lpu fizik 2012

6
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012 LAPORAN PRESTASI UJIAN FIZIK 4531/2 DISEDIAKAN OLEH: 0 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 8, BLOK E11, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E 62604 PUTRAJAYA

Upload: darwishmajid

Post on 05-Jan-2016

274 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

laporan prestasi umum

TRANSCRIPT

Page 1: lpu fizik 2012

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

LAPORAN PRESTASI UJIAN

FIZIK

4531/2

DISEDIAKAN OLEH:

EN RAZALI BIN JIMAT

0

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 8, BLOK E11, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E62604 PUTRAJAYA

Page 2: lpu fizik 2012

1. PEPERIKSAAN : PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

2. TAHUN : 2012

3. MATA PELAJARAN : FIZIK

4. KOD KERTAS : 4531/2

5. NAMA KETUA PEMERIKSA

: RAZALI BIN JIMAT

6. KOD PEMERIKSA : J 1000

7. KOMEN UMUM TENTANG KERTAS SOALAN

7.1 Format

Secara umum kertas soalan ini mengekalkan format pentaksiran sedia ada dan telah digunapakai dalam peperiksaan sebelum ini. Item-item atau soalan yang digunakan adalah jelas dan meliputi sukatan pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah serta membantu pelajar menjawab soalan dengan baik.

7.2 Cakupan soalan berdasarkan sukatan mata pelajaran.

Semua item/soalan di dalam kertas peperiksaan ini didapati menepati dan mencakupi kandungan sukatan matapelajaran Fizik untuk peringkat SPM. Tetapi terdapat juga sedikit kelemahan di mana tajuk atau bab yang sama dikeluarkan pada bahagian A dan bahagian B. Contohnya terdapat tiga soalan yang merangkumi topik yang sama iaitu soalan nombor 2, 7 dan 10. Cadangan untuk soalan yang sudah dikeluarkan pada Bahagian A tidak perlu lagi diulang atau dikeluarkan pada bahagian yang lain. Sebaik-baiknya satu bab hanya satu soalan sahaja yang dikeluarkan. Selain itu, solan yang dikeluarkan haruslah mencakupi idea-idea yang melibatkan kehidupan seharian. Terdapat banyak soalan pengiraan yang menyebabkan pelajar kehilangan markah. Soalan pengiraan perlulah dikurangkan.

7.3 Kerelevanan soalan berbanding apa yang dipelajari calon.

Sangat relevan dan mencakupi topik-topik yang diajar oleh guru di bilik darjah Umumnya calon pencapaian tinggi dan sebahagian calon kumpulan sederhana tidak menghadapi kesukaran menjawab sebahagian besar soalan bahagian A dan 3 atau 4 soalan daripada bahagian B. Bagaimana pun calon pencapaian rendah hanya beroleh markah daripada soalan 1, 2, 6, 9 dan 10. Ini menunjukkan terdapat calon yang mengambil mudah dan tidak membuat persiapan rapi untuk menghadapi peperiksaan.

7.4 Aras kesukaran

Data persampelan menunjukkan aras kesukaran adalah sederhana kerana sebahagian besar calon mendapat markah diantara 40 hingga 60.

1

Page 3: lpu fizik 2012

7.5 Perbandingan dengan tahun tahun SPM 2011.

Kertas peperiksaan pada tahun ini lebih baik dan mesra kepada pelajar.

7.6 Kesilapan pada kertas soalan sekiranya ada.

Terdapat kertas soalan yang terbalik susunannya.

8. KOMEN UMUM TENTANG PERATURAN PERMARKAHAN

8.1 Cakupan peraturan pemarkahan berdasarkan sukatan pelajaran.

Fakta-fakta dan huraian yang dinyatakan dalam peraturan pemarkahan akur dengan sukatan pelajaran.

8.2 Kerelevanan peraturan pemarkahan berbanding apa yang dipelajari calon.

Peraturan pemarkahan yang relevan dan mengikut sukatan pelajaran yang dipelajari calon.

8.3 Kesilapan pada peraturan pemarkahan sekiranya ada.

Tiada

8.4 Perbandingan dengan tahun SPM 2011.

Peraturan pemarkahan yang menguntungkan pelajar dan tidak memberi tekanan kepada pemeriksa. Cadangan pada masa akan datang supaya tidak memberikan banyak alternatif jawapan untuk penandaan yang lebih baik.

2

Page 4: lpu fizik 2012

11. KESILAPAN/KELEMAHAN KERTAS SOALAN DAN CADANGAN

Rajah yang dilukis pada soalan nombor 2 mengelirukan pelajar. Sepatutnya garisan pada Rajah 2 tidak perlu dilukis kerana ia hanya menyebabkan pelajar keliru.

Terdapat juga soalan 1 yang mana calon perlu menggariskan jawapan yang betul tetapi calon kehilangan markah kerana tidak perasan dengan mengandaikan itu adalah arahan kepada soalan . Cadangan supaya soalan yang perlu digariskan mestilah ditebalkan tulisannya dan dijarakkan. Atau pun boleh juga diisi dalam bentuk jadual dan calon hanya perlu menandakan jawapan yang betul.

Terdapat sedikit kekeliruan pada soalan nombor 5(e) yang mana calon keliru untuk memberikan jawapan sama ada ’elastic’ atau ’inelastic’. Cadangan bagi soalan ini ialah tidak perlu menyatakan berkaitan tenaga kinetik bola dan pin sebelum dan selepas perlanggaran.

12. KESUKARAN UJIAN BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA

12.1 Tiada perbezaan yang ketara antara soalan tahun 2012 dan tahun sebelumnya iaitu tahun 2010. Ini kerana semua item pentaksiran telah digubal berdasarkan spesifikasi dan piawai yang ditetapkan.

3

Page 5: lpu fizik 2012

12.2 Calon didapati sukar menjawab soalan yang melibatkan pengiraan.

4