maklumatnya

18
NASI LEMAK Nasi Lemak merupakan antara makanan tradisional Malaysia yang disukai ramai. Makanan ini biasanya dimakan pada bila-bila masa sahaja seperti sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan waktu-waktu lain. Nasinya dimasak dengan santan dan diletakkan daun pandan untuk menaikkan bau pandan pada nasi. Terdapat juga sesetengah orang yang menambahkan halia atau serai ke dalam nasi lemak tersebut. Boleh dikatakan, setiap tempat makan di Malaysia mempunyai menu nasi lemak. Nasi lemak asalnya dimakan dengan sambal bilis dan telur rebus. Sekarang, makanan ini telah dipelbagaikan dengan lauk-lauk tambahan lain seperti sambal sotong, ayam masak merah, daging masak merah dan sebagainya. SATE

Upload: nurloveflower

Post on 14-Feb-2015

36 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUMATNYA

NASI LEMAK

Nasi Lemak merupakan antara makanan tradisional Malaysia yang disukai ramai.

Makanan ini biasanya dimakan pada bila-bila masa sahaja seperti sarapan pagi,

makan tengah hari, makan malam dan waktu-waktu lain. Nasinya dimasak dengan

santan dan diletakkan daun pandan untuk menaikkan bau pandan pada nasi.

Terdapat juga sesetengah orang yang menambahkan halia atau serai ke dalam nasi

lemak tersebut. Boleh dikatakan, setiap tempat makan di Malaysia mempunyai

menu nasi lemak. Nasi lemak asalnya dimakan dengan sambal bilis dan telur rebus.

Sekarang, makanan ini telah dipelbagaikan dengan lauk-lauk tambahan lain seperti

sambal sotong, ayam masak merah, daging masak merah dan sebagainya.

SATE

Page 2: MAKLUMATNYA

Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate

diperbuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan

dibakar menggunakan api arang kayu. Selain sate lembu dan ayam yang popular,

terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:

1. Sate perut

2. Sate pedal

3. Sate kerang

4. Sate ikan

5. Sate ampai-ampai

Kebanyakan orang Melayu tidak hanya makan daging semata-mata. Oleh itu,

biasanya apabila makan sate, mereka akan turut menyediakan nasi dalam

bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi

kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul

serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga

didapati, sate yang dihidangkan dengan bawang merah dan timun, selain ketupat

nasi atau nasi himpit.

PUTU PIRING

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat

daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan

sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum

Page 3: MAKLUMATNYA

dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil

daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.

Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh.

LEMANG

Lemang merupakan sejenis makanan tradisi yang disukai ramai. Lemang diperbuat

daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik

dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Lemang dijual sepanjang

tahun, tetapi lebih meluas pada hari-hari perayaan seperti semasa perayaan Hari

Raya Aidil. Di Malaysia, lemang telah pun direkodkan sebagai hidangan istimewa

sejak tahun 1864 lagi.

Page 4: MAKLUMATNYA

Hidangan lemang di Pantai Timur biasanya dimakan bersama ikan bakar, tetapi di

kawasan Pantai Barat, makanan ini sering dihidangkan bersama rendang atau

serunding.

Terdapat banyak resepi dan cara memasak nasi kerabu….ia berbeza mengikut asal

tempat malahan juga telah banyak dipengaruhi oleh negeri-negeri lain. Di Kelantan

sendiri, nasi kerabu Kota Bharu berbeza dengan nasi kerabu Pasir Putih atau Tanah

Merah…walaupun rasanya hampir sama , namun lauk pelengkap dan

presentationnya akan berbeza dan kadang-kadang banyak terpengaruh dengan

resepi dari Siam/Selatan Thailand. Begitu juga nasi kerabu sangat penting di

kawasan Tumpat dimana ia bukan sekadar dihidangkan pada waktu pagi atau untuk

makan di rumah tetapi juga untuk upacara cukur jambul atau tahnik.

Walaupun sudah bermacam jenis dan variety nasi kerabu telah saya rasa, namun

selera saya tetap pada nasi kerabu masakan arwah nenek yang sungguh simple.

Mungkin faktor air tangan beliau dan juga lidah kita yang sudah terbiasa. Sebagai

mengenang masakannya, di sini saya sajikan resepi turun-temurun nasi kerabu

Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan.

PAU

Pau merupakan makanan kesukaan kaum Cina. Bermula dari warung tepi jalan, kini

telah menjadi kuih yang amat digemari oleh setiap kaum di Malaysia. Inilah

keunikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan tradisi ini. Kebudayaan

makanan di negara ini tercapai melalui perpaduan yang begitu erat dalam kalangan

rakyatnya. Kuih pau ini berasal dari Yunan (utara negara Myanmar sekarang). Nama

Cina bagi pau ialah "Man Tau" yang bermaksud ketua orang barbar atau babarian.

Kini, pau sudah mempunyai berbagai-bagai jenis inti, seperti udang, ayam, daging,

Page 5: MAKLUMATNYA

sayur, kacang merah, kacang hijau, kelapa, kaya, krim dan ada juga inti pau yang

menggunakan putih telur dengan isi oren segar. 

CHAR KUETIAU

Char kuetiau merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura.

Makanan ini diperbuat daripada kuetiau yang berbentuk leper dan kira-kira 1 cm

lebar. Makanan ini digoreng  di atas api yang panas dengan kicap, sos, cili, udang,

kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan

atau bahan-bahan lain ditambah mengikut cita rasa setempat. Berbanding kuetiau

goreng biasa, char kuetiau agak basah.

Char kuetiau dikatakan sebagai makanan yang tidak menyihatkan kerana

kandungan lemaknya yang tinggi. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran

utamanya adalah untuk para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya

Page 6: MAKLUMATNYA

yang murah menjadikannya makanan yang popular dalam kalangan buruh sebagai

sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh

nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kuetiau pada waktu

petang untuk menambah pendapatan mereka.

Pelbagai versi char kuetiau telah dicipta. Perkara ini biasa ditemui di Pulau

Pinang, Malaysia. Terdapat juga char kuetiau yang dicampurkan dengan telur itik

(untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan

manisnya).

YONG TAU FU

Yong tau fu ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati di Malaysia

terutama di kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan

hidangan ini. Hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran

bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh dengan pes daging atau ikan,

dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Fu," yang bermaksud "tauhu yang

dibubuh." 

Sejak itu, terdapat beraneka jenis sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut

dibubuhi sedemikian. Selain itu, yong tau fu juga digoreng sehingga berwarna

perang-keemasan dan kadang-kadang juga direbus. Variasi yong tau fu

termasuklah penggunaan pelbagai sayur-sayuran campuran termasuk terung,

cendawan shiitake, dan buah melon yang diisi dalam cincangan daging yang sama.

Page 7: MAKLUMATNYA

Secara tradisional, yong tau fu dihidangkan dalam rebusan kacang kuning bersama-

sama dengan buah melon pahit dan cendawan shiitake.

MURUKU

Muruku merupakan makanan tradisional kaum India di Malaysia yang resipinya

berasal dari negara India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah

mengambil tempat dalam hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Muruku ialah ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  

Muruku diperbuat daripada tepung kacang ulunthu dhal dan tepung beras dan

perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas

mengunakan serbuk cili. Muruku yang biasa berbentuk bulatan. 

Muruku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah

uli atau pun cara pemutarannya. Alat untuk menekan doh muruku lebih murah

tetapi memerlukan teknik yang betul dan tenaga yang banyak. Selain itu, alat

pemutar tangan muruku pula mudah didapati dan tidak perlu menggunakan tenaga

yang banyak. Muruku juga mudah diperolehi di kedai-kedai tepi jalan terutama

Page 8: MAKLUMATNYA

semasa perayaan kaum India yang menghidangkan muruku sebagai juadah

perayaan mereka.

TOSE

Makanan tradisional ini berasal dari Tamil Nadu, India. Tose juga dikenali sebagai

dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tose terdiri daripada

pelbagai jenis seperti tose telur, tose cili, tose bawang dan sebagainya. Makanan

tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Tose

boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran

India. Tose boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Selain itu, tose

juga amat kaya dengan karbohidrat dan protein dan boleh    dimakan dengan

pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar

india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tose, ia diisi dengan

kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Page 9: MAKLUMATNYA

ROTI CANAI

Roti canai merupakan salah satu  makanan kegemaran rakyat Malaysia. Roti canai

dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Roti canai juga

sering kali dimakan bersama-sama dengan minuman teh tarik atau teh ais. Roti

canai biasanya dihidangkan dengan kuah dal,  parpu atau kari dengan sambal ikan

bilis.

Variasi Roti Canai

- Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.

- Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.

- Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.

- Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.

- Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.

- Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.

- Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai

Page 10: MAKLUMATNYA

yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.

- Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

KUIH BAULU

Kuih bahulu atau baulumerupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang

biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian.

Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya

pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu

cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar

didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.

Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan

resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak

masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

Page 11: MAKLUMATNYA

LAKSA

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular

di Malaysiadan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke

Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa

Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan

rempah yang digunakan.

Terdapat pelbagai jenis laksa seperti

Laksa Penang (asam Laksa)

Laksa Johor

Laksa Kuala Perlis

Laksa Kedah (laksa Teluk Kechai)

Laksa Kelantan

Laksa Sarawak

Laksa Terengganu

Laksa Ipoh

Kari Laksa

Laksam

KARI

Page 12: MAKLUMATNYA

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal

diBangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia,Malaysia, Thailand, dan negara-negara

yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal

daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-

benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-

penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari

di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli

masing-masing di sana.

NASI DAGANG

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan

Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras

dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Page 13: MAKLUMATNYA

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran

pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak

dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan

yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar,

dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak

dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan

yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar,

dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk

(tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa

penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Di Johor dan sesetengah daerah di Pahang seperti Raub, Pekan, Temerloh dan

Kuantan, terdapat juga versi-versi Nasi dagang yang menggunakan kuah laksa

sebagai kuah pilihan.

NASI KERABU

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan

biasanya dimakan denganikan kering atau ayam goreng, ikan dan daging bakar,

keropok serta budu dan ulam-ulaman ditambah lagi dengan sambal!! Side dish dia

pula adalah Solok lada, jeruk bawang putih  dantelur masin.

Page 14: MAKLUMATNYA

Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang (morning glory) yang

digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya,

menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu

kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi Kerabu dari fizikalnya amat sihat kerana terdapat campuran antara karbohidrat

dan vitamin dan ini lengkap untuk dijadikan santapan tidak kira pagi, tengah hari

atau malam.

NASI GORENG

Nasi goreng merupakanmakanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng

bercama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak

memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng mungkinnya.

Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak

suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis.

Makanya, nasi dingin itu digoreng bersama benda lain dan dihidangkan kembali.

Page 15: MAKLUMATNYA

RENDANG

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau bersantan dengan daging

lembusebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengansantan,

lada, bawang, daunkunyit, daun limau purut dankerisik. Rendang sesuai

dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan

dengan lemang, nasi,pulut kuning atau pulut kunyit,ketupat palas atau ketupat

pulut,ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian

daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.

Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan

sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri danAidiladha mahupun

disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlisperkahwinan,

majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduriharijadi dan

Page 16: MAKLUMATNYA

sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik

di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri

Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

DIM SAM

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan suatu lingkungan luas

hidangan ringan yang dihidang bersama teh Cina. Yum cha (yang secara harfiah

“meminum teh”) adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman

makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan

pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim

sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan

dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan

juga pencuci mulut dan buah-buahan. Barang-barang ini biasanya dihidang dalam

bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka

berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau

Tahun Baru Cina.

Page 17: MAKLUMATNYA

ROTI JALA

Roti jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-

negara ASEAN. Roti Jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala.Roti jala dimakan

bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan

bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan

dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana

bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur),

dan kuah gulai, terutama gulai ayam (popular di pantai barat.)

Page 18: MAKLUMATNYA

KUIH BULAN

Kuih bulan adakah pastri Cinasecara tradisi dimakan semasaPerayaan Pertengahan

Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih

bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih

bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga

sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.

Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang

10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji

teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh

mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat,

dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya

dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.