legasi

11
1.0 PENGENALAN Kedatangan kuasa kolonial telah membawa satu perubahan besar terhadap penduduk di Tanah Melayu. Kuasa kolonial ini telah mengambil alih tugas Sultan sebagai pemerintah. Agama Islam yang diamalkan masyarakat Melayu tidak terkecuali mendapat impak daripada legasi kolonial ini. Perubahan telah berlaku dalam kegiatan hidup masyarakat Melayu yang menganuti agama Islam. Cara hidup yang diamalkan orang Islam telah mengalami perubahan daripada bentuk pentadbiran yang dijalankan kuasa Barat. Legasi kolonial ke atas agama Islam telah mempengaruhi corak kehidupan penduduk Islam di Tanah Melayu sama ada dari segi sosial mahupun ekonomi. 2.0 BENTUK/DASAR BRITISH YANG MEMBERI KESAN KEPADA CARA HIDUP ORANG Islam 2.1 Penyebaran agama Kristian Jika sebelum kedatangan kuasa asing masyarakat Melayu lebih cenderung kepada agama Islam, namun segalanya kelihatan berubah apabila kuasa asing mula menguasai Tanah Melayu. Kedatangan mereka bukan sahaja atas dasar ekonomi semata-mata malah mereka juga mengaku secara tegasnya dengan mengatakan bahawa mereka juga menggalas ‘Beban Orang Putih’ yang kononnya bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Asia yang dikatakan tidak bertamadun dengan membawa masuk mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu. Zaman penjajahan Britsh di Tanah Melayu pada abad ke- 18, lebih menggalakkan perkembangan semua ajaran mazhab-mazhab Kristian. Gereja-gereja Katolik yang tertindas semasa zaman penjajahan Belanda telah kembali berfungsi. Walaupun kebanyakan pegawai-pegawai British ini adalah menganut agama Kristian Protestan dan Anglican tetapi mereka bersimpati dengan pergerakan agama Katolik. Pada peringkat awal, kegiatan misionari ini lebih tertumpu di negeri-negeri selat seperti Pulau Pinang, Singapura dan Melaka, serta Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kebanyakkan penganut agama Kristian semasa British ini terdiri daripada orang-orang Cina dan India, golongan imigran inilah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Kristian di semenanjung Tanah Melayu. Perkembangan- perkembangan ini telah merangsang pertambahan penganut agama kristian katholik di semenanjung, pada tahun 1841 penganutnya sebanyak 3200 orang dan meningkat kepada 18000 orang pada tahun 1890, manakala pada tahun 1908 penganutnya meningkat kepada 24,000 1

Upload: taufiq-xemo

Post on 28-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sosioekonomi tanah melayu

TRANSCRIPT

Page 1: legasi

1.0 PENGENALAN

Kedatangan kuasa kolonial telah membawa satu perubahan besar terhadap

penduduk di Tanah Melayu. Kuasa kolonial ini telah mengambil alih tugas Sultan

sebagai pemerintah. Agama Islam yang diamalkan masyarakat Melayu tidak

terkecuali mendapat impak daripada legasi kolonial ini. Perubahan telah berlaku

dalam kegiatan hidup masyarakat Melayu yang menganuti agama Islam. Cara

hidup yang diamalkan orang Islam telah mengalami perubahan daripada bentuk

pentadbiran yang dijalankan kuasa Barat. Legasi kolonial ke atas agama Islam

telah mempengaruhi corak kehidupan penduduk Islam di Tanah Melayu sama

ada dari segi sosial mahupun ekonomi.

2.0 BENTUK/DASAR BRITISH YANG MEMBERI KESAN KEPADA CARA HIDUP ORANG Islam

2.1 Penyebaran agama Kristian

Jika sebelum kedatangan kuasa asing masyarakat Melayu lebih cenderung kepada agama Islam, namun segalanya kelihatan berubah apabila kuasa asing mula menguasai Tanah Melayu. Kedatangan mereka bukan sahaja atas dasar ekonomi semata-mata malah mereka juga mengaku secara tegasnya dengan mengatakan bahawa mereka juga menggalas ‘Beban Orang Putih’ yang kononnya bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Asia yang dikatakan tidak bertamadun dengan membawa masuk mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu. Zaman penjajahan Britsh di Tanah Melayu pada abad ke-18, lebih menggalakkan perkembangan semua ajaran mazhab-mazhab Kristian. Gereja-gereja Katolik yang tertindas semasa zaman penjajahan Belanda telah kembali berfungsi. Walaupun kebanyakan pegawai-pegawai British ini adalah menganut agama Kristian Protestan dan Anglican tetapi mereka bersimpati dengan pergerakan agama Katolik. Pada peringkat awal, kegiatan misionari ini lebih tertumpu di negeri-negeri selat seperti Pulau Pinang, Singapura dan Melaka, serta Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kebanyakkan penganut agama Kristian semasa British ini terdiri daripada orang-orang Cina dan India, golongan imigran inilah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Kristian di semenanjung Tanah Melayu. Perkembangan-perkembangan ini telah merangsang pertambahan penganut agama kristian katholik di semenanjung, pada tahun 1841 penganutnya sebanyak 3200 orang dan meningkat kepada 18000 orang pada tahun 1890, manakala pada tahun 1908 penganutnya meningkat kepada 24,000 orang. Perkembangan agama Kristian ini adalah disebabkan pergerakan aktif misionari katolik disamping menubuhkan institusi-institusi pelajaran, sosial dan kebajikan di semenanjung Malaysia.

2.2 Pendidikan Barat Diwujudkan

1

Page 2: legasi

Pada permulaan zaman penjajahan, sekolah agama terus berfungsi tanpa sebarang campur tangan kerana dasar British yang tidak mahu campur tangan dalam hal-ehwal agama dan adat resam orang-orang Melayu. Madrasah banyak ditubuhkan di Kelantan, kedah dan Terengganu dan ianya telah dapat menandingi sekolah-sekolah Melayu yang disediakan oleh pihak British. Namun setelah British sedar bahawa madrasah memainkan peranan penting dalam peningkatan pemikiran masyarakat Melayu Islam, British mula campur tangan dalam pendidikan Islam dan ianya telah dijadikan sebagai pendidikan peribadi bagi masyarakat Melayu. Sekolah mengaji Al-Quran juga telah diambil alih oleh British pada tahun 1872 dan dijadikan sebagai sekolah vernacular Melayu. British mula menubuhkan sekolah Inggeris dan sekolah Melayu secara meluas yang mana bertujuan untuk menyebarkan ideology sekularisme dan menjadi ancaman kepada budaya dan agama Islam.1

2.3 Kedatangan Orang Asing Ke Tanah Melayu

Dari segi sejarah, kedatangan orang asing ke tanah melayu bukanlah satu perkara asing kerana sebelum penjajahan lagi, kemasukan orang asing sudah bermula yang disebabkan oleh perdagangan. Namun jumlah kedatangan orang asing semakin bertambah ramai pada zaman penjajahan british yang mana ianya bermula di negeri-negeri selat dan kemudiannya ke perak, Selangor dan negeri Sembilan. Dal ini secara langsung telah membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk di tanh melayu. Ianya juga jelas menunjukan bahawa masyarakat majmuk adalah kesan peninggalan penjajahan. Masyarakat majmuk wujud kerana masyarakat berkelompok mengikut kaum. Mereka berbeza dari segi budaya, bahasa, agama dan kegiatan ekonomi. Hal ini secara langsung telah mempengaruhi atau memberi kesan kepada agama islam di tanah melayu.

2.4 Campur Tangan British Dalam Sistem Pemerintahan Bercorak Islam Di Tanah Melayu

Setelah campur tangan oleh pihak British, pentadbiran dan hal ehwal Islam mengalami perubahan. Walaupun British telah mengecualikan agama Islam dan adat Melayu daripada pengaruh British, namun begitu, pada hakikatnya British telah campur tangan dalam pentadbiran agama dan Undang-undang Islam di negeri-negeri Melayu melalui peranan “Penasihat” dan kedudukan “Residen” British. Contohnya, dalam pentadbiran agama Terengganu dalam tahun 1912M, sebelum meluluskan Undang-undang Nikah Cerai Bil 6/1340, persetujuan daripada Penasihat British, iaitu Humpreys, perlu diminta terlebih dahulu.2 Oleh kerana urusan pentadbiran Islam terikat dengan pentadbiran negara, penjajah British didapati telah melantik para pegawai daripada kalangan anak-anak Melayu yang berpendidikan Barat atau mereka yang diberikan kursus di Barat. Namun begitu, anak-anak Melayu Islam ini tidak diberi jawatan yang tinggi

1 Sufean Hussin, Pendidikan Di Malaysia; Sejarah, Sistem dan Falsafah, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 20-21

2 Tuan Ruhani Tun Shriff, “Pentadbiran Agama Islam Di Terengganu Dari Tahun 1911-1930-an”. Jurnal Jabatan Sejarah (JEBAT), 1984, hlm.145.

2

Page 3: legasi

kecuali setelah mendapat persetujuan kolonial British (Khasnor Johan, 1979, 69). Manakala anak Melayu yang berpendidikan agama atau mendapat pendidikan di Timur Tengah langsung tidak dipedulikan.3

3.0 KESAN LEGASI KOLONIALISME TERHADAP CARA HIDUP ISLAM

3.1 Ekonomi

Kedatangan kolonial ke Tanah Melayu terutamanya British telah membawa

perubahan kepada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu yang menganuti

agama Islam tidak terlepas daripada mendapat kesan daripada penjajahan ini.

Cara kehidupan umat Islam mulai berubah bukan sahaja dalam sosial tetapi

ekonomi. Legasi kolonial ini menguasai ekonomi lalu mencorakkan ekonomi

mengikut kehendak mereka sehingga membawa impak kepada cara hidup Islam.

3.1.1 Perubahan Dalam Mata Wang Islam

Mata Wang telah pun diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu, penggunaan mata wang

adalah terhad di kawasan pelabuhan sahaja. Mata wang di Tanah Melayu pada

zaman tradisinya bukanlah sekadar unit untuk membuat urusan pembelian atau

pertukaran barang. Mata wang tersebut turut berperanan dalam

memperkembangkan agama Islam. Misalnya, pada tahun 1710, Sultan Kedah

iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Syah II telah mengeluarkan mata wang emas

yang dinamakan kupang. Pada mata wang kupang tersebut terdapatnya tulisan

“adil syah” yang membawa maksud raja yang adil.4 Di dalam Al-Quran, surah 16

ayat 90 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat kebaikan, memberi kepada kaum kerabat…"

Berdasarkan ayat tersebut, menunjukkan bahawa Allah S.W.T menyuruh umat

Islam berperilaku adil dalam kehidupan termasuklah sultan atau raja. Perkataan

adil pada permukaan mata wang kupang itu menjadi simbol kepada

pemerintahan raja yang adil sebagaimana dikehendaki dalam Islam. Namun

kedatangan kuasa dan pedagang barat telah memperkenalkan pelbagai jenis

mata wang. Pada tahun 1580, wang perak Sepanyol telah diedarkan dan mata 3 Berhanundin Abdullah, “Sejarah Pengaruh Adat dan Barat dalam Pentadbiran Islam di

Malaysia”. Malaysia dari segi SEJARAH (Malaysia in History), 1999, hlm. 81-86.

4 Ismail Hussein et al., Tamadun Melayu: Jilid Tiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm. 1347.

3

Page 4: legasi

wang ini digunakan di Tanah Melayu selama 300 tahun. Semasa kolonial British

memerintah, bentuk mata wang semakin berubah iaitu kepada bentuk mata

wang kertas dollar. Perubahan ini berlaku pada akhir abad ke-19 apabila Negeri-

negeri Selat mengalami kekurangan mata wang Sepanyol. Masalah ini telah

menyebabkan pedagang-pedagang British merayu kepada kerajaan British

supaya mata wang British digunakan. Oleh hal yang demikian, British telah

mengambil tindakan dengan memperkenalkan mata wang dollar Negeri-negeri

Selat pada tahun 1903. Pada tahun 1904, mata wang dollar diterima sebagai

media pertukaran sah di Negeri-negeri Selat. Jika dilihat pada mata wang dollar

yang digunakan itu, tidak terdapatnya unsur Islam sebagaimana mata wang

kupang yang tertulis “adil syah”. Secara halus, nilai Islam yang meliputi cara

hidup umat Islam pada mata wang telah dihilangkan oleh penjajah. Mata wang

Tanah Melayu yang berbentuk emas, perak dan tembaga telah berubah kepada

wang kertas yang tidak mempunyai unsur Islam sebagaimana sebelum

pemerintahan kolonial.

3.1.2 Penerapan Unsur Riba

Dalam Islam, melakukan riba adalah dilarang dan haram bagi umat Islam yang

mengamalkannya. Menurut Abdul Muhaimin Mahmood, riba ialah sebarang

tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat

penangguhan tempoh. Kedatangan kolonial British telah membawa pengenalan

perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu riba. Bagi mencapai

matlamat kapitalis mereka, bank-bank perdagangan asing telah ditubuhkan

antaranya Standard Chartered Bank pada tahun 1875 dan Algene Bank

Negerland NV pada tahun 18885. Bank-bank ini diterajui oleh doktrin yang

dibawa oleh penjajah berdasarkan sistem konvensional. Sistem konvensionel

merupakan sistem perbankan zaman kini yang mengamalkan riba dalam

kegiatannya. Sistem yang bertentangan dengan cara hidup Islam ini

kemudiannya diterapkan dalam penubuhan bank-bank tempatan terawal seperti

Kwong Yik Bank Bhd. pada tahun 1913 dan The Pacific Bank Bhd. pada tahun

1922. Pengenalan sistem berunsurkan riba dalam urusan bank merupakan idea

ahli teologi St. Thomas Aquines. Aquines berpendapat bahawa pengembangan

wang melalui pembayaran dan penerimaan bunga dapat meningkatkan aktiviti

ekonomi. Idea tersebut seterusnya memberikan idea kepada Abu Hamid Al-

Ghazali. Beliau mengemukan idea bahawa wang boleh berperanan dalam

5 Mohd. Taib Osman dan A. Aziz Deramin, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 194-198.

4

Page 5: legasi

ekonomi tanpa melibatkan riba. Bermulanya disini, sistem kewangan tanpa riba

telah diwujudkan supaya cara hidup Islam dapat dikekalkan. Akhirnya, institusi

kewangan Islam telah ditubuhkan di Tanah Melayu antaranya Lembaga Tabung

Haji pada tahun 1963.

3.1.3 Pengaplikasian Ekonomi Kapitalis

Menurut Karl Marx, kapitalisme adalah sebagai sistem ekonomi yang

berprinsipkan hak milik peribadi dan persaingan yang bebas. Di Tanah Melayu,

sistem ekonomi kapitalis telah membawa perubahan besar dalam

perkembangan ekonomi. Masyarakat Islam tidak terlepas daripada mendapat

kesan daripada ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh penjajah ini. Kolonial

British yang bertapak di Tanah Melayu giat mengaut keuntungun untuk

kepentingan sendiri. Usaha yang dilakukan adalah melemahkan bangsa melayu

dalam ekonomi dengan membawa masuk bangsa asing luar untuk bekerja.

Buruh asing berbangsa Cina diimport untuk bekerja di lombong, buruh India

bekerja di ladang-ladang getah manakala buruh Indonesia di ladang tebu dan

getah.6 Bagi masyarakat Melayu Islam pula, kebanyakan mereka menjalankan

pertanian dan menjadi nelayan. Penduduk Melayu yang tinggal di kampung-

kampung atas pecah-perintah British menyebabkan kehidupan mereka mundur.

Ini adalah sebagaimana kehendak British yang ingin mengukuhkan

kedudukannya sebagai pemerintah dan pemegang kuasa ekonomi Tanah

Melayu. Dalam menjayakan usahanya, British cuba mengukuhkan pemikiran

golongan ulama yang berpandangan sempit yang melihat agama hanya sebagai

persiapan untuk akhirat tanpa memperhitungkan soal-soal duniawi.7 Golongan ini

merupakan individu yang berpengaruh di kampung-kampung. Tindakan ini

menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan dalam ekonomi berbanding

bangsa lain. Bagi mengelakkan keadaan ini berterusan, golongan ulama yang

berilmu pengetahuan kritis telah muncul dalam usaha mengubah cara hidup

penduduk Islam. Mereka berpendapat kemunduran masyarakat umat Islam di

Tanah Melayu berpunca daripada kegagalan masyarakat Islam memahami dan

mematuhi lunas-lunas yang ditetapkan dalam Islam. Kesedaran ini kemudiannya

telah memperbaiki kedudukan orang Melayu di Tanah Melayu bermula pada

permulaan abad ke-20. Namun begitu, reaksi buruk ditunjukkan rakyat akibat

6 P. Sivarajan dan S. Malar Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., 2012, hlm. 44.

7 Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 197.

5

Page 6: legasi

ikutan cara ulama tradisional sehingga mengatakan mereka cuba memesongkan

ajaran Islam yang sebenar. Kesannya reformasi Islam termasuklah dalam aspek

ekonomi di Tanah Melayu terbantut dan ekonomi kapitalis terus digiatkan.

3.2 Sosial

3.2.1 Sistem Pendidikan Masyarakat Melayu

Bagi Masyarakat Melayu, pendidikan agama Islam merupakan pendidikan yang

wajib diberikan kepada anak-anak. Ia bermula dengan pendidikan tidak formal

iaitu, belajar di surau, masjid dan rumah guru. Pendidikan Masyarakat Melayu

terus berkembang kepada sistem Sekolah Pondok. Perkembangan Sekolah

pondok ini melibatkan beberapa buah negeri seperti Kelantan, Kedah dan

Terengganu Pada kurun ke-19. Mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir,

fekah, dan hadis. Sekolah pondok ini kemudian berkembang kepada Madrasah.

Di Negeri-Negeri Selat, kumpulan agama yang dikenali sebagai Kaum Muda

memainkan peranan penting dalam mengembangkan sistem madrasah ini.

British telah memperkenalkan sistem pendidikan Vernakular yang berasaskan

kaum iaitu Kaum Melayu, Cina dan India. Sistem ini memberi kesan dan

menyebabkan orang Islam dengan orang bukan islam tiada kesepaduan.

Fahaman Sekularisme yang berorientasikan kebendaan serta cara hidup Barat

yang bebas telah mempengaruhi orang Islam atau masyarakat Melayu,

khususnya golongan elit dan bangsawan yang mempunyai latarbelakang

Pendidikan Inggeris. Raffles adalah pelopor kepada sistem sekular di Tanah

Melayu kerana beliau yang mencadangkan agar bahasa Melayu diasingkan

daripada pelajaran Al-Qur’an atau agama Islam. Kesan daripada keadaan ini

menyebabkan penggunaan tulisan jawi beransur-ansur menjadi lemah.8

3.2.2 Agama Dan Adat Istiadat Melayu

Walaupun dikatakan bahawa soal-soal agama dan adat istiadat Melayu telah

diserahkan kepada raja-raja Melayu, namun dari segi praktiknya, pihak British

merupakan yang menguasai Majlis Negeri. Soal pelantikan, pemecatan, gaji para

Kadi dan Mufti ditentukan oleh Majlis Negeri yang terpaksa melalui pengesahan

Gabenor sebelum dilaksanakan. Penubuhan Majlis Agama negeri adalah

rancangan British dengan alasan supaya pentadbiran agama Tanah Melayu

berjalan dengan lancar. Namun masalah yang wujud dalam hal ini adalah,

8 Ishak Saat, Malaysia 1945-2000, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2009, hlm 214.

6

Page 7: legasi

tentang pentadbiran dan perjalanan Majlis Agama dilaksanakan oleh golongan

sekular yang tidak tahu tentang agama Islam itu sendiri. Golongan Raja-Raja

tidak memberikan sebarang bantahan tentang rancangan sekularisme British ini

kerana mereka telah ditempatkan dalam kedudukan yang tinggi iaitu sebagai

ketua agama di negeri masing-masing.9

3.2.3 Golongan Ulama Kaum Tua dan Kaum Muda

Dalam usaha untuk melemahkan orang Melayu, British telah cuba

memperkukuhkan golongan ulama yang sempit pandangannya tentang agama

dan melihat agama hanya sebagai persiapan untuk menghadapi alam akhirat.

Golongan ini amat berpengaruh di kampung-kampung. Di samping itu muncul

pula, terdapat golongan ulama yang mempunyai ilmu pengetahuan Islam yang

lebih luas dan yang kritis tentang kehidupan dan hal mengenai Masyarakat

Melayu di Tanah Melayu. Para ulama ini berpendapat bahawa keruntuhan dan

kemunduran masyarakat Islam yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan

mereka untuk memahami dan mematuhi lunas-lunas dalam agama Islam itu

sendiri. Kesedaran golongan ulama ini adalah bermula pada awal abad ke-20.

Hasil daripada kesedaran ini maka lahirlah Majalah al-Imam di Singapura pada

tahun 1906 yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Abduh, Sheikh al-Hadi dan

Haji Abbas Md Taha. Mereka ini merupakan golongan reformasi iaitu

pembebasan fikiran dan kesedaran yang membelenggu masyarakat Islam di

Tanah Melayu ketika awal abad ke-20. Perasaan kesedaran ini dibawah dari

Timur Tengah yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Abduh, Rashid Rida yang

menerbitkan majalah al-manar. Pihak British menggelar para ulama yang

bersifat reformis ini sebagai kaum Muda, manakala yang bukan bersift reformis

digelar sebagai Kaum Tua. Kewujudan istilah kau muda ini telah menimbulkan

reaksi yang negatif terhadap rakyat kerana terikut-ikut dengan cara ulama

tradisional ataupun Ulama kaum Muda. Istilah yang British wujudkan ini telah

cuba mempengaruhi rakyat supaya tidak terpengaruh dengan Golongan Muda

tersebut kerana mereka dianggap telah memesongkan ajaran agama Islam

Sebenar. Pihak British dan pengikutnya termasuk golongan elit tidak bersetuju

dengan tindakan ulama Kaum Muda ini kerana mereka ini telah cuba untuk

menyedarkan masyarakat Melayu tentang pemisahan agama dalam semua

aspek termasuklah aspek sosial.10

9 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd, 2002, hlm 209.

10 Mahayudin Haji Yahaya, op.cit., hlm. 196-198.

7

Page 8: legasi

4.0 ANALISIS

Penjajahan British di tanah Melayu memberikan banyak kesan sama ada positif dan negatif kepada dua aspek utama iaitu sosial dan ekonomi. Kesan tersebut telah membawa perubahan yang besar kepada cara hidup penduduk tanah Melayu terutamanya yang beragama Islam. Matlamat 3G iaitu gold, god and glory yang diamalkan oleh penjajah-penjajah barat telah menjadi faktor yang utama perubahan yang berlaku di tanah Melayu. Dalam aspek god atau gospel iaitu agama, penjajah-penjajah barat khasnya British merasa bahawa mereka mengalas ‘beban orang putih’ yang kononnya bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Asia yang dikatakan tidak bertamadun. Hal ini telah dilakukan dengan melakukan penyebaran agama Kristian ke tanah Melayu dengan membawa masuk mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan agama Kristian di tanah Melayu.. Penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh British di tanah Melayu ini telah memberi kesan yang negatif kepada agama Islam di tanah Melayu khasnya kepada cara hidup orang-orang Islam di tanah Melayu. Antaranya ialah dalam aspek pendidikan, sekolah-sekolah agama mula dilemahkan dan seterusnya telah menjadikan penggunaan tulisan jawi beransur-ansur lemah. Dalam aspek ekonomi pula, unsur pembaratan mula berlaku, yang mana ekonomi kapitalisme mula digunakan di tanah Melayu. Melalui dasar ekonomi kapitalisme ini, unsur-unsur riba mula berkembang dan ia bukan sahaja bertentangan dengan unsur-unsur agama Islam malah ia juga telah membawa penindasan kepada penduduk tanah Melayu khasnya yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, penjajahan ini juga telah membawa kesan yang positif kepada agama Islam yang dianuti oleh masyarakat Melayu yang mana telah munculnya kebangkitan-kebangkitan yang memperjuangkan agama Islam dan masyarakat Melayu dengan munculnya kaum muda.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, boleh dilihat bahawa kolonialisme yang berlaku telah memberi kesan yang besar kepada agama Islam yang menjadi satu cara hidup di kalangan masyarakat tanah Melayu. Ia telah membawa perubahan kepada corak cara hidup masyarakat yang beragama Islam khasnya. Unsur-unsur pembaratan juga jelas kelihatan dan kesannya telah melemahkan agama Islam di tanah Melayu.

RUJUKAN

Berhanundin Abdullah. 1999. “Sejarah Pengaruh Adat dan Barat dalam Pentadbiran Islam di Malaysia”. Malaysia dari segi SEJARAH (Malaysia in History).

8

Page 9: legasi

Ishak Saat. 2009. Malaysia 1945-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Ismail Hussein et al.. 1995.Tamadun Melayu: Jilid Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Haji Yahaya. 2001.Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.

Mohd. Taib Osman dan A. Aziz Deramin. 2001.Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

P. Sivarajan dan S. Malar Arasi. 2012.Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd..

Sufean Hussin. 1996. Pendidikan Di Malaysia; Sejarah, Sistem dan Falsafah. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Ruhani Tun Shriff. 1984. “Pentadbiran Agama Islam Di Terengganu Dari Tahun 1911-1930-an”. Jurnal Jabatan Sejarah (JEBAT).

9