manager joomla

20
Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 1 MENGURUS ISI KANDUNGAN WEB Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pengurus halaman web CMS-Joomla. Bagaimana…… menulis artikel baru? mengedit artikel sedia ada? memformat artikel dengan bentuk tulisan, sais dan warna? memaparkan artikel di halaman web? memasukkan grafik kepada artikel? membina jadual /table? Tutorial ini adalah khusus untuk anda yang dipertanggung jawabkan menjadi seorang pengurus isi kandungan sebuah halaman web Joomla. Untuk mengikuti tutorial ini anda perlu memenuhi beberapa syarat: 1. Organisasi anda mempunyai sebuah halaman web CMS Joomla. 2. Anda mempunyai akses ke Panel Kawalan (Backend Page) sebagai: Manager Administrator Super Administrator 3. Anda tahu sedikit tentang pengaturcaraan HTML. Tetapi anda jangan risau, tutorial ini akan cuba membantu anda untuk menjadi pengurus isi kandungan web CMS-Joomla yang baik dan cekap. Melalui penerangan langkah demi langkah dan grafik yang tepat diharap dapat memudahkan anda untuk jelas dan faham.

Upload: azmi-sulaiman

Post on 21-Jun-2015

1.951 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Belajar Menjadi Pengurus Joomla 1.0.X

TRANSCRIPT

Page 1: Manager Joomla

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 1

MENGURUS ISI KANDUNGAN WEB

Persoalan yang sering ditimbulkan oleh pengurus halaman web CMS-Joomla.

Bagaimana…… menulis artikel baru?

mengedit artikel sedia ada?

memformat artikel dengan bentuk tulisan, sais dan warna?

memaparkan artikel di halaman web?

memasukkan grafik kepada artikel?

membina jadual /table?

Tutorial ini adalah khusus untuk anda yang dipertanggung jawabkan menjadi seorang

pengurus isi kandungan sebuah halaman web Joomla. Untuk mengikuti tutorial ini anda

perlu memenuhi beberapa syarat:

1. Organisasi anda mempunyai sebuah halaman web CMS Joomla.

2. Anda mempunyai akses ke Panel Kawalan (Backend Page) sebagai:

• Manager • Administrator • Super Administrator

3. Anda tahu sedikit tentang pengaturcaraan HTML.

Tetapi anda jangan risau, tutorial ini akan cuba membantu anda untuk menjadi pengurus

isi kandungan web CMS-Joomla yang baik dan cekap. Melalui penerangan langkah demi

langkah dan grafik yang tepat diharap dapat memudahkan anda untuk jelas dan faham.

Page 2: Manager Joomla

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 2

MASUK KE PANEL KAWALAN (Backend Page)

Untuk masuk ke Panel Kawalan Manager/Admin anda perlu:

1. Buka tetingkap halaman Administrator dengan menggunakan menu

Administrator dari menu Halaman Web Anda.

Atau taip URL seperti ini pada tetingkap baru pelayar internet anda.

Start All Program Internet Explorer

Kemudian taip dihujung URL anda ‘/administrator’ seperti ini:

Jika URL anda : www.sekolahanda.edu-my.net

Tambah supaya menjadi : www.sekolahanda.edu-my.net/administrator

Rujuk contoh di atas.

Page 3: Manager Joomla

Kemudian tetingkap Halaman Administrator dipaparkan seperti ini:

2. log masuk dengan Kata Nama (User Name) dan Katalaluan (Password)

yang tepat. Masukkan kedua-duanya pada ruangan yang dipaparkan pada

tetingkap Administrator seperti di bawah.

Apabila anda klik pada “Login” setelah memasukkan ‘username’ dan

‘password’ yang tepat, tetingkap “Home” bagi halaman kawalan akan di paparkan. Pada

halaman utama tersebut anda telah disediakan dengan butang-butang kawalan untuk

menguruskan segala isi kandungan halaman anda.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 3

Page 4: Manager Joomla

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 4

HALAMAN UTAMA (HOME) PANEL KAWALAN.

Panel Kawalan kadang-kala dipanggil juga dengan nama-nama seperti Panel Admin,

Backend atau Halaman Belakang. Maksudnya, ia adalah seperti belakang pentas bagi

sebuah teater atau dibalik tabir bagi sebuah filem atau wayang kulit.

Ini adalah contoh halaman utama (Home) bagi panel kawalan Joomla 1.0.X.

Pada halaman ini dipaparkan menu-menu untuk kegunaan anda mengendalikan segala isi

kandungan web tersebut. Antaranya:

Butang-butang Kawalan • Add New Content • Content Item

Manager • Static Content

Manager • Frontpage

Manager • Section Manager • Categori Manager • Media Manager

Page 5: Manager Joomla

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 5

Selain dari butang-butang menu

terdapat juga tab-tab untuk

rujukan seperti:

• Logged • Popular • Latest Items • Menu Stats

ADD NEW CONTENT

Klik sekali pada butang “Add New Content”, butangnya seperti di bawah:

Butang ini digunakan apabila seorang pengurus isi kandungan ingin menulis satu artikel

baru untuk dimuatkan ke dalam halaman webnya. Selepas butang ini diklik, tetingka

panel kawalan akan membuka satu editor WYSIWYG. Fitur ini akan membantu anda

menulis teks sama seperti anda menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan yang lazim

anda gunakan.

Pada editor pengarangan teks tersebut masukkan tajuk artikel (Title), tentukan “Section”

dan “Category” yang sesuai dengan teks tersebut. Tajuk pada “Title Alias” biarkan

kosong jika anda tidak memelukan tajuk kedua untuk artikel ini, kemudian mulakan

Page 6: Manager Joomla

menulis artikel anda dengan menggunakan pelbagai format ikon pada edito tersebut.

Fungsi ikon-ikon ini sama seperti ikon pada MSWord atau pemproses perkataan lain

yang biasa anda gunakan.

Contoh artikel yang ditulis oleh seorang pengurus isi kandungan:

Segala kerja penulisan anda sama ada untuk disimpan atau dibatalkan memerlukan anda

menentukannya dengan butang pada sisi kanan atas editor tersebut. Butang-butang

pilihan tersebut adalah seperti di bawah:

Untuk menyimpan artikel yang telah siap anda karang klik pada butang simpan (Save).

Jika anda ingin simpan tanpa menutup editor gunakan butang “Apply”. Jika enggan

meneruskan kerja penulisan atau ingin membatalkan aktiviti ini pilih sahaja butang

“Cancel”

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 6

Page 7: Manager Joomla

Jika anda lihat di sisi kanan editor WYSIWYG terdapat tab-tab kawalan seperti ini:

Publishing:

Membolehkan anda menentukan

sama ada artikel ini hendak

dipamerkan di halaman utama (Front

Page) atau tidak. Jika mahu klik pada

“Show on Front Page” seperti contoh

disebelah.

Tentukan “Published” untuk

mengaktifkan artikel ini untuk

dipaparkan kepada pengunjung web

anda.

Anda boleh menentukan level

pengguna yang boleh akses artikel

pada ruangan “Access Level”.

Ruangan “Author Alias” anda boleh isikan untuk menentukan siapakah nama penulis

untuk rujukan atau biarkan kosong dan pilih dari senarai “Change Creator”. Satu

kelebihan CMS Joomla ialah anda boleh tentukan bila tarik boleh artikel mula dan

berhenti dipaparkan. Untuk memilih tarikh klik dahulu ikon kemudian klik 2 kali

pada kalender yang dipaparkan bila tarikhnya.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 7

Page 8: Manager Joomla

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 8

Selepas anda simpan (SAVE), anda boleh semak senarai artikel anda dengan memilih menu di barisan atas: Conten All Content Items

Paparan semua “Items” iaitu artikel dalam web anda akan disenaraikan seperti paparan di bawah:

Page 9: Manager Joomla

Anda lihat pada status “Published” artikel yang baru anda tulis adalah berstatus

menunggu atau “Publish, but is Pending” yang ditunjukkan oleh ikon . Maknanya artikel ini sedang menunggu tarikh untuk dipaparkan. Apabila sampai pada tarikh

tersebut ikon akan berstatus “Published and is Current” seperti ini . Jika anda telah tetapkan tarikh untuk artikel tamat dipaparkan, anda tidak perlu keluarkan artikel secara manual. Kerana apabila sampai tarikh luput paparanya, dengan sendiri artikel akan

berstatus “Published, but has Expired” dengan ikon seperti ini . Atau anda juga boleh menetapkan untuk artikel berhenti dari dipaparkan sekalipun tidak

menentukan tarikh luputnya dengan menukar statusnya kepada “Not Published” . Klik sahaja sekali pada status publish dan ia akan bertukar kepada status not published. Anda boleh mengedit artikel terdahulu dengan cara ‘tik’ pada kotak pilihan mengikut

meujuk kepada tajuk artikel yang hendak diedit, umpamanya:

Atau anda boleh juga ‘tik’ pada tajuk pilihan untuk di

edit seperti di atas kemudian klik pada ikon edit seperti

ini

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 9

Page 10: Manager Joomla

Apabila anda memilih untuk mengedit semula artikel terdahulu, editor WYSIWYG

seperti ketika anda mengarang artikel pada mula tadi akan dipaparkan semula. Anda

editlah kembali artikel seperti yang anda kehendaki, jika anda ingin lihat hasilnya pada

paparan di halaman web anda (Preview) anda perlu klik dahulu pada ikon “Apply”

Kemudian jika sudah muktamad dan proses mengedit selesai dan anda ingin berhenti

mengedit, klik pada ikon “Save”, supaya artikel disimpan di dalam database CMS-

Joomla.

Anda boleh juga melakukan

perkara-perkara tambahan yang lain

seperti menetapkan artikel di “Front

Page atau tidak, menentukan

“Access Level dan memasukkan

nama penulis. Anda juga boleh

mengubah tarikh paparan bermula

dan berakhir mengikut keperluan

dan perancangan anda.

Andaikan anda ingin menetapkan semula tarikh paparan artikel yang anda cipta di atas

tadi supaya dipaparkan serta-merta, anda perlu ubah tarikh “Start Publishing” baginya

pada tab “Publishing” seperti di atas.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 10

Page 11: Manager Joomla

Apabila anda selesai membuat kerja edit dan pengubahsuaian, anda simpan (Save) dan

teks respon menunjukkan simpanan anda telah berjaya dipaparkan. Seterusnya pada

senarai artikel menunjukkan artikel anda berstatus “Published”.

Untuk melihat paparan sebenar, klik pada “Preview” dan hasilnya di halaman “Front

Page” web anda adalah seperti ini:

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 11

Page 12: Manager Joomla

Pada sebarang masa, dalam proses anda mengendalikan halaman kawalan anda boleh

kembali ke halaman utama panel kawalan dengan menggunakan menu “HOME”.

Sekarang pada halaman utama panel kawalan (Home) anda masuk pula ke “Content

Items Manager”.

CONTENT ITEMS MANAGER

[ Catatan: Items ialah artikel-artikel yang dikarang menggunakan editor WYSIWYG]

Conten Items Manager adalah panel kawalan artikel-artikel yang terkandung dalam web

anda dengan menyenaraikan tajuk, status, paparan di front page atau tidak, level access,

section dan category serta penulis dan tarikh ditulis seperti di bawah:

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 12

Page 13: Manager Joomla

Dengan menggunakan kemudahan ini anda boleh edit items (artikel) anda atau memadamkan mana-mana item yang tidak dikehendaki lagi. Untuk memadam item/artikel yang tidak dikehendaki, anda ‘tik’ pada tajuk item yang hendak dihapuskan kemudian pada menu ikon di sisi kanan atas, pilih “Trash” yang ikonnya seperti ini:

Anda boleh memilih beberapa tajuk item serentak kemudian klik ikon “Trash”,

contohnya :

Content Items Manager juga menunjukkan item-item yang dipaparkan terus dihalaman

utama (Front Page) web anda.

Anda juga boleh menulis artikel bar uterus dari sini dengan menggunakan ikon “New”.

Apabila editor WYSIWYG, anda mulakah langkah menulis artikel seperti yang dijelaskan pada permulaan tadi.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 13

Page 14: Manager Joomla

STATIC CONTENT

Pada halaman utama (Home) panel kawalan klik pada menu “Static Conten Manager

Static Content : Adalah artikel yang tidak mempunyai section dan

category khusus. Artikel ini khusus, tetap dan special seperti

profail organisasi, terma dan syarat serta peraturan atau syarat yang

tidak berubah dari masa ke masa.

Jika halaman web anda tidak mahu mempunyai artikel “Static” pun tidak mengapa. Anda

boleh tulisnya pada ruangan editor WYSIWYG selepas anda klik ikon “New” pada

“Static Content Manager” yang dipaparkan. Mulakan menulis artikel static dengan tajuk

utama serta tajuk kedua (jika ada) dan taip serta edit teks anda hingga siap kemudian

simpan(Save). Kerja memaparkan artikel adalah sama seperti anda menulis item/artikel

biasa, tetapi artikel ini tidak boleh dipaparkan di “Front Page”. Anda perlu menggunakan

menu untuk membolehkan pengunjung membaca atikel ini.

TAB: Link to Menu

Jika anda perhatikan pada editor WYSIWYG terdapat beberapa kemudahan tab, salah

satunya adalah “Link to menu”. Anda boleh gunakan kemudahan ini untuk menambah

menu pada menu web anda kepada artikel yang sedang anda tulis.

Contohnya, anda menulis satu artikel “Static” dan untuk membolehkan pengunjung

membaca artikel ini, anda perlu sediakan menu tambahan. Setelah selesai anda menulis

item tersebut, klik pada tab “Link to menu” dan pilih kumpulan menu yang dikehendaki,

berikan nama kepada menu baru anda seterusnya klik butang “Link to menu” :

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 14

Page 15: Manager Joomla

Selepas anda klik “Link to Menu” sebelum anda keluar dari edito WYSIWYG, jangan

lupa klik ikon simpan (Save). Sekarang “Preview” laman web anda dan lihat terdapat

menu baru dengan nama ‘Terma dan Syarat” pada senarai menu sedia ada sebelumnya:

Klik ada menu baru “Terma dan Syarat”, artikel mengenainya akan dipaparkan di

halaman anda seperti paparan di atas.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 15

Page 16: Manager Joomla

FRONT PAGE MANAGER

Front Page Manager adalah kemudahan untuk ana mengawal artikel/item yang telah

dipilih untuk dipaparkan di halaman utama (front page). Mungkin anda telah menetapkan

lebih dari satu artikel untuk dipaparkan di halaman utama. Jadi “Front Page Manager”

digunakan untuk menyusun atur artikel-artikel tersebut. Umpamanya:

Front Page Manager di atas menunjukkan artikel-artikel di halaman utama akan

dipaparkan dalam susunan tajuk-tajuk di atas. Anda boleh mengubah susunan tersebut

dengan kemudahan “Reorder” atau menulis nombor secara menaik mengikut susunan

anda pada ruangan “Order” kemudian klik butang “save” di sisi “Order” .

Anda boleh preview halaman web anda untuk menyemak susunan tersebut. Jika anda

menetakkan banyak artikel untuk “Front Page” kemungkinan tidak semua teks

dipaparkan secara penuh, CMS-Joomla hanya akan memaparkan tajuk artikel yang

selebihnya, anda perlu klik untuk melihat artikel yang sepenuhnya. Tetapi aturan ini

berubah-ubah mengikut ketetapan yang Super Administrator telah tetapkan.

Sebagai Manager isi kandungan web CMS-Joomla, anda hanya perlu mengisi dan

menulis artikel, urusan penentapan dan aturan serahkan pada Super Administrator.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 16

Page 17: Manager Joomla

MEDIA MANAGER

Sekiranya anda memerlukan grafik untuk menyokong artikel anda, anda perlu

menyimpannya di dalam “Media Manager”. Semua folder dan fail-dail gambar diuruskan

oleh Media Manager.

Bila anda masuk ke Media Manager anda akan berurusan dengan folder dan fail-fail imej

( jpg, png, gif, bmp dan swf ). Lihat Media Manager di bawah:

Jika artikel anda memerlukan grafik/imej sebagai sokongan, upload imej tersebut ke

dalam folder “Stories”, tidak boleh ke folder lain. Pilih fail imej dari desktop/komputer

anda pada “Choose” kemudian klik butang “Upload”. Fail tersebut akan masuk ke folder

stories.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 17

Page 18: Manager Joomla

Anda boleh juga memcipta beberapa folder baru tetapi hendaklah di dalam folder

“Stories” sahaja.

Untuk mencipta folder baru, masuk dahulu ke folder “Stories” kemudian tulis nama

folder baru pada ruangan “Create Directory” kemudian klik butang “Create”

Untuk “Upload” gambar ke folder baru ini, masuk dahulu ke folder tersebut yang masih

kosong kemudian cari gambar yang dikehendaki dari komputer anda pada butang

“Choose” selepas menjumpainya klik “Open” dan lokasi gambar anda di komputer local

di paparkan seperti di bawah, seterusnya klik butang “Upload”.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 18

Page 19: Manager Joomla

Apabila berjaya diupload gambar akan dipaparkan di dalam folder tersebut:

Perhatikan sekarang imej yang anda pilih telah berada di dalam Media Manager dan sedia

untuk di selitkan ke dalam artikel anda.

TAB: Images

Untuk membolehkan anda menyelitkan imej pada artikel anda terlebih dahulu imej mesti

telah berada di dalam Media Manager anda.

Sekarang anda perlu edit balik artikel yang ingin anda masukkan imej tadi. Untuk

mengedit artikel anda perlu ke “Conten Items Manager”.

Pilih tajuk artikel yang dikehendaki dan apabila editor WYSIWYG klik pada tab

“Images”.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 19

Page 20: Manager Joomla

Pilih dahulu nama foler anda, contohnya

‘gambar’.

Imej yang ada dalam Media Manager anda

akan dipaparkan pada ruangan “Gallery

Images”. Pilih gambar yang dikehendaki

kemudian klik ‘ >> ’. Lokasi gambar akan

dipaparkan pada “Source”.

Jika perlu anda boleh tentukan “Image

Align” sama ada “Left”, “Center”, “Right”

atau “None”.

Boleh masukkan teks “Alt Text”, tentukan

ketebalan “Border” dan catatan pada

“Caption”. Seterusnya klik “Apply” untuk

menerima ketetapan yang anda tentukan

tadi.

Akhir sekali sebelum anda berhenti mengedit, pastikan anda simpan (Save) perubahan

baru ini untuk diterima sebelum dipaparkan di halaman web anda. Klik “Preview” untuk

melihat hasilnya.

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda menambah koleksi dan mengayakan

informasi di dalam laman web anda.

Catatan: Penerangan dan tutorial SECTION MANAGER dan CATEGORY

MANAGER - Sila rujuk Tutorial untuk Administrator.

Tutorial Sifu Azmi – Joomla-AdaWeb.Com 20