melaka 1

41
Selamat Datang KE MELAKA

Upload: mosazusm

Post on 04-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

HISTORY

TRANSCRIPT

Page 2: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

Di Manakah Melaka?

Malaysia terletak satu hingga tujuh darjah ke utara garisan khatulistiwa. Negeri Melaka, salah satu dari empat belas negeri dalam Malaysia, terletak di Barat Daya Semenanjung Malaysia mengadap Selat Melaka bersempadan dengan Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Selatan.

Page 3: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

KELUASAN

MELAKA Keluasan Melaka adalah 1,650 kilometer

persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) membolehkan Melaka diakses dari semua negeri di Malaysia. Perjalanan ke Melaka mengambil masa satu jam setengah melalui jalanraya dari Kuala Lumpur dan lebih kurang tiga jam dari Singapura.

Page 4: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

PETA MELAKA

DAN ARAHSalah satu cara lain untuk sampai ke

Melaka adalah dengan menggunakan jalan tepian pantai dari Kuala Lumpur yang melalui Klang, Morib dan Port Dickson sebelum sampai ke Melaka. Mereka dari Singapura boleh mengambil jalan indah yang melalui kawasan kampung dan ladang.dari Singapura.

Page 5: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

Lambang Negeri Melaka

Warna yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang menunjukkan bahawa Melaka sebuah negeri di Malaysia. Lima bilah keris di dalam lambang tersebut melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang berpecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi negeri tersebut.

  Di samping itu, terdapat juga pokok dan 2 ekor

Pelanduk yang mengisahkan hikayat bagaimana Melaka diasaskan. Parameswara telah menyaksikan pergaduhan di antara seekor Pelanduk dengan seekor Anjing semasa baginda berehat di bawah pokok Melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan pelanduk yang kecil itu. Walaupun kecil, pelanduk itu tetap gagah dan baginda akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya bersempena pokok Melaka tersebut. Moto negeri Melaka adalah “Bersatu Teguh”.

Page 6: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

BENDERA Negeri Melaka

Sebelah kiri atas: Biru pekat dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna kuning. Sebelah kanan atas berwarna merah dan separuh bahagian bawah berwarna putih.

Warna biru, kuning, merah dan putih yang terdapat pada bendera Melaka mencerminkan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia (Jalur Gemilang). Ini menandakan Melaka sebagai sebuah negeri di Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang yang ada pula adalah simbol kepada agama Islam, agama rasmi negeri dan juga negara.

Page 7: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

BUNGA Negeri Melaka

Kesidang atau nama botaninya "Vallabris Glabra" adalah Bunga Negeri Melaka. Ia tergolong dalam keluarga Apocynaceae. Bau harum bunga kesidang amat ketara pada waktu pagi dan keharumannya selalu dibandingkan dengan daun pandan.

Bentuknya yang kecil dan cantik amat menarik dan sesuai dijadikan hiasan terutama baunya yang semerbak memenuhi setiap ruang dan bertahan lama. Bunga kesidang sesuai dijadiakn sebagai hiasan pada arca, pergolas dan kebiasaannya dijumpai di kuil, gereja, majlis perkahwinan dan lain-lain perayaan.

Pendeknya, bunga kesidang merupakan bunga yang selalu dijadikan hiasan di majlis-majlis keraian dan di tempat-tempat kehormat. masyarakat tradisi Melaka menjadikan kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara perkahwinan Melayu seperti tepak sirih dan bunga rampai. Bunga kesidang paling ideal untuk dijadikan lambang Melaka. Walaupun kecil, kecantikan dan keharumannya dapat memikat semua sebagaimana Negeri Melaka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, sejarah dan kemajuan yang telah dicapai hari ini.

Page 8: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

Kebudayaan

Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah.

Setiap kaum ini memegang teguh tradisi mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk, pemakaian, barang kemas dan kraftangan.

Hari ini Melaka mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada pelancong seperti budaya, adat istiadar, tempat-tempat bersejarah, festival keagamaan, sambutan perayaan tradisional di bandar Melaka serta Alor Gajah dan Jasin.

Page 9: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

Kebudayaan

Organisasi sosial orang Melayu di Melaka dibahagikan kepada dua iaitu mereka yang mengikut Adat Temenggong iaitu si isteri mengikut keluarga si suami dan Adat Perpatih, dimana si suami mengikut keluarga si isteri.

Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain sarung atau baju yang sedikit ketat yang dinamakan baju kebaya. Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgar berserta dengan kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang. Untuk majlis perkahwinan dan kenduri, kain songket akan digunakan sebagai kain samping. Tradisi dan karakter lain orang Melayu digambar dalam lagu seperti Dondang Sayang Melayu dan seni mempertahankan diri seperti Silat Melayu.

Kaum Cina datang ke Melaka semenjak perpindahan beramai-ramai orang Cina dari propinsi Selatan di negara Cina. Kaum-kaum seperti Hokkien, Cantonese, Hakka, Teochew dan Hainanese masih mengikut adat istiadat, tradisi, makanan, bahasa dan ciri-ciri kebudayaan mereka.

Kaum India di Melaka adalah orang Tamil dari India Selatan dimana mereka mendiami ladang getah. Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka yang bekerja dalam perniagaan barang kemas, fabrik, peniaga runcit, pedagang dan peminjam wang.

Page 10: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

Kebudayaan

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

Seperti juga Baba dan Nyonya, Melaka mempunyai komuniti kecil yang dipanggil Chitty iaitu orang peranakan yang berketurunan India atau anak-anak pedagang India yang berkahwin dengan wanita Melayu. Kampung mereka dikenali sebagai Kampung Chitty dan terletak ke arah barat Jalan Gajah Behrang, satu kilometer daripada barat laut Chinatown. Jalan masuk ke kampung ini dihiasi dengan ukiran gajah bersebelahan dengan Kuil Mutamariman. Seperti juga Kampung Morten, ia adalah kawasan yang indah untuk dilawati dan melihat rumah-rumah kampung yang bercirikan kampung Melayu. Waktu yang terbaik untuk melawat adalah ketika Festival Mariamman atau Pesta Datuk Char-char pada bulan Mei. Ia adalah pesta Hindu dimana anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan upacara perkahwinan tradisional kaum India.

Page 11: MELAKA 1

MENGENAI MELAKA

Kebudayaan

Melaka adalah satu-satunya negeri yang mempunyai penempatan Portugis yang diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya menamakan tempat ini Padre Sua Chang (Tanah Paderi) sempena dengan pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini adalah orang Eurasia berketurunan Portugis yang hidup sebagai nelayan. Orang Portugis mengamalkan agama Katolik dan bercakap bahasa Cristang atau Cristao.

Kaum Portugis di Melaka menyediakan kehidupan tradisional, bahasa, adat resam dan musik yang ternyata unik. Tariannya yang paling popular adalah Beranyo dan Frapeirra. Festival Kristian juga di sambut dengan hebat termasuk Hari Krismas, Pesta San Pedra dan Easter.

Tempat-tempat keagamaan yang boleh dilawati termasuk Gereja Christ, Gereja St. Paul, Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Masjid Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon Teng, Masjid Kampung Hulu, Gereja St. Peter, Kuil Sam Poh Kong dan Masjid Tengkera.

Page 13: MELAKA 1

SEJARAH MELAKA

ISTANA MELAKA 1.Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Page 14: MELAKA 1

SEJARAH MELAKAPELANDUK

MENENDANG ANJING SULTAN

2. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Page 15: MELAKA 1

SEJARAH MELAKALAKSAMANA HANG

TUAH

3. Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Page 16: MELAKA 1

SEJARAH MELAKAPERDAGANGAN DI

MELAKA4. Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan

Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

Namun demikian, kemasyhuran Melaka telah bermula seiring dengan keadaan di mana negara-negara Eropah sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa mereka ke benua Timur dan Melaka merupakan antara bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka. Pada tahun 1509, Diego Lopez De Squera dari Angkatan di Raja Portugal merupakan angkatan Portugis pertama telah tiba di Melaka. Selepas serangan bertubi-tubi pada tahun 1511, Melaka akhirnya telah berjaya ditawan oleh angkatan Portugis yang diketuai oleh Alfonso d’ Albuquerque.

Page 17: MELAKA 1

SEJARAH MELAKAKOTA A’FAMOSA 5.Sultan Mahmud Syah, pemerintah Melaka ketika

itu, telah berundur ke Johor dan setelah bertapak di situ, orang Melayu cuba menyerang kembali orang Portugis tetapi tidak berjaya. Salah satu sebab yang menjadi kekuatan pihak Portugis adalah pembinaan kota A’ Famosa sebagai benteng pertahanan mereka.

Kota A’ Famosa telah memantapkan lagi kuasa Portugis di Melaka selama 130 tahun. Sehinggalah pada tahun 1641, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Belanda melalui serangan dan pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. Bandar Melaka hampir musnah dan dalam tempoh satu setangah abad, Belanda telah membinanya semula dan menjadikannya sebagai pangkalan tentera kerana lokasinya yang strategik bagi mengawal Selat Melaka. 

Page 18: MELAKA 1

SEJARAH MELAKASELAT MELAKA 6.Pada tahun 1795, semasa Peperangan

Napoleon, Melaka telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris buat sementara bagi mengelakkan ianya ditawan oleh negara Perancis. Melaka telah dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1818, melalui Perjanjian Venice. Melalui Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London 1824 yang mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda, British kembali menguasai Melaka serta kawasan utara selat dan Singapura manakala Belanda di bahagian selatan selat (Kepulauan Indonesia). 

Page 19: MELAKA 1

SEJARAH MELAKAPEPERANGAN DI

MELAKA7. Dari tahun 1826, Melaka ditadbir oleh

Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpengkalan di India. Pada tahun 1827, Negeri-negeri Selat (iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) telah menjadi tanah jajahan British dan diletakkan di bawah pemerintahan Pusat di London. British telah meneruskan kuasanya di negeri-negeri Melayu sehinggalah berlakunya Perang Dunia ke-2 . 

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British kembali menyambung penguasaannya di Tanah Melayu sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu diisyhtiharkan merdeka oleh Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama pada 31 Ogos 1957.

Page 20: MELAKA 1

PELANCONGAN DIMELAKA Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah

destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia dengan keunikan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya makanannya yang begitu enak dan unik sekali.

Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia”  secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di Rantau Asia. Pada 7 Julai 2008, Melaka juga telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai sebuah Bandaraya Warisan Dunia dan kini dikenali sebagai "Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO". Ini disokong dengan 12 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang terkenal iaitu Pelancongan Sejarah, Pelancongan Budaya, Pelancongan Rekreasi, Pelanconagn Sukan, Pelancongan Membeli-Belah, Pelancongan Konvensyen, Pelancongan kesihatan, Pelancongan Pendidikan, Pelancongan Agro, Pelancongan Makan-Makan, Pelancongan Melaka Rumah Keduaku dan Pelancongan Belia.

Page 21: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Pulau Besar Pulau Besar ialah sebuah pulau di luar pantai Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.

  Pulau Besar dikatakan penuh dengan keramat dan mitos yang

menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Ramai di antaranya datang untuk melawat keramat yang dikatakan kepunyaan Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Di sini juga terdapat beberapa kubur lain seperti Makam Tujuh Beradik dan Makam Nenek Kebayan.

  Di puncak tertinggi di pulau ini terdapat sebuah Batu

Belah yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Pulau ini dianggap agak suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.

  Terdapat hotel dan gerai-gerai yang disediakan bagi

pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.

Page 22: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

ISTANA KESULTANAN

MELAKA

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.

Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.

  Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik

dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Page 23: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

PERIGI HANG TUAH Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

 Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat

tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

Page 24: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Perigi Raja

(Perigi Hang Li Po)

Perigi Raja (Perigi Hang Li Po) ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri beliau, Puteri Hang Li Po, seorang puteri dari negara Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).

Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Po.

Page 25: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Makam Hang Tuah Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya terbukti apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

  Walaupun terdapat beberapa hikayat bahawa Hang

Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Seri Lanang, yang dianggap sahih dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

Page 26: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

BUKIT CINA Bukit Cina merupakan sebuah bukit yang mana dahulunya adalah penempatan orang Cina yang terawal di Melaka. Ia seluas 26 hektar dan merupakan kubur Cina yang terbesar di luar Negara Cina. Ia mengandungi lebih kurang 12,500 kubur dan banyak daripada batu nisan di situ dikatakan wujud sejak dari Dinasti Ming.

Pada pertengahan kurun ke-15, Puteri Hang Li Po, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja Cina Dinasti Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Negara Cina. Baginda Puteri membawa bersamanya rombongan pengiring seramai 500 orang. Bukit Cina, merupakan hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah dijadikan tempat tinggal mereka sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

Page 27: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Kota A’Famosa

(Porta de Santiago)

Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.

Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

  Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang

Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

  Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa

pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.

Page 28: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Kompleks Muzium Maritim

(Flor de la Mar)

Kompleks Muzium Maritim ini merangkumi Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera II, Muzium Tentera Laut Di-Raja Malaysia dan Bekas Kapal KD Sri Trengganu

Muzium Samudera Fasa I Muzium Samudera Fasa I adalah sebuah replika

kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Page 29: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Perkampungan Portugis Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930. Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak.  Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.  

Page 30: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Perkuburan Belanda Kubur Belanda yang terkenal ini terletak di Bandar Hilir bersebelahan dengan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Kubur ini digunakan pada akhir suku kurun ke-17 dan mempunyai 5 kubur Belanda dan 33 kubur British di dalam kawasan ini.

Tanah perkuburan ini digunakan pada dua peringkat iaitu di antara 1670-1682 dan 1818-1838. Di antara kubur yang menjadi tarikan ialah kubur yang mempunyai menara yang tinggi yang mana merupakan kubur dua orang pegawai yang mati semasa Perang Naning.

Page 31: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Bukit St. John (Bukit Senjuang)

Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut.

  Kubu ini yang terletak di atas Bukit

Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini.

Page 32: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Kompleks Muzium Stadthuys

Bangunan StadthuysBandar Hilir, Melaka

Bangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 merupakan peninggalan orang Belanda yang menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Warna asal bangunan ini ialah putih tetapi ia kemudiannya di cat merah agar dapat dipadankan dengan Gereja Christ yang berdekatan.Bangunan ini yang terletak di Bandar Hilir kini dijadikan kompleks muzium yang mempunyai lima buah muzium berasingan di dalamnya. Muzium-muzium tersebut adalah:Muzium Sejarah dan EthnografiGaleri Laksamana Cheng HoMuzium SasteraMuzium Pemerintahan DemokrasiMuzium Yang Di-Pertua Negeri

Page 33: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Hilir, Melaka dan berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Berhadapan dengan memorial ini ialah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.

  Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman

Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan

Page 34: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Muzium Belia Muzium ini yang terletak di Jalan Laksamana telah dirasmikan pada tahun 1992. Ia telah dibina sempena sumbangan yang dibuat oleh belia dalam sosioekonomi Negeri Melaka. Ia merupakan sebuah pusat dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di peringkat Malaysia dan Antarabangsa. Bahan utama yang dipamerkan ialah gambar tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya.

Page 35: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Muzium Pertanian Muzium Pertanian terletak di tengah-tengah Pekan Jasin. Muzium ini diwujudkan untuk memaparkan fakta dan mitos asal Jasin sebagai salah satu penempatan perkembangan wilayah yang agak penting bagi Melaka. Jasin merupakan daerah pertama di Melaka untuk mengeluarkan bijih timah dan hasil pertanian serta menjadi perintis penanaman getah di Malaysia.

 Muzium ini mempamerkan artifak

sejarah dan budaya yang berkaitan dengan aktiviti pertanian ini.

Page 36: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Muzium UMNO Penubuhan Muzium UMNO di Melaka adalah suatu kewajaran kepada sejarah bangsa Melayu yang semuanya bermula di Melaka. Kewujudan Empayar Melaka yang menjadi pemangkin (catalyst) dan induk tamadun Melayu di Malaysia memang telah diakui oleh dunia. Pembinaan sistem kenegaraan, politik, ekonomi, budaya, sastera serta Islam sebagai sistem kepercayaan dan cara hidup orang Melayu menjadi ikutan dan pegangan negeri-negeri dan masyarakat Melayu selepasnya dan masa kini.

Dengan itu, pembinaan Muzium UMNO adalah saru justifikasi kepada kepentingan Melaka sebagai pemangkin dan perakam kegemilangan sejarah politik orang Melayu dan Malaysia.

Page 37: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Muzium ISLAM Muzium Islam Melaka terletak di Jalan Kota, hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Stadthuys. Di hadapannya adalah Ibu Pejabat Polis Pelancong Negeri Melaka. Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun 1850 yang telah mencatatkan pembangunan Islam di Semenanjung dan di rantau Asia Tenggara. Bangunan ini telah diwartakan sebagai antikuiti oleh Akta Antikuiti 1976.

Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran, setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi memberi pelawat perspektif ringkas tentang kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.

Page 38: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Muzium SETEM Melaka Setem merupakan aset yang sangat berharga dari segi kesenian, kewangan dan sejarah kepada yang menghargainya. Penggemarnya akan membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa bagi memastikan setem-setem yang jarang ditemui, kerana telah lama tidak diterbitkan, berada dalam simpanan mereka. Mengikut sejarah, setem dicipta bagi memudahkan bayaran bagi surat dan bungkusan yang dihantar melalui sistem pos milik kerajaan. Oleh yang demikian, ia mempunyai sejarah yang panjang dan berwarna-warni, seindah reka bentuk yang pelbagai. Setem adalah satu wadah yang terbaik dan agak murah bagi merakam peristiwa, alam semulajadi dan tokoh penting dalam sejarah dalam sesebuah negara. Tidak hairanlah, semakin tua usia sekeping setem, nilainya juga bertambah tinggi.

Page 39: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Muzium Senibina Malaysia

Cadangan awal penubuhan muzium ini adalah supaya diadakan satu tempat pameran bagi menempatkan model dan maklumat asas bangunan-bangunan penting dan bersejarah negara ini. Konsep yang dinamakan ‘Malaysia in Miniature’ ini kemudiannya terus dibincang bagi mencapai tahap perisian dan skop serta teknik persembahan yang lebih terancang. Akhirnya lahirlah Muzium Seni Bina Malaysia seperti yang ada pada hari ini.

Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman pembesar Belanda dan Lembaga Air Melaka (LAM). LAM merupakan pejabat terakhir yang menggunakan bangunan ini sebelum kerja-keja restorasi bangunan ini dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Muzium ini kini ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan.

.

Page 40: MELAKA 1

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMELAKA

Balai Seni Lukis Melaka Balai Seni Lukis Melaka terletak di Jalan Laksamana, Bandar Hilir, Melaka. Balai Seni Lukis ini turut mempamerkan pelbagai lukisan dan arca karya artis tempatan serta luar negara dan ia juga dikenali sebagai Galeri Seni PERZIM. Sebanyak 190 karya dipamerkan di sini yang merangkumi karya artis tempatan dan juga luar negara.

Balai Seni Lukis ini mempunyai galeri - galeri seperti Galeri Pelukis Melaka, Galeri Pelukis Malaysia, Galeri Pelukis Antarabangsa dan Galeri Bakat Muda.

Antara nama besar hasil seni lukisan tanah air yang dipamerkan ialah dari Rafie Abd Rahman, Wan Hui-Jyu, Rahmat Ramli, Rafie Abd Ghani, Jehan Chan dan Gerard Van Den Oetelaar.

Page 41: MELAKA 1

SEKIAN TERIMA KASIH