m orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · dimensikoop maktab koperasi malasia y...

7
DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat yang menyatakan bahawa kita tidak akan dapat peluang kedua untuk membuat pandangan pertama yang baik (to make a good first impression). Bagi kebanyakan psikologi, penulis dan pemimpin pula bersetuju bahawa kita hanya ada 7 hingga ke 17 saat sahaja untuk mempamerkan dan mendapat pandangan yang baik dari orang lain sebelum mereka memberi pendapat tentang diri kita (Lampton, 2011). Jika auranya positif, orang akan suka, tetapi jika auranya negatif, ia akan menerbitkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Personaliti yang positif akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan, persekitaran dan kerjaya seseorang. Kadang-kala kita pernah mengalami perasaan seperti ini. Pada pandangan pertama kepada seseorang yang kita tidak pernah jumpa, hati kita akan terdetik sama ada suka atau tidak suka. Justeru, kita perlu berusaha untuk menerbitkan aura yang positif dengan pembentukan personaliti cemerlang melalui 10 kecerdasan (10 Quotient). Izani (2010) menggariskan sifat-sifat orang positif yang mendorong melahirkan cemerlang di dunia dan di akhirat. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut: i) Mempunyai kesungguhan dan keazaman yang sangat kuat dan tinggi sebagai penggerak untuk melakukan pekerjaan. ii) Tidak pernah wujud rasa kecewa dan putus asa dalam kehidupan orang yang bersikap positif. iii) Sentiasa optimistik dan dapat melontarkan idea-idea yang luar jangkaan bagi mengatasi permasalahan yang timbul. Oleh | Najmah Nawawi Pusat Konsultasi Koperasi, MKM 1. iv) Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba kerana mereka hanya akan melihat peluang dan bukannya halangan dalam menghadapi rintangan, cabaran dan permasalahan. v) Tidak mengeluh dan menyalahkan diri terhadap kekurangan yang ada pada diri sendiri. Kekurangan yang ada dijadikan cabaran kepada dirinya untuk berjaya dalam kehidupan. Oleh demikian, seharusnya personaliti cemerlang melalui 10Q perlu ada pada setiap pekerja dalam memaksimumkan keupayaan diri bagi memastikan kecemerlangan tugasan. 10Q yang dimaksudkan ialah Kecerdasan Minda (Intelligent Quotient), Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient), Kecerdasan Spritual (Religious Quotient), Kecerdasan Sosial (Sosial Quotient), Kecerdasan Adversiti (Adversity Quotient), Kecerdasan Motivasi (Motivation Quotient), Kecerdasan Pertuturan (Verbal Quotient), Kecerdasan Kesetiaan (Loyal Quotient), Kecerdasan Fizikal (Physical Quotient) dan Kecerdasan Keseimbangan (Balance Quotient). Kecerdasan Minda (Intelligent Quotient) “Intellectual growth should commence at birth and cease only at death.” (Pertumbuhan kecerdikan seharusnya bermula sejak lahir dan hanya berhenti selepas kematian) (Albert Einstein - Search Quotes, 2011) Kecerdasan Minda (Intelligent Quotient) atau IQ merujuk kepada kemampuan pekerja untuk men- cerna masalah dan menghasilkan penyelesaian yang PEMBENTUKAN PERSONALITI CEMERLANG MELALUI 10 Q dimensi.jan.2012.indd 27 5/11/12 9:45 AM

Upload: vuminh

Post on 06-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: M Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malasia y 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat iv) yang menyatakan bahawa kita tidak

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

27

Mungkin kita pernah men dengar pendapat yang menyatakan bahawa kita tidak akan dapat peluang kedua untuk membuat

pandangan pertama yang baik (to make a good first impression). Bagi kebanyakan psikologi, penulis dan pemimpin pula bersetuju bahawa kita hanya ada 7 hingga ke 17 saat sahaja untuk mempamerkan dan mendapat pandangan yang baik dari orang lain sebelum mereka memberi pendapat tentang diri kita (Lampton, 2011).

Jika auranya positif, orang akan suka, tetapi jika auranya negatif, ia akan menerbitkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Personaliti yang positif akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan, persekitaran dan kerjaya seseorang. Kadang-kala kita pernah mengalami perasaan seperti ini. Pada pandangan pertama kepada seseorang yang kita tidak pernah jumpa, hati kita akan terdetik sama ada suka atau tidak suka. Justeru, kita perlu berusaha untuk menerbitkan aura yang positif dengan pembentukan personaliti cemerlang melalui 10 kecerdasan (10 Quotient).

Izani (2010) menggariskan sifat-sifat orang positif yang mendorong melahirkan cemerlang di dunia dan di akhirat. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:

i) Mempunyai kesungguhan dan keazaman yang sangat kuat dan tinggi sebagai penggerak untuk melakukan pekerjaan.

ii) Tidak pernah wujud rasa kecewa dan putus asa dalam kehidupan orang yang bersikap positif.

iii) Sentiasa optimistik dan dapat melontarkan idea-idea yang luar jangkaan bagi mengatasi permasalahan yang timbul.

Oleh | Najmah NawawiPusat Konsultasi Koperasi, MKM

1.

iv) Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba kerana mereka hanya akan melihat peluang dan bukannya halangan dalam menghadapi rintangan, cabaran dan permasalahan.

v) Tidak mengeluh dan menyalahkan diri terhadap kekurangan yang ada pada diri sendiri. Kekurangan yang ada dijadikan cabaran kepada dirinya untuk berjaya dalam kehidupan.

Oleh demikian, seharusnya personaliti cemerlang melalui 10Q perlu ada pada setiap pekerja dalam memaksimumkan keupayaan diri bagi memastikan kecemerlangan tugasan. 10Q yang dimaksudkan ialah Kecerdasan Minda (Intelligent Quotient), Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient), Kecerdasan Spritual (Religious Quotient), Kecerdasan Sosial (Sosial Quotient), Kecerdasan Adversiti (Adversity Quotient), Kecerdasan Motivasi (Motivation Quotient), Kecerdasan Pertuturan (Verbal Quotient), Kecerdasan Kesetiaan (Loyal Quotient), Kecerdasan Fizikal (Physical Quotient) dan Kecerdasan Keseimbangan (Balance Quotient).

Kecerdasan Minda (Intelligent Quotient)

“Intellectual growth should commence at birth and cease only at death.”(Pertumbuhan kecerdikan seharusnya bermula sejak lahir dan hanya berhenti selepas kematian)

(Albert Einstein - Search Quotes, 2011)

Kecerdasan Minda (Intelligent Quotient) atau IQ merujuk kepada kemampuan pekerja untuk men­cerna masalah dan menghasilkan penyelesaian yang

PEMBENTUKAN PERSONALITI CEMERLANG

MELALUI 10 Q

dimensi.jan.2012.indd 27 5/11/12 9:45 AM

Page 2: M Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malasia y 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat iv) yang menyatakan bahawa kita tidak

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

28

2.

bijak. Pekerja ini berkemampuan untuk menyelesaikan isu atau masalah secara efektif dan efisien dalam memberi idea. Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai IQ yang tinggi agar mereka dapat memberi idea untuk menyelesaikan isu dan bukannya mewujudkan masalah. Mereka menggunakan ke­bijaksanaan dalam menjalankan tugas. Pekerja yang sedemikian membolehkan majikan memberi kepercayaan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah dengan pengawasan yang minimum.

Berikut merupakan antara ciri-ciri yang ada pada mereka yang mempunyai IQ yang tinggi:

i) Melihat sesuatu masalah atau isu sebagai cabaran yang perlu diselesaikan. Mereka tidak akan lari dari masalah.

ii) Mampu melihat masalah dari pelbagai sudut. Jika masalah tidak boleh diselesaikan dengan kaedah A, mereka akan mencuba kaedah B, C dan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan akhirnya.

iii) Berfikiran kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan tugasan. Mereka boleh memberi idea yang banyak dan memberi pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

iv) Sentiasa mencari jalan penyelesaian dalam per masalahan yang timbul dalam kehidupan dan kerjaya. Mereka boleh menggunakan kaedah “cross-fertilization” di mana di dalam ahli kumpulan perbincangan mempunyai latar belakang dan pemikiran yang berbeza dari segi pendidikan, pengalaman, kepakaran dan sebagainya. Hasilnya setiap orang boleh menyumbang idea dari pelbagai sudut yang mereka pakar dan memilih idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah atau isu yang mereka hadapi.

v) Bijak dalam berhadapan dengan masalah, cemerlang dalam tugasannya dan berfikiran strategik. Tugasan yang diterima dapat diselesaikan dengan bijak (work smart) bukannya bekerja dengan keras (work hard). Namun begitu, tugasan dilaksanakan dengan betul dan tepat pada masanya. Mereka boleh menggunakan konsep pengagihan tugas (delegation). Mereka seharus nya dapat ber-kongsi idea, kepakaran dan pengetahuan orang lain untuk bersama-sama menyelesaikan yang

Kecerdasan Emosi atau EQ berkait

rapat dengan kemampuan

pekerja untuk bekerja

di bawah tekanan.

mungkin susah jika diselesai kan secara sendirian.

vi) Merencanakan segala tugasan dengan mengambil kira semua aspek. Pekerja ini apabila menerima tugasan dapat menggambarkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah atau tugasan tersebut. Mereka boleh menggunakan pengalaman, pengetahuan dan hubungan yang dibina dengan lain­lain pekerja.

vii) Bekerja dalam pasukan dan mampu memaksimumkan keupayaan diri. Pekerja perlu boleh bekerja secara berpasukan. Ini menunjukkan sebarang tugasan yang dibuat dalam pasukan dapat diselesaikan dengan lebih baik dan cepat. Walau bagaimanapun, pekerja yang baik dapat menonjolkan diri (bukannya ego) dan dapat memberi idea yang lebih baik berbanding rakan yang lain.

Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient)

Kecerdasan Emosi atau EQ berkait rapat dengan kemampuan pekerja untuk bekerja di bawah tekanan. Setiap organisasi semestinya mempunyai ketua dan kakitangan. Oleh itu, mereka yang mempunyai EQ yang baik dapat mengawal karenah ketua dengan kawalan emosi diri bagi menangani cabaran tugasan melalui perhubungan harmonis dengan ketua dan pekerja lain-lain (Daniel Goleman, 1998). Contohnya, walaupun emosi marah menguasai diri, mereka dapat mengawal rasa marah secara profesional dengan tidak menggunakan perkataan, perbuatan atau bahasa badan yang boleh menjatuhkan atau memalukan diri orang lain.

EQ mempunyai empat dimensi iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan pengurusan perhubungan. Pekerja ini seharusnya boleh mengurus diri dan orang lain dengan penuh penghormatan dan harga diri.

Ciri-ciri mereka yang mempunyai EQ tinggi adalah seperti berikut:

i) Mengaplikasikan empat dimensi EQ secara berkesan.

ii) Membina kesedaran diri yang tinggi iaitu keyakinan, pembinaan sikap dan fokus pada penyelesaian (solution focused).

dimensi.jan.2012.indd 28 5/11/12 9:45 AM

Page 3: M Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malasia y 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat iv) yang menyatakan bahawa kita tidak

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

29

4.

3.

iii) Memastikan pengurusan diri yang efektif iaitu mengurus keadaan emosi dalaman, kawalan marah, ‘adaptability dan flexibility’. Pekerja harus boleh menerima perubahan jika perlu dan bukannya membangkang perubahan yang terlibat dalam me laksanakan tugas.

iv) Mengukuhkan kesedaran sosial yang berkesan (kaitan dengan SQ) dengan menjadi pemerhati yang baik dan pendengar yang berempati.

v) Mengekalkan pengurusan hubung an yang baik dengan semua di mana pekerja mampu ber­komunikasi dengan berkesan. Pekerja dapat berkomunikasi secara asertif iaitu sebarang tingkah laku dan pertuturan harus secara terhormat iaitu hormat kepada orang lain dan diri sendiri. Kita tidak boleh mem benarkan orang lain mempermainkan diri kita walaupun kita hanya pekerja biasa. Semasa ber komunikasi, kita perlu me nunjuk kan rasa ambil perhatian dan kreatif dengan menyediakan alternatif atau idea bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut.

Kecerdasan Spiritual (Religious Quotient)

RQ atau Kecerdasan Spiritual perlu ada dalam jiwa seseorang pekerja tanpa mengira agama. Ini adalah kerana aspek spiritual harus menjadi sebahagian daripada hidup. Agama merupakan asas kepada nilai, penilaian, etika dan moral. Integriti peribadi seseorang pekerja amat penting yang boleh dijadikan contoh dalam organisasi. Bagi yang beragama, jadilah agama sebagai cara hidup.

Ciri-ciri orang mempunyai RQ yang tinggi adalah seperti berikut:

i) Mendalami ilmu agama dengan penghayatan.

ii) Mengamalkan segala arahan dan menjauhi larangan Tuhan.

iii) Sedar bahawa segala per lakuan dalam membina diri dan kerjaya itu boleh menjadi ibadah.

iv) Bermoral dan beretika. Walaupun kita berpangkat tinggi daripada orang lain, perbuatan dan keputusan kita tidak seharus menyebabkan kita menindas hak orang lain. Sesungguhnya adil itu bukan sama rata tetapi adil itu hendaklah mengikut keperluan.

v) Membuat keputusan dengan asas penilaian baik dan buruk.

vi) Sedar tuhan sentiasa melihat walau kita tidak melihatNya.

Kecerdasan Sosial (Sosial Quotient)

Sejak zaman Nabi Adam a.s lagi, manusia memerlukan teman untuk bersosial. Kecerdasan sosial (SQ) amat penting kerana sebagai seorang pekerja (ketua atau pekerja), kita akan sentiasa terlibat dengan orang lain dalam melaksanakan tugas yang diberi. Oleh itu, seseorang pekerja harus berkemampuan untuk bertindak secara waras dalam perhubungan sesama manusia. Kita sepatutnya mempunyai kepekaan sosial, pengetahuan bangsa dan komunikasi silang budaya (Thorndike, 1920). Sesebuah organisasi selalunya mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai anutan agama masing-masing, dialek atau bahasa, kefahaman politik, sikap dan negeri yang menuntut kita memahami agar tugasan yang akan dilaksanakan dapat diselesaikan dengan mudah tanpa menimbulkan sebarang konflik dan rasa tidak puas hati. Maka, SQ yang tinggi dapat mengatasi kehendak dan impian setiap orang walaupun berbeza antara individu.

Pekerja yang mempunyai SQ yang tinggi adalah seperti berikut:

i) Menyedari hakikat kepel bagaian yang wujud dalam kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya.

ii) Menjaga sensitiviti pelbagai kaum.

iii) Mampu memahami perbezaan budaya dalam berkomunikasi.

iv) Bertoleransi dengan orang lain.

v) Menghargai perbezaan yang wujud seperti antara lelaki dan wanita.

vi) Meraikan perbezaan.

vii) Sangat mesra dalam hubung an.

viii) Kesopanan dalam sikap, per lakuan dan perkataan.

ix) Dapat menyesuaikan suasana.

x) Bekerja dan bersosial tanpa rasa pilih kasih.

xi) Mampu ditempatkan di mana sahaja dalam organisasi.

xii) Selalunya individu ini terkenal dalam kalangan pekerja.

dimensi.jan.2012.indd 29 5/11/12 9:45 AM

Page 4: M Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malasia y 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat iv) yang menyatakan bahawa kita tidak

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

30

Mereka yang mempunyai VQ yang tinggi berkemampuan

mencerna informasi dan memberikan respons lisan secara berkesan terutama kepada pegawai atasan,

pelanggan, stakeholder dan rakan kerja.

6.

5. Kecerdasan Adversiti (Adversity Quotient)

AQ pula berkaitan dengan ketahanan mental dan fizikal seseorang dalam mengharungi cabaran dan masalah tugasan. Mereka dapat bekerja secara optimum dalam keadaan yang mencabar walaupun mendapat tekanan yang kuat dari sikap ketua yang suka menekan. Pekerja yang mempunyai AQ yang tinggi ini dapat belajar daripada masalah dan bertindak balas dengan cepat dan berkesan (Paul G. Stoltz, 1997; Suheil Fahmi, 2008). Secara ringkasnya, pekerja AQ ialah mereka yang

i) Tabah dan cekal dalam meng harungi cabaran mendatang.

ii) Pantang menyerah.

iii) Tidak mudah putus asa.

iv) Keyakinan diri yang hebat.

v) Kawalan emosi (EQ) yang kuat dan berkesan.

vi) Kekuatan RQ dalam mendepani dugaan.

vii) Pemikiran positif dalam melihat segala cabaran.

viii) Kerja dihasilkan secara terus, kegagalan bukan titik berhenti.

x) ‘Passion’ dalam kerja.

Kecerdasan Motivasi (Motivation Quotient)

Kecerdasan motivasi (MQ) yang tinggi dalam diri dapat memberi dan membakar semangat dalam menjalankan tugas. Mereka yang mempunyai MQ yang tinggi ini sangat optimistik di mana mereka tahu bagaimana untuk membina peluang dan menyelesaikan masalah dalam tugasan. Pekerja yang mempunyai MQ tinggi dapat menggunakan 80 peratus dorongan diri sendiri dan hanya 20 peratus dorongan yang diperoleh dari persekitaran.

Ciri-ciri mereka yang mempunyai MQ adalah seperti berikut:

i) Gigih dan giat dalam tugasan.

ii) Tahu bahawa perubahan itu bermula dengan diri sendiri.

iii) Menerima teguran dengan terbuka.

iv) Mampu merubah tenaga negatif kepada positif demi pembangunan diri.

7.

v) Sentiasa belajar dan ada sikap ingin tahu dan mahu yang tinggi.

vi) Rasa ingin berubah yang tinggi.

Kecerdasan Pertuturan (Verbal Quotient)

”The most important thing in communication is hearing what isn’t said.”(Perkara yang paling penting dalam komunikasi ialah mendengar bahasa badan)

(Peter F. Drucker)

Komunikasi boleh berlaku sama ada menggunakan suara ataupun bahasa badan. Maka, kecerdasan pertuturan atau VQ amat penting bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan dapat diterima dengan betul dan jelas. Mereka yang mempunyai VQ yang tinggi berkemampuan mencerna informasi dan memberikan respons lisan secara berkesan terutama kepada pegawai atasan, pelanggan, stakeholder dan rakan kerja.

Didapati banyak perkara yang tidak diingini timbul sekiranya seseorang mempunyai VQ yang rendah. Contoh nya, seseorang pekerja tidak dapat menyampaikan maklumat yang benar dan tepat kepada pegawai atasan atau pegawai bawahannya. Akibatnya mungkin menyebabkan kerugian dari segi tenaga, wang ringgit atau peluang perniagaan. Oleh itu, VQ yang rendah boleh berlakunya miscommunication antara seseorang dengan yang lain yang akhirnya akan menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati seperti bergosip, mengumpat, mengata­ngatai dan paling ditakuti

dimensi.jan.2012.indd 30 5/11/12 9:45 AM

Page 5: M Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malasia y 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat iv) yang menyatakan bahawa kita tidak

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

31

8.9.

oleh organisasi selagi ia tidak menimbulkan perkara-perkara yang bertentangan dengan adab, agama dan undang-undang negara. Jika sebagai pekerja, kita tidak dapat mengikuti peraturan yang digubal, sudah tentu pekerja tersebut menjual sebarang maklumat organisasi kepada pihak lawan. Ingatlah bahawa walaupun penjualan maklumat memberi keuntungan kepada kita, kesannya akan menimpa kepada rakan-rakan kita yang tidak bersalah. Oleh itu, sekiranya tidak berpuas hari, kita boleh memberi cadangan yang lebih baik atau mengambil keputusan meninggalkan organisasi tersebut.

ii) Rela berkorban masa, tenaga, fikiran dalam kerjaya.

iii) Tidak berkira dalam per laksanaan tugasan.

iv) Tidak memburukkan organisasi di mata orang ketiga.

v) Sentiasa menjaga imej dan reputasi organisasi.

vi) Sentiasa bermatlamat untuk memajukan organisasi.

Kecerdasan Fizikal (Physical Quotient)

Apakah yang paling penting antara 10Q ini? Menurut pengkaji, mereka bersetuju kecerdasan fizikal atau PQ yang paling penting. PQ yang tinggi akan mempengaruhi lain-lain Q. Sekiranya fizikal kita sakit, ia akan menjejas cara pemikiran untuk berfikir dengan kritis dan bijak (IQ), pengawalan emosi (EQ) yang lemah kerana memikirkan badan yang tidak sihat dan lain-lain. Dengan adanya PQ, anda boleh mencapai berat badan yang diingini, tahap kecerdasan fizikal yang sihat, senang mengawal emosi, dapat mengawal nafsu makan dan mengawal diet yang seimbang.

Pakar pemakanan mencadangkan setiap orang mengawal cara pemakanan masing-masing bagi me mastikan PQ berada di tahap maksimum. Tambahan pula, Kerajaan amat runsing dengan penambahan penyakit yang tidak berjangkit seperti kencing manis, lemah jantung dan darah tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Malahan statistik menunjukkan Malaysia merupakan negara yang paling ramai mempunyai penduduk yang mengalami obesiti.

Adalah dicadangkan agar kita perlu mengimbangkan pengambilan makanan mengikut bahagian makanan

menimbulkan fitnah kerana persepsi penerima berbeza antara satu sama lain. Justeru, sekiranya maklumat yang hendak disampaikan perlulah jelas dan difahami oleh kedua-dua pihak yang berinteraksi. Jika tidak faham, penerima maklumat hendaklah bertanya dan pemberi maklumat pula seharusnya tidak merasa tertekan bagi menerangkan maklumat tersebut walaupun maklumat tersebut diterangkan berulang kali.

Bagi pekerja yang mempunyai VQ yang tinggi, seharusnya mereka mempunyai ciri-ciri berikut:

i) Kemahiran komunikasi intra personal dan interpersonal yang berkesan.

ii) Ada kaitan dengan kemampuan komunikasi EQ.

iii) Berani dalam menzahirkan rasa hati.

iv) Menyampaikan fikiran dengan terbuka.

v) Berfikiran kritis.

vi) Kemahiran berbahasa (dwi-bahasa).

vii) Mampu meyakinkan atau mempengaruhi mereka yang mendengar.

Kecerdasan Kesetiaan (Loyal Quotient)

Organisasi secara amnya terdiri daripada alatan, mesin dan tenaga kerja. Antara tiga komponen ini, hanya tenaga kerja yang boleh memberi respon sama ada mereka merasa dihargai oleh pihak organisasi atau tidak. Pekerja yang setia sesungguhnya dapat memberi produktiviti yang tinggi tanpa berbelah bagi untuk bekerja dengan jujur dan tekun. Oleh itu, organisasi seharusnya memupuk pekerjanya supaya mempunyai kecerdasan kesetiaan (LQ) yang tinggi. Jika perkara sebaliknya berlaku, pekerja yang belot akan menjual rahsia organisasi kepada pesaing untuk kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya, tahap kesetiaan yang tinggi pada organisasi dan kepercayaan antara warga kerja tanpa mengira jawatan amat penting untuk meningkatkan kecemerlangan dalam sesebuah organisasi.

Walaupun ada perkara yang warga kerja tidak berpuas hati dengan keputusan oleh pihak pengurusan, sebagai pekerja yang mempunyai LQ yang tinggi, mereka hendaklah:

i) Patuh iaitu kita hendaklah patuh dan menurut sebarang polisi atau peraturan yang dikeluarkan

dimensi.jan.2012.indd 31 5/11/12 9:45 AM

Page 6: M Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malasia y 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat iv) yang menyatakan bahawa kita tidak

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

32

Setiap orang atau pekerja mempunyai keperluan, kehendak, kewajipan dan tanggungjawab yang berbeza kepada keluarga masing-masing. Oleh itu, seorang pekerja harus bijak mengimbangkan kehendak organisasi dengan ke perluan keluarga. Walaupun orga nisasi merupakan tempat kita mencari rezeki tetapi jika kita memerlukan kasih sayang dan penjagaan semasa susah dan sakit, keluarga memainkan peranan yang penting.

Pekerja yang mempunyai BQ yang tinggi adalah seperti berikut:

i) Boleh membawa diri dalam apa juga situasi.

ii) Dapat seimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi.

iii) Tahu senarai keutamaan dirinya.

iv) Fokus dalam segala aspek.

v) Berwawasan dalam hidup.

vi) Tahu mengurus kewangan secara bijak.

vii) Sedar pentingnya keluarga dalam hidup dan sedar kepentingan dirinya untuk orang lain.

Kesimpulan

Setiap orang mempunyai semangat, dorongan dan kemahuan yang berbeza. Kecerdasan yang diper-kenalkan di atas hanya boleh dilaksanakan dengan usaha pekerja itu sendiri. Maka, sebagai pekerja yang baik, kita boleh menggunakan panduan 10Q untuk membina personaliti diri yang cemerlang. “Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan”. Pembentukan personaliti sesungguhnya lahir dari sikap yang jujur, berfikiran positif dan tingkah laku yang sopan.

10.

yang betul seperti ¼ buah-buahan, ¼ sayuran, ¼ protein untuk membentuk otot dan ¼ bijirin. Kita perlu mempunyai pengetahuan untuk mengira jumlah kalori yang ada dalam makanan yang kita ambil di mana lelaki hanya memerlukan 2,000 hingga 2,500 kalori sehari. Manakala perempuan memerlukan 1,500 hingga 2,000 kalori sahaja sehari. Jika kita terlebih mengambil kalori, untuk membakar 200 kalori, seseorang perlu berlari sejauh 1,200 meter untuk membakar kalori tersebut. Terdapat pelbagai program televisyen, pusat senaman dan cakera padat yang mengajar kita membuat senaman yang betul dan sesuai mengikut umur. Hanya dengan keazaman sahaja kita mampu menjaga kesihatan dengan baik. Vpaulose (2010) turut menyokong PQ merupakan Q yang paling penting dalam kehidupan manusia. Tanpa fizikal yang sihat dan bertenaga, lain-lain Q tidak dapat dibangunkan dengan baik.

PQ yang baik merangkumi kekuatan fizikal; jasad dan mental dengan penampilan yang kemas dan mempunyai personaliti yang menarik. Dengan fizikal sihat, cara berpakaian, adab percakapan, pengawalan bau badan dan komunikasi melalui penulisan amat penting untuk menyokong PQ yang sempurna.

Ciri-ciri mereka yang mempunyai PQ yang tinggi hendaklah:

1) Jaga kesihatan diri dan berat badan yang ideal.

2) Bersukan dan mempunyai cara pemakanan yang baik.

3) Tahu mencari cara melepaskan stres atau tekanan dengan baik.

4) Menjaga perawakan diri.

5) Pengurusan masa dan diri cemerlang.

6) Bersih dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kecerdasan Keseimbangan (Balance Quotient)

Rumah ku syurga ku. Walaupun kita sebagai pekerja dan harus menyelesaikan tugasan, kita se harus-nya berkemampuan meng imbangkan antara kerja dan kehidupan peribadi. Kita seharusnya berjaya sebagai pekerja yang cemerlang tetapi pada masa yang sama keperluan keluarga juga dapat dipenuhi.

dimensi.jan.2012.indd 32 5/11/12 9:45 AM

Page 7: M Orang positif sentiasa mencari peluang untuk mencuba ... · DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malasia y 27 M ungkin kita pernah mendengar pendapat iv) yang menyatakan bahawa kita tidak

DIMENSIKOOP Maktab Koperasi Malaysia

33

Performance

Emotion(El)

Competencies

Experience(nurture)

Understading

Data InformationKnowledge

WisdomAbilities

Skills

Attitude

Feelings

Performance Improvement

Motivation

Intention

Talent

Arousal

Environmental

PerformerLevel

Genes(nature)

OrganizationalLevel

ProcessLevel

Results(impacts)

Behavior(what is observed)

Socialpressure

Values

Beliefs

Engagement

Lampiran

Performance Typology Map

Rujukan

Dattner, B. Succeeding with Emotional Intelligence. Dicapai pada 29 November 2011 dari http://www.dattnerconsulting.com/presentations/ei.pdf

Goleman, D. (1998). Working With Emotional Intelligence. New York: Bantam Book.

Hartas, D. (2004). Teacher and speech-language therapist collaboration: being equal and achieving a common goal. Child Language and Teaching Therapy, 20, 33-54.

Heylighen, A., Lindekens, J., Martin; W. M., & Neuckermans, H. (2006). Mind the gap: Towards knowledge exchange between practice and academia. In: M. Belderbos & J. Verbeke (Eds.), The Unthinkable Doctorate (pp. 409-419), Brussels: St.Lucas Architectuur, Press Point.

http://esilav2.jpa.gov.my/xferp/mekanisme_pcf.php#

Izani Hj. Daud (2010). Sikap Positif Melahirkan Personaliti Cemerlang. Dewan Budaya. Dicapai pada 29 Oktober 2011 dari http://www.scribd.com/doc/33307254/Sikap-Positif-Melahirkan-Personaliti-Cemerlang.

Kosonen, K. & Lakkala, M. (2009). Cross-fertilization as a pedagogical mechanism in courses on collaborative designing. Presented in the symposium “Knowledge-driven collaborative learning practices in higher education”

Lakkala, M., Kosonen, K., Bauters, and M, & Ramo, E (2008). Cross-Fertilization Of Collaborative Design Practices Between An Educational Institution And Workplaces. The 4th EARLI SIG 14 Learning and Professional Development Conference, August 27-29, 2008, Jyväskylä, Finland. Dicapai pada 8 Disember 2011 dari http://www.kp-lab.org/project-overview/dissemination-material/kp-lab-posters/Lakkala_EARLI-Sig-14_2008.pdf.

Lampton, B. (2011). How to Make a Strong First Impression: Seven Tips That Really Work. Dicapai pada 7 Disember 2011 dari http://www.selfgrowth.com/articles/Lampton1.html.

Paul G. Stoltz (1997). Adversity Quotient: Turning Obstacles into Opportunities.

Search Quotes (2011). Dicapai dari http://www.searchquotes.com/search/First_Impression/

Suheil Fahmi (2008). Adversity Quotient (AQ) dan Motivasi Berprestasi pada Siswa Program Akselerasi dan Program Reguler.

Thorndike, E.L. (1920). Intelligence and its use. Harper’s Magazine, 140, 227-235.

Vpaulose (2010). Four Essential Qs for Success. Dicapai pada 29 November 2011 dari http://nut.bz/18kue0rw/

Wikipedia (2009). Dicapai pada 29 November 2011 dari http://taggedwiki.zubiaga.org/new_content/6ca26a53789e649c5714b5361f2b2be6#cite_note-goleman98-14

Wilson, A. (2002). Cross-fertilization of ideas can speed integration solutions. Dicapai pada 7 Disember 2011 dari http://www.vision-systems.com/articles/print/volume-7/issue-2/departments/my-view/cross-fertilization-of-ideas-can-speed-integration-solutions.html

dimensi.jan.2012.indd 33 5/11/12 9:45 AM