lngkran soaln

65
LINGKARAN SOALAN NURUL SYAZWANIE BINTI SUHAIMI NUR ATIKAH BINTI YAHYA GRACE EMMANULLE A/P RAMESWAREN

Upload: syazwanie-suhaimi

Post on 21-Jun-2015

463 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lngkran soaln

LINGKARAN SOALAN

NURUL SYAZWANIE BINTI SUHAIMINUR ATIKAH BINTI YAHYAGRACE EMMANULLE A/P

RAMESWAREN

Page 2: Lngkran soaln

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

(BIMBINGAN MENJANGKA)

Page 3: Lngkran soaln

Berupaya memantapkan

penguasaan kemahiran membaca dalam diri

murid-murid.

Page 4: Lngkran soaln

Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami.

Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah.

Page 5: Lngkran soaln

Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera.

Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas.

Page 6: Lngkran soaln

Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca.

Page 7: Lngkran soaln

LANGKAH 1

Page 8: Lngkran soaln

Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan

pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca.

Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang

mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal

Page 9: Lngkran soaln

(i) membaca petikan sepintas lalu(ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

Page 10: Lngkran soaln

LANGKAH 2

Page 11: Lngkran soaln

Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid

tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan

dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti

Page 12: Lngkran soaln

(i) mendapatkan isi-isi utama petikan,(ii) memberi makna perkataan tertentu

mengikut konteks(iii) mengemukakan pendapat tentang

kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikan gerak balas afektif

terhadap petikan.

Page 13: Lngkran soaln

LANGKAH 3

Page 14: Lngkran soaln

Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

Page 15: Lngkran soaln

LANGKAH 4

Page 16: Lngkran soaln

Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan

pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan

pengalaman baharu yang dialami oleh murid.

Page 17: Lngkran soaln

Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

Page 18: Lngkran soaln

LANGKAH 5

Page 19: Lngkran soaln

Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan

berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam

kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu

Page 20: Lngkran soaln

(i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan,

(ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan

(iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

Page 21: Lngkran soaln

PENDEKATAN

Page 22: Lngkran soaln

Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan

pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang

sesuai.

Page 23: Lngkran soaln

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat

pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai

pendekatan A, B,C dan D.

Page 24: Lngkran soaln

Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika

pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

Page 25: Lngkran soaln

PENDEKATAN A

Page 26: Lngkran soaln

Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain.

Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya.

Page 27: Lngkran soaln

Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya.

Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan.

Page 28: Lngkran soaln

Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju.

Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

Page 29: Lngkran soaln

PENDEKATAN B

Page 30: Lngkran soaln

Peringkat permulaan -dua huruf sahaja diperkenalkan

kepada murid-murid

Contoh : huruf m dan s.

Page 31: Lngkran soaln

Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini - untuk menarik minat murid di samping memastikan

mereka memahami konsep bunyi huruf.

Page 32: Lngkran soaln

Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m

dan s membunyikan kedua-duanya murid

mengikut sebutan guru.

Page 33: Lngkran soaln

Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul.

Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu….ka, sa…ya.

Page 34: Lngkran soaln

PENDEKATAN C

Page 35: Lngkran soaln

Melalui pendekatan ini, terdapat lapan langkah pelajaran yang berbeza.

(Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172)

Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.

Page 36: Lngkran soaln

PELAJARAN1 ATAU 2

Page 37: Lngkran soaln

Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u .

Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli.

Page 38: Lngkran soaln

Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k.

Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku.

Page 39: Lngkran soaln

Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku.

Page 40: Lngkran soaln

Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya, kuku kaki ku

Page 41: Lngkran soaln

PELAJARAN 3

Page 42: Lngkran soaln

Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u.

Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s.

Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan.

Page 43: Lngkran soaln

Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, si dan su.

Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu.

Page 44: Lngkran soaln

Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba.

Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya.

Page 45: Lngkran soaln

PELAJARAN 4

Page 46: Lngkran soaln

Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya.

Page 47: Lngkran soaln

Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya.

Page 48: Lngkran soaln

Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka buku untuk murid-murid membaca.

Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid.

Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba.

Page 49: Lngkran soaln

PELAJARAN 5

Page 50: Lngkran soaln

Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d.

Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu.

Page 51: Lngkran soaln

Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya, dada, muda, uda dan membacanya.

Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya,

(i) mata mila (ii) Mata Mila mata biru.

Page 52: Lngkran soaln

PELAJARAN 6

Page 53: Lngkran soaln

Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya.

Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada.

Page 54: Lngkran soaln

PELAJARAN 7

Page 55: Lngkran soaln

Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n.

Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u.

Page 56: Lngkran soaln

Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.

Page 57: Lngkran soaln

PELAJARAN 8

Page 58: Lngkran soaln

Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling).

Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak.

Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok.

Page 59: Lngkran soaln

Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya,

(i) Kotak besar (ii) kotak besar itu diatas meja.

Page 60: Lngkran soaln

Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya.

Page 61: Lngkran soaln

Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam

ejaan misalnya,

ng = bisingnga = bunga

sy (sya) = syaratgh (gha) = ghaib

ny = nyanyi.

Page 62: Lngkran soaln

PENDEKATAN D

Page 63: Lngkran soaln

Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut.

Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya.

Page 64: Lngkran soaln

Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya.

Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju.

Page 65: Lngkran soaln

Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya.

Guru mengulang untuk perkataan lain.

Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, “Ini apa? kepada murid-murid