llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

2
TANDA KLAC KERETA NAK ROSAK Kerosakan klac boleh dikesan ketika kereta bergerak SELAIN enjin, pelbagai alat lain juga penting untuk memastikan sesebuah kenderaan bergerak dalam keadaan baik. Antaranya ialah transmisi yang menjadi sistem sokongan penting bagi menentukan kelancaran kenderaan. Ia merangkumi gear dan klac. Bagi kereta manual, kesempurnaan klac akan memastikan keselesaan pemanduan. Oleh itu, jika kita dapat mengenal pasti gejala yang menunjukkan kerosakan klac, ia akan memberi kelebihan kepada kita sebagai pemandu. Biasanya kerosakan klac boleh dikesan ketika kenderaan sedang bergerak, iaitu ketika kita menekan pedal minyak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih laju. Keadaan itu lebih terasa ketika sedang mendaki bukit atau membawa muatan berat. Keadaan itu kemudian diiringi bau getah terbakar. Untuk mengesahkan lagi bahawa cekam rosak, kita perlu lakukan ujian berikut, berhentikan kereta dan tarik brek tangan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac dan masukkan gear satu atau dua. Ketika pedal klac masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan menekan pedal minyak. Kemudian angkat pedal klac perlahan-lahan. Apabila didapati putaran enjin tidak berkurang atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka sah bahawa klac kereta kita mengalami kerosakan. Selain itu, klac rosak juga akan menyebabkan enjin terasa tidak dapat menghasilkan kuasa penuh, petrol cepat habis, enjin cepat panas. Sebenarnya, klac rosak tidak mudah diketahui terutama ketika baru berlaku. Klac rosak biasanya disebabkan jarak bebas pedal klac terlalu pendek, permukaan piring klac sudah haus atau terbakar, ada gris atau minyak di permukaan klac, pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah dan piring penekan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk. Bagaimana memeriksa jarak bebas pedal klac? Tekan pedal klac untuk mengetahui sejauh mana daya yang diperlukan. Ia boleh juga dilakukan dengan menggunakan kaki, tetapi lebih baik dengan tangan. Pedal klac dapat ditekan dengan mudah hingga pada suatu kedudukan tertentu, tempat klac mulai terlepas. Selepas kedudukan itu daya yang diperlukan akan terasa bertambah besar. Maka jarak bebas pedal ke klac adalah jarak tekan yang harus dilepasi oleh pedal klac dari kedudukan tidak dipijak hingga pada kedudukan tempat klac mulai terlepas.

Upload: shahrul-azwan

Post on 11-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fg

TRANSCRIPT

Page 1: llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

TANDA KLAC KERETA NAK ROSAK

Kerosakan klac boleh dikesan ketika kereta bergerakSELAIN enjin, pelbagai alat lain juga penting untuk memastikan sesebuah kenderaan bergerak dalam keadaan baik.

Antaranya ialah transmisi yang menjadi sistem sokongan penting bagi menentukan kelancaran kenderaan. Ia merangkumi gear dan klac.

Bagi kereta manual, kesempurnaan klac akan memastikan keselesaan pemanduan. Oleh itu, jika kita dapat mengenal pasti gejala yang menunjukkan kerosakan klac, ia akan memberi kelebihan kepada kita sebagai pemandu.

Biasanya kerosakan klac boleh dikesan ketika kenderaan sedang bergerak, iaitu ketika kita menekan pedal minyak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih laju.

Keadaan itu lebih terasa ketika sedang mendaki bukit atau membawa muatan berat. Keadaan itu kemudian diiringi bau getah terbakar.

Untuk mengesahkan lagi bahawa cekam rosak, kita perlu lakukan ujian berikut, berhentikan kereta dan tarik brek tangan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac dan masukkan gear satu atau dua.

Ketika pedal klac masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan menekan pedal minyak. Kemudian angkat pedal klac perlahan-lahan. Apabila didapati putaran enjin tidak berkurang atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka sah bahawa klac kereta kita mengalami

kerosakan.

Selain itu, klac rosak juga akan menyebabkan enjin terasa tidak dapat menghasilkan kuasa penuh, petrol cepat habis, enjin cepat panas. Sebenarnya, klac rosak tidak mudah diketahui terutama ketika baru berlaku.

Klac rosak biasanya disebabkan jarak bebas pedal klac terlalu pendek, permukaan piring klac sudah haus atau terbakar, ada gris atau minyak di permukaan klac, pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah dan piring penekan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk.

Bagaimana memeriksa jarak bebas pedal klac? Tekan pedal klac untuk mengetahui sejauh mana daya yang diperlukan. Ia boleh juga dilakukan dengan menggunakan kaki, tetapi lebih baik

dengan tangan. Pedal klac dapat ditekan dengan mudah hingga pada suatu kedudukan

tertentu, tempat klac mulai terlepas.

Selepas kedudukan itu daya yang diperlukan akan terasa bertambah besar. Maka jarak bebas pedal ke klac adalah jarak tekan yang harus dilepasi oleh pedal klac dari kedudukan tidak dipijak hingga pada kedudukan tempat klac mulai terlepas.

Jarak bebas itu biasanya antara 20-40 mm, bergantung kepada jenis kenderaan. Apabila jarak bebasnya terlalu pendek, besar kemungkinan klac akan rosak.

Apabila cekam rosak, proses pembaikan tidak dapat dilakukan dengan mudah dan apabila ini berlaku, nampaknya terpaksalah keluar duit lagi. Namun ketika membawa kenderaan ke bengkel patuhilah beberapa berikut, jangan lepaskan cekam dengan tiba-tiba atau memijak injak klac secara tiba-tiba.

Page 2: llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

Juga jangan meletak kaki anda di atas pedal klac apabila tidak diperlukan. Anda juga tidak digalakkan memandu laju, seboleh-bolehnya tidak lebih 60 kilometer sejam dan jangan membawa lebih penumpang dan naikkan tekanan angin tayar bagi mengurangkan geselan antara tayar dengan jalan.

Petikan: Berita Minggu