lc sandwic recipe_tcm77-162839
Embed Size (px)
DESCRIPTION
foodTRANSCRIPT
Sandwic Telur dengan Kentang
Sandwic Telur dengan Kentang
Masa persediaan: 15 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 4
Bahan-Bahan8 keping roti mil penuh (biasa atau dibakar)
4 biji telur rebus keras
3 sudu besar Mayonis Sebenar Lady's Choice
1 biji kentang direbus dan dipotong dadu kecil
2 sudu besar daun bawang cincang
Garam dan lada secukup rasa
Daun salad
1. Lecek telur secara kasar dan masukkan kentang.
2. Tambahkan mayonis, lada sulah, daun bawang dan gaulkan dengan rata. Tambahkan garam dan lada ikut rasa.
3. Letakkan salad atas roti bakar dan sapu campuran telur dan kentang di atasnya. Hiasi dengan sedikit daun bawang cincang.
Sandwic Sitrus Ayam
Bahan-bahan cawan Mayonis Sebenar Lady's Choice
1 sudu kecil kulit oren - diparut
sudu kecil jus oren
2 keping dada ayam
garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara
1. Gaul mayonis dengan jus dan kulit oren yang telah diparut. Ketepikan selama 30 minit. 2. Perapkanayamdengangaramdanladasulah.Bakardanayam dipotong menjadiketulankecil.
3. Letakkan kepingan ayam dan daun salad diatas roti. Sapukan campuran mayonis di atas.
Sandwic kepingan daging dengan sos berempah
Bahan Bahan2 keping stik daging (sirloin)
1 batang baguette bersaiz sederhana, dipotong 2
Sedikit mentega dilembutkan
Daun salad pilihan anda
Sos tomato berempah:
halia bersaiz ibu jari, diparut
2 cili merah, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 tin tomato dipotong dadu, ditoskan
3 sudu besar cuka
150g gula perang lembut
cawan Mayonis Sebenar Ladys Choice
Cara
1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili sehingga wangi. Tambahkan tomato, cuka dan gula. Biarkan ia mendidih dan kemudian kecilkan api dan biarkan merenih sehingga sos pekat, kacau sekali-sekala. Biarkan sos sejuk dan campurkan mayonis serta kacau. Simpan di dalam peti ais selama seminggu.
2. Perasakan stik dengan garam dan lada dan goreng tohor selama 3 minit pada kedua-dua bahagian. Tambahkan masa memasak jika mahu stik yang cukup masak. Buang lemak dan hiris stik dengan nipis.
3. Sapu mentega pada roti dan letakkan daun salad, hirisan stik dan sos tomato berempah.