malaya muhammad khairul bin latiff ofstudentsrepo.um.edu.my/7246/4/khairul.pdf · 2020. 6. 21. ·...

148
PERANAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI, JOHOR DALAM MENDOKUMENTASI PERADABAN NELAYAN, 1994-2014 MUHAMMAD KHAIRUL BIN LATIFF JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016 University of Malaya

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERANAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU,

    KOTA TINGGI, JOHOR DALAM MENDOKUMENTASI

    PERADABAN NELAYAN, 1994-2014

    MUHAMMAD KHAIRUL BIN LATIFF

    JABATAN SEJARAH

    FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2016

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • PERANAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU, KOTA

    TINGGI, JOHOR DALAM MENDOKUMENTASI PERADABAN

    NELAYAN, 1994-2014

    MUHAMMAD KHAIRUL BIN LATIFF

    DISERTASI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN

    DARIPADA KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA SASTERA

    JABATAN SEJARAH

    FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

    UNIVERSITI MALAYA

    KUALA LUMPUR

    2016

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • iii

    ABSTRAK

    Muzium merupakan sebuah institusi yang dapat melahirkan kesedaran kepada

    masyarakat tentang keagungan bangsa melalui koleksi yang dipamerkan. Pembinaan

    Muzium Nelayan Tanjung Balau sangat penting khususnya kepada generasi muda

    kerana peranan yang dimainkan oleh muzium ini dalam memelihara peradaban nelayan.

    Persoalan utama yang ingin diketengahkan di dalam kajian ini adalah mengkaji peranan

    Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi, Johor dalam mendokumentasi peradaban

    nelayan di Malaysia khususnya di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Objektif yang

    ingin dicapai adalah penulisan ini dapat mengkaji sejarah penubuhan Muzium Nelayan

    Tanjung Balau, menganalisis paparan yang ada di setiap Galeri Muzium Nelayan

    Tanjung Balau termasuklah bahan-bahan yang disimpan bagi tujuan pemuliharaan serta

    dapat meneliti aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak muzium.

    Skop kajian yang melibatkan tempoh masa 20 tahun bermula tahun 1994

    sehingga tahun 2014 ini dapat menerokai sejarah perkembangan dan evolusi pameran di

    Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor dengan meluas. Kaedah

    penyelidikan dan sumber di dalam kajian ini meliputi kajian perpustakaan bagi

    mendapatkan sumber primer dan sekunder. Selain itu, kaedah wawancara dan

    pemerhatian juga turut dilakukan bagi mendapatkan bahan dan info yang berautoriti.

    Kajian ini dibahagikan kepada 4 bab iaitu bab 1 adalah megenai sejarah awal

    penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau, bab 2 adalah mengenai Galeri Utama, bab

    3 berkisar tentang Galeri-Galeri lain, bab 4 mengenai Galeri Bermusim dan aktiviti

    yang dianjurkan oleh pihak muzium seterusnya bab yang terakhir adalah kesimpulan.

    Pada masa kini, dengan arus pemodenan yang pesat, tidak ramai yang mengetahui

    tentang pekerjaan nelayan, kehidupan masyarakat nelayan dan apa jua elemen yang

    berkaitan dengan pekerjaan ini. Dengan adanya kajian terperinci sebegini, ia dapat

    memelihara dan memberi informasi berguna kepada masyarakat akan datang.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • iv

    ABSTRACT

    Museum is an institution that create awareness among the society throughout the

    collection that is being displayed. The foundation of Muzium Nelayan Tanjung Balau

    (Tanjung Balau Fishermen Museum) is important especially for the younger generation

    in its role conserving the fishermen’s culture. The main question in this research is to

    analyze the role of Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, in

    documenting the fishermen’s culture in Malaysia, especially in Tanjung Balau, Kota

    Tinggi, Johor. The objective of this research is to analyze the history of the founding of

    the Muzium Nelayan Tanjung Balau; to analyze the display in every gallery of the

    Muzium Tanjung Balau which includes the materials that is being kept for conservation

    and to review the activities that is being held by the museum.

    This analysis, which is focusing on the period of 20 years, beginning from 1994

    until 2014, is to explore the history of the evolution and expanding exhibition at

    Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. The method of research is mainly

    library research by gathering primary and secondary sourcers. Apart from that,

    interview and observation were conducted to gain authentic info. The research is

    divided into 4 chapters. Chapter 1 deals with the history of early foundation of the

    museum; chapter 2 is on Main Gallery, chapter 3 is about other Galleries; chapter 4 is

    on Seasonal Gallery and the activity of the Museum and the final chapter is conclusion.

    Nowdays, the life and profession of fishermen are not well-known by others. With this

    type of research, it will help to conserve and provide useful information for future

    generation.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • v

    PENGHARGAAN

    Bismillahirrahmanirrahim………

    Alhamdulillahi rabbil alamin…..

    Segala puji ku panjat padaMu Yang Esa

    Syukur padaMu atas segala nikmat yang tidak terhitung

    Kekuatan yang diberikan amat bernilai bagiku

    Dalam mencoret secangkir warkah mencari cebisan ilmu-Mu

    Buat penyambung risalah nubuwwah

    Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberkati hidup ini dengan memberi satu

    iltizam yang kuat untuk menyiapkan sebuah disertasi ini. Tanpa usaha dan sokongan

    dari pelbagai pihak, kajian ini tidak akan terhasil dengan sempurna. Oleh itu,

    dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang

    terlibat dalam menjayakan kajian ini.

    Pertama sekali jutaan terima kasih kepada Dr. Mardiana Nordin selaku penyelia

    yang banyak memberi bimbingan, sokongan dan kritikan serta membuat penelitian

    setiap aspek dari permulaan hingga akhir kajian ini. Terima kasih juga kerana memberi

    teguran yang membina untuk saya. Moga teguran dan nasihat ini mematangkan lagi

    minda dan menjadi pedoman dalam hidup di masa akan datang.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • vi

    Teristimewa buat ibunda Noorlida Binti Selamat, ayahanda Latiff Bin Ahmad

    dan nenda Salimah Binti Wahab, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih

    diucapkan atas kasih sayang dan pengorbanan kalian. Khas buat adik-adik disayangi

    Syahmi dan Nadia, teruskan perjuangan dan jadikan diri ini inspirasi untuk

    mengharungi gelombang hidup yang penuh dengan dugaan. Jua buat ahli keluarga

    tercinta, Mak Ngah, Pakngah, Mak Busu dan Abah, semangat dan dorongan kalian tidak

    pernah dilupakan untuk mengorak langkah menuju hidup yang lebih bermakna. Jua buat

    sesiapa sahaja yang turut membantu secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang

    kajian ini dilakukan, sakalung penghargaan ditintakan. Sesungguhnya apa yang baik

    dimanfaatkan, sagala cacat cela harap dimaafi. Apa pun terimalah persembahan dari

    kudrat yang berusaha mencapai redhaNya. Wassalam……

    Muhammad Khairul Bin Latiff

    Jabatan Sejarah

    Fakulti Sastera Dan Sains Sosial

    Universiti Malaya

    50603 Kuala Lumpur

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • vii

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    Abstrak

    iii

    Abstract

    iv

    Penghargaan

    v

    Isi Kandungan

    vii

    Senarai Jadual

    xi

    Senarai Gambar

    xii

    Senarai Peta

    xiii

    Senarai Lampiran

    xiv

    PENGENALAN:

    Latar Belakang Kajian 1

    Persoalan Kajian

    2

    Objektif Kajian

    3

    Skop Kajian

    4

    Kepentingan Kajian

    5

    Ulasan Literatur

    6

    Kaedah Dan Sumber Penyelidikan

    14

    Pembahagian Bab

    15

    BAB SATU: SEJARAH AWAL PENUBUHAN DAN

    PENGURUSAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU,

    KOTA TINGGI, JOHOR

    Pengenalan

    16

    Sejarah Awal Penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau

    17

    Pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau:

    22

    Prinsip Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau

    23

    Keperluan Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau:

    24

    Misi Muzium

    24

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • viii

    Struktur Organisasi

    Koleksi

    Kewangan

    Pemasaran

    25

    27

    29

    30

    Kesimpulan 31

    BAB DUA: PAPARAN PERADABAN NELAYAN DI GALERI

    UTAMA

    Pengenalan

    32

    Galeri Utama:

    33

    Seksyen 1:

    34

    Pengenalan Muzium Nelayan

    34

    Sejarah Tanjung Balau

    35

    Sejarah Menangkap Ikan

    36

    Ramalan Dan Kepercayaan Nelayan

    38

    Ramalan Meteorologi

    43

    Seksyen 2:

    45

    Peraih Dan Jeti

    45

    Alat Menangkap Ikan

    47

    Kotak Ke Laut

    49

    Bangau

    50

    Hidupan Laut

    50

    Seksyen 3:

    54

    Diorama Perkampungan Nelayan

    54

    Seksyen 4:

    57

    Perahu Burung Petalawati

    57

    Perahu Payang

    57

    Kesimpulan 58

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • ix

    BAB TIGA: GALERI GEOLOGI, GALERI KESELAMATAN &

    KOMUNIKASI LAUT DAN GALERI KAPAL KARAM

    DESARU

    Pengenalan

    59

    Galeri Geologi:

    60

    Seksyen 1:

    61

    Pembentukan Muka Bumi Asia

    61

    Fosil

    63

    Geologi

    64

    Batuan

    66

    Seksyen 2:

    67

    Kepelbagaian Struktur Geologi Tanjung Balau 67

    Seksyen 3:

    71

    Mineral

    71

    Seksyen 4:

    73

    Sumbangan Geologi Terhadap Dunia 73

    Galeri Keselamatan Dan Komunikasi Laut:

    76

    Seksyen 1:

    77

    Rumah Api

    77

    Kod ISM

    79

    Sistem Komunikasi Kapal

    80

    Tips Keselamatan Laut

    81

    Navigasi

    82

    Replika-Replika Kapal

    83

    Kod Keselamatan

    84

    Galeri Kapal Karam Desaru

    Kesimpulan

    86

    88

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • x

    BAB EMPAT: GALERI BERMUSIM DAN AKTIVITI MUZIUM

    Pengenalan

    89

    Galeri Bermusim:

    90

    Pameran Wau Dan Layang-Layang Antarabangsa

    91

    Pameran Haiwan Ganjil Dan Pelik

    94

    Pameran Rangka Paus Dan Barangan Antik

    95

    Pameran Mistik Alam Melayu

    96

    Pameran Khazanah Dasar Laut

    103

    Pameran Topeng Mistik

    106

    Proses Pemuliharaan Dan Inventori Koleksi

    Aktiviti-aktiviti Muzium Nelayan Tanjung Balau

    108

    112

    Pesta Tanjung Balau

    113

    Bengkel Ukiran Kayu

    115

    Kesimpulan

    116

    KESIMPULAN

    Kesimpulan

    117

    BIBLIOGRAFI

    126

    LAMPIRAN 130

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • xi

    SENARAI JADUAL

    Halaman

    Jadual 2.1 : Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri

    Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau

    33

    Jadual 3.1:

    Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri

    Geologi Muzium Nelayan Tanjung Balau

    60

    Jadual 3.2 : Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan

    Galeri Keselamatan Dan Komunikasi Laut Muzium

    Nelayan Tanjung Balau

    76

    Jadual 3.3 :

    Kod Keselamatan 84

    Jadual 4.1: Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan

    Galeri Bermusim Muzium Nelayan Tanjung Balau

    90

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • xii

    SENARAI GAMBAR

    Halaman Gambar 2.1: Replika Rumah Perkampungan Nelayan Di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau

    55

    Gambar 2.2:

    Diorama Nelayan Dan Peraih Ikan Di Jeti

    Perkampungan Nelayan Di Muzium Nelayan Tanjung

    Balau

    56

    Gambar 2.3: Diorama Perkampungan Nelayan Di

    Muzium Nelayan Tanjung Balau

    56

    Gambar 4.1: Kambing Berkepala Satu Berbadan Dua

    94

    Gambar 4.2: Poster Rasmi Pameran Misteri Alam Melayu

    96

    Gambar 4.3: Jenglot Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam

    Melayu

    97

    Gambar 4.4: Ikan Duyung Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri

    Alam Melayu

    98

    Gambar 4.5:

    Burung Cenderawasih Yang Dipamerkan Di Pameran

    Misteri Alam Melayu

    99

    Gambar 4.6: Buluh Perindu Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri

    Alam Melayu

    100

    Gambar 4.7: Senjata Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam

    Melayu

    101

    Gambar 4.8: Encik Mohammed Iqbal Rosli, Penolong Kurator,

    Muzium Nelayan Tanjung Balau Di Segmen “Jenglot”

    Yang Dipamerkan Di Pameran Misteri Alam Melayu

    102

    Gambar 4.9: Poster Rasmi Pameran Topeng Mistik 107

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • xiii

    SENARAI PETA

    Halaman

    Peta 1.1:

    Peta Kedudukan Pantai Tanjung Balau Di Dalam Negeri

    Johor Darul Takzim

    18

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • xiv

    SENARAI LAMPIRAN

    Halaman

    Lampiran 1: Bendera Kod Keselamatan Laut

    130

    Lampiran 2: Perahu Payang yang dipamerkan di Muzium Nelayan

    Tanjung Balau

    131

    Lampiran 3: Perahu Burung Petalawati yang dipamerkan di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau

    132

    Lampiran 4: Laluan Pejalan Kaki Menuju Ke Muzium Nelayan

    Tanjung Balau

    133

    Lampiran 5: Diorama Nelayan Membaiki Perahu dan Jala

    134

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 1

    PENGENALAN

    LATAR BELAKANG KAJIAN

    Pelbagai jenis muzium yang dibangunkan kerajaan di Malaysia seperti Muzium

    Telekom, Muzium Etnologi, Muzium Kesenian Islam dan beberapa muzium lain bagi

    membuka mata rakyat dalam menghargai sejarah sebagai sebahagian daripada aset

    warisan untuk generasi akan datang. Sekitar tahun 1960-an, 1970-an dan 1990-an,

    hanya Muzium Negara, Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis sahaja yang menjadi

    tarikan untuk dilawati.1 Namun kini masyarakat di negara ini dan juga masyarakat luar

    berpeluang melawat satu lagi muzium iaitu Muzium Nelayan yang terletak di Tanjung

    Balau, Kota Tinggi, Johor.

    Pembinaan Muzium Nelayan Tanjung Balau sangat penting khususnya kepada

    generasi muda kerana peranan muzium ini dalam memelihara peradaban nelayan.

    Muzium ini merupakan hasil ilham cipta Perbadanan Kemajuan Johor Tenggara

    (KEJORA). Dibangunkan dengan peruntukan RM 1.48 juta di Kampung Tanjung

    Balau, kira-kira 100 kilometer dari Johor Bahru. Muzium Nelayan Tanjung Balau ini

    dibina pada 20 Ogos 1990 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai 1992. Bangunan muzium

    yang didirikan di tanah berkeluasan berkeluasan 4.03 hektar ini berkonsepkan seni

    tradisional Melayu yang direka oleh pakar dari Universiti Teknologi Malaysia.2

    1 Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 14.

    2 Kosmo, 22 Oktober 2014, hlm. 26.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 2

    PERSOALAN KAJIAN

    Asas pembinaan setiap muzium yang didirikan mempunyai signifikasi tersendiri

    dalam menggambarkan matlamat dan misi penubuhannya. Setiap muzium yang dibina

    mempunyai imej dan identiti tersendiri. Sebagai contoh, pembinaan Muzium Bugis di

    Pontian Johor mempunyai signifikasi jelas dalam mencerminkan kebudayaan dan adat

    resam masyarakat Bugis. Begitu juga dengan pembinaan Muzium Nelayan Tanjung

    Balau, Kota Tinggi, Johor ini dimana ia menggambarkan dunia peradaban nelayan.

    Oleh yang demikian, persoalan utama yang ingin diketengahkan adalah untuk

    mengkaji bagaimanakah Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi, Johor

    memainkan peranan dalam mendokumentasi peradaban nelayan di Malaysia umumnya

    dan di Tanjung Balau secara khususnya. Isi kandungan persoalan ini lebih tertumpu

    kepada perkembangan pembinaan muzium, aspek pameran yang dibuat oleh pihak

    muzium dan intipati pendokumentasian muzium ini dalam memaparkan kehidupan

    nelayan.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 3

    OBJEKTIF

    Objektif yang ingin dicapai daripada penulisan ini adalah mengkaji proses

    penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau ini daripada pencetusan idea awal, proses

    pembinaan sehinggalah perasmian. Objektif pertama ini turut meneliti organisasi yang

    bertanggungjawab dalam merealisasikan penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau.

    Objektif yang kedua adalah menganalisis paparan yang ada di setiap Galeri Muzium

    Nelayan Tanjung Balau termasuklah bahan-bahan yang disimpan bagi tujuan

    pemuliharaan dan tujuan pameran di waktu yang bersesuaian. Objektif kedua ini

    memberi penekanan terhadap aspek isi kandungan yang terdapat di setiap paparan.

    Manakala objektif yang terakhir adalah meneliti aktiviti-aktiviti yang pernah

    dilaksanakan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 4

    SKOP KAJIAN

    Kajian ini melibatkan tempoh masa 20 tahun bermula tahun 1994 sehingga

    tahun 2014. Tahun 1994 dipilih sebagai pemula tempoh masa adalah kerana tahun

    tersebut merupakan tahun pertama Muzium Nelayan Tanjung Balau beroperasi.

    Manakala kajian terhenti di tahun 2014 kerana pada tahun tersebut berlaku renovasi

    besar-besaran di Muzium Nelayan ini. Pada tahun 2014, Kementerian Kemajuan Luar

    bandar Dan Wilayah yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato‟ Seri Hj. Mohd Shafie

    Bin Hj Apdal telah melulus dan menyalurkan dana berjumlah RM800, 000.00 kepada

    KEJORA untuk tujuan renovasi Muzium Nelayan Tanjung Balau ini. Renovasi ini

    merangkumi banyak aspek seperti dekorasi ruang pameran, hiasan dalaman, struktur

    bangunan di Galeri utama dan juga penambahan ruang pameran dan paparan baru.

    Selain itu, kesan langsung dari suntikan dana ini juga membawa kepada perubahan

    dalam penjawatan iaitu penambahan beberapa jawatan baru di Muzium Nelayan

    Tanjung Balau. Oleh yang demikian, sisi pandangan Muzium ini juga akan berubah

    dalam beberapa aspek penting seperti aspek paparan selepas renovasi besar-besaran ini

    dilakukan. Renovasi ini dijangka siap sepenuhnya dalam penghujung tahun 2015.3

    3 Wawancara dengan Encik Hamzah Bin Hj. Isa, Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA di Lobi Muzium

    Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 5

    KEPENTINGAN KAJIAN

    Kepentingan utama dalam kajian ini adalah untuk menerokai sejarah Muzium

    Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Kajian ini mampu menyalurkan banyak

    maklumat-maklumat penting di dalam dunia peradaban nelayan. Pada masa kini, dengan

    arus kemodenan yang pesat, tidak ramai yang mengetahui tentang pekerjaan nelayan,

    kehidupan masyarakat nelayan dan apa jua elemen yang berkaitan dengan pekerjaan ini.

    Dengan adanya kajian sebegini, ia dapat memelihara dan memberi informasi berguna

    kepada masyarakat akan datang. Sebagai contoh di Muzium Nelayan Tanjung Balau ini

    terdapat pelbagai galeri yang dipamerkan seperti Galeri Geologi yang menempatkan

    lebih 200 jenis batuan geologi dari pelbagai nilai dan bentuk. Galeri Keselamatan dan

    Komunikasi Laut pula memaparkan penerangan tentang sistem komunikasi yang

    digunakan nelayan moden. Galeri Kapal Karam Desaru pula mempamerkan artifak

    kapal yang pernah karam di Perairan Desaru yang berusia ratusan tahun iaitu daripada

    Dinasti Ming. Turut dipamerkan adalah artifak daripada Kapal Nanyang dan Kapal

    Turiang yang berusia 200 tahun.

    Kepentingan yang seterusnya adalah penelitian dalam aspek sosio masyarakat

    tempatan. Di muzium ini turut dipamerkan pelbagai artifak sejarah nelayan di rantau ini

    seperti sampan, pukat, bubu, jaring dan peralatan menangkap ikan. Ia juga memaparkan

    gambar-gambar dan lukisan mengenai suasana kampung nelayan serta kehidupan

    masyarakatnya yang begitu akrab dan saling membantu diantara satu sama lain. Kajian

    akan menyelusuri segenap aspek termasuklah kaedah dan tatacara masyarakat di sini

    membuat alatan-alatan tradisional menangkap ikan dan ia dijadikan sumber ekonomi

    masyarakat tempatan.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 6

    ULASAN LITERATUR

    Terdapat beberapa penulisan yang menarik mengenai insititusi muzium yang

    terdapat di Malaysia. Walaubagaimanapun, belum ada penulisan ilmiah yang

    memfokuskan terhadap Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Salah satu

    penulisan yang menarik berkaitan dengan institusi Muzium ditulis oleh Nor Hayati

    Hussain dalam bukunya bertajuk Muzium Negara.4 Di dalam penulisannya, beliau

    menekankan beberapa bahagian penting iaitu sejarah muzium, arkitek yang terlibat,

    perancangan dan konsep, fasad Muzium Negara, mural, ukiran dan dekorasi serta ruang

    pameran di muzium tersebut. Dalam penulisan ini beliau telah menyebut senibina

    moden mula berkembang pesat di rantau Asia Tenggara pada tahun 1950-an hingga

    tahun 1970-an. Oleh itu, penubuhan sebuah muzium sebagai gedung khazanah sejarah

    asal usul tamadun, budaya, perkembangan dan identiti sesebuah negara adalah sangat

    penting. Ia berperanan sebagai medium pemupuk semangat kebangsaan dan menjadi

    kebanggaan rakyat sesebuah negara yang berdaulat.

    Nor Hayati mencatatkan, muzium pertama yang dibina di Malaysia ialah

    Muzium Perak di Taiping yang ditubuhkan pada 1886.5 Beliau juga turut merungkai

    biodata arkitek yang terlibat di dalam pembinaan muzium tersebut. Keindahan Muzium

    Negara yang bercirikan aspek ketimuran dan kemelayuan adalah hasil karya Arkitek Dr

    Ho Kok Hoe. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang memiliki latar belakang seni,

    maka tidak sukarlah bagi beliau untuk menyampaikan wawasan budaya negara melalui

    manifestasi senibina Muzium Negara yang diilhamkannya.

    4 Nor Hayati Hussain, Muzium Negara, Subang Jaya, Selangor: Massa Monographs, 2010, hlm. 1.

    5 Muzium pertama dibina di Tanah Melayu ialah Muzium Perak di Taiping yang ditubuhkan pada tahun

    1883. Kemudian, Muzium Sarawak telah dibina di Kuching oleh Raja II Sarawak, Sir Charles Brooke

    pada tahun 1888. Muzium Negeri Selangor pula dibina pada tahun 1899. Pada tahun 1910, pihak

    pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Persekutuan Jabatan Muzium

    Negeri Melayu. Rujuk: Abdullah Bin Haji Jedi, „Muzium Negara Malaysia: Sejarah Perkembangan 1958

    -1975‟, Latihan Ilmiah B.A., Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981, hlm. 29.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 7

    Penulis juga mengemukakan perancangan dan konsep pembinaannya. Bagi

    mendapatkan bangunan yang indah, arkitek Ho menggunakan prinsip klasik “golden

    rectangle”. Ia adalah kaedah asas bagi mendapatkan perkadaran fasad bangunan yang

    seimbang, di mana cara ini digunakan dalam mengekalkan prinsip bangunan-bangunan

    lama di Greek mahupun di Rom.6 Beliau mengatakan, “golden rectangle” adalah

    sistem perkadaran yang telah diterima pakai oleh artis, arkitek dan ahli matematik.

    Di dalam bahagian tajuk kecil Fasad Muzium Negara pula, penulis merungkai

    satu persatu bentuk bangunan Muzium Negara daripada pelbagai pandangan. Sebagai

    contoh, daripada pandangan hadapan, fasad Muzium Negara boleh dibahagikan kepada

    tiga bahagian iaitu bahagian asas, badan dan bumbung. Bahagian asas iaitu paras

    tingkat bawah menyerupai rumah tradisional Melayu berlantai tinggi. Dinding di

    tingkat bawah dimasukkan ke dalam, bertujuan menonjolkan lagi tiang-tiang rumah

    yang menyokong bangunan disamping berfungsi sebagai simbol kolong rumah Melayu

    tradsional. Terdapat 26 batang tiang tertonjol dengan 13 tiang di kedua-dua belah sayap

    bangunan. Ia merupakan simbolik 13 buah negeri di Malaysia.7 Tuntasnya karya Nor

    Hayati Hussain ini menggarap segenap aspek visualiti segala apa yang ada di Muzium

    Negara. Hasil penulisan Nor Hayati Hussian ini sangat teliti dimana keseluruhan

    kandungan penulisannya sangat terperinci mengenai segala aspek bangunan Muzium

    Negara. Penulisannya tertumpu pada sejarah awal muzium dan juga pandangan dari

    kacamata arkitek.

    Walaubagaimanapun, kajian ini tidak akan menyentuh secara mendalam

    mengenai rekabentuk bangunan Muzium Nelayan Tanjung Balau seperti penulisan Nor

    Hayati. Kajian ini memberi penumpuan di dalam aspek urus tadbir Muzium, aspek

    pendokumentasian dan juga perkembangan muzium.

    6 Janet Tee Siew Mooi, „Face to Face with the Architect of Muzium Negara‟. Berita JMA, Jil. 26, No. 2,

    Jan. 2000, hlm. 18-19. 7 Harian Metro, 25 Ogos 2003, hlm. 25.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 8

    Usaha untuk memperlihatkan tema-tema berkaitan muzium ini juga terdapat

    dalam sebuah penulisan daripada Dzulfawati Hj. Hassan dalam buku bertajuk “Muzium

    Dan Cabaran Menjelang Abad Ke-21”.8 Penulisan buku ini merangkumi koleksi

    himpunan kertas-kertas kerja sewaktu Kongres Antarabangsa Jaringan Muzium Asia

    Timur. Secara asasnya buku ini mempunyai sembilan bahagian. Bahagian satu berjudul

    Muzium Kita: Meneroka Bidang Baru. Di dalam bahagian ini terdapat enam penulis

    terdiri daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Korea dan juga Jepun. Kupasan

    bahagian ini menjurus kepada perkembangan muzium di negara masing-masing. Boleh

    dikatakan bahagian awal buku ini banyak meneroka aspek pengertian sebuah muzium

    menurut sisi kacamata negara masing-masing. Bahagian satu buku ini juga menyentuh

    mengenai sistem permuziuman mengikut negara masing-masing dan perkongsian

    pengalaman yang berlaku di negara penulis.

    Buku ini sangat menyerlah di bahagian ketiga yang berjudul Muzium Dan

    Masyarakat: Fungsi, Objektif Dan Peranan. Bahagian ketiga buku ini mengupas

    objektif utama penubuhan muzium. Muzium diwujudkan bagi menjalankan

    penyelidikan dan kajian secara terperinci mengenai sejarah dan kebudayaan termasuk

    segala yang berkaitan dengan alam kemanusian dan alam semulajadi. Penyelidikan

    serta kajian ini dijalankan sama ada melalui sumber-sumber lisan, surat-surat,

    dokumen-dokumen dan bahan-bahan tinggalan yang tersimpan ataupun melalui

    penyelidikan dan kajian luar.9 Penulis juga merungkai peranan muzium pada hari ini

    dan meneliti peranan muzium sebagai hub pendidikan.

    8 Dzulfawati Hassan, Muzium Dan Cabaran Menjelang Abad Ke-21, Kuala Lumpur: Institut

    Perkembangan Minda (INMIND), 1999, hlm. 71-112. 9 Aziz Deraman, „Kenapa Muzium Etnologi Dunia Melayu Malaysia?‟, Kertas kerja Bengkel „Muzium

    Nasional Etnografi Dunia Melayu‟, Muzium Kelantan, 7-8 Ogos 1990, hlm. 1-17.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 9

    Bahagian keempat buku ini lebih tertumpu kepada kaedah ataupun tatacara

    pengurusan sesebuah muzium. Bahagian ini mengupas keperluan asas dalam

    pengurusan muzium. Sir Roy Strong, bekas Pengarah Victoria dan Albert Museum,

    London menyatakan,

    Planning, targeting and long term strategies were never really a

    part of museum life as I remember in the 1950s and 1960s, on

    the whole it was a piece-meal pragmatic approach. This lack of

    emphasis in management was not, it appears peculiar to Britian.

    A review of museum management in the United State in the

    1970s considered that the well-run museum is an accident. Most

    trustees and directors are either unfamiliar with modern

    management principles or have never thought to apply them to

    museum.

    Pandangan Roy Strong ini merupakan rumusan atau analisis hasil penyelidikan yang

    beliau telah kendalikan beberapa lama dalam aspek pengurusan muzium di Britain dan

    Amerika Syarikat. Ia boleh digunakan sebagai panduan dalam menetapkan asas-asas

    keperluan penubuhan dan pengurusan sesebuah muzium.10

    Seterusnya bahagian yang penting di dalam buku ini adalah bahagian keenam

    yang berjudul Koleksi Muzium Kita: Satu Penilaian Umum dan bahagian ketujuh iaitu

    Penekanan Bidang Dan Disiplin Koleksi Muzium. Di dalam bahagian keenam dan

    ketujuh ini memaparkan teknik pengumpulan dan pengurusan sumber bagi

    membangunkan perspektif teoritikal. Di bahagian yang kelapan buku ini pula berjudul

    Peranan Muzium Dalam Mendidik Masyarakat: Pendidikan Formal Dan Tidak Formal.

    Di bahagian ini penulis cuba merangkumkan peranan yang dimainkan oleh institusi

    muzium dan sumbangannya terhadap masyarakat tempatan mahupun luar khusunya

    dalam bidang pendidikan baik secara formal mahupun tidak formal.

    10

    G.D. Adams, Museum Public Relations, Nashville, TN: American Association for State and Local History, 1983, hlm. 66.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 10

    Kajian ini pula tidak mengangkat topik pengertian muzium sebagai topik utama

    penulisan. Namun, terdapat juga aspek lain yang ditekankan dalam kajian ini seperti

    topik di bahagian ketujuh buku tersebut iaitu topik mengenai disiplin dalam aspek

    koleksi. Walaubagaimanapun, topik tersebut memberi pengkhususan dalam prinsip dan

    asas yang telah ditetapkan oleh pihak KEJORA dalam pengurusan koleksi.

    Penulisan ketiga yang berkaitan dengan kajian ini adalah tulisan Ayuni Rezwan

    berjudul Di Manakah Budaya Bangsa Dipelihara.11

    Tulisannya lebih berbentuk

    dokumentasi beberapa muzium yang terdapat di Malaysia. Intipati pengenalannya

    menceritakan pada zaman klasik Yunani. Muzium pertama dipercayai telah ditubuhkan

    di Iskandariah, Mesir pada abad ke-3 sebelum Masihi. Sejak itu, institusi ini mula

    mendapat perhatian ramai terutama daripada cendiakawan dan para ilmuan berlumba-

    lumba memberikan definisi muzium yang paling sesuai.12

    Bab 1 mengisahkan mengenai

    Muzium Negara dan Muzium Negeri Selangor. Manakala bab 2 berkisar mengenai

    Muzium Negeri Melaka dan Negeri Sembilan seterusnya bab ke 3 adalah mengenai

    Muzium Negeri Johor, Pahang dan Kelantan. Setiap satu muzium tersebut dikupas

    dalam skop latar belakang kajian, bangunan muzium dan juga ruang pameran. Kajian

    Muzium Nelayan Tanjung Balau pula memberi penelitian aspek paparan dan pameran

    yang terdapat dalamnya. Penelitian dibuat di setiap galeri dan aktiviti-aktiviti yang

    pernah dianjurkan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau. Nor Ayuni Rezwan pula

    tidak menyentuh aspek aktiviti yang pernah dianjurkan oleh muzium tetapi

    penulisannya berkisar mengenai aspek latar belakang muzium.

    11

    Ayuni Rezwan, Dimanakah Budaya Bangsa Diperihara, Seri Kembangan, Selangor: Penerbitan

    Premier, 2009, hlm. 1-23. 12

    Aziz Deraman, „Kenapa Muzium Etnologi Dunia Melayu Malaysia?‟, hlm. 26.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 11

    Penulisan keempat yang diteliti adalah buku terbitan Jabatan Muzium Malaysia

    yang berjudul Koleksi Muzium Negara: Penerokaan Sejarah Dan Budaya.13

    Buku ini

    mengandungi keterangan koleksi-koleksi terpilih yang terdapat di gedung khazanah

    Negara ini. Kesemua koleksi yang dipaparkan dalam buku ini mempunyai nilai sejarah

    yang tinggi dan telah dikumpul serta dipulihara mengikut piawaian muzium. Penerbitan

    buku ini merupakan penerokaan terhadap koleksi yang merupakan satu cerminan dan

    jalan cerita tentang sejarah dan budaya Malaysia. Walaubagaimanapun, penelitian buku

    ini hanya tertumpu pada aspek koleksi sahaja. Kajian Muzium Nelayan Tanjung Balau

    juga turut menyentuh aspek koleksi yang terdapat didalamnya tetapi kajian ini ditambah

    satu elemen lain iaitu perkembangan sesuatu paparan tersebut.

    Penulisan yang kelima yang diteliti adalah buku berjudul Koleksi Pilihan Dunia

    Melayu.14

    Buku terbitan Jabatan Muzium Malaysia ini memperihalkan mengenai

    koleksi dunia Melayu. Buku ini memperihalkan mengenai pengumpulan pelbagai

    artifak dari seluruh dunia yang berkaitan dengan Alam Melayu meliputi dari Kepulauan

    Melayu, beberapa kawasan lain yang mempunyai hubungan geografi dan kebudayaan

    Melayu, Afrika Selatan serta Indo-China. Penulisannya sangat teliti dalam

    memperihalkan setiap koleksi yang ditemui. Kajian Muzium Nelayan Tanjung Balau

    tidak memperihalkan asal-usul setiap koleksi itu ditemui dan dari manakah motif

    kedatangan sesuatu koleksi itu secara terperinci. Walaubagaimanapun, buku ini amat

    membantu dari sudut pengendalian, pemuliharaan dan tatacara-tatacara yang betul

    dalam mengendalikan artifak. Hal ini amat penting kerana setiap artifak berbeza antara

    satu sama lain dan kaedah pengendaliannya juga turut dipengaruhi oleh jenis dan bentuk

    artifak yang sedang dikaji.

    13

    Jabatan Muzium Malaysia, Koleksi Muzium Negara: Penerokaan Sejarah Dan Budaya, Kuala Lumpur:

    Penerbit Jabatan Muzium Malaysia, 2014, hlm. 1-42. 14

    Jabatan Muzium Malaysia, Koleksi Pilihan Dunia Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan Muzium

    Malaysia, 2009, hlm. 1-26.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 12

    Penulisan keenam yang diteliti adalah penulisan Abu Talib Ahmad yang

    berjudul Museums, History and Culture in Malaysia.15

    Penulisan Abu Talib Ahmad ini

    merangkumi lima bahagian utama. Setiap daripadanya memperlihatkan pelbagai aspek-

    aspek utama berkaitan dengan muzium. Aspek yang disentuh bermula daripada aspek

    gambaran dan diorama sehinggalah kepada aspek pengurusan dan ideologikal yang

    mempengaruhi konsep sesebuah muzium. Selain itu, penulisan ini turut menyentuh

    topik mengenai polisi kebangsaan terhadap perkembangan sejarah kebangsaan melalui

    gambaran-gambaran penting di muzium, sejarah negeri dan pembesar-pembesar diraja.

    Buku ini turut membuka ruang diskusi mengenai galeri-galeri yang memperlihatkan

    memorial yang mengangkat kisah tokoh-tokoh negara. Penulisan ini menyenaraikan

    intipati yang sangat komprehensif mengenai muzium-muzium yang terdapat di

    Malaysia beserta penilaian koleksi di setiap muzium.

    Buku ini memberi tumpuan kepada aspek pengertian muzium era pasca kolonial

    di Malaysia. Abu Talib Ahmad jelas memberi fokus kepada penubuhan Muzium Negara

    sebagai intipati utama. Namun, penulisannya turut menyentuh muzium lain termasuk

    Muzium Negeri serta memberikan perbandingan beberapa muzium yang terdapat di

    Malaysia. Muzium di Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan pembangunan

    negara kerana ia menonjolkan pengalaman yang dikongsi bersama pada masa lalu.

    Kebanyakkan bahagian di dalam buku ini mencakupi ruang masa yang berbeza. Penulis

    cekap menganalisis kisah-kisah sejarah di Malaysia. Penulis merungkai perbezaan

    utama di antara Muzium Negara dan Muzium Negeri semenjak era kedatangan islam

    serta meneliti kepentingan penjajahan Jepun dalam Sejarah Malaysia yang dilihat dapat

    menyerlahkan penulisan sejarah Malaysia. Penulis memberikan latar belakang sejarah

    Malaysia purba dengan pandangan keseluruhan apa yang telah ditemui melalui

    penemuan arkeologi terutamanya di negeri-negeri seperti Kedah, Perlis dan Perak.

    15

    Abu Talib Ahmad, Museums History And Culture in Malaysia, Singapore: NUS Press, 2015, hlm. 1-78.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 13

    Perbincangan tertumpu kepada tempoh prasejarah animistik, tempoh Hindu-Buddha dan

    juga kedatangan Islam. Penulis memperihalkan penemuan arkeologi yang menunjukkan

    orang Melayu telah mewarisi warisan Hindu-Buddha yang selama berabad-abad

    membentuk budaya mereka. Penulis turut memberi keutamaan dan pemfokusan dalam

    topik Melaka.

    Secara keseluruhannya, buku ini sangat teliti dalam memperihal mengenai

    institusi muzium di Malaysia. Topik pendudukan Jepun ditulis dengan baik dan

    disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. Selain itu, penulis juga mengangkat

    topik mengenai orang asli di dalam penulisannya. Perbincangan mengenai Orang Asli

    boleh diberi ruang yang besar dan terdapat banyak maklumat mengenai Muzium Orang

    Asli diulas pada buku ini. Ia turut menyumbang ke arah pemahaman rakyat Malaysia

    mengenai budaya dan sejarah masyarakat orang asli. Perbincangan latar belakang

    kumpulan etnik ini boleh diluaskan dengan melihat orang Austro-Melanesia di seluruh

    Asia Tenggara. Selain daripada itu, di dalam satu bahagian lain, penulis cuba untuk

    menyatakan pelbagai pameran dan diorama yang digambarkan dalam muzium awam

    ataupun muzium negeri cenderung untuk kearah Melayu-Centric. Penulis menyatakan

    hampir setiap muzium di Malaysia kurang memberi penekanan dan mengabaikan

    sejarah bukan Melayu dalam sumbangan mereka ke arah menjadikan Tanah Melayu ini

    moden. Satu lagi perkara penting di dalam penulisan ini adalah fasa sebelum

    kedatangan Islam Sejarah Melayu iaitu fasa Hindu-Buddha yang seringkali diabaikan

    dalam muzium Malaysia, sekali gus menafikan pelajar sejarah Malaysia daripada

    memahami sepenuhnya budaya masa lalu dan sejarah Melayu.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 14

    KAEDAH PENYELIDIKAN DAN SUMBER

    Bagi memperoleh sumber kajian, pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu gerak

    kerja ke perpustakaan, wawancara dan pemerhatian. Sehubungan dengan itu, gerak

    kerja perpustakaan dilakukan di beberapa seperti Pusat Sumber Jabatan Sejarah,

    Universiti Malaaya, Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan Perpustakaan

    Peringatan Za‟ba, Universiti Malaya. Selain itu, terdapat juga lokasi lain yang

    dikunjungi seperti Ibu Pejabat KEJORA, Yayasan Warisan Johor dan Perpustakaan

    Awam Bandar Penawar. Bahan-bahan yang diperolehi adalah seperti laporan-laporan

    tahunan, kertas kerja persidangan, laporan gerak kerja, buletin rasmi, minit mesyuarat,

    buku, jurnal, akhbar, majalah, tesis dan disertasi. Selain mendapatkan sumber dari

    Perpustakaan Universiti Malaya, pengkaji juga merujuk bahan yang terdapat di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau, Muzium Etnologi dan Muzium Daerah Kota Tinggi.

    Kebanyakan bahan-bahan yang berkaitan dengan kajian boleh didapati di tempat

    tersebut.

    Kaedah kedua pula adalah daripada sumber lisan. Pengkaji turut menggunakan

    kaedah wawancara beberapa individu yang berkaitan di dalam kajian ini seperti Encik

    Hamzah Bin Hj. Isa iaitu Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA dan Puan Noriah

    Hussain iaitu Penolong Pengurus Pelancongan KEJORA. Manakala kaedah yang ketiga

    adalah melalui pemerhatian ke lokasi yang berkaitan. Sementara itu, penelitian terhadap

    laman sesawang sebagai sumber pula dihadkan kepada laman web rasmi kerajaan atau

    badan berkanun sahaja. Laman web yang digunakan di dalam kajian ini adalah seperti

    laman web rasmi KEJORA, blog rasmi Muzium Nelayan Tanjung Balau dan lain-lain.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 15

    PEMBAHAGIAN BAB

    Secara keseluruhannya kajian ini merangkumi 5 bab. Bab 1 kajian ini tertumpu

    kepada pengenalan awal kajian. Disebabkan kajian ini berbentuk kajian sebuah institusi,

    bab 1 ini dipecahkan kepada 2 bahagian di dalamnya. Bahagian yang pertama adalah

    “Sejarah Awal Penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau” dan bahagian kedua adalah

    “Pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau”.

    Bab 2 kajian ini memperjelaskan bahagian yang penting iaitu pendokumentasian

    Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau. Segenap aspek pameran di dalam Galeri

    Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau ini akan diperjelaskan di dalam bab ini.

    Bab 3 kajian ini pula memberi fokus pada tiga lagi galeri lain iaitu Galeri

    Geologi, Galeri Keselamatan dan Komuikasi Laut dan Galeri Kapal Karam. Penelitian

    dibuat terhadap semua barang, bahan dan artifak yang dipamerkan. Seterusnya penulis

    meneliti aspek penemuan barang-barang yang dipamerkan, aspek penjagaan,

    penyimpanan dan juga aspek pemuliharaan bahan sejarah tersebut.

    Bab 4 kajian ini menjurus kepada Galeri Bermusim dan semua aktiviti yang

    dilakukan oleh pihak muzium sepanjang takwim penubuhannya sehingga tahun 2004.

    Kesemua pameran dan aktiviti yang dilakukan oleh pihak Muzium Nelayan Tanjung

    Balau akan dibincangkan di dalam bab ini.

    Bab terakhir adalah kesimpulan dimana rangkuman keseluruhan dibuat di dalam

    bab ini. Hipotesis dan kesimpulan akan dihuraikan. Dapatan kajian penuh di dalam

    kajian ini akan dipaparkan didalam bab yang terakhir ini.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 16

    BAB SATU

    SEJARAH AWAL PENUBUHAN DAN PENGURUSAN MUZIUM

    NELAYAN TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI, JOHOR

    PENGENALAN

    Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dalam pelbagai aspek

    termasuklah dalam aspek budaya dan warisan. Budaya dan warisan merupakan antara

    pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pelancongan. Selain

    dalam bidang pelancongan, warisan turut memiliki kepentingan dalam bidang

    pendidikan kepada masyarakat. Salah satu institusi yang berperanan sebagai medium

    pendidikan mengenai warisan adalah muzium. Sebagaimana yang diketahui umum,

    muzium merupakan organisasi yang sudah bertapak sejak bertahun lamanya dan mampu

    berdiri teguh di Malaysia. Perkembangannya ini mampu menyerlahkan fungsi dan

    peranan institusi muzium ke arah yang lebih tinggi sejajar dengan citarasa dan tuntutan

    masyarakat pada masa kini.

    Pelbagai jenis muzium yang dibangunkan kerajaan bagi membuka mata

    masyarakat untuk menghargai sejarah sebagai sebahagian daripada warisan. Jika

    diamati pada tahun 1960-an hingga 1990-an antara lokasi muzium yang seringkali

    menjadi tarikan untuk dilawati hanyalah Muzium Negara, Muzium Negeri dan Muzium

    Seni Lukis.1 Namun, pada 1994, muncul sebuah lagi muzium iaitu Muzium Nelayan

    Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Muzium Nelayan ini terletak di persisiran pantai

    Tanjung Balau dan menghadap Laut China Selatan. Pada tahun pembukaannya iaitu

    tahun 1994, muzium ini merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mengangkat

    tema nelayan sebagai subjek utama paparan.2

    1 Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 15.

    2 Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung

    Balau di Lobi Muzium Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 17

    SEJARAH AWAL PENUBUHAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

    Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merupakan sebuah agensi

    kerajaan yang bertanggungjawab menyelaras dan membangunkan kawasan Wilayah

    Johor Tenggara.3 Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas pembangunan

    300,480 hektar tanah di negeri Johor, peranan yang dimainkan oleh KEJORA adalah

    penting dalam memastikan setiap rancangan berjalan dengan licin dan berkesan.4

    Autoriti dan pentadbiran KEJORA dilaksanakan sebagaimana yang termaktub dalam

    Pelan Induk Johor Tenggara (Plan G 738) di bawah 410 Kanun Tanah Negara

    sebagaimana PU (B) 219 bertarikh 29 Mei 1973.5

    Salah satu kawasan pentadbiran KEJORA di bawah Pelan Induk Johor Tenggara

    (Plan G 738) adalah kawasan Pelancongan Desaru bermula dari Tanjung Sedili

    sehingga ke Teluk Ramunia.6 Strategi-strategi dalam sektor pelancongan telah disusun

    bagi melaksanakan rancangan yang telah digariskan sama ada di dalam pelan induk

    mahupun rancangan-rancangan sampingan dari semasa ke semasa.7 Di dalam kawasan

    Pelancongan Desaru tersebut, kawasan peranginan Tanjung Balau dilihat oleh KEJORA

    sebagai salah satu prospek pelancongan berdaya saing di masa depan.

    3 Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972. KEJORA telah

    diwujudkan hasil cetusan idea oleh Tan Sri Haji Othman Bin Mohd Saat iaitu Menteri Besar Johor setelah

    beliau berbincang bersama Tun Haji Abd. Razak Bin Dato‟ Husein. KEJORA ditubuhkan di bawah akta

    Parlimen 75 iaitu “Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara”. Sebagai tambahan kepada akta ini, satu

    Enakmen Negeri telah ditubuhkan untuk menyerahkan tugas-tugas tertentu yang meliputi hal ehwal tanah

    dan pentadbiran kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Pembinaan bandar-bandar ini adalah

    bertujuan untuk menampung pertumbuhan penduduk dan melaksanakan obligasi sosial dan ekonomi oleh

    KEJORA. Konsep pembinaan bandar-bandar baru dilaksanakan mengikut objektif untuk memberikan

    segala kemudahan sosial mengikut "projected urban national standard" bagi membolehkan ia

    mempunyai daya saing dan daya keluaran yang lebih tinggi, efisyen dan mampan. Rujuk:

    http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor tenggara (tarikh diakses pada 12 Jun 2015). 4 Johari Mat, Regional Development In West Malaysia: A Comparative Effectiveness Study Of JENGKA,

    DARA, KEJORA And KETENGAH, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, 1983, hlm. 51-89. 5 Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus pelancongan KEJORA di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. 6 Latar Belakang Johor Tenggara, web rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,

    http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor-tenggara;, (tarikh akses pada 12 Jun 2015). 7 Mohd. Shukri Abdullah, Strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 13-28.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

    http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor-tenggara;

  • 18

    Peta 1.1

    Peta Kedudukan Pantai Tanjung Balau Di Dalam Negeri Johor Darul Takzim.

    (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada, Latar Belakang Johor Tenggara, web rasmi

    Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-

    johor-tenggara;jsessionid=5F4D29C9F0EC1D327A2F82428C493736, akses pada 12

    Jun 2015.)

    Tanjung Balau terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Terumbu Pantai Tanjung

    Balau yang kaya dengan ikan dan udang ini menjadi tempat tumpuan nelayan bermusim

    untuk mendirikan penempatan sementara. Setibanya musim tengkujuh, mereka akan

    pulang ke kampung halaman masing-masing.8 Kekayaan hasil laut Pantai Tanjung

    Balau yang menjadi tumpuan nelayan bermusim ini telah mendorong KEJORA untuk

    membangunkannya sebagai salah satu pusat pelancongan. Maka dengan itu, pada tahun

    1985, KEJORA telah membina satu perkampungan nelayan yang terancang dan

    tersusun. Kemudian, kesemua nelayan bermusim yang tinggal di penempatan sementara

    ini dipindahkan ke kawasan perkampungan tersusun tersebut.9

    8 Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus pelancongan KEJORA di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. 9 Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung

    Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

    http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor-tenggara;jsessionid=5F4D29C9F0EC1D327A2F82428C493736http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor-tenggara;jsessionid=5F4D29C9F0EC1D327A2F82428C493736

  • 19

    Strategi KEJORA dalam membina Perkampungan Nelayan Tersusun pada tahun

    1985 ini ternyata menunjukkan kesan positif . Bilangan pelancong dari dalam dan luar

    negara yang datang ke Tanjung Balau dilihat meningkat saban tahun. Selain dapat

    menikmati keindahan pantai di Tanjung Balau, para pengunjung juga boleh melihat

    secara dekat kehidupan sebenar nelayan di Tanjung Balau. Rentetan itu, pihak KEJORA

    mencari formula baru dalam memastikan bilangan pelancong ini terus meningkat di

    masa akan datang. Melihat kepada faktor lokasi Tanjung Balau sebagai pusat

    pelancongan dan penempatan perkampungan nelayan, KEJORA merancang untuk

    membina sebuah muzium berkonsepkan nelayan di Tanjung Balau.10

    Selain daripada

    melihat secara dekat aktiviti nelayan di Tanjung Balau, pembinaan muzium ini dapat

    mendokumentasi segala hal ehwal dunia peradaban nelayan secara lebih sistematik.

    Muzium berkonsepkan nelayan ini dilihat sebagai satu strategi baru KEJORA dalam

    memastikan pengunjung terus datang ke pusat pelancongan Tanjung Balau.

    Oleh itu, pada tanggal 20 Ogos 1990, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota

    Tinggi Johor ini mula dibina.11

    Muzium Nelayan hasil ilham cipta KEJORA ini

    dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM1.48 juta dan bangunan ini siap

    sepenuhnya pada 8 Julai 1992.12

    Muzium Nelayan Tanjung Balau ini mula dibuka

    kepada pengunjung pada September 1994. Bangunan utama muzium ini merupakan

    sebuah bangunan kayu dan ia berkeluasan 2,197 kaki persegi. Bangunan Muzium

    Nelayan Tanjung Balau yang menghadap Laut China Selatan ini dirasmikan oleh Duli

    Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor

    pada 4 Julai 2001.13

    10

    Wawancara dengan Puan Noriah Hussain, Penolong Pengurus pelancongan KEJORA di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. 11

    Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 14. 12

    Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung

    Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. 13

    Utusan Malaysia, 23 Februari 2010, hlm. 15.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 20

    Bahan pameran di muzium ini terdiri daripada semua jenis kelengkapan yang

    digunakan oleh nelayan untuk turun ke laut. Turut dipamerkan elemen-elemen yang

    berkaitan dengan dunia nelayan seperti aktiviti hiburan bagi golongan nelayan, pakaian,

    kediaman dan lain-lain lagi. Objektif utama pembinaannya adalah sebagai pusat rujukan

    ilmu pengetahuan bagi seluruh lapisan masyarakat dan sebagai satu tarikan

    pelancongan. Selain itu, pembinaan muzium ini dapat menghargai jasa para nelayan

    sekali gus menjadi satu-satunya muzium nelayan dan perikanan di negara ini pada

    waktu tersebut.14

    Salah satu sumber ekonomi penduduk di Tanjung Balau adalah menangkap ikan.

    Muzium ini mempamerkan pelbagai artifak sejarah nelayan tempatan ini seperti

    sampan, pukat, bubu, jaring dan pelbagai peralatan menangkap ikan. Ia juga turut

    memaparkan gambar-gambar dan lukisan mengenai suasana kampung nelayan serta

    kehidupan masyarakatnya yang begitu akrab dan saling bantu membantu di antara satu

    sama lain. Selain daripada itu, pihak Muzium Nelayan Tanjung Balau turut meletakkan

    keterangan bagi setiap artifak yang dipamerkan sebagai panduan kepada pengunjung

    untuk memahami fungsi setiap artifak tersebut. Langkah ini amat membantu

    pengunjung memahami alatan yang digunakan oleh nelayan. Antara artifak yang

    disertakan keterangan adalah Bubu dan Serkap.15

    14

    Kosmo, 22 Oktober 2014, hlm. 26. 15

    Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan perangkap. Terdapat

    beberapa jenis bubu antaranya ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Secara amnya,

    sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi bujur yang diperbuat daripada rotan atau

    buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di

    bahagian depannya terdapat satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda.

    Fungsinya adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi

    menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup, berada di

    bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Antara hasil tangkapan ikan yang biasa diperolehi

    ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat

    desa. Rujuk: „Alat Menangkap Ikan dan Jerat Tradisional‟, (Pamplet).

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 21

    Serkap merupakan diantara alat menangkap ikan yang seringkali digunakan oleh

    nelayan.16

    Sauk pula digunakan untuk menangkap ikan, memungut siput dan remis di

    sungai-sungai.17

    Di Muzium Nelayan Tanjung Balau ini juga terdapat Replika Perahu

    Burung Petalawati. Ia berasal dari negeri Kelantan. Ia diberi nama berdasarkan

    rekabentuk bahagian hadapan perahu yang berbentuk kepala Burung Petalawati. Pada

    zaman dahulu setiap kali perayaan keputeraan Sultan, baginda akan diarak di dalam

    perahu Burung Petalawati ini. Namun kini upacara itu tidak lagi diamalkan kerana

    dianggap mengandungi unsur-unsur khurafat.18

    Replika perahu ini dipamerkan bagi

    menunjukkan kemahiran seni ukiran halus yang diukir di bahagian kepala perahu dan

    ekornya. Selain daripada replika Perahu Burung Petalawati, terdapat juga replika

    Perahu Payang yang merupakan perahu terbesar digunakan di Terengganu untuk

    menangkap ikan. Operasi memukatnya adalah di kawasan laut dalam menggunakan

    pukat payang dengan awak-awak seramai kira-kira 15 orang. Perahu ini dikenali sebagai

    perahu payang berdasarkan operasi memukatnya yang kebiasaan menggunakan pukat

    payang. Koleksi dan paparan yang selanjutnya akan dibincangkan di bab-bab yang

    berikutnya.

    16

    Serkap merupakan sejenis alat penangkapan ikan Melayu traditional yang terdapat dalam pelbagai

    jenis. Antaranya ialah "serkap Perlis","serkap Banjar" dan "serkap Kedah". Serkap lazimnya diperbuat

    daripada buluh, rotan, akar atau bemban. Serkap diperbuat daripada buluh yang diraut halus. Buluh yang

    biasa digunakan ialah buluh duri dan buluh tela. Manakala akar yang digunakan adalah akar pukang dan

    rotan biasa. Kemudian buluh tersebut akan disusun di atas kerangka yang berbentuk bulat. Kerangka itu

    pula diperbuat daripada buluh yang dililit menggunakan rautan rotan. Ia berbentuk seperti kelongsong dan

    terbuka hujungnya. Penangkap ikan akan berjalan sambil menyerkap secara rawak ke dalam air atau

    lumpur kemudian menggagau ke dalam serkap tersebut. Serkap biasanya digunakan untuk menangkap

    ikan haruan, keli dan puyu terutamanya di dalam kubang air di sawah pada musim kemarau. Serkap juga

    boleh digunakan bagi menangkap dan mengurung ayam. Rujuk: „Alat Menangkap Ikan dan Jerat

    Tradisional‟, (Pamplet). 17

    Sauk mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu bersaiz sederhana mengikut keselesaan dan

    keperluan tersendiri. Bahagian sauk yang berbentuk penceduk itu diliputi dengan jaringan berlubang kecil

    bagi membenarkan air keluar dan meninggalkan hasil yang disauk di dalamnya. Ikan yang biasa

    ditangkap dengan menggunakan sauk adalah seperti kalui dan belida. Rujuk: „Alat Menangkap Ikan dan

    Jerat Tradisional‟, (Pamplet). 18

    Adi Taha, Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran, Buletin JMA, Jil. 12, No. 6, Feb. 2001, hlm. 8-25.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 22

    PENGURUSAN MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

    Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) pada mesyuarat Agongnya 1974 telah

    menggariskan definisi muzium sebagai institusi bersifat tetap. Muzium juga tidak

    mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya

    terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan

    untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti ketinggalan manusia

    dan persekitaran.19

    Oleh itu, untuk memenuhi segala aspek yang terdapat dalam definisi

    yang telah digariskan oleh ICOM, pihak pengurusan sesebuah muzium perlu

    memainkan peranan penting. Aspek pengurusan merupakan perkara penting yang perlu

    diutamakan dalam kewujudan sesuatu muzium kerana pihak pengurusan yang menjadi

    tunggak utama dalam pemantapan sesebuah muzium.20

    Selain itu, tahap pencapaian

    sesebuah muzium juga dapat diukur dan dikenalpasti melalui sistem pengurusannya.

    Organisasi pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau dibentuk berpandukan

    kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan KEJORA dan digerakkan di atas landasan

    struktur pengurusan yang serasi dan selari dengan misi, visi, objektif dan fungsi

    sesebuah muzium. Setiap muzium tidak semestinya mempunyai sistem organisasi yang

    sama tetapi setiap muzium perlu menepati kehendak program dan pengurusan seperti

    pentadbiran, kewangan, penerbitan, editorial, latihan, pusat rekod, arkib, perhubungan

    awam, pemasaran dan teknologi taklumat. KEJORA telah menggariskan dua elemen

    penting yang perlu diutamakan agar segala program yang dibuat berjalan lancar. Dua

    elemen tersebut adalah “Prinsip Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau” dan “Keperluan

    Asas Muzium Nelayan Tajung Balau”.

    19

    S. Certo, Modern Management 6th Edition, United State: Prentice Hall, 1999, hlm. 14-18. 20

    Adi Taha, „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, hlm. 8-25.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 23

    Prinsip Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau

    Prinsip pertama yang digariskan oleh KEJORA adalah keupayaan projek yang

    dilaksanakan. Projek yang dilaksanakan perlulah diketahui oleh masyarakat

    terutamanya dalam kalangan remaja. Kedatangan pengunjung mampu menjadi penentu

    kemajuan dan menjadi pendorong atas kejayaan sesebuah muzium.21

    Selain itu,

    masyarakat juga perlu mengetahui kepentingan sejarah dan mengetahui peristiwa-

    peristiwa sejarah yang telah berlaku terutamanya di Malaysia. Hal ini kerana, dengan

    adanya kesedaran mengenai sejarah, sedikit sebanyak mampu menarik minat

    pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu peristiwa sejarah.22

    Prinsip yang kedua yang ditekankan oleh KEJORA adalah keaslian bahan yang

    dipamerkan. Bahan atau koleksi pameran dan segala maklumat berkaitan koleksi yang

    dipamerkan di Muzium Nelayan ini seharusnya daripada bahan asal atau salinan-salinan

    yang jarang dilihat oleh masyarakat. Dengan pelaksanaan prinsip seperti ini, masyarakat

    akan terdorong dan berminat untuk mencari setiap maklumat berkaitan sejarah di

    muzium. Perkara ini juga merupakan salah satu promosi yang boleh dilakukan oleh

    pihak KEJORA agar para pengunjung berterusan mengunjungi ke Muzium Nelayan

    Tanjung Balau untuk mencari maklumat dan sumber rujukan yang sahih.23

    Selain

    daripada keaslian bahan yang dipamerkan, KEJORA juga perlu memastikan fakta-fakta

    yang dipaparkan di Muzium Nelayan ini menggambarkan ketepatan sesebuah topik

    yang diketengahkan.

    21

    Sesebuah muzium perlu mengadakan pertandingan-pertandingan seperti pertandingan melukis dan

    mewarna, kuiz, peraduan mengarang dan sebagainya. Pihak muzium juga perlu menetapkan topik utama

    bagi projek-projek berkenaan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, pihak muzium dapat mengenalpasti

    tahap keberkesanan pameran-pameran yang terdapat di dalam muzium mahupun pameran di luar dari

    kawasan muzium. Rujuk: „ Pengenalan Kepada Dunia Permuziuman‟, (Pamplet). 22

    Dzulfawati Hassan, Muzium Dan Cabaran Menjelang Abad Ke-21, hlm. 65. 23

    Zakiah Hanum Abdul Hamid, Pengurusan Memorial: Prinsip Asas, Kuala Lumpur: Institut

    Perkembangan Minda (INMIND), 1999, hlm. 47.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 24

    Keperluan Asas Muzium Nelayan Tanjung Balau

    Di awal penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau, KEJORA telah

    menetapkan lima keperluan asas dalam pengurusan muzium ini. Lima keperluan asas

    yang telah ditetapkan oleh KEJORA adalah misi, struktur organisasi, kewangan, koleksi

    dan pemasaran muzium.

    Misi Muzium Nelayan Tanjung Balau

    Penubuhan setiap muzium perlu mempunyai misinya yang tersendiri. Misi bagi

    Muzium Nelayan Tanjung Balau adalah “memelihara dan memartabatkan warisan

    peradaban masyarakat nelayan”.24

    Hala tuju Muzium Nelayan ini jelas menunjukkan

    peranannya dalam mengangkat isu nelayan sebagai tema induk. Misi ini berfungsi

    sebagai arah tuju dan tujuan sesebuah muzium itu ditubuhkan. Pernyataan misi ini

    hanya merupakan garis permulaan. Tanpa pernyataan misi yang jelas, muzium akan

    bergerak ke satu arah yang serba kabur dan akan menyebabkan pergerakan muzium

    tidak terancang dan kebarangkalian menghadapi risiko adalah sangat tinggi. Dari misi

    jugalah wujudnya dasar, objektif, fungsi, program dan aktiviti muzium dirancang dan

    digerakkan.25

    24

    Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung

    Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. 25

    L. Condit, Museums, Imagination And Education, Paris: Unesco, 1976, hlm. 16.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 25

    Struktur Organisasi Muzium Nelayan Tanjung Balau

    Keperluan asas kedua yang ditetapkan oleh KEJORA adalah struktur organisasi

    Muzium Nelayan Tanjung Balau. Struktur organisasi merupakan landasan bagi

    pengurusan sesebuah muzium yang berpandukan kepada dasar-dasar yang telah

    ditetapkan selari dengan misi, objektif, dan fungsi muzium.26

    Struktur Organisasi

    Muzium Nelayan Tanjung Balau pada tahun pertama operasinya iaitu tahun 1994

    hanyalah terdiri daripada seorang “Pembantu Tadbir” dan seorang “Pekerja Awam”.

    Keseluruhan pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau pada tahun tersebut

    diletakkan dibawah kendalian Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA. Carta Organisasi

    tersebut kekal sehingga tahun 2007.27

    Pada tahun 2007, organisasi pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau

    diletakkan dibawah Pengurus Pelancongan KEJORA. Pada tahun 2007, struktur

    organisasi Muzium Nelayan Tanjung Balau diselaraskan semula oleh Jabatan

    Pelancongan KEJORA. Terdapat 5 jawatan yang diwujudkan iaitu seorang Penolong

    Kurator disandang oleh Encik Mohammed Iqbal Bi Rosli, dua orang Pembantu Muzium

    iaitu En Mohd Ubaidillah Bin Abdul Rahman dan En Rossyah Bin Ahmad, seorang

    Pembantu Am Pejabat iaitu En Rosli bin Jaafar dan seorang Pekerja Awam iaitu En

    Thukiman Bin Abdul Rahim.28

    Carta Organisasi dan individu yang menjawat jawatan

    tersebut masih kekal di posisinya sehingga tahun 2014.

    26

    Struktur pengurusuan muzium biasanya berkait rapat dengan kaedah seperti kuratorial, konservasi,

    pameran dan khidmat teknikal, pentadbiran dan kewangan, pengurusan koleksi, editorial, katihan, pusat

    rekod dan perhubungan awam. Struktur organisasi ini tidak bersifat kekal, ia boleh dipinda dan

    disesuaikan dengan keperluan dan perubahan dari semasa ke semasa atau pengkhususan skop bidang yang

    dikendalikan oleh muzium berkenaan. Rujuk: http://www.lbjt.gov.my/latarbelakang-johor tenggara

    (tarikh diakses pada 12 Jun 2015). 27

    Wawancara dengan Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan Tanjung

    Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014. 28

    Wawancara dengan Mohammed Iqbal Bin Abdul Rahman, Penolong Kurator, Muzium Nelayan

    Tanjung Balau di Lobi Muzlum Nelayan Tanjung Balau, 4 Ogos 2014.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 26

    Di dalam organisasi Muzium Nelayan Tanjung Balau tersebut, jawatan yang

    disandang oleh Encik Mohammed Iqbal Bin Rosli sebagai Penolong Kurator Muzium

    Nelayan Tanjung Balau serta jawatan yang disandang oleh En Mohd Ubaidillah Bin

    Abdul Rahman dan Encik Rossyah Bin Ahmad sebagai Pembantu Muzium amat

    penting dalam menguruskan hal ehwal mengenai bangunan muzium, menjaga

    perhubungan dengan mekanisma organisasi dan peranan mereka terhadap orang ramai.29

    Muzium yang memiliki kurator yang mempunyai kreativiti dan komited dalam

    pengurusan koleksi yang muzium miliki, akan mampu menghasilkan pameran-pameran

    yang boleh menarik minat orang ramai untuk mengunjungi muzium tersebut.30

    Pengunjung yang berkunjung ke muzium terdiri daripada berbagai lapisan

    masyarakat dan latar belakang pendidikan. Mereka datang dengan pelbagai tujuan

    seperti ingin mengetahui maklumat tentang koleksi, sekadar memenuhi masa lapang,

    menemani rakan dan sebagainya. Setiap pengunjung juga mempunyai keinginan yang

    tersendiri dan pastinya mereka mengharapkan sesuatu yang menarik dan hal yang

    berbeza yang terdapat di muzium yang mereka kunjungi. Oleh yang demikian, setiap

    jawatan yang diwujudkan didalam organisasi sesebuah muzium itu amatlah penting

    dalam memastikan semua program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan

    sempurna.31

    29

    Sebuah muzium yang berjaya memiliki kakitangan yang seimbang dari pelbagai sudut pekerjaan seperti

    menjalankan kerja-kerja kuratorial, pendidikan, keperluan rekreasi dan keperluan-keperluan lain yang

    diperlukan oleh para pengunjung di samping bersesuaian dengan konsep, objektif dan fungsi muzium

    berkenaan. Dalam konteks strategi pemasaran muzium, setiap kakitangan boleh memainkan peranan

    melalui bidang tugas mereka masing-masing di muzium. Pandangan ini bermaksud bahawa setiap staf

    yang bertugas di muzium berperanan penting dalam menjaga imej dan reputasi muzium di mata

    masyarakat. Hal ini merupakan antara faktor penting dalam konteks pemasaran muzium. Rujuk: Abdullah

    Bin Haji Jedi, „Muzium Negara Malaysia: Sejarah Perkembangan 1958 -1975‟, Latihan Ilmiah B.A,

    Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981, hlm. 52. 30

    Mad Redzuan Tumin, Penubuhan Muzium: Idealisme dan Realiti, Buletin JMA, Jil. 32, No. 8, 2001,

    hlm. 1-12. 31

    Setiap kakitangan yang dilantik perlu mengikuti latihan dan ini merupakan tanggungjawab pihak

    pengurusan untuk menyediakan skim latihan ini. Skim Latihan ini dapat dilakukan dalam bentuk latihan

    dalam perkhidmatan dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek atau latihan-latihan profesional

    yang terfokus kepada sesuatu bidang seperti pengurusan muzium, konservasi, reka bentuk pameran

    “exhibit design”, teknologi maklumat, pengurusan koleksi, pengurusan sumber manusia dan sebagainya.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 27

    Koleksi

    Keperluan asas ketiga yang ditetapkan oleh KEJORA adalah koleksi. Sesebuah

    muzium itu tidak akan wujud jika tiada koleksi. Koleksi berperanan sebagai simbol

    identiti dan populariti sesebuah muzium. Kewujudan muzium sebagai khazanah

    penyimpanan warisan negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi.

    Sesebuah koleksi muzium diperoleh daripada pelbagai cara seperti pembelian,

    penyelidikan di lapangan, hadiah atau wakaf, wasiat dari individu tertentu, keluarga atau

    pertubuhan yang menamakan muzium sebagai pengamanah khazanah tertentu.32

    Sesebuah muzium perlu membuat kepelbagaian koleksi khususnya warisan sejarah,

    kebudayaan dan alam semula jadi. Pengurusan koleksi merupakan salah satu tunggak

    utama muzium yang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut piawaian yang

    standard seperti yang digariskan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM).33

    Dalam

    pengurusan muzium, telah ditetapkan beberapa etika yang perlu dipatuhi terutamanya di

    dalam aspek pengumpulan koleksi.34

    Latihan-latihan perlu dilakukan kepada kakitangan untuk mereka mengetahui perkembangan dunia

    permuziuman dan aspek-aspek semasa. Jika Skim Latihan tidak diadakan, ia dapat menjejaskan prestasi

    muzium. Rujuk: Abdullah Bin Haji Jedi, „Muzium Negara Malaysia: Sejarah Perkembangan 1958 -1975‟,

    Latihan Ilmiah B.A, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981, hlm. 39. 32

    Koleksi harus diuruskan dengan betul dan beretika bermula dari peringkat proses perolehan dilakukan.

    Sebarang perolehan yang dibuat melalui pembelian atau hadiah dari orang awam haruslah dilakukan

    dengan cara yang telus, jujur, adil mengikut kaedah dan sistem perolehan yang telah ditetapkan bagi

    mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang tidak diingini dan yang boleh menjejaskan kredibiliti

    muzium atau pembekal. Pihak muzium akan membuat perolehan koleksi berdasarkan objektif penubuhan

    sesebuah muzium, skop atau bidang yang dikendalikan serta kemampuan kewangan yang disediakan.

    Bagi muzium-muzium umum sama ada peringkat nasional, negeri, atau daerah, ia memiliki koleksi yang

    bersifat umum. Namun bagi muzium-muzium khas seperti muzium arkeologi, geologi, alam semulajadi,

    pusat sains dan yang seumpama dengannya, koleksinya adalah bersifat khusus iaitu berkaitan dengan

    objektif penubuhannya sahaja. Setiap muzium juga perlu mempunyai dasar bertulis mengenai koleksi

    yang sah atau diluluskan oleh kuasa tertinggi terhadap muzium. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat

    Pembelajaran‟, (Pamplet). 33

    Hassan, Z., Kechot, A., „Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan‟: Kajian di Jabatan Muzium Malaysia.

    Jurnal Melayu, Jil. 2, Vol. 9, 2012, hlm. 32. 34

    Kaedah penjagaan dan pemuliharaan merupakan aspek pengurusan yang terpenting dalam pengendalian

    pengurusan khazanah sejarah di muzium. Kewujudan muzium sebagai khazanah penyimpanan warisan

    negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi artifak. Koleksi khazanah sejarah juga

    memberikan identiti dan populariti sesebuah muzium. Reputasi sesebuah muzium itu bergantung kepada

    kepentingan koleksi yang dimilikinya dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk memberi manfaat kepada

    umum seperti teknik-teknik pameran yang digunakan, program interpretasi, pemasaran dan penerbitan

    mengenainya dalam pelbagai media. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 28

    Koleksi Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat diperoleh dalam beberapa

    kaedah seperti pembelian, hadiah, pinjaman dan sumber-sumber lain. Proses pembelian

    ini akan dilakukan apabila pihak muzium telah mengenalpasti koleksi yang bakal dibeli

    sama ada melalui penyelidikan yang dijalankan ataupun melalui pembekal yang

    menawarkan untuk menjual sesuatu koleksi. Terdapat beberapa aspek yang perlu

    dibincangkan sebelum pembelian dilakukan. Pihak yang terlibat dalam proses

    pembelian perlu mengenalpasti tahap keaslian sesuatu koleksi, perkaitan koleksi yang

    hendak dibeli dengan sejarah dan budaya, keunikan sesuatu koleksi dan sebagainya.35

    Kaedah yang kedua pula adalah pemberian secara hadiah atau derma adalah

    terdiri daripada hadiah dari orang perseorangan, pembekal antik, sebuah organisasi atau

    institusi awam dan swasta. Sejumlah koleksi yang diperolehi tidak melibatkan sebarang

    pembayaran, pampasan atau saguhati. Bagi menggalakkan pendermaan koleksi kepada

    muzium, pihak muzium telah membuat beberapa insentif iaitu memberi surat atau sijil

    penghargaan dan memaparkan nama penderma setiap kali koleksi tersebut diguna atau

    dipamerkan.36

    Selain daripada pembelian dan hadiah, terdapat juga koleksi di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau ini diperoleh daripada wakaf dan pinjaman. 37

    Kaedah yang

    terakhir adalah daripada sumber sumber seperti sumber jumpaan, cari gali arkeologi,

    dan pengumpulan spesimen alam semulajadi. Pada kebiasaannya, kaedah jumpaan dan

    cari gali dikendalikan oleh bahagian Antikuiti ataupun Unit Arkeologi.

    35

    Bagi mewujudkan suatu sistem pembelian yang baik, pihak Jawatankuasa Pembelian perlu

    menyediakan jadual dan perancangan yang teratur yang mengandungi aspek perbelanjaan, arah tuju

    pembelian koleksi dari peringkat awal sehingga sesuatu koleksi diperolehi dan kekerapan mesyuarat

    dilakukan. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet). 36

    Zakiah Hanum Abdul Hamid, Pengurusan Memorial: Prinsip Asas, hlm. 52. 37

    Proses ini biasanya melibatkan individu, institusi atau organisasi awam dan swasta. Ianya dilakukan

    sempena mengadakan pameran khas atau bagi tujuan penyelidikan. Tempoh pinjaman adalah dalam

    tempoh masa yang singkat. Proses ini hanya berlaku jika pemilik koleksi tersebut bersetuju untuk

    meminjamkan koleksi bagi tempoh masa yang ditetapkan. Memandangkan koleksi tersebut adalah

    bersifat sementara sahaja, koleksi tersebut perlu diasingkan dari koleksi yang biasa termasuklah dari segi

    kaedah pendaftarannya. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 29

    Kewangan

    Keperluan asas yang keempat yang digaris oleh KEJORA adalah kewangan.

    Meskipun muzium merupakan non-profit making organization, bagi melancarkan

    pergerakan muzium, pihak muzium perlu mempunyai kewangan yang mencukupi.38

    Kewangan ini berfungsi untuk membiayai perkara seperti emolumen, aktiviti

    penyelenggaraan, program-program yang diadakan, latihan kakitangan dan projek-

    projek khas yang dikenalpasti di bawah program penyelidikan dan pembangunan. Pada

    kebiasaannya, muzium-muzium di Malaysia dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan,

    Kerajaan Negeri dan Institusi-institusi mengikut peruntukan kuasa yang telah

    ditetapkan.39

    Muzium Nelayan Tanjung Balau ini sepenuhnya di bawah kelolaan pihak

    KEJORA. KEJORA merupakan entiti yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan

    Luar Bandar dan Wilayah. Segala bentuk belanjawan pihak Muzium Nelayan Tanjung

    Balau ini diperolehi daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    38

    Non-profit making organization ini bermaksud sebuah pertubuhan yang tujuan utamanya adalah untuk

    melibatkan diri dalam aktiviti untuk kepentingan awam tanpa apa-apa tujuan komersil atau keuntungan

    Pertubuhan sebegini mencakupi banyak aspek seperti elemen seperti warisan, kebudayaan, sosial, alam

    sekitar, pertolongan kemanusiaan, perlindungan haiwan, pendidikan, seni, isu sosial, kebajikan,

    pendidikan kanak-kanak awal, kesihatan, politik, agama, penyelidikan dan sukan. Rujuk:

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_untung. ( tarikh diakses 24 Jun 2015) 39

    Mad Redzuan Tumin, Penubuhan Muzium: Idealisme dan Realiti, hlm. 13-15.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 30

    Pemasaran

    Keperluan asas yang terakhir yang dititikberatkan oleh KEJORA adalah konteks

    pemasaran. Pemasaran muzium adalah berbeza dengan konsep pemasaran barangan

    yang sememangnya bermatlamatkan keuntungan.40

    Namun, aspek pemasaran masih

    merupakan faktor penting yang perlu diutamakan oleh pihak pengurusan sesebuah

    muzium. Bangunan muzium juga perlu diutamakan dalam aspek pemasaran muzium.

    Bangunan muzium dan kemudahan di dalamnya dapat memberi perlambangan kepada

    imej sesebuah muzium.41

    Rekaan senibina tradisional Melayu di bangunan utama

    Muzium Nelayan Tanjung Balau ini merupakan salah satu daya penarik pengunjung

    untuk melihat apakah yang terdapat didalamnya.

    Selain dari bangunan muzium, kedudukannya yang strategik juga memainkan

    peranan penting dalam aspek pemasaran ini. Lokasi yang strategik memudahkan para

    pengunjung berkunjung ke muzium. Bangunan-bangunan muzium juga boleh menjadi

    tarikan orang ramai sekiranya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan

    oleh pengunjung. Lokasi Muzium Nelayan Tanjung Balau merupakan lokasi yang

    strategik dimana Tanjung Balau merupakan sebuah pusat pelancongan. Sambil

    menikmati panorama keindahan pantai Tanjung Balau, sudah pastinya pengunjung tidak

    akan melepaskan peluang untuk mengunjungi Muzium Nelayan Tanjung Balau.

    40

    Permasaran muzium ini lebih tertumpu kepada usaha-usaha untuk menarik lebih ramai pengujung

    untuk mengunjungi muzium untuk memanfaatkan pameran-pameran dan pelbagai perkhidmatan yang

    disediakan oleh pihak pengurusan muzium. Bagi sesebuah muzium yang dibiayai sepenuhnya oleh

    kerajaan, ia tidak mengalami masalah pemasaran muzium kerana kerajaan akan berkerjasama dengan

    pihak muzium untuk mempromosikan muzium. Berbeza dengan muzium yang memiliki sumber

    kewangan yang terhad dan berharap kepada pihak penaja dan orang ramai untuk memberi bantuan dari

    segi kewangan. Sumber kewangan ini perlu dicari dengan pelbagai cara agar muzium terus popular dan

    tidak ketandusan pelanggan. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet). 41

    Secara tradisi, bangunan muzium mempunyai reka bentuk seni bina tradisional yang biasanya

    mencerminkan kehebatan dan disesuaikan pula dengan koleksi-koleksi yang dimiliki dan yang

    dipamerkan di muzium. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama seperti istana, kota dan ibu pejabat

    kerajaan bagi sesuatu era zaman yang diubahsuai menjadi muzium. Pada zaman kini, konsep seni bina

    moden telah menjadi pilihan dan memiliki keunikan yang tersendiri berdasarkan seni bina moden yang

    direka. Rujuk: „Muzium Sebagai Pusat Pembelajaran‟, (Pamplet).

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 31

    KESIMPULAN

    Secara etimologis, istilah muzium ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu

    muoseion. Kewujudan awal muzium adalah sebagai tempat untuk ahli-ahli ilmuan dan

    ahli-ahli falsafah berkumpul serta bertukar-tukar pandangan. Segala bahan-bahan

    berkaitan sejarah, seni, budaya, astronomi dan keagamaan dikumpul untuk dijadikan

    sebagai bukti kewujudan sesuatu bahan tersebut. Muzium juga dirujuk sebagai sebuah

    bangunan untuk menyimpan pelbagai khazanah warisan sejarah dan budaya bangsa

    sesebuah negara. Begitu juga dengan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Pembinaan

    Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dilihat sebagai satu landasan yang tepat dalam

    konteks memelihara khazanah dan juga warisan mengenai dunia peradaban nelayan.

    KEJORA memainkan peranan yang penting dalam memastikan objektif dan misi

    penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau ini sentiasa selari dengan matlamat

    penubuhannya. Prinsip dan keperluan asas Muzium Nelayan Tanjung Balau menjadi

    tulang belakang di dalam memastikan pengurusan dan organisasi Muzium Nelayan

    Tanjung Balau ini senantiasa kukuh.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 32

    BAB DUA

    PAPARAN PERADABAN NELAYAN DI GALERI UTAMA

    PENGENALAN

    Muzium dilihat sebagai institusi pembinaan minda yang unggul dan mampu

    membawa nilai kesedaran terhadap budaya bangsa melalui setiap pameran yang

    diadakan. Intipati utama sesebuah muzium berperanan sebagai satu talian pelestarian

    warisan dan menjadikannya sebagai salah satu wahana yang boleh membantu dalam

    mengekalkan wajah budaya dan citra bangsa. Galeri Utama di dalam sesebuah muzium

    berperanan sebagai wadah terpenting dalam memberi imej dan konsep keseluruhan

    sesebuah muzium. Galeri Utama ini dapat menggambarkan sebahagian besar kandungan

    keseluruhan sesebuah muzium. Sebagai contoh adalah Galeri Utama di Muzium

    Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Di Galeri Utama Muzium Nelayan inilah

    segala perihal mengenai kehidupan nelayan, sejarah aktiviti menangkap ikan dan

    perkara yang berkaitan dipamerkan. Adalah jelas, Galeri Utama Muzium Nelayan ini

    memberikan imej keseluruhan muzium tersebut.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 33

    GALERI UTAMA

    Galeri Utama merupakan galeri induk di Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota

    Tinggi, Johor. Secara asasnya, Galeri Utama ini dibahagikan kepada 4 seksyen dan

    setiap seksyen mempunyai ruang pameran dan juga paparan tersendiri. Berikut

    merupakan jadual pembahagian seksyen di Galeri Utama ini beserta tajuk paparan

    setiap aspek yang dipamerkan bagi setiap seksyen.

    Jadual 2.1

    Pembahagian Seksyen Dan Tajuk Paparan Galeri Utama Muzium Nelayan

    Tanjung Balau

    Seksyen Tajuk Paparan

    Seksyen 1 1) Pengenalan Muzium

    2) Sejarah Tanjung Balau

    3) Sejarah Menangkap Ikan

    4) Ramalan, Kepercayaan & Pantang Larang

    5) Ramalan Meteorologi

    Seksyen 2 1) Peraih & Jeti

    2) Alat Menangkap Ikan

    3) Kotak Kelaut

    4) Bangau

    5) Hidupan Laut

    Seksyen 3 1) Diorama & Replika

    Seksyen 4 1) Perahu-Perahu

    (Sumber: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium,

    Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober

    2015.)

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 34

    Seksyen 1

    Seksyen 1 Galeri Utama ini mempunyai lima paparan di dalamnya. Lima

    paparan tersebut berjudul Pengenalan Muzium, Sejarah Tanjung Balau, Sejarah

    Menangkap Ikan, Ramalan Kepercayaan & Pantang Larang dan paparan terakhir

    berjudul Ramalan Meteorologi. Secara keseluruhannya, seksyen satu ini mengangkat

    tema sejarah awal menangkap ikan dan ramalan serta kepercayaan golongan nelayan.

    Pengenalan Muzium Nelayan

    Paparan pertama di dalam seksyen 1 yang dapat dilihat oleh pengunjung selepas

    melalui kaunter tiket Muzium Nelayan Tanjung Balau adalah paparan berjudul

    “Pengenalan Muzium Nelayan”. Paparan ini dipamerkan sejak tahun pertama muzium

    ini dibuka iaitu pada tahun 1994.1 Paparan ini memaklumkan kepada pengunjung

    mengenai Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dibangun dan diuruskan oleh Lembaga

    Kemajuan Johor Tenggara atau KEJORA. Ia dibina dengan tujuan untuk memberikan

    maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai khususnya para pelajar dan generasi

    muda mengenai budaya dan cara hidup nelayan tempatan sejak dari zaman dahulu

    hingga ke hari ini. Paparan ini juga menjelaskan mengenai lokasi Muzium ini yang

    berdekatan dengan Perkampungan Nelayan Tanjung Balau. Ia sesuai dengan konsep

    keseluruhan kawasan ini yang bertemakan hidupan nelayan. Di akhir paparan ini, ia

    menjelaskan bahawa pembinaan Muzium Nelayan Tanjung Balau dapat memberikan

    gambaran kehidupan nelayan, model-model perahu nelayan dan juga perkara yang

    berkaitan dengan dunia nelayan. 2

    1 Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu Muzium, Muzium Nelayan

    Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober 2015. 2 Bahan-bahan pameran diperolehi dengan bantuan dan kerjasama pihak-pihak seperti Jabatan Muzium

    dan Antikuiti, Arkib Negara, UKM serta individu-individu yang telah menyumbang bahan-bahan dan

    artifak untuk muzium ini. Rujuk: Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman, Pembantu

    Muzium, Muzium Nelayan Tanjung Balau di Galeri Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, 5 Oktober

    2015.

    Unive

    rsity

    of Ma

    laya

  • 35

    Sejarah Tanjung Balau

    Paparan kedua di dalam Seksyen 1 Galeri Utama ini adalah bertajuk “Sejarah

    Tanjung Balau”. Paparan ini juga dipamerkan sejak tahun pertama muzium ini dibuka

    iaitu pada tahun 1994.3 Daripada maklumat yang dipaparkan, Tanjung Balau pada

    mulanya ialah sebuah perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Kampung Tengah

    yang mengandungi rumah-rumah yang tidak tersusun sepanjang persisiran pantai. Pada

    awal tahun 1960-an, aktiviti Komunis telah menyebabkan ramai penduduk berpindah ke

    kawasan yang lebih selamat. Oleh sebab itu, Tanjung Balau menjadi lengang dan yang

    tinggal hanyalah rumah-rumah usang, bekas tapak pertanian dan tanah perkuburan.

    Paparan ini juga menjelaskan, menjelang tahun 1980-an, keindahan semulajadi Pantai

    Tanjung Balau mendorong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk

    membangunkannya sebagai salah satu tarikan pelancongan. Maka dengan itu, pada

    tahun 1985, rumah-rumah nelayan tempatan dan nelayan bermusim ini telah

    dipindahkan ke satu perkampungan yang terancang dan teratur.4 Paparan di bahagian ini

    diakhiri dengan maklumat berkenaan program pembangunan pada tahun 1990-an.

    Seiringan dengan pembinaan Muzium Nelayan, pelbagai kemudahan dan program telah

    dibuat bagi menarik minat pelancong untuk merasai kehidupan sebagai nelayan. Oleh

    kerana potensinya sebagai destinasi pelancongan baru di negeri Johor, hotel, chalet dan

    jeti baru telah dibina bagi menyemarakkan lagi daya tarikan pelancong ke Tanjung

    Balau ini. 5

    3 Wawancara dengan En. Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman,