memberi pendedahan tentan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza. satu kumpulan pelajar...

3
1 Ogos 2018 : Career Talk anjuran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat dengan kerjasama COWAM (Persatuan Inspektor Pembinaan Malaysia) telah diadakan kepada para pelajar Tek. Cadd Senibina. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang prospek kerjaya dalam sektor pembinaan. Semua pelajar yang menghadiri program ini telah mendaftar sebagai ahli COWAM. e-Buletin ILPKLS EDISI OGOS 2018 1 Ogos 2018 : Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat telah menganjurkan aktiviti Career Talk yang disampaikan oleh alumni Tek. Cadd Senibina iaitu Saudara Mohd Qusyaimi Bin Nor Azlan menyandang jawatan sebagai Pembantu Arkitek di syarikat Arkitek Baderulzaman. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar berhubung hala tuju serta peluang kerjaya dalam bidang Cadd Senibina. Selain itu, pelajar-pelajar juga mendapat informasi tentang penggunaan teknologi terkini oleh industri. 6 Ogos 2018 : Perhimpunan Bulanan Ogos 2018 telah diadakan bertujuan untuk memberi informasi terkini dari semasa ke semasa kepada semua pelajar ILP Kuala Langat.

Upload: duonglien

Post on 02-Aug-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: memberi pendedahan tentan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza. Satu kumpulan pelajar seramai 5 orang diiringi oleh pengajar pengiring Puan Rosnidaini bt Shudin telah memenangi

1 Ogos 2018 : Career Talk anjuran Institut Latihan

Perindustrian (ILP) Kuala Langat dengan kerjasama

COWAM (Persatuan Inspektor Pembinaan

Malaysia) telah diadakan kepada para pelajar Tek.

Cadd Senibina. Program ini bertujuan untuk

memberi pendedahan tentang prospek kerjaya

dalam sektor pembinaan. Semua pelajar yang

menghadiri program ini telah mendaftar sebagai ahli

COWAM.

e-Buletin ILPKLS EDISI OGOS 2018

1 Ogos 2018 : Institut Latihan

Perindustrian Kuala Langat telah

menganjurkan aktiviti Career Talk

yang disampaikan oleh alumni Tek.

Cadd Senibina iaitu Saudara Mohd

Qusyaimi Bin Nor Azlan menyandang

jawatan sebagai Pembantu Arkitek di

syarikat Arkitek Baderulzaman.

Objektif utama program ini dijalankan

adalah untuk memberi pendedahan

dan pengetahuan kepada para

pelajar berhubung hala tuju serta

peluang kerjaya dalam bidang Cadd

Senibina. Selain itu, pelajar-pelajar

juga mendapat informasi tentang

penggunaan teknologi terkini oleh

industri.

6 Ogos 2018 : Perhimpunan Bulanan Ogos 2018 telah

diadakan bertujuan untuk memberi informasi terkini

dari semasa ke semasa kepada semua pelajar ILP

Kuala Langat.

Page 2: memberi pendedahan tentan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza. Satu kumpulan pelajar seramai 5 orang diiringi oleh pengajar pengiring Puan Rosnidaini bt Shudin telah memenangi

Detik rasmi Malaysia mencapai kemerdekaan serta bebas dari

cengkaman penjajah adalah pada tanggal 31 Ogos 1957. Tahun

ini genap 61 tahun Malaysia telah merdeka. Bersempena dengan

Bulan Kemerdekaan ILP Kuala Langat menganjurkan pertandingan

Selfie yang bertemakan #SayangiMalaysiaku dan Pertandingan

Karaoke Kemerdekaan yang akan bertanding pada 18 Ogos 2018.

Objektif utama program ini dianjurkan adalah bagi memperingati

Serta mendalami erti kemerdekaan yang sebenar bukan sahaja

Merdeka dari penjajah negara bahkan merdeka dari segi pemikiran

serta anasir-anasir negatif yang membawa kepada keburukan.

11 Ogos 2018 : ILP Kuala Langat telah menghantar penyertaan di dalam

pertandingan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza.

Satu kumpulan pelajar seramai 5 orang diiringi oleh pengajar pengiring Puan

Rosnidaini bt Shudin telah memenangi saguhati berjumlah RM 500 di dalam

pertandingan Pengisahan Kenegaraan Negeri Selangor yang telah diadakan di

UITM Kampus Puncak Perdana.

Manakala pertandingan Sayembara Dikir Zon Tengah yang diadakan di Dewan

Lavender ILP Kuala Langat, anjuran Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Banting

telah disertai oleh sekumpulan pelajar seramai 15 orang diiringi oleh pengajar

pengiring En Khairul Anuar b Hasan. Di dalam pertandingan dikir barat ini, ILP Kuala

Langat telah dinobatkan sebagai naib johan dengan membawa pulang hadiah tunai

berjumlah RM 200.

2

Page 3: memberi pendedahan tentan yang berjalan serentak di dua tempat berbeza. Satu kumpulan pelajar seramai 5 orang diiringi oleh pengajar pengiring Puan Rosnidaini bt Shudin telah memenangi

3

10 Ogos 2018 : satu latihan pengungsian bangunan dan demo

penggunaan alat pemadam api telah diadakan di ILP Kuala Langat

dengan kerjasama Balai Bomba Banting yang diketuai oleh Tuan Akmal

Azizi Bin Elias @ Mohd Jani dan disertai oleh 3 orang pegawai.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (JKKP) insitut yang diketuai oleh Puan Nurashikin Binti

Ismail, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) merangkap ketua

pegwai keselamatan institut.

Seramai 409 nyawa yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan

pekerja kontrak selamat dalam latihan kebakaran ini. setelah aktiviti

pengungsian bangunan selesai, program diakhiri dengan praktikal

menggunakan alat pemadam api oleh beberapa orang pelajar dan

kakitangan.

Aktiviti fire drill di ILP Kuala Langat

7 Ogos 2018 : Pihak ILP Kuala Langat telah

menerima kunjungan rasmi daripada YB Adun

Banting, Tuan Lau Weng San dan YB Adun

Kuala Kubu Bharu, Puan Lee Kee Hiong

bersama komuniti setempat. Antara intipati

kunjungan tersebut adalah penerangan berkaitan

ILP Kuala Langat, sesi soal jawab dan lawatan ke

bengkel. Bagi lawatan ke bengkel, YB Adun dan

para pelawat dapat melihat dengan lebih dekat

kemudahan yang disediakan dan perjalanan

pembelajaran di ILP Kuala Langat. Pameran

projek tahun akhir pelajar juga dipamerkan

kepada para pelawat.

Kunjungan Rasmi Adun Banting dan Adun Kuala Kubu

Bharu Ke ILP Kuala Langat