menarik di dalam 03 mitigasi 09 - span.gov.my€¦ · air akan menetapkan petunjuk-petunjuk...

20
BIL 1 . 2016 2016 3 Bil 3. 2016 JUL - SEP Menarik di dalam Impak El Nino Impak El Nino 16 09 03 Mitigasi Fenomena El Nino Di Selangor Dan Lembah Klang Status Terkini Bekalan Air Negeri Johor SPAN Partners with Non-Government Organization and Private Sector in Enhancing the Public Awareness on Water Conservation

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIL 1 . 2016

2016 3Bil 3. 2016

JUL - SEP

Menarik di dalam

Impak El NinoImpak El Nino

1609 03 Mitigasi Fenomena El Nino Di Selangor Dan Lembah Klang

Status Terkini Bekalan Air Negeri Johor

SPAN Partners with Non-Government Organization and Private Sector in Enhancing the Public Awareness on Water Conservation

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A2

Kandungan / Contents

Sidang Pengarang / Editorial Board

Penasihat / AdvisorYBhg. Dato’ Mohd Ridhuan Ismail

Ahli-Ahli / MembersCik Leow Peen FongEn. Marzuki MohammadIr. Mohd Shukri Abdul RazikPn. Loh Pit MuiEn. Augustine Leonard JenPn. Ida Murni Marlina Ali Abdul HalimEn. Mohammad Helmie Mohd Noor Yazid

Diterbitkan oleh / Published bySuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)Ground & First FloorPrima Avenue 7, Block 3510Jalan Teknokrat 6,63000 CyberjayaSelangor Darul EhsanTel: 03-8317 9333Fax: 03-8317 9339

Mitigasi Fenomena El Nino di Selangor dan Lembah Klang

Inisiatif dan Tindakan Bagi Mencapai Kemapanan Bekalan Air di Kelantan

Taklimat Penyerahan Sistem Pembetungan Awam

Status Terkini Bekalan Air Negeri Johor

Water conservation – Why save water for a ‘Rainy Day’?

SPAN Partners with Non-Government Organization and Private Sector in Enhancing the Public Awareness on Water Conservation

Inisiatif Jangka Panjang Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air di Daerah Temerloh, Pahang

Aktiviti SPAN

03 - 05

08

09 - 11

12 - 15

16 - 17

18

19

06 - 07

www.span.gov.my

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 3

Mitigasi Fenomena El Nino di Selangor dan Lembah Klang Oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Fenomena El Nino yang teruk berlaku pada tahun 1997-1998 di mana taburan hujan berkurang dengan ketara dan menyebabkan kemarau yang berpanjangan. Ini menyebabkan sumber dan bekalan air kepada penduduk seluruh negara terutamanya di Negeri Selangor dan Lembah Klang terjejas dan catuan air terpaksa dilaksanakan. Oleh yang demikian, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menguruskan sumber air di negeri Selangor secara menyeluruh.

Fenomena El Nino pada tahun ini telah mengakibatkan peningkatan suhu yang ketara di antara 0.5 sehingga 2 darjah Celsius dan taburan hujan yang kurang. Fenomena ini telah bermula pada bulan Januari sehingga Jun 2016. Keadaan fenomena El Nino yang serius ini telah menyebabkan kemarau di utara Semenanjung Malaysia seterusnya mengakibatkan paras empangan menyusut ke bawah paras kritikal.

IMPAK FENOMENA EL NINO

Fenomena El Nino telah memberikan impak yang negatif kepada hampir kesemua sektor di Selangor. Kekurangan taburan hujan di bawah purata serta peningkatan suhu udara telah menyebabkan pengurangan paras empangan – empangan di negeri Selangor. Permintaan bekalan air yang tinggi di negeri Selangor sehingga hampir 5,000 juta liter sehari (JLH) telah menyebabkan berlakunya penyusutan yang ketara kepada paras 7 empangan utama di negeri Selangor.

Sektor pertanian di Selangor tidak terlalu terjejas berbanding negeri – negeri lain seperti Pahang di mana aktiviti akuakultur

terjejas teruk berikutan penyusutan paras Sungai Pahang. Inisiatif pembinaan kolam takungan Parit 4 Sungai Haji Dorani telah membantu pesawah memperoleh sumber bekalan air.

Kebakaran hutan terutamanya di hutan gambut di Kuala Langat berlaku akibat kandungan air bumi yang berkurangan seterusnya menyebabkan pembakaran mudah berlaku.

Taburan hujan yang rendah menyebabkan kandungan ammonia di dalam sungai meningkat kerana kurangnya faktor pencairan. Kesan ini adalah ketara di lembangan Sungai Langat yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Batu 11 dan Bukit Tampoi hentitugas hampir setiap tahun apabila tibanya musim kemarau.

INISIATIF KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS serta agensi – agensi lain telah bersedia untuk menangani fenomena El Nino ini dan seterusnya mengelakkan catuan air. Pengalaman menangani krisis bekalan air yang berlaku pada tahun 2014 telah mengajar mengenai betapa pentingnya pengurusan sumber dan bekalan air secara holistik dan bersepadu.

Operasi pengepaman air kolam alternatif ke Sungai Selangor telah dilaksanakan untuk meningkatkan bekalan air mentah ke muka sauk di sepanjang Sungai Selangor terutamanya LRA SSP1, SSP2, SSP3 serta Loji Rasa yang membekalkan sehingga 60% keperluan bekalan air di Selangor termasuk Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Inisiatif ini dapat membantu menambah jangka hayat Empangan Sungai Selangor memandangkan taburan hujan adalah amat kurang semasa fenomena El Nino berlaku.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A4

Penyediaan larutan garam bagi operasi pembenihan awan bersama TUDM, Jabatan Meteorologi dan LUAS

Operasi pengepaman kolam Bukit Tampoi juga telah dilaksanakan bermula pada awal tahun ini untuk mengatasi masalah paras ammonia yang tinggi di LRA Bukit Tampoi. Air daripada Sungai Langat akan dipam ke kolam Bukit Tampoi dan seterusnya akan disalurkan ke LRA. Pengepaman ini berfungsi untuk mencairkan kepekatan ammonia untuk membolehkan air mentah boleh dirawat. Inisiatif ini dilaksanakan kerana LRA tersebut telah beberapa kali mengalami henti tugas sejak beberapa tahun yang lepas disebabkan peningkatan aras ammonia melebihi parameter yang telah ditetapkan.

Kawalan pelepasan empangan – empangan di negeri Selangor juga telah dilaksanakan sebelum tahun 2016. LUAS telah mengarahkan operator – operator empangan – empangan di Selangor untuk menghadkan pelepasan empangan ke sungai bagi menambah jangka hayat empangan

INISIATIF UTAMA – SUMBER AIR ALTERNATIF

Permintaan bekalan air di Selangor meningkat saban tahun disebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat memandangkan Selangor adalah negeri yang paling maju di Malaysia. Oleh yang demikian, sumber – sumber air yang baru perlu dikenalpasti dan dibangunkan demi memenuhi permintaan tersebut.

Justeru itu, pada tahun 2005, LUAS menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Sumber Air Alternatif bagi mengenalpasti kolam bekas lombong yang sesuai untuk dijadikan sumber air alternatif di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Sumber air ini bertujuan sebagai bekalan air alternatif semasa krisis air atau kemarau. Selain itu, sumber – sumber air tersebut

berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan kepada empangan dan sungai yang sedia ada.

Pada 2 Disember 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan bagi cadangan pewartaan sumber air alternatif sebagai zon perlindungan di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999.

Terdapat 19 kolam sumber air alternatif di Negeri Selangor iaitu 7 kolam di Daerah Hulu Selangor, 8 kolam di Daerah Kuala Selangor dan 4 kolam di Daerah Kuala Langat. Pensampelan air kolam dan analisa kualiti air masing-masing telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk memastikan kualiti air kolam – kolam tersebut mematuhi piawaian air mentah yang telah ditetapkan.

Kolam – kolam yang telah diwartakan tersebut telah mula digunakan pada tahun 2014 untuk operasi pengepaman air kolam alternatif ke Sungai Selangor bagi mengatasi musim kemarau yang berlaku pada tahun tersebut. Selain daripada itu, air Kolam Kg Hang Tuah telah dipam ke Sungai Selangor berikutan kekurangan taburan hujan bermula penghujung Januari 2014 di Selangor dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini dilakukan bagi meningkatkan keupayaan Sungai Selangor bagi operasi muka sauk LRA dan seterusnya mengurangkan kebergantungan serta mengoptimakan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi.

Kapasiti Empangan Sg. Selangor sekali lagi mencatatkan penurunan yang konsisten bermula Jun 2014 dan semakin menurun sehingga Ogos 2014. Oleh yang demikian, operasi ini diperluaskan ke 9 buah kolam lain untuk mengurangkan kebergantungan kepada Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi seterusnya mengoptimakan pelepasan air dari kedua-dua empangan tersebut. Hampir 40 buah pam telah digunakan dan sebanyak 800 juta liter sehari (JLH) disalurkan dalam operasi ini.

Setelah melihat kepada keberkesanan operasi ini pada tahun 2014 dan 2015, jumlah kapasiti pengepaman telah dipertingkatkan kepada 1,000 juta liter sehari (JLH) dengan melibatkan 10 buah kolam dan 33 buah pam. Isipadu keseluruhan kolam – kolam

Operasi pembenihan awan (OPA) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 dengan kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan AFJets Sdn. Bhd. OPA membantu dalam meningkatkan kadar taburan hujan di kawasan tadahan empangan dan lembangan sungai yang seterusnya akan meningkatkan paras air empangan. Selain itu, OPA juga membantu meningkatkan kadar pencairan sungai dan mengurangkan masalah pencemaran Ammonia dan Mangan di Sungai Langat.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 5

1. Kolam Hang Tuah 5

2. Kolam Hang Tuah 6

3. Kolam HORAS 600

4. Kolam KL Larut

5. Kolam MBI

6. Kolam Taman Ilmu

7. Kolam Kambing Susu A

8. Kolam Kambing Susu B

9. Kolam Kambing Susu C

10. Kolam Tan Chong

KESIMPULAN

Inisiatif – inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS telah terbukti berjaya dalam usaha menangani kesan negatif fenomena EL Nino pada tahun ini. Catuan air juga telah berjaya dielakkan selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk mengelak catuan air untuk tahun 2016

Selain daripada itu, kerajaan Negeri Selangor sedang membangunkan beberapa sumber air tambahan dalam usaha jangka panjang untuk mempertingkatkan sumber air di Negeri Selangor ini seperti LRA Labohan Dagang, LRA Semenyih 2 serta projek HORAS 600.

Pengepaman air dari Kolam KL Larut sebahagian daripada projek HORAS 3000

Beberapa buah pam di kolam KL Larut setiap satunya berkapasiti 50 juta liter sehari

adalah dianggarkan sebanyak 84 juta meter padu. Berikut adalah kolam – kolam yang terlibat:

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A6

Inisiatif dan Tindakan Bagi Mencapai Kemapanan Bekalan Air di KelantanOleh Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna

Bekalan air terawat di negeri Kelantan sering terjejas berikutan masalah seperti tekanan air yang rendah, kekeruhan air dan rizab bekalan air yang semakin menurun. Infrastruktur bekalan air sedia ada tidak mampu untuk memenuhi peningkatan permintaan semasa bagi penduduk seramai 1.7 juta orang di negeri Kelantan. Kedudukan kewangan kerajaan negeri yang terhad menyebabkan sebahagian besar daripada infrastruktur bekalan air di negeri Kelantan yang uzur dan usang tidak dapat diganti atau dinaiktarafkan.Kerajaan Persekutuan telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan skim penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri Kelantan bagi mewujudkan perkhidmatan bekalan air yang mampan dan berdaya maju. Skim ini berdasarkan kaedah ringan aset (asset light model) yang bertujuan untuk menangani isu pembiayaan perbelanjaan CAPEX (Capital Expenditures). Sehingga kini, negeri-negeri Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada skim yang serupa.

Rundingan penstrukturan industri perkhidmatan air di negeri Kelantan melibatkan kerjasama antara Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Kerajaan Negeri Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Kelantan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bermula sejak beberapa tahun yang lalu tanpa sebarang penyelesaian dan kemelut itu telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri itu.

Walau bagaimanapun, penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Kelantan akhirnya dimuktamadkan pada 14 September 2016, dengan termeterainya Perjanjian Utama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), serta Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian Pajakan antara PAAB dan AKSB.

Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Kelantan

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan mengambil alih hutang kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM604.52 juta hasil dari pinjaman-pinjaman bekalan air yang dibuat dari Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan akan memindah milik aset-aset bekalan air seperti loji rawatan air, paip, rumah pam dan tangki kepada PAAB. PAAB yang kemudiannya akan memajak semula aset-aset tersebut kepada AKSB dengan kadar sewa pajakan yang rendah bagi tempoh selama 45 tahun.

Melalui skim ini, AKSB akan melaksanakan operasi dan penyenggaraan bekalan air seperti tanggungjawab merawat dan menyalurkan bekalan air serta menyenggara aset-aset air yang dipajak dari PAAB seperti loji rawatan air, paip rumah pam serta tangki. PAAB akan menanggung kos dan perbelanjaan bagi menaik taraf dan memperbaharui loji rawatan air, paip, tangki, stesen pam dan lain-lain serta membina infrastruktur air baharu. Kerajaan Persekutuan akan membiayai perbelanjaan sumber air seperti empangan, baraj dan kolam tadahan melalui geran persekutuan.

SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan bekalan air akan menetapkan petunjuk-petunjuk prestasi utama (Key Performance Indicators – KPI) yang perlu dipatuhi oleh AKSB berdasarkan pelan-pelan perniagaan tiga (3) tahun yang diluluskan.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 7

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Majlis pertukaran Perjanjian-Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Kelantan di antara Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YBhg. Dato’ Seri Ir Dr Zaini bin Ujang dan Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB, Dato’ Haji Hanifa bin Ahmad. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air , YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Haji Ahmad bin Yakob.

Melalui Skim ini, AKSB dapat memberikan tumpuan kepada kecekapan dan keberkesanan operasi serta perkhidmatan pembekalan air manakala PAAB akan mengambil alih hutang kerajaan negeri dan juga akan membangunkan infrastruktur air baru (Capital Expenditure – CAPEX) serta kerja-kerja menaik taraf infrastruktur berdasarkan kepada Pelan Perniagaan AKSB secara berperingkat berdasarkan keupayaan kewangan.

Manfaat kepada rakyat Kelantan

Semestinya, rakyat negeri Kelantan akan mendapat manfaat daripada penstrukturan ini. Melalui pembinaan baru, penggantian dan naiktaraf beberapa loji rawatan air serta paip agihan, liputan bekalan air terawat bagi kawasan bandar dan luar bandar akan

meningkat dan kualiti air yang dibekalkan akan bertambah baik. Kadar Air Tidak Terhasil (Non Revenue Water) akan dapat dikurangkan dan akan dapat meningkatkan lagi pendapatan AKSB.

Bagi memastikan setiap pelaburan yang dibuat benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Kelantan dan sasaran yang ditetapkan dicapai, pencapaian AKSB akan dikawal selia rapi oleh SPAN.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A8

Taklimat Penyerahan Sistem Pembetungan Awam Oleh Majaari Services Sdn. Bhd.

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat bagi mengendalikan urusan pembetungan di Negeri Kelantan. Dengan menubuhkan Majaari Services Sdn Bhd (Majaari) pada 14 Disember 2007 yang dimiliki sepenuhnya oleh Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUMH), anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Penubuhan syarikat pembetungan negeri ini adalah sebagai lanjutan daripada Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk menerimapakai dua akta yang baru dikuatkuasakan iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara – SPAN (Akta 655) pada 1 Februari 2007 dan Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2008

Tanggungjawab pengurusan pembetungan diambilalih daripada PBT ialah bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan pembetungan di Negeri Kelantan dan bagi membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan yang setaraf dengan negeri-negeri lain serta meningkatkan kualiti hidup, penjagaan kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar terutama sumber air bawah tanah.

Matlamat penubuhan Majaari ialah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:• Merancang dan membangunkan sistem pembetungan.• Melaksanakan perkhidmatan pengosongan tangki

enapcemar (desludging).• Pembersihan sumbatan sistem pembetungan.• Bertindak sebagai Agensi Perakuan Pembetungan (APP)

bagi pihak SPAN selaras dengan Seksyen 174 Akta 655.• Mengoperasi dan menyelenggara (O&M) loji rawatan

kumbahan awam dan swasta.

Pada 29 Jun 2016, YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah meluluskan permohonan Lesen Individu (Perkhidmatan Pembetungan) Majaari Services Sdn Bhd (MSSB) di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta 655 berkuakuasa mulai 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2019. Tempoh lesen tiga (3) tahun adalah tempoh interim bagi menyempurnakan penstrukturan semula industri pembetungan Negeri Kelantan

Dengan skop Lesen Individu ini, Majaari adalah untuk mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan pembetungan dengan cara mengendalikan sistem pembetungan awam di seluruh kawasan Negeri Kelantan sahaja.

Majaari boleh menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan pembetungan persendirian dengan mengendalikan sistem pembetungan persendirian, menjalankan perkhidmatan penyenggaraan sistem pembetungan persendirian dan menyediakan perkhidmatan penyahenapcemar pembetungan.

Bermula daripada tarikh pemberian Lesen Individu kepada Majaari, maka pihak pengurusan Majaari telah mengambil tindakan membuat penyusunan di dalam pengurusan Syarikat dan hala tuju sebagai operator pembetungan awam. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengambil langkah memaklumkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai pemberian Lesen Individu ini dengan mengeluarkan surat makluman kepada semua PBT pada 18 Ogos 2016.

Sehubungan dengan itu, Majaari seterusnya mengadakan sesi taklimat kepada semua pemaju dan juga perunding yang terlibat dengan penyerahan sistem pembetungan awam di Negeri Kelantan pada 20 September 2016 bertempat di Hotel Habib, Kota Bharu Kelantan.

Tujuan sesi taklimat ini adalah bagi memberi penerangan mengenai proses penyerahan sistem pembetungan awam agar ianya mematuhi peraturan dan syarat yang digariskan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta badan-badan penguatkuasa lain yang berkaitan. Taklimat ini disampaikan oleh Jurutera Majaari iaitu En Suhaimi bin Mohamad Nazori. Ianya turut dihadiri oleh En Muhamad Nasir bin Mahmood, Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Timur dan En Mohd Roslee bin Mahyudin Bahagian Standard Teknikal & Pematuhan, Jabatan Kawal Selia Pembetungan SPAN, Kuala LumpurSesi taklimat ini telah dihadiri oleh kira-kira seramai 25 orang yang terdiri daripada pemaju-pemaju dan juga konsultan-konsultan di Negeri Kelantan. Ianya turut dihadiri oleh wakil REHDA Kelantan iaitu Tn Haji Mohd Shukri bin Omar. Keseluruhan pihak yang hadir telah berpuas hati dengan sesi taklimat ini dan penjelasan yang diberikan oleh pihak SPAN.

Pihak Pengurusan Majaari juga merakamkan Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak SPAN yang sentiasa memberikan sokongan kepada Majaari dalam usaha untuk menguruskan Sistem Pembetungan Awam di Negeri Kelantan terutamanya dalam mendapatkan kelulusan permohonan Lesen Individu (Perkhidmatan Pembetungan) dan bersama-sama memberikan penjelasan kepada pemaju-pemaju dan perunding-perunding yang hadir pada sesi taklimat tersebut.

Perunding-perunding dan juga pemaju-pemaju yang hadir pada sesi taklimat

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 9

Status Terkini Bekalan Air Negeri JohorOleh Encik Padhil Bin Hj Abdul Hadi, Pejabat Wilayah Selatan SPAN

Cuaca panas dan kering melanda negara ketika fenomena El-Nino ini turut membabitkan Negeri Johor yang menerima cuaca panas melampau. Ini mengakibatkan beberapa takungan simpanan dan paras sungai juga mengalami kemerosotan pada paras air mentah. Jabatan Meteorologi melaporkan fenomena ini dijangka berlarutan sehingga Julai 2016. Maka, takungan-takungan serta paras sungai yang membekalkan air mentah di semua daerah Negeri Johor mengalami penurunan serta memberi implikasi negatif kepada bekalan air terawat di negeri ini.

Justeru, pelaksanaan bekalan air berjadual (BAB) di Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Kluang di Negeri Johor terpaksa dilaksanakan akibat penurunan paras empangan di Empangan Upper Layang, Empangan Sungai Lebam, Empangan Congok dan sungai Sembrong Kiri.

Paras simpanan air mentah di Empangan Upper Layang di Johor Bahru dan Empangan Sungai Lebam di Kota Tinggi dan Empangan Congok Johor serta Sungai Sembrong Kiri telah menyusut dan mencapai paras kritikal.

Keadaan ini mengakibatkan masalah kemerosotan pada kuantiti dan kualiti air mentah di muka sauk yang mengalami penyusutan paras air setiap hari dan perubahan kualiti yang berlaku pada air mentah juga mangakibatkan loji tidak dapat beroperasi pada kadar normal.

Loji Rawatan Air (LRA) yang terlibat terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat dan ini telah mengakibatkan pengagihan bekalan air terawat di kawasan terbabit terganggu. Walau bagaimanapun, bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan

secara adil kepada semua, maka pihak SAJH melaksanakan bekalan air berjadual (BAB) bagi memanjangkan tempoh pengambilan air mentah di muka sauk dan sebagai memenuhi keperluan pengguna.

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memberi kelulusan atas permohonan untuk melaksanakan bekalan air berjadual ini. Pemberitahuan BAB kepada pengguna adalah melalui notis makluman yang disertakan bersekali jadual beserta tarikh dan masa ‘ada & tiada bekalan air’ untuk rujukan pengguna yang terlibat.

Lanjutan bekalan air berjadual ini dilaksanakan bertujuan untuk memanjangkan lagi tempoh penyimpanan air di empangan berkenaan yang terus menunjukkan bacaan paras air di bawah paras kritikal.

Walau bagaimanapun, bekalan air berjadual ini terus dikaji oleh pihak SAJH dan ianya bergantung kepada keadaan semasa. Namun demikian, SAJH terus komited dengan menjalankan pelbagai inisiatif yang dilipat gandakan dalam usaha meningkatkan lagi paras air di empangan yang terjejas seperti perubahan zon pembekalan di sebahagian Daerah Johor Bahru dari jadual catuan, pemindahan sumber air mentah (dari sumber air Sungai Papan ke Empangan Lebam, dari Sungai Tiram ke Empangan Upper Layang, dari Empangan Seluyut ke Empangan Lebam melalui Projek Air Mentah RAPID (PAMER), dari Tasik Biru ke Empangan Upper Layang, serta inisiatif pembenihan awan yang dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bersama pihak kerajaan negeri Johor.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A10

PROJEK PEMINDAHAN AIR MENTAH EMPANGAN UPPER LAYANG

PEMINDAHAN AIR MENTAH EMPANGAN SG LEBAM

Tindakan terkini pihak Kerajaan Negeri Johor bagi mengatasi kemerosotan bekalan air mentah di Negeri Johor adalah dengan pelaksanaan projek pemindahan air mentah dari Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang. Antara cadangan lain adalah pemindahan air mentah dari Sg Lenggor ke Empangan Congok Mersing dan cadangan ini masih dalam status perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri Johor bersama perunding.

Bagi pelan jangka panjang perancangan pembangunan sumber air bagi Daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi, permohonan telah dimajukan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam Rancangan Malaysia Ke 11 bagi melaksanakan Projek Pemindahan Air Mentah Iskandar Malaysia (PAMIM). Projek PAMIM akan melibatkan pembinaan Empangan Ulu Sedili Besar di Kota Tinggi dan pemindahan air

mentah dari Sungai Sedili Besar ke Sungai Layang dan / atau ke Sg. Johor tertakluk kepada hasil kajian juruperunding kejuruteraan kelak. Difahamkan kelulusan pihak EPU bagi peringkat awal projek PAMIM yang melibatkan kajian feasibility telah dimulakan dalam awal Januari 2016 melalui perlantikan perunding yang berkelayakan.

Cadangan pembinaan Empangan Ulu Sedili Besar boleh menjana sumber air mentah sebanyak 647 juta liter sehari (JLH) untuk menampung permintaan bekalan air yang diunjurkan meningkat dengan ketara terutamanya bagi Daerah Johor Bahru (melibatkan koridor utama pembangunan Iskandar Malaysia) dan Daerah Kota Tinggi, dengan kehadiran pembangunan berskala besar di Pengerang iaitu Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang

Sebelum

Sebelum

Selepas

Selepas

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 11

(RAPID) serta Pengerang Integrated Petrochemical Complex (PIPC). Kajian Sumber Air Johor 2010-2060 yang telah disediakan oleh Juruperunding SMHB Sdn. Bhd (SMHB) juga menunjukkan kapasiti air mentah (raw water yield) dari Sungai Johor telah mengalami defisit sebanyak kira-kira 500 JLH (iaitu angka bagi 1 in 50 year low flow). Dalam Rancangan Perniagaan SAJH untuk Tempoh Operasi Ke-Tiga (2015-2017) telah disenaraikan cadangan untuk mengoptimumkan kapasiti rekabentuk LRA Skudai (227 JLH) bagi menampung permintaan air bersih yang meningkat dengan ketara bagi Daerah Johor Bahru. Bagi mencapai objektif ini, Kajian Sumber Air Johor 2010-2060 (JWRS 2010) telah mencadangkan skim pemindahan air mentah dari Sungai Johor ke LRA Skudai. Oleh itu LRA Skudai yang mempunyai kapasiti 227 JLH dapat dioptimumkan penggunaannya bagi menampung permintaan air bersih yang dijangka meningkat dengan ketara di kawasan ISKANDAR. Ini juga berdasarkan permintaan air bersih dari cadangan-cadangan pembangunan baru yang berjumlah 1,177

JLH (tahun 2012 sehingga tahun 2046). Cadangan-cadangan pembangunan baru ini merangkumi pembangunan bercampur serta pembangunan industri di koridor pembangunan Ulu TIram, Senai-Kulai-Sedenak, Skudai-Jalan Pontian-Ulu Choh, Pasir Gudang-Kong Kong, Tebrau-Danga dan kawasan Nusajaya.

Keadaan panas dan kering mengakibatkan paras-paras sungai dan empangan merosot. Sungai-sungai dan empangan ini memerlukan hujan sebagai tindakbalas hidrologi untuk mengumpul sumber air. Pemantauan ke atas paras efektif bekalan air dari empangan dapat diukur dengan mudah melalui tanda aras di muka sauk dengan kiraan matematik, tetapi agak sukar dilakukan bagi muka sauk yang mengambil air dari sungai pemantauan paras sungai kerana kadar aliran yang tidak menentu dan ini boleh berlaku pada bila-bila masa atas sebab hidrologi. Justeru, komitmen semua pihak yang berkaitan diperlukan untuk pengurusan sumber air yang berkesan.

KEADAAN NORMAL EMPANGAN CONGOK

KEADAAN EMPANGAN CONGOK TERKINI

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A12

Water Conversation – Why Save Water for a ‘Rainy Day’? By Ir. Lee Chin Shyan, Water Regulatory Department

The June Monthly Rainfall Review statement by Malaysia Meteorological Department (MET) reported that the El-Nino episode has ended and the southwest monsoon is dominating the weather pattern over the country. The El Nino phenomenon was peaked in December 2015 and started weakening since late April and was completely wear off by June 2016.

During this pro long drought, Malaysians had to endure with the heat that made life uncomfortable both indoors and outdoors. Dams and rivers have been drying up and several water treatment plants were unable to produce sufficient treated water to the users.

The highest recorded temperature was 39.3oC in Batu Embun, Pahang in this El Nino cycle, although less than the 40.1oC recorded in Chuping, Perlis during the 1997/1998 El Nino. The extremely low rainfall availability and high evaporation rate during the El Nino phenomenon has caused disruption to our water supply which rely 98% on the surface water derived from rain.

The depleted surface water has impaired the operation of the water treatment plants in the country. Perlis, Kedah, Perak, Pahang and Johor are among the states facing water shortage problem where 8,167 user accounts are still suffering from dry taps due to low water level in Congok Dam as a result of the drought.

The sustainability and security of potable water rely on the best supply and demand management. The supply management include water resources planning, water infrastructure development (i.e. construction of dams, off-river storage, barrage,

raw water transfer, water treatment plants and the public water distribution systems).

In Malaysia, water supply management involves various stakeholders or agencies from different administrative governments including the water operators (treatment and distribution). Coordination and involvement of these parties is to ensure timely water resource/supply project development to meet the increasing water demand. Unlike water scarce countries, it is more appropriate to say that the water supply planning is actually demand driven in our homeland (refer to previous article “Manage Water Like Managing Personal Financial” in SPAN Bulletin Bil.04, 2015).

While water demand management is including educating people to understand and appreciate the true value of water and ultimately conserve this non-infinite element by managing the way they use water. To ensure that the supply and demand management is relevant and linked to each other, the water supply reserve margin becomes an important indicator to strike the balance of both supply-demand management.

Water supply reserve margin is a measurement or ratio of the available water reserve over and above the needed capacity to meet the demand:

(Available Treatment / Distributable / Production Capacity – Demand) / Available Treatment / Distributable / Production Capacity)

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 13

The minimum reserve margin was set to compensate for the fluctuation in daily and seasonal water demand which may fluctuate during peak hours i.e. morning and evening, during hot weather/season and reduces impact of interruption during any scheduled or unscheduled water interruptions (e.g. pipe burst, pollution, plant shutdown, power outage and etc.) including variation of input parameters in the water demand projection.

Reserve margin is commonly used as one of the indicators for the necessary source work development planning. For instance, National Water Services Commission (SPAN) recommends 10-15% as a factor of safety or buffer in order to ensure the available treatment capacity as well as the distributable/production capacity are able to meet increasing water demand over time but let us discuss more on the supply capacity in other article. On the other hand, excessive reserve margin will make the infrastructure development (investment) become uneconomical.

The water supply reserve margin rate vary from time to time where it can be influenced by the following 6 key factors and these factors are strongly related to each other:

i. availability of raw water;ii. design capacity and production capacity of the water

treatment plant;iii. conveyance capacity & interconnectivity of the distribution

system/network;iv. the current water demand;v. the accuracy of the record production volume of the plants;

andvi. operational efficiency of the water supply distribution

network.

In addition to resources and infrastructure planning purposes, the water supply reserve margin also helps to identify water stressed areas. While in other cases, the reserve margin status may indicate an unrealistic “complaisant” level especially during the El Nino phenomenon/drought. For instance, water treatment plants were unable to produce treated water due to raw water shortage and hence the gap between the treatment

and production capacity reflected an increase of reserve margin. This will also happen when treatment plant is unable to run at full design capacity due to certain reasons or operational constraints besides the aforesaid 6 key factors.

In Malaysia, much focus has been emphasized on the supply side to ensure that the source work development is able to catch up with the demand. However, not many efforts are put into the demand side management where Malaysians in general do use a lot of water. Based on Malaysia Water Industry Guide 2016, the average domestic consumption per capita per day for 2015 was 225 liters excluding Sabah and Sarawak. Even the most urbanized state of Selangor and Pulau Pinang has attained 234 and 291 liters respectively as compared to 151 liters in Singapore (Public Utilities Board, Singapore) and 132 liters in Hong Kong (Water Supplies Department, Hong Kong 2014-2015).

Generally, domestic consumption per capita per day means the average amount of water each person uses in a particular area on a daily basis. One may argue that the fair comparison of water used between cities, country and etc. may not be fair due to geographical, census data, cultural and climate conditions. Nevertheless, it can still be use to evaluate the effectiveness of water conservation programs over time for a specific area.

Figure 1 illustrates how the water conservation will work if public are to conserve the precious resource by having low consumption per capita, it also illustrates that if there is no timely source development to increase the supply, the demand will eventually reduce the supply reserve margin and finally outgrowth the supply capacity.

Records show that the water demand for the country from year 2010 to 2015 is growing at average 3.1% p.a. while the growth of the supply capacity is lower at average 2.3% p.a. (Refer Figure 2).The depleting reserve margin will put the water supply security and reliability at risk. On the other hand, the low consumption will be able to delay the development of water infrastructure as long as the reserve margin remains at a comfortable level.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A14

Population

Prod

uctio

n Ca

paci

ty 1,000 l/d

1 2 3 4

= 212 l/c/d

Reserve margin 15%

Population

Prod

uctio

n Ca

paci

ty 1,000 l/d

1 2 3 4

= 150 l/c/d

Reserve margin 40%

Figure 1: Illustration shows the efficient use of water can conserve water and hence preserve the water supply reserve margin

Figure 2: Illustration shows water supply-demand growth in Malaysia

In addition to increase and achieve water usage efficiency for the domestic sector, industry users are encouraged to review their current water management practices and processes for their business sustainability. They should promote good and efficient use of water in their business operation.

For the domestic users, SPAN has encourage the use of water efficient appliances through labeling scheme or Water Efficient Product Labelling Scheme (WEPLS). The purpose of the WEPLS is to assist consumers selecting appliances that use less water

but still provide the satisfactory level of quality and performance. More info can be obtained from http://www.span.gov.my/index.php/en/wepls.

SPAN has also implemented mandatory use of flushing cistern serving a water closet pan to provide dual flushes function (with a nominal volume of a full and partial flush not exceeding 6 and 3 liters respectively) in the Water Services Industry (Water Reticulation and Plumbing) (Amendment No. 2) Rules 2015. These are part of the water demand management practices.

0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

30.0%

35.0%

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

14,000

16,000

18,000

20,000

1981

1983

1985

1987

1989

1991

1993

1995

1997

1999

2001

2003

2005

2007

2009

2011

2013

2015

Capa

city

(Mld

)

Year

WATER SUPPLY-DEMAND GROWTH IN MALAYSIA1981 - 2015

WTP Design Capacity (Mld) Total WTP Production (Mld) Reserve Margin

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 15

While Singapore’s domestic water consumption per capita was reduced from 165 liters per day in 2003 to the current 151 liters, their target is to lower it to 147 liters by 2020 and 140 liters by 2030. Contrary in our homeland, although most of us knowing that the unlimited use of water is irresponsible, many people still use it as long as they can afford it.

We should practice sustainable use of our precious water resources to conserve water and monitor our water saving performance. By conserving water, we are not only reducing the demand for water but also the amount of wastewater generated and subsequently minimized wastewater infrastructure capital investment as well as the reduction rate in water usage. In Peninsular Malaysia, the number of connected accounts to the public sewerage system has grown at 3.5% p.a. compare to the domestic water demand growth at 2.5% p.a. The public sewerage system is able to treat about 60% of the domestic wastewater if operated at full capacity.

2,600,000

2,700,000

2,800,000

2,900,000

3,000,000

3,100,000

3,200,000

0

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

2010 2011 2012 2013 2014 2015

Year

No.

of C

onne

cted

Acc

ount

Capc

ity (M

ld)

Domestic Water Demand VS Public Sewerage System 2010 - 2015

Total Domestic STP Capacity (Mld) Domestic Water Consumption (Mld)

No. of Connected Acc. (Domestic + Gov Quarters)

Figure 3: Comparison between domestic water demand and public sewerage system capacity

MET has reported that El Nino phenomenon has ended and we are now bracing for the La Nina with the opposite effect that is expected to continue up to the year end. We can expect showers till October as most of the international climate models are predicting weak La Nina conditions are to develop by August 2016 with probability of 55% to 60% chance.

Nevertheless, rain does not always come with the right intensity/amount or at the right time and at the right place. Climate change may contribute to the prolonged or severe drought (and wetter wet season conversely). Furthermore, rain may not fall into the dam catchments due to its spatial distribution factor. Hence, we still need to conserve our water even during raining days.

1 Hong Kong Water Supply Department supplies sea water for flushing purposes since 1950, which currently covering nearly 80% of the population, and hence reduces

the use of treated fresh water.

Source: MWIG 2010 – 2015 (Note: Conversion of PE to Mld = No. of connected account x 5/residential x 0.225m3/person/day)

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A16

SPAN Partners With Non-Government Organization And Private Sector In Enhancing The Public Awareness On Water ConservationBy Corporate Communications and Customer Affairs Unit

Malaysia experienced the El Nino effect since Mac 2015, peaked in December 2015 and the situation remained until the late April 2016. This phenomenon had resulted in a longer hot and dry season that affected the water supply at some states such as Johor, Perak, Perlis and Kedah.

According to the statistic by the Meteorology Department, the rainfall reduced up to 60% in Kedah, Perlis, Perak, Kelantan and Pahang. The prolonged heatwave had dries up the dams and rivers and there were fears that taps could run dry in many other places in the country. Water rationing exercise was started in Kota Tinggi and Mersing at Johor on 18 April and 20 April 2016 respectively. Almost 17,012 accounts or 81,505 consumers were affected with the schedule water disruption.

Malaysia is a blessed country. Our country receives an abundance of rainfall per year and is rich with water resources. 83% of water resources in Malaysia are surface water, 15% from dam and another 2% is groundwater. As of September 2015, Malaysian’s daily water consumption was about 228 liter per person per day, while in 2014, the average consumption was 226 liters, which rose by 2 liters. This consumption is still far beyond the water usage recommended by the World Health Organization (WHO) which is 165 liters per person per day. Out of the total usage, only 30% is used for actual consumption such as cooking and drinking, while the rest of it is just for utilities like washing cars, washing pools and washing clothes. Thus, Malaysians need to

change their attitude and behavior to reduce demand for treated water for non-potable use as Malaysians’ habit of wasting the water is among the factors contributed to water shortage.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) has long been at the forefront of addressing the public awareness on water conservation issues through the join-effort or co-operation with the non-government organization (NGO) or private sector campaigns.

SPAN in partnership with Global Environment Centre (GEC) initiated a water conservation program for schools in Malaysia. This program was funded by HSBC Bank Malaysia Berhad with the support of Ministry of Education (MOE) Malaysia. Other partners who participated in this program are Department of Irrigation and Drainage under the Ministry of Natural Resources and Environment (NRE) and all relevant state water services operators.

This 3 year initiative carried out from 2014, targeted 10 schools from Selangor and Federal Territory of Kuala Lumpur (Central Region). In 2015, the program targeted 10 schools from Pulau Pinang and Kedah (Northern Region) while in 2016, it is focusing on 10 schools from Johor (Southern Region). By the end of this program, a total of 30 schools with 600 students and 60 teachers would have participated in this program.

On 20 March 2016, almost 200 participants comprising teachers and students visited to Gunung Pulai Water Treatment Plant and Taman Pulai Hijauan Sewage Treatment Plant at Johor. The

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 17

objective of the site visit was to make the participants to understand the process of water and sewage treatment, the important of the treatment and the value of the treatment water and sewerage services. Besides the site visit, a theory session emphasized on current water sources, water issues and water conservation efforts, was taught to the participants. Subsequently, all schools were to carry out the water conservation initiatives at their school level. This program emphasized action with given awareness followed by knowledge and skills respectively.

As a summary, the program was successfully exposed the teachers and students with practical approach towards water conservation efforts at schools specifically focusing on water auditing followed by action plan. With this concept, the trained teachers and students will then engage more others on environmental education particularly focusing on water theme.

On 22 March 2016, SPAN had received an invitation from Colgate Palmolive (M) Sdn Bhd to give a talk to their employees at its factory. The purposed of the event was to raise awareness on the

importance of water and its conservation. SPAN had shared the knowledge and information to almost 50 of their employees on water conservation tips as well as the products with Water Efficient Products Labeling Scheme (WELPS).

On 22 May 2016, SPAN in partnership the Energy Consumer Association of Malaysia (WECAM), Forum Air Malaysia (FAM) and Federation of Malaysian Consumer Association (FOMCA) organized a program called “Thirsty Runner 2016: Water for People, Water by People”. The program was to increase awareness and to educate the general public to realize the importance of water sustainability. 1,300 participants and 100 volunteers and crew were participated in the running program. There was water facts and water saving tips all along the running track which enabled the participants to become more aware that water was limited and that they should all appreciated water.

In conclusion, Malaysians should continue on saving the water and together reduce the water consumption.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A18

Inisiatif Jangka Panjang Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air di Daerah Temerloh, PahangOleh Puan Arni Shahrina binti Shaharum - Ketua Cawangan, SPAN Wilayah Timur

(Pejabat Cawangan Pahang)

Pada 26 Julai 2016 yang lalu, satu lawatan kerja oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Y.Bhg Dato’ Mohd. Ridhuan bin Ismail ke Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Kawah, Daerah Temerloh, Pahang. Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi mengetahui status semasa gangguan bekalan air akibat masalah sumber air mentah berikutan kemarau berpanjangan. Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh Jabatan Kawal Selia Air, Pejabat Cawangan Pahang dan Pengurusan Air Pahang Berhad.

LRA Lubuk Kawah mendapat sumber bekalan air dari Sungai Pahang. Kesan penyusutan paras air sungai yang mana hampir kering semasa Fenomena El-Nino dan kemarau yang telah melanda negara bermula Mac yang lepas telah menyebabkan LRA Pahang hanya dapat mengeluarkan bekalan air terawat dengan nilai purata 70 hingga 80 juta liter sehari (JLH) berbanding pengeluaran semasa iaitu 99 juta liter sehari (JLH).

LRA Lubuk Kawah merupakan loji ketiga terbesar di Pahang dari segi rekabentuk kapasiti pengeluaran air selepas LRA Panching, Kuantan dan LRA Semambu, Kuantan. LRA Lubuk Kawah membekalkan air sekitar bandar Mentakab dan pinggir bandar Mentakab serta sekitar kawasan Lanchang dan Temerloh dengan bilangan akaun sebanyak 38,271.

Semasa lawatan tersebut, pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan perancangan dan tindakan mereka dalam mengatasi cabaran yang berlaku. Ini termasuk perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk mengatasi masalah ini. Antara cadangan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini adalah mereka bentuk fasa baru muka sauk LRA Lubuk Kawah, membina

muka sauk baru di lokasi lebih sesuai dan cadangan mereka bentuk muka sauk baru di lokasi yang dicadangkan dan juga kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

Sesi lawatan oleh Ketua Pegawai Esekutif SPAN diteruskan dengan melawat muka sauk di LRA Lubuk Kawah dan juga di LRA Lubuk Kawah.

Secara keseluruhannya, sehingga kini gangguan bekalan air di kawasan terlibat masih lagi berlaku kerana paras air sungai masih belum mencapai paras normal. Adalah diharapkan setelah cadangan-cadangan jangka panjang dilaksanakan, LRA Lubuk Kawah dapat terus membekalkan air terawat dengan gangguan bekalan air yang lebih minima walaupun pada musim kemarau.

B U L E T I N S PA N B I L . 0 3 . 2 0 1 6

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A I R N E G A R A 19

AKTIVITI SPAN (Julai - September 2016)

LAWATAN RASMI DELEGASI DARI KOREA KE SPAN DAN LRA SG. SEMENYIH, 14 JULAI 2016

LAWATAN RASMI DELEGASI DARI THAILAND DIIRINGI PEGAWAI MPC KE SPAN, 28 JULAI 2016

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SPAN 2016, 03 OGOS 2016, PRIMA 7 SPAN

w w w .span.gov.m y

IBU PEJABATAras Bawah & Aras Satu,Prima Avenue 7, Blok 3510,Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.Tel : + 603 - 8317 9333 / 4 / 5Faks : + 603 - 8317 9336 / 9339

WILAYAH SELATANSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,

Tingkat 22, Menara MSC Cyberport,No 5, Jalan Bukit Meldrum,

80300, Johor Bahru,Johor Darul Takzim.

Tel : +607 - 222 5842 / 3Faks : +607 - 222 5844

WILAYAH TENGAHSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Aras Bawah, Prima Avenue 8,Blok 3508, Jalan Teknokrat 6,63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.Tel : +603 - 8317 9456Faks : +603 - 8317 9460

WILAYAH TIMURSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,

Tingkat 2, Wisma PERKESO,Lot 2467, Jalan Air Jernih,20200, Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.Tel : +609 - 624 6087 / 78

Faks : +609 - 624 6088

WILAYAH UTARA(CAWANGAN PERAK)Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Lot 6.3, Tingkat 6, Bangunan KWSP,Jalan Greentown,30450 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.Tel : +605 - 241 3209 / 10Faks : +605 - 241 3213

WILAYAH SELATAN(CAWANGAN MELAKA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Lot 4.2 & 4.3, Tingkat 4,Bangunan Bank Rakyat,

Jalan Hang Tuah,75300, Melaka

Tel : +606 - 281 6314 / 6559

WILAYAH TIMUR(CAWANGAN PAHANG)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,Lot 2.01A, Tingkat 2, Bangunan KWSP,

Persiaran KWSP, Bandar Indera Mahkota25200, Kuantan,

Pahang Darul Makmur.Tel : +609 - 573 0153 / 2

Faks : +609 - 573 0149

WILAYAH UTARASuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara,

Tingkat 5, Kompleks Sempilai Jaya,Jalan Sempilai,

13700, Seberang Jaya,Pulau Pinang.

Tel : +604 - 397 0532 / 3Faks : +604 - 397 0531