mc text sooryodhayam 2015

Upload: sarrrsvathy

Post on 09-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gfgsfgsfgs

TRANSCRIPT

Pengumuman umumMohon perhatianBagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan untuk mematikan telefon bimbit atau mengatur dalam pengaturcaraan senyap agar tidak mengganggu perjalanan majlis yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi.

Hadirin juga diingatkan untuk berdiri ketika majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan,Timbalan Menteri Pendidikan 2 diiringi barisan tetamu kehormat masuk ke dalam panggung percubaan.

Hadirin juga diminta untuk terus berdiri selepas sahaja semua tetamu sampai di tempat duduk masing-masing bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Ibu Kandung Suluh Budiman dan Kadavul Valthu

Ketibaan VIPMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan,Timbalan Menteri Pendidikan 2 diiringi oleh barisan tetamu kehormat masuk ke dewan.

Pengumuman umumHadirin minta untuk terus berdiri untuk menyanyikan* Lagu Negaraku, Ibu Kandung Suluh Budiman dan Kadavul Valthu

Kadavul VazhthuMajlis dimulakan dengan nyanyian kadavul vazhthu.Dengan ini, majlis mempersilakan saudara/saudari_______________ untuk menyanyikan kadavul vazhthu.

Negaraku, Ibu Kandung Suloh BudimanMajlis diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Negaraku dan Ibu Kandung Suloh Budiman.

Pengumuman UmumHadirin dipersilakan duduk.

Persembahan Pembukaan : BharathamBaiklah Hadirin yang dikasihi sekalian,Sebagai persembahan pembukaan pada malam ini, terimalah tarian klasik Bharatham.

Begitulah tadi persembahan bharatham dari __________________

Kata Alu-aluan Yang Berhormat Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan,Timbalan Menteri Pendidikan 2.

Yang Berbahagia Naib Canselor UPSI,Prof.DatoDr Zakaria Kasa

Yang Berusaha wakil etnik India dan Pengarah program,saudara Rajasegar Maniam

YDP Persatuan Kebudayaan Mahasiswa India UPSI,saudari Abilashini Kumar

YDP Persatuan Bahasa Tamil UPSI,saudara Veno Suppiah

Pensyarah-Pensyarah Universiti Pendidikan Sutan Idris

Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Fiesta Thai Ponggal Sooriyodhayam 2015

Serta Hadiran dan Hadirat yang dihormati sekalian.Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

SELAMAT DATANG KE MALAM FIESTA THAI PONGGALSOORIYODHAYAM 2015

Pantun Pembuka:

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam majlis Fiesta Thai Ponggal Sooriyodhayam 2015

Ucapan PPHadirin sekalian..

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh saudara Rajasegar Maniam selaku Pengarah Program Fiesta Thai Ponggal Sooriyodhayam 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.......................................................................................................

Terima kasih diucapkan kepada saudara Rajasegar Maniam atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Sesi pemberian hadiah 1Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis menjemput________________untuk memberikan hadiah kepada mahasiswa/siswi yang terpilih.......................................................................................................Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________ atas pemberian hadiah tadi.

Persembahan ke-2 Majlis diikuti dengan persembahan daripada pelajar UPSI.Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Naib CanselorSeterusnya,Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berbahagia Naib Canselor UPSI,Prof.DatoDr Zakaria Kasa.Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

......................................................................................................Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Naib Canselor UPSI,Prof.DatoDr Zakaria Kasa atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Sesi pemberian hadiah 2Marilah kita sama-sama menyaksikan mahasiswa/siswi yang terpilih untuk merangkul hadiah sesi kedua.Bagi memberikan hadiah tersebut,majlis dengan segala hormatnya menjemput _______________________.Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.......................................................................................................Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________ atas pemberian hadiah tadi.

Persembahan ke-3Sebagai santapan mata,marilah kita sama-sama saksikan persembahan yang ketiga daripada pelajar UPSI

Ucapan Perasmian dan perasmian

Pantun:Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang jerami;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis kita diteruskan lagi dengan agenda utama pada malam ini. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan,Timbalan Menteri Pendidikan 2 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Fiesta Thai Ponggal Sooriyodhayam 2015 dan Seterusnya menyempurnakan simbolik atau gimik perasmian Fiesta Thai Ponggal.Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.......................................................................................................

Majlis mempersilakan dan menjemput Saudara Rajasegar Maniam dan naib canselor UPSI, Prof.DatoDr Zakaria Kasa untuk bersama-sama dengan perasmi untuk menyempurnakan simbolik ataupun gimik.

Para tetamu diminta untuk terus berada di pentas untuk menyempurnakan majlis penyampaian cenderamata.

Seterusnya penyampaian Cenderamata kepada VIP yang telah turut memeriahkan majlis ini.Seterusnya, majlis menjemput saudara Rajasegar Maniam untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan,Timbalan Menteri Pendidikan 2 atas kesudian beliau merasmikan Majlis Majlis Fiesta Thai Ponggal Sooriyodhayam 2015. Dipersilakan.

Pemberian Sumbangan Seterusnya, Pemberian Sumbangan kepada Rumah Kebajikan Vision Home.

Montaj Vision HomeHadirin Sekalian,Majlis diteruskan dengan tayangan montaj Rumah Kebajikan Vision Home.

Sesi pemberian hadiah 3Seterusnya,Majlis menjemput________________untuk memberikan hadiah kepada mahasiswa/siswi yang terpilih.......................................................................................................Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________ atas pemberian hadiah tadi.

Perarakan keluar VVIP dan VIPMengumumkan perarakan keluar VVIP dan VIP.Dengan itu, berakhirlah majlis rasmi kita pada hari ini.

Penyerahan Majlis kepada Mc InformalKini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu Persembahan-Persembahan dari pelajar UPSI. Untuk itu majlis ini diserahkan kepada yang MC BUKAN FORMAL iaitu Saudara _____________dan Saudari _______________ Dipersilakan.