lembaran pendedahan produk produk: · pdf filepotongan awal ansuran 1 bulan ... jumlah untung...

4
Versi 1/Feb 2016 1/4 LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Produk: PEMBIAYAAN TUNAI-i Tarikh: (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i). 1. Apakah produk ini? Produk ini adalah sejenis produk pembiayaan peribadi tanpa cagaran yang berdasarkan pengiraan kadar rata (“Rule of 78” atau kaedah “Sum of Digits”) Kadar keuntungan tahunan sebenar produk ini adalah dari 12.89% - 25.81%. 2. Apakah konsep Syariah yang digunakan? Konsep Syariah yang digunakan ialah Bai’ al-‘Inah. 3. Apakah yang saya dapat dari produk ini? Contoh* Jumlah Harga Jualan : RM48,000.00 Jumlan Pembiayaan yang diluluskan (Harga belian) : RM30,000.00 Kadar Keuntungan : 12% setahun Tempoh : 5 tahun Jumlah Keuntungan dikira dengan menggunakan formula (Jumlah Harga Jualan – Jumlah Pembiayaan yang diluluskan). 4. Apakah tanggungjawab saya? Contoh* Ansuran Bulan (dibayar dari bulan ke 2 dan seterusnya) : RM800.00 Jumlah untuk dibayar termasuk jumlah pembiayaan (termasuk potongan awal ansuran 1 bulan) : RM48,000.00 Syarat pembiayaan termasuk kadar keuntungan, harga jualan, harga belian, tempoh dan/atau ansuran boleh berubah bergantung kepada penilaian kami ke atas kredit anda. Segala perubahan akan dimaklumkan kepada anda. 5. Adakah saya akan mendapat amaun jumlah pembiayaan penuh dikreditkan ke dalam akaun bank pilihan saya? Tidak. Potongan awal ansuran 1 bulan dari jumlah pembiayaan penuh akan dikenakan. Ini adalah untuk mengelakkan pelanggan lewat membuat bayaran untuk ansuran pertama dan menyebabkan Caj Pampasan dikenakan. Sejurus itu, pelanggan perlu membuat bayaran ansuran bulan ke-2 dan seterusnya pada waktu tetap setiap bulan Nota: Jumlah Untung Dibayar akan dikira berdasarkan jumlah pembiayaan penuh, dan bukan berdasarkan jumlah bersih yang lebih rendah yand dikreditkan ke dalam akaun pilihan anda 6. Apakah yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar? (a) Duti Setem [Mengikut Akta Duti Setem 1949 (diperbaharui 1989)] Tidak (b) Yuran Guaman Tidak (c) Caj Bayaran Lewat Ya (d) Yuran Penyelesaian Awal Ya 7. Bagaimana jika saya membayar lebih daripada jumlah ansuran bulanan? Sebarang bayaran yang dibuat, yang melebihi jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar akan dianggap sebagai Pra-bayaran. Bayaran sebegini tidak akan mengurangkan Jumlah Keuntungan dan tidak boleh diambil keluar. 8. Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tempoh matang? Jika Harga Jualan diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh matang, Bank akan memberi Ibra’ (rebat) kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, jika harga jualan diselesaikan sepenuhnya dalam separuh masa pertama tempoh pembiayaan, rebat itu akan dikurangkan oleh Yuran Penyelesaian Awal (jika ada) yang terdiri daripada: Yuran penyelesaian awal dari 2.5% daripada baki tertunggak; atau RM150, mana-mana yang lebih tinggi.

Upload: trandiep

Post on 27-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Produk: · PDF filePotongan awal ansuran 1 bulan ... Jumlah Untung Dibayar akan dikira berdasarkan jumlah pembiayaan penuh, dan ... Jumlah yang dipaparkan

Versi 1/Feb 2016 1/4

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Produk: PEMBIAYAAN TUNAI-i Tarikh:

(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i).

1. Apakah produk ini?

Produk ini adalah sejenis produk pembiayaan peribadi tanpa cagaran yang berdasarkan pengiraan kadar rata (“Rule of 78” atau kaedah “Sum of Digits”) Kadar keuntungan tahunan sebenar produk ini adalah dari 12.89% - 25.81%.

2. Apakah konsep Syariah yang digunakan?

Konsep Syariah yang digunakan ialah Bai’ al-‘Inah.

3. Apakah yang saya dapat dari produk ini?

Contoh*

Jumlah Harga Jualan : RM48,000.00

Jumlan Pembiayaan yang diluluskan (Harga belian) : RM30,000.00

Kadar Keuntungan : 12% setahun

Tempoh : 5 tahun

Jumlah Keuntungan dikira dengan menggunakan formula (Jumlah Harga Jualan – Jumlah Pembiayaan yang diluluskan).

4. Apakah tanggungjawab saya?

Contoh*

Ansuran Bulan (dibayar dari bulan ke 2 dan seterusnya) : RM800.00

Jumlah untuk dibayar termasuk jumlah pembiayaan (termasuk potongan awal ansuran 1 bulan)

: RM48,000.00

Syarat pembiayaan termasuk kadar keuntungan, harga jualan, harga belian, tempoh dan/atau ansuran boleh berubah bergantung kepada penilaian kami ke atas kredit anda. Segala perubahan akan dimaklumkan kepada anda.

5. Adakah saya akan mendapat amaun jumlah pembiayaan penuh dikreditkan ke dalam akaun bank pilihan saya?

Tidak. Potongan awal ansuran 1 bulan dari jumlah pembiayaan penuh akan dikenakan. Ini adalah untuk mengelakkan pelanggan lewat membuat bayaran untuk ansuran pertama dan menyebabkan Caj Pampasan dikenakan. Sejurus itu, pelanggan perlu membuat bayaran ansuran bulan ke-2 dan seterusnya pada waktu tetap setiap bulan

Nota: Jumlah Untung Dibayar akan dikira berdasarkan jumlah pembiayaan penuh, dan bukan berdasarkan jumlah bersih yang lebih rendah yand dikreditkan ke dalam akaun pilihan anda

6. Apakah yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar?

(a) Duti Setem [Mengikut Akta Duti Setem 1949 (diperbaharui 1989)] Tidak

(b) Yuran Guaman Tidak

(c) Caj Bayaran Lewat Ya

(d) Yuran Penyelesaian Awal Ya

7. Bagaimana jika saya membayar lebih daripada jumlah ansuran bulanan?

Sebarang bayaran yang dibuat, yang melebihi jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar akan dianggap sebagai Pra-bayaran.

Bayaran sebegini tidak akan mengurangkan Jumlah Keuntungan dan tidak boleh diambil keluar.

8. Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tempoh matang?

Jika Harga Jualan diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh matang, Bank akan memberi Ibra’ (rebat) kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, jika harga jualan diselesaikan sepenuhnya dalam separuh masa pertama tempoh pembiayaan, rebat itu akan dikurangkan oleh Yuran Penyelesaian Awal (jika ada) yang terdiri daripada:

Yuran penyelesaian awal dari 2.5% daripada baki tertunggak; atau RM150, mana-mana yang lebih tinggi.

Page 2: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Produk: · PDF filePotongan awal ansuran 1 bulan ... Jumlah Untung Dibayar akan dikira berdasarkan jumlah pembiayaan penuh, dan ... Jumlah yang dipaparkan

Versi 1/Feb 2016 2/4

Pengiraan untuk yuran penyelesaian awal akan dikira mengikut contoh jadual di bawah

Contoh Pengiraan 1

Jika pelanggan ingin membuat penyelesaian awal pada bulan yang ke-23

Jumlah Pembiayaan: RM30,000

Tempoh Pembiayaan: 5 tahun (60 bulan)

Kadar Pembiayaan: 10.50%

Ansuran: RM763

Baki Belum Jelas pada bukan ke-23: RM22,150.59

Penyelesaian Awal : 2.5% x RM22,150.59 = RM553.76

YURAN PENYELESAIAN AWAL (Tidak termasuk tanggungan kos luar-saku): RM553.76

Contoh Pengiraan 2

Jika pelanggan ingin membuat penyelesaian awal pada bulan yang ke-23

Jumlah Pembiayaan: RM6,000

Tempoh Pembiayaan: 5 tahun (60 bulan)

Kadar Pembiayaan: 10.50%

Ansuran Bulanan: RM153

Baki Belum Jelas pada bulan ke-23: RM4,573.92

Penyelesaian Awal: 2.5% x RM4,573.92 = RM114.35

YURAN PENYELESAIAN AWAL (Tidak termasuk tanggungan kos luar-saku): RM150.00

Penyelesaian sebelum akhir tempoh pembiayaan adalah termasuk (tetapi tidak terhad kepada) situasi berikut: 1. Penyelesaian awal atau penebusan awal, termasuk apabila berpunca daripada prabayaran; atau 2. Penyelesaian penuh melalui penyusunan semula pembiayaan; atau 3. Penyelesaian selepas peristiwa keingkaran; atau 4. Penamatan atau pembatalan pembiayaan sebelum tarikh matang.

9. Bagaimana jumlah Ibra’ (rebat) dikira?

i. Jumlah Ibra’ (rebat) dikira menggunakan formula seperti di bawah:

Ibra’ = Keuntungan Tertunggak – Yuran Penyelesaian Awal

Di mana,

n = Bilangan ansuran bulanan yang tinggal berdasarkan tempoh pembiayaan yang telah dijadualkan

T = Tempoh pembiayaan, dalam kiraan bulan P = Keuntungan yang patut dibayar di dalam keseluruhan tempoh pembiayaan

Kaedah ini juga dikenali sebagai “Rule of 78s” or “Sum of Digits”.

(Pengiraan yang disediakan hanya untuk contoh)

Contoh Pengiraan 1

Sekiranya pelanggan berhasrat untuk membuat penyelesaian awal dalam tempoh 23 bulan

(cth. selepas membuat pembayaran selama 23 bulan),

Jumlah Pembiayaan: RM30,000

Tempoh Pembiayaan: 5 years (60 months)

Kadar Pembiayaan: 10.50%

Jumlah Keuntungan: RM15,750

Ansuran: RM763

Keuntungan Tertunggak

= 37x(37+1)

x RM15,750 60x(60+1)

= RM 6,050.41

Contoh Pengiraan 2

Sekiranya pelanggan berhasrat untuk membuat penyelesaian awal dalam tempoh 5 bulan

(cth. Selepas membuat pembayaran selama 5 bulan),

Jumlah Pembiayaan: RM50,000

Tempoh Pembiayaan: 7 years (84 months)

Kadar Pembiayaan: 8.50%

Jumlah Keuntungan: RM29,750

Ansuran: RM950

Keuntungan Tertunggak

= 79x(79+1)

x RM29,750 84x(84+1)

= RM 26,333.33

.

n(n+1) Keuntungan Tertunggak = ------------ X P T(T+1)

Page 3: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Produk: · PDF filePotongan awal ansuran 1 bulan ... Jumlah Untung Dibayar akan dikira berdasarkan jumlah pembiayaan penuh, dan ... Jumlah yang dipaparkan

Versi 1/Feb 2016 3/4

10. Bagaimana jika saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

Caj Bayaran Lewat (Ta’widh) untuk bayaran lewat: 1% setahun daripada jumlah tertunggak akan dikenakan.

(Pengiraan yang disediakan hanya untuk contoh)

Ansuran bulanan: RM950

Tarikh Ansuran: Hari pertama (1hb) setiap bulan

Tarikh bayaran dibuat: Hari dua puluh satu (21hb bulan)

Bilangan hari bayaran tertunggak: 20 hari

Caj Bayaran Lewat (Ta’widh): RM950 x 20 days / 365 days x 1% = RM0.52

Hak untuk menolak (“set-off”): Kami berhak untuk menolak baki kredit dalam akaun anda dengan kami terhadap

sebarang baki belum jelas dalam akaun pembiayaan ini (sila rujuk kepada fasal 15.2 dalam Terma & Syarat).

Tindakan undang-undang akan diambil jika anda gagal bertindak balas terhadap notis peringatan.

Sebarang rekod tindakan undang-undang terhadap anda boleh menjelaskan taraf kredit anda. Ini boleh menyebabkan

pemohonan pinjaman kredit anda dikenakan kadar yang lebih tinggi atau ditolak sama sekali.

11. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

Tiada penjamin dan cagaran diperlukan.

12. Bagaimana jika tempoh pembiayaan dilanjutkan sehingga tempoh persaraan saya ?

Sila ambil perhatian bahawa jika tiada penyelesaian awal dilakukan, ansuran bulanan perlu dibayar sehingga akhir tempoh kemudahan tersebut. Jika ia dilanjutkan sehingga umur persaraan anda, adalah penting untuk merancang terlebih dahulu pendapatan persaraan anda sama ada ia mencukupi untuk meneruskan bayaran ansuran bulanan ini.

13. Jika saya memohon pemindahan baki dari kad kredit/ pembiayaan peribadi adakah kad kredit/ pembiayaan peribadi akan ditutup?

Anda diberi pilihan sama ada anda ingin menutup kad kredit anda

Anda harus menutup pembiayaan peribadi anda

Anda diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan penutupan mana-mana kad kredit/ pembiayaan peribadi.

14. Jika saya memohon pemindahan baki dari kad kredit/ pembiayaan peribadi adakah Pembiayaan Tunai-i saya akan menyelesaikan baki kad kredit/ pembiayaan peribadi?

Tidak semestinya. Jumlah pengeluaran dari Pembiayaan Tunai-i akan membayar penuh atau hanya sebahagian baki kad kredit/ pembiayaan peribadi disebabkan tetapi tidak terhad terhadap senarai dibawah:-

(i) Pengeluaran di bawah kemudahan anda akan berdasarkan kepada jumlah yang belum dijelaskan di bawah kad kredit/ pembiayaan peribadi dalam rekod CCRIS pada tarikh kelulusan kemudahan anda. Jumlah tertunggak dalam rekod CCRIS pada tarikh kelulusan mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada jumlah sebenar.

(ii) Jumlah kemudahan anda yang diluluskan oleh pihak bank mungkin akan lebih tinggi atau lebih rendah daripada jumlah yang dipohon.

(iii) Pihak bank akan atau mungkin tidak akan meluluskan semua atau mana-mana pemindahan baki daripada kad kredit/ pembiayaan peribadi.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar kesumua baki yang tinggal di dalam kad kredit/ pembiayaan peribadi.

15. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan mengenai butiran perhubungan saya?

Adalah penting untuk anda memberitahu kami mengenai setiap perubahan butiran perhubungan anda bagi memastikan bahawa semua urusan surat-menyurat sampai kepada anda pada waktu yang tepat.

Page 4: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Produk: · PDF filePotongan awal ansuran 1 bulan ... Jumlah Untung Dibayar akan dikira berdasarkan jumlah pembiayaan penuh, dan ... Jumlah yang dipaparkan

Versi 1/Feb 2016 4/4

NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN AKAN DIKENAKAN JIKA ANDA TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN PEMBIAYAAN PERIBADI ANDA. * Penafian: Jumlah yang dipaparkan di atas adalah UNTUK CONTOH SAHAJA dan mungkin berbeza dengan jumlah sebenar. Maklumat yang disediakan di dalam Lembaran Pendedahan Produk ini adalah sah dari 01/02/2016.

16. Di mana boleh saya dapatkan maklumat lanjut?

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan kami yang dikini, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di 03–8314 9310 atau kunjungi laman web kami di www.ocbc.com.my atau mana-mana cawangan OCBC Bank/ OCBC Al-Amin yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi kami bila-bila masa untuk mengemaskini Maklumat Peribadi anda. Maklumat ini sangat penting dalam usaha yang berterusan kami dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik. Yakinlah, maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.

Jika ada mempunyai kesukaran dalam membuat pembayaran, anda haruslah menghubungi kami untuk membincangkan pembayaran alternatif secepat mungkin. Anda boleh menghubungi kami di 03–8314 9310.

Jika anda mempunyai sebarang aduan tentang produk atau tahap perkhidmatan kami, anda juga boleh menulis kepada kami di alamat berikut:

Service Transformation, c/o OCBC Bank (Malaysia) Berhad, P.O. Box 10197, 50911 Kuala Lumpur

Jika anda ingin mendapatkan pandangan dari pihak berkuasa mengenai pengendalian aduan kami, Biro Pengantaraan Kewangan boleh dihubungi di 03-2272 2811; e-mel [email protected] atau

Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK at: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1300 88 5465 Fax: 03-2174 1515 E-mel : [email protected]

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malayisa untuk memberikan perkhidmatan percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang untuk individu. Untuk pertanyaan, sila hubungi 1800 88 2575.

Program POWER! adalah sebuah program yang dikendalikan oleh AKPK yang direka untuk memberikan golongan muda dan peminjam kali pertama dengan pengetahuan untuk menguruskan kewangan mereka secara berkesan. Untuk mendaftar, sila hubungi 1800 88 2575 atau layari www.akpk.org.my untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Product-produk Kewangan, sila layari:

www.bankinginfo.com.my

www.insuranceinfo.com.my