documentm6

4
ISL Minggu 6 (MOHD IHSANNUDDIN) MENGUMPUL BAHAN-BAHAN DARIPADA PELBAGAI SUMBER PERKEMBANGAN MODERNISASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA. Ekonomi Malaysia berkembang 4.3 peratus suku kedua 2013 2013/08/22 - 06:38:51 AM Mahanum Abdul Aziz dan Hazwan Faisal Mohamad Cetak Emel Kawan Disokong pengukuhan berterusan permintaan domestik EKONOMI Malaysia berkembang 4.3 peratus pada suku kedua lalu di sebalik persekitaran luar yang lemah disokong oleh pengukuhan berterusan permintaan domestik. Ini menjadikan kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh separuh pertama tahun ini pada 4.2 peratus. Pada suku pertama lalu, ekonomi negara berkembang 4.1 peratus. Permintaan domestik terus mengukuh tetapi kemerosotan dalam eksport memberi kesan ketara kepada pertumbuhan keseluruhan,” Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz Berdasarkan kepada prestasi separuh pertama itu dan persekitaran luar yang masih lagi lemah, Bank Negara Malaysia menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan enam peratus sebelum ini.

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 24-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gfghrgdexhfdxhbdrhffghfgft

TRANSCRIPT

ISL Minggu 6 (MOHD IHSANNUDDIN)MENGUMPUL BAHAN-BAHAN DARIPADA PELBAGAI SUMBER PERKEMBANGAN MODERNISASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA.

Ekonomi Malaysia berkembang 4.3 peratus suku kedua 20132013/08/22 - 06:38:51 AMMahanum Abdul Aziz dan Hazwan Faisal MohamadCetakEmel KawanDisokong pengukuhan berterusan permintaan domestik

EKONOMI Malaysia berkembang 4.3 peratus pada suku kedua lalu di sebalik persekitaran luar yang lemah disokong oleh pengukuhan berterusan permintaan domestik.Ini menjadikan kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh separuh pertama tahun ini pada 4.2 peratus. Pada suku pertama lalu, ekonomi negara berkembang 4.1 peratus.

Permintaan domestik terus mengukuh tetapi kemerosotan dalam eksport memberi kesan ketara kepada pertumbuhan keseluruhan, Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz

Berdasarkan kepada prestasi separuh pertama itu dan persekitaran luar yang masih lagi lemah, Bank Negara Malaysia menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan enam peratus sebelum ini.

Meskipun kita akan mencatatkan kemajuan pada separuh kedua tahun ini, kita mungkin mencatatkan pertumbuhan sederhana berbanding yang diunjurkan sebelum ini.

Permintaan domestik terus mengukuh tetapi kemerosotan dalam eksport memberi kesan ketara kepada pertumbuhan keseluruhan, katanya pada sidang media mengumumkan perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia bagi suku kedua 2013 ini di Kuala Lumpur semalam.Zeti menjelaskan, pada suku kedua lalu, permintaan domestik berkembang 7.3 peratus, tetapi eksport mencatat penurunan yang lebih besar berikutan prestasi yang lembap bagi kebanyakan produk eksport.Pada suku berkenaan, katanya penggunaan swasta meningkat 7.2 peratus , disokong oleh persekitaran pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan pendapatan mampan dalam sektor berorientasikan domestik.

Penggunaan awam pula berkembang 11.1 peratus mencerminkan terutama oleh perbelanjaan Kerajaan yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan serta perbelanjaan yang mampan bagi emolumen.Zeti berkata pada suku dikaji, pelaburan swasta meningkat 12.7 peratus, disokong perbelanjaan modal dalam subsektor perkhidmatan berkaitan pengguna, pelaksanaan projek infrastruktur yang berterusan serta peningkatan kapasiti dalam sektor minyak dan gas.Pelaburan awam bagaimanapun merosot 6.4 peratus berbanding 17.3 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini, katanya.Dari segi penawaran, beliau berkata, sektor perkhidmatan dan perkilangan terus berkembang, didorong terutama oleh subsektor berkaitan pasaran domestik.

Sektor perlombongan pula, katanya kembali positif berikutan pengeluaran gas asli dan minyak mentah yang lebih tinggi.

Pertumbuhan sektor pertanian bagaimanapun menyederhana berikutan pengeluaran getah asli yang jatuh dengan ketara dan pertumbuhan pengeluaran minyak sawit mentah lebih perlahan, sementara sektor pembinaan kekal kukuh, didorong subsektor kejuruteraan awam dan kediaman, katanya.Sementara itu Zeti berkata, penurunan dalam lebihan akaun semasa yang berlaku ketika ini dijangkakan kembali pulih dalam tempoh separuh kedua ini.Katanya, persekitaran luar diunjurkan akan bertambah baik pada separuh kedua ini, dan ini akan memberikan sokongan kepada eksport negara.Zeti bagaimanapun berkata, jika keadaan adalah di sebaliknya, kerajaan mempunyai opsyen untuk menangani defisit akaun semasa itu, termasuk dengan menjadualkan semula pelaburan besar yang mempunyai input import yang tinggi seperti yang dilaksanakan pada pertengahan 1990-an.Beliau juga berkata, kerajaan sedang meninjau pelbagai cara untuk menguruskan kedudukan fiskal negara yang mana maklumat mengenainya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2014 nanti.

Mengenai pengaliran keluar modal portfolio asing yang sedang berlaku ketika ini berikutan reaksi pelabur terhadap kemungkinan Amerika Syarikat akan menghentikan pakej rangsangan ekonominya, Zeti berkata, Malaysia mempunyai daya tahan yang tinggi untuk berdepan dengan ketidaktentuan aliran keluar masuk dana ke dalam pasaran tempatan.