mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah kelas nurseri...my first skool mari belajar bersama ibu...

18
My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10 – 15 min Anak anda akan belajar tentang: 1) Mengira 1 hingga 5 Apa yang anda perlukan: 1) Ipad / telefon bimbit atau komputer riba 2) Video ‘Alif & Mimi - 1 2 3 Sayang Semuanya’ dari lelaman https://tinyurl.com/123sayangsemuanya Penerangan kegiatan di rumah: 1) Anda dan Si Kecil akan menonton video 2) Cubalah menyanyi bersama-sama 3) Lagu itu boleh di ditukar mengikut jumlah ahli keluarga. Contoh: Satu satu saya sayang ibu Dua dua saya sayang ayah Tiga tiga saya sayang adik Empat empat saya sayang kakak Lima lima saya sayang abang Satu hingga lima sayang semuanya 4) Cubalah menyanyi bersama-sama dengan jari 5) Selepas itu, anda mengajak Si Kecil untuk berbincang mengenai jumlah ahli keluarga. Contoh: Saya ada satu ayah. Saya ada satu ibu. Saya ada dua nenek.

Upload: others

Post on 16-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah

Kelas Nurseri

Kerja Rumah 1

Tajuk: Mari mengira

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Mengira 1 hingga 5

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / telefon bimbit atau komputer riba

2) Video ‘Alif & Mimi - 1 2 3 Sayang Semuanya’ dari lelaman

https://tinyurl.com/123sayangsemuanya

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Anda dan Si Kecil akan menonton video

2) Cubalah menyanyi bersama-sama

3) Lagu itu boleh di ditukar mengikut jumlah ahli keluarga.

Contoh:

Satu satu saya sayang ibu

Dua dua saya sayang ayah

Tiga tiga saya sayang adik

Empat empat saya sayang kakak

Lima lima saya sayang abang

Satu hingga lima sayang semuanya

4) Cubalah menyanyi bersama-sama dengan jari

5) Selepas itu, anda mengajak Si Kecil untuk berbincang

mengenai jumlah ahli keluarga. Contoh:

Saya ada satu ayah.

Saya ada satu ibu.

Saya ada dua nenek.

Page 2: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 2

Tajuk: Berapakah jumlahnya?

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Nombor 1-5

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / telefon bimbit atau komputer riba

2) Video ‘Lagu Kanak-Kanak | MARI MENGIRA’

dari lelaman https://tinyurl.com/marimengira

3) 1 pen penanda (‘marker pen’)

4) 5 cawan kertas

5) 15 lidi ais krim

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Anda dan Si Kecil akan menonton video

2) Cubalah menyanyi bersama-sama dengan jari jemari

3) Tuliskan angka 1 - 5 di setiap cawan kosong

4) Bersama-sama Si Kecil, anda boleh mengisikan lidi ais krim

mengikut jumlah yang diletakkan di dalam cawan itu.

(Contoh seperti di gambar.)

Page 3: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 3

Tajuk: Gerakkan badan!

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Nombor 1-5

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / telefon bimbit atau komputer riba

2) Video ‘Lagu Kanak-Kanak KIDS SONG | MARI MENGIRA’

dari lelaman https://tinyurl.com/marimengira

3) Cetakan kad imbasan ‘Gerakkan badan’ di mukasurat

selepas ini

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Anda dan Si Kecil akan menonton video

2) Cubalah menyanyi bersama-sama dengan jari jemari

3) Jom ‘Gerakkan badan!’ bersama-sama. Inilah cara-caranya:

a) Letakkan semua kad penggerakan di meja

b) Si kecil akan memilih sekeping kad penggerakan

c) Kemudian, anda membacakan kad pergerakan yang

dia pilih

d) Anda berpeluang untuk memilih nombor

e) Selepas itu, anda dan Si Kecil membuat pergerakan

yang dipilih

Contoh: Si Kecil memilih kad pergerakan ‘Lompat’ dan anda pula

mengatakan nombor 3. Ini bermakna anda dan Si kecil akan

melompat 3 kali. Pastikan anda dan Si Kecil melafaskan nombor

apabila sedang mengira.

Page 4: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Gerakkan badan!

Page 5: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Page 6: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Page 7: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Page 8: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Page 9: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Page 10: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 4

Tajuk: Pergerakan: Berhenti dan bergerak

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Perkataan ‘berhenti’

2) Perkataan ‘bergerak’

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / telefon bimbit atau komputer riba

2) Video ‘Didi & Friends | Menari Dan Berhenti’ dari lelaman

https://tinyurl.com/menaridanberhenti

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Anda dan Si Kecil akan menonton video

2) Cubalah menyanyi bersama-sama

3) Terangkan makna ‘berhenti’ dan ‘bergerak’

4) Anda dan Si Kecil boleh mula bermain permainan ini:

a) Beri arahan kepada Si Kecil supaya menari bila mendengar

lagu.

b) Bila lagu dihentikan, dia harus berhenti.

c) Si Kecil harus bergerak semula apabila lagu dimainkan lagi.

d) Sekiranya Si Kecil masih bergerak bila dia sepatutnya

berhenti, anda boleh memikirkan dan memberitahunya

‘hukuman’ seperti menggeletek dirinya.

e) Setelah Si Kecil memahami arahan-arahan ini, anda boleh

memainkan lagu untuk memulakan permainan ini.

Page 11: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 5

Tajuk: Pergerakan

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Pergerakan: Lompat

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / telefon bimbit atau komputer riba

2) eBuku cerita dari lelaman https://tinyurl.com/sayasukayangini

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Bacakan ebuku cerita kepada Si Kecil

2) Bincang mengenai cerita itu dengannya. Anda boleh

menanya soalan-soalan seperti berikut:

a) Apakah nama kanak-kanak di dalam ebuku ini?

b) Haiwan apa yang mereka melihat?

c) Bagaimana haiwan itu bergerak?

3) Kemudian, anda boleh mengajak Si Kecil untuk melompat

seperti seekor arnab bersama-sama.

Page 12: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 6

Tajuk: Pergerakan

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Mengikut pergerakan orang lain

Apa yang anda perlukan:

1) Hanya diri anda dan Si Kecil

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Ajak Si Kecil bermain permainan ini. Cara-caranya:

a) Duduk berhadapan dengan Si Kecil

b) Anda mulakan dengan satu jenis pergerakan dan meminta

Si Kecil untuk mengikut anda, seakan-akan dia melihat

cermin. Contohnya, anda melambaikan lengan kanan, Si

Kecil pula harus melambaikan tangan kirinya dengan cara

yang sama.

c) Anda juga boleh berdiri apabila membuat aktiviti ini.

2) Kemudian, beri peluang kepada Si Kecil untuk membuat satu

pergerakan dan anda pula yang mengikutinya.

Page 13: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 7

Tajuk: Anggota badan

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Anggota badan: Tangan dan kaki

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / Telefon bimbit atau komputer riba

2) Video ‘Bermain jejak kaki dan tangan’ dari lelaman

https://tinyurl.com/jejakkakidantangan

3) 5 hingga 10 keping kadbod

4) Cat warna (colour paints)

5) Tali

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Anda mengajak Si Kecil menonton video

2) Beritahu Si Kecil bahawa anda dan dia akan membuat alat

permainan pada hari itu

3) Ajak dia membuat cap tangan dan kaki di kadbod dengan

menggunakan cat warna kegemaran seperti di dalam video

4) Tanyakan kepada Si kecil soalan-soalan ini:

a) Apakah warna kegemaran kamu?

b) Mengapa?

5) Keringkan kadbod

6) Gunakan tali untuk mencantumkan kadbod

7) Terang kepada Si kecil bagaimana untuk bermain dengan

alat yang dicipta

Page 14: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

8) Si Kecil harus bergerak menggunakan tapak tangan dan kaki

mengikut cap tangan dan kaki. (Tapak tangan kepada cap

tangan, tapak kaki kepada cap kaki)

9) Bermainlah bersama-sama dengan Si Kecil. Anda juga boleh

bertanding dengannya

10) Sesudah permainan ini, anda bokeh menanya Si Kecil:

a) Kamu suka permainan ini?

b) Mengapa?

11) Jangan lupa untuk memberi pujian kepadanya

Nota: Jika anda tidak mempunyai cat warna, Si Kecil boleh melukis

bentuk tangan dan kaki di kertas seperti gambar-gambar ini:

Page 15: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 8

Tajuk: Anggota badan

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Anggota badan

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad/ Telefon bimbit atau komputer riba

2) Muzik video ‘HPB: Korang ok?’ dari lelaman

https://tinyurl.com/korangok

3) Muzik video ‘Didi & Friends: Jom bersenam’ dari lelaman

https://tinyurl.com/didijombersenam

4) Muzik video ‘Didi & Friends: Senam pagi’ dari lelaman

https://tinyurl.com/didisenampagi

5) Muzik video ‘Lagu kanak-kanak: Anggota badan’ dari lelaman

https://tinyurl.com/anggotabadan

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Anda mula aktiviti ini dengan bertanya Si Kecil:

a) Mana satu yang lebih penting, tidur atau bersenam?

b) Mengapa?

c) Mengapa kita harus bersenam?

2) Jika Si Kecil tidak dapat memberi jawapan, jangan khuatir.

Anda boleh memberitahunya informasi ini:

a) Senaman membuat otot kita menjadi kuat.

b) Badan akan menjadi sihat.

c) Senaman boleh mencergaskan otak.

Maklumat ini adalah contoh. Anda boleh memberi atau

menambah jawapan anda sendiri.

3) Kemudian, anda boleh mengajak Si Kecil menonton muzik

video ‘HPB: Korang ok?’

Page 16: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

4) Cubalah bersenam bersama-sama mengikut pergerakkan di

dalam muzik video. Kamu berdua juga boleh menari kepada

video-video senaman yang lain.

5) Jangan lupa untuk memberi pujian kepada Si Kecil

Page 17: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 9

Tajuk: Ini bentuk apa?

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Mengenali bentuk bulat, tiga segi dan segi empat

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / Telefon bimbit atau komputer riba

2) Video ‘Lagu bentuk untuk kanak-kanak’ dari lelaman

https://tinyurl.com/lagubentuk

(hanya 2 minit yang pertama sahaja)

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Anda dan Si Kecil menonton video bersama-sama

2) Cubalah menyanyi bersama-sama

3) Selepas itu, anda membawa Si Kecil berjalan di sekitar rumah

untuk mencari barang-barang yang berbentuk bulat, segi tiga,

dan segi empat.

4) Berbincang bersamanya mengenai objek-objek yang

berbentuk. Contoh: “Lihat, jam ini berbentuk bulat.”

Page 18: Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri...My First Skool Mari belajar bersama ibu dan ayah di rumah Kelas Nurseri Kerja Rumah 1 Tajuk: Mari mengira Jangka masa: 10

My First Skool

Kerja Rumah 10

Tajuk: Membuat sarapan

Jangka masa: 10 – 15 min

Anak anda akan belajar tentang:

1) Mengenali bentuk bulat, tiga segi dan segi empat

Apa yang anda perlukan:

1) Ipad / Telefon bimbit atau komputer riba

2) Video ‘Lagu bentuk untuk kanak-kanak’ dari lelaman

https://tinyurl.com/lagubentuk

(hanya 2 minit yang pertama sahaja)

3) Bahan-bahan untuk membuat sarapan:

a) roti biasa atau roti pita yang bulat

b) jam/kaya atau mentega

c) buah-buahan untuk hiasan

d) acuan kuih

Penerangan kegiatan di rumah:

1) Ibu, bapa dan Si Kecil akan menonton video dan menyanyi

bersama-sama

2) Cubalah menyanyi bersama-sama

3) Selepas itu, anda mengajak Si Kecil menyediakan sarapan

dengan membuat sandwic.

4) Jangan lupa berbincang tentang bentuk roti, buah-buahan

yang digunakan. Contoh: “Lihat, roti ini berbentuk segi

empat.”