la - ir.unimas.my pendatang indonesia ke... · pusst'fýºidm*t. msw ýa ý ', w...

24

Upload: nguyenmien

Post on 14-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pusst'fýºidm*t. Msw ýA ý ', w '°°K LA ýýýCiTi MA

PENGHIJRAHAN PENDATANG INDONESIA KE MALAYSIA. SATU TINJAUAN DART PERSPEKTIF EKONOMI DAN SOSIO-

BUDAYA P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

iimimüiýiýuA 1000246030

NORZIAH BT. MOHAMED ALI

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian danpada syarat- syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian

Antarabangsa

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Pusat Khidmat Makiumat Akademik UNIVERSPfI MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN ............................................................................ i

ABSTRAK ........................................................................................ ii

ABSTRACT ...................................................................................... iii

SENARAI JADUAL ......................................................................... iv

SENARAI GAMBARAJAH ............................................................ vi

BAB 1: PENDAHULUAN ............................................................... 1

1.1 Pengenalan ...................................................................... 1 1.2 Kenyataan Masalah ........................................................... 4 1.3 Objektif Kajian ................................................................ 6 1.4 Skop Kajian ..................................................................... 6 1.5 Kepentingan Kajian ..........................................................

6 1.6 Metodologi Kajian ............................................................

7 1.7 Kajian Lepas ....................................................................

8 1.8 Definisi Konsep ..............................................................

13 1.9 Orentasi Teorities ...........................................................

16

BAB II : SEJARAH PENGHIJRAHAN PENDATANG ............... 19 INDONESIA KE MALAYSIA

2.1 Pengenalan ...................................................................... 19 2.2 Penghijrahan Pendatang Indonesia Sebelum Merdeka....... 21 2.3 Penghijrahan Pendatang Indonesia Selepas Merdeka ......... 29

BAB III : PUNCA-PUNCA PENGIHJRAHAN :.......................... 38 DAYA TARIKAN DAN TOLAKAN

3.1 Faktor Tarikan ........................................................................... 38 3.1.1 Peluang Pekerjaan Yang LebihTinggi Dan ........................

40

Sikap Rakyat Tempatan Yang MemilihPekerjaan 3.1.2 Kadar Upah Yang Tinggi Berbanding ............................. 42

Negara Asal 3.1.3 Dasar Kerajaan Terhadap Pekerja Asing ......................... 44 3.1.4 Persamaan Latar Belakang Sejarah

.................................. 45

Budaya, Bahasa Dan Agama 3.1.5 Sikap Majikan Dan Pengusaha ....................................... 47 3.1.6 Kedudukan Geografi Yang Strategik

.............................. 48

Dan Berhampiran Dengan Negara Jiran

3.2 Faktor Tolakan ......................................................................... 49 3.2.1 Dasar Kerajaan Indonesia ..................................... 49 3.2.2 Kekurangan Peluang Pekerjaan ............................ 50 Di Negara Asal 3.2.3 Kemudahan Untuk Datang Secara ......................... 51

Haram Ke Malaysia 3.2.4 Adat Suka Merantau .............................................. 52

BAB IV : IMPLIKASI PENGHIJARAHAN PENDATANG ........ 56 INDONESIA KE MALAYSIA

4.1 Implikasi Ekonomi (Positif) ....................................................... 56

4.1.1 Sumbangan Tenaga Kerja Untuk ............................. 56 Mengantikan Buruh Tempatan

4.2 Implikasi Negatif ....................................................................... 57 4.2.1 Pengaliran Keluar Wang Negara ............................ 57 4.2.2 Kerugian Kepada Hasil Pendapatan Negara ........... 58 4.2.3 Berlaku Pemindahan Kerja dari Sektor .................. 59

Ekonomi Yang Lebih Menguntungkan 4.2.4 Perbelanjaan Pentadbiran Berhubung Dengan ........ 59

PATI

4.3 Implikasi Sosio-Budaya ............................................................. 60

4.3.1 Penindasan/ Persaingan ke atas Pekerja Tempatan ............................................... 61

4.3.2 Wujudnya Penempatan Setinggan an masalah Perumahan ..................................... 61

4.3.3 Anak warga Asing Di Sekolah ............................. 63 4.3.4 wujudnya Persaingan Untuk

................................. 65

MendapatkanPerkhidmatan Kerajaan 4.3.5 Masalah Mewujudkan satu ................................... 65

Budaya Malaysia 4.3.6 Masalah Berhubung Pembangunan ......................... 66

SumberTenaga 4.3.7 Kesan Kepada Keseimbangan Etnik ....................... 67 4.3.8 Meningkatkan Masalah Sosial ................................ 68 4.3.9 Masalah Berkahwin Dengan Pendatang Asing ......... 69 4.3.10 Peningkatan Kadar Jenayah .................................. 70 4.3.11 Pendatang Asing Membawa Penyakit ................... 71

Merbahaya

BAB V: LANGKAH-LANGKAR MENGATASI ............................. 74 5.1 Pengenalan ..............................................................

74 5.2 Perjanjian Medan (1984) .........................................

74 5.3 Penubuhan JawatanKuasa Kabinet Mengenai........... 75

Pekerj a/ Pendatang asing 5.4 Operasi Ops Nyah 1 .................................................

76 5.5 Operasi Ops Nyah 11 ...............................................

77

5.2 Dasar-Dasar Terbaru Kerajaan ........................................................ 78

5.2.1 Mengurangkan Karenah Birokrasi ........................... 78 5.2.2 Pindaan Akta Imigresen 1959/63 ............................. 79 5.2.3 Pembatalan Permit Kerja ........................................

80 5.2.4 Membekukan Pengambilan Pekerja Asing ............... 80 5.2.5 Langkah-langkah Bersepadu ....................................

82 5.2.6 Tindakan Terhadap Pemilik Rumah ..........................

82 5.2.7 Kerjasama Dengan Angkatan Tentera ......................

83 5.2.8 Penghantaran Semula PATI ......................................

84 5.2.9 Kerjasama Dua Hala (Malaysia-Indonesia) ............... 84

5.2.10 Dasar Pekerja Asing Di Kemas Kini ........................ 86

BAB VI : KESIlVIPULAN .................................................................... 89

KE S IlVIPULAN ...................................................................................... 89

BIBLIOGRAFI ..................................................................................... 97

LAMPIRAN ........................................................................................ 103

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, kajian ilmiah yang saya

usahakan ini akhirnya terserlah juga. Justeru itu, dengan rasa rendah diri, saya

memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S. W. T kerana atas limpah rahmatnya kajian ini

dapat disiapkan tepat pada waktunya.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Mak, Abah dan keluarga yang tidak

jemu-jemu memberi nasihat dan dorongan sehingga saya berjaya menamatkan pengajian di

Unimas. Pengorbanan kalian tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Penghasilan kajian ini

bukan sahaja usaha saya seorang tetapi juga atas bantuan yang tidak terhingga dari

penyelia, pensyarah serta tutor yang sentiasa membantu dan memberi idea semasa kajian

ini dijalankan. Terima kasih daun keladi kepada Prof. Madya Dr. Rashid dan Prof. Madya

Dr. Othman Yatim atas bimbingan kalian, begitu juga para tutor Cik Wan dan Cik Suseela.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang amat dikasihi, Nah, Noi, Bok, Ju, Sook Han, Juli,

Nor, Gee, Aton dan Zah... terima kasih segalanya. Semoga kalian semua akan

berjaya... insyaaallah. Buat Asri.. segala pengorbanan dan bantuan mu selama ini tidak akan

dilupakan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi

kerjasama sehingga kajian ini dapat disiapkan sepenuhnya.

Akhir kata, penghasilan kajian ini diharap dapat menjadi rujukan serta panduan

kepada yang berminat mengenai isu ini. Sesungguhnya segala kelebihan datangnya dari

Allah S. W. T dan kekurangan serta kelemahan itu adalah dari diri saya sendiri.

Norziah Bt. Mohd. Ah Batu 19, Kampung Kuala Dal 33700, Kuala Kangsar, Perak.

1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penghijrahan pendatang Indonesia ke Malaysia dari perspektif ekonomi dan sosio-budaya. Kajian lebi ditumpukan kepada aspek ekonomi dan sosio-budaya kerana ia merupakan faktor utama dalam mempengaruhi keputusan untuk berhijrah. Proses penghijrahan pendatang Indonesia didapati berlaku peringkat demi peringkat dan mereka sebenamya mengulangi apa yang dilakukan oleh rakan dan saudara yang berhijrah terlebih dahulu. Negara Malaysia sexing dianggap `Syurga Pekerjaan' bagi pendatang asing yang akan menjanjikan pelbagai kemewahan kepada mereka. Pendatang Indonesia yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi dan rajin bekerja, mengamalkan prinsip "Sanggup Bergadai Nyawa" asalkan mereka dapat masuk ke Malaysia walaupun secara tanpa izin. Terdapat banyak faktor yang mendorong serta memudahkan kemasukan mereka antaranya wujud peluang pekerjaan yang lebih tinggi dan sikap rakyat tempatan yang memilih pekerjaan, kadar upah yang tinggi berbanding negara asal, persamaan sejarah latarbelakang, budaya, bahasa dan agama, kegiatan sindiket haram dan sebagainya. Yang jelas kemasukan mereka turnt dibantu oleh rakan dan saudara yang berada di Malaysia, taikong dan penduduk tempatan yang memerlukan khidmat mereka. Penghijrahan pendatang Indonesia secara beramai-ramai dan tidak terkawal menimbulkan pelbagai implikasi. Didapati implikasi negatif lebih dominan dari implikasi positif. Antaranya pengaliran keluar wang negara, perbelanjaan pentadbiran berhubung dengan PATI, wujud masalah setinggan dan peru. mahan, peningkatan kadar jenayah, meningkatkan masalah sosial dan sebagainya. Bagi membendung masalah penghijrahan pendatang tanpa izin, pelbagai langkah telah dan sedang diambil oleh kerajaan Malaysia seperti Ops Nyah 1 dan Ops Nyah 11 mahupun kerjasama dua hala antara kerajaan Malaysia dan Indonesia seperti menandatangani Perjanjian Medan 1984 dan Penghantaran semula PATI.

11

ABSTRACT

This study attempts to investigate the emigration of Indonesians to Malaysia from the economic and socio-culture perspectivess. These two perspectives are the main focus of this study because they are both significantly influenced the emigrant decisions to emigrate. The process of emigration was found to occur phase by phase and the Indonesians to be seen as imitating their peers and relatives who have been emigrate before. Indonesians often refering Malaysia as a "Job Paradise" which promises fortune to them. Indonesians who are well-known as high spirit and hard working people practise the principle of "Sanggup Bergadai Nyawa" to enter Malaysia although illegally. There are many factors which contributes to the easy access to Malaysia such as the high supply of vacancies, the attitude of Malaysians who are too choosy, high earning compare with Indonesian, similar history background, culture, language and religion, illegal syndicate etc. These emigrants are also help by the local people, Taikong and those who need their services. Unlimited of the emigration of Indonesians give a wide implications on Malaysia. Most of the implications are negative such as the out-flow of money, the PATI administration expenses, the problem of squatter and housing, the increase of crimes and social problem. The Malaysian government has taken few steps to overcome these illegal emigrants problem such as Ops Nyah 1 and Ops Nyah 11, two-ways cooperation between Malaysia and Indonesia, for example signed the Medan Agreement (1984) and to send back PATI.

111

SENARAI JADUAL

1. Perkembangan Penduduk Indonesia Di Singapura antara tahun 1824-1881

2. Perkembangan Penduduk Indonesia Di Tanah Melayu Antara tahun 1891-1947

3. Malaya : Populasi Penduduk Indonesia Di Kawasan Estet, 1921

4. Pertambahan Penduduk Indonesia Di Tanah Melayu Mengikut Negeri Kediaman 1911-1947

5. Penduduk Indonesia Di Tanah Melayu 1957 Mengikut Pecahan Negeri

6. Pendatang Tanpa kin Indonesia Di Selangor Mengikut Pentadbiran Daerah tahun 1970

7. Bilangan Pendatang Indonesia Yang Berada Di Malaysia Mengikut Tempoh lama Tinggal tahun 1980

8. Pendatang Tanpa hin Indonesia Di Selangor Mengikut Daerah, tahun 1980-1986

9. Pendatang Asing Tanpa Izin Mengikut Negara Asal Hingga 31 Disember 1992

10. Kekosongan Pekerjaan Yang Dilaporkan Mengikut Kumpulan Pekerjaan

11. Perbezaan Upah Di Antara Pekerja Tempatan Dengan Pekerja Indonesia

muka surat

23

23

27

28

30

32

33

34

35

39

43

iv

12. Warga Asing Semakin Meningkat Di Sekolah Awam, 64 Statistik Pendaftaran baru Pelajar Asing

13. Penglibatan Pendatang Indonesia Dalam kegiatan 70 Jenayah Di Semenanjung Malaysia (Januan Hingga Disember 1994)

V

SENARAI GAMBARAJAH muka surat

1. Faktor Asal, Destinasi Dan Halangan Dalam Penghijrahan 17

vi

BAB 1

PENGENALAN

Fenomena kebanjiran rakyat asing sesebuah negara itu bukanlah sesuatu pekara

yang barn dan menghairankan, malah ia merupakan fenomena sejagat. Apatah lagi

negara yang mereka masuki itu adalah negara yang maju dan menjanjikan pelbagai

peluang kepada mereka baik dari segi ekonomi, politik dan sosial. Fenomena in telah di

alami oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dengan penghijrahan rakyat

asing dari Mexico, Jepun dengan penghijrah dari Asia Tenggara, negara Teluk dengan

penghijrah dari Asia Selatan dan negara Jerman dengan pengbijrahan rakyat asing dari

Eropah Timur. Persoalan yang timbul kenapa mereka berhijrah dan apakah faktor-

faktor yang mempengahrubi mereka berbuat demikian ?. Dan satu lagi persoalan

sampai bilakah kaum pendatang ini sanggup menumpang di negara asing dan sejauh

mana kesetiaan mereka kepada tanah air sendiri.

Sememangnya tidak dapat dinafikan kemasukan pendatang asing ke sesebuah

negara itu dapat memberi sumbangan yang besar terutama dalam pasaran pekerjaan.

Oleh sebab itu sesetengah negara tidak menghalang pengbijrahan pendatang asing,

sebaliknya mengawal dan mengenakan syarat berpatutan yang boleh memberi faedah

kepada mereka. Pendatang asing biasanya tidak memilih pekerjaan dan kadar upah

yang diberikan kepada mereka juga jauh lebih rendah berbanding dengan kadar upah

bagi rakyat tempatan. Namun kemasukan mereka secara beramai-ramai dan tidak

terkawal akan menimbulkan pelbagai masalah kepada negara penerima. Berdasarkan

pengalaman di Eropah Barat, kebanjiran pendatang asing membawa implikasi negatif.

1

2

Jika satu waktu dahulu pendatang asing dari negara Afiika Utara dan Turki amat

diperlukan untuk membantu pembangunan ekonomi tetapi kini kehadiran mereka tidak

lagi diingini. Malah isu pendatang tanpa izin menjadi isu politik yang sensitif di

Perancis dan di Jerman sehingga mengakibatkan beberapa rusuhan berlaku.

Negara Malaysia kini sedang menghadapi fenomena kebanjiran pendatang asing

terutama dari negara-negara jiran. Kepesatan ekonomi Malaysia yang terletak di

tengah-tengah rantau ASEAN, disokong dengan cerita-cerita kemewahan dan

kesenangan pendatang asing yang pulang ke kampung masing-masing menghangatkan

lagi keinginan warga asing untuk mengadu nasib ke Malaysia. Negara kita seolah-olah

dilihat sebagai "Syurga pekerjaan" dan kemewahan bagi warga asing. Akibatnya

Malaysia bukan sahaja terpaksa menerima pendatang yang bekerja secara sah tetapi

juga pendatang haram yang sekaligus mencetuskan beban sosial, ekonomi dan

prasarana.

Pendatang asing yang berhijrah ke Malaysia boleh dibahagi kepada tiga

katogeri utama iaitu golongan yang bukan warganegara Malaysia yang telah menetap

di Malaysia serta mempunyai kad pengenalan berwarna merah, golongan bukan

warganegara yang masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport yang sah dan

golongan penghijrah yang masuk secara haram..

Di bawah Akta Sekatan Imigresen 1968 telah menetapkan golongan pendatang

asing dalam katogeri yang pertama, tidak dibenarkan bekerja makan gaji melainkan

mempunyai permit kerja yang dikeluarkan oleh kementerian Buruh Malaysia.

Katogeri kedua iaitu golongan bukan warganegara yang masuk ke Malaysia

dengan menggunakan pasport yang sah pula dibenarkan bekerja jika mempunyai pas

kerja yang dikeluarkan oleh pihak Imigresen dan dibenarkan bekerja dalam

3

jangkamasa tertentu iaitu dua tahun dalam bidang pekerjaan yang memerlukan

kemahiran yang tidak ada pada pekerja tempatan. Apabila tempoh yang ditetapkan itu

tamat, pas mereka tidak akan disambung kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.

Katogeri ini banyak melibatkan pekerja dari negara-negara yang mengadakan perjanjian

bersama dengan Malaysia.

Masalah utama yang dihadapi oleh negara kita sekarang ini ialah penghijrahan

pendatang asing pada katogeri yang ketiga iaitu buruh asing yang masuk secara haram

Dengan lain perkataan, mereka masuk ke negara kita tanpa mempunyai dokumen yang

sah dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia mengikut

undang-undang Imigresen iaitu Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Pasport 1966.

Akta ini menegaskan setiap warganegara asing yang ingin datang ke Malaysia

terlebih dahulu perlu mendaftar dan membuat kad pengenalan sementara serta menjaga

keamanan negara yang diduduki. Tujuan diadakan akta ini adalah untuk menjaga

keselamatan awam dengan menghadkan kemasukan anasir-anasir yang boleh

mengancam keselamatan dan menentukan pendatang asing hanya dibenarkan masuk

atas dasar pilihan supaya peluang kerja bagi warganegara dalam lapangan ekonomi dan

perusahaan tidak terancam oleh saingan dari pendatang yang masuk secara haram

Walaupun undang-undang ini telah dikuatkuasakan sejak negara mencapai

kemerdekaan, tetapi ianya tidak dijalankan secara serius dan ini dapat dilihat dari

jumlah kemasukan pendatang tanpa izin terutama dari Indonesia yang meningkat setiap

hari terutama selepas tahun 1970-an dan lewat tahun 1980-an. Sesetengah pihak

menganggarkan dalam tempoh tersebut sahaja bilangan mereka melebihi 100,000 orang

(Halim Salleh, 1992). Kini kemasukan mereka semakin membimbangkan berikutan

perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat. Persoalannya ialah kenapa

4

pendatang dari Indonesia lebih berminat untuk berhijrah ke Malaysia ?. Adakah

semata-mata di sebabkan oleh faktor ekonomi ?. Atau begitu rapuhkah kawalan pihak

berkuasa terhadap kawalan di pintu masuk negara kita sehingga begitu senang

dirempuh oleh warga asing ?. Implikasi yang paling membimbangkan dengan kehadiran

mereka ini ialah ianyanya boleh menggugat ekonomi negara dan kesannya kepada

sosio-budaya Malaysia dalam usaha untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

1.2 KENYATAAN MASALAH

Permasalahan kajian adalah untuk mengenalpasti sejauh mana faktor ekonomi

dan sosio-budaya mempengaruhi proses penghijrahan pendatang Indonesia ke

Malaysia, atau ianya turut dipengaruhi oleh lain-lain faktor. Persoalan ini timbul

kerana jumlah pendatang Indonesia ini semakin meningkat selepas kemerdekaan negara

dan dalam masa yang sama ekonomi Malaysia juga berkembang pesat. Pengkaji juga

ingin mengenal pasti sejauh mana faktor persamaan sosio-budaya memainkan peranan

dalam mempengaruhi keputusan untuk berhijrah.

Persoalan yang timbul juga, adakah faktor-faktor tarikan dan tolakan sama ada

di negara Malaysia atau di Indonesia sendiri yang mendorong mereka berhijrah dan

apakah benar kehadiran mereka secara beramai-ramai dan tidak terkawal akan

menimbulkan implikasi kepada negara dan sejauh mana tahap keseriusannya.

Melalui kajian ini juga, penyelidik ingin mengenalpasti mengapa kebanyakan

pendatang Indonesia berhijrah ke Malaysia secara tanpa izin sedangkan terdapat

prosedur yang sah dan siapakah yang membantu mereka untuk berbuat demikian.

Seterusnya permasalahan kajian juga untuk meninjau apakah langkah-langkah yang

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSiTI MALAYSIA SARAWAK 5

telah dan akan diambil oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia dan sejauh

mana keberkesananya. Justeru itu, kajian ini nanti akan cuba membincangkan setiap

persoalan yang timbul.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum objektif kajian ini adalah untuk meninjau penghijrahan pendatang

Indonesia ke Malaysia yang boleh dikatogerikan sebagai pendatang asing terawal ke

negara kita selain dari penghijrah dari negara China dan India. Penghijrahan mereka ini

dilihat dari aspek ekonomi dan sosio-budaya.

Sementara objektif khusus pula adalah untuk meninjau proses penghijrahan

pendatang Indonesia serta mengenal pasti sama ada penghijrahan mereka ini

merupakan kesinambungan daripada penghijrahan orang Jawa yang terdahulu. Kajian

ini juga untuk mengenal pasti lokasi (negeri-negeri di Semenanjung Malaysia) yang

menjadi tumpuan mereka. Selain dari itu pengkaji ingin mengenal pasti apakah faktor-

faktor tarikan dan tolakan yang mendorong mereka berhijrah ke Malaysia dan

seterusnya mengenal pasti implikasi ekonomi dan sosio-budaya akibat penghijrahan

mereka secara beramai-ramai terutama secara tanpa izin. Secara khusus juga pengkaji

ingin mengenal pasti apakah yang mendorong mereka masuk ke negara kita secara

tanpa izin sedangkan terdapat prosedur yang sah dan siapakah yang membantu mereka

berbuat demikian serta mengenal pasti sejauh mana keberkesanan langkah-langkah

yang telah dan akan diambil oleh negara Malaysia dan negara Indonesia untuk

menangani masalah ini.

6

1.4 SKOP KAJIAN

Pemerhatian kajian ini akan ditumpukan kepada proses penghijrahan pendatang

Indonesia sejak pertengahan abad ke 19 hingga ke hari ini. Jangka masa ini dipill

kerana pengkaji ingin melihat sejarah penghijrahan pendatang Indonesia sebelum dan

selepas kemerdekaan Malaysia. Selepas merdeka terutama awal tahun 1970-an jumlah

kemasukan pendatang tanpa izin Indonesia semakin meningkat dan menimbulkan

pelbagai masalah ekonomi dan sosio-budaya. Peningkatan jumlah kemasukan mereka

ini adalah kerana dalam tahun 1970-an hingga kini ekonomi Malaysia semakin pesat

dan banyak membuka pelbagai pehiang baik dari aspek ekonomi, sosial dan politik.

Memandangkan aspek inilah, tempoh masa 1970-an hingga kini sengaja dipilih untuk

kajian faktor -faktor kemasukan mereka, kesan kemasukan pendatang tanpa izin dari

segi ekonomi dan sosio-budaya serta langkah -langkah yang sedang dan telah diambil

untuk mengatasi masalah ini.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini boleh menambahkan maklumat dan menawarkan perspektif yang

berlainan mengenai pengbijrahan pendatang asing ke Malaysia khususnya pendatang

dari negara Indonesia. Maklumat yang diperolehi ini akan menambahkah pengetahuan

mengenai 'penghijrahan' dan pengetahuan am mengenai isu-isu semasa.

Kajian ini juga dapat membantu penyelidik yang ingin mengkaji topik yang

sama pada masa akan datang kerana ia boleh digunakan sebagai rujukan atau asas

pengetahuan.

7

Pengkaji berharap kajian ini dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat

mengenai penghijrahan pendatang asing terutama implikasi negatif yang dilakukan

oleh mereka. Apabila adanya kefahaman mengenainya di harap dapat meningkatkan

kesedaran semua pihak bahawa dari segi jangka panjang kemasukan pendatang asing

yang tidak terkawal akan membawa implikasi negatif. Pihak majikan, sindiket-sindiket

haram, masyarakat tempatan dan pihak-pilak yang terlibat diharap akan lebih

bertanggungjawab dan memberi kerjasama yang padu untuk membendung masalah ini.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Secara keseluruhannya, metodologi yang digunakan untuk kajian ini berbentuk

penyelidikan perpustakaan di mana maklumat-makhunat diperolehi dari pembacaan

buku-buku, majalah, journal dan sebagainya. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih

sesuai dengan kajian yang hendak dilakukan serta berdasarkan kajian isu-isu semasa.

Selain dari merujuk buku dan kajian-kajian ilmiah, maklumat yang berkaitan dengan

kajian juga diperolehi dari majalah tempatan seperti Dewan Masyarakat, Dewan

Ekonomi, Akademik, majalah Massa dan sebagainya. Di samping itu rujukan juga

dibuat berdasarkan surat khabar tempatan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia,

News Straits Times dan The Star yang sering mengeluarkan laporan khas mengenai isu

ini.

Di samping itu maklumat juga diperolehi dari Syarikat Televisyen Malaysia

Berhad (TV3), yang banyak membuat liputan tentang isu ini terutama untuk siaran

rancangan Majalah Tiga dan Malaysia Hari Ini (MIR). Untuk itu kaset rakaman

digunakan untuk melihat kembali rancangan-rancangan yang telah disiarkan.

8

Kaedah temuramah juga digunakan untuk menemuramah pendatang Indonesia

yang bekerja di sektor pembinaan dan perkilangan bagi memantapkan lagi kajian.

Temuramah secara tidak formal ini digunakan untuk mengetahui secara lebih dekat

tujuan kedatangan mereka, keadaan tempat asal, kaedah masuk ke Malaysia, berkaitan

dengan upah yang diterima dan perasaan mereka ketika bekerja di Malaysia. Kaedah

pemerhatian juga digunakan untuk melihat tingkah laku pendatang asing Indonesia

serta pergaulan mereka dengan masyarakat setempat serta di kalangan mereka sendiri.

1.7 KAJIAN LEPAS

Kajian berkaitan penghijrahan pendatang Indonesia pernah dilakukan oleh

beberapa penyelidik sebelum ini. Tunku Shamsul Bahrin dari Universiti Malaya dalam

bukunya `Indonesians Labour In Malaya' pernah membuat kajian mengenai pekerja

asing Indonesia pada tahun 1965. Kajian beliau memfokuskan mengenai kepentingan

dan sumbangan buruh Indonesia terutama dari kepulauan Jawa untuk bekerja di

ladang-ladang. Beliau juga turut memberikan statistik jumlah pendatang Indonesia yang

kebanyakannya tinggal di kawasan estet. Secara keseluruhannya kajian beliau

membincangkan peranan orang Jawa dalam sektor pertanian di samping buruh-buruh

asing dari negara China dan India.

Di pertengahan tahun 1980-an barulah didapati kajian yang khusus mengenai

pendatang Indonesia. Secara keseluruhannya kajian yang lebih menekankan kepada

aspek sosio-ekonomi pada peringkat awal mungkin dilakukan oleh Azizah Kassim

(1980) yang membincangkan mengenai masalah pendatang Indonesia dan masalah

persetingganan di sekitar Kuala Lumpur. Dalam kajian beliau ada menyentuh mengenai

9

penglibatan pendatang Indonesia dalam sektor pembinaan dan sektor-sektor informal di

Kuala Lumpur.

Dapatan kajian membuktikan kebanyakan pendatang Indonesia di sekitar Kuala

Lumpur bekerja di sektor pembinaan dan pekerjaan yang memerlukan tenaga buruh

kurang mahir. Sebagai rumusan kajian beliau mendapati penglibatan pendatang

Indonesia dalam sektor ekonomi, menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan

kerana terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan sebagai buruh di tapak

pembinaan. Selain itu penduduk tempatan juga terpaksa bersaing untuk mendapatkan

perumahan yang murah dan gaji yang yang lebih tinggi dari pendatang Indonesia.

Beberapa kajian yang membincangkan tentang sosio-ekonomi pendatang

Indonesia juga pernah dikaji oleh Ayob Tamrin (1987), Khalid Mazlan (1988), Zamri

Haji Hassan (1990), Marsitah Mohd Radzi (1991) dan Junipah Wandi (1992 dan

1995).

Ayob Tamrin (1987), secara umumnya menumpukan kajian terhadap penghijrahan

pendatang Indonesia di kampung Baharu. Kajian ditumpukan kepada jenis pekerjaan

yang dipilih dan permasalahan ekonomi di kalangan mereka. Rumusan kajian beliau

mendapati, terdapat sedikit perbezaan dari segi pemilihan pekerjaan di kalangan

kumpulan etnik Indonesia yang berlainan.

Lain-lain kajian mengenai penghijrahan pendatang Indonesia juga pernah

dijalankan oleh Khalid Mazlan (1988) yang mengkaji mengenai masyarakat Bawean di

Kampung Bawean, kajian oleh Zamri Haji Hassan (1990) dikhususkan kepada

pendatang-pendatang Indonesia yang menjalankan perniagaan di kaki lima Chow Kit,

Kuala Lumpur. Marsitah Mohd Radzi (1991) pula membuat kajian mengenai

pendatang Indonesia di Rancangan Felda Gugusan Sungai Koyan di Raub, Pahang

10

yang cuba mengupas proses kemasukan, keadaan ekonomi dan masalah yang dihadapi

ketika bekerja di Felda tersebut. Junipah Wandi (1995) pula mengkhususkan kajian

beliau kepada pendatang Indonesia di kampung Kerinchi dan di Selangor. Kajian

beliau memdapati negeri Selangor menjadi tumpuan utama pendatang Indonesia

berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan terdapat kecenderungan di

kalangan pendatang ini iaitu mereka lebih suka tinggal berkelompok sesama etnik

mereka.

Arja Rudrick (1996), dalam bukunya Foreign Labour In Malaysian

Manufacturing, membincangkan sejarah kemasukan pendatang atau buruh asing secara

keseluruhan dalam industri Textile terutama di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun

kajian beliau tidak ditumpukan sepenuhnya kepada penghijrahan pendatang Indonesia.

Perbincangan mengenai pendatang Indonesia hanya disentuh dalam perbincangan

mengenai sejarah dania dan langkah-langkah untuk mengatasi kemasukan mereka

secara beramai-ramai. Secara rumusannya, beliau mendapati pendatang Indonesia

merupakan golongan penghijrah yang teramai dan jumlah sebenar mereka amat sukar

untuk dikenalpasti kerana kebanyakan mereka berhijrah ke Malaysia secara tanpa izin.

Pengkaji-pengkaji terdahulu didapati lebih memfokuskan kajian mereka dari

aspek sosio-ekonomi dan bidang pekerjaan yang mereka lakukan. Aspek-aspek lain

mengenai sosio-budaya dan implikasi yan timbul akibat penghijrahan pendatang dari

Indonesia kurang ditekankan. Justeru itu dalam kajian ini, pengkaji akan lebi1i

menekankan perbincangan mengenai aspek ekonomi, sosio-budaya, implikasinya

kepada negara serta langkah -langkah untuk mengatasinya.

Kajian mengenai implikasi penghijrahan pendatang asing pernah dijalankan oleh

(Borjas, Tienda, 1987). Walaupun kajian ini dijalankan di Amerika Syarikat, namun

11

kajian ini dapat menjadi panduan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa

kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak terkawal akan menimbulkan pelbagai

masalah. Borjas dan Tienda mendapati kesan daripada kemasukan pendatang asing

menyebabkan rakyat tempatan terutamanya golongan minoriti kehilangan pekerjaan.

Walaupun pada masa itu kemasukan pendatang tidak begitu ramai dalam pertumbuhan

populasi di Amerika Syarikat, tetapi sejarah awal telah membuktikan bahawa

kemasukan pendatang asing memberi kesan negatif kepada masyarakat . (Lamm dan

Imhofý 1985) sebagai contohnya menegaskan bahawa penglibatan pendatang secara

meluas akan memberi kesan yang serius terhadap sosial dan kebudayaan Amerika

Syarikat. Identiti kebangsaan Amerika Syarikat turut terganggu disebabkan oleh

kemasukan pendatang asing secara sah dan juga secara tanpa izin.

Pendapat beliau ini turnt disokong oleh Faurio (1985). Beliau menegaskan

bahawa masalah kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak terkawal adalah

disebabkan oleh sikap kerajaan yang tidak serius dalam menangani masalah ini. Akibat

dari polisi kerajaan terhadap pendatang asing pada masa itu telah menyebabkan

Amerika Syarikat terpaksa menghadapi masalah pengangguran di kalangan penduduk

tempatan dan keadaan politik yang tidak stabil. Jika sekiranya kerajaan Amerika

Syarikat tidak mengambil langkah segera untuk membendung masalah ini ia akan

menjadi semakin serius dan membebankan negara. Hasil dari kesedaran ini, pada

pertengahan abad ke 19, usaha untuk menghadkan kemasukan pendatang asing telah

dilakukan kerana kesan dari kehadiran mereka telah meningkatkan kadar jenayah di

Amerika Syarikat. Selain dari itu ia juga menurunkan kadar upah dan menyebabkan

ramai rakyat Amerika Syarikat menganggur.

12

Menurut kajian (Cafferty et at 1983, Borjas dan Tienda, 1987), mendapati

bahawa bahawa kemasukan pendatang asing yang tidak terkawal akan meningkatkan

kebimbangan dan ketakutan kepada masyarakat. Masyarakat Amerika Syarikat merasa

bimbang dengan kemasukan pendatang asing yang akan memberi saingan dalam

permintaan tenaga buruh dan sekaligus akan mengambil all pehiang kerja mereka dan

ini akan meningkatkan kadar pengangguran. Selain itu, masyarakat juga bimbang

bahawa penghijrahan pendatang tanpa izin juga akan menyebabkan kadar upah rakyat

Amerika Syarikat menurun dan memberi kesan yang negatif terutama terhadap rakyat

Amerika Syarikat.

Menurut Fuchs (1984), penghijrahan pendatang asing pada peringkat

permulaan tidak begitu memberi kesan terhadap masyarakat Amerika Syarikat, tetapi

penghijrahan mereka secara besar-besaran terutama pendatang dari negara sedang

membangun dalam jangka panjang memberi kesan terhadap sosio-budaya masyarakat

akibat wujudnya perbezaan bahasa, budaya dan ideologi politik.

Kajian-kajian lepas ini secara keseluruhannya mendapati bahawa pengbijrahan

pendatang asing ke Amerika Syarikat telah meningkatkan kadar pengangguran di

kalangan rakyat tempatan dan menurunkan kadar upah mereka. Di samping itu

pendatang ini juga menimbulkan pelbagai masalah sosial terutama meningkatnya kadar

jenayah dan kebudayaan akibat perbezaan bahasa, adat resam, cara hidup dan

sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat sama ada kesan yang sama

akan dihadapi oleh Malaysia dan jika benar adakah kita telah bersedia untuk

menghadapi dan mengatasinya ?.