maha

13

Click here to load reader

Upload: aishah-amira

Post on 11-Jul-2015

1.058 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Maha

PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN

CAWANGAN AMPANG

SUBJEK: KEUSAHAWANAN HOSPITALITI DAN PELANCONGAN

KOD SUBJEK: CRS 1013

TAJUK: TUGASAN 1 : JENIS PRODUK (MAHA)

NAMA: NOR HAZREENA BINTI HARUN

1032011060060

NADIRAH BINTI ABDULLAH

1032011060020

NURUL AIN BINTI SARI

1032011060057

NAMA PENSYARAH: CIK NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD NOR

TARIKH HANTAR : 14/12/2012

Page 2: Maha

2

ISI KANDUNGAN

TAJUK M/S

1) Burger Ramly 3-4

2) BERNAS 5-6

3) Pizza Pah 7

4) Alam Maya Teh Peria 8

5) Yakult 9-10

6) Lampiran 11

7) Rujukan 12

Page 3: Maha

3

BURGER RAMLY

Sejarah

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi

salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati

gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke

Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.

Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri

pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama

ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt.

Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal,

bersih dan bermutu.

Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian

Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur

dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke

pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan

bakal ke taraf antarabangsa.

Pengasas

Ramly Mokni

Jenis warung atau gerai ramly burger di malaysia

Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan

produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran

Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun

Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan

khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran

produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah

didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala

Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad,

dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat

borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang

awam.

Page 4: Maha

4

PRODUK

Burger Ayam

Burger Lembu

Burger Ayam Rasa Panggang

Burger Lembu Rasa Panggang

Burger Ayam Oblong Klasik

Burger Lembu Oblong Klasik

Burger Kambing Oblong Klasik

Burger Ikan

Burger Udang

Kualiti

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk.

Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan

bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini

berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi

Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Produksi

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan

kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji

dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi

kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat

memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan

juga memastikan produktiviti produk.

Penyediaan

Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau

plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger.

Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa

digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger

dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili

ataupun sos barbeku.

Page 5: Maha

5

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

Sejarah

Padiberas Nasional Berhad ( BERNAS ) telah ditubuhkan pada Januari 1996 dan

mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara ( LPN ) sebagai penjaga industri

padi dan beras tempatan.Dari situ , BERNAS menyambung peranan utama dalam

mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara , di samping mengambil alih

tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili

pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani , mengurus Skim

Pengilangan Padi Bumiputra , membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin

dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani. BERNAS terus berkembang melalui

integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat

antarabangsa bagi sektor pemborongan , perladangan , pemprosesan dan

pengedaran.Sebagai sebuah badan korporat , BERNAS bertanggungjawab untuk

memastikan penyediaan bekalan beras yang berterusan dengan harga yang berpatutan

kepada rakyat Malaysia dengan mengoptimakan rangkaian pembekalan, infrastruktur dan

rangkaian pengedaran SyarikatPada 26 April 2011 BERNAS terus memenuhi obligasinya di

bawah Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani dengan Kerajaan pada tahun 1996.

Kewajipan ini termasuk penyelenggaraan stok penimbal beras Negara , bertindak sebagai

pembeli terakhir bagi petani padi, menguruskan Bumiputera Rice Millers Skim dan

pengedaran Subsidi Harga Padi kepada petani bagi pihak Kerajaan.

Pengasas

Pengerusi : Dato’ Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan

Pengarah Urusan : Datuk Bakry Bin Hamzah

Jenis Produk

JENIS BERAS

Beras Perang

Beras Wangi

Beras Hancur

Beras Basmati

Beras Pulut

Beras Tempatan

Beras Import

Page 6: Maha

6

PRODUK SAMPINGAN

Biji-Bijian

Tepunng

Pemegang saham utama / pelabur

Tradewinds (M) Berhad

Mayban Nominees ( Tempatan ) Sdn Bhd

AIBB Nominees ( Tempatan ) Sdn Bhd

Pertubuhan Peladang Kebangsaan

Persatuan Nelayan Kebangsaan ( NEKMAT )

Citigroup Nominees ( Tempatan ) Sdn Bhd

HLG Nominee ( Tempatan ) Sdn Bhd

CIMSEC Nominees ( Tempatan ) Sdn Bhd

Maybank Nominees ( Tempatan ) Sdn Bhd

Citigroup Nominees ( Tempatan ) Sdn Bhd

Maybank Nominees ( Tempatan ) Sdn Bhd

Page 7: Maha

7

PIZZA PAH

SEJARAH

Pizza Pah Foods Sdn Bhd ( Pizza Pah ) ialah sebuah syarikat perusahaan makanan milik

100% Bumiputra ( Melayu ) Islam , telah didaftar di Malaysia , di bawah Akta Syarikat 1965

pada 25 Mei 2005. Sebelum ditukar kepada sebuah syarikat Sdn Bhd , Pizza Pah telah

beroperasi sebagai sebuah syarikat Pemilik Tunggal dengan nama Pizza Pah Enterprise

sejak November 1998.

Beroperasi sejak 1998 , Pizza Pah Foods Sdn Bhd ialah pengeluar pizza sejuk beku

Bumiputra Islam pertama di Malaysia yang telah Berjaya menyediakan pilihan kepada umat

Islam untuk menjamu selera tanpa waswas.

Semua komponen pizza seperti roti pizza , sos pizza dan lauk (topping) disediakan sendiri

oleh Pizza Pah menggunakan bahan mentah yang disahkan HALAL oleh JAKIM. Semua

pekerja kami beragama Islam.

PENGUSAHA

Puan Sharifah Rofiah Bt Hj. Syed Hassan

Pengarah Urusan

JENIS PERNIAGAAN

Syarikat Sdn Bhd / Pemilik Tunggal

PRODUK

Pizza Segera

Roti Pizza

Sos Pizza

Pizza Toppings

Page 8: Maha

8

ALAM MAYA THE PERIA

Sejarah

Anggaran daripada ‘WHO’ mendapati bilangan penghidap diabetes di dunia meningkat

100% dalam masa hanya 8 tahun Pada tahun 1998 sebanyak 150 juta orang manakala

tahun 2005 sebanyak 300 juta orang. Penyakit kencing manis atau diabetes

merupakan salah satu penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat

sekarang ekoran gaya hidup moden. Makanan segera, makanan siap dibeli di gerai

atau restoran kadang-kala boleh menyumbang kepada penyakit berkaitan.

Di Malaysia saja, hampir 1.2 juta individu dikenal pasti menghidap tersebut dan

menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), diabetes boleh berlaku pada mana-

mana kaum di negara ini. Diabetes jika tidak dikawal boleh menyebabkan beberapa

komplikasi termasuk penyakit kardiovaskular atau jantung, kegagalan ginjal, kerosakan

retina, saraf dan luka yang sukar disembuhkan. Dari situ kami mendapat idea untuk

membuat penawar bagi banyak penyakit percaya atau tidak PERIA adalah penawar

yang anda cari-cari selama ini. Sama ada anda suka atau tidak, sejak dari zaman

dahulu, orang tua-tua telah menggunakan sayur PERIA sebagai penawar untuk

pelbagai masalah kesihatan. Tumbuhan ini lazimnya digunakan sebagai ubat

tradisional di China, India, Afrika dan tenggara Amerika Syarikat. Peria yang dikenali

dengan nama botaninya, Momordica Charantia, sebenarnya kaya dengan pelbagai

nutrien. Namakan sahaja - Vitamin A, Tiamina, Riboflavin, Asid Nikotinik, Vitamin C dan

Zat Besi, semuanya terdapat pada sayuran ini

Pengasas

Pengarah Urusan : Mohd Saufy Nizar Abd Rahman

Jenis Perniagaan

Membekalkan dan mengedarkan barangan industri kecil da sederhana (IKS),

mengeluarkan barangan tradisional

Nizar Marketing & Trading SDN BHD

Produk

Teh Peria Premium

Teh Peria Plus

Kopi Peria Premium

Teh Peria

Page 9: Maha

9

YAKULT ( MINUMAN )

SEJARAH

Pada tahun 1930 , Dr Minoru Shirota , yang telah menjalankan penyelidikan dalam makmal

mikrobiologi di Fakulti Perubatan Universiti Kyoto di Jepun , menjadi orang pertama di dunia

yang berjaya dalam pengkulturan strain bakteria asid laktik yang bermanfaat untuk

kesihatan manusia. Bakteria ini telah dinamakan sebagai "Lactobacillus casei Shirota strain"

selepas Dr Shirota. Pada masa itu , Jepun bukanlah sebuah negara yang kaya dan ramai

kanak-kanak kehilangan nyawa mereka kerana penyakit berjangkit dan maladies lain yang

dibawa oleh malnutrisi. Keadaan ini amat membimbangkan dan Dr Shirota telah ditentukan

untuk menumpukan usaha beliau mengenai perubatan pencegahan serta mengalihkan

perhatian kepada kajian mikroorganisma.

KILANG YAKULT DI MALAYSIA

Yakult ( Malaysia ) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Yakult Honsha , Jepun. Yakult

telah melakukan berjuta-juta ringgit untuk menubuhkan dan mengendalikan kilang tempatan

di Seremban , Negeri Sembilan dan Ibu Pejabatnya di Glenmarie , Shah Alam. Sejak itu,

mereka telah membuka pejabat cawangan di Johor Bahru , Melaka , Penang , Kuantan ,

Ipoh , Seremban dan Kota Bharu. Yakult ( M ) Sdn Bhd kini menggaji lebih 180 orang di

seluruh Malaysia. Pekerjanya termasuklah pekerja pengeluaran , perunding jualan , pegawai

perkhidmatan pelanggan , kakitangan pentadbiran , pengurus dan kakitangan sumber

manusia.

Page 10: Maha

10

PENGENALAN PRODUK

Yakult merupakan produk susu berasaskan probiotik dari Jepun yang dibuat melalui proses

penapaian campuran susu skim dengan satu strain bakteria khas Lactobacillus casei

Shirota. Ia dicipta oleh Minoru Shirota yang bergraduate dari Sekolah Perubatan Universiti

Kyoto pada tahun 1930. Pada tahun 1935, beliau mula mengeluarkan Yakult serta

menjualnya. Sumber rasmi mengatakan nama tersebut berasal daripada perkataan jahurto,

sebutan lama bagi jogurto, iaitu istilah bahasa Esperanto untuk "yogurt". Sejak itu, Yakult

juga telah memperkenalkan barisan minuman bagi pasaran Jepun yang mengandungi

bakteria Bifidobacterium breve, serta menggunakan penyelidikannya mengenai

lactobacillium untuk membangunkan produk kosmetik. Baru-baru ini, Yakult Honsha

memainkan peranan utama dalam membagunkan ubat kemoterapi irinotecan.

Selepas pengenalannya di Jepun dan Taiwan, Yakult kemudian mula dijual di Brazil pada

tahun 1966, berikutan jumlah pendatang Jepun yang ramai di negara tersebut, sebelum ia

dijual di negara-negara lain. Hari ini, Yakult dijual di lebih 31 negara , walaupun kultur

bakterianya dibekalkan daripada strain induk dari Jepun tanpa mengira lokasi pengeluaran.

Yakult dijual dalam pelbagai saiz berbeza mengikut negara. Di Australia, Eropah, India, dan

Indonesia, Yakult dijual dalam botol 65mL. Manakala di Amerika, Jepun, Filipina, Malaysia

dan Korea Selatan , ia dijual dalam botol 80 ml saiz yang sama turut digunakan untuk

pasaran Mexico yang merupakan salah satu pasaran terbesar Yakult. Ia juga boleh didapati

di Thailand , Singapura , Taiwan dan Tanah Besar China.

JENIS PRODUK

Yakult Ace

Yakult Ace Light

Page 11: Maha

11

LAMPIRAN

Page 12: Maha

12

Page 13: Maha

13

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Burger_Ramly

http://www.ramly.com.my/Ramly%20Web(Product%20B1%20BM.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Padiberas_Nasional_Berhad

http://www.bernas.com.my/

http://usahawan-ramlyburger.blogspot.com/

http://www.pizzapah.com.my/

http://www.tehperia.biz/syarikat.asp

http://www.yakult.com.my/

http://www.yakult.com.my/html/yakult_my_factory.html