majlis perbandaran klang...12 9.0 lain-lain dokumen sokongan 12 10.0 kaedah khas permohonan...

20
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013 Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan) 1 MANUAL MPK BIL : 87 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARISPANDUAN KEBENARAN MERANCANG MENUKAR GUNA BANGUNAN (TADIKA/TASKA/TASKI/PUSATJAGAAN)

Upload: others

Post on 12-Aug-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

1

MANUAL MPK BIL : 87 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARISPANDUAN KEBENARAN

MERANCANG MENUKAR GUNA

BANGUNAN

(TADIKA/TASKA/TASKI/PUSATJAGAAN)

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 8

6.0 SKOP KERJA 8

7.0 PROSES KERJA 10

8.0 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN

TADIKA/TASKA/TASKI/PUSAT JAGAAN 12

9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12

10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13

11.0 PENUTUP 14

12.0 LAMPIRAN 16

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Adalah diharap dengan penghasilan Manual ini dapatlah dijadikan

sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK serta warga

Klang. Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat memperjelaskan

bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT, mahupun individu itu

sendiri dalam mewujudkan satu pembangunan yang dapat memberi

impak yang positif di Bandar Klang.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh

dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah S.W.T

kerana dengan izinnya Manual Garis Panduan

Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan

(Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan) ini telah dapat

diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang

terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam

menghasilkan Manual Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar

Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan) bagi Edisi

Pertama ini. Buku " Manual Garis Panduan Kebenaran

Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat

Jagaan) " merupakan garis panduan edisi pertama yang diterbitkan

bagi memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan tadika/taska/taski/

pusat jagaan di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis

panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga

Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini

adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta

pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar

Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan) edisi pertama.

Adalah diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati matlamat

penghasilan buku ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot

Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,

Jabatan Perancang Bandar dan Desa,

Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

5

1.0 TUJUAN MANUAL

i. Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

ii. Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga

Klang.

iii. Memudahkan pengusaha mengenalpasti kehendak perancangan

yang perlu dipatuhi sebelum mengemukakan permohonan

Kebenaran Merancang ke Majlis Perbandaran Klang.

iv. Memastikan pengusaha tadika/taska/taski/pusat jagaan

mendapat maklumat lengkap mengenai prosedur permohonan

bagi pembangunan tadika/taska/taski/pusat jagaan yang

dijalankan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

v. Memastikan pengusaha tadika/taska/taski/pusat jagaan

menjalankan aktiviti mengikut garis panduan dan peraturan yang

ditetapkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Klang.

vi. Membantu pengusaha tadika/taska/taski/pusat jagaan untuk

menjalankan aktiviti ini dengan mematuhi Garispanduan Majlis.

2.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis

Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah

pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.

Permintaan ke atas aktiviti ini, semakin mendapat sambutan di

kawasan Majlis Perbandaran Klang.

Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang

mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

6

Majlis Perbandaran Klang sendiri. Bagi memberikan kemudahan

kefahaman di dalam menjalankan aktiviti ini, garispanduan ini

mengandungi perkara-perkara utama seperti tujuan, definisi, sumber

kuasa, skop kerja, proses kerja, garis panduan pembangunan

tadika/taska/taski/pusat jagaan dan lain-lain dokumen sokongan.

3.0 DEFINISI

i. TADIKA

Tadika menurut Akta 550 (Akta Pendidikan 1996 ) bermaksud mana-

mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun)

disediakan untuk 10 orang murid atau lebih.

ii. TAMAN ASUHAN KANA-KANAK (TASKA)

Taman asuhan kanak-kanak mengikut Akta 308 (Akta Taman Asuhan

Kanak-kanak 1984) bererti mana-mana premis di mana 4 orang atau

lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan lebih daripada satu isi

rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

iii. PUSAT JAGAAN

Pusat Jagaan mengikut Akta 506 (Akta Pusat Jagaan 1993) bererti

tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana 4 orang atau

lebih diterima diterima untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan

yang melebihi 3 jam sehari antara matahari terbit hingga matahari

terbenam, dan selama sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, samada

untuk upah atau selainnya ; tetapi dalam hal premis yang

dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang

merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam

menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

7

4.0 CARTA BAHAGIAN / UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG

TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG UTARA)

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG SELATAN)

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

PENGUATKUASA

PEMBANTU AM

PEJABAT

PEMBANTU AM

PEJABAT

KETUA BAHAGIAN

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

8

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual

adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iii. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

iv. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

v. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta

mengesahkan surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar

memantau surat-surat yang diterima dan menyemak surat

jawapan. Selain itu, menyemak kertas kerja atau menyemak

minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan

sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat jawapan keluar.

Pengarah Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak

sekiranya perlu.

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat,

dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai

Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak sekiranya

perlu dan menyemak ulasan yang disediakan oleh Penolong

Pegawai Perancang Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas

kepada surat-surat yang diterima daripada orang awam dan

menyediakan kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang

berkaitan.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

9

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain

yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai

Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-

surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai

Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan

menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah

sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan

kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.

Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul,

menyelia maklumat serta data, menyediakan laporan dan

ulasan teknikal ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat

permohonan.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar

Menjalankan lawatan tapak dan menyediakan laporan tapak

berdasarkan maklumat gunatanah sediada dan maklumat

arahan pegawai. Juruteknik Perancang Bandar juga melukis

Pelan Pertapakan dan sebagainya mengikut arahan pegawai.

6.5 Pembantu Tadbir

Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat

Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,

menaip pemberitahuan mesyuarat serta, surat bantahan awam,

lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas dan

sebagainya.

6.6 Pembantu Penguatkuasa

Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik

ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti

tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang. Selain

itu, membantu mengedarkan notis penduduk berjiran.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

10

7.0 PROSES KERJA

Carta alir proses kerja permohonan Kebenaran Merancang bagi

menukarguna bangunan (tadika/taska/taski/pusat jagaan) di kawasan Majlis

Perbandaran Klang seperti berikut:-

TIDAK

LENGKAP

LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN

JABATAN

TEKNIKAL

TERIMA LENGKAP

SURAT

ULASAN/SOKONGAN

JABATAN TEKNIKAL

DARI OSC

PEMOHON MENGEMUKAKAN

PERMOHONAN KM DI OSC

SEMAK PERMOHONAN DI OSC

LENGKAP PEMOHON

TERIMA PERMOHONAN

DARIPADA OSC

SEDIAKAN KERTAS KERJA

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

SEDIA BORANG (KAEDAH 7) KELUAR NOTIS

BERTULIS

PEMUNYA TANAH

BERJIRAN

MESYUARAT

PENDENGARAN

BANTAHAN

SEKIRANYA

MENERIMA BANTAHAN

LULUS/LULUS BERSYARAT

PEMOHON

SEDIAKAN SURAT IRINGAN BORANG

C(A) DAN COP LULUS PELAN DAN

BORANG B (KAEDAH 10) KEPADA

PEMBANTAH

KELUAR SURAT MAKLUMAN

KEPUTUSAN KEPADA PEMOHON

KEPUTUSAN

PEMBANTAH

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

11

7.1 Penerimaan Permohonan

Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak

permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap

permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di

tolak.

Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak

OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika

belum ada rekod berhubung tanah tersebut.

7.2 Notis Tuan Punya Tanah Berjiran

Borang (Kaedah 7) dikeluarkan untuk notis bertulis kepada tuan punya

tanah berjiran. Sekiranya terdapat bantahan, Mesyuarat Pendengaran

Bantahan perlu di buat.

7.3 Membuat Lawatan Tapak

Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan

berdasarkan maklumat sediada atau laporan tapak.

7.4 Penyediaan Kertas Kerja

Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan

kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.

Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

7.5 Keputusan Mesyuarat

Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan

mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

12

7.6 Kelulusan

Surat iringan kelulusan mesyuarat dan cop lulus pelan dan diserahkan

kepada pemohon.

8.0 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN TADIKA/TASKA/TASKI/PUSAT

JAGAAN.

8.1 LOKASI YANG DIBENARKAN

i. Aktiviti hanya dibenarkan di kawasan perumahan dan jenis

premis yang dibenarkan ialah rumah banglo, rumah

teres/berangkai (lot selekoh), rumah berkembar dan rumah

pangsa/pangsapuri (yang dikhaskan).

ii. Kawasan kediaman untuk rumah teres/berangkai yang

terletak di lot tengah tidak dibenarkan.

iii. Notis berjiran perlu dikeluarkan kepada jiran bersempadan

dengan tapak cadangan.

iv. Jarak antara tadika dengan tadika lain dalam satu taman

perlu lebih kurang 200 meter.

9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN

i. Surat permohonan rasmi kepada Jabatan Perancang Bandar

dan Jabatan Pusat Setempat.

ii. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah

Klang (berkaitan keselamatan bangunan, pintu alternatif dan

tangga keselamatan.

iii. Surat sokongan dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) bagi

permohonan tadika.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

13

iv. Surat sokongan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) bagi

permohonan taska/taski/pusat jagaan.

v. Surat sokongan dari Pejabat Pendidikan Daerah Klang (PPD

Klang) bagi permohonan tadika.

vi. Senarai nama pemilik rumah bersempadan dalam jarak 66 kaki

vii. Gambar bangunan sisi, hadapan, belakang, dalam bangunan

dan lot bersebelahan.

10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

Pihak Majlis Perbandaran Klang berinisiatif menyediakan kaedah khas

ini bagi memudahkan permohonan Kebenaran Merancang untuk

tadika/taska/taski/pusat jagaan ini di buat di kawasan Majlis

Perbandaran Klang.

10.1 FORMAT KHAS

Format khas permohonan Kebenaran Merancang ini disediakan

oleh Majlis Perbandaran Klang yang mengandungi perkara

berikut:

i. Laporan Cadangan Pemajuan yang hanya perlu

dilengkapkan oleh pemohon.

ii. Pelan Kebenaran Merancang di sediakan oleh pihak

Majlis Perbandaran Klang.

iii. Pemohon perlu melengkapkan lain-lain dokumen.

iv. Membuat bayaran fee proses.

Kesemua contoh borang dan dokumen yang perlu di

lengkapkan adalah seperti di Lampiran.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

14

10.2 PILIHAN PEMOHON

Kaedah ini dan perkhidmatan ini bagi membantu dan

memudahkan pengusaha mengemukakan permohonan

Kebenaran Merancang. Walaubagaimanapun, pemohon boleh

melantik jururancang bertauliah untuk menyediakan dokumen

lengkap dan membuat permohonan Kebenaran Merancang ke

Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Klang.

11.0 PENUTUP

Penyediaan Manual Garis Panduan ini akan dapat mempermudahkan

proses permohonan kepada pengusaha tadika/taska/taski/pusat

jagaan, di samping menjamin keselamatan kanak-kanak di dalam

proses pengasuhan dan pembelajaran prasekolah yang berkualiti.

Garis panduan ini telah memberi penekanan terhadap keperluan

penyediaan tadika/taska/taski/pusat jagaan. Walaubagaimanapun

penyediaan tadika/taska/taski/pusat jagaan di kawasan kediaman

adalah dibenarkan, sekiranya perlu. Garis panduan ini juga

menetapkan supaya permohonan bagi penubuhan

tadika/taska/taski/pusat jagaan hendaklah melalui kaunter pusat

setempat (OSC) yang mana proses kerja di OSC perlu diselaraskan

dan mengikut senarai semak yang telah diseragamkan. Namun begitu,

agensi teknikal berkaitan masih bertanggungjawab terhadap operasi

dan pemantauan tadika/taska/taski/pusat jagaan mengikut bidang

kuasa masing-masing.

Bagi jangka masa panjang, tadika/taska/taski/pusat jagaan hendaklah

dilihat sebagai entity social dan bukannya perniagaan kerana ia

menawarkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan kea

lam persekolahan sebenar. Oleh itu, aspek perundangan dan

peraturan berkaitan, khususnya prihal tanah hendaklah diperkasakan

semula.

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

15

Adalah menjadi hasrat Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar

Manual Garis Panduan yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak

terlibat termasuk pengusaha, PBT dan agensi bertanggungjawab

dalam menyediakan kemudahan tadika/taska/taski/pusat jagaan.

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

16

12.0 LAMPIRAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN MERANCANG MENUKARGUNA BANGUNAN (TADIKA/TASKA/TASKI/PUSAT JAGAAN)

BAHAGIAN A – Jenis Bangunan

Bil Perkara Tanda Catatan

1. Rumah Sesebuah

2. Rumah Berkembar

3. Rumah Teres Lot Tepi

BAHAGIAN B – Semakan Dokumen

Bil Perkara Tanda Catatan

1. Surat permohonan rasmi (Jabatan Perancang

Bandar & Jabatan Pusat Setempat)

2. Borang A (perlu dilengkapkan oleh pemohon)

3. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)

(perlu dilengkapkan oleh pemohon)

4. Bayaran Fi Kebenaran Merancang (RM200.00)

5. Bayaran Fi Penyediaan Pelan Susunatur

(RM300.00)

6. Surat Hakmilik Tanah/ Geran Tanah/ Carian Rasmi/

Sale & Purchase Agreement (S & P)

7. Salinan cukai taksiran/cukai pintu terkini

8. Salinan cukai tanah terkini

9. Salinan Sijil Layak Menduduki (C.F) atau (CCC)

10. Salinan Surat pendaftaran syarikat (SSM)

11. Gambar bangunan sisi, hadapan, belakang, dalam

bangunan dan lot bersebelahan

12. Senarai nama pemilik rumah bersempadan dalam

jarak 66 kaki.

13. Salinan lesen perniagaan daripada Majlis

14. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan

Penyelamat Daerah Klang (berkaitan keselamatan

bangunan, pintu alternatif dan tangga keselamatan)

15. Surat sokongan dari Jabatan Pelajaran Selangor

(JPS)

-bagi permohonan tadika

16. Surat sokongan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat

(PKM)

-bagi permohonan taska/taski/pusat jagaan

17. Surat sokongan dari Pejabat Pendidikan Daerah

Klang (PPD Klang)

-bagi permohonan tadika

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

17

LAPORAN

CADANGAN PEMAJUAN

BAGI TUJUAN KEGUNAAN KHAS

(TADIKA / TASKA / PUSAT JAGAAN)

di atas

No: _______, Jalan __________________,

Taman _________________,

Mukim _________,

Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.

Untuk Tetuan _________________________

NAMA PEMOHON :

NO TEL:

WAKTU OPERASI :

BILANGAN MURID :

BILANGAN GURU/PENGASUH:

BILANGAN KELAS:

TAHUN OPERASI:

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

18

1.0 TAJUK PERMOHONAN

Permohonan Kebenaran Merancang Untuk ________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

1.1 Laporan Cadangan Pemajuan di sediakan untuk :

Nama Pemohon : ________________________

Alamat Pemohon : ________________________

Nama Pemilik berdaftar : ________________________

Alamat Pemilik : ________________________

2.0 PERIHAL TANAH

2.1 Hakmilikan Tanah

Nama Pemilik : __________________________________

Alamat : __________________________________

__________________________________

__________________________________

2.2 Butiran Maklumat Tanah

No. Lot/PT : ____________________________

Tempat : ____________________________

Mukim : ____________________________

Daerah : ____________________________

Keluasan Keseluruhan : ____________________________

Jenis Kegunaan Tanah : ____________________________

Syarat Nyata Tanah : ____________________________

Sekatan Kepentingan : ____________________________

Page 19: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

19

3.0 PERIHAL BANGUNAN

3.1 Struktur Bangunan : __________________________________

(cth : Papan, Kayu, Besi dan lain-lain-sila nyatakan)

3.2 Keluasan Bangunan : _________________________________

4.0 LOKASI DAN KEADAAN TAPAK

4.1 Lokasi : __________________________________

4.2 Keadaan tapak : __________________________________

5.0 GUNATANAH SEKITAR 200m

Utara : _______________________________________

Selatan : _______________________________________

Timur : _______________________________________

Barat : _______________________________________

6.0 AKSESIBILITI

Jalan utama yang digunakan untuk ke tapak cadangan/premis :

________________________________________________________

7.0 ZON PERANCANGAN

Mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang

(Pengubahan 1) 2020

________________________________________________________

Page 20: MAJLIS PERBANDARAN KLANG...12 9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12 10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13 11.0 PENUTUP 14 12.0 LAMPIRAN 16 No Pindaan: 0Tarikh Berkuatkuasa:

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)

20

8.0 CADANGAN PEMBANGUNAN

Komponen Pembangunan Unit Luas Peratus (%)

Maklumat ini adalah disahkan benar.

Perakuan diterima, no. daftar : _____________________________________

Tandatangan pemohon : _____________________________________

Tarikh : _____________________________________ : ____________________________________________