majlis tahkim

Upload: syed-adelli

Post on 30-May-2018

372 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Majlis Tahkim

    1/6

    Kekeliruan Majlis Tahkim

    Telah tersebar luas peristiwa yang berlaku antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina

    Muawiyah bin Abi Sufian radiallahuanhuma selepas selesai perang Siffin, pihak Saidina

    Muawiyah r.a menuntut perdamaian dengan tentera Syam (pihak Saidina Muawiyah r.a)

    mengangkat Mushaf al-Quran di hujung tombak tanda memohon perdamaian.

    Peperangan Siffin adalah peperangan kedua yang berlaku antara para Sahabat Nabi s.a.w

    ridwanullahi alaihim ajmain selepas peperangan Jamal di antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan

    Saidina Talhah r.a, al-Zubair r, dan Ummul Mukminin Aisyah r.a. Semuanya hasil tipu muslihatkaum kafir Yahudi melalui Abdullah bin Saba.

    Abdullah bin Saba, pengasas ajaran Syiah telah menyebar fitnah dan mempergunakan kaum

    muslimin yang masih baharu memeluk Islam daripada Mesir, Iraq, dan Farsi (Iran) untuk bangkitmenentang Khalifah Usman bin Affan r.a sehingga terbunuhnya Khalifah Usman r.a secara

    terzalim dan teraniaya.

    Kematian Usman r.a yang tragis ini menimbulkan kemarahan Sahabat r.a dan bangkit untuk

    menuntut bela terhadap Usman r.a, namun keadaan yang rumit berlaku kerana pembunuh-pembunh Usman r.a telah melantik diri mereka sebagai kerajaan yang baru seperti al-Asytar

    yang telah dijadikan oleh para pemberontak sebagai panglima perang Khalifah yang baharu,

    Saidina Ali bin Abu Talib r.a.

    Atas pertimbangan ini, Saidina Ali r.a berpandangan perkara yang pertama perlu dilakukanadalah mengukuhkan pemerintahan beliau dan para Sahabat hendaklah membaiat beliau terlebih

    dahulu untuk memperkukuh kedudukan kaum muslimin dan melemahkan kedudukan para

    pemberontak Usman r.a.

    Namun, terdapat sahabat yang berpandangan sebaliknya, iaitu hendaklah dilaksanakan Qisasdahulu terhadap pembunuh Usman r.a baharulah mereka akan membaiat Saidina Ali r.a. Antara

    mereka yang berkeras dengan pedirian ini adalah Saidina Muawiyah r.a berpegang dengan

    firman Allah Taala:

    Maksudnya: dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah

    menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau

    dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh

    pertolongan (menurut hukum Syarak).[al-Israa: 33].

    Saidina Muawiyah r.a berpandangan, menurut hukum Syarak beliau mempunyai kekuasaan

    penuh untuk menuntut qisas terhadap pembunuh Usman r.a kerana beliau adalah wali (waris)

    Usman r.a yang paling utama. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 8/23].

    Saidina Muawiyah r.a bukanlah memerangi Saidina Ali r.a kerana ingin merebut jawatanKhalifah daripada Saidina Ali r.a sebagaimana kata beliau:

  • 8/14/2019 Majlis Tahkim

    2/6

    .

    Maksudnya: Aku tidak memerangi Ali kecuali kerana urusan Usman [Musannaf Ibn Abi

    Syaibah, hadis no. 31193, cet Darul Qiblah].

    Abu Muslim al-Khaulani r.h datang kepada Saidina Muawiyah r.a bersama dengan beberapaorang lagi bertanya kepada beliau: Adakah tuan mencabar Ali atau tuan ini setaraf

    dengannya? Jawaba Saidina Muawiyah r.a: Tidak, demi Allah sesungguhnya aku

    mengetahui bahawa Ali itu lebih utama daripada aku dan dia lebih berhak menjadi Khalifah

    berbanding aku, tetapi bukankah kamu mengetahui bahawa Usman dibunuh secara zalim,

    sedang aku adalah sepupu beliau, maka aku menunutut darah Usman (pelaksanaan Qisas),

    maka pergilah kamu kepada beliau (Ali r.a) dan beritahu kepadanya: beri kepadaku

    pembunuh-pembunuh Usman maka aku akan menyerah kepadanya (berbaiat). [Siyar Alam

    al-Nubala, 3/140]

    Maka jelas sekali bahawa Saidina Muawiyah r.a bukanlah berperang atas dasar hawa nafsu

    bahkan beliau tersalah dalam ijtihad beliau, maka baginya satu pahala, adapun Saidina Ali r.abeliau melakukan yang terbaik dan beliau lebih benar dalam ijtihad beliau, maka bagi beliau dua

    pahala-insya-Allah-. [al-Hiqbah min al-Tarikh, Usman al-Khumayyis, 187].

    Riwayat Peristiwa Tahkim:

    Telah masyhur dalam kitab-kitab sejarah riwayat peristiwa Tahkim iaitu perdamaian antara

    Saidian Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a. Semua riwayat ini kembali kepada Kitab Tarikh al-Tabari r.h sebagai berikut:

    Ali r.a telah mengutuskan 400 orang lelaki diketuai oleh Syuraih bin Hani al-Harisi, bersama

    mereka juga Ibn Abbas r.a selaku Imam solat dan pemutus kata urusan mereka, termasuk jugabersama mereka Abu Musa al-Asyari. Muawiyah juga mengutus 400 orang daripada pendudukSyam sehingga mereka bertemu di Daumatul Jandal, Azrah. Muawiyah apabila dia

    mengutuskan utusan kepada Amru bin al-As r.a maka utusannya adalah rahsia antara Abdullah

    bin al-As, adapun Saidina Ali apabila mengutus apa-apa pesanan kepada Ibn Abbas r.aterpaksa didedahkan kepada pengikutnya kerana mereka suka berwasangka. Hal ini

    menimbulkan ketidak selesaan kepada Ibn Abbas kerana menunjukkan pasukan Ali r.a kurang

    setia sedangkan pasukan Muawiyah sangat patuh kepada ketua mereka.

    Turut menyaksikan perhimpunan mereka itu (selaku pemerhati) adalah Abdullah bin Umar,Abdullah bin al-Zubair, Abdul Rahman bin al-Haris al-Makhzumi, Abdul Rahman bin Abdu

    Yaghus al-Zuhri, Abu Jahm bin Huzaifah al-Adwi, dan al-Mughirah bin Syubah al-Saqafi.Umar bin Saad bin al-Waqqas telah berjumpa dengan bapanya Saad bin al-Waqqas r.a yangmenjauhkan diri daripada fitnah dan memujuk ayahnya supaya menyertai perhimpunan tersebut

    dengan harapan mereka akan melantik beliau sebagai Khalifah kerana Saad bin al-Waqqas

    adalah salah seorang Ahli Syura yang dilantik Saidina Umar r.a. Namun, Saad tetap bertegasuntuk tidak menyertai perhimpunan tersebut atas dasar menjauhi fitnah.

  • 8/14/2019 Majlis Tahkim

    3/6

    Kemudian dua orang hakam itu (Amru bin al-As dan Abu Musa al-Asyari) bertemu dan Amru

    cuba memujuk Abu Musa untuk menyokong Muawiyah r.a dengan memberikan tawaran jawatan

    namun Abu Musa al-Asyari menolak tawaran tersebut dan memarahi Amru bin al-As.

    Abu Musa al-Asyari pula mencadangkan untuk melantik Abdullah bin Umar r.a namun Amru

    mencadangkan nama anaknya sendiri Abdullah bin Amru r.a tetapi ditolak juga oleh Abu Musaal-Asyari.

    Ali r.a juga memberi pesanan kepada Amru bin al-As r.a melalui Syuraih bin Hani, memujukAmru bin al-As supaya memihak kepada beliau dan meninggalkan Muawiyah r.a namun Amru

    bin al-As enggan mendengar dan menolak.

    Kemudian setelah Amru enggan menurut cadangan Abu Musa al-Asyari melantik Ibn Umar

    sebagai Khalifah dan Abu Musa enggan menerima cadangan Amru melantuk Abdullah IbnAmru sebagai Khalifah, mereka bersetuju untuk memecat kedua-dua Khalifah Ali r.a dan

    Muawiyah r.a serta menyerahkan perlantikan Khalifah yang baharu kepada Syura kaum

    muslimin.

    Namun, ketika pengumuman persetujuan dibuat, Amru bin al-As r.a menyuruh Abu Musaberucap dahulu dan Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan Muawiyah dan

    mengembalikan hak perlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Ibn Abbas r.a pada mulanya

    melarang Abu Musa bercakap dahulu kerana bimbang akan berlaku tipu helah daripada Amrunamun Abu Musa tetap percaya kepada Amru.

    Kemudian Amru bangun berucap dan mengisytiharkan pemecatan Saidina Ali r.a dan dia

    membaiat Saidina Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan

    Abu Musa al-Asyari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagai

    pengkhianat dan anjing. Syuraih kemudiannya telah memukul Amru dengan cemeti dan diamenyatakan bahawa alangkah baiknya jika dia membunuh sahaja Amru bin al-As r.a.

    Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a

    kecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyahdan membaiat beliau sebagai Khalifah. Hasil peristiwa ini, Ahli Syam berqunut dalam solat

    mereka dan melaknat Saidina Ali r.a dan Ahli Kufah manakala Ahli Kufah pula berqunut

    melaknat Muawiyah r.a dan Ahli Syam. [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita PerhimpunanKeduanya (Ali dan Muawiyah)].

    Demikianlah ringkasan riwayat-riwayat yang disebut dalam Tarikh Tabari dan dinaqal para

    sejarawan selepas beliau. Namun, Imam al-Tabari r.h selaku seorang Ahli Tafsir bahkan Imamal-Mufassirin dan seorang Ahli Hadis tidaklah meriwayatkan kisah ini begitu sahaja, bahkanbeliau telah mendatangkan sanadnya sekali.

    Kesemua kisah ini bersumber daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi, seorang yang

    banyak meriwayatkan kisah-kisah dan riwayat-riwayat sejarah.

  • 8/14/2019 Majlis Tahkim

    4/6

    Maka dengan mudah kita dapat menilai kisah yang menjadi sandaran kaum Syiah mencela dan

    melaknat Saidina Amru bin al-As r.a bahkan Abu Musa al-Asyari r.a ini. Abu Mikhnaf adalah

    seorang yang tidak dipercayai pada riwayatnya.

    Imam Yahya bin Main r.h berkata: Tidak Siqah, Abu Hatim r.h berkata berkenaan Abu

    Mikhnaf ini: Matrukul Hadis (ditinggalkan riwayatnya), dan Imam al-Daruqatni r.h berkata:Seorang pembawa berita yang daif (lemah). [Siyar Alam al-Nubalaa, 7/302].

    Al-Zarkali r.h dalam kitabnya, al-Alam menyatakan bahawa Abu Mukhnif ini adalah seorangSyiah Imamiah. Hal ini dashihkan oleh Aqabazrak al-Tehrani dalam kitabya, al-Zariah fi Wasail

    al-Syiah yang merupakan Mukjam kepada senarai kitab-kitab Syiah. [al-Alam, 5/245, al-Zariah,

    1/333-337].

    Telah sabit dalam kaedah Ilmu Hadis, tidak diterima riwayat Ahli Bidaah yang menyeru kepadabidaahnya, dan dalam riwayat ini jelas sekali menyeru kepada pencelaan terhadap Sahabat

    bahkan menyeru kepada melaknat Muawiyah r.a, Amru bin al-As r.a dan ramainya Sahabat-

    sahabat Nabi s.a.w yang mulia. [Qawaid al-Tahdis, 191-192].

    Syeikh Yahya bin Ibrahim al-Yahya hafizahullah telah menghimpunkan semua riwayatberkenaan peristiwa Tahkim daripada Abu Mikhnaf dan riwayat lain yang seumpama dengan

    cerita Abu Mikhnaf ini namun kesemua riwayat yang seumpama ini adalah daif yang tidak dapat

    dijadikan hujah sama sekali. [Marwiyyat Abi Mikhnaf, Fasal Keempat: al-Tahkim danKeluarnya Khawarij, 377 dan selepasnya, Darul Riyad].

    Syeikh Usman al-Khumayyis hafizahullah berkata: Kisah ini adalah palsu dan dusta, jaguh

    periwayatnya adalah Abu Mikhnaf yang telah kami sebutkan berkali-kali (kedaifan dan

    keplasuan riwayatnya)..[al-Hiqbah min al-Tarikh, 191].

    Kisah Tahkim yang Sahih:

    Kisah yang sahih berkenaan peristiwa Tahkim ini adalah sebagaimana yang dikeluarkan Imam

    al-Bukhari secaa ringkas dalam Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq

    [46/175], al-Daruqatni sebagimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h dalam al-Awasim [m.s 143-144] sebagai berikut:

    Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin

    al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah

    tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di

    khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: Pergilahkamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak

    suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu

    Musa al-Asyari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?. Maka aku pergi kepadanya dan

    berkata: Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu

    berjumpa dengan Abu Musa al-Asyari?. Kata beliau: Manusia telah bercerita dengan

    pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah,

    tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah

  • 8/14/2019 Majlis Tahkim

    5/6

    pendapat kamu berkenaan perkara ini? Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini

    (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda

    wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah? Kata Abu Musa:

    Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya

    namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu

    berdua.

    Demikianlah yang berlaku sebenarnya, iaitu peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiadakeputusan muktamad kecuali Sadina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyah

    r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.

    Telah kita nyatakan sebelum ini bahawa pertelingkahan antara Ali dan Muawiyahradiallahuanhuma adalah berkenaan pelaksanaan Qisas terhadap pembunuh-pembunuh Usman

    r.a bukan masalah jawatan Khalifah, maka adalah amat pelik jika Tahkim ini berlangsung di luar

    tajuk, maka riwayat Abu Mikhnaf yang lalu telah maklum kebatilannya walaupun tidak meneliti

    kepada sanadnya sekalipun.

    Demikian juga kisah yang sahih bahawa Muawiyah r.a memujuk Abu Musa al-Asyari r.a

    berbaiat kepada beliau seperti mana Amru bin al-As r.a berbaiat bukanlah bermakna baiat

    sebagai Khalifah tetapi usaha Muawiyah r.a memujuk Abu Musa untuk menyokong usaha beliau

    menuntut darah Usman r.a kerana ini lah baiat Ahli Syam kepada Muawiyah r.a iaitu tidak akanmembaiat Ali r.a sehingga Ali r.a melaksanakan Qisas terhadap para pembunuh Usman r.a bukan

    melantik Muawiyah r.a sebagai Khalifah. [Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Diya al-

    Umari, 474-475].

    Hasil:

    Hasil daripada penjelasan berkenaan peritiwa ini, menunjukkan bahawa:

    Amru bin al-As r.a adalah Sahabat yang mulia dan beliau bukanlah seorang penipu atau

    pengkhianat.

    Peperangan Siffin berlaku atas ijtihad para Sahabat dan janganlah kita mencemarkan

    lidah dengan darah yang Allah Taala telah biarkan ianya mengalir.

    Abu Musa al-Asyari bukanlah seorang bodoh atau kurang cerdik seperti tuduhan kaum

    Syiah bahkan beliau seorang faqih dan sangat bijak dalam menjaga perpaduan kaum

    muslimin,

    Peristiwa Tahkim menunjukkan keikhlasan pihak Ali r.a yang diwakili oleh Abu Musa r.a

    dan pihak Muawiyah r.a yang diwakili Amru r.a untuk mencari perdamaian walaupuntidak membawa hasil yang diharapkan.

    Amru bin al-As r.a bukanlah seorang yang memecah belahkan umat bahkan beliau

    berusaha mencari perdamaian dengan Ali r.a yang terserlah melalui perbincangan beliau

    dengan Abu Musa r.a seperti dalam riwayat tahkim yang sahih.

  • 8/14/2019 Majlis Tahkim

    6/6

    Kaum Syiah adalah Dajjal dan perosak sebenar sejarah Islam, merekalah yang berhak

    dilaknat -Laknat Allah atas Syiah terutama al-Rafidah-.