mahkamah syariah di malaysia

40
MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya. Sejarah Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Pada tahun 1952, negeri Selangor Dahrul Ehsan yang mula-mula sekali mewujudkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, kemudia diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat. Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di Pertuan Agung. Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara- perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah. Tujuan & Peranan Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as- Sunnah. 1

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

7.374 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mahkamah Syariah Di Malaysia

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan

jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.

SejarahPada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem

kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Pada tahun 1952, negeri Selangor Dahrul Ehsan yang mula-mula sekali mewujudkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, kemudia diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di Pertuan Agung.

Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

Tujuan & Peranan Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada

mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak

1

Page 2: Mahkamah Syariah Di Malaysia

melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam

Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut

syariat Islam. Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan

rumahtangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta

menyelesaikan masalah rumahtangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang

ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.

Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai

Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.

Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar

Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat

Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi

penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa

Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah

Syariah

Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di

2

Page 3: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

Mahkamah Syariah pula menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan, dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Tetrdapat negeri yang meletakkan Mahkamah Syariah di bawah pentadbiran Pejabat Agama negeri dengan bidang kuasa dan tugas yang berlainan.

Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi dan diikuti Majlis Agama & Istiadat. Terdapat di bawahnya Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Kadi Daerah

Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah

Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Kadi Besar

Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid Menguruskan kes-kes rayuan Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

Mahkamah Rayuan Syariah

Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh

Mahkamah Syariah Mengurangkan hukuman Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang

bicara Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda

tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan

Setiap rayuan akan didengar tiga orang ahli daripada jawatankuasa termasuk mufti

Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

3

Page 4: Mahkamah Syariah Di Malaysia

BIDANG KUASABidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja

2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau 3. Sebulan penjara atau 4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysua 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja

2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau 3. Enam bulan penjara atau 4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau 5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

ENAKMEN DAN AKTA KEKELUARGAAN ISLAM DI MALAYSIA

Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai

perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut:

4

Page 5: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Bil.

Negeri Nama Akta / Enakmen Rujukan

1 JohorEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor

5/1990

2Negeri Sembilan

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan

7/1983

3 PahangEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang

3/1991

4 PerakEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak

13/1991

5 PerlisEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis

4/1992

6Pulau Pinang

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang

2/1985

7 SelangorEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor

4/1984

8 TerengganuEnakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor

12/1985

9 Kedah Enakmen Keluarga Islam Kedah 1/1984

10 Kelantan Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1/1983

11 Melaka Enakmen Keluarga Islam Melaka 8/1983

12 Sabah Enakmen Keluarga Islam Sabah 15/1992

13 Sarawak Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 5/1991

5

Page 6: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Sarawak

14 W. Persekutuan

Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan

(A303) 1983 pindaan / (A828)

Diambil daripada " http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia "

6

Page 7: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Peranan Majlis Raja-Raja Dlm Sistem Raja Berperlembagaan

Di Malaysia

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-184.Sumber : Perpustakaan Foto, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia

PENGENALANMajlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada

perancangan British dalam tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai

Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat

orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi

British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan

atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1

September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.

7

Page 8: Mahkamah Syariah Di Malaysia

FUNGSIMajlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini

merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis

Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:

memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;

mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;

mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;

melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,

dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah

8

Page 9: Mahkamah Syariah Di Malaysia

perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang

berikut, iaitu:

memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;

memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;

mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;

mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;

perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau

pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

KEAHLIANSemua Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri secara

automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat

berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-

Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli

Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari yang kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri

sebagai penasihat baginda.

9

Page 10: Mahkamah Syariah Di Malaysia

PENGERUSI MESYUARAT Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah dipegang oleh kesemua

sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir.

KEKERAPAN MESYUARAT

Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga bilamana berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

TEMPAT MESYUARAT

Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara ataupun di tempat-tempat lain setelah dipersetujui oleh Majlis. Mesyuarat Majlis Raja-Raja pernah diadakan di luar Istana Negara misalnya:

Negeri-negeri yang pernah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah seperti berikut:

1 Mesyuarat ke 112, 27-28 September 1978Pulau Pinang

(Hotel Rasa Sayang)

2 Mesyuarat ke 116, 3-4 Oktober 1979Sarawak

(Dewan Undangan Negeri)

3 Mesyuarat ke 122, 14-15 Oktober 1981Selangor

(Istana Alam Shah)

4 Mesyuarat ke 128, 12-13 Oktober 1983Sabah

(Hotel Pantai Tanjung Aru)

5 Mesyuarat ke 138, 2-3 Julai 1986Perak

(Istana Iskandariah)

6 Mesyuarat ke 153, 13-14 Februari 1991Kedah

(Pelangi Beach Resort)

7 Mesyuarat ke 173, 10-11 Julai 1996 Melaka(A’ Famosa Resort)

10

Page 11: Mahkamah Syariah Di Malaysia

PENASIHAT

Semua Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada Tuanku dan Yang di-Pertua Negeri.

SETIAUSAHA MESYUARAT

Pegawai yang menjadi Setiausaha kepada Majlis Raja-Raja yang juga dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau dilantik oleh Majlis Raja-Raja mengikut Seksyen 4 dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

URUSETIA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia

11

Page 12: Mahkamah Syariah Di Malaysia

KUASA DIRAJA

Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan

sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara.

Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara

182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah

menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan.

Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

12

Page 13: Mahkamah Syariah Di Malaysia

PENAUNG

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI di Majlis Penutupan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-44 di Sibu, Sarawak pada 16 September 2001

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah menjadi penaung setelah dirundingkan dengan Jabatan Perdana Menteri kepada beberapa Pertubuhan/Kesatuan/Badan-badan Sukarela dalam Malaysia. Sebahagian daripada Pertubuhan/Kesatuan/Badan-badan Sukarela adalah seperti berikut:

Bil Lantikan Nama Pertubuhan Mulai Tarikh

1 Ketua Penaung Malayan Association of Youth Clubs

27.8.1957

2 PenaungEx-Services Association

of Malaya 25.9.1957

3 PresidenFederation of Malaya Red

Cross Society 30.12.1957

4 Ketua PenaungBlind Welfare Association

of Malaya 30.1.1958

5 Ketua PenaungBoy Scouts AssociationFederation of Malaya 2.9.1957

6 Ketua Penaung All Malaya Malays Tennis 2.1.1959

13

Page 14: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Tournament

7 Penaung Malayan Cricket Association 15.5.1960

8 Penaung Malaysia Amatur Athletic Union 13.4.1965

9 Penaung Persatuan Kriket Melayu Malaysia 13.4.1965

10 Ketua PenaungPertubuhan Penggambaran

Malaysia 6.10.1968

11 PenaungPersatuan Kebangsaan Orang

Pekak Malaysia 27.3.1967

12 Ketua Penaung Persatuan Palang Merah Malaysia 1.4.1971

13 PenaungJemaah Kebangsaan Jaksa

Pendamai 23.11.1973

14 PenaungPersatuan Pertolongan Cemas

St. John 10.10.1974

Perkara-Perkara Yang Tidak Boleh Dibuat Oleh Yang di-

Pertuan Agong

Perkara 34 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan:

"34. Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam.

(2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa saraan.

(3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa enterprais perniagaan.

14

Page 15: Mahkamah Syariah Di Malaysia

(4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis pendapatan yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya itu atau peruntukan mana-mana Undang-Undang Negeri.

(5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan Negara ke suatu negera lain.

(6) Fasal-fasal (2) dan (3) hendaklah juga dipakai bagi Raja Permaisuri Agong.

(7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lebih daripada lima belas hari maka Fasal (1) hingga (5) hendaklah dipakai baginya selama tempoh itu sebagaimana Fasal-fasal itu dipakai bagi Yang di-Pertuan Agong.

(8) Tiada apa-apa jua dalam fasal (1) boleh menahan Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan, sebagai raja bagi negerinya, apa-apa kuasa yang terletak padanya sama ada seorang diri atau bersama-sama dengan pihak berkuasa lain:

bagi meminda Perlembagaan Negerinya; atau bagi melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja

sebagai ganti seseorang Pemangku Raja atau ahli, mengikut mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya oleh kerana apa-apa sebab menjalankan kewajipan-kewajipan jawatan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja."

Perlantikan Jawatan-Jawatan Penting

15

Page 16: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII di upacara mengangkat sumpah bagi Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada 8 Mei 1995

Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantik orang-orang tertentu untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan seperti berikut:

Bil Jawatan Atas NasihatSelepas

dirundingkan

Rujukan Perlembagaa

n1 Yang di-Pertua Negeri Perdana

MenteriMajlis Mesyuarat Kerajaan/Kabinet

Negeri

Perlembagaan Negeri

2 Peguam Negara Perdana Menteri

- 145(1)

3 Ketua Audit Negara Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja 105(1)

4 Ketua Turus Angkatan Bersenjata

Majlis Angkatan Tentera

- 137(3)(C)

5 Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja 122(B)(1)

6 Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara

Perdana Menteri

Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

140(4) dan (5)

7 Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja 122B(1)

8 Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja 139(4)

9 Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja 141A(2)

10 Pengerusi dan Ahli–ahli Suruhanjaya Pilihanraya

Perdana Menteri

Majlis Raja-Raja 114(1)

11 Ketua Setiausaha Perdana Suruhanjaya 144(3) dan (5)

16

Page 17: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan

Menteri Perkhidmatan yang berkenaan

Di samping itu juga baginda mempunyai kuasa melantik jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan Badan-badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah beberapa Akta antaranya:

Anti-Corruption Agency Act 1982 (Act 271) – Pelantikan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah.

Births and Deaths Registration Act 1957 (Revised 1983) (Act 299) – Pelantikan Ketua Pendaftar Beranak dan Mati dan lain-lain pegawai.

Employement Act 1955 (Revised 1981) (Act 165) – Pelantikan Ketua Pengarah Buruh dan lain-lain pegawai.

Federal Lands Commissioner Act 1957 (Revised 1988) (Act 349) – Pelantikan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Fisheries Act 1985 (Act 317) – Pelantikan Ketua Pengarah Perikanan. Immigration Act 1959/63 (Revised 1975) (Act 155) – Pelantikan

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Imigresen.

Lembaga Urusan dan Tabung Haji Act 1969 (Act 8) – Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

17

Page 18: Mahkamah Syariah Di Malaysia

LAIN-LAIN TUGAS PENTING YANG DI-PERTUAN AGONG

Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet

Tentera Udara diRaja Malaysia oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI di Kolej Tentera Udara, TUDM Alor Setar, Kedah pada 29 Jun 1999

Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:

"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.

Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."

Kuasa Pengampunan

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan

18

Page 19: Mahkamah Syariah Di Malaysia

menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"42. Kuasa bagi mengampun, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya."

(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.

(4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:

(a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Perkara 40(3);

(b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).

(5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah

19

Page 20: Mahkamah Syariah Di Malaysia

yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan tugasnya.

(6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.

(7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.

(8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu.

(9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.

(10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai “Ketua Menteri negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:

(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya;

(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan,

20

Page 21: Mahkamah Syariah Di Malaysia

kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka;

(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu;(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.

(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja.

Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak

Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini."

Sumber Penghormatan dan Kebesaran

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda.

Fungsi diplomatik

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.

21

Page 22: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai

majlis dan acara

Fungsi Kehakiman

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI disambut oleh pegawai-pegawai kanan Mahkamah Tinggi di bangunan Sultan Abdul Samad sempena Majlis Perasmian Mahkamah Rayuan pada 17 September 1994

Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya

22

Page 23: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun. Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan cara menulis surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai penyingkiran hakim pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak senonoh, atau ketidakupayaannya menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun fikiran terganggu atau lain-lain alasan. Selepas menerima representasi itu Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya.

Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan tribunal maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari jawatannya.

Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima ataupun menolak cadangan–cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada jawatannya.

Kedudukan Perjawatan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah

Tinggi

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan 1

Presiden Mahkamah Rayuan 1

Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak 2

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan 7

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan

23

Page 24: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Presiden Mahkamah Rayuan 1

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan 10

Keanggotaan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Malaya 47

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak 10

Kuasa Bagi Mengisytiharkan Darurat

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berpuas hati mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bahawa suatu darurat

besar yang sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri-negeri dalam keadaan terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat.

Perkara 150 Perlembagaan menyatakan:

"150. Perisytiharan Darurat.

(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamnya pengumuman yang bermaksud sedemikian.

(2) Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraaan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hampir akan berlakunya kejadian yang mengancamkan itu.

(2a) Kuasa yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini hendaklah termasuk kuasa mengeluarkan Perisytiharan-perisytiharan yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan itu ada berkuatkuasa.

24

Page 25: Mahkamah Syariah Di Malaysia

(2b) Jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan segera, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan apa-apa ordinan sebagaimana Yang di-Pertuan Agong berpendapat adalah dikehendaki oleh hal-hal keadaan.

(2c) Sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah berkuatkuasa sama seperti Akta Parlimen dan hendaklah terus berkuatkuasa sepenuhnya seolah-olah ianya Akta Parlimen sehingga ianya dibatalkan atau dimansuhkan di bawah Fasal (3) atau sehingga ianya luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan ordinan-ordinan di bawah Fasal (2b) boleh dijalankan berhubungan dengan apa-apa perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang mengenainya, tidak kira acara perundingan atau lain-lain acara yang dikehendaki diikuti, atau bahagian dari jumlah undi yang dikehendaki diperolehi, dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b) hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan suatu Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2b).

(4) Semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan adalah, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasuk memberi arahan-arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihakberkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6a), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa, Parlimen boleh, walau apapun peruntukan dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk suatu undang-undang itu atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-undang itu, dan juga tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan atau kuatkuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuannya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6a), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah Perkara ini, dan tiada apa-apa peruntukkan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa dan yang menyatakan bahawa undang-undang itu adalah,

25

Page 26: Mahkamah Syariah Di Malaysia

pada pendapat Parlimen, dikehendaki oleh sebab darurat, boleh terbatal atas alasan bahawa ia adalah berlawanan dengan mana-mana peruntukkan Perlembagaan ini.

(6a) Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan yang berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti berkuatkuasa, apa-apa ordinan yang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan itu berkuatkuasa, iaitu setakat mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini, hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkara-perkara yang telah dilakukan atau tidak dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang tersebut itu.

(8) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini:

(a) puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2b) adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah atau apa-apa alasan; dan

(b) tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa permohonan, persoalan atau pembicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya(i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam Pengisytiharan itu yang bermaksud sebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu;

(iii) apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2b); atau

(iv) penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu.

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu."

KETUA AGAMA ISLAM Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menghendaki Perlembagaan Negeri-

negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan

26

Page 27: Mahkamah Syariah Di Malaysia

yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Negeri-negeri tersebut. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta di negeri asalnya. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak kuasa pelantikan ini telah diturunkan kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 3 dalam Perlembagaan memperuntukan:

"3. Ugama bagi Persekutuan.

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifat-sifatnya sebagai Ketua Ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya."

Fungsi Perundangan (Perkara 44)

27

Page 28: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII semasa merasmikan Sesi Parlimen pada April 1999

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh kerana Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa-kuasa berikut:

Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa; Memberhentikan dan membubarkan Parlimen; Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam

kedua-dua Majlis Parlimen bersama; dan Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh orang senator lagi.

Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih.

"44. Keanggotaan Parlimen. Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat".

"45. Keanggotaan Dewan Negara.

(1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut:

(a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

(aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

(b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam

28

Page 29: Mahkamah Syariah Di Malaysia

perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.

(3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tercatat oleh pembubaran Parlimen.

(3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya:

Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian itu selama baki tempohnya.

(4) Parlimen boleh dengan undang-undang:

menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang;

membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;

mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik".

Fungsi Eksekutif (Perkara 39)

29

Page 30: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat

Mengangkat Sumpah memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong XIII pada 13 Disember 2006.

Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itu kepada orang lain.

Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenai kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsi Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu ialah:

Melantik seorang Perdana Menteri; Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan

Parlimen; Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang

semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat suara terbanyak dalam Parlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan:

"39. Kuasa pemerintah Persekutuan.

Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain".

"40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

30

Page 31: Mahkamah Syariah Di Malaysia

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:

a) Melantik seorang Perdana Menteri.

b) Tidak mempersetujui permintaan membubar parlimen.

c) Meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan Dan kebesaran Duli2 Yang Maha Mulia Raja2 Dan mengambil apa2 tindakan dlm mesyuarat itu,

d) Dan dlm apa2 hal lain yg tersebut dlm parlimen ini.

(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri:

Tugas2 yg boleh dijalankan menurut budi bicaranya.

Tugas2 lain jika untuk menjalankan peruntukan ada dibuat dlm mana2 perkara lain.

Kedudukan Seri Paduka Baginda Dalam Senarai Keutamaan Persekutuan

31

Page 32: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bersemayam di atas

Singgahsana pada hari pertabalan.

Susunan Keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang kedua puluh. Susunan Keutamaan ini telah digazet dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998.

Susunan Keutamaan ini menyenaraikan 70 kategori seperti berikut:

1. Yang di-Pertuan Agong. 2. Raja Permaisuri Agong. 3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja. 4. Yang Dipertua Negeri-Negeri. 5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja

daripada Kerajaan Persekutuan. 6. Perdana Menteri. 7. Timbalan Perdana Menteri.

Kehormat - 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda) 8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) 9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara, (S.M.N.) 10.Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.)

Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.

11.Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. 12.Yang Dipertua Negeri Dewan Negara. 13.Yang Dipertua Dewan Rakyat. 14.Bekas-bekas Perdana Menteri. 15.Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri. 16.Ahli-ahli Jemaah Menteri. 17.Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.

Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 18.Peguam Negara. 19.Panglima Angkatan Tentera. 20.Ketua Polis Negara. 21.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 22.Timbalan-Timbalan Menteri. 23.Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua

Dewan Rakyat.

32

Page 33: Mahkamah Syariah Di Malaysia

24.Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku-Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.

25.Presiden Mahkamah Rayuan. 26.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya. 27.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. 28.Ketua Pembangkang di Parlimen. 29.Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan. 30.Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. 31.Setiausaha-Setiausaha Parlimen. 32.Bekas Ketua Setiausaha Negara. 33.Pegawai-pegawai Gred Utama Turus 1, 11 dan III. 34.Bekas Peguarn Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera dan

Bekas Ketua Polis Negara. 35.Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah

Perlembagaan Persekutuan. 36.Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. 37.Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam. 38.Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman. 39.Ketua Audit Negara. 40.Gebenor Bank Negara. 41.Datuk Bandar Kuala Lumpur. 42.Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. 43.Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 44.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 45.Datuk Paduka Maharaja Lela. 46.Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.) 47.Ahli-ahli Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) 48.Profesor-Profesor Diraja. 49.Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.) 50.Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.)

Kehormat - 50A. Timbalan-Timbalan Menteri Besar/Timbalan Ketua Menteri.Kehormat - 50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.

51.Ahli-ahli Dewan Negara. 52.Ahli-ahli Dewan Rakyat. 53.Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan

Polis yang setaraf dengannya. 54.Panglima Tentera Darat. 55.Panglima Tentera Laut. 56.Panglima Tentera Udara. 57.Timbalan Ketua Polis Negara. 58.Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. 59.Naib-Naib Canselor Universiti.

Kehormat - 59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Menteri Negeri di Sabah/Sarawak.

60.Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.

61.Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.Kehormat - 61A Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.

62.Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu

33

Page 34: Mahkamah Syariah Di Malaysia

63.Pegawai-pegawai Gred Utama'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Kehormat - 63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

64.Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.) 65.Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.) 66.Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.) 67.Pegawai-pegawai Gred 1, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan

Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. 68.Setiausaha-Setiausaha Politik. 69.Pegawai-pegawai Gred 11 dan Pegawai-pegawai Tentera dan Polis

yang setaraf dengannya.

Konsul-konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

SERI PADUKA BAGINDA.

34

Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong VII dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong X

dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong VIdan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong XI dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII Dan

Raja Permaisuri Agong.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX dan Raja Permaisuri Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII Dan Raja

Permaisuri Agong

Page 35: Mahkamah Syariah Di Malaysia

KEDUDUKAN DAN KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG

Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenadakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."

Perkara 182 dan 183 dlm Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

"182. Mahkamah Khas.

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit.

(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletakhak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan

35

Page 36: Mahkamah Syariah Di Malaysia

Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.

(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas.

(6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undang-undang bertulis.

"183. Tiada Tindakan Boleh Dimulakan Terhadap Yang Di-Pertuan Agong Atau Raja Kecuali Dengan Keizinan Peguam Negara Sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang

dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri."

36

Page 37: Mahkamah Syariah Di Malaysia

37