mellisa

11
OLEH: ABDULLAH HUSSAIN

Upload: moinah-pakusiam

Post on 05-Jul-2015

10.816 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

OLEH: ABDULLAH HUSSAIN

Satu hari Mellisa diperkenal oleh rakan setugasnya, Farid dengan lelaki yang bernama Syahid, mirip bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Tutur kata Syahid menyebabkan Mellisa hampir jatuh hati. Dalam perjalanan pulang, Farid menyindirnya sebagai perempuan yang mudah jatuh cinta.

Ketika itu Mellisa teringat ketika dia masih kanak-kanak.Hisyam yang lebih tua beberapa tahun daripadanya pandai mengambil hati, suka memujuk ketika dia merajuk, dan bersama Hisyam dia bermain masak-masak.Hisyam ada berjanji mahu berkahwin dengannya apabila besar kelak.

SAMBUNGAN SINOPSIS….

Tragedi 13 Mei 1969 telah meranapkan harapannya.Ketika hari tersebut, Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

Hisyam telah terbunuh dalam rusuhan kaum ketika melalui Jalan Petaling.

Dua minggu sebelum detik hitam itu berlaku, Hisyam telah menumbuk anak seorang lelaki Inggeris yang berusia tujuh tahun, gara-gara memegang tangannya.

Kenangan silam itu amat berbekas dihatinya.Ketika itu dia tertanya-tanya, mengapa orang Melayu dan orang Cina mesti berbunuhan?

SAMBUNGAN SINOPSIS….

Lima belas tahun kemudian baharu dia mendapat jawapan apabila tesis Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah.

Daripada kajiannya, tragedi permusuhan kaum berpunca tindakan penjajah memisahkan kaum mengikut geografi; contohnya orang Melayu tinggal di kampung, Orang Cina di bandar, dan orang India di ladang.

SAMBUNGAN SINOPSIS….

Oleh sebab pujukan Syahid yang berterusan, akhirnya hubungan mereka semakin akrab.

Namun, impian Mellisayang mahukan negara ini aman dan damai menyebabkan dia memutuskan hubungan tersebut.

Baginya, Syahid yang kacak boleh menemui perempuang yang lebih cantik.

Mellisa tidak kecewa atas perpisahan tersebut kerana dia mengutamakan tugas, tugasnya sebagai seorang tentera.

TEMA DAN PERSOALANTEMA DAN PERSOALAN

WATAK DAN PERWATAKANWATAK DAN PERWATAKAN

LATARLATAR

NILAI MURNINILAI MURNI

PENGAJARANPENGAJARAN