mdk

67
GURU KREATIF PELAJAR AKTIF (GKPA) Dengan Memanfaatkan MAJALAH DALAM KELAS (MDK) Oleh RAMLI BIN YAHYA PEGAWAI SISC+ BMM PPD BATU PAHAT

Upload: nurul-wawa

Post on 04-Oct-2015

257 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Didik Hibur melalui MDK

GURU KREATIF PELAJAR AKTIF(GKPA)Dengan MemanfaatkanMAJALAH DALAM KELAS(MDK)

Oleh

RAMLI BIN YAHYAPEGAWAI SISC+ BMMPPD BATU PAHAT

Orang yang membaca sebuah buku yang bererti, adalah lebih besar manfaatnya daripada membaca 50 buku yang tidak berertiRENUNGANJanngan terlalu taksub kepada prestasi akademik

sistem penilaian dalam pendidikan yang terlalu taksub kepada prestasi pencapaian akademik bercanggah dengan hukum alam.

Raja Dr. Nazrin ShahRaja Muda PerakSistem pendidikan di negara kita tidak wajar dijadikan tempat perlumbaan untuk menguji keupayaan pelajar mengutip sebanyak mungkin pangkat A dalam peperiksaan hingga mengabaikan perkembangan potensi mereka secara holistik.

Tan Sri Muhyiddin YassinAjarlah anak-anak kamu dengan urusan pada zaman mereka, kerana mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan lagi menjadi zaman kamu

Saydina UmarBerhijrahlah, nescaya anak-anak kamu akan mewarisi kemuliaan

Sabda Nabi Muhammad S.A.WGURU KREATIF PELAJAR AKTIFKejayaan kita pada hari ini, bergantung pada tindakan kita pada hari ini, bukan kelemahan kita pada masa lepas

Pembelajaran bersifat aktif membolehkan pelajar melakukan kebanyakan kerjanya.

Mereka menggunakan minda, mengkaji idea, menyelesaikan masalah dan menerapkan apa yang dipelajari.Pembelajaran aktif diperlukan bukan sahaja untuk menambah keseronokan tetapi juga untuk menghormati individu dan tahap kecerdasan yang berbeza-beza.70 %10 minit pertamaTAHAP TUMPUAN PELAJAR20 %10 minit terakhirSebab : Guru mengandaikan semua pelajar memerlukan maklumat yang sama dan pada kepantasan yang sama.Pendekatan Berpusatkan Murid Membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman.

Selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKepelbagaian Teknik Menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKepelbagaian Sumber Bahan Penggunaan perpustakaan, pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam p & p. Akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet, perisian kursus serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan luas.STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPenggunaan Tatabahasa yang TepatPendidikan Bahasa Melayu menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBacaan LuasBacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan.STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPenggabungjalinanPenggabungjalinan memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berlaku antara hasil melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran daripada bidang penggunaan bahasa, serta antara kemahiran berbahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPenyerapanPenyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANUntuk mencapai matlamat tersebut, perkara-perkara yang berikut haruslah diberi perhatian:

1.Kemahiran Bahasa - mendengar - bertutur - membaca - menulis

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN2.Organisasi Kurikulum - interpersonal - maklumat - estetik

3.Sistem Bahasa - tatabahasa - kosa kata - peribahasa - ejaan - sebutan/intonasiSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN4. Komponen Kesusasteraan Melayu - cerpen/novel - puisi baharu - puisi tradisional - drama - prosa tradisional

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPengisian Kurikulum

-ilmu -nilai -patriotisme -kemahiran berfikir -kemahiran belajar -kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi -kajian masa depan -kecerdasan pelbagaiSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - pembelajaran konstruktivisme -pembelajaran kontekstual -pembelajaran masteri -akses kendiriSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANApa yang kita lakukan sekarang?Penilaian

Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian yang berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid, sama ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan.

KBAT Kemahiran Berfikir Aras TinggiApa yang kita lakukan sekarang?Pemulihan

Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai . Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang?PengayaanAktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan diberi aktiviti yang dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

MENGAPA MDK?1. PEMBUDAYAAN ILMU

Majalah berkualiti yang ditulis oleh guru/penulis yang berpengalaman Bahan -bahan yang sesuai dengan jiwa remaja Memperluas ilmu dalam semua mata pelajaran Kecemerlangan diri, guru, sekolah.

2. MENINGKATKAN KECEKAPAN BERBAHASA

Bahan dalam pelbagai situasi, sistem bahasa, laras bahasa dan gaya yang indah.

MEDIA YANG SESUAI UNTUK MENGASAH BAKAT PELAJAR

SajakCerpenRencana dan lain-lain4. MEMUPUK MINAT MEMBACA

Pelajar Guru Keluarga

5. MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG BAIK

Nilai murniNilai kemanusiaan6. TATABAHASA

Guru Pelajar

7. KESUNGGUHAN PELAJAR

SeronokMeyakinkan8. KESESUAIAN BAHAN Strategi pengajaran dan pembelajaran Penggabungjalinan dan penyerapan

9. MENEPATI KEHENDAK PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Menghargai dan membanggakan BM Memahami sistem BM makna, bentuk, dan fungsi BM yang berkesan dalam ilmu pengetahuan BM yang berkesan dalam perhubungan harian Membaca pelbagai bahan Menimba ilmu pengetahuan MDK PEKA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN

Kandungan mata pelajaran Tahun 1 hinggaTingkatan 6 Sains dan teknologi Bahasa dan sastera Budaya dan warisan Isu negara Isu antarabangsa Aktiviti masa lapang

Oleh itu, saya denganrasa rendah dirimencadangkan:a. Ayat dan frasa yang indah

Murid membaca cerpen, puisi, novel atau rencana yang ditetapkanMurid menggariskan ayat dan frasa yang menarikMurid menjalin ayat dan frasa yang menarik ke dalam buku khas/buku latihanMurid berbincang tentang maksud yang tersurat dan tersirat bagi setiap ayat dan frasa yang disalin oleh merekab. Pemahaman: Bukan Sekadar Menjawab SoalanMurid membaca petikan cerpen/rencana.Beberapa orang murid menceritakan sinopsis atau ringkasan.Secara kumpulan, murid akan membina satu soalan bertumpu, satu soalan bercapah dan satu soalan maksud rangkai kata berserta jawapan yang lengkap.Wakil kumpulan menulis soalan yang dibina di papan hitam.Murid lain diberi peluang untuk membetulkan kesalahan ayat, ejaan dan tatabahasa untuk soalan-soalan di papan hitam.Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain secara lisan.Murid menjawab semua soalan di papan hitam dan buku latihan.c. Meramalkan Watak dan PerwatakanMurid membaca petikan cerpen.Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti watak utama dan watak sampingan.Di dalam kumpulan, murid akan berbincang tentang perwatakan luaran dan dalaman watak utama dan watak sampingan.Berdasarkan perwatakan luaran dan dalaman watak-watak tersebut, murid akan melukis atau menampal wajah watak tersebut.d. Meneruskan cerpenMurid membaca petikan cerpen.

Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan cerpen yang dibaca.

Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau menggugurkan watak, mengubahsuai plot, tema dan sebagainya.e. Menukarkan Cerpen Kepada KomikMurid membaca petikan cerpen.

Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti perkara yang berikut:Tema dan persoalan cerpenPlot cerpenWatak-watak penting

Murid menyatakan sinopsis cerpen.

Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.f. Menukarkan Cerpen Kepada Skrip DramaMurid membaca petikan cerpen.

Murid menyatakan sinopsis cerpen.

Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip drama.

Murid mengadaptasikan cerpen kepada skrip drama.g. Menukarkan Komik Kepada CerpenMurid membaca komik.Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti komik tersebut:Watak-watak pentingTema dan persoalanPlotSinopsisMurid menulis kembali komik tersebut dalam bentuk cerpen.h. Menukarkan Skrip Drama Kepada CerpenMurid membaca skrip drama.

Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti skrip drama tersebut.Watak-watak cerpenTema dan persoalanPlot Sinopsis

Murid menulis kembali skrip drama tersebut dalam bentuk cerpen.

i. Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah dan SebaliknyaMurid membaca petikan cerpen.Murid mengenal pasti cakap ajuk yang terdapat dalam cerpen yang dibaca.Dalam kumpulan, murid memilih beberapa ayat cakap ajuk untuk ditukarkan kepada cakap pindah.Dalam kumpulan, murid menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.Wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka di dalam kelas.Murid menyalin kembali hasil tugasan mereka dan kumpulan lain dalam buku latihan.

j. Menulis Ulasan CerpenMurid membaca cerpen yang ditetapkan.Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis cerpen yang dibaca kepada kawan-kawan di dalam kelas.Guru membahagikan kelas kepada lima kumpulan.Setiap kumpulan akan membincangkan cerpen yang dibaca berpandukan perkara yang berikut:Kumpulan 1: Tema dan persoalanKumpulan 2: PlotKumpulan 3: Watak dan perwatakanKumpulan 4: Gaya bahasaWakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.Murid menulis ulasan cerpen yang lengkap berdasarkan hasil perbincangan setiap kumpulan.k. Melagukan SajakMurid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan diminta memilih sebuah puisi yang diminati dalam majalah Wadah Siswa.

Dalam kumpulan, murid akan mengenal pasti melodi/lagu yang sesuai untuk dinyanyikan.

Murid dibenarkan menambah atau mengurangkan perkataan dalam sajak asal agar sesuai/serasi dengan melodi/lagu yang akan dinyanyikan.

Dalam kumpulan, murid berlatih menyanyikan lagu puisi yang telah dipilih.l. Menterjemahkan Puisi Kepada Grafik Lukisan Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan diminta memilih sebuah puisi yang diminati daripada majalah Dewan Siswa.Di dalam kumpulan, murid membaca dan menghayati puisi yang dipilih.Murid membincangkan puisi yang dibaca dari segi tema dan persoalan.Murid menterjemahkan tema dan persoalan puisi kepada bentuk grafik/lukisan atau kolaj.Setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja mereka kepada rakan di dalam kelas. m. Menulis RingkasanGuru memilih rencana yang sesuai di dalam majalah Dewan Siswa untuk dijadikan bahan meringkaskan karangan.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Guru dan murid berbincang tentang kaedah/cara untuk meringkaskan petikan.

Dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi-isi penting dalam petikan.

Setiap kumpulan membentangkan isi penting kepada rakan-rakan di dalam kelas.

Murid menulis ringkasan lengkap.n. Merumuskan PetikanGuru memilih rencana yang sesuai daripada Wadah Siswa untuk dijadikan bahan merumus karangan.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Guru dan murid berbincang tentang kaedah untuk merumuskan karangan.Dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi tersurat dalam petikan.Wakil kumpulan membentangkan isi tersurat kepada rakan-rakan di kelas.Setiap kumpulan akan membentangkan isi tersirat.Wakil kumpulan membentangkan isi tersirat kepada rakan-rakan di dalam kelas.Murid menulis pendahuluan dan penutup rumusan.Murid menulis rumusan lengkap.o. Menjawab Teka Silang KataMurid berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan jawapan teka silang kata berpandukan Kamus Dewan.

Ketua Kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada kelas.

Guru membuat rumusan.

Murid melengkapkan/membetulkan jawapan teka silang kata.

Murid melengkapkan borang butiran diri dan menghantarnya kepada guru.

Guru mengeposkan borang jawapan kepada penerbit.p. Membina Teka Silang KataGuru melengkapkan rencana yang perlu dibaca oleh murid.Beberapa orang murid membaca kuat petikan.Murid membaca petikan dengan senyap dan dalam masa yang sama mereka mencatatkan seberapa banyak perkataan atau istilah yang sukar atau yang kurang difahami.Murid mencatatkan semua perkataan/istilah yang digarisi dalam buku catatan.Murid memasukkan seberapa banyak perkataan/istilah yang dicatatnya tadi ke dalam kotak-kotak (buku latihan matematik).Murid menomborkan perkataan/istilah secara melintang dari bawah.Murid membina soalan teka silang kata berpandukan petikan asal dari Kamus Dewan.q. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada PantunMurid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru.

Murid dan guru berbincang tentang isi-isi penting yang terdapat dalam petikan/gambar.

Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri pantun yang baik.

Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar dalam bentuk pantun.

Wakil kumpulan membacakan pantun yang mereka cipta kepada kelas.r. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada SyairMurid membaca rencana tahu meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru.

Guru dan murid berbincang tentang ciri syair yang baik.

Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk syair.

Wakil kumpulan membacakan syair yang mereka cipta kepada kelas.s. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada SajakMurid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru.

Murid dan guru berbincang tentang isi penting tang terdapat dalam petikan gambar/sajak.

Guru dan murid berbincang tentang ciri sajak yang baik.

Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk sajak.

wakil kumpulan membacakan sajak yang mereka cipta kepada rakan-rakan di dalam kelas.t. Menukarkan Rencana/Gambar Kepada Lirik LaguMurid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru.

Murid dan guru berbincang tentang isi penting yang terdapat dalam petikan/gambar.

Guru dan murid berbincang tentang ciri lirik lagu yang baik.

Di dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk lirik lagu.

Di dalam kumpulan, murid akan menyesuaikan lirik lagu dengan melodi lagu yang pernah didengarnya.

Setiap kumpulan akan mempersembahkan nyanyian mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.u. Melengkapkan TeksGuru memilih beberapa petikan daripada majalah.

Guru menaip semula petikan tersebut dengan mengosongkan beberapa perkataan yang sesuai untuk menguji perbendaharaan kata murid.

Di dalam kelas, guru mengedarkan latihan melengkapkan teks kepada murid.

Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Murid menanda jawapan mereka dengan berpandukan petikan asal dalam majalah.

*Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk permainan bahasa.v. Menulis BeritaMurid membaca berita dalam ruangan Sekitar Siswa dalam majalah Wadah Siswa.Guru dan murid berbincang tentang ciri penulisan berita yang baik iaitu dengan menggunakan pendekatan 5W+1H.Guru mengedarkan borang 5W+1H kepada murid.Dalam Kumpulan, murid melengkapkan borang 5W+1H dengan mengambil isi-isi penting daripada berita yang dibaca.Wakil kumpulan, membentangkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.Murid menulis kembali berita lengkap berpandukan isi-isi penting yang terdapat di dalam borang 5W+1H .w. Meramalkan Kesudahan KomikMurid membaca dan meneliti komik dalam majalah.

Dalam kumpulan, murid berbincang tentang urutan cerita dan nilai murni yang terdapat dalam komik.

Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meramalkan kesudahan komik tersebut menurut pendapat mereka.

Wakil kumpulan, melaporkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.

Secara individu, murid membentangkan kesudahan cerita dalam bentuk komik berdasarkan ramalan mereka sendiri.

x. Menulis Karangan Guru meminta murid membaca petikan yang ditetapkan.

Seterusnya guru mengedarkan borang Merangka Karangan kepada murid.y. Menguji Tahap Pembacaan MuridGuru/AJK Persatuan Bahasa Malaysia membina soalan pengetahuan am daripada majalah Dewan Siswa.

Guru/AJK Persatuan Bahasa Malaysia mengedarkan soalan kepada murid-murid untuk dijawab.

Guru/AJK Persatuan menyemak jawapan murid.

Guru/AJK Persatuan mengumumkan nama pemenang dan menyampaikan hadiah.

z. Rahsia di sebalik Membaca PetikanGuru meminta murid membaca Petikan daripada ruangan Cetusan Pendapat atau ruangan lain yang difikirkan sesuai daripada majalah Wadah SiswaBerpandukan petikan yang dibaca, guru meminta murid menjalankan aktiviti seperti yang berikut:Mencari makna perkataan yang sukarMencari perkataan sama maknaMencari peribahasaMencari ayat/frasa yang indahMencari golongan kata dan sebagainyaBENGKELSILA SEDIAKAN SATURPH(MENGGUNAKANMDK)Tajuk:Objektif: Pada akhir PdP ini, murid dapat:1.2.3.FU:FS:Aktiviti:1. 2.3.4.Ilmu:Nilai:KBT:SB:Refleksi:MDK MEREALISASIKAN MBMMBICADANGAN AKTIVITI 1.Menggunakan gambar tertentu dalam WS untuk menghasilkan karangan berangsangan.2.Meminta setiap pelajar membina soalan seperti dalam ruangan Surat anda. Guru memilih lima soalan yang terbaik dan meminta pelajar menjawabnya secara kumpulan. (Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan)3.Mengemukakan cadangan tentang ruangan tambahan yang wajar dimasukkan dalam WS dengan alasannya sekali.

4.Memanfaatkan WS untuk perhimpunan mingguan.

5.Memanfaatkan WS untuk tugasan di rumah.

6.Memanfaatkan WS untuk cuti terancang.

7.Memanfaatkan WS untuk digunakan oleh guru yang menggantikan guru yang tidak hadir/mesyuarat, dll.8.Bagaimana WS digunakan untuk aktiviti kokurikulum.9.Cadangkan bahan yang sesuai dalam WS untuk digunakan oleh guru bukan BM. Kemukakan juga kaedah penggunaannya.

10.Bagaimana bahan dalam WS dapat digunakan oleh kaunselor sebagai bahan motivasi dan kerjaya.

11.Bagaimana WS dimanfaatkan oleh ULBS PBS.

12.Bagaimana WS digunakan untuk aktiviti kokurikulum.

13.Bagaimana WS dimanfaatkan untuk membimbing pelajar melukis poster, membina brosur, menulis cogan kata, berdasarkan bahan dalam WS.BUAT ANAK-ANAK YANG TERSAYANG

Ya Allah, Ya Tuhanku...jadikan aku seorang guru yanglebih baik, benar-benar boleh memahamianak-anak muridku, jadikan aku seorangyang sentiasa penyayang,bersopan-santun, tenang dan sabar,jadikan aku seorang yang jujur, baik hati,adil dan tegas.Ya Allah, Ya Tuhanku...jauhkan aku daripada bersifatzalim dan kejam ke atas anak-anak muridku,jauhkan aku daripada memalukan,membodoh-bodohkan danmenghina mereka, jauhkan akudaripada mencemar pertumbuhanmereka yang sihat.

Ya Allah, Ya Tuhanku...berikan aku petunjuk ke arah jalan yangbenar dan Kau reda, berikan akukekuatan rohani dan jasmani supayadapat aku memberikan kepada anak-anak muridku kasih sayang dankebahagiaan sejati, berikan aku taufikdan hidayah untuk mendidik danmembimbing mereka ke arah keimanandan ketuhanan dan disiplin yang tinggi.Ya Allah, Ya Tuhanku...layakkan aku menjadi seorang guruyang berhemah dan berdisiplin tinggi,layakkanlah aku menjadiguru yang boleh dicontohi dandihormati, Ya Allah, Ya Tuhanku...perkenankanlah restuku ini.Amin

Terima kasih