daripada sifat-sifat mazmumah serta terlepas daripada cinta dunia yang haram, makruh dan syubhat. Tahap hati inimungkin sekali-sekala Allah perlihatkan juga alam ghaib. Atau mungkin dapat menangkap objek-objek (benda-benda) yang bersifat rohaniah atau maknawiah iaitu ilmuyang bersifat ilham atau ilmu laduni. Yakni ilmu yang terus jatuh ke hati, yangdatang terus daripada Allah secara wahbiah. Mendapat ilmu tanpa usaha ikhtiar,tanpa belajar dan tanpa berguru. Atau ia juga diberi rasa hati atau gerakan hatiyang tepat dan benar, yang disebut juga sebagai ilmu ?rasat.

    Rasulullah SAW bersabda dalam satu Hadis Qudsi: Namun hamba-Ku itu sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan perkaraperkara yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannyauntuk dia mendengar, dan penglihatannya untuk dia melihat.(Riwayat Bukhari)

    Bagi rasul dan nabi, Allah kurniakan ilmu wahbiah ini melalui perantaraan malaikat saja. Manakala pada wali-wali atau orang soleh, ilmu ilham ini diberi melaluiperantaraan malaikat, rasulrasul, nabi-nabi, wali atau jin-jin yang soleh.

    KETIGA: Hati mukmin yang asi atau yang derhaka

    Mata hati mereka terhijab dengan penyakit nombor 2 dan nombor 3. Yakni hati yangcinta dunia dalam semua hal. Tidak kira halal, haram, makruh atau syubhat. Jugamereka masih mengekalkan sifat-sifat mazmumah. Walau bagaimanapun mereka terlepas daripada syirik dan kekufuran serta kemuna-?kan. Mata hati golongan ini sangat kabur macamlah cermin yang kotor disebabkan habuk, wap atau air. Ia akan gelapatau terus jadi kabur. Akibatnya benda-benda yang ditangkapnya juga jadi kaburdan samar. Tidak dapat menangkap alam ghaib atau alam maknawiah (ilmu laduni). Mereka bagaikan orang yang teraba-raba dalam gelap walhal matanya celik.

    KEEMPAT: Hati orang ka?r atau muna?k

    Mata hatinya terhijab dengan penyakit syirik jali iaitu kufur dan muna?k. Atau terhijab dengan keempat-empat kategori di atas. Jadi hijabnya sangat tebal. Matahati jadi buta, gelap dan tidak nampak apa-apa. Macam cermin yang terlalu tebalkaratnya hingga menutupi seluruh cermin. Apa saja yang ada di hadapannya, tidakdapat ditangkap gambar (arca) itu. Oleh itu dia tidak nampak tentang alam ghaib,langsung tidak kenal tentang adanya Tuhan, Allah yang wujud itu. Seperti ?rmanAllah: Dan barangsiapa buta (di dunia) ini akan buta pula di Akhirat dan terlebihsesat lagi dari jalan yang benar.(Al Israk: 72)

    Untuk golongan ini Allah ber?rman: Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambahAllah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.(Al Baqarah: 10)

    Allah tempelak lagi mereka ini: Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mataitu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.(Al Hajj: 46)

    Kini kita telah sama-sama mengenali hati rasul dan nabi, hati orang soleh, hatiorang mukmin yang asi, hati orang muna?k dan hati orang ka?r. Kita juga sudah kenali hati dan mata hati serta peranannya. Ditegaskan sekali lagi, kalau hati itubersih, ia akan menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah. Hati itu ibarat wadah.

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    10/18

    Macamlah kita ada wadah atau bekas. Wadah yang kotor macam pinggan kotor. Manamungkin kita isi makanan yang sedap di dalamnya? Kita tidak akan tergamak untukletakkan barang yang sedap atau benda-benda yang bersih dan berharga itu ke dalam wadah atau bekas yang kotor. Hati sebagai wadah tempat jatuhnya pandangan Allah, tidak mungkin Allah hendak kurniakan barang berharga dan bernilai ke dalamnyajika ada kekotoran hati? Tentulah tidak. Kecuali sesudah dibersihkan dan betul-betul bersih, barulah Allah curahkan ke dalamnya barang yang terlalu bernilai itu yang berupa keyakinan, keimanan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf dan ilmu laduni, ilham, firasat dan lain-lain lagi.

    SIFAT ROH ATAU HATIRoh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah-ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.

    Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifatsifat yang baik)2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifatsifat yang keji)

    Pertama: Sifat-sifat mahmudah, antaranya:

    a) jujurb) ikhlasc) tawadhukd) amanahe) taubatf) sangka baikg) pemaafh) pemurahi) syukurj) zuhudk) tolak ansur (timbang rasa)l) sabarm) redha

    n) beranio) lapang dadap) lemah lembutq) kasih sayangr) selalu ingat matis) tawakalt) takut Allah

    Kedua: Sifat-sifat mazmumah, di antaranya:a) riyakb) ujubc) sumahd) takabur atau sombong

    e) hasad dengkif) pemarahg) dendamh) bakhili) penakutj) cinta duniak) gila pangkatl) gila pujim) jahat sangkan) putus asa

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    11/18

    o) tamak

    Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat dirinya. Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik dan sifat jahat sudah dikenalpasti ada dalam diri seseorang itu maka tindakan yang perlu dilakukan ialah:

    1.Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan, suburkan,pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang.

    2.Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan, dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan terus-menerus terhadap nafsu (riadatunnafsi). Wajib dicabut buang sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangatdibenci oleh Allah dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya.

    Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan buah yangbaik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati, rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan lain-lain lagi.

    Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam. Begitulah perbuatan atautindakan yang buruk atau akhlak yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah) di dalam roh (hati). Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmu-mah yang wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu mengenainya. Bukan dengan mata kepala yangsifatnya tidak dapat menjangkau dan merasainya. Yakni roh melihat roh. Hanya rohyang dapat mengenali atau mengesan roh. Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik. Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik. Maka sifat baik ta

    di jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa disiram air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Yang baiknya, perlu ada guru mursyid yang memberi pimpinan atau didikan (yang dapat memimpin hati kita, asalkan kita sanggup mentaatinya).

    Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat) bererti kita biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan kehidupan kita. Ketidakpekaantadi menyebabkan mazmumah itu tetap bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untukmelakukan perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yangkerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

    Bagaimanakah kaedah untuk mengesan kelajuan perubahan sifat-sifat roh yang sentiasa berubah-ubah dan berbolak-balik ini? Cara mengesan benih-benih sifat-sifat roh (hati) ialah roh melihat roh atau roh meneropong roh. Diteropong, dikaji dandiselidiki sebaik-baiknya dengan dibantu oleh ilmunya untuk memastikan di kala mana berlaku sifat-sifat yang baik dan di waktu mana berlaku sifat-sifat jahat. Bila didapati roh (hati) bersifat baik maka hendaklah disuburkan. Di waktu roh (hati) bersifat jahat maka dikekang dan dilawan, serta ditahan.

    CONTOH SIFAT-SIFAT MAHMUDAH:

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    12/18

    1. Sifat kasih sayang Dengan pandangan mata hati (mata roh) kita akan dapat mengesan adanya benih kasih sayang dalam hati. Ia adalah ?trah semula jadi yang murni. Yakni hati terasa terhutang budi kepada orang yang membantu atau berjasa kepada kita. Mengikut istilah syariat dikatakan rasa syukur atau rasa hendak balas budi. Ini sifat baik (positif). Apabila didapati ada sifat-sifat ini dalam hati hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan dikekalkan serta dilaksanakan supaya kitajadi orang yang berterima kasih pada manusia. Lebih-lebih lagi bersyukur kepadaAllah kerana nikmat-Nya yang tidak pernah putus-putus.Rasa kasih sayang ini diperintahkan oleh Allah dan Rasul.

    Rasulullah bersabda: Barang siapa yang tidak mengasihi sesama manusia maka dia tidak dikasihi Allah.(Riwayat Tirmizi)

    Hadis ini menyuruh kita untuk berkasih sayang. Ia men-dorong kita untuk saling mengasihi antara manusia dan makhluk Allah yang lain. Suburkan dan tajamkan lagisehingga matang bersama matangnya jasad lahir kita. Lakukan bermacam-macam carauntuk suburkan sifat kasih sayang ini.

    2. Rasa simpati, timbang rasa atau tolak ansur Benih rasa simpati atau timbang rasa ini dapat dikesan ada dalam hati bila berhadapan dengan orang yang mendapatkesusahan. Walaupun kita tidak dapat menolong dan membantunya tetapi secara automatik timbul rasa belas kasihan atau simpati itu. Setelah dikesan didapati ada sifat baik ini maka mestilah disuburkan dan dikekalkan. Ini supaya mendorong kitamenolong orang yang susah atau sanggup bersusah payah untuk berkhidmat dan berb

    akti pada orang lain. Syariat juga menyuruh kita bersimpati atau bertimbang rasaatau bertolak ansur pada orang.

    Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain.(Riwayat Qudhai dari Jabir)

    3. Rasa malu Benih rasa malu dapat dikesan wujudnya dalam hati, lebih-lebih lagibila kita berbuat salah. Rasa malu bila orang lain tahu. Ini mesti disuburkan supaya dapat membendung kita daripada berbuat salah, sekalipun kesalahan-kesalahan dosa kecil, apatah lagi dosa besar. Ini juga mendorong kita segera bertaubat apabila bersalah. Seterusnya ia akan menyuburkan sifat jujur (berlaku benar), ikhlas dan amanah terhadap Allah dan Rasul serta manusia seluruhnya.

    4. Rasa sukakan ilmu pengetahuan Benih rasa sukakan ilmu pengetahuan dapat dikesan ada dalam hati bila ada perasaan ingin tahu, ingin pandai, ingin menyiasat, ingin memiliki ilmu sepertimana orang yang sudah ada ilmu, ingin amalkan, ingin membaca, mengkaji, menilai dan prihatin pada satu-satu perkara atau ingin mencaripengalaman sebanyak-banyaknya. Bila didapati benih sifat baik ini ada dalam hati maka suburkan dan dorong lagi supaya kecintaan kepada ilmu bertambah. Ini bersesuaian dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

    Sabda Rasulullah SAW: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

    Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orangIslam.(Riwayat Ibnu Abdul Bar dari Anas)

    Bertambahnya ilmu dan pengetahuan memberi kesan lahiriah yang baik pada akhlak dan perbuatan seseorang itu seperti berani, pandai, berwibawa, cakapnya bernas, hidup tidak buntu, kreatif dan lain-lain lagi. Perlu diingat bahawa sifat-sifat yang baik yang disebut di atas tadi dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah lainnyaitu, ia wujud bersama dengan jasad lahir. Rasa-rasa itu semuanya tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Ia adalah perasaan semula jadi yang murni yang ada dalam hati. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar.

    Benih-benih sifat-sifat mahmudah tersebut mesti dikenal pasti dengan menggunakan

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    13/18

    teropong mata hati serta dibantu oleh ilmunya. Kemudian sifat-sifat baik ini hendaklah disubur-kan, dipertajamkan dan didorong lagi supaya kita dapat mengekalkan sifat-sifat mahmudah itu dalam diri. Dengan itu lahirlah akhlak-akhlak yang baik, tindakan-tindakan yang mulia dan perbuatan-perbuatan yang terpuji dalam kehidupan kita.

    CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:

    1. Rasa tidak senang (berdendam)Benih-benih mazmumah rasa tidak senang atau tidak redha atau berdendam dapat dikesan ada dalam hati di waktu kita diuji atau ditimpa bala. Sama ada ujian-ujianitu berbentuk lahiriah atau maknawiah (batiniah).

    Umpamanya:a. Terasa tidak senang bila dikata nista, dihina, diumpat, di?tnah. Hati rasa marah, rasa dendam, rasa ingin hinakan orang itu semula. Ini sangat merbahaya. Boleh mencetuskan pecah ukhwah, pecah belah, huru-hara dan pergaduhan dalam masyarakat.b. Terasa tidak senang atau menderita bila tidak ada duit, tidak ada pangkat atau harta.c. Terasa tidak senang bila diuji dengan sakit atau kematian orang yang dikasihi.d. Terasa tidak senang atau kecewa apabila orang-orang yang dikasihi membuat ragam atau tidak bertanggung-jawab.

    Terasa tidak senang atau tidak redha dengan takdir Allah. Ini dapat dikesan bilakehendak-kehendak atau hajat-hajat hati tidak tercapai. Katalah kita hendak begian, dapat begian. Hendak banyak, dapat sikit. Hendak pandai, tidak pandai-pandai juga. Hendak pangkat, jawatan, pujian tapi tidak dapat-dapat. Barangkali kalaudidorong sifat keji ini akan timbul bimbang terhadap masa depan. Hati makin susah sebelum susah yang sebenarnya menimpa. Misalnya hati merasa, Bagaimana nanti kalau aku sakit? Bagaimana kalau aku miskin? Kalau aku tak kahwin? Kalau aku takdapat anak? Kalau aku tak ada rumah? Kalau tak ada kebun selepas pencen? Dan macam-macam hajat yang tak tercapai.

    Bila rasa tidak senang ini disuburkan, ia boleh membawa kepada iri hati atau hasad dengki pada orang lain. Dia tidak akan senang melihat ada orang yang dapat le

    bih nikmat atau lebih senang daripadanya. Setelah dikesan adanya rasa tidak senang atau tidak redha dengan ketentuan Allah ini mestilah dikikisbuangkan, ditumpas dan dicabut. Jika sifat-sifat ini tidak dibuang dan dibendung sebaliknya disuburkan, ia akan jadi lebih parah lagi. Dia sentiasa keluh-kesah atau gelisah bilaberhadapan dengan sebarang ujian atau kesusahan. Ia menjadi seorang yang pemarah, pendendam, tidak senang dan putus asa hingga timbul akhlak-akhlak yang burukatau perbuatan-perbuatan atau tindakan-tindakan yang buruk yang merosakkan dirinya dan masyarakat. Maka hilanglah kebahagiaan hidup. Sebab itu dalam Islam disuruh redha dengan ketentuan Allah. Sifat tidak redha ini sangat dibenci Allah danRasul serta seluruh manusia. Untuk membendungnya ingatlah perintah-perintah Allah SWT.

    Firman-Nya dalam Al Quran: Hendaklah kamu katakan semua itu datang daripada Allah

    .(An Nisaa: 78)Janganlah kamu berputus asa daripada nikmat Allah.(Yusuf: 87)

    Ingatlah setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk, hakikatnya daripada Allah. Ia ada hikmahnya yang tersendiri, yang tersembunyi, untuk kebaikan danmanfaatnya pada diri kita kalau kita pandai menerimanya.

    Sebenarnya ada rahsia yang kita tidak tahu. Mungkin kalau kita dapat apa yang kita kehendaki, kita tidak bersyukur. Tentulah ini berdosa. Boleh jadi ada orang lain pula yang hasad dengki dengan apa yang kita dapat itu. Bukankah itu membahay

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    14/18

    akan diri kita? Kalau kita sedar hakikat ini tentulah kita rasa bertuah dengan apa yang ada atau apa yang Allah berikan. Walaupun tidak memenuhi hajat kita namun tidaklah sampai rasa tidak senang, yang mana bererti kita tidak senang denganAllah, Tuhan yang Maha Adil itu. Bila rasa tidak senang ertinya kita kufur dengan nikmat. Itulah penzaliman terhadap diri yang kita lakukan setiap saat. Oleh itu sifat keji ini hendaklah dikikisbuangkan. Kalau tidak, ia akan menjadi dosa dan menerjunkan kita ke Neraka, waliyazubillah.

    2. Rasa ujubBenih rasa ujub ini dapat dikesan bila kita dapat nikmat lebih sama ada lebih ilmu, lebih pangkat, lebih harta, lebih cantik, lebih pandai, lebih bijak dan lain-lain kelebihan lagi. Waktu itu hati terasa istimewa, terasa hairankan diri. Bila didorong lagi sifat keji ini akan menjadi sifat riyak. Yakni timbul rasa inginmenunjuk-nunjuk. Seterusnya bila disuburkan lagi berubah kepada sifat keji yanglain pula iaitu sifat sombong. Yakni rasa bermegah-megah, rasa diri superman atau superwoman, rasa hebat diri dan suka menghina orang lain.

    Sifat keji ini bila didapati wujud dalam hati, maka mestilah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatun-nafsi. Ini kerana sifat sombong atau takabur atau membesarkan diri sangat dimurkai Allah. Yang mana ia merupakan pakaianAllah SWT yang tidak dibolehkan bersekutu pada mana-mana makhluk-Nya. Sombong ini boleh menimbulkan hilang ukhwah, hilang kasih sayang dan benci-membenci. Akhirnya bergaduh dan timbul perpecahan, krisis, tegang dan jatuh-menjatuhkan. Masyarakat jadi haru-biru dan porak-peranda serta hilang ke-bahagiaan dan keamanan.

    3. Rasa tamak atau bakhilBenih rasa tamak ini dapat dikesan ada di hati bila kita me-lihat atau ternampaknikmat. Waktu itu rasa hendak memiliki nikmat itu untuk jadi hak milik sendiri.Iri hati kalau nikmat itu dipunyai oleh orang lain. Rasa tamak dan haloba menyerang hati. Walau apa cara sekalipun dia akan usahakan untuk memilikinya tanpa mengira halal atau haram. Rasa hati di waktu itu rakus, gelojoh dan ganas. Dia tidak peduli sama ada menyusahkan orang lain atau tidak. Melanggar hak asasi kemanusiaan atau tidak. Pokoknya dia dapat walau apa cara sekalipun. Sifat keji ini tersangat merbahaya. Ia boleh bertindak merampas, menipu, mencuri, merompak, rasuah, merogol, berzina, bergaduh dan akhirnya berperang. Penyakit ini perlu ditumpaskan dari awal lagi.

    Bila dikesan ada rasa tamak, ia hendaklah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ia sangat dibenci dan menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya serta seluruh manusia. Kemudaratannya bukan setakat di dunia bahkan di Akhirat akan dicampak ke Neraka, waliyazubillah.

    4. Rasa takut.Benih rasa takut dapat dikesan wujud dalam hati bila berhadapan dengan makhluk yang lebih berkuasa, lebih kaya, lebih berpangkat, lebih berpengaruh atau yang berbudi padanya dan lain-lain lagi. Boleh jadi rasa takut ini juga disebabkan olehinferiority complex dengan makhluk.

    Bila takut menguasai diri, dia akan hilang kebebasan dan kemerdekaan diri. Kalaudisuburkan rasa takut ini, tanpa sedar dia akan menganggap makhluk lebih berkua

    sa daripada Tuhan. Terjebak dengan mentuhankan makhluk tanpa sedar. Ini termasuksyirik kha?. Sifat keji ini tersangat merbahaya. Ia mengakibatkan orang ini sanggup melanggar syariat Allah dan Rasul serta mena?kan kuasa Allah. Walaupun mulutnya mengatakan Allah-lah yang berkuasa tetapi pada realitinya makhluklah tem-pat dia rujuk, patuhi, taati dan takuti. Ertinya, dia sudah mentuhankan makhluk atau mentuhankan manusia. Contohnya, dia sembahyang, puasa, naik haji tetapi tunduk dengan tuannya bila disuruh jual atau beli atau minum arak. Katalah dia tidak minum arak, cuma jual atau beli arak, tetapi kerana tuannya memberinya gaji, maka dia taat dan patuh. Walhal dia tahu perbuatan ini jelas melanggar syariat Allah. Ertinya dia lebih takutkan arahan manusia melebihi suruhan Allah SWT.

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    15/18

    Oleh itu sifat keji ini hendaklah dihapus dan ditumpaskan daripada bersarang dihati kita. Kalau perkara ini tidak dikaji dan diteliti, sudah tentu tidak diketahui. Kikiskanlah dengan menanam rasa takut hanya pada Allah. Rasakanlah Allah Maha Berkuasa, Maha Besar dan Allah-lah Maha Kuat dan Maha Gagah daripada segala-galanya. Semua makhluk ini sama-sama lemah di sisi Tuhan yang Maha Perkasa itu. Kalaupun makhluk itu kuat atau berkuasa, hanya kerana dia diberi nikmat yang lebih sedikit saja daripada orang lain. Tetapi dia tetap lemah dan tetap dalam kuasaTuhan yang Maha Berkuasa.

    Allah telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Menganugerah, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Allah-lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah-lah yang menentukan nasib makhluk. Allah-lah yang muassir (memberibekas). Selain-Nya semuanya tidak lebih gagah, tidak lebih besar dan tidak memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak besar dan hebat, gagah dan berkuasa tapi hakikatnya semua makhluk itu tetap dalam genggaman Allah SWT.

    Hanya empat sifat mazmumah saja yang kita kaji secara terperinci di sini, yang merupakan sebahagian daripada sifat-sifat mazmumah yang banyak itu. Perlu diingatjuga bahawa sifat-sifat yang jahat ini semuanya sudah wujud bersama lahir-nya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya

    tubuh kasar. Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti di awal-awal lagi.

    Dengan menggunakan teropong mata hati dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat jahat ini mesti ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi.Barulah sifat mazmumah ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang akhirnya sifat mahmudah dapat diisi dalam hati.

    Di sinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati). Supaya setelah kedua-duanya dikesan, yang mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnyadapat dihapuskan. Barulah manusia itu kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat manusia itu sendiri. Ini kerana nilai diri manusia itu adalah pada sifat roh(hati)nya. Ia jadi penentu yang mencorak kehidupannya dan manusia seluruhnya. R

    oh ini dikekalkan untuk ditanya dan dipertanggungjawab-kan di Akhirat nanti. Rohinilah yang mukalaf. Ia yang akan merasai nikmat atau azab. Roh inilah juga yang akan ke Syurga.

    HIBURAN DAN MAKANAN BAGI ROHSabda Rasulullah SAW: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilahitulah hati (roh).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hadis ini bermaksud, hati kitalah yang menentukan tindak-tanduk kita seharian. T

    angan, kaki, mulut, perut dan lain-lain anggota, cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Oleh kerana itu roh (hati) hendaklah diberi makanan atau hiburan yang baik (sempurna) barulah roh (hati) itu sihat dan kuat. Roh yang sihat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat hati yang bersih (baik) yakni sifat-sifat hati yang mahmudah. Sebaliknya kalau roh (hati) diberi makanan atau hiburan yang tidak baikatau kotor, roh tadi jadi sakit atau lemah (lemah jiwa). Roh yang sakit ialah kerana dia berpenyakit. Yakni roh itu mempunyai sifat-sifat hati yang kotor (keji) iaitu sifat-sifat mazmumah.

    Barangkali boleh kita kiaskan keperluan makanan atau hiburan roh sama seperti ke

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    16/18

    perluan makanan jasad lahir. Kalau jasad lahir perlukan makanan, maka roh juga perlukan makanan. Jasad akan gemuk dan subur kalau dia diberi makanan yang baik dan berzat. Memilih makanan yang baik untuk badan sangat penting untuk menentukanbadan sihat bertenaga dan tidak berpenyakit seperti diberi makan nasi, daging,ikan, sayur, susu dan lain-lain lagi. Ia merupakan makanan berzat yang mampu membina tubuh. Jasad lahir jadi subur dan cepat membesar. Badan jadi segar, cergas,aktif dan bergerak tangkas.

    Kalaulah jasad lahir tadi perlukan makanan yang baik dan berzat, roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih untuk roh ialah zikir, tasbih, tahmid, tahlil, sembahyang, puasa, baca Al Quran, doa, selawat, tafakur, mendapatkan ilmu yang memberi manfaat, memahami dan merasa tentang kebesaran dan kehebatan Allah,faham kenapa Allah datangkan ujian, faham segala qadak dan qadar Allah. Juga berjuang dan berjihad, berdakwah dan mengajar kerana keredhaan Allah, berkhidmat dengan manusia sama ada dengan ilmunya, tenaganya, hartanya dan lain-lain lagi, dengan kefahaman dan penghayatan serta dengan hati yang penuh ikhlas.

    Bila makanan yang baik untuk roh ini diberikan maka roh itu akan subur dan sihat. Kemudian ia tidak sakit dan berpenyakit. Roh yang sihat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat yang baik (mahmudah) seperti sifat-sifat tawadhuk, pemaaf, pemurah, berani, tawakal, sabar, lapang dada, kasih sayang, timbang rasa, taat, patuh,redha, zuhud, cintakan Akhirat, cinta Allah, rindukan Syurga, takutkan Neraka dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya sifat-sifat roh atau hati yang disebutkan tad

    i, akan tercetuslah keharmonian, aman damai dan kebahagiaan di dalam kehidupan secara individu dan bermasyarakat.

    Ertinya, kalau roh sihat, individunya jadi orang yang baik-baik dan soleh. Bukansahaja dia baik tetapi orang-orang lain juga dapat manfaat bersama dengan kebaikannya. Dia boleh memberi bantuan untuk keamanan dan keselamatan orang lain. Sepertimana pernah berlaku dalam sejarah di zaman Rasulullah SAW juga salafussoleh.Makanan roh mereka adalah zikir, tasbih, tahmid, tahlil, baca Al Quran, sembahyang, sedekah, puasa, tafakur, selawat dan lain-lain lagi.

    Mereka disebut oleh Rasulullah SAW sebagai: Sebaik-baik manusia ialah manusia dikurunku. Kemudian kurun yang mengiringinya. Kemudian kurun selepas itu.(RiwayatBukhari dan Muslim)

    Justeru itu lahirlah dalam kehidupan mereka hasil daripada roh yang kuat dan tenang serta akal yang dipimpin oleh hati, satu kehidupan yang luar biasa. Mereka aktif membantu masyarakat, berkhidmat pada masyarakat, mementingkan masyarakat dan mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri. Mereka jadi pelindung dan penaung kepada masyarakat. Jadi pembangun tamadun dan pengislah di bumi. Masyarakatselamat, dunia jadi aman makmur.

    Kenapa berlaku roh atau hati itu sakit? Kiasannya, macam juga badan atau jasad lahir. Badan sakit kerana makanan yang tidak baik atau tersalah memilih makanan.Atau badan terdedah dengan udara yang berkuman. Badan atau jasad kurus kalau tidak diberi makanan yang baik-baik. Makanan yang tidak bersih, bernajis dan berkuman tidak baik untuk badan atau jasad seperti rokok, arak, candu, ganja, mor?n da

    n lain-lain lagi. Akhirnya, badan jadi tidak subur, rosak dan mudah diserang penyakit.

    Akibatnya badan jadi lemah, tidak bertenaga, hilang kecergasan, tidak bermaya, tidak aktif, pasif dan sakit-sakit. Bahkan menyusahkan orang lain dengan kesakitan yang ditanggungnya. Boleh jadi penyakitnya itu penyakit yang berjangkit yang menyebabkan orang menjauhi diri darinya. Ertinya bukan dia sahaja yang sakit dansusah bahkan orang lain juga turut susah dan disusahkannya.

    Begitu jugalah bandingannya roh yang diberi makan dengan makanan yang tidak baik

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    17/18

  • 7/24/2019 Mendidik Hati Melawan Nafsu

    18/18

    ati, pelacur-pelacur, yang dedah aurat dan jual maruah diri dengan harga yang murah, mereka semuanya sebenarnya orang yang paling sakit jiwa. Itulah sebabnya golongan inilah yang paling banyak frustdalam hidup. Data dan fakta menunjukkan golongan inilah yang paling banyak bunuh diri, kahwin cerai, kecewa dan sakit jiwa.Paling tidak, jiwanya gelisah.

    Ini menunjukkan berhibur cara itu bukan ?trah tetapi adalah rangsangan nafsu yang jahat. Oleh itu orang-orang yang berhibur dengan perkara itu tadi, akan jadi orang yang jahat pula. Yang mana selalu jadi masalah pada masyarakat. Untuk membuktikan ia bukan dari ?trah murni tetapi dari dorongan nafsu jahat, kita lihat walaupun majoriti manusia terjebak dengan hiburan itu kerana tidak mampu untuk lawan nafsu tetapi kalau seseorang itu hendak jadi pemimpin negara atau raja, orangramai akan mempersoalkan jika dia kaki disko, kaki zina dan kaki membuang masadi kelab malam.

    Di Barat, mana-mana pemimpin yang terlibat dengan kes-kes perempuan, dia akan jatuh dalam pilihan raya. Rakyat tidak menyenanginya sedangkan rata-rata rakyatnyapun sama-sama jahat seperti pemimpin mereka. Ini menunjukkan ?trah manusia sukapada kebaikan walaupun dia sendiri seorang yang tidak baik.