location quotient (lq).docx

6
1 PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2014/2015 ANALISIS WILAYAH DAN SETEMPAT (HGG 355) TAJUK : ANALISIS PERUBAHAN EKONOMI DI KEMAMAN MENGGUNAKAN KAEDAH ANALISIS “LOCATION QUOTIENT” (LQ). NAMA : NUR ‘ATIQAH BINTI DZULKEPLE NO. MATRIK : 114238 NO. I/C : 920713 -06- 5464 NAMA PENSYARAH : PROF. RUSLAN RAINIS

Upload: atiqah13792

Post on 06-Feb-2016

41 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LOCATION QUOTIENT (LQ).docx

1

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAANSEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2014/2015

ANALISIS WILAYAH DAN SETEMPAT (HGG 355)

TAJUK :

ANALISIS PERUBAHAN EKONOMI DI KEMAMAN MENGGUNAKAN KAEDAH ANALISIS “LOCATION

QUOTIENT” (LQ).

NAMA : NUR ‘ATIQAH BINTI DZULKEPLE

NO. MATRIK : 114238

NO. I/C : 920713 -06- 5464

NAMA PENSYARAH : PROF. RUSLAN RAINIS

Page 2: LOCATION QUOTIENT (LQ).docx

1.0 PENDAHULUAN

Pembahagi Lokasi atau juga dikenali sebagai Location Quotient (LQ) adalah merupakan

satu indeks yang digunakan untuk mengukur tahap pengkhususan atau penumpuan wilayah

dalam sesuatu kluster industri. Penggunaan analisis LQ diaplikasikan bertujuan untuk

mengenal pasti mana-mana sektor industri yang telah berpotensi untuk memberi sumbangan

besar kepada pertumbuhan wilayah. Secara asasnya, pendekatan LQ merupakan satu indeks

untuk membandingkan perkongsian aktiviti sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain

secara aggregat. Aspek ini dapat menunjukkan sama ada agihan sesuatu aktiviti tersebut

hanya menumpu dalam sesuatu kawasan atau ia diagihkan secara seimbang.

Lebih penting lagi, pembolehubah yang boleh digunakan sebagai alat ukur untuk

menghasilkan koefisien LQ ialah jumlah guna tenaga atau jumlah pengeluaran bagi aktiviti

ekonomi yang dikaji. Sejajar dengan itu, pendekatan LQ ini dapat dibahagikan kepada empat

kuadran iaitu yang pertama ialah kluster matang (Northwest) yang merupakan satu perubahan

kuadran yang mengkhusus tetapi mengalami pertumbuhan yang menurun. Manakala, kuadran

yang seterusnya ialah kluster bintang atau Star ( Northeast) yang berbentuk mengkhusus dan

mengalami pertumbuhan yang pantas. Selain itu, jenis kuadran yang seterusnya adalah

kluster berkembang atau Emerging (Southest) yang berbentuk tidak mengkhusus tetapi

mengalami pertumbuhan yang pantas. Komponen kluster yang seterusnya adalah kluster

dalam transformasi (Southwest) iaitu berbentuk tidak mengkhusus namun pada masa yang

sama mengalami pertumbuhan menurun. Malah, pendekatan LQ ini boleh dilakukan dengan

mudah, cepat dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pengiraan indeks LQ dapat dinyatakan

menerusi persamaan matematik yang berikut :

ai = Jumlah guna tenaga dalam sektor i dalam negeri S

bi = Jumlah guna tenaga dalam negeri S

Aa = Jumlah guna tenaga dalam sektor i dalam ekonomi Negara n

Bi = Jumlah guna tenaga dalam ekonomi n

Malah, aspek pengiraan Location Quotient (LQ) juga dapat diperjelaskan berdasarkan

persamaan yang seterusnya seperti mana yang tertera dalam gambar rajah di bawah.

2

LQ = [ai/bi] / [Aa/Bi]

Page 3: LOCATION QUOTIENT (LQ).docx

2.0 HASIL KAJIAN

MALAYSIA

INDUSTRI 1991 2000Indus 1 0.265 0.157Indus 2 0.005 0.002Indus 3 0.198 0.224Indus 4 0.006 0.007Indus 5 0.066 0.073Indus 6 0.147 0.184Indus 7 0.042 0.060Indus 8 0.037 0.066Indus 9 0.230 0.223JUMLAH 0.996 0.997

KEMAMAN

INDUSTRI 1991 2000Indus 1 0.314 0.180Indus 2 0.096 0.258Indus 3 0.144 0.103Indus 4 0.006 0.138Indus 5 0.101 0.088Indus 6 0.113 0.123Indus 7 0.033 0.087Indus 8 0.010 0.018Indus 9 0.177 O.OOIJUMLAH 0.994 0.996

JUMLAH KEMAMAN 1999 → 0.994 = 0.997JUMLAH MALAYSIA 1999 0.996

JUMLAH KEMAMAN 2000 → 0.996 = 0.998JUMLAH MALAYSIA 2000 0.097

3

LQ = Nisbah pekerjaan wilayah dalam kluster industri Nisbah pekerjaan negara dalam kluster

Page 4: LOCATION QUOTIENT (LQ).docx

Oleh itu, berdasarkan pengiraan Pembahagi Lokasi bagi kedua-dua tahun iaitu tahun

1999 dan 2000, secara keseluruhannya, kita dapat melihat bahawa nilai LQ bagi tahun 1999

adalah sebanyak 0.997 dan pada tahun 2000 pula adalah adalah sebanyak 0.998. Justeru, kita

dapat merumuskan bahawa nilai Location Quotient (LQ) bagi kedua-dua tahun adalah kurang

daripada 1. Walaupun wujudnya peningkatan nilai LQ jika dari tahun 1999 ke 2000, namun

ianya masih tidak melebihi 1. Aspek ini menunjukkan bahawa perkongsian aktiviti industri di

kawasan tersebut berlaku kekurangan konsentrasi berbanding aggregat

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaedah analisis Location Quotient (LQ) ini adalah berperanan untuk

menunjukkan bahawa setiap wilayah adalah unik dalam pengkhususan kluster industri.

Aspek ini kerana setiap wilayah mungkin mengkhusus dalam beberapa kluster industri sahaja

atau dalam kata lain kemungkinan berlaku pengkhususan kemajuan dalam industri tertentu

dalamekonomi di sesebuah wilayah mahu pun negara. Malah, pada masa yang sama, ada

kemungkinan kesemua wilayah berkongsi pengkhususan kluster dengan satu atau wilayah

yang lain. Lebih penting lagi, kita dapat merumuskan bahawa LQ adalah merupakan nisbah

mudah yang digunakan untuk menentukan kepekatan atau penguasaan sesuatu industri di

rantau (iaitu kawasan Kerajaan Tempatan) berbanding dengan rujukan yang lebih besar atau

penanda aras rantau (iaitu Negeri atau Negara). Ia digunakan secara tradisional untuk

membandingkan bahagian industri pekerjaan serantau, bagaimanapun ia boleh juga

digunakan untuk langkah-langkah ekonomi yang lain, seperti nilai tambah, import atau

eksport.

4