media (kbm) cross-sectoral executive leadership … · negeri mahupun di peringkat ibu pejabat....

12
BULETIN ISSN 1823-4887 BIL. 1/2012 JANUARI-MAC 2012 www.wildlife.gov.my JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA Seludup Burung Di KLIA ms5 Harimau Berkeliaran ms7 Kembara Bersama Media (KBM) ms9 Cross-Sectoral Executive Leadership Forum on Mainstreaming Tiger Habitats dirasmikan oleh Timbalan Menteri NRE

Upload: doantu

Post on 18-Sep-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN

ISSN 1823-4887BIL. 1/2012 JANUARI-MAC 2012

www.wildlife.gov.my

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DANTAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA

Seludup Burung Di Klia ms5

HarimauBerkeliaran ms7

Kembara BersamaMedia (KBM) ms9

Cross-SectoralExecutive LeadershipForum on MainstreamingTiger Habitatsdirasmikan olehTimbalan Menteri NRE

JABATAN PERHILITANKM 10 JALAN CHERAS,56100 KUALA LUMPUR,

MALAYSIA.

Tel: 03 - 9086 6800 Faks: 03 - 9075 2873

www.wildlife.gov.my

Salam sejahtera kepada semua warga PERHILITAN dan selamat bertemu kembali dalam keluaran edisi pertama

Buletin PERHILITAN tahun 2012. Buletin kali ini telah dimuatkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik yang berlaku sepanjang bulan Januari hingga Mac tahun ini.

Buletin kali ini terus memaparkan aktiviti-aktiviti utama yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Ibu Pejabat. Dengan penyiaran berita-berita serta artikel-artikel ini, adalah diharapkan ia dapat memberi maklumat di kalangan warga Jabatan dan masyarakat umum. Penglibatan dan komitmen dari semua warga PERHILITAN perlu dipupuk kerana kejayaan dan kewibawaan sesebuah organisasi adalah bergantung pada kepimpinan yang utuh dan sokongan padu daripada warganya.

Akhir sekali, pihak Sidang Pengarang ingi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang artikel dan diharapkan kepada semua warga jabatan akan terus memberi sumbangan demi meningkatkan lagi mutu Buletin PERHILITAN yang diterbitkan. Selamat membaca dan berjumpa lagi di keluaran akan datang.

Sekian, terima kasih.

SIDANG PENGARANGPENAUNG

Y.BHG. DATO’ ABD.RASID BIN SAMSUDINKetua Pengarah

PENASIHAT

PUAN MISLIAH BINTI MOHAMAD BASIRTimbalan Ketua Pengarah I

PENGERUSI

DR. ZAABA BIN ZAINOL ABIDINTimbalan Ketua Pengarah II

EDITOR

PUAN NURSHIRAH BINTI MUSTAPHAENCIK A’ZMAN BIN HAJI OTHMANENCIK MOHAMAD RUFINO BAIPURA BIN MOHAMADPUAN SITI NOR HUDA BINTI ABD GHANIENCIK CHE NOR BIN CHE ISMAIL

SETIAUSAHA

ENCIK HASDI HASSAN @ ASANG_____________________________________________________

Pihak Sidang Pengarang mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan/ artikel/ komen dari seluruh warga PERHILITAN. Sila rujuk kepada alamat e-mel: [email protected]

Buletin PERHILITAN serta kandungannya adalah hak milik Jabatan PERHILITAN. Ianya tidak boleh dicatak semula, ditiru, diterjemah, disalin atau bertujuan seumpamanya samada melalui percetakan atau elektronik tanpa mendapatkan kebenaran daripada jabatan PERHILITAN.

ISU KANDUNGAN

Muka depan --> 3

Penguatkuasaan --> 5

aktiviti --> 8-11

Utama --> 4

Kelestarian --> 6-7

Pada 20 Februari 2012, Y.B. Tan

Sri Datuk Seri Panglima Joseph

Kurup, Timbalan Menteri Sumber

Asli dan Alam Sekitar (NRE), telah

merasmikan Cross-Sectoral Executive

Leadership Forum on Mainstreaming

Tiger Habitats, di Hotel Istana, Kuala

Lumpur. Forum tersebut adalah

anjuran bersama di antara Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE),

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

dan Taman Negara (PERHILITAN)

Semenanjung Malaysia, Global

Tiger Initiative (GTI), Smithsonian

Conservation Biology Institute (SCBI),

USA dan WWF-Malaysia.

Forum yang berlangsung dari 20-22

Februari 2012 berjaya menarik lebih

daripada 70 peserta dari India, Indonesia,

Thailand, Malaysia, Nepal, Vietnam,

dan beberapa organisasi antarabangsa,

akan berkongsi pengalaman,

kemahiran,dan pengetahuan di dalam

konservasi Harimau Belang. Forum ini

juga merupakan sebahagian daripada

proses memperkasakan implementasi

komponen kebangsaan seperti yang

terkandung di dalam Global Tiger

Recovery Program (GTRP), yang telah

ditandatangani oleh kerajaan-kerajaan

di dalam Tiger Range Countries (TRCs)

semasa Tiger Summit di Rusia pada

2010.

Cross-Sectoral Executive LeadershipForum on Mainstreaming Tiger Habitats dirasmikan oleh Timbalan Menteri NRE

MUKA DEPAN 3

4 UTAMA

Lawatan Dymm Tuanku Puan Raja di Hilir ke PkHL Bota kanan

Lawatan Kerja Y.Bhg. TKSUII ke PKHL Kuala Gula

Lawatan Timbalan menteri Pelancongan ke Piw Sempena 1mg 1mc

Lawatan Kerja Pegawai Kanan NRE dan Ketua-Ketua Jabatan ke PKHL Bota Kanan

Pada 9 Februari 2012 jam lebih kurang 1.30 petang DYMM Tuanku Puan

Raja Dihilir Raja Mahani berkenan melawat Pusat Konservasi Hidupan

Liar (PKHL) Bota Kanan, Perak. Antara aturcara yang diatur pihak PKHL

Bota kanan adalah menunjukkan demonstrasi menanam telur Tuntung dan

cara-cara penjagaan serta pengurusan Tuntung di pusat ini. Lawatan ini

bersempena dengan aturcara Tuanku

melawat Daerah Perak Tengah menjurus

kepada lawatan Tuanku ke makam-makam

Diraja di sekitar daerah ini. Lawatan turut

diiringi oleh pembantu-pembantu istana

serta pegawai-pegawai Jabatan kerajaan

yang lain. Pihak PKHL Bota Kanan turut

memberikan sedikit cenderahati kepada

Tuanku.

Y.Bhg. Timbalan Ketua Setiausaha II (TKSU II) Kementerian Sumber

Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Dr. Che Ab Rahim Bin Nik telah

sempat meluangkan masa untuk melawat ke Pusat Konservasi Hidupan

Liar (PKHL) Kuala Gula, Perak pada 24 Mac 2012. Beliau telah diiringi oleh

pegawai-pegawai daripada Pejabat PERHILITAN Perak dan NRE. Y.Bhg.

Datuk TKSUII telah melawat ke Pusat Interpretif PKHL Kuala Gula dan

kuarters kakitangan serta berkesempatan

untuk menjalankan aktiviti

pemerhatian burung di

sekitar Kuala Gula sebelum

berlepas pulang.

Timbalan Menteri Pelancongan, Y.B.

Dato Dr. James Dawos Mamit telah

mengadakan lawatan ke Paya Indah Wetlands

(PIW) sempena 1Malaysia Green & 1Malaysia

Clean (1MG1MC) yang diadakan di PIW pada

4 Mac 2012. Program 1MG1MC merupakan

program anjuran Kementerian Pelancongan

yang dihadiri sekitar

500 warga kementerian

tersebut. Pihak PIW

telah menyediakan

pakej lawatan kepada

Y.B. Dato dan

rombongannya iaitu

lawatan ke sekitar

kawasan PIW serta

kemudahan yang ada.

Satu lawatan kerja pegawai kanan dan ketua Jabatan Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ke Pusat Konservasi Hidupan liar

(PKHL), Bota Kanan, Perak, telah diadakan pada 25 Mac 2012 sempena

Mesyuarat Ketua Jabatan Bil. 3/2012 dan Mesyuarat Pengurusan Bil.

3/2012 yang diadakan di Ipoh, Perak pada 24 hingga 26 Mac 2012.

Antara yang hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha I (TKSU I), TKSU II,

Setiausaha Bahagian dan Ketua-ketua Jabatan di bawah NRE bersama

pasangan masing-masing. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengerusi

PUSPANITA NRE, Y.Bhg. Datin Shahriah binti Md. Khalid.

Rombongan lawatan ini telah disambut oleh Y.Bhg. Dato’ Abd Rasid bin

Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN dan isteri. Rombongan

telah diberikan taklimat ringkas tentang latar belakang PKHL Bota Kanan

dan Tuntung. Mereka turut melawat Bilik Interpretif, kolam, dan tempat

penetasan telur Tuntung

di sekitar PKHL.

Sebanyak 30 ekor

anak Tuntung telah

dilepaskan ke Sg.

Perak sempena

lawatan ini.

Rampasan Gading, Kulit dan Tulang

Pada 10 Februari 2012, sepasukan

anggota terdiri daripada 12 kakitangan Jabatan PERHILITAN Negeri Kedah telah membuat serbuan secara serentak di dua buah premis kediaman di Mukim Tokai, Pendang dan Kg. Dedap, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Kakitangan Jabatan telah berjaya menahan seorang lelaki kerana memiliki lapan keping kulit Harimau Belang (Panthera tigris), 22 buah tengkorak dan tulang-tulang Harimau Belang, Sembilan batang gading Gajah Afrika (Loxodonta africana) dan satu trofi tanduk kijang (Muntiacus muntjak). Kes disiasat di bawah Akta

Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Seludup Burung di KLIA

Pada 13 Mac 2012, anggota Jabatan PERHILITAN KLIA

(Kuala Lumpur International Airport) telah membuat pemeriksaan konsaimen di Animal Hotel, MAS Kargo, KLIA Sepang. Hasil daripada pemeriksaan telah mendapati lebih kurang 111 ekor burung dari pelbagai spesies cuba dieksport ke Sabah. Hasil soal siasat, pemilik konsaimen gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen mengeksport yang sah. Semua burung telah dirampas dan kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

PENGUATKUASAAN 5

Penjual dan Pembeli Daging Hidupan Liar Ditahan

Pada 21 Januari 2012, satu operasi pemeriksaan

premis makanan eksotik dijalankan di Pekan Titi, Jelebu, Negeri Sembilan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan. Seorang penjual ditahan atas kesalahan menyimpan daging yang disyaki burung Enggang manakala seorang pembeli ditahan atas memiliki daging yang disyaki dua ekor musang yang baru dibeli.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Kes Memburu Keluang di Muar

Pada 12 Mac 2012, Jabatan

PERHILITAN Daerah Muar, Johor, telah menahan dua orang lelaki di kawasan Parit Sangit Semerah, Batu Pahat, Johor, kerana memiliki empat ekor Keluang (Pteropus vampyrus) yang telah ditembak mati dan tiada lesen untuk memiliki atau menyimpan hidupan liar tersebut. Selain itu, selaras senapang semi-auto dan 67 butir peluru juga telah dirampas. Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Operasi ‘OPS Naga’

Pada 20 hingga 22 Januari 2012, Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan telah

mengadakan operasi bagi mencegah, mengawal dan mengambil tindakan terhadap kegiatan pemburuan haram serta kegiatan perniagaan makanan eksotik tanpa kebenaran.

Operasi mencegah pemburuan haram dilakukan di kawasan Hutan Simpan Ulu Jelebu, kawasan hutan Chenor, Geylang dan Hutan Rekreasi Tengkek. Pemeriksaan terhadap premis perniagaan makanan eksotik dilakukan di kawasan Broga, Pekan Titi dan Pekan Simpang Pertang.

Sebanyak lima (5) kes berjaya diperolehi sepanjang operasi dijalankan. Kes terbesar adalah melibatkan tangkapan ke atas seorang peniaga makanan eksotik di Pekan Simpang Pertang. Sebahagian daging Harimau Kumbang, sebahagian daging Babi Hutan, dan sebahagian daging Ular Tedung berjaya ditemui di dalam sebuah kotak polisterin di bahagian dapur restoran.

Turut ditemui adalah disyaki lima bahagian kaki hadapan dan lima bahagian kaki belakang Harimau Kumbang, disyaki satu bahagian kaki Babi Hutan, disyaki empat bahagian kaki Kambing Gurun, dan disyaki sebahagian daging Ular Sawa yang di simpan di dalam stor rumah peniaga tersebut.

Operasi Jerat

Sepanjang Januari hingga Mac 2012, beberapa operasi mencari dan memusnahkan jerat telah

dijalankan oleh kakitangan Jabatan PERHILITAN. Antaranya adalah di Hutan Simpan Labis di Johor; sekitar kawasan jalan balak lama di KM10, KM18 dan KM24 Jalanraya Timur Barat (JRTB), Gerik di Perak; Taman Negeri Selangor, Hutan Simpan Bukit Tarek, Rezab Hidupan Liar Klang Gates, Rezab Hidupan Liar Sungai Dusun, Hutan Simpan Gombak dan Hutan Simpan Ampang di Selangor; dan Hutan Lipur Tasik

Meranti, Wang Kelian, Perlis.

Jerat yang dikumpulkan (lebih kurang 600m panjang) di Hutan Simpan Labis, Johor (12 Januari 2012)

Pemeriksaan terhadap orang awam semasa operasi di Empangan Batu, Selangor (10-12 Februari 2012).

Bangkai Beruang ditemui di Ladang Sawit Sungai Dusun (15-17 Mac 2012).

Jerat yang dikumpulkan di (lebih kurang 20 utas jerat)

di kawasan sekitar Jalanraya Timur (JRTB)

di Gerik, Perak (25-26 Januari 2012).

Pemantauan di Kampung Sungai Pusu

(Rezab Hidupan Liar Klang Gates) (15-17

Mac 2012).

Tenggiling Dirampas

Pada 17 Mac 2012, Jabatan PERHILITAN

Daerah Gerik, Perak, menahan sebuah kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam setelah mendapat maklumat berkaitan penyeludupan tenggiling. Sejumlah 18 ekor tenggiling yang masih hidup, kenderaan Proton Perdana dan lain-lain barang kes telah dirampas dan laporan polis

telah dibuat untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

6 KELESTARIAN

Tangkapan Seekor Beruang Jantan di Kg. Pasir Dusun, Jeli, Kelantan

Pada 31 Januari 2012, Jabatan

PERHILITAN Daerah Jeli telah berjaya menangkap seekor beruang jantan (Malayan Sun Bear) di Kg. Pasir Dusun, Jeli, Kelantan. Berat beruang tersebut dianggarkan 48 kg. Beruang tersebut telah dilepaskan di Taman Negara Kuala Koh pada hari yang sama.

Pantau Perangkap

Pada 16 Januari 2012, Jabatan PERHILITAN Kelantan telah menjalankan aktiviti

pemantauan perangkap musang yang dipasang di sekitar bandar Kota Bharu. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan perangkap berkenaan berjaya menangkap musang atau sebaliknya. Lokasi pemasangan perangkap-perangkap berkenaan ialah di Istana Balai Besar dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan.

Kelahiran Anak Tapir di PKHL Sg. Dusun

Pada 23 Februari 2012, Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg. Dusun, Selangor,

telah mencatat kejayaan dengan kelahiran seekor anak Tapir di kawasan kurungan 10 ekar. Kelahiran ini adalah hasil pembiakan di antara induk betina bernama Perabong dan induk jantan bernama Junior. Hasil pemasangan perangkap kamera pada 27 Februari 2012, didapati bahawa anak Tapir berkenaan dalam keadaan sihat.

Program Pemindahan Landak Raya

Sebanyak 152 ekor Landak Raya telah

berjaya dipindahkan dari Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg. Dusun, Selangor ke Pusat Kawalan Dan Menyelamat Spesies Hidupan Liar Sg. Tengi, Selangor. Program pemindahan landak ini dijalankan selama enam hari bermula pada 10 hingga 16 Januari 2012.

Program ini adalah satu langkah Jabatan PERHILITAN Selangor untuk mencapai objektif pembiakan dan komersil Landak Raya pada masa akan datang.

Mangsa Serangan Ular

Pada 2 Januari 2012, Puan

Fatimah binti Hassan, 65 tahun, telah dipatuk ular semasa mengutip pucuk paku pia di kawasan paya Kg. Kuala Besar, Kelantan. Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan untuk rawatan lanjut. Pada 4 Januari 2012, dua orang

kakitangan Jabatan PERHILITAN Kelantan telah melawat mangsa di hospital dan menerangkan beliau tentang Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Operasi Menyelamat Beruang Matahari

Pada 7 Februari 2012, satu

maklumat telah diterima daripada orang ramai tentang seekor beruang matahari (Helarctos malayanus) terkena jerat dawai di kawasan Hutan Rizab Tanum, kira-kira 5 km daripada Felcra Sg. Temau, Pahang. Susulan itu, satu operasi menyelamat telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Pahang. Beruang tersebut telah dilepaskan daripada jerat dan telah dirawat sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

Tangkap Pindah Gajah di Kampung Sri Timur

Satu operasi tangkap pindah gajah telah dijalankan di Kampung Sri Timur, Kluang,

Johor pada 11 Febuari 2012. Seekor gajah jantan berukuran diameter tapak 3.6cm telah dipindahkan ke habitat barunya di Sungai Ketiar, Hulu Terengganu, Terengganu. Pemindahan gajah tersebut melibatkan seramai 11 orang kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan dua ekor gajah denak (Che Mek dan Kala). Operasi turut dibantu oleh enam orang kakitangan PERHILITAN Johor.

Pindah Gajah Gua Musang

Seekor gajah jantan berdiameter tapak 4.5cm berjaya dipindahkan dalam satu operasi

di Kg. Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan pada 21 Febuari 2012. Gajah tersebut telah dilepaskan di habitat yang lebih sesuai iaitu di Sungai Ketiar, Hulu Terengganu, Terengganu. Operasi tersebut melibatkan seramai lapan orang kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan dua ekor gajah denak (Che Mek dan Kala) dan dibantu tujuh orang kakitangan Jabatan PERHILITAN Kelantan.

KELESTARIAN 7

Pasang Radio Kolar Projek MEME

Pada 13 Mac 2012, Jabatan

PERHILITAN Perak dengan kerjasama Projek Management And Ecology Of Malaysia Elephant (MEME) berjaya menembak pelali pada seekor gajah betina di KM 49, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) . Gajah tersebut telah dipasang kolar satelit bagi kajian konservasi dan dilepaskan semula di kawasan yang ditangkap. Penyelengaraan Padang

Ragut di PKHL Jenderak Selatan

Satu program penyelenggaraan padang ragut telah dijalankan di Pusat Konservasi Hidupan

Liar (PKHL) Jenderak Selatan, Pahang, pada 7 hingga 13 Mac 2012. Penyelenggaraan dilakukan bertujuan untuk menambahbaik padang ragut yang telah dibina semula pada tahun 2011 selain untuk terus membekalkan sumber makanan tambahan kepada hidupan liar di kawasan tersebut.

Harimau Berkeliaran

Pada 28 Februari 2012, Jabatan PERHILITAN Daerah Hulu Perak telah menjalankan

siasatan di kawasan penempatan pekerja Lembaga Air Perak di Kampung Air Ganda, Gerik, Perak, susulan daripada aduan berkaitan harimau berkeliaran di kawasan tersebut. Tinjauan di lokasi mendapati harimau yang dimaksudkan merupakan spesies Kucing Tulap, Catopuma temminckii, dan telah berjaya ditangkap serta dihantar ke Zoo Melaka untuk tindakan lanjut.

Cam Spesies Burung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Pada 26 hingga 29 Februari 2012, Program Pengecaman Spesies Burung telah dijalankan

di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Seramai 21 orang kakitangan Jabatan PERHILITAN Kelantan telah terlibat dan sebanyak 37 spesies burung telah berjaya dicam dan direkodkan.

Wadi si anak Seladang

Pada 2 Mac 2012, seekor anak seladang telah dilahirkan di Pusat Konservasi Hidupan

Liar Jenderak Selatan, Pahang. Anak seladang tersebut dinamakan sebagai Wadi hasil daripada Induk Jantan Dima serta Induk Betina Wawa.

Pengayaan Jenut Tiruan di RHL Sungkai, Perak

Satu aktiviti pemantauan

dan pengayaan tiga buah jenut tiruan iaitu Jenut Rusa, Milo dan Bertam di RHL Sungkai, Perak telah dijalankan dari 20 hingga 21 Mac 2012. Aktiviti dijalankan bagi melihat keaktifan jenut selain membuat penambahan garam blok di lokasi berkenaan. Antara spesies yang telah dikenalpasti mengunjungi jenut ini adalah landak, rusa sambar dan babi hutan.

8 AKTIVITI

Penyerahan Kunci Pejabat PERHILITAN Daerah Sg. Siput

Pada 10 Januari 2012, Pengarah PERHILITAN Perak diiringi oleh En. Mohamad Nazli Mahamad

Zain dari Seksyen Pembangunan Ibu Pejabat Kuala Lumpur bersama beberapa pegawai dari Jabatan PERHILITAN Perak melawat ke pejabat baru PERHILITAN Daerah Sg. Siput di Kuala Kangsar bagi penyerahan kunci pejabat. Majlis penyerahan kunci itu

turut dihadiri Jurutera Daerah dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar dan beberapa pegawai serta kontraktor.

Perasmian Tanjung Tuan

Pada 16 Januari, Y.Bhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN

telah merasmikan Pejabat PERHILITAN Tanjung Tuan, Melaka. Pengarah-pengarah negeri, pegawai-pegawai kanan Jabatan serta kakitangan Pejabat PERHILITAN Melaka turut hadir bersama majlis tersebut.

Taklimat Akta 716 bersama agensi Penguatkuasa di Labuan

Pada 8 Februari 2012, Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan taklimat berkaitan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar

2010 [Akta 716], bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Labuan. Seramai 30 orang wakil telah hadir dari pelbagai agensi penguatkuasaan di Labuan antaranya Polis, Tentera Darat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba, Polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Laut, Perbadanan Labuan dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan, En. Mohamad Hafid bin Rohani.

Bengkel Pengurusan Konflik Hidupan Liar

Pada 14 Februari 2012, satu Bengkel Pengurusan Konflik Hidupan Liar - Pengemaskinian Pengkalan Data Aduan

Konflik Hidupan Liar 2012 telah diadakan oleh Jabatan PERHILITAN Perak di Dewan Cempaka, Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN, Ipoh, Perak. Seramai 30 peserta yang terdiri dari Ketua Daerah dan Pembantu Hidupan Liar di daerah-daerah yang

terlibat dengan pengurusan konflik hidupan liar telah mengikuti bengkel tersebut.

AKTIVITI 9

Lawatan Kerja Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN ke TNPP

Lawatan Kerja TKP I ke Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Muda

Pada 3 dan 4 Mac 2012, YBhg. Dato` Abd Rasid bin Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN telah

mengadakan satu lawatan kerja Taman Negara Pulau Pinang (TNPP). Pada hari pertama lawatan, Y.Bhg. Dato` Ketua Pengarah diiringi Penguasa TNPP, En. Saat bin Yaakob, telah dibawa melawat ke Pejabat Pintu Masuk

Kedua, Kuala Sungai Pinang bagi meninjau keadaan di sana. Pada hari kedua, Y.Bhg Dato` Ketua Pengarah telah merasmikan Majlis Penutup Program Kembara Bersama Media NRE 2012 di Hotel Bayview, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Sejurus selepas itu, Y.Bhg. Dato` Ketua Pengarah telah melawat Kaunter Penerangan dan Informasi serta prasarana di Dataran TNPP.

Timbalan Ketua Pengarah I, Pn. Misliah binti Mohamad Basir telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Muda,

Sungai Petani, Kedah pada 28 Februari 2012. Ketibaan TKP I telah disambut oleh Pengarah PERHILITAN Kedah, Tn. Hj. Rahim bin Ahmad dan kakitangan Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Muda. Turut mengiringi TKP I ialah Pengarah Institut Biodiversiti, En. Fakhrul Hatta bin Musa.

Audit Dalaman dan Pemeriksaan Aset

Pada 14 dan 15 Februari 2012, enam orang kakitangan dari Pejabat PERHILITAN Kelantan telah melakukan pemeriksaan aset dan audit dalaman

di Pejabat PERHILITAN Daerah Gua Musang, Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang dan Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. Aktiviti audit ini melibatkan pentadbiran, kewangan, keselamatan, kebersihatan dan lanskap.

Kembara Bersama Media (KBM)Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar (NRE) dan Jabatan PERHILITAN telah menganjurkan Program Kembara Bersama Media (KBM) NRE Siri 1 dan 2 bagi tahun 2012 pada 1 hingga 4 Mac 2012. Seramai 15 orang wakil media dan 11 orang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan/ Agensi di bawah kementerian telah menyertai program ini.

Peserta KBM telah melawat ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Kuala Gula dan Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Perak, serta Taman Negara Pulau Pinang sepanjang program ini. Program KBM kali ini adalah yang kelima sejak bermulanya program KBM pertama pada tahun 2010.

10 AKTIVITI

Raptor Watch Week 2012

Temubual dengan RTM

Pihak Zoo Melaka telah mengadakan satu pameran pada 10 Mac 2012 sempena Pameran Raptor Watch Week 2012 di Dataran

PNB ILHAM Resort, Tanjung Tuan, Port Dickson, anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Raptor Watch Week 2012 dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Bersama-sama dengan kakitanganPERHILITAN Melaka.

Pada 15 Mac 2012, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Cawangan Labuan telah menjemput Jabatan PERHILITAN untuk program

temubual berkaitan pembukaan pejabat di Labuan. Pengarah Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan, En. Mohamad Hafid bin Rohani telah hadir untuk temubual berkenaan. Pelbagai persoalan diutarakan berkaitan penguatkuasaan, kawalan hidupan liar dan program yang dirancang oleh pihak Jabatan PERHILITAN.

TKSU II Lawat Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN

Pada 9 Mac 2012, Timbalan Ketua Setiausaha II (TKSU II) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Y.Bhg.

Datuk Dr. Che Ab Rahim bin Nik telah melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN. Turut hadir sempena lawatan tersebut ialah Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah I, Timbalan Ketua Pengarah II, Pengarah-pengarah Bahagian, Penguasa Paya Indah Wetlands, Pengarah PERHILITAN Selangor dan pegawai-pegawai kanan Jabatan di Ibu Pejabat.

Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Lawatan Kerja Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN ke Pejabat PERHILITAN Wilayah Persekutuan Labuan

Pada 13 Mac 2012, Y.Bhg. Dato’ Abd. Rasid bin Samsudin, Ketua

Pengarah Jabatan PERHILITAN bersama rombongan (Timbalan Ketua Pengarah I, Pengarah Bahagian Ex-Situ, Pengarah Bahagian Juruperunding dan Penolong Akauntan) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PERHILITAN Wilayah Persekutuan Labuan. Rombongan Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah telah disambut oleh Pengarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Mohamad Hafid bin Rohani, dan Ketua Pejabat PERHILITAN Wilayah Persekutuan Labuan, En. Ahmad Mashur bin Julaihi.

Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN lawat Taman Burung Labuan

Pada 14 Mac 2012, Y.Bhg. Dato’ Abd. Rasid bin Samsudin, Ketua

Pengarah Jabatan PERHILITAN serta rombongan telah mengadakan lawatan ke Taman Burung Labuan. Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah dan rombongan telah disambut oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan, Dr. Saira Banu binti Mohamed Rejab dan Ketua Bahagian Taman Burung Labuan, Pn. Fatmawati

binti Muhamad Puzi.

AKTIVITI 11

Pengauditan Sistem Terimaan

Seramai empat orang pegawai dari Unit Audit Dalaman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Putrajaya menjalankan

auditan terhadap sistem terimaan di Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan dari 21 hingga 23 Mac 2012. Pada akhir pengauditan, sesi pembentangan hasil penemuan dan kaedah penambahbaikan telah diadakan. Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan, En. Mohd. Zaide bin Mohamed Zin, turut hadir bersama sesi tersebut.

Lawatan Kerja TKSU II NRE ke PKHL Bukit PalohPada 17 Mac 2012, Timbalan

Ketua Setiausaha II (TKSU II) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Y.Bhg. Datuk Dr. Che Ab Rahim bin Nik telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Bukit Paloh, Hulu Terengganu.

Turut hadir sempena lawatan tersebut ialah Y.Bhg. Dr. Sukarno bin Wagiman, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Pengarah PERHILITAN Terengganu dan kakitangan.

Lawatan Kerja Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN ke Projek Kemudahan Pelancongan Santuari Kelah Lubok Tenor Y.Bhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin telah

mengadakan satu lawatan kerja ke Projek Kemudahan Pelancongan Santuari Kelah Lubok Tenor, Taman Negara Pahang pada 17 Mac 2012. Turut serta ialah Pengarah dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Ekopelancongan, Dr. Sivananthan Elagupillay dan En. Wan Shaharuddin bin Wan Noordin.

Lawatan Kerja Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jabatan

PERHILITAN ke Pejabat PERHILITAN Negeri Sembilan

Pada 20 Mac 2012, Y.Bhg. Dato’ Abd Rasid bin

Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan. Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah disambut oleh Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan, En. Mohd Zaide bin Mohamed Zin, serta kakitangan.

Sesi Dialog Dengan NGO Pada 27 Mac 2012, satu sesi dialog berkaitan konservasi

hidupan liar di antara Jabatan PERHILITAN dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN

Kuala Lumpur. Antara NGO yang telah hadir adalah WWF (Malaysia), MNS, WCS, MyCAT, dan TRAFFIC. Sesi dialog tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah II, Dr. Zaaba Zainol Abidin.

Akhbar Tajuk TarikhNew Straits Times Moving closer to world-class zoos 1.2.12

Utusan MalaysiaPERHILITAN tangkap beruang ceroboh

kebun1.2.12

The Star Stray tapir causes panic 2.2.12

Utusan MalaysiaPenduduk kampung kecoh, tapir

terlepas2.2.12

Harian Metro Harimau jadian 2.2.12

New Straits Times Rangers make wrong raid 2.2.12

New Straits Times Nature guides from association 2.2.12

New Straits Times Tapir captured after two hours 2.2.12

New Straits TimesSunbathing crocodile a hit with park

visitors2.2.12

Berita Harian Anak buaya curi tumpuan 2.2.12

Utusan Malaysia Tapir jantan sesat jatuh kolam 2.2.12

Utusan Malaysia Tapir jantan sesat sejauh 40 kilometer 3.2.12

The Star Pangolins in danger of being wiped out 3.2.12

The Star Tapir hunted for its meat? 3.2.12

New Straits Times Baby estuarine crocodile captured 3.2.12

Harian Metro PERHILITAN sedia talian bebas tol 4.2.12

New Straits Times Endangered animals parts sold openly 6.2.12

The Star Stop the illegal trapping of wildlife 7.2.12

New Straits Times Duped by fake animal organs 7.2.12

Berita Harian Anak buaya City Park ditangkap 8.2.12

New Straits Times 4m long python caught in drain 9.2.12

The StarMalayan tapir's days numbered if no

action taken10.2.12

New Straits Times Tapir need better protection 10.2.12

New Straits Times 8 tiger skins, 9 tusks seized in raid 11.2.12

The Star Tiger skins and elephant tusks seized 11.2.12

Harian Metro Rampas anggota hidupan liar 11.2.12

Utusan MalaysiaKulit harimau, gading gajah antara

dirampas11.2.12

Berita Harian Tapir 'masuk' kampung mati 13.2.12

Utusan MalaysiaTapir sesat akhirnya mati akibat

jangkitan kuman13.2.12

Utusan MalaysiaPeneroka terkejut jumpa beruang di

ladang sawit14.2.12

Berita Harian2 peneroka terserempak beruang

matahari14.2.12

The Star Terengganu bans hunting of flying fox 14.2.12

Utusan MalaysiaBeruang betina ditemui mati di ladang

sawit16.2.12

New Straits Times Felda settlers find dead sun bear 16.2.12

New Straits TimesMan charged over protected animal

parts16.2.12

The StarTrader pleads not guilty to keeping

wildlife parts16.2.12

Harian Metro Babi serang kampung 17.2.12

Harian MetroOrgan sulit haiwan jadi buruan lelaki

berusia17.2.12

New Straits Times Zoo's success with wild dogs 18.2.12

New Straits TimesRogue elephant Awang Serian caught,

hunt for 8 more goes on18.2.12

New Straits TimesTotally protected, but tapir face

extinction20.2.12

New Straits TimesLangkawi poachers 'a threat to leaf

monkeys'21.2.12

Akhbar Tajuk Tarikh

New Straits TimesRM60m to build viaducts for tiger

crossings21.2.12

New Straits Times Search for elusive sun bear 21.2.12

New Straits Times Primates monkeying around in park 21.2.12

The Star RM170mil for tiger corridor 21.2.12

The Star Thanks for corridor of hope for animals 22.2.12

New Straits Times Wildlife smuggler Anson Wong freed 23.2.12

New Straits Times Pangolin smuggling bid foiled 23.2.12

New Straits TimesProbe into Langkawi monkey shootings,

department urged23.2.12

The Star Wildlife trader wins appeal to walk free 23.2.12

The Star Pangolins rescued in mid-sea op 23.2.12

The Star Rescued tapir succumbs to infection 23.2.12

Harian Metro Rampas 67 tenggiling 23.2.12

The Star No more roadkill, please 24.2.12

Harian Metro Tiga buaya disangka batang kayu 24.2.12

The StarWildlife protection groups upset over

Anson decision25.2.12

Harian MetroPagar dipotong dedah tenggiling

diseludup27.2.12

Berita Harian 65 tenggiling cuba diseludup dirampas 27.2.12

Utusan MalaysiaRejimen Sempadan rampas 65 ekor

tenggiling27.2.12

New Straits Times Failure by authorities puzzling 27.2.12

The Star Living on borrowed time 28.2.12

The Star Wild boar attacks two 1.3.12

Berita Harian Dua diserang babi hutan 1.3.12

Utusan Malaysia Dua Orang Asli diserang babi hutan 1.3.12

The Star Rangers on the hunt for rouge wild boar 2.3.12

The Star Smuggling bid exposed 2.3.12

The Star Stop the poaching first 2.3.12

New Straits Times 50 pangolins en route to Laos seized 2.3.12

New Straits TimesOfficer badly hurt in rouge elephant

attack3.3.12

New Straits Times Zookeeper in coma after cobra attack 3.3.12

Berita Harian Nyaris maut diserang gajah 3.3.12

Harian Metro 'Hana' benam taring berbisa 3.3.12

Harian Metro Nyaris maut disondol gajah liar 3.3.12

Harian Metro Maut rempuh babi 6.3.12

Berita Harian Maut kereta langgar babi 6.3.12

Utusan Malaysia Dua penuntut UPSI maut elak babi hutan 7.3.12

New Straits Times Storks in flight a sight to excite 8.3.12

New Straits Times Zoo plans to release more milky storks 12.3.12

New Straits Times Paradise for bird lover 12.3.12

Berita Harian Lelaki cedera digigit beruk 12.3.12

The Star Stop feeding macaques 13.3.12

Berita Harian Wanita kena patuk ular ketika ke masjid 15.3.12

New Straits Times Big drop in wildlife crimes 16.3.12

The Star Avoid building highways through forests 16.3.12

Harian Metro Akta baru berkesan 16.3.12

The Star Cat rescue 20.3.12

Berita HarianRELA sedia bantu musnah haiwan liar

jika diminta20.3.12

The Star Highway prowl for poachers 22.3.12

Utusan Malaysia Monyet serang kedai kek 26.3.12

Tajuk Akhbar