inovasi dakwah k.h. abdullah syafi’ie (1910...

18
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015 41 INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910-1985): KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN RADIO DALAM DAKWAH DI JAKARTA Dr. Muhammad Choirin Dr. Fakhrul Adabi Abdul Kadir ABSTRAK Keadaan umat di masa hadapan sangat bergantung dengan peranan ulama dan tokoh pendakwah sekarang ini. Justeru itulah, kajian mengenai tokoh pendakwah dirasa perlu untuk dijalankan. Artikel yang bertajuk “Inovasi Dakwah K.H. Abdullah Syafi’ie (1910-1980); Kajian Terhadap Penggunaan Radio Dalam Dakwah Di Jakarta” ini bertujuan untuk mengetahui keistimewaan tokoh kajian sebagai pendakwah pada abad ke-20. Selain itu, kajian ini akan membahaskan mengenai aktiviti dakwah dan sumbangan beliau, khususnya dalam aspek pendekatan dakwah melalui radio. Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini ialah kepustakaan dan lapangan. Kajian lapangan melibatkan kaedah pemerhatian, sejarah dan temu bual. Kajian ini mendapati bahawa K.H. Abdullah Syafi’ie merupakan tokoh dakwah Betawi yang memilik banyak keistimewaan. Kajian ini juga mendapati tokoh kajian memiliki inovasi yang hebat dalam aspek media dakwah; khususnya penggunaan radio dalam menyebarkan ajaran Islam. ABSTRACT Muslim situation in the future time are depend on the role of present Muslim scholars and Du’at. Therefore, it is necessary to study about figure of the Muslim scholar or Du’at. This titled article “Innovation Da’wah K.H. Abdullah Syafi’ie (1910-1985 M): Study on The Use of Radio in Da’wah in Jakarta” are purposes to understand about the figure accomplished preacher in the 20 th century. In addition, this study discusses about da’wah activities and his contributions, exacly on the

Upload: dinhthien

Post on 24-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

41

INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910-1985): KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN RADIO DALAM DAKWAH DI

JAKARTA

Dr. Muhammad Choirin

Dr. Fakhrul Adabi Abdul Kadir

ABSTRAK

Keadaan umat di masa hadapan sangat bergantung

dengan peranan ulama dan tokoh pendakwah sekarang

ini. Justeru itulah, kajian mengenai tokoh pendakwah

dirasa perlu untuk dijalankan. Artikel yang bertajuk

“Inovasi Dakwah K.H. Abdullah Syafi’ie (1910-1980);

Kajian Terhadap Penggunaan Radio Dalam Dakwah Di

Jakarta” ini bertujuan untuk mengetahui keistimewaan

tokoh kajian sebagai pendakwah pada abad ke-20.

Selain itu, kajian ini akan membahaskan mengenai

aktiviti dakwah dan sumbangan beliau, khususnya dalam

aspek pendekatan dakwah melalui radio. Metodologi

yang digunapakai dalam kajian ini ialah kepustakaan

dan lapangan. Kajian lapangan melibatkan kaedah

pemerhatian, sejarah dan temu bual. Kajian ini

mendapati bahawa K.H. Abdullah Syafi’ie merupakan

tokoh dakwah Betawi yang memilik banyak

keistimewaan. Kajian ini juga mendapati tokoh kajian

memiliki inovasi yang hebat dalam aspek media dakwah;

khususnya penggunaan radio dalam menyebarkan

ajaran Islam.

ABSTRACT

Muslim situation in the future time are depend on the

role of present Muslim scholars and Du’at. Therefore, it

is necessary to study about figure of the Muslim scholar

or Du’at. This titled article “Innovation Da’wah K.H.

Abdullah Syafi’ie (1910-1985 M): Study on The Use of

Radio in Da’wah in Jakarta” are purposes to

understand about the figure accomplished preacher in

the 20th century. In addition, this study discusses about

da’wah activities and his contributions, exacly on the

Page 2: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

42

use of radio for dakwah purpose. The methodology used

in this article are literature metode and field

methodology. However, the field methodology involved

observation, historical documentation and interview.

The result of this study found that K.H. Abdullah Syafi’ie

is one of the Betawi Muslim scholar which have many

privilege. Additonaly, his contributions on aspect of

media da’wah are huge and apriciated, particularly in

the use of radio for preaching Islamic values.

Keywords: Islamic Da’wah, Islamic Education, Da’wah

Media, Da’wah Radio, Betawi Scholar Muslim

PENGENALAN

K.H. Abdullah Syafi’ie (selanjutnya disebut Abdullah Syafi’ie) adalah

seorang ulama yang memiliki karisma tinggi. Ketokohannya dalam

bidang dakwah dikenali secara meluas di Indonesia. Pengaruh dakwah

beliau sangat besar, khususnya dalam kalangan masyarakat Betawi.

Selain dakwah menerusi ceramah, beliau menjalankan dakwah

menerusi institusi pendidikan Islam. Selama hayatnya, beliau

mengasaskan institusi pendidikan sebanyak 36 buah institusi mulai dari

pra sekolah hingga institusi pengajian tinggi. Justeru perbincangan

mengenai masyarakat Islam Betawi tidak akan sempurna kecuali

dengan membincangkan Abdullah Syafi’ie. Dalam konteks tabligh,

beliau dikenali sebagai Macan Betawi yang menggambarkan mengenai

kemahiran beliau dalam dunia pidato.

Perkembangan Islam di Jakarta

Disebutkan dalam sejarah bahawa Islam masuk Jakarta dijangka pada

abad ke-15 M. Kedatangan Islam di wilayah ini dapat dirujuk daripada

wujudnya pondok pesantren Qurro’ di Karawang (1418 M). (Iqbal,

2002) Pendapat ini dikuatkan oleh keterangan dalam kitab Caruban

Nagari bahawa pimpinan pesantren Sheikh Hasanuddin adalah seorang

anak Sheikh Yusuf Siddiq yang berasal Kemboja. (Yatim, 1996)

Sumber lain menyatakan bahawa agama Islam masuk Jakarta pada

tahun 1526 M bersamaan dengan kejayaan Fatahillah merebut bandar

Sunda Kelapa dari penjajah Belanda.

Usaha umat Islam menyebarkan agama Islam melalui pusat

pengajian non-formal seperti masjid, musolla dan madrasah. Antara

Page 3: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

43

pusat pengajian itu ialah Masjid al-Makmur Tanah Abang (1620 M),

Masjid al-Mansyur Kampung Sawah (1717 M), Masjid Angke (1761

M), Masjid Jami’ Tambora Jembatan Lima (1762 M) dan Masjid

Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, 1996). Pada awal kurun ke-

19, atas jasa baik seorang peniaga kaya dari Makassar bernama Haji

Imam Muhammad, didirikanlah masjid di daerah Bidara Cina (1839

M). Masjid ini menjadi pusat pengajian Islam, khususnya setelah solat

subuh. Kerana ciri khas inilah, maka pada tahun 1868 M masjid ini

dikenali dengan nama Masjid Nurus Sobah yang bererti masjid yang

bersinar pada cahaya pagi. (Iqbal, 2002)

Terdapat ramai ulama Betawi yang banyak menyumbang

penyebaran Islam di Jakarta, antara lain: Guru Sufiyan, Habib Usman

bin Yahya, Sheikh Juneid al-Batawi, K.H. Moh. Mansur, K.H. Abdul

Majid, K.H. Mahmud Romli Menteng, K.H. Abdul Mughni dan lain-

lain (Aziz, 2001). Menurut Abdul Aziz, sanad ulama Betawi

tersambung kepada dua ulama besar al-Haramain abad ke-17, iaitu

Ahmad al-Qusyaisyi dan Abd al-Aziz al-Zamzami yang seterusnya

tersambung kepada tiga ulama yang bernama Mukhtar Atharid, Umar

Bajunid dan Umar Sumbawa. (Indra, 2003)

Di penghujung kurun ke-19, penyebaran agama Islam di Jakarta

semakin meluas dan berkembang dengan baik. Terdapat beberapa faktor

yang mempercepat penyebaran Islam di Jakarta, antara lain kejayaan

ulama Betawi dalam melahirkan ramai ulama seperti Sheikh Misri di

Tanah Abang, K.H. M. Mansur dan Guru Ahmad Marzuki di Cipinang

(Aziz, 2001). Dari tangan guru Marzuki inilah lahir ulama-ulama besar

dan karisma pada abad ke-20, antara lain: K.H. Nor Ali, K.H. Zayyadi,

K.H. Syafi’ie Hadzami dan K.H. Abdullah Syafi’ie. Berkenaan dengan

ketokohan Abdullah Syafi’ie, Achmad Mubarak menyatakan:

(Mubarok, Profesor di Universiti Islam Negeri Sahid Jakarta, 2013)

“Almarhum ibarat seorang yang menanam benih di

Betawi. Berkat ketekunan dan keikhlasan beliau, benih

tersebut tumbuh menjadi pohon yang sangat subur yang

mewarnai kehidupan masyarakat Betawi. Pada waktu itu,

antara masyarakat Betawi dan As-Syafi’iyah adalah satu.

Ketika membicarakan mengenai masyarakat Islam

Jakarta, ingatan kita akan tertuju kepada As-Syafi’iyah

yang dipimpin oleh Kyai Abdullah Syafi’ie.”

Page 4: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

44

Berdasarkan pernyataan tersebut maka jelaslah bahawa antara

tokoh ilmuan terkemuka yang memiliki sumbangan besar dalam

penyebaran dakwah Islam dalam masyarakat Betawi Jakarta ialah

Abdullah Syafi’ie.

Latar Belakang Abdullah Syafi’ie

Abdullah Syafi’ie merupakan salah satu tokoh pendakwah Betawi yang

berfahaman ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, ash’ariyah dan bermazhab

Syafi’ie. Nama beliau adalah Abdullah bin Syafi’ie bin Sairan. Beliau

dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sangat prihatin dan

mengambil berat dalam aspek tarbiyah dan dakwah. Kedua orang tua

dan datuk nenek Abdullah Syafi’ie merupakan tokoh yang sangat

dihormati dan disegani oleh masyarakat ketika itu. (Alawiyah, 2012)

Keluarga besar beliau dikenali sebagai keluarga yang berpegang kuat

pada prinsip agama dan mempunyai kedudukan yang tinggi serta

banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam

bidang dakwah.

Abdullah Syafi’ie lahir daripada hasil perkahwinan antara Haji

Syafi’ie bin Sairan dan Hajjah Nona binti Sa’ari (Tutty Alawiyah,

1999). Beliau dilahirkan di kampung Balimatraman. Balimatraman

adalah salah satu kampung yang terletak di daerah Kecamatan Tebet,

Kota Jakarta Selatan, Provinsi Daerah Khusus Ibukota Jakarta, pada

hari Sabtu 16 Sha’ban 1329 H bertepatan pada 10 Ogos 1910 M. (HS,

2011) Abdullah Syafi'ie adalah anak sulung dari 3 adik-beradik, iaitu

Siti Rogayah dan Siti Aminah. Di masa kecil, adik-beradik dan rakan-

rakannya memanggilnya dengan sebutan Dullah, singkatan dari

Abdullah.

Dalam konteks pergaulan, beliau dikenali sebagai tokoh dua

generasi. Meskipun fahaman feqah beliau tergolong konservatif, beliau

memiliki hubungan yang dekat dengan tokoh-tokoh moden, seperti Pak

Natsir, Prof. Dr. Hamka dan lainnya yang dikenali sebagai tokoh

pembaharu. Selama hayatnya beliau merupakan seorang pendakwah

yang enerjik, inovatif dan produktif. Ketokohan beliau dalam bidang

dakwah terlihat atas penglibatanya sebagai penasihat Majlis Ulama

Indonesia (MUI) Pusat. Selain di Jakarta, beliau berdakwah di beberapa

tempat, antara lain: Singapura, Malaysia Inggeris, Pakistan, Jerman dan

banyak lagi. (Tutty Alawiyah, 1999)

Page 5: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

45

Riwayat Pendidikan dan Guru-Gurunya

Semasa memulakan kehidupan rumah tangga, Haji Syafi’ie berdoa

semoga zuriyat keturannya kelak menjadi anak yang soleh dan solehah.

Harapan dan cita-cita itu lebih diberikan kepada Abdullah

memandangkan beliau merupakan anak tunggal lelaki dalam

keluarganya. Haji Syafi’ie mendambakan semoga Abdullah menjadi

ulama dan tokoh besar yang banyak memberikan manfaat pada orang

lain. (Alawiyah, Kepemimpinan dan Keteladanan KH Abdullah

Syafi'ie, 2010)

Harapan dan doa Haji Syafi’ie inilah yang menjadi titik tolak

serta penyuntik semangat kepada Abdullah Syafi’ie dalam menuntut

ilmu. Beliau mula menuntut ilmu menerusi pengajian formal di sebuah

institusi pendidikan milik penjajah Belanda, iaitu Sekolah Rakyat (SR)

di Laan Meni, Jatinegara, Jakarta Timur. Di sekolah inilah Abdullah

Syafi’ie memulakan pangajiannya di peringkat sekolah rendah. Seperti

juga anak-anak lain pada zamannya, beliau mula belajar membaca,

menulis dan mengira serta bidang seni. Di sekolah Belanda ini juga

beliau dididik dan ditarbiyah dengan penuh disiplin, ketegasan dan

kekemasan. Model pendidikan seperti inilah yang memberikan kesan

dalam diri Abdullah Syafi’ie yang mempengaruhi jiwa pendidiknya

kelak.

Pada tahun 1923 M, Abdullah Syafi’ie dibawa oleh datuk dan

neneknya untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekkah (Zuhair,

2012). Kepergian beliau ke tanah suci menyebabkan pengajiannya

tergendala dan akhirnya pengajian beliau hanya setakat darjah dua

sahaja. Sekembalinya daripada menunaikan ibadah haji, beliau tidak

lagi melanjutkan pengajian di sekolah tersebut. Meskipun demikian,

kecintaan beliau kepada ilmu tidak surut dan membuatnya semakin

bersemangat untuk menuntut ilmu dengan cara yang lain. Abdullah

Syafi’ie meneruskan pengajian secara non formal dengan cara

mendatangi ulama-ulama di Betawi. Pada usia 7 tahun, beliau belajar

membaca al-Qur’an kepada mu’allim Djauhari bin Sulaiman di Tebet

dan seterusnya kepada mua’llim Musannif di Menteng Atas.

Kepada mu’allim Musannif ini beliau juga belajar ilmu nahu

dan sarof dan berjaya menamatkan kitab Matn al-Jurumiyah karya al-

Imam ØanhÉjÊ dan kitab Mutammimah karya Sheikh Abdullah bin

Ahmad al-Fakihi secara talaqi (Busyairi, t.t). Pada tahun 1926 M, beliau

Page 6: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

46

berguru kepada mu’allim Subki bin Idris dan guru Mahmud bin Ramli

dalam bidang akidah dan feqah selama empat tahun. Memasuki umur

dua puluh (1930 M), beliau memperdalam ilmu kaedah tata bahasa

Arab kepada K.H. Abdul Madjid bin Abdurrahman dan berjaya

menamatkan kitab Alfiyah Ibnu MÉlik menamatkannya selama 5 tahun.

Selain itu, beliau mendalami ilmu lain seperti ilmu feqah (Fath al-

Mu’Ên dan kitab al-IqnÉ’ fi Halli al-AlfÉÐ) yang dikarang oleh AbÊ

SujÉ’, tafsir (Tafsir al-JalÉlayn), ilmu hadith (RiyÉÌ al-ØÉliÍÊn).

(Hadi, t.t)

Seterusnya beliau berguru kepada K.H. Ahmad Mukhtar di

Lemah Abang dan berjaya menamatkan kitab KifÉyah al’AwwÉm karya

Sheikh Ibrahim al-Bajuri dan kitab al-NaÎÉ’ih al-DÊniyah wa al-

WaÎÉyÉ al-ImÉniyah karya al-Habib bin ‘Alawi al-Haddad. Beliau

mendapat ijazah untuk mengajarkan kedua kitab tersebut. Seterusnya

pada tahun 1940 M (berumur 30 tahun), beliau berguru kepada Habib ‘Alwi

bin Tahir al-Haddad di Bogor selama dua tahun. Kepada ulama yang

kemudian dilantik menjadi Mufti Johor Malaysia ini, beliau memperdalam

ilmu usul Feqah (Jam’u al-JawÉmi’) (Hadi, t.t). Metode belajar

sepertimana yang ditempuh Abdullah Syafi’ie ini dalam sejarah Islam

dikenali sebagai metode mulÉzamah. Untuk menyokong kegiatan

belajar ini, ia dibekalkan sebuah basikal untuk mendatangi rumah guru-

gurunya yang jarak amat jauh, Tanah Abang (13 KM), Karawang

Bekasi (25 KM) hingga daerah Bogor-Jawa barat (35 KM) (Nata,

2005). Di antara nama-nama guru yang menjadi rujukan dalam

persoalan agama ialah sebagai berikut:

Jadual 1. Guru-Guru Abdullah Syafi’ie

No Guru Ilmu dan Kemahiran

1. Muallim Amin Ilmu Nahu

2. Muallim al-Musannif al-Jurumiyah, Riyadh al-

Badi’ah dan Kafrawi

3. Muallim Subeki Khitabah, Ashmawi,Immiriti

4. Muallim Ahmad Mukhtar Ilmu Tasawwuf dan Wirid

5. K.H. Abdul Majid Ilmu Feqah dan Usul Feqah

6. Guru Ahmad Marzuki Feqah, Tasawwuf dan Tafsir

7. Habib Alwi bin al-Haddad Ilmu Ceramah

8. Habib Salim bin Jindan Ilmu Hadith

9. Habib Ali Kwitang Ilmu Feqah, Ilmu Tafsir dan

Ilmu Hadith

Page 7: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

47

10. Muallim Yunus Ilmu Sya’ir (al-’Arudh)

Sumber: Ahmad Fadli HS, Ulama Betawi: Studi Tentang, 137.

Berdasarkan riwayat perjalanan beliau dalam menuntut ilmu di atas,

dapat disimpulkan bahawa kecintaan Abdullah Syafi’ie kepada ilmu tidak

dapat dinafikan lagi. Dari keterangan yang diperolehi, beliau

berkesempatan untuk menziarahi Makkah sebanyak lapan kali sama

ada untuk menunaikan ibadah haji ataupun umrah. Semasa di tanah suci

beliau mengambil peluang untuk belajar kepada ulama-ulama muktabar,

antara lain Sheikh YÉsin bin IsÉ al-FadÉnÊ yang memberikan ijazah

periwayatan hadith melalui kitab al-‘Ajalah fi al-AhÉdith al-Mursalah dan

kitab al-MuqtaÏaf min IthÉf al-AkÉbir. Seterusnya Sayyid ‘AlawÊ bin AbbÉs

al-MÉlikÊ dengan mempelajari kitab Fath al-QarÊb ‘alÉ TahdhÊb al-

TarghÊb wa al-TarhÊb secara talaqqi dan masih ramai lagi seperti

MuÍammad bin AbbÉs al-Maliki, Sheikh AmÊn QuÏbÊ, Sheikh AmÊn al-

SinqÊtÊ (Nata, 2005). Daripada barisan guru-guru Abdullah Syafi’ie

sepertimana yang disebutkan di atas, dapatlah dinilai ketokohan dan

kehebatan tokoh kajian ini.

Aktiviti Dakwah

Setelah dirasa memperoleh ilmu yang cukup, Abdullah Syafi’ie

memulakan dakwah di madrasah. Di tempat itulah Abdullah Syafi’ie

memulakan dakwah dengan mengajarkan ilmu-ilmu keagamaan kepada

rakan-rakannya. Beliau mengajarkan ilmu-ilmu keagamaan yang sudah

ia dapat dari para gurunya. Di tempat ini jugalah Abdullah Syafi’ie

menjadi seorang guru yang mahir dalam pengajaran. Dalam masa

sekitar lima tahun, tempat pengajian tersebut sudah tidak mencukupi

kerana bilangan pelajar yang amat ramai. Sehinggalah pada tahun

1933M, beliau membeli sebidang tanah untuk tujuan pembinaan masjid.

Menurut anak perempuan tertua tokoh kajian, wang tersebut dibeli dari

hasil perniagaan yang dijalankannya dan hasil menjual barang kemas

milik istrinya. (Alawiyah, anak perempuan sulung tokoh kajian, 2013)

Berkenaan dengan pemberian nama masjid, Tutty Alawiyah

menyebutkan bahawa pada ketika itu masjid-masjid yang sedia ada

tidak menggunakan nama Arab akan tetapi menggunakan nama daerah

seperti Masjid Tanah Abang, Masjid Kampung Melayu dan lain-lain.

Abdullah Syafi’ie dianggap sebagai tokoh pertama di daerah tersebut

yang memberi nama masjid dengan nama Arab, Masjid al-Barkah

(Alawiyah, 2012). Di masjid inilah beliau membuka kelas agama untuk

Page 8: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

48

orang ramai pada hari Rabu malam. Manakala isteri beliau Siti Rogayah

diberi jadual pada hari sabtu pagi untuk kalangan muslimah.

(Rahmawanta S, 2013)

Di masjid inilah, Abdullah Syafi’ie benar-benar memainkan

peranan sebagai seorang ulama yang mengajarkan ilmu di masjid secara

rasmi. Sebagai pusat ibadah umat Islam, masjid memiliki peranan yang

sangat penting dalam pembangunan masyarakat Islam yang sebenar.

Selain al-Qur’an, beberapa pelajaran lain seperti tauhid, feqah dan sirah

mulai diajarkan kepada orang ramai di masjid tersebut. Dakwah

Abdullah Syafi’ie tidak terhad pada Masjid al-Barkah yang beliau

asaskan sahaja, tetapi meliputi masjid-masjid di seluruh Jakarta dan di

kawasan luar bandar. Haji Zainal Abidin menyebutkan bahawa

Abdullah Syafi’ie mengajar di lebih dari 45 buah yang terdapat di

sekitar di Jakarta.

Abdullah Syafi’ie juga sentiasa mendapat penghormatan

daripada para ulama dan para habib untuk menyampaikan ceramah pada

permulaan majlis. Salah satu peristiwa tersebut terjadi ketika beliau

dijemput untuk menghadiri majlis haul kematian seorang ulama yang

bergelar wali di daerah Pekalongan-Jawa Tengah. Dalam majlis yang

dihadiri oleh berpuluh-puluh ulama dan puluhan ribu jamaah tersebut,

beliau mendapat peluang pertama untuk menyampaikan ceramah

(Alawiyah, Tokoh Kharismatik 1919-1985, 1999). Hal ini menunjukkan

mengenai taraf dan kedudukan Abdullah Syafi’ie dalam kalangan

ulama. Peristiwa ini dikuatkan lagi berdasarkan keterangan daripada

salah seorang murid beliau yang kini menjadi ulama terkenal dan

karisma berketurunan Betawi, K.H. Saifuddin Amsir. (Amsir, 2013)

Abdullah Syafi’ie menyampaikan ceramah dalam pelbagai

situasi, sama ada rasmi ataupun tidak rasmi, dalam kalangan masyarakat

awam atau kalangan pejabat negara, di majlis-majlis ilmu ataupun di

medan politik kepartian. Berceramah di majlis perkahwinan, aqiqah,

cukur jambul dan juga kematian adalah satu perkara yang biasa bagi

beliau. Selain itu, beliau juga selalu mendapat jemputan daripada

pejabat negara, seperti rumah Presiden RI Soekarno, Menteri

Lingkungan Hidup Emil Salim, Menteri Penerangan Harmoko dan juga

Gabenor DKI Jakarta Ali Sadikin dan lainnya.

Dalam arena politik kepartian beliau pernah menjadi juru

kampen bagi parti Islam ketika itu, Parti MASYUMI. Berkenaan

Page 9: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

49

dengan keterlibatan beliau dalam kempen tersebut, Cholil Ridwan

menyatakan bahawa perkara ini menunjukkan bahawa Abdullah

Syafi’ie memiliki visi yang membela kepentingan ummay dan

mendaulatkan politik Islam yang benar. Kedudukan dan pengaruh yang

beliau miliki harus disumbangkan dalam perjuangan politik ke arah

terciptanya kehidupan bernegara yang sesuai dengan nilai dan ajaran

Islam (Ridwan, 2013). Atas alasan inilah beliau memanfaatkan

pengaruh kemahiran ceramah sebagai juru kempen.

Selain di dalam Negara, dakwah Abdullah Syafi’ie juga

merentasi luar negara hinggalah ke Malaysia dan Singapura. Beliau

mendapat penghormatan melakukan lawatan dakwah di Malaysia

bahagian Timur melalui jemputan khas daripada Timbalan Menteri

Pertahanan Malaysia, Haji Abu Bakar (Indonesian Religious Scholar

Here for Visi, 1984). Semasa di sana, beliau berkesempatan

menyampaikan dakwah di pelbagai tempat, antara lain: Masjid Negeri

Sarawak, Gedung Masjlis Agama Islam Sarawak, Komplek Tentara

Brigade 4 Kuching, Institut Teknologi Mara dan lain-lain. (Zuhair,

2012)

Selain di Sabah dan Sarawak, Abdulah Syafi’ie juga

menyampaikan dakwah di Alor Star-Kedah, Johor dan Pahang. Ketika

itu beliau melakukan lawatan di salah satu institusi pendidikan Islam di

sana (Tutty Alawiyah, 1999). Sumber lain menyatakan beliau pernah

berdakwah di negeri-negeri Johor selama 3 bulan (Alawiyah, 70 Tahun

Tutty Alawiyah, 2012). Sebagai tambahan, semasa lawatan ke Malaysia

juga, beliau mendapat kehormatan untuk men-talqin ataupun memandu

seorang saudara baru untuk mengucapkan dua kalimah syahadat di

salah satu majlis yang diadakan secara khas untuk beliau. Walau

bagaimanapun penulis tidak dapat memastikan maklumat mengenai bila

dan di mana peristiwa itu terjadi. Penulis hanya dapat memastikan

kesahihan gambar dan keterangan yang menyatakan beliau

membimbing orang masuk Islam di Malaysia. (Alawiyah, Tokoh

Kharismatik 1919-1985, 1999)

Manakala di Lembah Klang, beliau juga menyampaikan

ceramah di Masjid Kampung Baru-Chow Kit dan beberapa masjid di

kampong Paya Jaras-Sungai Buloh. (Musa Fathullah Harun, 2013)

Penulis mendapati satu sebab Abdullah Syafi’ie datang ke Kuala

Lumpur adalah Abdullah Syafi’ie pernah dipersaudarakan oleh seorang

ulama dengan tiga orang, di antaranya ialah K.H. Fathullah Harun.

Page 10: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

50

Didapati bahawa beliau adalah imam masjid negara dan juga turut

mengajar di Masjid Kampung Baru. Penulis berkeyakinan, kedatangan

Abdullah Syafi’ie adalah disebabkan jemputan dan laluan yang

diberikan oleh K.H. Fathullah Harun tersebut.

Wujudnya ziarah muhibbah dakwah yang dijalankan oleh

Abdullah Syafi’ie, sama ada di dalam negara ataupun luar negara adalah

satu bukti yang kukuh tentang kemahiran beliau dalam berdakwah

menerusi mimbar. Jika beliau bukan seorang penceramah yang mahir,

sudah tentu tidak membawanya berdakwah hingga ke luar negara

merentasi laut dan samudra.

Dakwah Menerusi Radio

Media dakwah adalah saranan yang dapat mempermudahkan seorang

pendakwah dalam menyampaikan pesan dan ajaran dakwah kepada

sasaran. Menurut al-BayÉnËnÊ, media dakwah merupakan sesuatu

yang bersifat fizikal ataupun maknawi yang diguna pakai oleh

pendakwah dalam melaksanakan metode dakwah. (al-Bayanuni, 2002)

Di antara media elektronik yang dapat diguna pakai dalam penyebaran

dan penyampaian ajaran Islam adalah radio dan televisyen.

Radio merupakan media audio yang memiliki pengaruh yang

besar kepada masyarakat awam yang mendengarnya sehingga ia

menjadi media alternatif bersama dengan TV dan juga surat kabar.

Berkenaan dengan kelebihan dan keistimewaan radio berbanding

dengan media lain, Onong Uchyana Fendi menyebutkan beberapa

kelebihan radio sepertimana yang dinukil oleh Mohd. Ali Aziz, antara

lain: siaran radio bersifat langsung dan tidak mengenal jarak, memilki

tarikan yang kuat (perpaduan bahasa verbal, music dan kesan suara) dan

dapat dapat didengari oleh orang yang tak boleh membaca dan menulis

sekalipun. (Aziz M. A, 2009)

Pada suatu ketika dahulu, khususnya ketika penulis masih di

peringkat sekolah rendah, radio menjadi satu-satunya media yang

digunakan oleh masyarakat luar bandar untuk mencapai maklumat dari

luar. Justeru itulah Abdullah Syafi’ie adalah seorang pendakwah yang

inovatif dan memiliki pandangan kehadapan (visioner futuristic).

Kelebihan dan keistimewaan radio sebagai media penyiaran dalam

masyarakat menjadi perhatian tersendiri bagi beliau. Dalam pandangan

beliau, radio adalah salah satu media yang paling ramai diminati dan

Page 11: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

51

digemari oleh masyarakat awam, khususnya kalangan remaja sehingga

ianya dapat menjadi media yang efektif dalam menyampaikan mesej

dakwah dengan jangkauan yang luas dan tidak terhad.

Penubuhan radio ini dimulakan pada tahun 1967 M, dua tahun

setelah beliau menubuhkan Akademi Keguruan Pendidikan Islam

(AKPI). Dibantu dengan para pelajar yang menuntut di AKPI tersebut,

Abdullah Syafi’ie mula mendirikan tiang antena dan mengemaskini

jadual program yang hendak dilancarkan dalam stesyen rasio. Radio

tersebut pada awalnya bernama Radio AKPI As-Syafi’iyah dan pada

tahun 1978 M radio tersebut dikenali dengan nama Radio Dakwah As-

Syafi’iyah (RAS FM pada frekuensi 95.5 FM) sehinggalah hari ini.

(Zuhair, 2012)

Dalam pandangan Abdullah Syafi’ie, radio adalah media yang

sangat efektif dalam menyebarkan Islam dan menjaga akidah umat

Islam dari fahaman yang berjaya tersebut. Penulis menilai bahawa

tokoh kajian merupakan seorang ulama dan pendakwah yang memiliki

daya pemikiran yang inovatif, strategik dan memiliki pandangan yang

jauh ke hadapan. Mendirikan stesyen radio sebagai media penyebaran

dakwah adalah sesuatu yang baharu, apatah lagi idea penubuhan

tersebut terjadi pada era tahun 1960.

Selain untuk tujuan dakwah dan menjaga akidah, penubuhan

radio ini adalah salah satu cara beliau memberikan pilihan alternatif

kepada orang ramai dalam memilih hiburan yang mendidik jiwa.

Sebagai satu-satunya radio dakwah ketika itu, radio As-Syafi’iyah

memiliki pengaruh yang amat besar dalam kehidupan umat Islam.

Menurut keterangan yang diperolehi daripada Soleh RM, radio ini

menjadi pilihan utama masyarakat Islam di wilayah Jakarta dan

sekitarnya. Pemilihan ini disebabkan oleh formula pendidikan agama

yang dipadukan dengan hiburan-hiburan yang mendidik jiwa. Bahkan

pada awal-awal penubuhannya (1967-1969 M), jangkauan radio ini

sampai di luar pulau Jawa yang meliputi Lampung, Aceh dan

sebahagian daripada wilayah Malaysia (Rahmawanta, 1988). Kenyataan

ini disokong dengan adanya para pelajar yang datang daripada

sebahagian wilayah di Malaysia yang belajar di pondok pesantren.

Selain berfungsi sebagai media penyampaian dakwah, radio As-

Syafi’iyah juga digunakan sebagai media penyiaran program dan

aktiviti yang dijalankan oleh Perguruan Islam As-Syafi’iyah. Seluruh

Page 12: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

52

projek yang dijalankan, sama ada berhubung kait dengan kegiatan

dakwah ataupun projek pembinaan sekolah ataupun madrasah disiarkan

secara langsung menerusi radio ini. Tidak ketinggalan, pihak

pemerintah juga mengambil peluang untuk menyampaikan pelbagai

program dan aktiviti dakwah yang dijalankan oleh Jabatan Agama

Republik Indonesia, dan Pejabat Agama daerah Jakarta Selatan.

Ketika kajian ini dijalankan, penulis sering mendengarkan radio

berkenaan untuk mengetahui kekuatan dakwah, corak dakwah dan

program-program yang disiarkan. Penulis berpandangan bahawa pada

tahun 1960-an, idea untuk menubuhkan radio sebagai media dakwah

adalah idea yang sangat cemerlang yang tidak dimiliki oleh tokoh lain

sezamannya. Wujudnya radio ini juga menunjukkan satu hakikat nyata

bahawa beliau merupakan seorang ulama yang terbuka dan berwawasan

moden yang dapat memanfaatkan produk moden untuk mendaulatkan

Islam.

Pengaruh dakwah yang dijalankan radio as-Syafi’iyah ini

ternyata cukup besar. Zubair menyebutkan bahawa dengan radio ini

Abdullah Syafi’ie tampil menjadi pendakwah yang semakin dikenali

secara luas dalam kalangan masyarakat muslim Jakarta. Mantan

Menteri Perindustrian Republik Indonesia, Fahmi Idris menceritakan

kisah perkenalan dirinya dengan Abdullah Syafi’ie dan seterusnya turut

serta dalam menjayakan program-program dakwah. Berikut kisah

tersebut: (Idris, 2011)

Pertama kali saya kenal dengan Pak Kyai Abdullah

Syafi’ie adalah melalui radio As-Syafi’iyah tahun

1970an. Luar biasa maknanya siaran radio itu Beliau

sering membahasakan dirinya sebagai khadam (pelayan)

ummat. Ajakan beliau sangat berpengaruh. Buktinya,

sayapun terpengaruh ajakan beliau, padahal saya tidak

kenal. Itulah antara lain yang membuat saya sering

menyumbang. Ini terjadi kalau saya di mobil (kereta) dan

menyetel radio as-Syafi’iyah, dan kemudian mendengar

panggilan Pak Kyai untuk menyumbang pembangunan

masjid. Di situlah saya suruh sopir (pemandu peribadi)

saya mengantarkan sumbangan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan didapati bahawa Abdullah

Syafi’ie bukan sahaja dikenali sebagai ulama rakyat, tetapi juga

Page 13: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

53

dihormati oleh golongan elit dan penjabat pemerintah. Kesan dan

pengaruh radio as-Syafi’iyah ini dapat menjadikan seorang yang dahulu

‘bermusuhan’, pada akhirnya menjadi penyokong dakwahnya. Di antara

yang dimaksud ialah Ali Sadikin, Gabenor Jakarta dan lain-lain.

Selain daripada pengakuan tersebut, pengaruh dakwah K.H.

Abdullah Syafi’ie menerusi radio tersebut juga dapat dilihat daripada

jamaah yang hadir dalam program Tabligh Akbar Maulidur Rasul pada

tahun 1968 M yang diadakan di Lapangan Istora Senayan Jakarta.

Dalam program yang dianjurkan oleh Perguruan Islam As-Syafi’iyyah

tersebut, Abdullah Syafi’ie memberikan ceramah dihadapan ratusan

ribu umat Islam dengan gaya ceramah yang memukau. Dapat dikatakan

bahawa karisma dan ketokohan Abdullah Syafi’ie terserlah secara

meluas ketika mana suara beliau dapat didengar melalui udara oleh

masyarakat Jakarta dan sekitarnya.

Dari sudut pandang pengaturan program siaran, radio ini tidak

keluar dari misi awal penubuhannya sebagai radio dakwah Islamiah

tetapi pada masa yang sama ia juga menyajikan slot-slot tentang

budaya, hiburan, berita dan lain-lain. Menurut keterangan Abdul

Rahman Abdullah, sepertimana yang dipetik oleh M. Soleh

Rajamawan, pengaturan program siaran radio tersebut adalah sebagai

berikut:

Jadual 2. Pengagihan Program Siaran Radio as-Syafi’iyah

No. Pola Acara / Pola Siaran Peratus

1. Program Keagamaan 35

2. Program Kebudayaan 10

3. Pendidikan 15

4. Hiburan 15

5. Berita 15

6. Lain-lain 10

Jumlah 100

Sumber: M. Soleh Rajamawan, Jasa Perguruan…, 83.

Berdasarkan jadual di atas, penulis berpandangan bahawa

Abdullah Syafi’ie memiliki konsep keseimbangan. Meskipun radio As-

Syafi’iyah adalah radio non-profit yang berhaluan dakwah Islamiah,

tetapi tidak menafikan keperluan manusia terhadap aspek yang lain

seperti, aspek budaya, berita dan juga hiburan. Pada peringkat awal,

radio ini akan bersiaran secara langsung bermula pukul 4 seawal pagi

Page 14: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

54

hingga 10 pagi dan untuk tengah hari bermula pada pukul 13.45 hingga

17.45 petang. Manakala pada malam hari bermula pada pukul 18.15

hingga 23.30 tengah malam. (Rahmawanta, 1988)

Melihat sumbangan Abdullah Syafi’ie dalam perkara ini

layaklah sebutan tokoh pendakwah yang menerima kemajuan teknologi

maklumat disematkan dalam dirinya. Pada pandangan beliau, para

ulama secara khasnya dan umat Islam secara amanya masih lagi

menjauh dari kemajuan teknologi. Dengan kesedaran inilah, beliau

berdakwah. Lebih-lebih pada ketika itu, media radio lebih banyak

dimiliki oleh masyarakat Islam berbanding dengan pemilik television

yang masih sedikit. Dengan mengasaskan radio, Abdullah Syafi’ie

hendak membuktikan kepada kepada umat bahawa umat Islam dapat

menjadi orang yang menguasai teknologi, bukan yang dikuasi

teknologi.

Seiring dengan perjalanan waktu, radio tersebut semakin

mendapat pengiktirafan. Antaranya ialah pengiktirafan yang

dikeluarkan oleh sebuah lembaga kaji selidik yang benama Taylor

Nelson Sofres (1988). Menurut lembaga kaji selidik ini, radio as-

Syafi’iyah dinobatkan menjadi radio yang mempunyai jumlah

pendengar yang paling ramai (sebanyak 1.756.000 pendengar). Berikut

jadual urutan pendengar radio-radio secara amnya di Jakarta seketika

itu:

Jadual 3. Jumlah Pendengar Radio-Radio FM di Jakarta Tahun

1988

Urutan Nama Radio Jumlah

Pendengar

1. Radio As-Syafi’iyah 1.756.000

2. Radio Bens FM 1.425.000

3. SP FM 1.135.000

4. Muara FM 998.000

5. Moslem FM 991.000

Sumber: Nupzahtusaniya. AS, Siaran Dakwah Radio, 2003, 63.

Berdasarkan jadual di atas, radio as-Syafi’iyah menjadi radio

pilihan pendengar dengan jumlah pendengar yang paling ramai iaitu

sebanyak 1.756.000. Jumlah ini mengalahkan Radio Bens FM

(1.425.000 pendengar), SP FM (1.135.000 pendengar), Muara FM

(998.000 pendengar) dan Moslem FM (991.000 pendengar).

(Nupzahtusaniya, 2003) Meskipun Abdullah Syafi’ie telah tiada, tetapi

Page 15: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

55

sumbangan beliau dalam bidang penyiaran radio masih dirasai oleh

umat Islam di Jakarta dan sekitarnya. Satu lembaga kaji selidik yang

bernama Survery Research menjalankan penyelidikannya pada tahun

1997 (12 tahun sejak kewafatan tokoh kajian), menempatkan radio As-

Syafi’iyah sebagai radio peringkat nombor 1 dari aspek populasi

pendengar. (Nupzahtusaniya, 2003)

Kesan dakwah yang semakin bagus ini dibuktikan dengan

penerimaan yang baik dari kalangan orang ramai. Saat kajian ini ditulis,

Perguruan Islam As-Syafi’iyah memiliki 3 buah radio dakwah dakwah,

iaitu: Radio As-Syafi’iyah AM, RAS FM dan radio As-Syafi’iyah

Puloair FM.

Setelah kewafatan Abdullah Syafi’ie, radio As-Syafi’iyah

menjadi media yang cukup baik bagi para pelajar dan pecinta ilmu yang

hendak mendengarkan ceramah ataupun pengajian beliau. Ceramah-

ceramah beliau akan diperdengarkan lewat udara pada setiap hari

Selasa, Rabu, Jumat dalam slot taklim angkasa mulai pukul 07.00

hingga 08.00 malam. Selain slot khas tersebut, ceramah ulangan

Abdullah Syafi’ie juga akan diperdengarkan ketika panel pengisi slot

berhalangan hadir ataupun kerana faktor yang lain. Hasil daripada temu

bual dengan pengurus operasi radio As-Syafi’ah didapati bahawa

sejalan dengan perjalanan waktu terdapat pelbagai perubahan pola

siaran dan pola acara di radio As-Syafi’iyah, apatah lagi radio As-

Syafi’iyah sudah menjadi radio profit berhaluan dakwah Islamiah.

Secara ringkasnya program radio As-Syafi’iyah dapat dilihat dalam

jadual berikut ini:

Jadual 4: Pengagihan Program Siaran Radio As-Syafi’iyah

No Kategori Siaran Nama program Peratus

1. Penerangan a. Relai Wajib RRI 04.40

b. Relai Khusus 01.40

c. Public Services

1. Pemerintah 06.00

2. Swasta 04.10

2. Pendidikan a. Umum 03.00

1. Akhbar Syafi’iyah

2. Bedah Buku

3. Hal Ikhwal

b. Agama 40.00

Page 16: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

56

1. Kuliah Subuh

2. Santapan Ruhani

3. Kuliah Petang

4. Taklim Angkasa

5. Mutiara Hikmah

6. Pengajian

7. Jurnal Informasi

3. Hiburan a. Pop Indonesia 12.00

b. Irama Melayu 15.00

c. Pop Religius 07.00

d. Nasyid dan Solawat 04.00

4. Lain-Lain a. Pembukaan 03.00

b. Off Air

Jumlah 100

Sumber: Data Diperolehi secara tertulis daripada RAS FM, 14 Dis

2013.

Jadual di atas menunjukkan bahawa program yang

berhubungkait dengan keagamaan masih lagi mengungguli program-

program yang lain (40%). Hal ini menunjukkan bahawa walau

bagaimanapun, jati diri radio As-Syafi’iyah tidak dapat dipisahkan

sebagai radio dakwah. Manakala program hiburan yang mengandungi

lagu dan nasyid menempati urutan kedua dengan jumlah peratus

sebanyak 38%. Meskipun terdapat lagu-lagu pop Indonesia, radio As-

Syafi’iyah tidak secara mudah memutar lagu yang dinyanyikan oleh

penyanyi ataupun kumpulan yang tidak sesuai dengan dakwah. Jelasnya

radio As-Syafi’iyah tidak secara mudah memutar lagu yang

dinyanyikan oleh penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat,

terlibat dengan dadah ataupun aksi lucah. Di antara penyanyi yang

disenarai hitamkan dari radio As-Syafi’iyah ialah Dani Ahmad, Ariel

Pieterpan, Dewi Persik dan ramai lagi. (Soetrisno, 2013)

Kesimpulannya, Abdullah Syafi’ie merupakan antara ulama

yang diberikan taufiq oleh Allah SWT dalam melakukan pembaharuan

dalam dakwah. Salah satu bentuk pembaharuan itu ialah dakwah

menerusi media elektronik. Perkara ini menunjukkan bahawa beliau

adalah seorang yang celik teknologi. Dengan mendirikan radio, ummat

Islam bukan setakat menjadi pengguna, tetapi tampil menjadi pelaku

sejarah dalam memberikan warna dan kehidupan ummat Islam ketika

itu.

Page 17: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

57

PENUTUP

Dakwah memiliki pengertian yang luas dan komprehensif. Dakwah tidak

sahaja berisikan mengenai ajaran yang bersifat teori, tetapi mampu mendepani

cabaran dan menyelesaikan masalah umat Islam. Seorang pendakwah perlu

membuka minda dan menerima pelbagai perubahan serta memanfaatkan

teknologi maklumat selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Justeru itu pendakwah sememangnya memiliki daya inovasi dan

berfikiran maju kehadapan kearah memajukan umat Islam.

Abdullah Syafi’ie sebagai pendakwah yang memiliki karisma

dan wawasan yang maju, telah memberikan bukti dan teladan bahawa

radio merupakan media dakwah yang cukup efektif dan berkesan.

Mendirikan radio untuk kepentingan dakwah adalah satu perkara yang

sangat maju ketika itu. Meskipun pengasasnya sudah wafat, tetapi radio

tersebut masih lagi menjalankan fungsi dakwahnya. Bahkan semakin

memberikan sumbangan yang cukup besar bagi kemajuan dakwah di

Jakarta.

RUJUKAN

Alawiyah, T. (1999). Tokoh Kharismatik 1919-1985. Jakarta:

Perguruan Islam As-Syafi'iyyah.

Alawiyah, T. (2010). Kepemimpinan dan Keteladanan KH Abdullah

Syafi'ie. Jakarta: Penerbit UIA.

Alawiyah, T. (2012). 70 Tahun Tutty Alawiyah. Jakarta: UIA Press.

Alawiyah, T. (2013, April 14). Permulaan Abdullah Syafi’ie dalam

Dakwah. (M. Choirin, Interviewer)

Al-Bayanuni, M. A.-F. (2002). al-Madkhal Ila Ilm al-Da'wah. Beirut:

Dar al-Risalah.

Aziz, A. (2001). Islan dam Masyarakat Betawi. Jakarta: Logos.

Aziz, M. A. (2009). Ilmu Dakwah. Jakarta: Kencana Prenada Media

Group.

Busyairi, B. (t.t). Catatan Riwayat Hidup KH Abdullah Syafi’ie.

Jakarta: T.P.

Page 18: INOVASI DAKWAH K.H. ABDULLAH SYAFI’IE (1910 …journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/... · Istiqomah Tegal Parang (1805 M), (Yatim, ... Kota Jakarta Selatan,

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

DR MUHAMMAD CHOIRIN, DR FAKHRUL ADABI ABDUL KADIR

58

Hadi, S. (t.t). Kegiatan Dakwah KH Abdullah SYafi'ie. Jakarta: t.t.

HS, A. F. (2011). Ulama Betawi: Studi Tentang Jaringan Ulama Betawi

dan Kontribusinya. Jakarta: Manhalun Nasyi-in Press.

Idris, F. (2011). KH Abdullah Syafiie adalah Entrepreneur. In T.

Alawiyah, KH Abdullah Syafiie Di Mata Para Tokoh, Ulama

dan Cendekiwan (p. 45). Jakarta: UIA Press.

Indonesian Religious Scholar Here for Visi. (1984, Ogos 7). Sibu.

Indra, H. (2003). Pesantren dan Transformasi Sosial. Jakarta:

Penamadani.

Iqbal, M. Z. (2002). Islam di Jakarta: Studi Sejarah Islam dan Budaya

Betawi. Jakarta: TP.

Mubarok, A. (2013, Disember 14). Keulamaan dan Kharisma Abdullah

Syafi’ie. (M. Choirin, Interviewer)

Nata, A. (2005). Tokoh-tokoh Pembaharuan Pendidikan Islam di

Indonesia. Jakarta: Raja Grafindo Persada.

Nupzahtusaniya. (2003). Siaran Dakwah Radio As-Syafiiyah 95.3

Ditinjau dari Perspektif Manajemen Dakwah. Jakarta: UIN

Sahid.

Rahmawanta, S. (1988). Jasa Perguruan Islam As-Syafiiyah. Jakarta.

Rahmawanta, S. (2013, Disember 13). Ketokohan Dakwah Abdullah

Syafi’ie. (M. Choirin, Interviewer)

Soetrisno, D. (2013, Disember 14). Sejarah Dakwah Radio As-

Syafiiyah. (M. Choirin, Interviewer)

Tutty Alawiyah. (1999). Jakarta: Perguruan As-Syafi'iyah.

Yatim, B. (1996). Peran Ulama Dalam Masyarakat Betawi. Jakarta:

Yayasan Festival Istiqlal.

Zuhair. (2012). KH Abdullah Syafi'ie; Produk Betawi Dengan Kiprah

Nasional dan International. Jakarta: Adabia Press.