lembaran maklumat produk - · pdf filemaklumat yang disediakan untuk helaian maklumat ini...

4
Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) PEMBIAYAAN AGROCASH-i 1 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK Tarikh : _ / / (Untuk diisi oleh Cawangan) (Sila baca dan fahami Lembaran Maklumat Produk bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat sebelum anda membuat keputusan untuk memohon atau menerima tawaran produk Kemudahan Pembiayaan AgroCash-i) 1. Apakah yang ditawarkan oleh produk ini? Pembiayaan peribadi AgroCash-i menyediakan kemudahan pembiayaan konsumer, terutama yang berkaitan dengan aktiviti pertanian dan asas tani. 2. Apakah konsep Syariah yang digunakan? Pelaksanaan produk ini adalah di bawah konsep Syariah Bai’ Al-‘Inah. Bai` Al-`Inah merujuk kepada kontrak yang membabitkan urus niaga jualan dan pembelian semula aset oleh penjual. Dalam urus niaga ini, penjual menjual aset kepada pembeli secara tunai dan kemudian membelinya semula secara pembayaran tertangguh dengan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan secara tunai. Ia juga boleh berlaku apabila penjual menjual aset kepada pembeli secara pembayaran tertangguh dan kemudian membelinya semula secara tunai pada harga yang lebih rendah daripada harga jualan secara tertangguh. Dalam pembiayaan ini, pihak Bank akan menjual aset (tanah milik Bank atau apa-apa aset yang dinasihatkan oleh Bank) kepada pelanggan dengan harga jualan yang dibayar secara tertangguh. Pihak pelanggan kemudiannya menjual aset tersebut kepada pihak Bank pada harga belian (lebih rendah dari harga jualan) secara tunai. Kedua-dua kontrak ini dilakukan secara berasingan dan pelanggan mempunyai hak untuk memiliki aset tersebut dengan tidak meneruskan penjualan balik tersebut. 3. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini? Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri seperti berikut: Had Pembiayaan Bagi kakitangan Kerajaan Minimum RM1,000 Maksimum RM200,000 Kakitangan GLC Maksimum sebanyak 10 kali gaji kasar pemohon dan tertakluk kepada jumlah maksimum RM100,000 Tempoh Pembiayaan Minimum Satu (1) tahun Maksimum Sepuluh (10) tahun Kadar Keuntungan (Tertakluk kepada kelayakan dan perubahan semasa) Perkara Kriteria Kelayakan Kadar keuntungan adalah bergantung kepada tempoh pembiayaan dan pengiraannya adalah di atas baki bulanan seperti berikut: Tempoh Kadar keuntungan Sehingga 3 tahun KA + 2.67% (6.17%) Sehingga 10 tahun KA + 3.12% (6.62%) Kadar keuntungan yang dikenakan adalah bergantung kepada kriteria di bawah : a) Pelanggan sedia ada dan baharu. b) Rekod bayaran balik di CCRIS tidak pernah melebihi MIA 2 dalam tempoh 12 bulan, termasuk bulan semasa. c) Bayaran balik adalah melalui potongan BPA d) Tiada rekod penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) dalam CCRIS. e) Tiada rekod ‘Special Attention Account (SAA)’.

Upload: vuongthu

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK - · PDF fileMaklumat yang disediakan untuk helaian maklumat ini adalah sah pada ... Makluman Tawaran dan Perjanjian Kemudahan selepas penilaian kredit dan

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) PEMBIAYAAN AGROCASH-i

1

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh : _ / / (Untuk diisi oleh Cawangan)

(Sila baca dan fahami Lembaran Maklumat Produk bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat sebelum

anda membuat keputusan untuk memohon atau menerima tawaran produk Kemudahan Pembiayaan AgroCash-i)

1. Apakah yang ditawarkan oleh produk ini?

Pembiayaan peribadi AgroCash-i menyediakan kemudahan pembiayaan konsumer, terutama yang berkaitan dengan aktiviti pertanian dan asas tani.

2. Apakah konsep Syariah yang digunakan?

Pelaksanaan produk ini adalah di bawah konsep Syariah Bai’ Al-‘Inah.

Bai` Al-`Inah merujuk kepada kontrak yang membabitkan urus niaga jualan dan pembelian semula aset oleh

penjual. Dalam urus niaga ini, penjual menjual aset kepada pembeli secara tunai dan kemudian membelinya

semula secara pembayaran tertangguh dengan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan secara tunai. Ia

juga boleh berlaku apabila penjual menjual aset kepada pembeli secara pembayaran tertangguh dan kemudian

membelinya semula secara tunai pada harga yang lebih rendah daripada harga jualan secara tertangguh.

Dalam pembiayaan ini, pihak Bank akan menjual aset (tanah milik Bank atau apa-apa aset yang dinasihatkan

oleh Bank) kepada pelanggan dengan harga jualan yang dibayar secara tertangguh. Pihak pelanggan

kemudiannya menjual aset tersebut kepada pihak Bank pada harga belian (lebih rendah dari harga jualan)

secara tunai. Kedua-dua kontrak ini dilakukan secara berasingan dan pelanggan mempunyai hak untuk memiliki

aset tersebut dengan tidak meneruskan penjualan balik tersebut.

3. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?

Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri seperti berikut:

Had Pembiayaan Bagi kakitangan Kerajaan Minimum RM1,000 Maksimum RM200,000

Kakitangan GLC Maksimum sebanyak 10 kali gaji kasar pemohon dan tertakluk kepada jumlah maksimum RM100,000

Tempoh Pembiayaan Minimum Satu (1) tahun Maksimum Sepuluh (10) tahun

Kadar Keuntungan (Tertakluk kepada kelayakan dan perubahan semasa)

Perkara Kriteria Kelayakan

Kadar keuntungan adalah bergantung kepada tempoh pembiayaan dan pengiraannya adalah di atas baki bulanan seperti berikut:

Tempoh Kadar keuntungan

Sehingga 3 tahun

KA + 2.67% (6.17%)

Sehingga 10 tahun

KA + 3.12% (6.62%)

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah bergantung kepada kriteria di bawah : a) Pelanggan sedia ada dan

baharu.

b) Rekod bayaran balik di CCRIS tidak pernah melebihi MIA 2 dalam tempoh 12 bulan, termasuk bulan semasa.

c) Bayaran balik adalah melalui potongan BPA

d) Tiada rekod penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) dalam CCRIS.

e) Tiada rekod ‘Special Attention Account (SAA)’.

Page 2: LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK - · PDF fileMaklumat yang disediakan untuk helaian maklumat ini adalah sah pada ... Makluman Tawaran dan Perjanjian Kemudahan selepas penilaian kredit dan

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) PEMBIAYAAN AGROCASH-i

2

Tempoh Kadar keuntungan

Sehingga 10 tahun

KA + 4.35% (7.85%)

Bagi pelanggan sedia ada atau baharu yang tidak memenuhi kriteria dalam item (b) di atas.

4. Apakah tanggungjawab saya?

Membuat pembayaran balik pada atau sebelum 1hb setiap bulan. Walaupun bayaran balik adalah melalui

potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), tetapi sekiranya bayaran tidak diterima daripada BPA, anda

dikehendaki membuat pembayaran di Bank.

5. Apakah fi dan caj yang perlu dibayar?

Jenis Fi dan Caj Keterangan Fi dan Caj

Bayaran Duti Setem Seperti yang termaktub di Akta Setem 1949 (Disemak 1989)

Pendahuluan

Ansuran

Pembayaran pendahuluan ansuran adalah bersamaan tiga (3) bulan ansuran

bayaran balik dan boleh digunakan sebagai bayaran balik keterhutangan di bawah

pembiayaan.

Pembayaran pendahuluan ansuran boleh dibuat melalui potongan wang

pembiayaan.

Nota: Pihak Bank akan menghantar notis sekurang-kurangnya 21 hari kepada pelanggan sebelum sebarang

perubahan dibuat di dalam fi dan caj yang berkuatkuasa. 6. Bagaimanakah sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab yang diperuntukkan?

Bank berhak mengenakan dan menuntut ganti rugi (Ta’widh) daripada Pelanggan ke atas kerugian sebenar

yang dialami oleh pihak Bank akibat Pelanggan lewat/gagal membayar ansuran, baki Harga Jualan atau

apa-apa jumlah bayaran tertunggak yang kena dibayar kepada pihak Bank dikira dari tarikh bayaran

sepatutnya dibayar sehingga pembayaran sepenuhnya berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh

Bank Negara Malaysia berpandukan kepada resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

sepertimana berikut:

i. Sebelum tarikh matang, Ta’widh yang dikenakan adalah pada kadar 1% setahun ke atas jumlah

bayaran tertunggak dikira secara harian.

ii. Selepas tarikh matang, Ta’widh yang dikenakan adalah pada kadar Islamic Interbank Money Market

(IIMM) ke atas keseluruhan jumlah prinsipal terhutang sepertimana yang ditetapkan oleh pihak Bank

dari semasa ke semasa berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

berpandukan kepada resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk mematuhi notis peringatan yang

diberikan oleh pihak Bank.

7. Bagaimanakah sekiranya saya menyelesaikan hutang pembiayaan sebelum tempoh matang?

Rebat (Ibra’) akan diberikan kepada pelanggan berdasarkan formula semasa yang diluluskan oleh Bank Negara

Malaysia (BNM).

Page 3: LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK - · PDF fileMaklumat yang disediakan untuk helaian maklumat ini adalah sah pada ... Makluman Tawaran dan Perjanjian Kemudahan selepas penilaian kredit dan

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) PEMBIAYAAN AGROCASH-i

3

8. Adakah saya perlu mengambil perlindungan Takaful?

Ya. Pelanggan digalakkan untuk mengambil Skim Takaful Kredit bagi melindungi jumlah keterhutangan di

bawah pembiayaan yang diberikan. Pembayaran boleh dibuat melalui potongan daripada jumlah pembiayaan.

Namun begitu, pelanggan adalah bebas untuk menggunakan perkhidmatan Takaful bukan panel .Walau

bagaimanapun, bagi menjaga kepentingan Bank dan pelanggan pelantikan Takaful panel adalah amat

digalakkan.

9. Apakah risiko utamanya?

Bayaran ansuran bulanan adalah ditolak daripada akaun gaji anda. Bagi pelanggan yang memilih untuk

membuat penyelesaian awal, tempoh pemprosesan adalah diperlukan untuk menghentikan potongan dari akaun

gaji. Pelanggan mungkin menghadapi risiko lebihan potongan daripada akaun gaji walaupun pembiayaan telah

dilunaskan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, lebihan potongan tersebut akan dipulangkan semula kepada

pelanggan. Oleh itu, pelanggan adalah dinasihatkan supaya membuat perancangan masa dengan teliti sebelum

membuat penyelesaian awal.

10. Adakah saya memerlukan jaminan atau cagaran?

Ya. Bagi kakitangan kerajaan yang bertaraf kontrak, dikehendaki mengemukakan sekurang-kurangnya seorang

penjamin kerajaan yang berjawatan tetap.

11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada pihak kami tentang sebarang perubahan dalam butiran

peribadi anda untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

Untuk mengemas kini maklumat perhubungan anda, sila hubungi:

● Tel : 1-300-88-2476 ● E-mel : [email protected] ● Faks: 603-2691 7790

12. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan membuat aduan?

Jika anda mempunyai sebarang masalah menjelaskan pembayaran anda, hubungi kami terlebih dahulu

untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di:

Agrobank, Corporate Communications & Publis Relations Department , Bangunan Agrobank, Leboh Pasar

Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur

● Tel: 1-300-88-2476 ● Faks: 603-2691 7790 ● E-mel: [email protected]

Di samping itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),

iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan

kewangan, kaunseling kredit dan penstrukturan semula hutang secara percuma bagi individu. Anda boleh

menghubungi AKPK di:

Tingkat 8, Maju Junction Mall, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. •Tel: 1-800-22-2575

• E-mel: [email protected]

Jika anda ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda

boleh menghubungi kami di:

Agrobank, Corporate Communications & Publis Relations Department, Bangunan Agrobank, Leboh Pasar

Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur

● Tel: 1-300-88-2476 ● Faks: 603-2691 7790 ● E-mel: [email protected]

Jika soalan anda atau aduan tidak diselesaikan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia

LINK atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur

● Tel: 1-300+88-5465 ● Faks: 603-2174 1515 ● E-mel: [email protected]

Page 4: LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK - · PDF fileMaklumat yang disediakan untuk helaian maklumat ini adalah sah pada ... Makluman Tawaran dan Perjanjian Kemudahan selepas penilaian kredit dan

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) PEMBIAYAAN AGROCASH-i

4

13. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila kunjungi cawangan Agrobank berdekatan,

atau hubungi kami di: Bangunan Agrobank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur

● Tel: 1-300-88-2476 ● Fax: 603-2691 7790

14. Lain-lain pakej pembiayaan yang sama?

Tiada

15. Sekiranya pelanggan berminat dengan produk ini, apakah produk lain yang mungkin diminati /relevan kepada pelanggan tersebut. (tambahan maklumat) i. Hartani-i ii. FRIA-i iii. FRIA-i 45Plus

MAKLUMAT LAIN

Maklumat yang disediakan untuk helaian maklumat ini adalah sah pada tarikh notis.

Pelanggan dinasihati untuk meneliti segala risiko yang ada sebelum membuat keputusan untuk memohon pembiayaan ini.

NOTA PENTING :

TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA GAGAL UNTUK

MEMBUAT PEMBAYARAN BAGI PEMBIAYAAN AGROCASH-i ANDA.

Maklumat yang terdapat dalam Lembaran Maklumat ini adalah sah pada atau sehingga hh/bb/tt.

Penafian: Terma-terma dan syarat-syarat di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tentatif / petunjuk sahaja dan

tidak mengikat pihak Bank. Terma dan syarat yang terakhir adalah seperti yang ditetapkan dalam Surat Makluman Tawaran dan Perjanjian Kemudahan selepas penilaian kredit dan kelulusan.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Sila hubungi cawangan terdekat

atau layari www.agrobank.com.my untuk maklumat lanjut.