malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat 02072019 - selasa.pdfaum dr 2/7/2019 2 4. pr -1422...

28
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 2 JULAI 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 1 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1422-MQT0458 Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membeli aset pertahanan yang baru dan bagaimana Kerajaan memastikan peralatan ketenteraan negara kita adalah dalam keadaan baik, canggih dan sesuai digunakan. 2. PR-1422-MQT0457 Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah mitigasi yang telah diambil oleh pihak Kementerian berikutan kenyataan Persatuan Pemandu Grab Malaysia bertarikh 14 Mei 2019 yang mendakwa hanya 10% hingga 50% pemandu E-Hailing lulus dalam setiap kelas seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian dengan tajuk "Ramai Pemandu E-Hailing Gagal Lesen PSV". 3. PR-1422-MQT0465 Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah penggunaan senjata api dalam kawalan populasi anjing oleh Majlis Bandaraya Ipoh baru- baru ini dan mungkin juga oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain dalam pengetahuan YB Menteri dan diluluskan oleh Lembaga Kebajikan Haiwan.

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 2 JULAI 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

1

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1422-MQT0458

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membeli aset pertahanan yang baru dan bagaimana Kerajaan memastikan peralatan ketenteraan negara kita adalah dalam keadaan baik, canggih dan sesuai digunakan.

2. PR-1422-MQT0457

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah mitigasi yang telah diambil oleh pihak Kementerian berikutan kenyataan Persatuan Pemandu Grab Malaysia bertarikh 14 Mei 2019 yang mendakwa hanya 10% hingga 50% pemandu E-Hailing lulus dalam setiap kelas seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian dengan tajuk "Ramai Pemandu E-Hailing Gagal Lesen PSV".

3. PR-1422-MQT0465

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah penggunaan senjata api dalam kawalan populasi anjing oleh Majlis Bandaraya Ipoh baru-baru ini dan mungkin juga oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain dalam pengetahuan YB Menteri dan diluluskan oleh Lembaga Kebajikan Haiwan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 2 JULAI 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

22

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1422-L05107

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyelaraskan warna semua uniform PBT di seluruh negara kerana kepelbagaian warna uniform PBT boleh mengelirukan orang ramai selain memudahkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. PR-1422-L05406

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan :-

(a) apakah status perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang; dan

(b) apakah pencapaian semasa terhadap 11 projek pelaburan aeroangkasa baharu bernilai RM816.3 juta yang telah diluluskan pihak Kerajaan tahun lalu.

3. PR-1422-L04727

Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status kemajuan rundingan isu sempadan maritim Malaysia-Singapura dan apakah butiran penyelesaian yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 2

4. PR-1422-L05057

Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah hasilan atau dapatan dari kajian “cost benefit analysis” serta “feasibility study” untuk cadangan jajaran “Sabah-Sarawak Link Road” yang diumumkan oleh YB Menteri.

5. PR-1422-L04485

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah perkembangan pelaksanaan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara.

6. PR-1422-L04578

Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan penjelasan mengapa isu "profiteering" oleh penjaja dan pengendali makanan yang menaikkan harga masih berleluasa sedangkan harga minyak dan sistem cukai SST sepatutnya mengurangkan kesan tersebut.

7. PR-1422-L04749

Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah rancangan kementerian dalam menyediakan lebih banyak kemudahan di kawasan tarikan pelancong di Empangan Kenyir, yang ketika ini masih kekal merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.

8. PR-1422-L04547

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil pihak Kementerian bagi meningkatkan kadar pengambilan pelajar luar bandar ke Institut Pengajian Tinggi MARA (IPMA) berdasarkan sasaran 8.7 peratus penyertaan pada tahun ini.

9. PR-1422-L05087

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah faktor yang menyumbang kepada fenomena di mana lebih 50% daripada rayuan permohonan status pelarian di "Australian Administrative Appeals Tribunal" (AAT) antara 2017-2018 adalah dari rakyat Malaysia serta adakah terdapat usaha dari Kerajaan untuk meneliti isu ini.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

3 AUM DR 2/7/2019

10. PR-1422-L05299

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan dan perancangan pihak Kementerian untuk mengawal harga perumahan yang semakin meningkat dan tidak mampu dibeli oleh mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

11. PR-1422-L05654

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia mempunyai hasrat untuk menghentikan urusan tambah nilai kad Touch & Go di Kompleks Custom, Immigration and Quarantine (CIQ) di Kompleks Bangunan Sultan Iskandar untuk menolong menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.

12. PR-1422-L05119

Dato' Sri Hajah Nancy Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan taman-taman negara.

13. PR-1422-L04993

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dasar Kementerian dalam menentukan struktur fi untuk pengamal perubatan am swasta di klinik swasta. Adakah Kementerian akan menyelaraskan fi pengamal perubataan swasta di hospital yang telah diluluskan pada tahun 2013.

14. PR-1422-L04658

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha-usaha terkini yang dijalankan oleh pihak Kementerian dalam membendung masalah banjir kilat yang kian meningkat di seluruh negara.

15. PR-1422-L04333

Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan TABIKA dan TASKA tambahan serta menaik taraf pendidikan pra-sekolah KEMAS.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 4

16. PR-1422-L04804

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan :-

(a) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara usahawan; dan

(b) apakah pelan strategik yang akan dilaksanakan bagi membantu usahawan di Malaysia.

17. PR-1422-L04767

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Jambatan Tenom lama yang baharu kerana jambatan sedia ada sudah melebihi 40 tahun dan telah mengalami keretakan yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

18. PR-1422-L04367

Datuk Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status pelaksanaan projek-projek infrastruktur luar bandar dan utiliti di Sarawak bagi tahun 2019.

19. PR-1422-L04514

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci perkembangan terkini kerja penyelenggaraan cerun secara kerja pembaikan dan secara kerja pencegahan.

20. PR-1422-L05470

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah Kementerian untuk melestarikan tulisan Jawi di tempat-tempat tumpuan pelancongan agar warisan sejarah dapat terus dimartabatkan di persada negara.

21. PR-1422-L05709

Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan penubuhan Sekretariat Muafakat Komuniti di Projek Perumahan Rakyat di seluruh negara. Berapa jumlah Sekretariat Muafakat Komuniti ini yang akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini dan adakah ianya melibatkan PPR di negeri Kedah.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

5 AUM DR 2/7/2019

22. PR-1422-L05228

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah inisiatif-inisiatif baharu yang diberikan oleh Kementerian untuk membantu usahawan-usahawan di Malaysia terutama sekali usahawan muda, memandangkan ramai anak-anak muda hari ini cukup meminati bidang ini.

23. PR-1422-L04946

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) apakah keputusan Rakan Pelaksana Projek (PDP) Lebuh Raya Pan Borneo yang baharu di Sarawak dan berapakah kos yang dapat dijimat selepas PDP Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah telah dimansuhkan; dan

(b) apakah langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dijalankan dengan lancar serta memastikan jalan sedia ada adalah selamat digunakan terutamanya jalan dari Sibu ke Bintulu/Miri.

24. PR-1422-L04639

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes keracunan makanan yang melibatkan premis makanan dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memaksimumkan keberkesanan sistem penguatkuasaan peraturan terhadap pengendali dan premis makanan serta pemantauan yang dilakukan secara berkala.

25. PR-1422-L04519

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mekanisme yang akan digunapakai untuk menunaikan janji salah satu manisfeto Pakatan Harapan iaitu menghapuskan tol.

26. PR-1422-L04700

Dato' Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha-usaha Kementerian dalam memastikan masalah kesihatan berkaitan mental seperti stres dan kemurungan dapat dikawal dan seterusnya dikurangkan memandangkan World Health Organisation (WHO) melalui International Classification of Disease(ICD-11) telah mengklasifikasikan tekanan mental sebagai penyakit bersimptom yang boleh didiagnosis.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 6

27. PR-1422-L05528

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah Kementerian berjaya mengurangkan proses atau tempoh menunggu di hospital dan adakah kaedah ini dapat juga diguna pakai untuk klinik-klinik kesihatan.

28. PR-1422-L05516

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) apakah senarai skim pinjaman perumahan khas yang meliputi kemudahan pinjaman, fasiliti khidmat guaman percuma dan pengecualian cukai untuk anak muda yang telah diwujudkan dan akan dirangka oleh Kementerian; dan

(b) adakah Kementerian bercadang mewujudkan kuota khas bagi setiap projek perumahan untuk anak muda untuk memudahkan mereka membeli dan memiliki rumah.

29. PR-1422-L04775

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah perkembangan kajian status undang-undang Airbnb. Adakah ia akan dilaksanakan, jika tidak, nyatakan mekanisme yang dicadangkan. Juga nyatakan adakah cukai pelancongan bakal dikutip daripada industri berkenaan.

30. PR-1422-L05513

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah perkembangan terkini projek Jambatan Pemberian Kuala Krai. Bilakah projek ini akan disiapkan dan dibuka kepada pengguna dan berapakah kos pembinaan jambatan tersebut.

31. PR-1422-L05341

Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan elaun-elaun yang dinikmati oleh anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Sama ada Kerajaan mempunyai cadangan untuk meningkatkan gaji dan/atau elaun kritikal untuk pasukan bomba.

32. PR-1422-L05395

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik terkini pesakit HIV, punca-punca dan langkah menangani yang telah diambil oleh Kementerian.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

7 AUM DR 2/7/2019

33. PR-1422-L04991

Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Package 27A – Libaran Bypass, di mana hanya satu daripada empat segmen telah pun dilaksanakan sejak tahun 2016.

34. PR-1422-L05568

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Siasatan diperingkat Kementerian yang terdiri dari ahli profesional dalam bidang perubatan, kimia, perlombongan, perundangan (Jabatan Peguam Negara), perubatan forensik, siasatan (PDRM), alam sekitar dan pengurusan bagi menjalankan siasatan (inquiry) dengan terma bagi mengenal pasti sebab dan musabab punca penyakit yang dialami oleh ramai Orang Asli Kuala Koh Gua Musang Kelantan yang setakat ini dilaporkan 14 orang Orang Asli di situ mati berkemungkinan jangkitan penyakit yang tidak diketahui sebagaimana dilaporkan di dalam akhbar dan media sosial. Jawatankuasa itu hendaklah mencadangkan cara penyelesaian, pencegahan serta mengenal pasti sama ada ia berpunca daripada kecuaian serta kelalaian mana-mana pihak yang wajib dipertanggungjawabkan.

35. PR-1422-L05086

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah kesan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menyokong syarikat pengeluar teknologi Huawei yang telah disenarai hitam di Amerika Syarikat memberikan kesan terhadap hubungan di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

36. PR-1422-L04603

Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah jangka panjang meningkatkan bekalan air luar bandar di Sarawak dan Sabah, terutama kawasan Parlimen Sipitang yang masih dihadapi penduduknya sejak sekian lama tanpa penyelesaian secara tuntas.

37. PR-1422-L05562

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah rancangan poliklinik baru akan direalisasikan di Sibu, permintaan untuk poliklinik baru semakin meningkat dan poliklinik di Jalan Oya sudah melebihi kapasitinya. Apakah status terkini perancangan poliklinik tersebut.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 8

38. PR-1422-L04323

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan akan menaik taraf jalan raya utama Apin-Apin - Keningau kepada 4 (empat) lorong memandangkan ianya sudah menjadi sesak.

39. PR-1422-L05178

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah pemakaian batik Malaysia di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan dipertimbangkan seperti yang sudah lama dipraktikkan di Dewan Perwakilan Indonesia sebagai satu cara untuk meningkatkan martabat batik milik Malaysia serta menggalakkan pemasarannya di setiap peringkat.

40. PR-1422-L05238

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah peruntukan sebenar Kementerian kepada negeri Perlis dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini.

41. PR-1422-L05458

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah impak kepada pertumbuhan ekonomi khasnya sektor perumahan selepas pelaksanaan Skim Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sejak awal tahun ini dan apakah kempen HOC ini dilanjutkan tempohnya.

42. PR-1422-L04641

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah membunuh anjing-anjing jalanan dengan cara menembak dapat mengurangkan populasinya cara terbaik, dibenarkan dan berjaya.

43. PR-1422-L04719

Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perancangan Kementerian jika ada, mengenai rumah-rumah kediaman JKR (JKR quarters) yang terbiar tidak didiami sekian lama di DUN Jawi, Parlimen Nibong Tebal.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

9 AUM DR 2/7/2019

44. PR-1422-L05239

Tuan Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan memandangkan Kerajaan negeri Sarawak tidak mengiktirafkan MPKK, adakah pihak KPLB bercadang untuk mengunakan kaedah lain untuk menyalurkan dana kepada rumah panjang dan kawasan kampung.

45. PR-1422-L05588

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah baki empat (4) pakej jalan Pan Borneo Coastal Highway bagi jajaran Tuaran ke Kudat akan ditender untuk perlaksanaan dan apakah status terkini kerja-kerja projek pakej pertama (1) dari Pituru ke Rampayan setakat ini.

46. PR-1422-L05607

Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah laluan seterusnya pelatih Giat MARA dalam peningkatan kemahiran dan peluang ke institusi pengajian tinggi.

47. PR-1422-L05256

Tuan Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menambahkan kekerapan doktor untuk membuat lawatan di klinik-klinik yang terdapat di Parlimen Saratok memandangkan berlakunya kesesakan di Hospital Umum Saratok.

48. PR-1422-L04675

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap bangunan atau premis yang gagal menyediakan infrastruktur lengkap bagi kemudahan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

49. PR-1422-L05456

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status terkini Mawar Medical Centre dan Pusat Hemodialisis Mawar di Seremban, yang telah diambil tindakan penguatkuasaan sebelum ini, dan bilakah lesen operasi akan dikeluarkan semula supaya proses dialisis boleh dijalankan semula.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 10

50. PR-1422-L05229

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang telah diambil untuk doktor "housemanship" dan berapa lamakah tempoh menunggu, adakah proses ini akan dipercepatkan.

51. PR-1422-L04739

Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan rancangan pihak Kementerian setelah Bandar Warisan Taiping dinobatkan dengan anugerah “Top 3” Bandar Lestari Terbaik Dunia 2018 dan 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018.

52. PR-1422-L05028

Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah promosi berbentuk segera dan berjangka pendek dalam menaikkan sektor pelancongan yang telah dikenalpasti dapat menaikkan nama negara di peringkat dunia secara umumnya dan pendapatan kepada negeri dan juga negara secara amnya seperti tapak arkeologi Sg. Batu, Kerajaan Kedah Tua yang telah terbukti tamadunnya lebih awal dari Angkor Wat dan juga Borobudur.

53. PR-1422-L04652

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk :-

(a) membina jalan dari Nanga Mujong ke Nanga Gaat terus ke Rumah Tunku, Nanga Sebiro, Sg. Gaat, Bahagian Kapit; dan

(b) membina jalan dari Rumah Juntan ke Rumah Bengau, Nanga Sut, Kapit.

54. PR-1422-L05203

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada siasatan telah dijalankan berikutan aduan bertulis kepada Menteri oleh wakil-wakil penduduk bertarikh 2 April 2019 dan Ahli Parlimen Cheras bertarikh 8 April 2019 berhubung tindakan memperdaya dan melanggar Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) oleh Asiamega Capital Sdn Bhd, pemaju projek pembangunan pejabat "Arte Cheras", apakah hasil siasatan dan tindakan susulan yang diambil oleh Kementerian.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

11 AUM DR 2/7/2019

55. PR-1422-L05242

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah hasil kajian berkenaan pemansuhan tol yang dijadualkan diserahkan kepada Kabinet pada Jun 2019.

56. PR-1422-L05648

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah terdapat perancangan untuk mengemas kini Akta Timbang dan Sukat 1972 dalam usaha untuk membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga.

57. PR-1422-L04987

Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah dasar dan insentif Kementerian untuk menghasilkan dan menarik lebih banyak pakar perubatan untuk menangani masalah kekurangan pakar di hospital awam, terutamanya di bandar-bandar seperti Sandakan.

58. PR-1422-L04533

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan memandangkan Lebuh Raya Borneo Utara (LBU) sudah ditangguhkan dapatkah Kerajaan memberi peruntukan berkala untuk naik taraf lokasi-lokasi tertentu jalan-jalan Persekutuan di Limbang yang sedia ada yang sudah semakin reput dan akan mengakibatkan kemalangan.

59. PR-1422-L04702

Dato' Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah usaha dan dasar yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk memastikan elemen kemahiran digital dan ‘artificial intelligence’ wujud dalam pelan pembangunan keusahawanan terutama dalam kalangan wanita.

60. PR-1422-L05459

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status pemberian geran RM10,000 untuk program komuniti kepada setiap MPKK Kampung Baru setakat ini, kerana banyak MPKK masih belum menerima geran ini walaupun sudah memasuki pertengahan tahun 2019, dan juga kelewatan dalam pelantikan Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 12

61. PR-1422-L05675

Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah perkembangan pelaksanaan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara. Adakah KKM sedar bahawa ada sesetengah klinik di kawasan Parlimen Puncak Borneo tidak boleh menerima pesakit luar daripada kawasan seliaan mereka. Sebagai contoh, pesakit dari Kampung Seratau hendaklah ke Hospital Rajah Charles Brooke untuk menerima rawatan, sedangkan lokasi mereka adalah lebih dekat dengan Klinik Siburan. Pesakit dari Kampung Semaru, Padawan hendaklah ke Klinik Teng Bukap sedangkan Kampung mereka lebih dekat dengan Klinik Padawan. Adakah dengan adanya Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR), pesakit boleh pergi ke mana - mana klinik berdekatan mereka untuk menerima rawatan di masa hadapan.

62. PR-1422-L05255

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah rancangan untuk membolehkan tadika dan pusat aktiviti kanak-kanak (transit) komuniti diwujudkan di kawasan PPR di seluruh negara memandangkan ada permintaan tinggi tetapi kemudahan yang ada kurang bersesuaian.

63. PR-1422-L05646

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pemberian peruntukan untuk membina sebuah klinik kesihatan baru di Kampung Gum-Gum serta menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di klinik desa dan klinik komuniti yang sedia ada.

64. PR-1422-L04995

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah–langkah yang akan diambil untuk melaksanakan “transparency mechanism” untuk memastikan harga ubat–ubatan berpatutan selaras dengan perbincangan di World Health Organisation baru-baru ini.

65. PR-1422-L05616

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk membanteras sindiket haram yang berleluasa mengenakan caj kepada pengguna di tempat letak kereta awam.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

13 AUM DR 2/7/2019

66. PR-1422-L04783

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan cadangan Kementerian bagi menaik taraf Hospital Sungai Siput yang tidak mampu menampung jumlah pesakit terutama di kawasan zon kecemasan.

67. PR-1422-L05247

Tuan Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan memandangkan peruntukan "Rural Electrification Scheme" di luar bandar disediakan di bawah pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar, adakah terdapat pendekatan terbaru pihak KPLB untuk mengatasi masalah beberapa kampung dan rumah panjang di kawasan Parlimen Saratok yang sekian lama masih tidak mempunyai bekalan elektrik.

68. PR-1422-L05438

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa Labuan dan Sabah adalah mempunyai kadar setinggan perkapita yang tertinggi dan nombor 2 tertinggi dalam negara. Bolehkah PPR (Projek Perumahan Rakyat) ditambah dalam RMK-12 akan datang ini untuk Labuan dan Sabah.

69. PR-1422-L05742

Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sebab-sebab mengapa sebahagian cadangan Jalan Ngungun/Temalat Bypass sepanjang hanya tinggal 5.1 kilometer termasuk sebuah jambatan merintasi Sungai Ngemah belum lagi dibuat sebut harga. Agaknya bila lagi projek ini dapat dimulakan pelaksanaannya.

70. PR-1422-L05747

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk meningkatkan jumlah doktor pakar memandangkan latihan kepakaran hanya dikendalikan oleh universiti-universiti. Bukankah ini akan menyebabkan kesukaran bagi para doktor (junior doctors) memandangkan tempat-tempat di universiti amat terhad.

71. PR-1422-L05759

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah hala tuju perlaksanaan Projek Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 14

72. PR-1422-L05765

Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah MoU telah ditandatangani oleh KPKT bersama pemaju perumahan daripada negara China.

73. PR-1422-L05652

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah status permohonan bekalan air di Kampung Banting dan minta supaya dapat mempercepatkan permohonan tersebut demi keselesaan rakyat.

74. PR-1422-L05303

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah sisa plastik percuma atau dibeli dari negara asing.

75. PR-1422-L05135

Tuan Arthur Joseph Kurup [ Pensiangan ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama di Asia Tenggara.

76. PR-1422-L05712

Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah penguatkuasaan muktahir bagi menangani kilang-kilang bahan kitar semula, khususnya plastik yang menyebabkan pencemaran udara dan sumber air. Apakah langkah yang diambil terhadap operasi pengimportan bahan kitar semula serta longgokan bahan kitar semula yang mendedahkan kawasan sekitarnya kepada risiko pencemaran dan kesihatan.

77. PR-1422-L04319

Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah kontena sisa plastik yang tidak diisytiharkan dari luar negara yang ditemui di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara dan nyatakan butiran statistik negara asal dan apakah langkah yang diambil untuk menangani masalah ini.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

15 AUM DR 2/7/2019

78. PR-1422-L04473

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bagaimana dengan pelaksanaan program 'Food Bank' Malaysia termasuk jumlah peserta industri makanan yang terbabit dalam program ini dan golongan yang menerima manfaat. Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan oleh Kerajaan atas program 'Food Bank' ini.

79. PR-1422-L05241

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah yang dibuat bagi memantau dan bertindak terhadap produk-produk yang tidak dapat dipastikan ketulenan dan tahap keselamatannya yang dijual atas talian.

80. PR-1422-L05295

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan usaha–usaha terkini dan jangka panjang bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 16

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.10/2019 ) Rang Undang-Undang Cap Dagangan 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]

2. ( D.R.11/2019 ) Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2019

"

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]

3. ( D.R 13/2019 ) Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019

"

[ Menteri Dalam Negeri ]

4. ( D.R.12/2019 ) Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019

"

[ Menteri Belia Dan Sukan ]

5. ( D.R 15/2019 ) Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019

"

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]

6. ( D.R. 9/2019 ) Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019

"

[ Perdana Menteri ]

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa mengikut peruntukan perengan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM22,000 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut."

8. PR-1422-U(27)050 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membentangkan laporan mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil daripada cadangan-cadangan penstrukturan semula dan pelan pemulihan terhadap syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

17 AUM DR 2/7/2019

Memandangkan MAB merupakan satu entiti perniagaan yang telah sekian lama menjadi kebanggaan dan maruah negara, maka adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui usaha-usaha penambahbaikan serta pembaharuan yang konstruktif dan menyeluruh yang dicadangkan dalam usaha memulihkan semula masa depan MAB. "

[ Perdana Menteri ]

9. PR-1422-U(27)051 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan Laporan Khas mengenai pelaksanaan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) yang dirangka menerusi Pelan Induk Pengangkutan (PIP) serta mengemukakan laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada 18 nasihat oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) dan ulasan jabatan teknikal yang berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek itu selari dengan Seksyen 2A(2)(b) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Berlandaskan prinsip ketelusan dan akauntabiliti, adalah menjadi keperluan kepada Kerajaan untuk mengemukakan laporan ini memandangkan projek ini memberikan implikasi yang besar terhadap alam sekitar, sosial dan kewangan."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

10. PR-1422-U(27)052 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap laporan pelaksanaan Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Malaysia di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dilancarkan pada Oktober 2018 dalam memperkasakan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia dengan mewujudkan pendekatan yang bersifat lebih holistik dan inklusif sekaligus membawa kepada pemahaman yang lebih baik antara komuniti yang berbeza serta mewujudkan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang lebih baik. Kerajaan perlu membentangkan serta membentuk ruang perbincangan dengan segera apakah syor yang disarankan melalui pelan ini benar-benar efektif dalam mengukuhkan jalinan perpaduan di negara ini."

[ Perdana Menteri ]

11. PR-1422-U(27)053 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi perhatian terhadap pembangunan dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli, seperti yang termaktub dalam Janji 38, Manifesto PH iaitu Membela Nasib Orang Asal di negara ini. Kerajaan perlu membentangkan cadangan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional bagi menangani isu

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 18

utama dihadapi masyarakat Orang Asli di negara ini dan adalah kemestian bagi Kerajaan memastikan setiap gerak kerja dan usaha pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan terhadap Orang Asli ini adalah sejajar dengan Pendekatan Berasaskan Hak Asasi Manusia (PBHAM). Ini adalah supaya setiap program pembangunan dan kebajikan yang dirancang mampu memberi faedah yang lebih menyeluruh kepada masyarakat Orang Asli di samping tidak mengenepikan kepentingan dan memelihara perkara asas berkaitan mereka melalui prinsip IMABT (Keizinan Berasaskan Makluman, Awal, Bebas dan Telus)."

[ Perdana Menteri ]

12. PR-1422-U(27)054 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar institusi Parlimen menetapkan supaya satu Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan bagi meneliti semua pandangan rakyat Malaysia mengenai langkah Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati dalam 32 kesalahan melibatkan lapan perundangan negara atau yang terkini mungkin hanya memansuhkan hukuman mandatori sahaja.” “Dalam semangat Malaysia Baharu selepas 9 Mei, ianya menjadi satu tanggungjawab Kerajaan agar dapat menghormati pandangan setiap lapisan rakyat Malaysia terutamanya mengenai perkara memansuhkan hukuman mati yang juga melibatkan nyawa masyarakat termasuk perasaan keluarga mangsa atau keluarga tahanan hukuman mati.” “Sekiranya pandangan rakyat ini tidak diteliti, Kerajaan Pakatan Harapan akan dilihat sebagai menafikan hak kebebasan bersuara mereka. Kerajaan juga perlu menyatakan pendirian dengan jelas, apakah alternatif lain yang akan diganti selepas pemansuhan hukuman mati ini dilaksanakan dan apakah ia mampu dijadikan sebagai langkah pencegahan atau sebaliknya. Kerajaan Pakatan Harapan perlu sedar bahawa kejayaan mereka menjadi Kerajaan hari ini adalah disebabkan kuasa dan suara rakyat."

[ Perdana Menteri ]

13. PR-1422-U(27)055 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020. Menteri Kewangan telah memberi jaminan pada Ogos 2018 bahawa projek kereta nasional ketiga tidak akan menggunakan wang rakyat. Namun, Menteri Pembangunan Usahawan telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM20 juta pada Januari 2019 bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

19 AUM DR 2/7/2019

Kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga penghasilan kereta nasional ketiga melibatkan pelaburan berbilion-bilion ringgit. Walaupun projek ini dimajukan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti SilTerra Malaysia Sdn. Bhd., ianya secara tidak langsung melibatkan wang rakyat kerana SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. adalah milik Khazanah Nasional. Memandangkan situasi ekonomi negara yang tidak menentu, projek kereta nasional ketiga akan membebankan Kerajaan dan rakyat (khususnya pembeli kereta) sekiranya projek ini diteruskan. Adalah disarankan agar projek kereta nasional ketiga dibatalkan demi menjimatkan wang rakyat."

[ Perdana Menteri ]

14. PR-1422-U(27)056 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate–UEC) adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM.“ “Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.” “Mantan Menteri Pelajaran iaitu Ahli Parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM memandangkan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa sejak tahun 2013.” “Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk menjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan. Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik.”

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 20

“Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar UEC seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi Kerajaan."

[ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1422-U(27)057 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat meneruskan projeck pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada 26 Oktober 2017, termasuk mengekalkan 10 nama sekolah baru yang telah diluluskan.” “Kerajaan sepatutnya menyiapkan projek tersebut dalam masa 5 tahun dengan peruntukan RM20 juta setiap tahun (jumlah keseluruhannya RM100 juta) seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu.” “Tetapi malangnya, perlaksanaan projek tersebut agak lambat dan tiada perkembangan yang signifikan. Dengan itu, mengharapkan Dewan ini mengambil maklum perkara ini dan mendesak Kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid ke kawasan yang lebih padat penduduk Cina.” “Seperti yang dijanjikan oleh YB Menteri Pendidikan pada 28 Jun 2018, SJKC Kuek Ho Yao di Seri Austin, Johor Bahru dan SJKC Sim Mow Yu di Masai, Johor akan tetap didirikan memandangkan upacara pecah tanah sekolah teleh disempurnakan pada tahun 2018, iaitu sebelum PRU 14. Maka, Kementerian Pendidikan sepatutnya rasa terpanggil untuk menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM7 juta untuk menanggung kos pembinaan setiap SJKC yang dinamakan di atas."

[ Menteri Pendidikan ]

16. PR-1422-U(27)058 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menggesa Kerajaan supaya dapat memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik. Ini kerana, Ahli Parlimen Kerajaan di Semenanjung Malaysia telah diberi peruntukan sebanyak RM1,000,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM700,000 bagi peruntukan kawasan pada tahun 2018. Manakala tahun 2019, Ahli Parlimen Kerajaan diperuntukkan RM1,800,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM1,500,000

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

21 AUM DR 2/7/2019

bagi peruntukan kawasan. Sementara Ahli Parlimen pembangkang hanya diberikan RM100,000 sahaja bagi tahun 2018 dan tidak menerima apa-apa peruntukan untuk tahun 2019. Ini merupakan satu bentuk diskriminasi yang amat ketara.” “Gesaan ini selari dengan semangat ‘Malaysia Baharu’ dan hasrat badan bebas (NGO) seperti BERSIH yang mahu memastikan tiada istilah diskriminasi dalam negara dan semua pengundi harus dilayan dengan adil dan saksama. Malah, perkara ini juga diperjuangkan oleh pemimpin Kerajaan hari ini ketika bergelar pembangkang suatu ketika dahulu. Dalam masa sama, semangat ‘Malaysia Baharu’ ini juga yang menuntut kesuburan demokrasi. Prinsip keadilan ini akan dijadikan sebagai penanda aras dan seterusnya diteladani oleh Kerajaan negeri yang lain di Malaysia tanpa mengira parti mana yang memerintah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. PR-1422-U(27)059 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan untuk membentangkan perancangan jangka masa panjang yang menyeluruh dalam memastikan setiap dasar dan polisi Kerajaan di semua peringkat mempunyai tahap kefahaman mengenai institusi raja atau raja berpelembagaan yang kukuh seterusnya menyemai kefahaman yang sebenar dalam kalangan rakyat di negara ini. Sejak kebelakangan ini banyak kekeliruan berlaku khususnya dalam kalangan anak-anak muda berkenaan dengan bagaimana kuasa institusi raja diamalkan dan ramai dibesarkan dengan fahaman bahawa Raja Melayu bertindak atas nasihat sebenarnya tidak memahami maksud sebenar. Perkataan nasihat itu sering disalah erti kerana perkataan dalam perlembagaan dalam versi Bahasa Inggeris, kita guna "advice" yang membawa maksud perkara yang baik-baik. Ia adalah bertentangan kepada perkataan "vice". Raja juga perlu menerima nasihat yang baik-baik. Ini kerana dalam perlembagaan diberikan hak kepada raja-raja untuk meminta maklumat daripada Kerajaan tentang institusi semasa negeri. Baginda berhak. Perkara tersebut ada ditulis dalam perkara 40 (1) walaupun bertindak atas nasihat tetapi baginda mempunyai hak untuk mengetahui tentang hal ehwal semasa negeri. Selain itu terdapat polemik berkaitan istilah raja sebagai simbol. Apabila simbol, raja perlu bertindak atas nasihat tanpa mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan kuasa budi bicara yang mutlak kepada raja-raja. Maknanya ada lagi ciri-ciri yang dikatakan budi bicara kepada raja itu. Dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan menyebut kedaulatan raja adalah kekal sebagaimana sebelum ini. Apabila menyatakan raja-raja itu mempunyai kedaulatan, baginda mempunyai kuasa dan kekuasaan. Perkataan kedaulatan itu menyatakan tentang ada kedaulatan, kuasa dan kekuasaan. Kalau ada kedaulatan tetapi perlembagaan tidak memberikan baginda kuasa, maka tidak ada kekuasaan dan ia tidak bererti. Tteapi, raja berpelembagaan walaupun bertindak dalam kebanyakkan perkara atas

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 22

nasihat tetapi ada ruang-ruang diberikan kepada baginda menerusi perlembagaan. Apabila telah mantap dengan asas kenegaraan ini, baharulah institusi raja berpelembagaan dapat difahami dengan mantap. Institusi beraja ini tidak boleh dibicarakan secara bermusim, ia perlu setiap masa dan dihayati oleh setiap rakyat. "

[ Perdana Menteri ]

18. PR-1422-U(27)060 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan untuk membentangkan secara menyeluruh dan terperinci berkenaan Laporan Rumusan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi LYNAS yang telah dikeluarkan pada 8 Disember 2018 yang lalu. Pembentangan ini amat penting supaya rakyat memahami dengan jelas apakah yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa tersebut untuk tindakan seterusnya. Laporan ini juga sekaligus akan meleraikan setiap kenyatan-kenyataan anggota pentadbiran Kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan yang bercanggah dan mengelirukan. Laporan rumusan ini juga akan menjadi rujukan utama untuk platform analisis bagi semakan sama ada tindakan Kementerian berhubung operasi LYNAS selari dengan kandungan rumusan laporan tersebut."

[ Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim ]

19. PR-1422-U(27)061 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian terhadap desakan antarabangsa yang berterusan kepada Malaysia untuk menandatangani dan meratafikasi semua perjanjian antarabangsa mengenai hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kerajaan tanpa campur tangan kuasa asing perlu mempunyai pendirian yang jelas dan tidak bercelaru kerana setiap negara mempunyai hak sama ada untuk turut serta atau sebaliknya dalam setiap perjanjian antarabangsa kerana tidak kira kuasa besar atau kecil, keutamaan negara individu adalah berbeza diantara satu sama lain. Menjadi prinsip kebanyakkan negara terutamanya kuasa besar dunia akan hanya mengesahkan perjanjian antarabangsa jika ia tidak menongkah arus kehendak Perlembagaan sesuatu negara iaitu kepentingan rakyat dan negara mereka diutamakan. Dalam hal ini, Perlembagaan Persekutuan harus dijadikan rujukan utama buat Malaysia dalam membuat apa-apa keputusan. Seperti mana keenganan negara-negara kuasa besar dunia mengesahkan perjanjian-perjanjian hak asasi ini perlu dijadikan perhatian oleh Kerajaan Malaysia kerana asas utama keenganan negara-negara besar ini ialah mereka amat khuatir konvensyen tersebut akan menghakis kedaulatan negara meraka. Pendirian berkenaan perjanjian antarabangsa

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

23 AUM DR 2/7/2019

memerlukan kefahaman tentang pemakian undang-undang antarabangsa dalam sistem perundangan Malaysia. Pemahaman terhadap teori penerimaan dan pemakaian undang-undang antarabangsa dakam suatu negara iaitu Doktrin Diperbadankan (Doctrine of Incorporation) dan Doktrin Transformasi (Doctrine of Transformation) perlu jelas dan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Perkara 74 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memberikan kesan bahawa kuasa untuk membuat atau menandatangani dan meratifikasi triti atau perjanjian di peringkat antarabangsa adalah terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan. Ia juga menunjukkan bahawa Badan Eksekutif mempunyai kuasa untuk membuat perjanjian antarabangsa atau menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa, manakala kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang antarabangsa tersebut adalah terletak hak kepada Parlimen. Prinsip yang harus Kerajaan nyatakan dengan jelas adalah kedaulatan negara dan kepentingan rakyat masing-masing mesti didahulukan walaupun negara terbabit akan dituduh sebagai tidak menghormati suara majoriti masyarakat antarabangsa."

[ Menteri Luar Negeri ]

20. PR-1422-U(27)062 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mewujudkan dasar yang jelas serta dan polisi yang lengkap berkenaan menetapkan harga lantai bagi sektor komoditi di negara ini. Kerajaan perlu mempunyai mekanisme yang kukuh dalam menstabilkan harga sektor komoditi di negara ini yang merangkumi industri sawit, industri getah, industri koko, industri lada dan industri tembakau. Dengan melaksanakan penetapan harga subsiidi atau harga lantai bagi setiap industri komoditi ini akan memastikan nasib peneroka dan pekebun kecil terbela melalui jaminan harga industri yang jelas dan kukuh pada setiap masa. Kerajaan harus menggunakan semua platform seperti agensi Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Lada Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara serta agensi-agensi antarabangsa yang memainkan peranan besar dalam menyelaras sektor komoditi. Kerajaan juga perlu menyediakan pelan-pelan sokongan dan bantuan bagi jangka masa panjang bagi memastikan mereka yang terlibat terutamanya peneroka dan pekebun kecik tidak terjejas dan tidak terlalu bergantung kepada harga pasaran dunia."

[ Menteri Industri Utama ]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 24

21. PR-1422-U(27)063 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji dan membentangkan perancangan model pendidikan jangka masa panjang menyeluruh yang akan menyelesaikan masalah polarisasi kaum yang semakin menebal dalam kalangan anak muda di negara ini. Model pendidikan jangka masa panjang ini perlu merangkumi keseluruhan aspek pembelajaran termasuk komponen subjek akademik, komponen kerohanian dan komponan etnik tanpa membelakangi peruntukkan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat Rukun Negara. Masalah polarisasi akaun akan dilihat semakin serius jika perancangan ini tidak dilakukan segera. Apabila model pendidikan daripada peringkat awal pembelajaran tidak dapat mencapai tahap toleransi semua kaum dan semangat kenegaraan semakin lemah dalam kalangan anak muda, potensi untuk membangunkan negara bangsa mengikut acuan kita sendiri akan terencat dan keharmonian serta kesejahteraan negara juga akan terancam."

[ Menteri Pendidikan ]

22. PR-1422-U(27)047 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"mencadangkan Kerajaan supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan serta memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU-14."

[ Perdana Menteri ]

23. PR-1422-U(27)048 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

25 AUM DR 2/7/2019

24. PR-1422-U(27)049 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) mengenai Pilihan Raya, supaya JPKP tersebut boleh menyiasat aduan mengenai salah laku-salah laku bekas ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum yang lepas; dan Parlimen mempunyai sebuah platform bebas tersendiri untuk memantau dan menerima laporan daripada SPR secara berterusan."

[ Perdana Menteri ]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

AUM DR 2/7/2019 26

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN RAKYAT

TAHUN

2019

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST. 84 Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017

2 Julai 2019

ST. 86 AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959

Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat)

(Pindaan) 2019

P.U. (A) 16/2019 yang diwartakan pada 14 Januari

2019

2 Julai 2019

ST. 87 AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959

Perintah Jalan Persekutuan (Sarawak) (Pindaan) 2019

P.U. (A) 18/2019 yang diwartakan pada 24 Januari

2019

2 Julai 2019

ST. 104 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga

Pemantauan Audit Bagi Tahun 2018

2 Julai 2019

ST. 105 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga

Pelabuhan Bintulu Dan Lembaga Pelabuhan Labuan

Bagi Tahun 2017

2 Julai 2019

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 02072019 - Selasa.pdfAUM DR 2/7/2019 2 4. PR -1422 L05057 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

27 AUM DR 2/7/2019

**UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 02.07.2019 (Selasa)

1. YB Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong)

1. Pertanyaan Mengenai Status Pasar Awam Batu Pahat

1. YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

2. 02.07.2019 (Selasa)

2. YB Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar)

2. Isu Pertukaran Wang Asing Di Sempadan Padang Besar (Kedah - Thailand)

2. YB Menteri Kewangan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)