mcq

Upload: athirah-hazirah

Post on 10-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mcq

TRANSCRIPT

Nor Amirulfitri bin OthmanMohd Azizan bin KaunsinMohamad Nizamuddin bin Badrul HishamSuthersan IndirakumarNurhayatianimSiti Nur Aisyah binti HusinNur Fazlinda binti Mohd AmjisNadhirah binti SamsuddinDorothy EdwardNor Azlin binti Abd Rashid

Nama Pelajar ____________________________ Tahun __________________

PEJABAT PELAJARAN DAERAH DENGAN KERJASAMAPANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PJMEI20071 JAM

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN2007

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi satu bahagian : Bahagian A ( Pendidikan Jasmani )2. Bahagian A ada 20 soalan. Jawab semua soalan.

Kertas ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak.

ARAHAN : Jawab semua soalan pada kertas objektif.

BAHAGIAN A ( PENDIDIKAN JASMANI )Pilih jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang dinyatakan di bawah

1. Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat. Antara berikut merupakan konsep pergerakanasas, KECUALI (pengetahuan aras 3)A. kesedaran tubuh badanB. kesedaran ruangC. aktiviti fizikalD. perhubungan

2. Fauzan telah melakukan beberapa aktiviti lokomotor. Antara berikut yang manakah bukan aktiviti pergerakan lokomotor? (pemahaman aras 2)A. Lompat skipB. Berjalan C. MembongkokD. Melungsur

3. Nyatakan yang manakah menunjukan pergerakan dalam laluan zig-zag. (analisis aras 2)A. Sarah bermain badminton secara berpasangan dengan bergerak secara sisi.B. Dalam latihan bola sepak hari ini, jurulatih Samad melaksanakan latihanmengelecekkon.C. Razif memasuki pertandingan larian pecut 100 meter.D. Pasukan bola baling sekolah sedang menjalani latihan menghantar bola.

4. Manakah kenyataan dibawah menyatakan tentang lakuan bukan lokomotor ? (aplikasi aras 2)A. Syafiq suka bermain kejar kejar dengan adiknya.B. Siti dan ibu suka duduk di halaman rumah pada waktu petang.C. Adik suka bermain lompat lompat dalam biliknya.D. Setiap hujung minggu saleha akan menolong ibunya mengemas rumah.

5. Mengapa imbangan sangat penting ketika menggelecek bola ? (sintesis aras 2)A. Agar bola tidak pergi jauhB. Supaya badan tidak mudah jatuhC. Supaya dapat mengelakkan bola dari dirampas dari pihak lawan.D. Agar bola mudah ditendang 6. Manakah antara berikut pergerakan berirama yang memasukkan unsur pergerakanlokomotor danbukan lokomotor ? (aplikasi aras 1)A. Meringkuk dan memukul bolaB. Berjalan dan meringkukC. Menendang bola ke sasaranD. Mengilas dan meregang

7. Apakah cara untuk mendapatkan kawalan badan yang seimbang apabila melakukan aktivitiimbangan ? (pemahaman aras 1)A. Memastikan tapak sokongan yang luasB. Mempunyai daya tahan otot yang tinggiC. Melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum melakukan aktivitiD. Koordinasi di antara tangan, kaki dan mata merupakan aspek penting

8. Apakah aspek penting yang diutamakan semasa melakukan pendaratan bagi aktiviti kemahiranhambur dari peti lombol ? (penilaian aras 1)A. Melakukan aktiviti ansur maju kemahiranB. Melakukan Demonstrasi cara hambur spring di atas tilamC. Melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum melakukan aktivitiD. Fleksikan lutut ketika mendarat untuk mengelakkan kecederaan

9. Aktiviti mengimbang merupakan salah satu daripada aktiviti pergerakan asas yang menggunakanalatan. Apakah alatan yang sesuai digunakan bagi aktiviti ini? (aplikasi aras 1)I. BolaII. TaliIII. GelungIV. Riben

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. Semua di atas

10. Dalam aktiviti hambur spring dan pendaratan terdapat beberapa aspek keselamatan yangdiutamakan. Antaranya ialah (aplikasi aras 1)I. Fokus terhadap aktiviti yang dijalankanII. Teknik lakuan yang betulIII. Tidak membengkokkan kaki ketika mendaratIV. Bergurau senda ketika melakukan aktiviti

A. I dan IIB. II dan IIIC. I dan IIID. III dan IV

11. Setiap ayat di bawah mempunyai pergerakan lokomotor kecuali, (analisis aras 1)A. Karim berjoging pada setiap pagi.B. Kanak kanak berenang di kolam tersebut.C. Guru berdiri sambil meniup wisel.D. Ayah bermain bola dengan adik. 12. Di dalam soalan berikut, manakah aktiviti bukan lokomotor? (analisis aras 2)A. MelompatB. MengelungsurC. BerjalanD. Mengilas badan

13. Antara yang berikut, postur badan yang manakah dapat menghasilkan bentuk piramid manusiayang paling stabil. (analisis aras 2)A. Posisi badan berdiri sambil kaki dibuka seluas bahuB. Posisi badan dalam keadaan merangkakC. Posisi badan dalam keadaan dirian bangauD. Posisi badan dalam keadaan dirian tangan

14. Kekurangan cecair elektrolit di dalam badan boleh digantikan dengan mengambil air garam.Apakah minuman yang paling sesuai digantikan dengan air garam pada mir asa kini ? (sintesis aras 3)A. Teh BOHB. Coca ColaC. 100 PlusD. Kopi Kapal Api

15. Pilih perlakuan murid yang tidak mengikut peraturan keselamatan di kolam renang. (sintesis aras 1)A. Ali berjalan menuju ke air pancuran.B. Swee Lan terjun ke dalam kolam renang awam.C. Jakjit memakai topi renang sebelum memasuki kolam renang.D. Ayu membasahkan badan sebelum masuk ke dalam kolam renang.

16. Susunkan perlakuan tendangan keribas yang betul. (aplikasi aras 2)I. Pegang papan keribas dan lakukan tendangan keribas.II. Lakukan tendangan keribas tanpa papan keribas.III. Pegang dinding kolam dan angkat kaki.IV. Lakukan sendiri tendang keribas.

A. III, I, II, dan IVB. I, II, III, dan IVC. IV, III, II, dan ID. III, II, I, dan IV

17. Ali sedang melakukan aktiviti semasa regangan. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Ali?(pemahaman aras 1)A. MelenturB. BerlariC. MencangkungD. Berjalan

18. Berdasarkan jenis latihan yang diuji, apakah latihan yang melibatkan daya tahan otot? (penilaian aras 2)A. Berlari ulang alikB. Jangkauan melunjurC. Tekan tubi selama 30 saatD. Bangkit tubi bervariasi

19. Apakah contoh latihan yang meningkatkan daya tahan otot. (analisis aras 2)A. Bangkit tubiB. Berdiri tegakC. Duduk dan jangkauD. Mengilas badan

20. Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktivitiyang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan? (pemahaman aras 3)A. Tekan tubiB. Bangkit tubiC. Ayun tanganD. Jangkauan melunjur