lembaga hasil dalam negeri menghantar permohonan ini, pengguna perlu sekali lagi memasukan nombor...

12
1 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA e-SPC MANUAL PENGGUNA

Upload: ngonga

Post on 30-May-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

MALAYSIA

e-SPC

MANUAL PENGGUNA

2

KANDUNGAN

1. PENGENALAN………………………………………………………………………… 3

2. AKSES SISTEM e-SPC……………………………………………………………… 3

3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI……………………………….. 6

4. SENARAI PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI…………………... 9

5. PENGHANTARAN PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI………… 11

6. STATUS PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI……………………. 11

7. LOG KELUAR SISTEM………………………………………………………………. 12

3

Akses sistem

1. PENGENALAN

Sistem Surat Penyelesaian Cukai (e-SPC) merupakan sistem permohonan

surat penyelesaian cukai oleh majikan secara elektronik. Majikan boleh

menghantar borang mengenai pemberitahuan pemberhentian kerja melalui

borang CP22A / CP22B dan borang CP21 pemberitahuan bagi pekerja yang

hendak meninggalkan negara ini.

Sistem ini dibangunkan dalam aplikasi sesawang (web) dan pengguna boleh

mengakses kemudahan sistem ini melalui laman sesawang

https://ez.hasil.gov.my

2. AKSES e-SPC

i. Majikan perlu mengunakan Sijil Digital e-filing bagi mengakses

kepada e-SPC.

4

ii. Masukkan nombor pengenalan (No. Kad Pengenalan, No. Polis,

No. Tentera atau No. Passport) dan kata laluan Sijil Digital.

iii. Sekiranya berjaya, pengguna perlu memasukkan nombor rujukan

majikan masing-masing (cth: E xxxxxxxxxxx) dan klik butang

‘Teruskan’ seperti pada paparan di bawah untuk menyemak dan

menentusah majikan.

iv. Pengguna boleh memilih bahasa sama ada Bahasa Melayu atau

Bahasa Inggeris.

v. Seterusnya, pengguna perlu memilih pautan e-SPC untuk di

hubungkan terus ke skrin e-SPC.

Semakan no. majikan

Pilihan bahasa

5

vi. Maklumat majikan akan dipaparkan seperti skrin di bawah.

Maklumat majikan sekiranya pengguna berjaya masuk

Pautan ke sistem e-SPC

6

3. PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Pengguna boleh memilih untuk memohon melalui mana-mana borang sama

ada borang CP22A, borang CP22B atau borang CP21 melalui menu yang

disediakan di skrin.

i. Pada mana-mana menu, klik pada menu permohonan.

ii. Skrin permohonan seperti dibawah akan dipaparkan mengikut jenis

permohonan yang dipilih.

Menu Sistem e-SPC

Butir-butir pekerja yang berhenti kerja/bersara/meninggal dunia

7

iii. Masukkan butir-butir pekerja yang akan berhenti atau

meninggalkan negara ini.

iv. Masukkan maklumat ‘No. Rujukan’ dan ‘Jenis No. Rujukan’ pekerja

dan sistem akan secara automatik memaparkan maklumat ‘Nama’

dan ‘No. Cukai Pendapatan’ bagi maklumat ‘No. Rujukan’ yang

dimasukkan dengan betul.

v. Setelah memasukkan butir-butir pekerja, klik pada butang ‘Simpan

& Teruskan’ untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan

seterusnya ke halaman maklumat ‘Butir- butir Saraan’.

vi. Masukkan maklumat ‘Butir-butir Saraan’ pekerja seperti skrin yang

dipaparkan.

Butir-butir pekerja yang berhenti kerja/bersara/meninggal dunia

8

vii. Setelah memasukkan butir-butir saraan, klik pada butang ‘Simpan’

untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan seterusnya ke

halaman maklumat ‘Butir-butir Pendapatan Yang Belum Dilaporkan/

Butir-butir Lain/ Akuan’.

Butir-butir pendapatan yang belum dilaporkan/ Butir-butir lain/ Akuan

Butir-butir saraan

9

4. SENARAI PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Senarai permohonan ini akan menyenaraikan semua permohonan SPC

yang telah didaftarkan tetapi belum dihantar ke LHDNM untuk diproses.

Melalui senarai ini, pengguna boleh menyemak maklumat yang

dipaparkan, mengemaskini maklumat serta memadam permohonan yang

silap dimasukkan. Selain itu juga pengguna boleh melakukan carian

melalui No. Rujukan atau melalui nama pekerja.

i. Pengguna boleh memaparkan maklumat yang dimasukkan dengan

klik pada ikon dan skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

Senarai permohonan e-SPC

Maklumat butir-butir pekerja yang berhenti kerja/bersara/meninggal dunia

10

ii. Pengguna boleh mengemaskini maklumat yang dimasukkan

dengan klik pada ikon dan skrin seperti dibawah akan

dipaparkan.

iii. Pengguna boleh memadam maklumat yang dimasukkan dengan

klik pada ikon dan peringatan seperti dibawah akan

dipaparkan.

Kemaskini butir-butir pekerja yang berhenti kerja/bersara/meninggal dunia

Peringatan memadam maklumat permohonan

11

5. PENGHANTARAN PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Permohonan Surat Penyelesain Cukai (SPC), boleh dihantar secara

elektronik apabila pengguna selesai memasukkan maklumat pekerja yang

hendak dihantar. Pengguna boleh ‘klik’ satu persatu atau ‘klik semua’

pada senarai permohonan kemudian klik pada butang ‘Tandatangan &

Hantar’.

Bagi menghantar permohonan ini, pengguna perlu sekali lagi memasukan

nombor pengenalan dan kata laluan sijil digital seperti skrin dibawah bagi

tujuan verifikasi sistem.

Permohonan yang berjaya dihantar akan masuk ke ‘Senarai Status

Permohonan SPC’ mengikut borang masing-masing.

6. STATUS PERMOHONAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI

Bagi permohonan yang telah dihantar akan berada di dalam menu ‘Status

Permohonan’ mengikut borang masing-masing. Bagi permohonan baru,

status akan menjadi ‘Dalam Tindakan’.

Setelah diproses, status borang akan menjadi sama ada ‘Selesai’ atau

‘Batal SPC’. Status ‘Selesai’ adalah proses terhadap borang permohonan

pekerja telah berjaya dilakukan dan status ‘Batal SPC’ adalah

Verifikasi Penghantaran Permohonan SPC

12

permohonan mempunyai masalah dan pengguna perlu menghantar

permohonan sekali lagi.

Melalui senarai status permohonan ini, pengguna boleh melakukan carian

dan memaparkan maklumat penghantaran melalui ikon serta melihat

maklumat status melalui ikon

7. LOG KELUAR SISTEM

Pengguna boleh keluar dari sistem dengan klik pada menu ‘Keluar’.

Skrin status permohonan SPC

Skrin senarai status permohonan SPC