makna denotatif dan konotatif dalam simpulan bahasa

17
Makna Denotatif dan Konotatif dalam Simpulan Bahasa Dalam bidang linguistik, semantik merupakan bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bidang bahasa. Semantik atau kajian makna adalah sesuatu bidang yang luas iaitu mencakupi kebanyakan daripada struktur bidang yang luas iaitu mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta masalah dalam bidang psikologi, falsafah dan juga antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu itu sendiri. Antaranya ialah makna konseptual, makna konotatif, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, makna stilistik dan juga makna tematik. Semantik boleh ditafsirkan sebagai bidang kajian makna istilah. Perkataan semantik ini berasal daripada perkataan Greek iaitu semantikos yang membawa maksud erti yang penting Abdullah Hassan menjelaskan bahawa semantik merupakan satu istilah yang merujuk kepada bidang kajian makna. Semantik menjadi sebahagian daripada bidang linguistik berikutan daripada makna yang merupakan sebahagian daripada bahasa. Kajian makna kata dalam bahasa melayu menurut sistem penggolongan semantik merupakan salah satu cabang linguistik yang berfungsi untuk menneliti makna kata, asal-usul permulaannya perkembangannya dan punca-punca yang mendorong berlakunya perubahan makna dalam sejarah bahasa. Bidang semantik ini terhad kepada usaha meneliti dan mengkaji proses transposisi makna kata dalam penggunaan bahasa. Abdul Chaer menjelaskan bahawa semantik merupakan satu bidang kajian linguistic yang memfokuskan kajiannya terhadap makna bahasa. Makna bahasa menjadi pelbagai jika ditinjau dari sudut

Upload: muhammad-syaqroni-sahimi

Post on 19-Dec-2015

3.538 views

Category:

Documents


103 download

DESCRIPTION

kajian semantik dan pragmatik

TRANSCRIPT

Page 1: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

Makna Denotatif dan Konotatif dalam Simpulan Bahasa

Dalam bidang linguistik, semantik merupakan bidang yang mengkaji makna atau erti

dalam bidang bahasa. Semantik atau kajian makna adalah sesuatu bidang yang luas iaitu

mencakupi kebanyakan daripada struktur bidang yang luas iaitu mencakupi kebanyakan

daripada struktur dan fungsi bahasa serta masalah dalam bidang psikologi, falsafah dan juga

antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu itu sendiri. Antaranya

ialah makna konseptual, makna konotatif, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif,

makna stilistik dan juga makna tematik. Semantik boleh ditafsirkan sebagai bidang kajian

makna istilah. Perkataan semantik ini berasal daripada perkataan Greek iaitu semantikos yang

membawa maksud erti yang penting Abdullah Hassan menjelaskan bahawa semantik

merupakan satu istilah yang merujuk kepada bidang kajian makna. Semantik menjadi

sebahagian daripada bidang linguistik berikutan daripada makna yang merupakan sebahagian

daripada bahasa.

Kajian makna kata dalam bahasa melayu menurut sistem penggolongan semantik

merupakan salah satu cabang linguistik yang berfungsi untuk menneliti makna kata, asal-usul

permulaannya perkembangannya dan punca-punca yang mendorong berlakunya perubahan

makna dalam sejarah bahasa. Bidang semantik ini terhad kepada usaha meneliti dan mengkaji

proses transposisi makna kata dalam penggunaan bahasa. Abdul Chaer menjelaskan bahawa

semantik merupakan satu bidang kajian linguistic yang memfokuskan kajiannya terhadap

makna bahasa. Makna bahasa menjadi pelbagai jika ditinjau dari sudut pandangan yang

berbeza. Semantik telah dibahagikan kepada pelbagai jenis oleh pakar-pakar linguistik,

Abdul Chaer misalnya telah membahagikan jenis-jenis makna sebagai makna leksikal,

gramatikal, kontekstual, asiosiatif,kata istilah, idiom serta makna peribahasa. Aspek denotatif

dan konotatif merupakan bidang yang berada di bawah ilmu semantik. Oleh itu, dalam kajian

yang dibuat tentang simpulan bahasa dari segi makna denotatif dan konotatif merupakan

kajian tentang bidang ilmu semantik yang menjurus kepada perkembangan bidang bahasa

Melayu.

Page 2: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

Makna Denotatif, Konotatif dan Simpulan Bahasa

Makna Denotatif

Makna denotatif juga disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna

denotatif pada dasarnya mempunyai persamaan makna dengan makna referensial. Hal ini

adalah kerana makna denotatif ini lazimnya merujuk kepada penjelasan sebagai makna yyang

sesuai dengan pemerhatian, penglihatan, pendengaran, perasaan atau juga melalui

pengalaman. Malahan makna denotasi menurut Abdullah Hassan ( 1997: 271 ) ialah benda

atau idea yang sebenarnya dirujuk oleh sesuatu perkataan. Ia juga memberi maksud makna

yang disebut di dalam kamus. Tanpa dipengaruhi oleh faktor emosi. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa makna denotasi adalah makna yang bebas daripada sebarang konteks.

Selain itu, Abdullah Yusof di dalam buku semantik dan pragmatiknya mendefinisikan

makna denotatif sebagai makna yang pada dasarnya sama dengan makna rujukan iaitu yang

dijelaskna sebagai makna yang sesuai dengan hasil pemerhatian. Oleh itu, makna denotatif

juga disebut sebagai makna yang sebenar, makna asal dan juga makna mutlak. Pendapat ini

turut disokong oleh Nik Safiah Karim yang telah mengaitkan makna denotatif dengan

penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif dan disebut juga makna sebenar, makna

asal, makna mutlak atau makna dasar. Dengan kata lain makna denotatif ialah makna asli atau

makna sebenarnya yang dimiliki oleh sesuatu kata tersebut.

Denotasi merupakan proses yang timbul akibat daripada denotatif. Denotasi

merupakan perkataan yang mempunyai makna teras atau makna asas dalam sistem bahasa

yang bebas daripada konteks. Maksudnya, perkataan tersebut diterjemahkan mengikut

maksud yang sebenar dan bukannya melalui konteks penggunaan yang dilihat.. kamus dewan

edisi keempat ( 2007: 337) menjelaskan makna denotatif adalah ebrkaitan dengan denotasi

iaitu makna eksplisit sesuatu perkataan.

Umpamanya simpulan bahasa kaki bangku bermakna denotatif yang bermaksud kaki

kerusk bergerak. Makna inti perkataan kaki ialah anggota badan manusia atau binatang

digunakan untuk bergerak. Namun apabila berlaku perluasan makna perkataan kaki seperti

kaki langit, kaki bukit, kaki kain dan lain-lain lagi maka masih mendapati bahawa makna

denotasi masih lagi wujud

kaki bukit= bermakna bahagian bawah bukit

Page 3: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

kaki langit= bermakna bahagian bawah lagit yang bertembung dengan bumi

kaki kain=bahagian hujung kain.

Makna Konotatif

Nik Safiah karim ( 2004 ) mendefinisikan makna konotatif sebagai makna yang ada

kaitannya dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Menurutnya lagi, sekiranya nilai

rasa itu tidak wujud maka sifat perkataan itu mungkin tidak memihak kepada mana-mana

aspek. Contohnya perkataan ‘perempuan’ dan ‘wanita’ mempunyai makna denotatif yang

sama tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan

‘perempuan’ mempunyai nilai rasa rendah manakala perkataan ‘wanita’ mempunyai nilai rasa

tinggi. Konotasi merupakan makna lain daripada asalnya yang sering digunakan untuk

memberi makna kepada hasil karya kreatif memerlukan makdsud tersirat agar daya pemikiran

pendengar ataupun pembaca bebas memberi tafsiran terhadap maksud yang ingin

disampaikan oleh penyair.

Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-

faktor tertentu. Perkataan ‘khalwat’ contohnya membawa maksud mendekati Allah, duduk

bersendirian iaitu perbuatan mengasingkan diri atau memencilkan diri kerana menenangkan

fikiran, bertafakur pada asalnya kini telah berubah maksud menjadi perbuatan pengasingan

diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau bersembunyi antara lelaki dan perempuan

yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga boleh dianggap sebagai sesuatu

perbuatan yang sumbang. Makna konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu

makna konotatif yang tidak spesifik kepada aspek bahasa tetapi dikongsi bersam sistem

komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya barangan atau produk yang diiklankan

di televisyen tidak sama dengan barang yang diilustrasikan.

Makna konotatif yang kedua ialah yang bersifat peripheral iaitu tidak stabil, bervariasi

menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Individu yang terpelajar atau orang

yang menimba ilmu dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat

sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza. Makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat

arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap didengar tepat dan sesuai pada

masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkataan

Page 4: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil sedikit

kuih-muih sahaja iaitu kudap=kudap sahaja dan sekadar mengalas perut.

S Nathesan ( 2001 ) menyatakan bahawa makna konotasi adalah tidak tepat dan sentiasa

berubah-ubah mengikut konteks peggunaan kata dan sosiobudaya dalam sesebuah

masyarakat pengguna. Selain itu, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ) menyatakan

bahawa makna konotatif tadi yang berkait rapat dengan nilai rasa dari orang atau kelompok

manusia yang menggunakan kata tersebut. Makna konotatif terbahagi kepada dua iaitu;

i) Konotasi positif-merupakan kata yang memiliki makna yang dirasakan lebih

baik dan sopan

ii) konotasi negatif-merupakan kata yang bermakna kasar atau tidak sopan.

Contoh konotasi dalam simpulan bahasa seperti ‘kaki bangku’ yang membawa

maksud seseorang yang tidak pandai bermain bola sepak. Contoh ayat ialah Zulkifli

merupakan seorang kaki bangku kerana dia tidak pandai bermain bola sepak.

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan seni keindahan bahasa dan khazanah turun temurun yang

terdapat dalam bahasa Melayu. Simpulan bahasa juga merupakan salah satu cabang

peribahasa yang amat luas penggunaannya dan amat diminati oleh masyarakat melayu.

Namun terdapat perbezaan pendapat antara pengkaji-pengkaji bahasa mengenai klasifikasi

simpulan bahasa. Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa simpulan bahasa hendaklah

diasingkan daripada peribahasa da nada juga sesetengah pengkaji yang memasukkan

simpulan bahasa sebagai salah satu cabang yang tergolong dalam peribahasa. Perbezaan

pendapat ini sehingga hari ini belum ditetapkan kebenarannya.

Mohd Norizam Jaminan ( 2012 : vii ) menjelaskan bahawa simpulan bahasa adalah

kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang

membawa maksud tertent. Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan

mempunyai maksud yang khusus. Maksud simpulan bahasa bukan terdapat daripada apa yang

tersirat atau tersembunyi dan bukan sebaliknya. Secara umumnya, erti simpulan bahasa

berlainan daripada perkataan yang digunakan. Menurut Ainon Mohd. & Abdullah Hassan

( 2008: vi ) dan Kamus peribahasa lengkap utusan, simpulan bahasa merupakan ungkapan

Page 5: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga makna asal perkataan-perkataan tersebut. Sebagai

contohnya, buka mulut, jalan tengah, langkah kanan dan sebagainya.

Menurut Mohd Tajuddin Hj Abd Rahman ( 2006 : vi ) istilah simpulan bahasa

merujuk kepada kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan

tertentu yang membawa maksud tertentu. Pengarang menjelaskan bahawa simpulan bahasa

mengandungi makna yang tersirat atau tersembunyi berdasarkan susunan yang telah dibuat.

Makna yang tersirat atau tersembunyi itu kadangkala mempunyai makna dua lapis di mana

tidak semua orang mampu untuk memahaminya dengan lengkap dalam konteks penggunaan

simpulan bahasa tersebut. Secara ringkasnya, simpulan bahasa mempunyai makna yang

berbeza daripada maksud asal. Beliau juga membahagikan simpulan bahasa kepada dua jenis

iaitu simpulan bahasa yang mempunyai dua makna dan simpulan bahasa yang berlainan

tetapi mempunyai makna yang sama.

Analisis makna simpulan bahasa dari aspek denotatif dan konotatif

Dalam bahasa melayu terdapat pelbagai simpulan bahasa yang kaya dengan unsur-

unsur nasihat dan mempunyai makna yang pelbagai. Oleh itu rujukan telah dilakukan

terhadap kamus simpulan bahasa dan kamus peribahasa untuk mengenal pasti simpulan

bahasa yang mempunyai makna denotative dan makna konotatif yang memperlihatkan

keunikan simpulan bahasa tersebut. contoh-contoh simpulan bahasa di bawah merupakan

peribahasa yang mempunyai manka denotatif dan konotatif.;

1) Lipas kudung

Makna Denotatif : Lipas yang tidak ada kaki.

Makna Konotatif : cepat membuat kerja

Contoh ayat : Pok lah ibarat lipas kudung dalam menyiapkan kerja yang tertangguh

lamanya.

2) Tangkai jering

Makna denotatif : tangkai yang terdapat pada buah jering.

Makna Konotatif : orang yang kedekut

Contoh ayat : Sikap tangkai jering Pak Abu menyebabkan beliau tidak mempunyai

kawan.

Page 6: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

3) Banyak Akal

Makna denotatif : Akal yang ada banyak

Makna Konotatif : Banyak helah

Contoh Ayat : Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

4) Banyak mulut

Makna Denotatif : mulut yang ada banyak

Makna Konotatif : Orang yang suka berleter.

Contoh ayat : Halijah banyak mulut sehingga pening kepala saya mendengarnya.

5) Batu api

Makna denotatif : batu yang panas ada api

Makna Konotatif : Orang yang suka menghasut.

Contoh ayat : Akibat daripada sikap aminah yang menjadi batu api dalam hubungan

amir dan siti menyebabkan hubungan mereka beretakan.

6) Rabun Ayam

Makna denotatif : Seekor ayam berkaki dua yang kabur penglihatan

Makna konotatif : mata yang rabun menjelang senja

Contoh ayat : Ali tidak boleh memandu kereta pada waktu malam kerana dia

mempunya rabun ayam.

7) Buta Huruf

Makna Denotatif : tidak Nampak huruf a,b,c

Makna Konotatif : Tidak tahu membaca

Contoh ayat : Ali mengalami masalah buta huruf dalam kelas.

8) Buruk siku

Makna denotatif : siku yang luka atau cedera menjadi buruk

Makna konotatif : Meminta barang yang telah diberikan

Contoh Ayat : Amir buruk siku kerana meminta semula pen yang diberikan kepada

Abu.

Page 7: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

9) Buaya Darat

Makna denotatif : buaya yang tinggal di atas darat

Makna Konotatif : Orang yang suka mempermainkan perempuan

Contoh Ayat : Perangai Pak Ya seperti buaya darat kerana sering bertukar-tukar

kekasih.

10) Besar kepala

Makna Denotatif : kepala yang besar

Makna Konotatif ; Tidak mahu mendengar nasihat, degil

Contoh ayat : Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.

11) Buta warna

Makna denotatif : tidak Nampak warna

Makna Konotatif : Tidak dapat membezakan warna

Contoh ayat : Satu daripada syarat untuk menjadi seorang pegawai polis ialah tidak

boleh mempunyai masalah buta warna.

12) Busuk hati

Makna denotatif : hati yang busuk

Makna Konotatif : Orang yang berhati jahat.

Contoh ayat : Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

13) Mati Katak

Makna Denotatif : seekor katak yang mati

Makna Konotatif : Mati sia-sia

Contoh ayat : Mat rempit yang mati terlanggar tiang lampu itu ibarat mati katak.

14) Buah tangan

Makna Denotatif: buah yang dibawa dengan tangan

Makna Konotatif : Hadiah

Contoh ayat : Kami membawa buah tangan semasa melawat zaini di Hospital.

Page 8: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

15) Bawa Mulut

Makna denotatif : Perbuatan membawa mulut

Makna Konotatif : Bercerita tentang keburukan orang lain

Contoh Ayat : Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

16) Berat Lidah

Makna denotatif : Lidah yang berat

Makna Konotatif : Tidak dapat berkata-kata

Contoh Ayat : Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

17) Cakar Ayam

Makna Denotatif : perbuatan Ayam yang sedang cakar di tanah

Makna Konotatif : tulisan yang buruk

Contoh Ayat : Tulisaan kejol seperti cakar ayam sehinnga tidak mampu dibaca oleh

gurunya.

18) Pekak bedak

Makna Denotatif : badak yang tidak dengar

Makna Konotatif : Kurang jelas pendengaran

Contoh ayat : kejol mempunyai masalah pekak badak apabila bercakap dengannya.

19) Telinga lintah

Makna Denotatif : telinga seekor lintah

Makna Konotatif : tajam pendengaran

Contoh ayat : Ijat mempunyai pendengaran yang tajam seperti telinga lintah.

20) otak udang

Makna denotatif : otak seekor udang

Makna Konotatif : bebal atau bodoh

Contoh ayat : Guru memarahi ali yang otak udang sehingga tidak mampu nak

mengeja perkataan ayam.

Page 9: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

21) Kaki ayam

Makna denotatif : kaki kepada seekor ayam

Makna Konotatif ; tidak berkasut

Contoh ayat : Ali berkaki ayam ketika bermain bola.

22) Kaki bangku

Makna denotatif : kaki kepada sebuah bangku

Makna Konotatif : tidak pandai bermain bola

Contoh ayat : Husin digelar kaki bangku oleh kawan-kawannya kerana tidak pandai

bermain bola.

23) kepala batu

Makna denotatif : kepala yang keras seperti batu

Makna Konotatif : degil dan tidak mendengar nasihat

Contoh ayat : Sikap kepala batu Syakira menyebabkan beliau dimarahi ayahnya.

24) lintah darat

Makna denotatif : seekor binatang penghisap darah di atas darat

Makna Konotatif : ambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan.

Contoh ayat : Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam duit dari

lintah darat

25) Makan angin

Makna denotatif : perbuatan memakan angin masuk dalam perut.

Makna konotatif : bersiar-siar untuk berehat.

Contoh ayat : Pada hujung minggu ayah membawa kami sekeluarga jalan-jalan makan

angin di kawasan pantai.

26) durian runtuh

Makna denotatif : durian yang telah masak jatuh ke bawah

Makna Konotatif : keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.

Contoh ayat : Perniagaan Pak Samada hari ini ibarat durian runtuh apabila mendapat

keuntungan yang berkali ganda tidak seperti sebelumnya.

Page 10: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

27) Mulut murai

Makna denotatif : mulut burung murai

Makna kontatif : suka bercakap dan berbuat bising

Contoh ayat : Murni dikenali sebagai mulut murai sebab banyak bercakap dalam

kelas.

28) Mulut tempayan

Makna denotatif : mulut sebuah tempayan yang terbuka

Makna Konotatif : tidak dapat menyimpan rahsia

Contoh ayat : Perbuatan Aminah yang mulut tempayan menyebabkan segala rahsia

rakannya terbongkar.

29) muka tembok

Makna denotatif : muka yang ada pendinding

Makna konotatif : tidak berasa malu.

Contoh ayat : Halim seorang yang muka tembok

30) pisau cukur

Makna denotatif : pisau yang tajam digunakan untuk mencukur

Makna konotatif : perempuan yang suka habiskan harta lelaki

Contoh ayat : Disebabkan sikap ayu yang suka menggoda lelaki yang kaya

menyebabkan dia digelar sebagai pisau cukur.

31) Mandi kerbau

Makna denotatif : perbuatan kerbau yang mandi

Makna Konotatif : Mandi yang tidak bersih

Contoh ayat :Semasa mengikuti kursus pengakap, peserta terpaksa mandi kerbau

kerana kekurangan air

32) Mati akal

Makna denotatif : sudah tiada lagi akal

Makna konotatif : buntu fikiran

Contoh ayat : Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah

rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Page 11: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

Kesimpulan

Berdasarkan kepada analisis dalam kajian tentang makna simpulan bahasa dari aspek

makna denotatif dan konotif menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang boleh dilihat

antara kedua-dua aspek tersebut iaitu makna denotatif ini lebih bersifat positif dan

memperlihatkan ciri sebenar perkataan tersebut seperti “mulut murai-anggota badan murai”.

Manakala makna konotatif pula, kadangkala mempunyai sifat negatif dan tidak

memperlihatkan ciri yang sebenar perkataan tersebut seperti “ mulut murai-mempunyai

maksud tersirat di sebaliknya “. .

Page 12: Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

Bibliografi :