legasi kolonialisme

Upload: ammie-gadarish

Post on 03-Mar-2016

84 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANJika di fahami dari segi makna ataupun maksud di sebalik perkataan kolonialisme ini, dapat diketahui bahawa ianya berasal daripada perkataan Latin colonia yang bererti tanah jajahan. Oleh itu, kolonialisme adalah satu sistem di mana suatu negara menguasai rakyat dan sumber negara lain tetapi masih tetap berhubungan dengan negara asal. Tujuan utama peluasan kuasa ini adalah untuk menguasai kepentingan ekonomi, persaingan antara kuasa-kuasa besar Eropah dan juga penyebaran agama Kristian. Selain itu, kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain samaada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Corak kolonial Barat yang berlaku dalam masyarakat di Tanah Melayu berlaku dalam masa yang singkat tetapi meninggalkan kesan yang sangat meluas. Di samping itu, ianya juga meninggalkan kesan yang sangat besar yang dapat dilihat daripada corak pemerintahan kesan daripadakedatangan barat. Malahan, kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah Melayu bermula selepas kedatangan Islam dan telah mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu.Kedatangan Baratbermula pada awal abad ke-16 dan mencapai kemuncaknya pada pertengahan abad ke-19. Masyarakat Eropah datang ke Tanah Melayu dalam bentuk kolonialisme dan memperkenalkan ekonomi kapitalisme. Kedatangan barat membawa satu kebudayaan baharu yang mengubah keperibadian dan identiti kebudayaan Melayu.Hal ini disebabkan oleh Barat tidak membawa sifat-sifat yang mengguntungkan rakyat. Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu yang membawa sistem kapitalisnya dan campur tangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran Tanah Melayu telah menyebabkan perubahan konflik nilai di antara masyarakat Melayu. Berbanding dengan Islam, dimana proses pemodenan kebudayaan terhasil daripada proses pengislaman yang telah mengubah pandangan hidup kepada rasionalisme dan intelektualisme serta seluruh keperibadian insan. Penjajahan British di Tanah Melayu telah membawa satu perubahan yang besar terhadap penduduk Tanah Melayu khususnya dari segi sosial. Penyebaran agama Kristian telah berlaku di rantau ini setelah kedatangan kuasa Barat namun tidaklah begitu ketara. Di Tanah Melayu, pengaruh peradaban Barat lebih merujuk kepada bidang material dan banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial. Namun, ajaran Islam di Tanah Melayu tetap menjadi pegangan utama masyarakat Melayu. Pengaruh peradaban Barat dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, dan kewujudan bandar-bandar moden. Kesan kolonialisme ke atas Tanah Melayu telah memberi kesan bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga merangkumi aspek sosial. Kedatangan Inggeris bukan sahaja memperkenalkan ekonomi kapitalisnya bahkan menyebabkan pergolakan dan perkembangan baharu manusia di Asia Tenggara.Hal ini juga telah mewujudkan pertembungan budaya antara budaya barat dengan budaya Melayu yang lebih berteraskan konsep Islam.2.0FAKTOR KEDATANGAN BRITISH KE TANAH MELAYU2.1SOSIAL 2.1.1PENYEBARAN AGAMA KRISTIANMenjelang abad ke16, 17 dan 18 memperlihatkan telah bermula erakerancakan orang Barat untuk mencari tanah jajahan yang khususnya di Tanah Melayu. Kekayaan sumber bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu mendorongkedatangan kapal-kapal penjajah dari Barat untuk memasuki Selat Melaka. Kedatangan orang barat telah bermula melalui pengguasaan bangsa Portugis pada 1511 ke atas Kota Melaka, kemudian Belanda 1641 dan akhirnya British 1786. Kedatangan mereka bermatlamatkan kepada konsep 3G IAITU Gold, Glory dan Gospel serta mereka juga berusaha untuk menggembangkan agama Kristian. Orang Portugis membawa mazhab Katolik, orang Belanda pula membawa mazhab Protestan (Calvinist), dan Inggeris membawa Gereja Kristian (Anglican). Oleh yang demikian, dasar Belanda yang memusuhi Katolik (Boxer 1965) telah menyebabkan perkembangan ajaran Katolik terbantut buat sementara waktu.Walau bagaimanapun, setelah bermulanya pertapakan Inggeris dengan menjejakkan kaki ke Tanah Melayu telah mendorong kepada mazhab Katolik telah berkembang semula (Healey 1951). Hal ini dapat dibuktikan melalui penyataan oleh Kosuke Koyama dan Adib Majul dalam buku beliau iaitu The Crusader Theory yang menyatakan bahawa kedatangan kuasa-kuasa penjajah dari barat jelas memperlihatkan bahawa keghairahan mereka untuk menyebarkan agama Kristian. Hal ini disebabkan oleh matlamat mereka yang berpegang kepada slogan 3G ini iaitu Gospel, Gold dan Glory atau Gun and Ointment. Penubuhan London Missionary Society (LMS) pada tahun 1795 yang berdasarkan ajaran Bible: go, therefore, and make disciples of all nation, baptizing them in name of the Father, and of the son, and the Holy spirit (Matthew 28:19) telah menjadi pendorong utama dalam melakukan penyebaran agama Kristian di alam Melayu.[footnoteRef:2] Kehadiran penjajah asing ke Tanah Melayu juga memang tidak dapat dinafikan, hal ini demikian kerana tujuan mereka datang ke Tanah Melayu adalah lanjutan daripada peperangan di antara Islam dengan Kristian yang berlaku di barat dalam era perang salib pada abad ke 11, 12 dan 13 (Ryan 1976dan 1965 ). Semasa British menguasai Tanah Melayu terdapat seorang mubaligh Kristian yang bernama J.Moore yang memakai pakaian Melayu yang hidup cara Melayu ini sebagai muslihat dan bertujuan untuk menarik minat orang-orang Melayu agar masuk Kristian.[footnoteRef:3] [2: Ghazali Basri, 1999, Gerakan Kristian, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlmn 12.] [3: Ibid.]

Para apologetic Kristian mengambil kaedah diplomasi dalam usaha mereka untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Keadaan ini dapat dilihat selepas Perang Dunia Kedua apabila negeri-negeri dibawah penjajahan Barat melepaskan diri daripada penjajahan politik pada tahun-tahun 60an. The Moslem World, sebuah majalah ilmiah pada 1911 telah mengkaji terhadap pemikiran Islam. John Rauws, seorang mubaligh Kristian berbangsa Belanda telah menulis pada tahun 1911 dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi orang Islam seperti berikut the issue is clear, another battle berween Islam and Christianity must be fought to a finish. The need is for more workers and more vigorous policy (The Moslem World 1911). Pengembang agama Kristian mengakui betapa sukarnya menjalankan dakwah terhadap orang Islam. Oleh itu, gerakan misionari dirancang agar menggunakan pendekatan psikologi dan sosiologi bagi menawan hati orang Islam.[footnoteRef:4] [4: Ibid, Hlmn 40.]

2.2EKONOMI2.2.1MENGEKSPLOITASI EKONOMIPenjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan. Pada peringkat awal penerokaannya ke dunia luar, terutama sekali di negara-negara sebelah Timur, British menginginkan pasaran dan pusat-pusat perniagaan yang lebih meluas dan mempunyai sumber bahan mentah yang banyak. Ekoran daripada bermulanya revolusi perusahaan yang berlaku di Eropah, keperluan Britain telah berubah kepada bahan-bahan mentah. Bekalan bahan mentah yang banyak dan berterusan hanya terjamin jika pihak British mempunyai tanah jajahan yang sesuai dan dapat memperoleh keperluan tersebut. Maka dengan itu, kekayaan yang di miliki oleh negeri-negeri Melayu telah menarik minat orang barat untuk menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu dengan menjadikan Tanah Melayu sebagai pusat untuk memperolehi bahan mentah.Selepas Revolusi Perusahaan, Amerika Syarikat dan Britain merupakan pembeli bijih timah yang terbesar pada waktu itu. Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah menjadi semakin penting untuk memenuhi keperluan mereka. Pihak British sedar jika mereka tidak menguasai Tanah Melayu, kuasa Eropah yang lain akan berbuat demikian.[footnoteRef:5]Pihak penjajah sedar bahawa usaha untuk mengeksploitasi bahan mentah di Tanah Melayu mungkin akan tergendala jika penduduknya sedikit dan kekurangan tenaga buruh yang murah serta kemahiran dalam melakukan kerja-kerja tertentu. Oleh itu mereka telah membawa masuk buruh dari luar seperti China. Golongan tuan tanah pula telah berubah menjadi golongan pemodal yang menguasai punca pengeluaran perindustrian. [5: Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 171-178.]

3.0SEBELUM KOLONIALISMEPerkataan tradisional biasanya menggambarkan sifat atau keadaan sesuatu masyarakat sebelum kedatangan penjajah asing dan sebelum munculnya pengaruh modenisasi. Corak Tradisional juga dapat di fahami dengan mengambil kira segala aspek yang bercorak tradisi yang di amalkan pada masa lampau. Hal ini dapat juga diertikan sebagai masyarakat Melayu sebelum tahun 1900 sehingga sebelum tahun kemerdekaan 1957. Pengertian ini bersifat subjektif kerana terdapat ukuran yang memisahkan di antara tradisional dengan moden dalam masyarakat Melayu terutama setelah kedatangan Barat. Proses pemodenan jika dilihat dari sudut kebendaan boleh diukur melalui proses penerimaan cara dan teknologi barat khususnya selepas Revolusi Industri.Sehubungan dengan itu, menurut catatan sejarah yang menyatakan bahawa hubungan dengan orang barat seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol di Alam Melayu telah berlaku lebih awal jika di telusuri secara mendalam. Ekoran daripada itu, telah menyebabkan pelbagai kesan yang besar berlaku dalam aspek sosial, ekonomi dan juga politik serta pendidikan yang amat ketara setelah termeterainya Perjanjian Pangkor 1874.Selain itu, perubahannya juga dapat dilihat selepas berlakunya campur tangan British dalam politik dan juga pemerintahan tradisional masyarakat Melayu. Meskipun begitu, pemodenan dari segi intelektualisme dan kerohanian sebenarnya telah berlaku setelah proses pengislaman Alam Melayu mengambil tempat dan menjadi ciri yang baharu dalam masyarakat tradisional.[footnoteRef:6] [6: A. Aziz Deraman, 2001,Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hllmn 89-90.]

3.1POLITIK Sistem politik merujuk kepada suatu bentuk susunan atau peraturan yang berkaitan dengan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. Masyarakat Melayu tradisional merupakan sekumpulan masyarakat yang hidup dalam kelompok dan mengamalkan adat resam yang di amalkan secara turun-temurun. Kelompok masyarakat tradisional ini sangat kecil dan tidak mempunyai ramai kakitangan untuk mentadbir.[footnoteRef:7] [7: Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia. Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 4-5.]

Sistem politik masyarakat Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat pada umumnya bersifat feudal. Sistem ini membahagikan rakyat mengikut susun lapis yang berbentuk piramid dengan hierarki pemerintahan berdasarkan kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada raja atau sultan, kaum bangsawan, pembesar, pemimpin agama dan pendeta. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, peniaga atau pedagang, buruh biasa, buruh mahir dan golongan hamba. Mengikut susunan ini, raja atau sultan merupakan pemerintah yang tertinggi dalam struktur pemerintahan tradisional.Semua kuasa berpusat dikuasai oleh golongan pemerintah yang diketuai oleh raja atau sultan kerana baginda memiliki kuasa tertinggi dalam sistem politik tersebut. Raja atau sultan dibantu oleh sebilangan besar orang kenamaan berketurunan raja dan bangsawan dalam politik, adat istiadat, undang-undang, ekonomi dan tentera. Dalam susunan hierarki pemerintahan ini, rakyat biasa dan golongan hamba berada pada lapisan yang terakhir. Pembahagian susun lapis masyarakat kepada dua golongan kelas ini merupakan satu daripada unsur asas dalam struktur politik dan sosial masyarakat Melayu tradisional yang bercorak feudal. Raja atau sultan menjadi lambang perpaduan dan berperanan sebagai tempat rujukan (Gullick, 1978:6). Hubungan antara kelas atasan dan bawahan bersifat timbal balik ataupun dua hala iaitu saling memerlukan antara satu sama lain. Di samping itu, Sultan juga merupakan lambang kepada agama Islam yang juga memainkan sebagai Ketua agama Islam bagi Tanah Melayu. Sultan yang memerintah negeri-negeri Melayu juga berperanan sebagai pemerintah dalam semua aspek termasuklah dalam politik, ekonomi malahan aspek sosial. Sebelum kedatangan orang Barat,tampuk pemerintahan di Tanah Melayu di kuasai sepenuhnya oleh Sultan tetapi setelah kedatangan mereka telah memperkenalkan system ala barat yang mengubah struktur pemerintahan tradisional kepada system yang baharu.[footnoteRef:8] [8: Chin Yee Mun, 2010, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd, Hlmn 5-6]

3.2SOSIAL3.2.1PENDIDIKANMasyarakat Melayu telah sekian lama mempunyai system pendidikan yang tersendiri yang dianggap klasik dan tradisional. Sistem masyarakat Melayu pada peringkat awal bukanlah berlandaskan untuk mencapai mobiliti sosial tetapi untuk memenuhi tuntutan keagamaan dan kerohanian dalam kehidupan beragama. Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan dan pandangan terhadap semesta dibawa oleh ajaran agama Islam yang membawa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Maka dengan itu, selepas kedatangan pengaruh Islam telah menjadikanistana sebagai tempat untuk penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi-institusi pendidikan samaada secara rasmi atau tidak rasmi telah wujud antaranya ialah pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren atau di masjid-masjid dan surau-surau. Hal ini menunjukkan bahawa semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan terutama ajaran Islam.[footnoteRef:9] [9: Universiti Malaya, 2001,Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Hlmn 168.]

Sebelum kedatangan British, kanak-kanak di Tanah Melayu hanya mendapat pendidikan di sekolah pondok, madrasah, surau, dan masjid. Sistem pengajian yang tertua adalah sekolah pondok yang menekankan pelajaran pengajaran al-quran dan pendidikan masyarakat. Sebelum kedatangan pejajah barat, masyarakat melayu hanya memfokuskan aspek-aspek seperti pembacaan al-quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama, kemahiran membaca, mengira dan menulis. Perkataan pondok berasal dari bahasa Arab yang bermaksud tempat penginapan, tetapi menurut istilah ianya bererti institusi pendidikan dan pengajaran agama Islam yang dilaksanakan dengan cara tidak formal di Tanah Melayu pada ketika itu. Sistem pendidikan pondok dipercayai bermula sejak abad ke-17 lagi. Mata pelajaran yang diajar di Tanah Melayu seperti tauhid, tafsir dan fekah dan lama-kelamaan sekolah pondok telah berkembang menjadi madrasah. Ulama Islam juga turut memperkenalkan tulisan Arab kepada penduduk tempatan dan disesuaikan dengan kaedah sebutan bahasa Melayu maka terbentuklah tulisan Jawi.Golongan mubaligh dan ahli Sufi dari Asia Barat dan India telah memainkan peranan penting dalam mengajar penduduk tanah Melayu dalam pelajaran.[footnoteRef:10] [10: Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti Teknologi Malaysia, Hlmn 50.]

Pondok yang bertindak sebagai institusi Islam membolehkan masyarakat dapat berinteraksi dengan anggota masyarakat yan lain dan dapat bekerjasama dengan saling membantu antara satu sama lain. Hubungan timbal balik antara masyarakat dengan pondok begitu harmoni dan berterusan yang menyebabkan kedua-duanya saling memberi dan menertima. Sistem pendidikan pondok memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat Islam sehingga membolehkan sekolah pondok dapat mmbentuk nilai-nilai yang baik yang dianuti oleh masyarakat. Dengan pengaruh Tok guru yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat Islam telah menjadikan semua pihak baik orang perseorangan mahupun badan-badan kemasyarakatan serta tidak terkecuali badan pemerintah bersama-sama menutut ilmu keagamaan secara sama rata sahaja. Di samping itu,peranan dalam institusi pendidikan Islam telah membentuk masyarakat Melayu yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji selaras dengan tuntutan Islam.[footnoteRef:11] [11: Ismail Deraman, 1993, Tamadun Melayu Jilid Dua, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hllmn 759-760.]

3.2.2STRUKTUR MASYARAKATSebelum abad ke-19, struktur masyarakat tradisional belum lagi dipengaruhi oleh kuasa British walaupun telah wujud hubungan dengan dunia luar namun struktur masyarakat masih bersifat tradisional. Portugis yang telah berjaya memasuki Tanah Melayu pada tahun 1511 telah memperkenalkan sistem yang baharu tetapi ianya disesuaikan dengan sistem masyarakat Melayu dengan pengertian personel sahaja tetapi sistem keseluruhannya tidak dirombak. Struktur masyarakat tradisional adalah lanjutan daripada corak pemerintahana Hindu yang mengakibatkan perpecahan dalam struktur masyarakat mengikut kelas iaitu golongan bangsawan dan golongan rakyat. Rakyat hidup dalam kelompok di wilayah yang sama selalunya di pesisiran dan wujud perbezaan sosial di antara rakyat disebabkan oleh faktor kerja, status dan kuasa. Pembahagian kerja dalam kalangan masyarakat cuba membezakan antara unit sosial itu tadi manakala status pula memperlihatkan nilai prestij yang berbeza dalam struktur keseluruhannya. Masyarakat melayu digambarkan dalam satu piramid besar dengan golongan bangsawan dikedudukan yang teratas bersama pembesar yang lain dan diikuti oleh golongan yang diperintah. Dalam struktur masyarakat feudal ini, rakyat tidak mempersoalkan kedudukan politik dan ini menjadikan sistem yang ada di Tanah Melayu ketika itu stabil.[footnoteRef:12] [12: A. Aziz Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hllmn 91-92.]

Satu perkara yang menarik dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional ialah wujudnya mobiliti kemasyarakatan seperti yang disebut dalam Sejarah Melayu dan terdapat dua jenis mobiliti sosial yang berlaku dalam masyarakat iaitu secara mendatar dan menegak. Mobiliti secara mendatar merujuk kepada pergerakan yang berlaku dalam lapisan masyarakat itu sendiri seperti pertukaran tugasdan pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosial seseorang dalam kelompok masyarakat, ini bermaksud walaupun fungsi sosial seseorang itu berubah namun taraf mereka dalam susun lapis masyarakat itu tidak berubah. Sementara mobiliti secara menegak pula melibatkan pergerakan dari satu taraf masyarakat kepada satu taraf yang lain. Mobiliti menegak biasanya berlaku apabila seseorang anggota masyarakat yang bukan sahaja dapat mengubah bentuk dan jenis tugasnya tetapi berpeluang mengubah taraf sosial dalam masyarakatnya. Mobiliti menegak dalam kalangan rakyat biasa jarang berlaku. Melalui perkahwinan juga membolehkan seseorang mencapai kelas yang lebih baik seperti perkahwinan berlaku diantara kerabat diraja lelaki dengan perempuan biasa.[footnoteRef:13] [13: Ruslan Zainuddin, 2003,Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 85.]

3.3EKONOMI3.3.1KEGIATAN SARA DIRIMasyarakat Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang tidak dikendalikan bagi mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk memenuhi keperluan hidup seharian. Keperluan ekonomi petani hanya cukup untuk menyara keperluan hidup keluarga dengan menekankan kepada keperluan asas. Oleh itu, perhatian utama ditumpukan kepada usaha-usaha untuk mendapatkan sumber makanan (Aziz Khalid, 1997:223-4). Masyarakat mengamalkan cara pertanian yang simple iaitu dengan menggunakan tenaga binatang dan tenaga manusia yang terdiri daripada anggota keluarga sendiri. Masyarakat tradisional tidak memerlukan lebihan yang banyak dan biasanya lebihan jarang didapati. Mereka juga boleh memperoleh sumber makanan daripada dusun yang berdekatan dengan kampung halaman. Jika mereka menghendaki barang keperluan yang lain seperti pakaian dan garam yang tidak mampu dikeluarkan sendiri, mereka boleh mendapatkan barangan tersebut melalui sistem pertukaran barang (sistem barter) di kampung sendiri atau dari tempat lain. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional juga berhubung rapat dengan kedudukan petempatan masyarakat itu sendiri. Lazimnya masyarakat Melayu tradisional mendirikan petempatan berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai dan di sekitar kawasan pedalaman, ekonomi utama ialah pertanian dan perikanan dalam suatu bentuk ekonomi peasant.[footnoteRef:14]Orang Melayu juga dikatakan sebagai satu bangsa yang bergantung hidup kepada kepada sungai dan laut. Mereka menetap di sepanjang sungai yang sesuai untuk di jadikan penempatan. Hal ini membolehkan mereka memperolehi sumber air dan sumber makanan daripada laut dengan mencukupi. [14: Ruslan Zainuddin, 2003, Sejarah Malaysia, Kedah: Universiti Utara Malaysia, Hlmn 96.]

Masyarakat Melayu mengusahakan penanaman padi sawah dan padi huma.Selain daripada itu juga, masyarakat Melayu juga terlibat secara langsung dalam aktiviti perlombongan yang merupakan aktiviti penting bagi masyarakat Melayu. Orang Melayu telah lama mengusahakan lombong bijih timah dengan cara mendulang. Kawasan-kawasan hulu sungai merupakan kawasan perlombongan bijih timah bagi orang Melayu. Bijih timah dileburkan dan dijadikan jongkong kemudian dihantar ke hilir sungai untuk dijual. Kerja ini diawasi oleh seorang pembesar daerah. Manakala Sultan pula menerima bahagiannya dalam bentuk cukai daripada pedagang bijih timah.Di samping itu, aktiviti perdagangan juga memainkan peranan penting sebagai asas ekonomi masyarakat Tanah Melayu. Selat Melaka, Selat Sunda, Lombok, Banda, Sulu dan Jawa telah menjadi laluan kapal-kapal dagang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selat Melaka merupakan selat yang paling sibuk laluannya sejak abad ketujuh masihi lagi dan dikatakan pelabuhan Melaka juga setanding dengan Pelabuhan Venice pada suatu ketika dahulu.[footnoteRef:15] [15: Rosliha Muhammad, 2000m, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 02 Mei 2015.]

4.0KESAN KOLONIALISME-SELEPAS KOLONIALISME Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomidi Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19.Permintaan yang tinggi terhadap sumber bijih timah dan getah ekoran daripada revolusi industry yang berlaku mendorng mereka mendapat bahan mentah tersebut demi untuk memenuhi kemahuan mereka. Lantaran itu, Britishjuga mengamalkan diplomasi yang sangat berhati-hati dengan Sultan dan pembesar Melayu untuk mencapai segala hasrat mereka. Namun hakikatnya, mereka sering menggunakan kaedah diplomasi kapal perang atau cara ugutan dengan mana-mana pemerintah di Tanah Melayu untuk memenuhi kemahuan mereka, cara dan kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan penentangan khususnya daripada orang Melayu. Kedatangan British ke Tanah Melayu bukannya untuk merombak dan menghapuskan sistem politik tradisional yang terdapat di Tanah Melayu tetapi yang berubah hanya dari segi kuasa sahaja dimana kuasa Sultan dan pembesar telah berpindah ketangan Residen namun mereka tidak campur tangan dalam soal agama islam dan adat istiadat. Dengan kehadiran British, kedudukan raja hanyalah bersifat official ceremony sahaja. Penjajahan British diTanah Melayu telah meninggalkan implikasi yang mengubah kaca mata orang Melayu kepada lebih bercorak British samaada dari segi politik, ekonomi dan sosial serta bidang pendidikan.[footnoteRef:16] [16: Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti Teknologi Malaysia, Hlmn 73-74.]

4.0.1POLITIK4.0.1.1 PENGENALAN SISTEM RESIDENTermeterainya perjanjian Pangkor ini secara tidak langsung telah mengubah sistem poitik tradisional yang di amalkan selama ini akibat kemasukan unsur-unsur Barat. Di antara 14 fasal yang terdapat dalam perjanjian ini, fasal ke-6 menjadi paling penting kerana ianya menjadi punca utama perubahan dalam pemerintahan tradisional.Pelantikan seorang residen untuk membantu dan menasihat sultan dalam semua urusan pentadbiran secara tidak langsung telah mengubah keseluruhan pemerintahan tradisi di negeri-negeri Melayu. Sebelum pelantikan residen, sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam institusi pentadbiran negeri dan baginda dibantu oleh pembesar-pembesar di bawahnya. Kedudukan sultan yang paling tinggi menyebabkan baginda mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal dan bebas membuat dasar negeri tanpa sebarang gangguan. Akan tetapi setelah wujud sistem residen yang diperkenalkan sebagai penasihat sultan telah menggugat kedudukan sultan.Hal ini demikian kerana tugas residen secara Dejure adalah menasihat sultan yang memerintah dalam urusan pentadbiran namun pada hakikatnya lain pula yang berlaku. Hal ini berdasarkan pada perjanjian tersebut, sultan hendaklah meminta dan mematuhi nasihat daripada residen British. Hal ini menyebabkan kuasa politik pemerintahan telah berubah daripada sultan kepada residen dan sultan hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam sahaja. Contoh yang dapat dilihat di sini ialah kisah residen British yang pertama iaitu James Wheeler Woodford Birch (J.W.W.Birch) yang dihantar pada 4 November 1874, telah melanggar institusi Melayu. Birch yang sepatutnya menjadi penasihat sultan Abdullah telah melanggar peraturan perjanjian dengan cara cuba memusatkan kuasa pemerintahan sepenuhnya ke tangan beliau. Segala keputusan di ambil tanpa berunding dengan sultan Abdullah, malah beliau menggunakan tekanan dan ugutan terhadap sultan Abdullah bagi mendapatkan tandatangan untuk melaksanakan peraturan-peraturan baru di Perak sehingga berlakunya pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak Perak pada 2 November 1975 dan telah meleraikan perasaan tidak puas hati masyarakat Melayu terhadap institusi Inggeris.[footnoteRef:17] [17: Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 08 Mei 2015.]

Kedatangan Inggeris menemukan dua masyarakat yang berbeza dari segi asas kemasyarakatan, ekonomi dan politik. Sistem beraja Inggeris tidak boleh disamakan dengan sistem beraja di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, di Tanah Melayu raja berkuasa penuh dan mempunyai kawalan kepimpinan yang kuat. Manakala sistem pemerintahan dan penyelarasan kekuasaan masyarakat Inggeris adalah lebih kompleks dan dipusatkan berbanding dengan masyarakat Melayu yang pada masa itu berpecah belah. Pihak Inggeris mengambil kesempatan ini dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang mengakibatkan perombakan dan pembentukan pemerintahan yang dipusatkan dan menentukan sempadan negeri buat pertama kalinya. Raja yang berkuasa terhadap sesuatu kawasan merupakan individu yang diterima oleh Inggeris dan sanggup menerima Sistem Residen untuk menasihati mereka dari segi pemerintahan. Nilai baru dan perubahan dasar yang diperkenalkan oleh Inggeris berhubung dengan kedudukan sultan ini yang menjadikan raja sebagai lambang Negara sebenarnya dikuasai oleh penasihat Inggeris dan pegawai-pegawainya. Pembesar yang cuba melawan akan menerima penentangan Inggeris melalui pertempuran ataupun serangan dan sesetengah pembesar ditangkap ataupun di buang negeri. Dalam sistem residen ini, kuasa raja tidak lagi tertumpu pada politik dan ekonomi, tetapi telah bertukar menjadi kuasa kepada adat resam orang Melayu dan hal ehwal agama Islam sahaja. Inggeris beranggapan, pemerintahan secara tidak langsung ini sangat baik, cekap dan akan mengurangkan belanja. Mereka telah memperoleh kerjasama sultan, di samping mengekalkan hak istimewa mereka dan gaji yang besar. Kerjasama sultan ini memungkinkan pemerintahan Inggeris tidak ditentang padahal semakin hari kuasa raja mulai dilucutkan termasuk kuasa ekonomi dan raja hanya menjadi lambang kekuasaan di Tanah Melayu itu sedangkan Inggeris sudah mulai menguasai sepenuhnya pentadbiran di Tanah Melayu ketika itu. Birokrasi moden telah diwujudkan dan dianggotai oleh pegawai baharu dengan residen Inggeris berada di puncaknya. Corak pentadbiran formal ini sangat memerlukan kakitangan dan pegawai yang patuh pada pemerintah dan harus berbeza daripada pembesar yang ada disekeliling. Hal ini memperlihatkan keadaan yang tidak bersepadu, yakni pembesar dapat membantah kuasa raja pada bila-bila masa. Inggeris telah membawa kakitangannya dari England bagi memenuhi keperluan pentadbirannya sebelum pelantikan anak negeri dibuat dalam kalangan golongan pembesar bangsawan tradisional yang tidak menentang campur tangan mereka dalam pentadbiran.[footnoteRef:18] [18: Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti Teknologi Malaysia, Hlmn 121-122.]

4.1SOSIAL4.1.1SISTEM PENDIDIKANInggeris memperkenalkan sistem pendidikan baharu yang membekalkan pegawai pentadbiran kolonial yang kemudiannya menimbulkan golongan baharu dalam masyarakat yang sebelum ini tidak wujud dalam masyarakat tradisional. Pihak Inggeris membuka sekolah untuk melatih pegawai rendah anak negeri yang terdidik mengikut cara barat bagi menjaga kepentingan penjajahan mereka.[footnoteRef:19] Pada mulanya para pengembang agama Kristian tidak dibenarkan masuk ke negeri-negeri di Semenanjung kerana takut menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam dan mereka tidak dibenarkan mengembangkan agama mereka dalam kalangan orang Melayu. [19: A. Aziz Deraman, 2001,Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hllmn 122.]

Justeru itu, merekapun mengalihkan pandangan kepada mengadakan kemudahan-kemudahan pelajaran untuk anak-anak kaum lain yang lebih tinggal di kota yang baru didirikan di negeri-negeri naungan dan sekolah-sekolah Inggeris dan sekolah Inggeris anak negeri didirikan. Salah satu kesan yang timbul, sungguhpun tidak dimaksudkan pada mulanya telah menyebabkan wujudnya sikap bias kaum tani, maka untuk pelajaran Melayu ianya dianggap perlu. Keadaan ini mewujudkan jurang yang terpisah antara pelajaran bahasa Inggeris daripada orang-orang Melayu. Sungguhpun sekolah-sekolah pengembang agama Kristian bersedia untuk memberikan pelajaran duniawi kepada masyarakat Melayu, namun ramai ibu bapa tidak bersedia menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan kerana bimbang terpesongnya anak-anak mereka dari didikan agama Islam. Sehingga tahun 1900 sudah ada 24 buah sekolah Inggeris pelbagai bentuk di negeri-negeri Melayu yang sekarang dipersekutukan. [footnoteRef:20] [20: William R. Roff, 1975,Nasionalisme Melayu,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Hlmn 25.]

Pihak Inggeris telah mendirikan sekolah Inggeris yang terbuka kepada semua kaum. Penang Free School pada tahun 1816 dan kemudian diikuti oleh sebuah lagi sekolah di Melaka pada tahun 1926, kemudian King Edward VII dibina di Taiping dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Dalam hal ini, orang Melayu tidak menolak seratus peratus pendidikan Inggeris, tetapi mereka tidak dapat menghantar anak-anak mereka bersekolah di bandar kerana mereka tinggal jauh di kampung-kampung. Dengan keadaan seperti ini jelaslah kepada kita bahawa sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Inggeris di Tanah Melayu melalui dasar pecah dan perintah. Mereka menentukan pendidikan berdasarkan peranan ekonomi menurut kumpulan etnik.Di samping itu, pendidikan di Tanah Melayu berperanan untuk menyebarkan nilai-nilai asing. Sekolah- sekolah yang dibina oleh penjajah terpisah daripada penduduk peribumi samaada dari segi bahasa ataupun nilai-nilai kemasyarakatan. Hal ini demikian kerana kanak-kanak diajar mengunakan kurikulum dari England yang sikitpun tidak berkaitan dengan Tanah Melayu. Mengembangkan agama Kristian merupakan salah satu peranan pendidikan Inggeris di Tanah melayu, sekolah-sekolah didirikan oleh mubaligh Kristian. Setiap pelajar yang menghadiri sekolah diwajibkan bersembahyang di gereja setiap pagi. Justeru itu, disebabkan sekolah ini mempropagandakan agama Kristian, sudah tentu ianya diragui oleh orang Melayu yang beragama Islam kerana bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian. Perkembangan sekolah Inggeris lebih tertumpu di bandar-bandar. Mengikut rekod tahun 1924 jumlah pelar yang terdapat di sekolah-sekolah Inggeris di negeri-negeri Melayu bersekutu dan negeri-negeri selat mengikut kaum ialah pelajar Cina seramai 20 116 orang, Melayu 3850 orang dan India seramai 4613 orang. Dasar Inggeris sendiri ini tidak mahu orang Melayu lebih berpelajaran kerana menganggap akan mengancam keselamatan dan akan menggerakkan penentangan terhadap penjajah. Pemerintah Inggeris mengumumkan (1924) tidak mahu mengeluarkan lebih ramai lepasan sekolah Inggeris dengan alasan takut berlaku pengangguran kerana peluang pekerjaan adalah terhad. Bahkan ada pentadbir Melayu yang sendiri beranggapan demikian kerana menganggap bilangan yang kurang berpelajaran lebih baik. Ini seperti ditegaskan oleh Raja di Hilir Perak pada tahun 1930 dalam Majis Perundangan.[footnoteRef:21] [21: Mohd. Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Hlmn 216.]

4.1.2DASAR PECAH DAN PERINTAHDasar migrasi yang diperkenalkan oleh British telah menggalakkan penghijrahan beramai-ramai orang Cina dan India ke Tanah Melayu sehingga menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Melalui dasar ini juga pihak British telah menentukan dan memisahkan penglibatan setiap kaum dalam bidang ekonomi, tempat tinggal dan juga pendidikan. Terdapat perbezaan di antara ketiga-tiga kaum tersebut seperti orang Melayu beragama Islam akan tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai penanam padi, pekebun kecil dan nelayan. Terdapatbilangan orang Melayu yang semakin bertambah dalam bidang perniagaan tetapi kebanyakkan orang Melayu yang tinggal di bandar bekerja sebagai buruh. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar dan menjadi peniaga manakala orang India pula tinggal di kawasan penanaman getah. Kesan kewujudan masyarakat majmuk yang di bawa oleh pihak penjajah ini menyebabkan kurangnya persefahaman antara mereka. Sekiranya ketiga-tiga bangsa ini tidak saling memahami akan menyinggung perasaan antara satu sama lain, ianya akan menyebabkan perpecahan kaum dan melahirkan sentimenperkauman dalam kalangan masing-masing.[footnoteRef:22] [22: Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 02 Mei 2015.]

Kemasukkan orang India dan Cina secara besar-besaran bertujuan bagi menampung keperluan tenaga kerja di lombong dan di ladang yang mengkehendaki buruh yang murah dan cekap. Hal ini juga telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan masalah perhubungan ras yang rumit. Kaum India dan Cina sangat kuat berpegang pada kebudayaan dan nilai sosial mereka masing-masing. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh Barat ini telah menyesatkan pengaruh nilai budaya rakyat asal negara ini yang bertunjangkan kepada pegangan hidup orang Melayu dan bumiputera sendiri.[footnoteRef:23] [23: A. Aziz Deraman, 2001, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hllmn 126.]

Selain daripada itu juga, pengenalan dasar pecah dan perintah ini telah menyebabkan berlakunya masalah dalaman berlaku dalam negeri Melayu sehingga berlakunya perang saudara antara pembesar dengan kegiatan kongsi gelap Cina. Perkara tersebut merupakan satu cara yang menghalalkan mereka campur tangan secara langsung dalam negeri Melayu (A. Talib 1986). Kemasukan mereka dalam negeri Melayu hanya untuk menguasai pentadbiran dan mengeksploitasi kekayaan hasil buminya secara maksimum. Faktor kemanusiaan yang dijelaskan oleh Frank Swettenham (1948) sekadar mengaburi pandangan penduduk Tanah Melayu ke atas muslihat sebenar British yang penuh dengan diplomasi. Mereka mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara dalam kegiatan Imperialisme dan Kolonialisme di Tanah Melayu.[footnoteRef:24] [24: Kassim Thukiman, 2002, Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor Darul Tazim: Universiti Teknologi Malaysia, Hlmn 74.]

4.1.3KESAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYUBidang yang turut tidak ketinggalan menerima kesan daripada kolonialisasi itu adalah bidang kesusasteraan Melayu yang dianggap mengalami perubahan yang signifikan kesan daripada proses kolonialisasi barat. Pandangan ini antaranya terkandung dalam syarahan pengukuhan Syed Naquib Al Attas yang menganggap bahawa kesusateraan Melayu selepas era penjajahan telah beranjak daripada semangat dan tradisi Islam akibat campur tangan orang Barat. Kesan pengaruh barat telah menjejaskan kesusasteraan Melayu dan Al Attas menganggap kehadiran pengaruh Barat menyebabkan kegiatan kesusasteraan Melayu tidak dapat mencerminkan sifat dan ciri kebudayaan Melayu yang sebenar. Kehadiran orang Barat dianggap oleh Al Attas telah menganjakkan semangat dan tradisi Islam yang sebelum ini mendasari kegiatan kesusasteraan Melayu.Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh penjajah-penjajah Barat bersifat Deislamization yang meminggirkan peranan dan kepentingan Islam dan ianya merupakan lanjutan daripada sentimen permusuhan lanjutan daripada era perang salib. Menurut Al Attas permusuhan tradisi antara Islam dan Kristian pada awalnya dimanifestasikan sebagai melalui misi peluasan wilayah dan serangan ketenteraan kini beralihkepada peperangan intelektual yang meletakkan minda dan pemikiran umat Islam sebagai sasaran utama sepertimana yang dikatakan dalam petikan di bawah:The confrontation between Western culture and civilization between Islam has now moved on tointellectual level and we must realize, then, that this confrontation is by nature a historicallypermanent one. Islam is seen by the West as posing a challenge to its very way of lifeSeperti yang telah dijelaskan di atas, pelaksanaan dasar-dasar Barat di Tanah melayu tidak mengambil kira peranan dan kepentingan Islam. Dasar Deislamization ini bertujuan untuk menjarakkan dan kemudian memutuskan masyarakat Melayu daripada tradisi Islam yang sebelum ini mendasari kehidupan mereka. Hal ini berlaku dalam bidang pendidikan terutama sekali apabila Barat memperkenalkan sekolah vernakular yang berteraskan pengenalan jati diri dan identiti kaum yang menggantikan sistem pendidikan Islam. Selain daripada itu juga, perubahan itu turut memberikan kesan kepada persuratan Islam yang berteraskan sistem tulisan dan ejaan Jawi. Seterusnya, kebanjiran genre-genre dari Barat ini juga memberi impak kepada tradisi persuratan Islam apabila karya-karya sastera Melayu moden menjadi semakin berani memperagakan falsafah dan pemikiran Barat.[footnoteRef:25] [25: Mohd Zariat Abdul Rani, 2006, http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24078/Article_13.PDF diakses pada 08 Mei 2015.]

4.1.4KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR MODENKesan kolonialisme Barat ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kemunculan bandar-bandar moden yang dikaitkan dengan proses urbanisasi yang dikaitkan denga perubahan sosiobudaya dan sosial. Manakala di kampung-kampung pula terus ketinggalan dalam arus pemodenan. Pembangunan yang tidak seimbang ini telah memberi kesan yang buruk tehadap masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana masyarakat di bandar dilengkapi dengan kemudahan jalanraya, sistem pengangkutan dan kemudahan kesihatan. Manakala penduduk yang tinggal di kampung-kampung terus ketinggalan di dalam arus pembangunan. Pembangunan ini jelas sekali merugikan orang Melayu yang masih lagi menetap di kampung sebagai petani dan nelayan, manakala mereka yang hidup mewah terdiri daripada kaum Cina yang menguasai ekonomi dan tinggal di bandar sehingga kaum Melayu terus ketinggalan.Kemunculan bandar-bandar moden ini juga menyebabkan berlakunya banyak gejala sosial kerana di bandar ramai generasi muda menikmati keseronokan dan hiburan. Tanpa jati diri yang kukuh mereka akhirnya terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran ataupun penagihan dadah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Keruntuhan moral ini telah berlaku dalam kalangan remaja Melayu dan secara tidak langsung telah meruntuhkan institusi peradaban Melayu dan agama Islam. Sikap pihak kolonial yang lebih menumpukan keuntungan tanpa mengambil peduli kehidupan masyarakat Melayu telah mewujudkan ketidakseimbangan dari konsep urbanisasi ataupun perbandaran.[footnoteRef:26] [26: Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diakses pada 08 Mei 2015.]

4.1.5KERUNTUHAN SOSIALMasyarakat Barat dan Timur jauh berbeza dan Barat menganggap masyarakat Melayu ketinggalan zaman. Namun apabila Barat menjajah di Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan Barat dan menerapkan nilai-nilai budaya Barat dalam masyarakat Melayu. Perkembangan budaya kolonial yang moden dianggap suatu perubahan yang membawa kepada kemusnahan tradisi budaya Melayu oleh mereka yang mendukung nilai-nilai kebangsaan. Melalui pendekatan ala barat ini juga serta pengenalan dasar pecah dan perintah telah mendorong wujudnya pengaruh budaya asing yang diterapkan dalam masayarakat Melayu. Pertembungan budaya ini turut memberikan kesan yang negative terhadap pembentukan budaya masyarakat Islam yang berlandaskan syariat Islam. Lantaran itu, perubahan nilai norma yang asli telah di pengaruhi dengan unsur budaya asing yang khusus kepada kaum cina dan india yang berbeza aliran agama telah mewujudkan suasana yang kurang selesa masyarakat melayu.Selain daripada itu juga, pendedahan kepada budaya Barat menyebabkan nilai kebudayaan tempatan semakin merosot akibat pengaruh luar seperti pergaulan bebas perempuan dan lelaki yang bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya masyarakat Melayu.[footnoteRef:27] Kesan daripada itu, wujudnya pergaulan bebas di antara kaum telah mengundangkan kepada gejala sosial yang boleh merosakkan nilai budaya Melayu yang sememangnya perlu bebas daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh negative ini. [27: Ibid, Diakses pada 08 Mei 2015.]

4.2EKONOMI4.2.1PEROMBAKAN EKONOMI TRADISIONALGolongan Tuan tanah bertukar menjadi pemodal yang menguasai punca perindustrian. Perubahan itu sendiri memungkinkan perombakan ekonomi tradisional orang Melayu atas dorongan peluasan kuasa Inggeris itu tadi. Pihak Inggeris kini menumpukan perhatian kepada bahan mentah dalam sektor perkilangan di samping mencari pasaran hasil pengeluaran mereka di tanah jajahan. Motif perniagaan dan perdagangan pada mulanya bertukar menjadi penaklukan negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bahan mentah melalui saluran halus dan diplomasi mereka. Kepentingan ekonomi menentukan dua cara hidup yang berbeza dan melahirkan konflik perbezan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.[footnoteRef:28] [28: Kassim Thukiman, 2002,Malaysia Perspektif, Sejarah danPolitik, Johor Darul Tazim: Universiti Teknologi Malaysia, Hlmn 120.]

Pada awal kurun ke-19, tanah Melayu dibawah penguasaan British dan kedatangan mereka sudah tentu untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi semaksimum mungkin. Oleh sebab itu, mereka harus campur tangan dalam urusan pentadbiran tanah Melayu agar kepentingan mereka dalam ekonomi tidak terjejas. Bagi mencapai matlamat mereka, British telah membentuk sebuah kerajaan dan pentadbiran yang cekap untuk menggelakkan halangan dan gangguan yang mungkin berlaku. Mereka telah memperkenalkan beberapa dasar yang dianggap baru bagi masyarakat tempatan seperti kapitalisme dan komersialisme.Dasar yang diperkenalkan oleh British ini telah memberikan keuntungan kepada pihak mereka sendiri.Seterusnya pada tahun 1900 hingga tahun 1941 pula memperlihatkan kemunculan bidang-bidang ekonomi yang baru seperti perusahaan getah, kelapa sawit dalam bidang pertanian dan bijih timah serta arang batu dalam aktiviti perlombongan. Berikutan daripada perkembangan ini, pihak penjajah telah memasukkan buruh-buruh asing dari China dan India ke Tanah melayu dalam memajukan sektor ekonomi kapitalis. Persaingan yang wujud menyebabkan kemusnahan sistem ekonomi tradisional Melayu.[footnoteRef:29] Kemasukan ramai buruh-buruh asing ini telah menyebabkan persaingan antara kaum dalam bidang ekonomi tradisional dan moden sehingga akhirnya ketegangan antara kaum telah membawa kepada permusuhan. [29: Rosliha Muhammad, 2000, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajah, http://studentsrepo.um.edu.my/491/5/BAB4.pdf diakses pada 02 Mei 2015.]

4.2.2DASAR EKONOMI BEBASPenjajahan British seringkali diungkapkan sebagai era pembangunan ekonomi Tanah Melayu yang begitu drastic dan pesat. Hal ini berkait rapat dengan Dasar Ekonomi British yang mengamalkan dasar migrasi yang longgar. Menerusi dasar ini, British menggalakkan kehadiran ramai pekerja-pekerja dari India dan China sebagai sumber tenaga kerja dalam melakukan kerja-kerja perlombongan dan perladangan. Hakikatnya, masyarakat imigran ini merupakan faktor penting yang membolehkan penampungan keperluan kolonial dari segi tenaga buruh samaada dari peringkat kurang mahir ataupun peringkat pentadbiran rendah. Hal ini juga mendorong kepada penyaluran modal-modal daripada masyarakat perdagangan di Negeri-negeri Selat ke Tanah Melayu. Selain daripada orang Cina dan India, orang Jawa juga digalakkan juga oleh British untuk menjadi buruh dalam sektor pertanian dan perladangan. Orang-orang Jawa digalakkan menjadi buruh di Tanah Melayu menerusi sistem sistem Shikh yang membolehkan orang Jawa yang bekerja dapat mengerjakan haji ke Mekah. Kontrak ini menyebabkan mereka terpaksa berkhidmat kepada syarikat-syarikat tertentu. Selain daripada itu, orang Cina juga banyak terlibat dalam kegiatan pertanian komersial yang dinamakan sistem Kangcu di Johor dan Seberang Perai.[footnoteRef:30] [30: Kassim Thukiman, 2009, Hubungan Etnik di Zaman Kolonial,http://eprints.utm.my/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKolonial.pdf diakses pada 08 Mei 2015.]

5.0ANALISISSecara kesuluruhannya, penjajahan kuasa Barat di Tanah Melayu telah memberi kesan yang amat mendalam terhadap penduduk Melayu yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana, motif utama kedatangan Barat ke Tanah Melayu bukan sahaja ingin memonopoli ekonomi dan mengambil alih pentadbiran, tetapi kedatangan mereka secara tidak langsung membawa corak kehidupan mereka yang bertentangan dengan budaya ketimuran sehingga berlakunya pelbagai perubahan bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi malah dari segi sosial. Kesan daripada kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah memberikan gambaran yang cukup berdasarkan sumber sejarah yang jelas menunjukkan bahawa mereka berpegang kepada konsep 3G yang di amalkan. Dapat dilihat melalui pengenalan dasar British sedikit demi sedikit telah merombak dalam semua aspek untuk mengekalkan penguasaan yang lebih lama terhadap Tanah Melayu. Oleh sebab itu, British harus menguasai sistem Politik Tanah Melayu untuk menguasai sumber ekonomi di Tanah untuk jangka masa yang lebih lama. Penguasaan British ke atas Tanah telah mengubah kaca mata orang Melayu kepada corak lebih baharu berdasarkan dasar yang telah diperkenalkan. Sememangnya tidak dapat di nafikan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu membawa kepada kesan yang positif dan negatif akan tetapi ianya lebih menjuruskan kepada kesan yang negatif. Hal ini disebabkan oleh kewujudan dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan telah mewujudkan jurang pemisahan berdasarkan skop bidang ekonomi yang diusahakan. Lantaran itu, wujud pengaruh-pengaruh budaya yang berbeza antara kaum imigran dengan orang Melayu yang melanggar nilai budaya dan pegangan agama Islam yang di amalkan. Wujudnya kegiatan pelacuran, berjudi dan menghisap candu telah mewujudkan pengaruh nilai yang melanggar norma kehidupan penduduk asal. Selain itu, pengenalan dasar British juga telah menyebabkan berlakunya ketegangan kaum yang menyebabkan konflik perkauman wujud sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei yang menjadi peristiwa pahit bagi penduduk di Tanah Melayu. Di ruang lingkup ini juga, jelas memperlihatkan bahawa kewujudan dasar British tidak memberikan impak positif dalam konteks perbezaan kaum yang wujud malahan mewujudkan ketegangan kaum yang mengorbankan begitu ramai manusia yang terdiri daripada kaum Melayu dengan kaum Cina.6.0KESIMPULANPenjajahan British di Tanah Melayu telah membawa satu perubahan yang besar terhadap penduduk Tanah Melayu khususnya dari segi sosial. Penyebaran agama kristian telah berlaku di rantau ini setelah kedatangan kuasa barat namun tidaklah begitu ketara. Di Tanah Melayu, pengaruh peradaban Barat lebih merujuk kepada bidang material dan banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-institusi sosial. Namun, ajaran Islam di Tanah Melayu tetap menjadi pegangan utama masyarakat Melayu. Pengaruh peradaban Barat dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, dan kewujudan bandar-bandar moden. Kesan kolonialisme ke atas Tanah Melayu telah memberi kesan bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga merangkumi aspek sosial. Legasi kolonialisme di Tanah Melayu juga secara tidak langsung mengubah pemikiran masyarakat seiring dengan arus pemodenan. Pendekatan ala Barat ini memperlihatkan bahawa wujud pendekatan bagi memperluaskan pengaruh budaya Barat yang bercanggah dengan sistem yang di amalkan oleh masyarakat Melayu. Perluasan kuasa bagi mendapatkan tanah jajahan bagi British mencapai kenyataan setelah penguasaan dari aspek pemerintahan Tanah Melayu di kuasai bagi membolehkan British mampu menguasai seluruh aspek di Tanah Melayu. Melalui penguasaan tersebut juga telah menyebabkan institusi pemerintahan beraja di Tanah Melayu semakin tergugat dan Sultan hanya berperanan sebagai ketua bagi agama Islam dan adat isitiadat melayu sahaja. Perubahan ini dapat di lihat pada masa kini yang corak pemerintahan yang di amalkan adalah kesan daripada kedatangan barat ke Tanah Melayu. Namun demikian, perubahan yang di alami ini telah meyekat kekuasaan Sultan yang berkuasa mutlak kepada sistem demokrasi berparlimen yang bendahara yang memegang tampuk pemerintahan bagi mengurus tadbir negara dan bukan lagi Sultan. Sultan hanya memainkan peranan sebagai lambang negara dan ketua bagi agama Islam. Perubahan ini juga telah mewujudkan suasana masyarakat majmuk yang berbilang yang terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Hal ini juga telah mewujudkan perubahan sosioekonomi masyarakat Melayu mengikut penentuan bidang melalui dasar yang diperkenalkan.

7.0RUJUKAN BUKUGhazali Basri. 1999.Gerakan Kristian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Ruslan Zainuddin. 2003.Sejarah Malaysia. Kedah: Universiti Utara Malaysia.A. Aziz Deraman. 2001.Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka. Universiti Malaya. 2001.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kassim Thukiman. 2002.Malaysia Perspektif. Sejarah dan Politik. Johor Darul Tazim:Universiti Teknologi Malaysia. William R. Roff. 1975.Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.Mohd. Isa Othman. 2002.Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributors Sdn Bhd.Ismail Hussein. 1993.Tamadun Melayu Jilid Dua. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.Chin Yee Mun. 2010. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.INTERNETRosliha Muhammad. 2000.Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu :- Rujukan KhasKepada Kuasa Penjajah.http://studentsrepo.um.edu.my/491/6/BAB5.pdf diaksespada 02 Mei 2015Kassim Thukiman. 2009.Hubungan Etnik di Zaman Kolonial.http://eprints.utm.my/14548/1/KassimThukiman2009_HubunganEtnikdiZamanKolonal.pdf diakses pada 08 Mei 2015Mohd Zariat Abdul Rani. 2006 http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24078/Article_13.PDF di akses pada 08 Mei 201511