mandi wajib
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDIBersetubuh – sama ada keluar air mani
ataupun tidak (perbuatan ini ialah apabila bertemu dua khitan iaitu memasukan hasyafah(batasan zakar yang disunat ke dalam faraj))
Keluar mani – sama ada sengaja atau tidakMatiHaidNifas – darah perempuan selepas bersalinWiladah – perempuan bersalin
RUKUN MANDI WAJIB1. Niat untuk mengangkat hadas besar “Aku berniat mengangkat hadas besar kerana
Allah Taala”2. Membasuh seluruh anggota badan yang zahirWajib meratakan air ke seluruh badan
termasuklah rambut,bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan, kulit telinga yang disebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan di sebelah belakang yang zahir semasa membuang air kecil.
Rambut hendaklah dibuka ikatan(diuraikan)
CARA-CARA MANDI WAJIBPERKARA WAJIB 1. Niat2. Membasuh seluruh anggota yang zahir
dengan air termasuklah kulit atau rambut. Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya.
CARA MANDI YANG BAIKAl-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a
meriwayatkan cara Rasulallah S.A.W mandi. Katanya:
“ Apabila Nabi SAW mandi daripada janabah, Baginda memulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya”
Menurut riwayat Muslim:“ Kemudian Baginda mencurahkan air
dengan tangan kanannya ke atas kirinya lalu membasuh kemaluannya”
Bagi perempuan yang mandi kerana haid disunatkan:
Menggunakan sedikit kasturi atau benda lain yang agak wangi untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak menyenangkan dengan cara meletakkan wangian-wangian itu di atas kapas dan dicalitkan ke dalam faraj(kemaluan) sebagaimana sebuag hadis yang diriwayatkan daripada Rasulallah SAW:
“Ambillah sedikit kasturi kemudin bersihkan dengannya”
PERKARA SUNAT MANDI WAJIB 1.Membasuh kedua tangan di luar daripada bekas
air2. Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan
juga segala kekotoran yang ada pada badan3. Berwuduk 4. Menyelati rambut kepala dengan air kemudian
membasuh kepala tiga kali5. Membasuh bahagian kanan dahulu kemudian
kiri6. Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam
anggota badan
7. mengambil air dan membasuh seluruh tubuh yang berlipat seperti kedua telinga, lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak
8. Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk.
Peringatan!!!!!1. Sekiranya terdapat najis di anggota badan
maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu.
2. Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali
3. Setelah mandi hadas besar, maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan solat.
JENIS JENIS MANDI SUNAT1. Mandi kerana hendak solat JumaatMandi dua hari raya Aidilfitri dan AidiladhaMandi selepas mandikan mayatMandi selepas sembuh daripada penyakit gilaMandi kerana hendak ihramMandi selepas berbekamMandi kerana hendak masuk Kota MekahMandi kerana hendak wukuf di Arafah