mc hari guru

8
Diminta para guru dan murid untuk masuk ke dalam dewan. Majlis kita pada petang ini akan bermula sebentar sahaja lagi. Hadirin semua diminta bersedia untuk nyanyian lagu kebangsaan iaitu Negaraku. Terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin dijemput duduk. Mesra pelajar bersifat peramah Cikgu patrick jet berjiwa pemurah Jadi tulang belakang SKLA bertuah Selaku PK Pentadbiran amanah diserah Sentiasa kemas dalam berpakaian Hobinya berkebun pada setiap petang Cikgu hamlet manis senyuman Menjadi PK HEM jawatan disandang Legasi kokurikulum tanggungjawab diberi Subjek bahasa inggeris kepakaran diri Cikgu sirai setia berbakti Sentiasa ceria dan baik hati Sireh berlipat sireh pinang Sireh dari Pulau Mutiara 1

Upload: muhammad-al-fateh

Post on 15-Sep-2015

247 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Teks Pengerusi Majlis Sempena Hari Guru

TRANSCRIPT

Diminta para guru dan murid untuk masuk ke dalam dewan. Majlis kita pada petang ini akan bermula sebentar sahaja lagi.

Hadirin semua diminta bersedia untuk nyanyian lagu kebangsaan iaitu Negaraku.

Terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin dijemput duduk.

Mesra pelajar bersifat peramahCikgu patrick jet berjiwa pemurahJadi tulang belakang SKLA bertuahSelaku PK Pentadbiran amanah diserah

Sentiasa kemas dalam berpakaianHobinya berkebun pada setiap petangCikgu hamlet manis senyumanMenjadi PK HEM jawatan disandang

Legasi kokurikulum tanggungjawab diberiSubjek bahasa inggeris kepakaran diriCikgu sirai setia berbaktiSentiasa ceria dan baik hati

Sireh berlipat sireh pinangSireh dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicara.

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang dihormati, En. Patrick Jet Anak Kadom, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang dihormati, En. Hamlet bin Hj Jaraee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Sirai Anak Sanggin, Penolong Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru yang diraikan, AKS-AKS serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul di dewan ini bagi meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Lubok Assam bagi tahun 2013.

Hadirin sekalian,

Merdu teramat suara bergemaDendangan puteri sungguh memikatMohon rahmat kita bersamaMoga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur dengan mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh ___________________________. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Kalau dilipat sebesar kukuKalau dibentang seluas alamYang jauh diimbauYang dekat digamitSeuntai salam sejambak kataDegup bicara, merisik kataUntuk makluman semua, tema Hari Guru pada tahun ini adalah, Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda. Intipati tema hari guru ini akan lebih difahami kerana seterusnya adalah bacaan perutusan Hari Guru tahun 2013 oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia yang akan disampaikan oleh ______________________________, PK Pentadbiran / PK HEM / PK KK Sk Lubok Assam. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan atas perutusan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ______________________ untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan.

Seterusnya, majlis menjemput adik __________________________ sebagai wakil murid untuk menyampaikan ucapan khas sempena Hari Guru. Dipersilakan.

Terima kasih kepada adik ______________________ di atas ucapan itu tadi.

Mengajar mendidik penuh semangatTak kenal jemu mahupun penatBiar cabaran datang mendekatKeikhlasan guru mendapat berkat

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Guru yang akan dipimpin oleh _________________________. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas laungan ikrar yang penuh bersemangat itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Harus beringat hidup di bumiKalau berhibur usah melalaikanTamatlah sudah majlis merasmiArena persembahan kami mulakan

Persembahan pertama adalah nyanyian lagu tema Hari Guru 2013 iaitu lagu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, diikuti dengan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu Pendidik Bumi Kenyalang oleh semua guru Sk Lubok Assam. Dipersilakan.

Terima kasih atas nyanyian yang bersemangat itu tadi.

Seterusnya adalah persembahan tarian daripada murid-murid Sk Lubok Assam di bawah pimpinan En. Harnaharniya. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang penuh bertenaga hasil bimbingan daripada En. Harnaharniya.

Hadirin sekalian,

Dengan ini majlis menjemput En Patrick Jet sselaku PK pentadbiran Sk Lubok Assam bersama-sama dengan PK HEM dan PK KK untuk upacara memotong kek sempena sambutan Hari Guru 2013. Majlis mempersilakan.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah Hari Guru. Dipersilakan kepada murid-murid untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada guru-guru. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Semoga inti pati majlis pada petang ini menjadi ingatan buat kita bersama.

Madah diungkap santun bicaraPantun dilantun mengusik hatiSalah dan silap tutur bicaraPohon diampun seikhlas hati

Majlis kita pada hari ini diakhiri dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku. Hadirin dijemput berdiri.

*Sebelum bersurai, murid-murid boleh beratur mengikut barisan untuk berjabat tangan dengan guru-guru. Selepas sesi berjabat tangan, semua staf dijemput untuk menghadiri jamuan di dewan makan.

6

LAGU TEMA HARI GURU 2013 : GURU INOVATIF MELONJAKKANTRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Lagu: En. Rosman bin AdamLirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kita berbicara tentang inovasiCiptaan baharu gaya hidup kiniMeningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruanMendidik, memimpin penuh berwawasanMenciptakan kreativitiMelahirkan Guru Inovatif

c/oSahutlah cabaran, perubahanDaulatkan Bidang Pendidikan,Guru Inovatif MelonjakkanTransformasi Pendidikan NegaraMalaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasiCiptaan baharu gaya hidup kiniMeningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asaSedia menimba ilmu di mana sajaBinakanlah keyakinanMerentasi segala halangan

ulang c/o x2

LAGU TEMA HARI GURU 2013 : GURU INOVATIF MELONJAKKANTRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Lagu: En. Rosman bin AdamLirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kita berbicara tentang inovasiCiptaan baharu gaya hidup kiniMeningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruanMendidik, memimpin penuh berwawasanMenciptakan kreativitiMelahirkan Guru Inovatif

c/oSahutlah cabaran, perubahanDaulatkan Bidang Pendidikan,Guru Inovatif MelonjakkanTransformasi Pendidikan NegaraMalaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasiCiptaan baharu gaya hidup kiniMeningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asaSedia menimba ilmu di mana sajaBinakanlah keyakinanMerentasi segala halangan

ulang c/o x2