lay 1-36 new - lpp.gov.my filecara yang akan memajukan dasar kerajaan khususnya berhubung dengan...

36
1 Lembaga Pertubuhan Peladang MAKLUMAT KORPORAT FUNGSI Fungsi-fungsi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) seperti yang diperuntukkan dalam Akta LPP 1973 (Akta 110) adalah seperti berikut: i. Menggalakkan, mempergiat, memudah dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang (PP); ii. Mendaftar, mengawal dan menyelia PP dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya; iii. Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti- aktiviti yang tersebut di atas; dan iv. Memastikan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan cara yang akan memajukan dasar kerajaan khususnya berhubung dengan penyusunan semula masyarakat.

Upload: trinhdiep

Post on 07-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 Lembaga Per tubuhan Peladang

MAKLUMAT KORPORAT

FUNGSI

Fungsi-fungsi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

seperti yang diperuntukkan dalam Akta LPP 1973

(Akta 110) adalah seperti berikut:

i. Menggalakkan, mempergiat, memudah dan

mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial

Pertubuhan Peladang (PP);

ii. Mendaftar, mengawal dan menyelia PP dan

mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara

yang berkaitan dengannya;

iii. Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-

aktiviti yang tersebut di atas; dan

iv. Memastikan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan

cara yang akan memajukan dasar kerajaan

khususnya berhubung dengan penyusunan

semula masyarakat.

2Laporan Tahunan 2005

KUASA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

KUASA DI BAWAH AKTA LPP 1973 (AKTA 110)

i. Menjalankan perdagangan dan perindustrian

berkenaan dengan pengilangan, pengumpulan,

pemprosesan, pembungkusan dan pasaran

keluaran hasil-hasil pertanian untuk faedah PP;

ii. Membuat tinjauan dan kajian kemungkinan

berkenaan dengan projek dan enterprise yang

viable untuk faedah PP;

iii. Bekerjasama atau bertindak sebagai agen

pengurusan dengan mana-mana pihak berkuasa,

syarikat-syarikat, perbadanan atau lain-lain badan

bagi menjalankan mana-mana aktiviti secara

kawalan penuh atau separa kawalan;

iv. Memberi bantuan kepada PP, pihak berkuasa

awam, syarikat, perbadanan atau lain-lain badan

atau orang perseorangan yang pada pendapat

Lembaga mempunyai kemudahan menjalankan

mana-mana aktiviti yang memberi manfaat

kepada ahli-ahli peladang;

v. Membeli, memperolehi apa-apa syer dalam mana-

mana syarikat awam atau syarikat persendirian

untuk dilupuskan kepada PP atau orang-orang

lain;

vi. Meminta mana-mana jabatan, agensi kerajaan

dan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti

berasaskan pertanian yang boleh memberi

kesan kepada PP supaya mengemukakan laporan

berkenaan dengan aktiviti mereka;

vii. Melantik agen-agen atau menubuhkan apa-

apa badan lain yang difikirkan patut dalam

menjalankan tugas tertentu Lembaga;

viii. Mengenakan bayaran atau apa-apa caj lain

yang difikirkan patut untuk menjalankan tugas-

tugasnya; dan

ix. Menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan

yang diberi oleh Lembaga apa-apa komisen atau

bayaran sebagaimana yang dipersetujui.

3 Lembaga Per tubuhan Peladang

KUASA DI BAWAH AKTA PP 1973 (AKTA 109)

i. Ketua Pengarah adalah Pendaftar kepada

Pertubuhan Peladang;

ii. Pendaftar boleh secara bertulis mewakilkan

kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana

pegawai dalam perkhidmatan awam daripada

mana-mana kuasanya di bawah Akta ini kecuali

kuasa untuk menggantung atau membubarkan

PP;

iii. Pendaftar atau seseorang yang diberi kuasa secara

bertulis bagi maksud itu adalah mempunyai

kuasa:

a. Memeriksa akaun dan harta sesuatu PP atau

unit-unit ahli PP itu; dan

b. Mengadakan sesuatu penyiasatan berkenaan

dengan perjalanan urusan dan kaedah

kewangan PP itu atau unit-unit ahli PP itu.

iv. Jika Pendaftar berpendapat bahawa adalah untuk

kepentingan peladang-peladang amnya dalam

sesuatu kawasan berbuat demikian ia boleh

dengan perintah menggantung perlembagaan

atau kaedah sesuatu PP;

v. Pendaftar mengaudit atau mengarahkan di audit

oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya dengan

jalan perintah am atau khas dengan bertulis akaun

tiap-tiap PP itu sekurang-kurangnya sekali dalam

setahun; dan

vi. Mana-mana Koperasi Asas Tani (KAT ) yang

didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 selepas

mula berkuatkuasanya Akta ini dan yang bertujuan

berkenaan dengan pengeluaran pertanian, kredit

pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau

sesuatu perniagaan dan perdagangan seperti itu

hendaklah masuk sebagai unit ahli bagi mana-

mana PP sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua

Pengarah LPP, yang juga menjadi Ketua Pendaftar

kepada KAT seperti yang diterangkan.

4Laporan Tahunan 2005

PENGERUSIY. Bhg. Datuk Dr. Haji Alang Perang Abdul Rahman bin Zainuddin,D.M.S.M., K.M.N.

TIMBALAN PENGERUSIY. Bhg. Dato’ Sri Haji Abdul Rashid bin Haji Abdul Rahman,S.S.A.P., P.J.N., D.S.A.P., S.M.P., K.M.N., A.M.N., P.P.N., P.J.K.

KETUA PENGARAHY. Bhg. Dato’ Haji Nozir Ahmad bin Hussain,D.S.D.K., J.S.M., K.M.N.

Ahli-AhliLembaga

5 Lembaga Per tubuhan Peladang

Y. Bhg. Dato’ Hajah Khamsiah binti Haji Muhammad,D.I.M.P., A.M.N.KETUA PENGARAHJabatan Pertanian Malaysia.

Tuan Haji Haron bin A. Rahim,KETUA PENGARAHLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Encik Che Azemi bin Haron,KETUA PENOLONG PENGARAH KANANUnit Perancang Ekonomi,Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Ismail,SETIAUSAHA BAHAGIANBahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan,Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Encik Md. Yahya bin Basimin,PENOLONG PENGARAH KANANBahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan,

Malaysia.

6Laporan Tahunan 2005

PENGERUSI

Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Alang Perang

Abdul Rahman bin Zainuddin,

D.M.S.M., K.M.N

TIMBALAN PENGERUSI

Y. Bhg. Dato’ Sri Haji Abdul Rashid bin

Haji Abdul Rahman,

S.S.A.P., P.J.N., D.S.A.P., S.M.P., K.M.N.,

A.M.N., P.P.N., P.J.K.

KETUA PENGARAH

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

(SETIAUSAHA)

Y. Bhg. Dato’ Haji Nozir Ahmad bin Hussain,

D.S.D.K, J.S.M., K.M.N.

WAKIL KEMENTERIAN PERTANIAN

DAN INDUSTRI ASAS TANI

Y. Brs. Dr. Zulkifli bin Idris.

D.S.M.

KETUA PENGARAH

JABATAN PERTANIAN

Y. Bhg. Dato’ Hajah Khamsiah

binti Haji Muhammad,

D.I.M.P., A.M.N.

KETUA PENGARAH

JABATAN PEMBANGUNAN KOPERASI

Y. Bhg. Dato’ Haji Zainuddin

bin Haji Abdul Rahman,

D.I.M.P., A.S.M., A.M.N.

WAKIL KEMENTERIAN KEMAJUAN

LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Y. Brs. Encik Azizan bin Md. Rais.

P.P.T., A.M.N., B.C.M.

WAKIL KEMENTERIAN PERUSAHAAN

PERLADANGAN DAN KOMODITI

Puan Fatimah Raya Nasron.

WAKIL PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Encik Md. Yahya bin Basimin.

WAKIL KEMENTERIAN PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Y. M. Raja Ismail bin Dato’ Raja Mohamed.

S.S.A., K.M.N.

WAKIL JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Haji Ahmad Shahrom bin Haji Yassin, A.M.N.

LANTIKAN MENTERI

LEMBAGA KEMAJUAN

PERTANIAN MUDA (MADA)

Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Salleh,

D.S.D.K., S.D.K., B.C.K.

LANTIKAN MENTERI

LEMBAGA KEMAJUAN

PERTANIAN KEMUBU (KADA)

Encik Che Cob @ Ab. Ghafar bin

Abdul Rahman, A.M.N.

LANTIKAN MENTERI

JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN

NEGERI KELANTAN

Tuan Haji Shukry bin Mohd. Salleh,

A.S.D.K., P.S.K., A.M.N.

WAKIL KERAJAAN NEGERI PERLIS

Y. B. Tuan Haji Khairi bin Hasan,

P.P.N., P.J.K.

WAKIL KERAJAAN NEGERI KEDAH

Y. A.B. Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid,

S.S.D.K., D.P.M.P., B.K.M.

WAKIL KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Y. B. Dato’ Azhar bin Ibrahim,

D.S.P.N.

AHLI-AHLI MAJLIS PENASIHAT PELADANG

7 Lembaga Per tubuhan Peladang

WAKIL KERAJAAN NEGERI PERAK

Y. B. Dato’ Mohammed Radzi bin Manan,

D.P.M.P., P.J.K., J.P.

WAKIL KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Y. B. M. Dato’ Raja Ideris bin Raja Ahmad,

D.S.S.A., A.M.S., A.M.N., P.J.K.

WAKIL KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Y. B. Dato’ Razak bin Mansor,

D.S.N.S., J.P., P.M.C., P.J.K.

WAKIL KERAJAAN NEGERI MELAKA

Y. B. Tuan Haji Md.Yunos bin Husin,

A.M.N., B.C.M., P.J.K., P.B.B.

WAKIL KERAJAAN NEGERI JOHOR

Y. B. Tuan Haji Ahmad Zahri bin Jamil,

P.I.S.

WAKIL KERAJAAN NEGERI PAHANG

Y. B. Dato’ Haji Tan Mohd. Aminuddin bin

Haji Ishak,

S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P., A.M.P., A.N.S., P.J.K.

WAKIL KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Y.B. Datuk Haji Mohd. Jidin bin Shafee,

D.M.S.M., K.M.N., A.M.N.

WAKIL KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Encik Jaul Samion,

P.P.B., P.B.K.

WAKIL KERAJAAN NEGERI SABAH

Y. Bhg. Datuk Gregory Joitol,

P.G.D.K.

PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN

PERTANIAN KEMUBU (KADA)

Encik Che Cob @ Ab. Ghafar bin

Abdul Rahman, A.M.N.

PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN

PERTANIAN MUDA (MADA)

Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Salleh,

D.S.D.K., S.D.K., B.C.K.

WAKIL-WAKIL PENDAFTAR PERTUBUHAN PELADANG

SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN

PERMODENAN PERTANIAN SARAWAK

Encik Jaul Samion,

P.P.B., P.B.K.

PEGAWAI KANAN LPP IBU PEJABAT

KETUA PENGARAH LPP/PENDAFTAR

PERTUBUHAN PELADANG DAN

KOPERASI ASAS TANI

Y. Bhg. Dato’ Haji Nozir Ahmad bin Hussain,

D.S.D.K., J.S.M., K.M.N.

TIMBALAN KETUA PENGARAH

(PEMBANGUNAN)

Tuan Haji Milatusamshi bin Imam Nawawi,

P.M.P., K.M.N., P.J.K.

TIMBALAN KETUA PENGARAH

(PENGURUSAN)

Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin

Haji Ahmad,

D.S.D.K., P.M.P., K.M.N., A.M.P., B.C.K., P.J.K.

PENGARAH BAHAGIAN PENYELIAAN

DAN PENGUATKUASAAN

Tuan Haji Azhar bin Yunus.

8Laporan Tahunan 2005

PENGARAH BAHAGIAN AUDIT PERTUBUHANEncik Teh Pek Guan, A.M.N.

PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENILAIANPuan Mariam Mas binti Yaacob, A.M.N.

PENGARAH BAHAGIAN PERNIAGAANTANI Encik V. Subramanian, A.M.N.

PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNANUSAHAWAN PELADANGTuan Haji Arpan Shah bin Satu.

PENGARAH BAHAGIAN PENGELUARAN LADANGTuan Haji Sharifudin bin Jamaludin, A.M.N.

PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMATEncik Hamzah bin Haji Bahari.

PENGARAH BAHAGIAN HAL EHWAL KORPORATTuan Haji Abdul Nasir bin Haji Ismail.

PENGARAH BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANITuan Haji Nordin bin Nok.

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSANSUMBER MANUSIATuan Haji Mohd. Salim bin Haji Taha.

PENGARAH BAHAGIAN KEWANGANPuan Azulita binti Salim.

PENGARAH BAHAGIAN LATIHANEncik Mohd. Naser bin Harun.

PENGURUS UNIT AUDIT DALAMEncik Mohd. Rozalhasle bin Mat.

KETUA UNIT UNDANG-UNDANG

Tuan Haji Mohd. Hanid bin Abdullah Sani.

PENGARAH LPP NEGERI PERLISEncik Musa bin Abu Samah.

PENGARAH LPP NEGERI KEDAHEncik I Ting a/l Tan Ah Kee, B.C.K.

PENGARAH LPP NEGERI PULAU PINANGEncik Jasni bin Saad.

PENGARAH LPP NEGERI PERAKTuan Haji Abdul Hadi bin Abdul Majid,A.M.N., A.M.K.

PENGARAH LPP NEGERI SELANGORTuan Haji Wan Zainus bin Ismail,P.J.K., A.M.N.

PENGARAH LPP NEGERI SEMBILANTuan Haji Shamsuddin bin Mat Rani.

PENGARAH LPP NEGERI MELAKAEncik Mohd. Ismail bin Mohd Nor.

PENGARAH-PENGARAH LPP NEGERI

PENGARAH LPP NEGERI JOHORTuan Haji Bahar bin Puteh Mahadi,A.M.N., A.M.S.

PENGARAH LPP NEGERI PAHANGEncik Ramli bin Abdul Rahman,A.M.N.

PENGARAH LPP NEGERI TERENGGANUTuan Haji Mohd Rosli bin Harun,A.M.N., A.N.S., P.P.T., P.J.K.

PENGARAH LPP NEGERI KELANTANEncik Kamarul Badri bin Mat Ali.

PENGARAH LPP NEGERI SABAHEncik Mohd. Safian bin Mohd. Husin,A.S.D.K., K.M.N., A.M.P., B.C.K., P.J.K.

PENGARAH LPP WILAYAH PERSEKUTUAN LABUANEncik Md. Salim bin Sulaiman.

9 Lembaga Per tubuhan Peladang

STRUKTUR ORGANISASI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

Y.B. MENTERI PERTANIAN

MAJLIS PENASIHAT PELADANG

PENGERUSI

LEMBAGA

KETUA PENGARAH / PENDAFTAR PP MALAYSIA

AUDIT PERTUBUHAN

URUSETIA KETUA PENGARAH

TIM. KETUA PENGARAH PENGURUSAN

TIM. KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PERANCANGAN DAN PENILAIAN

PENYELIAAN DAN PENGUATKUASAAN

LATIHAN

KEWANGAN

HAL EHWAL KORPORAT

PERNIAGAANTANI

PENGELUARAN LADANG

PEMBANGUNAN USAHAWAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

INDUSTRI ASAS TANI

LPP NEGERI(12 NEGERI)

10Laporan Tahunan 2005

Saya bagi pihak Lembaga Pengarah LPP dengan

sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan

berakhir pada 31 Disember 2005.

LPP sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menerima

pembiayaan sepenuhnya daripada Kerajaan

Persekutuan bagi perbelanjaan mengurus dan

pembangunan.

Pada tahun 2005, LPP memperolehi pendapatan

mengurus berjumlah RM113,633,906 dan

sebahagian besarnya adalah sumbangan

dar ipada geran Kerajaan Persekutuan

sebanyak RM100,671,390.

Perbelanjaan sebenar LPP bagi tahun 2005

adalah berjumlah RM114,895,076. Ini

menunjukkan defisit sebanyak RM1,400,262

setelah mengambilkira cukai pendapatan

yang diperuntukkan dalam tahun 2005

sebanyak RM139,092 dan defisit ini

ditampung daripada sumber dalaman

LPP sendiri.

Pendapatan pembangunan LPP pada

tahun 2005 berjumlah RM62,751,758.

Sebahagian besar daripada jumlah

pendapatan tersebut iaitu sebanyak

RM34,735,803 diiktiraf sebagai geran

pembangunan dilunaskan dan

RM23,190,847 peruntukan diterima

untuk melaksanakan projek-projek

khas daripada Jabatan dan Agensi

Kerajaan.

Pada tahun 2005, LPP meneruskan

pelaksanaan program-program

p e m b a n g u n a n d i b aw a h

PerutusanPengerusi

11 Lembaga Per tubuhan Peladang

Rancangan Malaysia Ke-Lapan dan memberi tumpuan kepada projek

pembangunan Zon Pengeluaran Makanan, pembangunan projek Padi ke

Arah 10 Tan Metrik/Hektar, pengeluaran benih padi, pemprosesan produk

nilai tambah dan pemodenan usaha pertanian melalui penggunaan

teknologi moden dan pembekalan kejenteraan ladang.

LPP juga terus memberi fokus utama kepada program pembangunan

usahawan peladang untuk mewujudkan usahawan-usahawan peladang

yang menggunakan teknologi dan melatih mereka ke arah lebih

berdayasaing.

Bagi mempertingkatkan keberkesanan program-program di atas, LPP

mengatur kursus-kursus kepada anggota dan peladang-peladang dengan

memberi penekanan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

LPP juga melaksanakan program komunikasi dan penggemblengan untuk

mencetus gelombang-gelombang transformasi pertanian supaya para

peladang didedahkan kepada teknologi pertanian yang terkini.

Berakhir tahun 2005, jumlah PP berdaftar adalah 285 buah yang terdiri

daripada 271 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), 13 buah Pertubuhan

Peladang Negeri (PPN) dan sebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan

(NAFAS). Bilangan Koperasi Asas Tani (KAT) yang masih berdaftar di bawah

LPP adalah sebanyak 432 buah.

Sehingga akhir tahun 2005, modal saham semua peringkat PP yang

meliputi PPK di bawah pengendalian LPP, PPN dan NAFAS berjumlah

RM98.85 juta. Isipadu perkhidmatan perniagaantani PP untuk tahun

yang sama adalah sebanyak RM1.87 bilion. Ini merupakan pertambahan

sebanyak RM436.17 juta atau 23 peratus berbanding tahun 2004 dengan

keuntungan bersih diperolehi berjumlah RM73.15 juta bagi tahun 2005.

Sukacita saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak sehingga LPP dapat melaksana dan

menjalankan tanggungjawab kepada para peladang dengan cekap dan

berkesan. Saya memberi penghargaan yang tinggi kepada semua warga

LPP yang telah bekerja dengan penuh dedikasi sepanjang tahun 2005.

(DATUK DR. HAJI ALANG PERANG ABDUL RAHMAN BIN ZAINUDDIN)

Pengerusi,Lembaga Pertubuhan Peladang.

PRESTASIKEWANGAN

14Laporan Tahunan 2005

15 Lembaga Per tubuhan Peladang

KEWANGAN

PERUNTUKAN MENGURUS

LPP memperolehi pendapatan mengurus berjumlah

RM113,633,906 pada tahun 2005 yang terdiri daripada

geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM100,671,390,

faedah atas simpanan di bank sebanyak RM496,758,

bayaran Audit Pendaftar sebanyak RM927,025, faedah

atas pinjaman kenderaan kakitangan sebanyak

RM141,787, pendapatan sewa rumah kakitangan

sebanyak RM1,175,974, lebihan atas pelupusan aset

sebanyak RM23,845, elaun hutang ragu ditulis semula

sebanyak RM33,021 dan pelbagai pendapatan sebanyak

RM20,955. Baki sebanyak RM10,143,151 adalah

pemberian projek khas daripada Jabatan dan Agensi

Kerajaan.

Perbelanjaan sebenar di bawah akaun mengurus

bagi tahun 2005 adalah berjumlah RM114,895,076.

Ini merupakan defisit sebanyak RM1,400,262 setelah

mengambilkira peruntukan cukai pendapatan sebanyak

RM139,092 dan defisit ini ditampung daripada sumber

dalaman LPP sendiri.

untuk melaksanakan projek-projek khas daripada

Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Lembaga Pertubuhan Peladang telah menerima geran

pembangunan berjumlah RM60,847,350. Kesemua

amaun peruntukan ini telah dibelanjakan dalam

tahun semasa. Perbelanjaan dilaksanakan untuk

projek-projek pembangunan berbentuk belanja

langsung bagi projek-projek dan juga harta modal. LPP

juga turut membelanjakan sebanyak RM23,190,847

daripada pemberian Jabatan dan Agensi kerajaan yang

diserahkan kepada LPP sebagai Akaun Khas.

Akaun Pembangunan LPP mengalami defisit sebanyak

RM5,902,866 setelah diambilkira cukai pendapatan

yang diperuntukan ke akaun ini sebanyak RM567,870.

����

�����

�����

�����

�����

������

������

�������

���� ���� ���� ���� ����

��������������������������������������������������

�������� ������������

�����

�����

�����

�����

����

�����

������

������

������

������

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN

Pendapatan pembangunan LPP pada tahun

2005 berjumlah RM62,751,758. Sebahagian besar

daripada jumlah pendapatan tersebut iaitu sebanyak

RM34,735,803 diiktiraf sebagai geran pembangunan

dilunaskan dan RM23,190,847 peruntukan diterima

����

�����

�����

�����

�����

������

�������

���� ���� ���� ���� ����

���������������������������������������������������

�������� ������������

�����

����� ����

�����

�����

�����

�����

�����

�����

�����

RINGKASAN PRESTASI KEWANGAN

Kedudukan prestasi Kumpulanwang Mengurus dan

Pembangunan, aset dan liabiliti LPP bagi tahun 2005

adalah seperti di Jadual 1.

Jumlah aset pada 31 Disember 2005 adalah sebanyak

RM306,804,621 yang diwakili oleh:

Hartanah, loji dan peralatan RM135,825,721

Pinjaman jangka panjang RM14,480,437

Aset semasa RM156,498,463

15 Lembaga Per tubuhan Peladang

16Laporan Tahunan 2005

Jadual 1 : Laporan Prestasi Kewangan LPP Bagi Tahun 2004 dan 2005

PRESTASI INSTITUT PENGURUSAN PELADANG

Pendapatan terkumpul Institut Pengurusan Peladang

(IPP) dalam tahun 2005 adalah berjumlah RM4,763,098

berbanding perbelanjaan sebanyak RM4,052,620.

Keuntungan bersih untuk tahun 2005 adalah sebanyak

RM710,478.

TAHUN 2004 2005 (RM) (RM)

Hartanah, loji dan 136,085,256 135,825,721peralatan

Pinjaman jangka 18,078,396 14,480,437panjang

Aset semasa 141,111,437 156,498,463

JUMLAH 295,275,089 306,804,621

Liabiliti 40,076,392 50,207,676

Nisbah Kecairan 3.52 : 1 3.12 : 1

Jadual 2 : Kedudukan Pendapatan dan Perbelanjaan Institut Pengurusan Peladang Bagi Tahun 2005

Institut Pendapatan Perbelanjaan KelebihanPengurusan (RM) (RM) (Kekurangan)Peladang (RM)

Sungai Petani 844,161 711,209 132,952

Johor Bharu 429,248 452,956 (23,708)

Rompin 1,175,841 1,209,110 (33,269)

Machang 236,514 227,946 8,568 Langkawi 1,996,161 1,426,157 570,004

Ibu Pejabat 81,173 25,242 55,931

Jumlah 4,763,098 4,052,620 710,478

Jadual 3 : Prestasi Perbandingan Pendapatan dan Perbelanjaan Institut Pengurusan Peladang (Keseluruhan) Tahun 2004 dan 2005

Butir/Tahun 2004 2005 (RM) (RM)

Pendapatan 4,489,896 4,763,098

Perbelanjaan 3,811,810 4,052,620

Kelebihan 678,086 710,478

Penyata Kewangan LPP bagi tahun 2005 adalah seperti

di Lampiran A.

Jumlah liabiliti LPP pada 31 Disember 2005 adalah

berjumlah RM50,207,676 yang diwakili oleh:

Pemiutang RM25,237,968

Pemiutang pelbagai RM171,193

Pertaruhan dan deposit RM527,626

Pendahuluan diterima RM27,304

Komitmen modal RM21,661,847

Cukai RM2,581,738

Analisis Nisbah Kewangan

Analisis nisbah kecairan semasa LPP seperti di dalam

Jadual 1 menunjukkan LPP mempunyai keupayaan

untuk menyelesaikan tanggungan dengan kadar

nisbah kecairan 3.12 : 1. Prestasi kedudukan kewangan

berbanding tahun lepas adalah seperti berikut:

17 Lembaga Per tubuhan Peladang

LAPORAN PRESTASI LPP

18Laporan Tahunan 2005

19 Lembaga Per tubuhan Peladang

Nota untuk Jadual 4 di atas:

NAFAS - Pertubuhan Peladang Kebangsaan

PPN - Pertubuhan Peladang Negeri

PPK - Pertubuhan Peladang Kawasan

KADA - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

MADA - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

PENYELIAAN DAN PENGAWALAN

a. Penyeliaan

Di samping penyeliaan PP, LPP juga menyelia KAT

sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 34B Akta

Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dibaca bersama

dengan Akta Koperasi 1993 (Akta 503). Jumlah KAT

yang berdaftar adalah 432 buah iaitu 383 KAT di bawah

penyeliaan terus LPP, sementara di bawah penyeliaan

MADA dan KADA masing-masing 7 dan 42 buah.

Tugas penyeliaan adalah meliputi aspek khidmat

bimbingan, memberi panduan dan nasihat serta

menyediakan khidmat perundingan kepada PP dan

KAT dalam bidang-bidang pengurusan organisasi dan

personel, pengurusan kewangan dan akaun. Tugas

penyeliaan juga termasuk memantau prestasi kewangan

PP dan KAT, menyediakan peraturan dan khidmat bagi

pelaburan, pinjaman, menyediakan manual-manual dan

panduan bagi anggota pengurusan dan Ahli Jemaah

Pengarah PP atau anggota Lembaga Pengarah KAT

serta pendidikan melalui program latihan peladang

dan pegawai.

LAPORAN PRESTASI LPP

Di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973,

peranan LPP meliputi tiga fungsi utama iaitu:

(i) Fungsi Pendaftar;

(ii) Fungsi sebagai Agensi Pengurusan; dan

(iii) Fungsi sebagai Agensi Pembangunan

FUNGSI PENDAFTAR

Bidang tugas LPP sebagai Pendaftar kepada PP adalah

seperti berikut:

(i) Mendaftar PP;

(ii) Menyelia dan mengawal aktiviti PP dan Koperasi

Asas Tani (KAT);

(iii) Mengaudit akaun PP dan KAT;

(iv) Menyediakan pendidikan dan latihan kepada ahli;

dan

(v) Membatalkan pendaftaran PP dan KAT.

PENDAFTARAN PERTUBUHAN PELADANG

Sehingga akhir tahun 2005, bilangan PP yang berdaftar

di seluruh negara adalah seperti di Jadual 4. LPP

mengurus dan menyelia sebanyak 216 buah PP yang

terdiri daripada 203 buah PPK, 12 buah PPN dan sebuah

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar PP mengikut

Seksyen 7(2) Akta Pertubuhan Peladang 1973 telah

mewakilkan sebahagian kuasanya di bawah Akta

PP 1973 kepada Setiausaha Tetap, Kementerian

Permodenan Pertanian Sarawak bagi Negeri Sarawak,

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

(MADA) di kawasan MADA dan Pengurus Besar

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di

kawasan KADA.

Jadual 4 : Bilangan PP Seluruh Negara Sehingga 2005

Pendaftar/Wakil NAFAS PPN PPK JUMLAH

LPP Semenanjung, 1 12 203 216Sabah dan Labuan

KADA - - 13 13

MADA - - 27 27

Sarawak - 1 28 29

Jumlah PP 1 13 271 285

19 Lembaga Per tubuhan Peladang

20Laporan Tahunan 2005

b. Pengawalan

Tugas pengawalan adalah untuk memastikan PP

dan KAT berjalan mengikut undang-undang dan

perlembagaan masing-masing.

PENGAUDITAN PP DAN KAT

Tugas Audit Berkanun tahunan ke atas akaun-akaun PP

dan KAT dijalankan oleh Bahagian Audit Pertubuhan LPP

dan juga oleh firma juruaudit swasta yang dilantik oleh

Pendaftar PP/Ketua Pendaftar KAT. Tugas ini dilaksana

berpandukan kepada Seksyen 24, Akta Pertubuhan

Peladang 1973 bagi PP dan Seksyen 60, Akta Koperasi

1993 bagi KAT. Kedudukan bilangan PP dan KAT yang

diaudit pada tahun 2005 adalah seperti di Jadual 5.

PEMBATALAN PENDAFTARAN PP DAN KAT

Pembatalan pendaftaran melibatkan aktivit i

penyelesaian iaitu urusan mengagihkan harta-harta

KAT yang telah dibatalkan pendaftarannya kepada

pihak yang berkepentingan. Pembatalan pendaftaran

beberapa buah KAT perlu dilakukan kerana institusi itu

tidak lagi berfungsi mengikut tujuan penubuhannya

akibat masalah kewangan atau anggota-anggota tidak

lagi berminat dengan institusi berkenaan. Sebanyak

dua buah KAT dibatalkan pendaftarannya pada tahun

2005.

FUNGSI SEBAGAI AGENSI PENGURUSAN

Fungsi sebagai agensi pengurusan bertujuan untuk

mencapai objektif LPP dan PP dengan menyediakan

program-program sokongan anggota-anggota

pengurusan dan mewujudkan sistem pengurusan yang

kemaskini dan teratur.

SOKONGAN ANGGOTA

Penempatan anggota LPP di PP adalah untuk

menjalankan tugas-tugas menguruskan PP di semua

peringkat. LPP menempatkan anggota di PP bagi

jawatan-jawatan penting sahaja, manakala bagi

jawatan-jawatan teknikal dan sokongan diisi sendiri

oleh PP. Penempatan anggota LPP di PP merupakan

sebahagian daripada sokongan kerajaan dalam bentuk

khidmat pengurusan PP di mana PP menjalankan

perkhidmatan dan kerja-kerja pembangunan untuk

meningkatkan taraf hidup peladang.

Sehingga akhir tahun 2005, LPP mempunyai seramai

3,167 orang anggota daripada 3,168 perjawatan yang

diluluskan seperti pengagihannya di Jadual 6. Daripada

jumlah tersebut 2,042 orang atau 64.47 peratus

ditugaskan mengurus operasi PP seperti pembekalan

input pertanian, pemasaran, perniagaan, perkhidmatan

dan melaksanakan projek-projek pengeluaran pertanian

untuk faedah ahli. Sementara bakinya seramai 1,125

orang atau 35.5 peratus adalah ditugaskan di LPP Ibu

Pejabat, LPP Negeri dan Institut Pengurusan Peladang.

Kategori Bilangan PP dan KAT

2004 2005

Juruaudit Pendaftar/ LPP:- Pertubuhan Peladang 233 234- Koperasi Asas Tani (KAT) 503 489

Juruaudit Swasta :- Pertubuhan Peladang 48 51- Koperasi Asas Tani (KAT) 3 2

Jumlah :- Pertubuhan Peladang 281 285- Koperasi Asas Tani (KAT) 506 491

Jadual 5 : Pengauditan PP dan KAT dari Tahun 2004 - 2005

PENDIDIKAN DAN LATIHAN AHLI

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran dalam pengurusan dan pembangunan

projek pertanian, sifat keusahawanan serta kepimpinan.

Penekanan kursus adalah kepada pengurusan ladang

berteknologi moden dan amalan pertanian baik serta

mengendalikan ladang sebagai enterprais perniagaan.

Di samping itu, penekanan kursus juga adalah untuk

meningkatkan keupayaan dan kemampuan pemimpin

peladang menguruskan PP.

21 Lembaga Per tubuhan Peladang

FUNGSI SEBAGAI AGENSI PEMBANGUNAN

LPP menyediakan khidmat sokongan kepada PP bagi

meningkatkan peranan institusi tersebut ke arah

memaju dan memodenkan masyarakat peladang.

Bantuan sokongan untuk pembangunan ekonomi

adalah seperti menyediakan peruntukan pembiayaan

dan kewangan bagi melaksanakan projek-projek

yang boleh memberikan faedah kepada peladang-

peladang. Peruntukan pembangunan juga disediakan

untuk pembangunan sosial masyarakat peladang

melalui program-program latihan, pembangunan

unit peladang, pembinaan pejabat dan sebagainya.

Impak daripada program pembangunan LPP dapat

dilihat melalui prestasi PP bagi tahun 2005 seperti di

Lampiran B.

TERAS DAN STRATEGI PEMBANGUNAN LPP DALAM

RANCANGAN MALAYSIA KE LAPAN (RMKe-8)

Strategi program pembangunan LPP dalam RMKe-8

adalah untuk menyokong pelaksanaan Dasar Pertanian

Negara Ke-Tiga (DPN3). Di samping itu, Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengarahkan

LPP memberi penekanan kepada pelaksanaan program

transformasi pertanian di mana peranan PP adalah

untuk menggembleng peladang-peladang dan

menyelaras serta meningkatkan tahap perkhidmatan-

perkhidmatan yang diperlukan oleh mereka dalam

usaha meningkatkan pengeluaran pertanian dan

pendapatan peladang. LPP melaksanakan program

pembangunannya melalui PP dengan memberi

penekanan kepada aspek-aspek berikut:

(i) Pertanian sebagai suatu perniagaan;

(ii) Penggunaan teknologi untuk meningkatkan hasil

dan mengurangkan kos pengeluaran;

(iii) Melaksanakan aktiviti-aktiviti nilai ditambah bagi

produk-produk pertanian; dan

(iv) Menetapkan piawaian ke atas semua projek-

projek pertanian yang dilaksanakan oleh PP.

PEMBIAYAAN PROJEK

LPP telah menyalurkan peruntukan pembangunan

berjumlah RM60,952,550 dalam bentuk geran untuk

membiayai program-program sosio-ekonomi PP seperti

Pengeluaran Bahan Makanan Asas, Pembangunan

Unit Peladang, Pembangunan Usahawan Peladang,

Pembinaan Kemudahan-kemudahan Pemasaran PP,

Pembekalan peralatan ICT kepada PP serta latihan

untuk pegawai dan peladang. Selain dari itu, program-

program ini juga dibiayai melalui Kumpulanwang

Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P). Ia merupakan

tabung untuk membiayai keperluan modal perniagaan

PP bagi kegiatan-kegiatan yang tidak dapat dibiayai di

bawah peruntukan pembangunan. Keutamaan adalah

kepada pembiayaan projek yang memberi faedah

secara langsung kepada ahli-ahli PP. Antara projek yang

dibiayai menggunakan dana ini ialah pemasaran padi,

mini estet padi dan modal pusingan input pertanian.

Dalam tahun 2005 sebanyak RM11.27 juta dikeluarkan

bagi membiayai 33 buah projek PP.

�����������������������

���������� ���������������

���������

�������������������������������

���������������������������������������������������

Pejabat LPP/ PP Bilangan Anggota

Ibu Pejabat LPP 342

Pejabat LPP Negeri 656

Peringkat Daerah 79

Institut Pengurusan Peladang (IPP) 48

Pertubuhan Peladang (PP) 2,042

Jumlah 3,167

Jadual 6 : Agihan Perjawatan LPP Bagi Tahun 2005

22Laporan Tahunan 2005

PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN

PENGELUARAN BAHAN MAKANAN ASAS

Program pembangunan utama yang dijalankan oleh

LPP adalah Program Pengeluaran Bahan Makanan

Asas yang mengandungi projek-projek estet padi,

pengeluaran sayur-sayuran, pengeluaran ternakan

komersial, pengeluaran ternakair dan pengeluaran

buah-buahan. Peruntukan sebanyak RM14,900,000

bagi melaksanakan projek tersebut melibatkan

keluasan 37,330 hektar dengan penglibatan ahli-ahli

peladang seramai 29,718 orang. Subprojek di bawah

program ini ialah :

(i) Estet Padi

Objektif utama adalah untuk memperbaiki

infrastruktur sawah seperti perataan tanah sawah,

memperbaiki jalan ladang dan penggunaan

input-input tambahan dan benih yang bermutu

tinggi serta menyalurkan pakej teknologi yang

sesuai ke arah pengeluaran padi berskala besar

oleh PP dan ahli peladang melalui pelaksanaan

projek kelompok dan mini estet dengan tujuan

meningkatkan hasil keluarannya ke arah 10 metrik

tan. Dalam tahun 2005 perbelanjaan bagi program

ini adalah sebanyak RM1,971,675 memberi faedah

kepada 26,234 orang ahli peladang.

(ii) Pengeluaran Sayur-sayuran

Projek ini mempunyai objektif untuk menyediakan

prasarana dan peralatan yang mencukupi

bagi meningkatkan hasil pengeluaran ladang

PP dan usahawan peladang setaraf dengan

piawaian hasil yang ditentukan mengikut

jadual. Penggunaan teknologi tinggi dalam

bidang penanaman sayur-sayuran yang berjaya

dilaksanakan secara komersial ialah penanaman

cili dan tomato secara sistem fertigasi.

Dalam tahun 2005, LPP membiayai sebanyak 36

projek melibatkan keluasan 167 hektar tanaman

sayuran konvensional, 75,000 beg sayuran

fertigasi dan 38,000 bongkah cendawan dengan

perbelanjaan sebanyak RM1,995,000. Projek ini

melibatkan sebanyak 419 ahli peladang dengan

kuantiti pengeluaran sebanyak 2,137 metrik tan

bernilai RM2,486,991.

Projek-projek sayuran fertigasi di PPK Bukit Awang,

Kelantan dan PPK Sik, Kedah telah menjadi tempat

rujukan bagi peladang setempat serta menerima

kunjungan lawatan daripada jabatan dan agensi-

agensi kerajaan dan peladang individu.

(iii) Pengeluaran Ternakan Komersial

Pelaksanaan projek ini berkonsepkan pem-

bangunan projek secara perladangan komersial

di samping mengkonsolidasikan projek-projek

kecil sediada kepada projek-projek besar.

Perlaksanaan projek ini lebih menekankan

kepada penggunaan teknologi terkini dan projek

23 Lembaga Per tubuhan Peladang

komersial berskala besar. Di antaranya projek

ternakan ayam sistem tertutup yang mampu

menampung jumlah kapasiti ayam yang tinggi

walaupun keluasan kawasan adalah terhad. Pada

tahun 2005, LPP telah membiayai sebanyak 18

buah projek dengan perbelanjaan berjumlah

RM3,630,950.

mengusahakan projek ternakair ialah Pertubuhan

Peladang Kawasan Sungai Chenaam, Pulau Pinang

bagi ternakan udang marin yang melibatkan 20

peserta dengan pengeluaran 27.87 metrik tan

bernilai RM287,001. Sehingga tahun 2005, LPP

membangunkan projek akuakultur yang terdiri

daripada ikan, udang dan agar-agar laut seluas

170 hektar melibatkan 208 peserta dengan nilai

pengeluaran RM11,427,454.

Jadual 7 : Hasil Pengeluaran Ternakan Bagi Tahun 2005

Perkara Kuantiti Nilai Pengeluaran (mt) Pengeluaran (RM)

Ayam 26,572 70,415,800

Lembu 1,607 9,241,000

Kambing 59.4 682,925

Di samping itu, pengeluaran benih/baka ternakan

juga diberi tumpuan bagi pengeluaran baka

kambing dan lembu yang melibatkan enam buah

PP. Hasil pengeluaran ternakan bagi tahun 2005

adalah seperti berikut:

(iv) Pengeluaran Ternakair

Objektif utama projek adalah untuk meningkatkan

pengeluaran, kemudahan asas dan memajukan

p r o j e k - p r o j e k b a r u y a n g d i k e n a l p a s t i

berpotensi dibangunkan. Manakala projek-

projek sediada diperbesar dan dipertingkatkan

dari segi penggunaan teknologi, kemudahan

infrastruktur dan kemahiran pengurusan ke arah

pengeluaran yang optimum. Pada tahun 2005

sebanyak 32 buah projek yang diuruskan oleh PP

mendapat pembiayaan LPP untuk melaksanakan

projek ternakair dengan jumlah perbelanjaan

sebanyak RM5,093,885. Di antara PP yang aktif

(v) Pengeluaran Buah-buahan

Projek ini bertujuan untuk membangunkan dan

meluaskan kawasan buah-buahan di kawasan

sediada dan baru dengan klon buah-buahan

berkualiti termasuk tanaman jangka pendek

seperti pisang dan betik serta tanaman jangka

panjang seperti limau dan nangka.

Sejumlah RM4,155,000 telah diperuntukan pada

tahun 2005 bagi membangunkan pengeluaran

buah-buahan. Pengeluaran buah-buahan tahun

2005 melibatkan keluasan 3,022 hektar dengan

kuantiti pengeluaran 13,039 metrik tan bernilai

RM10,403,951 melibatkan 1,667 orang ahli.

24Laporan Tahunan 2005

PEMBANGUNAN UNIT PELADANG

Program ini mempunyai matlamat untuk memajukan

peladang usahawan, unit peladang dan kampung

dalam bidang ekonomi dan sosial. Subprojek di bawah

program ini ialah:

(i) Pembangunan Manusia Asas Komoditi (PMAK)

Tujuan projek adalah untuk meningkatkan

tahap pendapatan peladang dengan memberi

penekanan kepada aspek pembangunan

manusia dan pelaksanaan projek ekonomi

oleh peladang-peladang. Pelaksanaan projek

ini adalah sambungan kepada projek PMAK

Fasa 3 yang bermula pada tahun 2001 yang

mempunyai matlamat untuk melahirkan peladang

komersial supaya lebih bersikap terbuka, cergas,

cekap, berilmu, berwawasan dan komited untuk

membangunkan diri, keluarga dan masyarakat.

Sehingga tahun 2005, sejumlah 24 kampung

berjaya dibangunkan di bawah projek PMAK

melibatkan 1,379 orang peserta merangkumi

lima komoditi utama iaitu ternakan ayam daging,

tanaman padi, tanaman sayuran, ternakair dan

projek pemprosesan dilaksanakan dengan

baik dan telah mengeluarkan hasil bernilai

RM44,955,450. Seramai 1,620 orang peserta pula

telah dilibatkan dalam pembangunan modal

insan melalui 39 kursus dan seminar yang telah

diadakan. Bagi tahun 2005 sejumlah RM2.0

juta dibelanjakan untuk membangunkan 24

kampung yang memberi faedah kepada 315 ahli

peladang.

(ii) Pembangunan Usahawan Peladang (PUP)

Matlamat projek PUP adalah untuk mewujudkan

ahli PP sebagai peladang usahawan dan

peladang komersial dalam aktiviti terpilih PP

bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan

serta mampu menyumbang kepada pengeluaran

makanan negara. Pemindahan teknologi juga

telah ditumpukan kepada usahawan-usahawan

peladang bagi mewujudkan usahawan-usahawan

peladang berteknologi dan mampu berdayasaing

serta menjadi model kepada peladang-peladang

lain. Sehingga tahun 2005 seramai 1,324 peladang

usahawan telah mendapat pembiayaan di

bawah projek PUP dan sejumlah RM2.5 juta

dibelanjakan untuk membiayai seramai 146

usahawan peladang. Sehingga akhir tahun 2005,

program ini telah berjaya menyumbang kepada

pengeluaran bahan makanan bernilai RM77.29

juta.

(iii) Pembangunan Unit Peladang (FDU)

Projek ini bertujuan untuk membangunkan unit

peladang dengan projek ekonomi supaya ahli

dalam unit tersebut dapat menjadikan unit mereka

sebagai organisasi kecil yang kukuh dan maju

untuk menyumbang kepada penambahan dalam

pengeluaran makanan. Sehingga tahun 2005,

sebanyak 30 unit peladang berjaya dibangunkan

dengan penglibatan seramai 660 orang peserta

dalam projek ekonomi dan berjaya menyumbang

kepada pengeluaran bahan makanan bernilai

RM10.9 juta. Jumlah perbelanjaan untuk projek

ini pada tahun 2005 ialah RM1 juta melibatkan

132 orang peserta.

25 Lembaga Per tubuhan Peladang

KEMUDAHAN ASAS INSTITUSI

Program ini memberikan tumpuan kepada penyediaan

kemudahan asas kepada peladang-peladang supaya

aktiviti-aktiviti pembangunan dapat dijalankan dengan

sempurna. Subprojek di bawah program ini ialah:

(i) Bangunan dan Pejabat PPK

Projek ini bertujuan untuk membina bangunan

baru sebagai pejabat PPK dan gantian kepada

bangunan-bangunan yang usang. Pada tahun

2005, sebanyak dua buah bangunan sedang

dalam pembinaan iaitu pejabat PPK Rembau,

Negeri Sembilan dan PPK Merlimau, Melaka.

Semenjak dari RMKe-2 sehingga RMKe-7, LPP

telah melaksanakan pembinaan bangunan

pejabat PPK, pusat kecil kemajuan peladang PP

dan rumah anggota LPP yang berkhidmat di PPK.

Kebanyakan bangunan-bangunan ini (172 buah

PPK, 47 buah PKP dan 716 rumah kakitangan

untuk anggota LPP) telah dibina sebelum

1987 perlu diselenggara atau diperbaiki untuk

keselesaan dan selamat diduduki. Pada tahun

2005, aktiviti pembaikan am telah dilaksanakan

ke atas 102 buah PKP melibatkan perbelanjaan

sebanyak RM1,496,710.

(iii) Perkhidmatan Kejenteraan

LPP telah menubuhkan Pusat Kejenteraan

Ladang sejak tahun 1982. Walaupun aktiviti

ini telah diserahkan pengurusannya kepada

Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) pada tahun

1996, LPP terus membekalkan jentera baru bagi

memastikan matlamat menyediakan sekurang-

kurangnya 30 peratus keperluan kejenteraan

ladang dicapai.

Pada tahun 2005, sebanyak 263 buah traktor

dan 83 buah jentuai digunakan untuk memberi

perkhidmatan kepada peladang-peladang.

Seluas 36,909 hektar tanah dibajak dan seluas

23,801 hektar pula telah mendapat khidmat

jentuai. Secara keseluruhannya seramai 55,927

orang peladang mendapat perkhidmatan

pembajakan dan penuaian dalam tahun 2005.

(ii) Penyelenggaraan Bangunan

Projek ini bertujuan untuk menyelenggara

bangunan-bangunan yang dibina di bawah

program Pusat Kemajuan Peladang (PKP).

26Laporan Tahunan 2005

(iv) Komputerisasi LPP/PP

Matlamat utama projek ialah bagi mempercepatkan

capaian maklumat di antara pelaksana program

dan pihak pengurusan LPP dan PP supaya berfungsi

sebagai organisasi bersekutu. Tumpuan juga

diberi kepada peningkatan sistem penyampaian

perkhidmatan PP supaya boleh menjadi lebih

efisien dan efektif melalui penggunaan sistem

aplikasi berkomputer berasaskan web seperti

Sistem Century, Sistem Laporan Prestasi Asas Web

(LPAW) dan Sistem Primari.

Pertubuhan Peladang Kawasan juga akan

dilengkapkan dengan Sistem Kaunter Berkomputer

melalui penggunaan Sistem Primari. Di samping

itu LPP akan meningkatkan bilangan knowledge

workers di LPP dan PP melalui latihan kemahiran

berjadual dan dasar pemilikan komputer peribadi

(PC) pada kadar 1:1. Pewujudan laman web seperti

www.lpp.gov.my, akan membolehkan semua

warga LPP dan PP berinteraksi di antara satu

sama lain. Pada tahun 2005, LPP membelanjakan

sebanyak RM8 juta bagi membiayai projek ini.

dalam projek-projek yang berkaitan dengan industri

asas tani. Keutamaan diberikan kepada integrasi di

antara pengeluar makanan asas dan pemasaran.

Program ini merangkumi aktiviti nilai ditambah samada

industri hiliran, huluan atau menyokong kepada aktiviti

pengeluaran. Pembangunan projek industri asas

tani telah dilaksanakan oleh LPP melalui beberapa

program yang melibatkan peladang individu, kumpulan

peladang dan PP seperti:

(i) Program Usahawan Peladang (PUP);

(ii) Program Pembangunan Rakyat Termiskin

(PPRT);

(iii) Program Pembangunan Unit Peladang (FDU);

(iv) Program Pembangunan Manusia Asas Komoditi

(PMAK);

(v) Program Kumpulan Peladang Nita; dan

(vi) Projek Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) PP.

Peruntukan bagi pembangunan industri asas tani LPP

disalurkan kepada PP dan peladang-peladang untuk

membiayai infrastruktur, mesin dan peralatan, khidmat

nasihat teknikal dan latihan kepada pengusaha PP.

Lembaga Pertubuhan Peladang juga menyediakan

bantuan pinjaman melalui tabung pinjaman

Kumpulanwang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P)

dan tabung pembangunan usahawan peladang yang

disalurkan kepada usahawan peladang dan ahli. Di

samping peruntukan dalaman, LPP juga mengurus

peruntukan daripada Kementerian Pembangunan

Luar Bandar (KPLB) dalam membangunkan projek IAT

melalui projek PPRT dan Program Mempelbagai dan

Menambahkan Pendapatan Petani, Penternak dan

Nelayan.

Melalui program ini produk pertanian yang dihasilkan

oleh PP dan peladang diproses bagi mendapatkan

nilai tambah. Projek-projek yang dijalankan melibatkan

aktiviti hiliran dan aktiviti lepas tuai hasil-hasil pertanian

seperti buah-buahan, padi, sayur-sayuran dan ternakan.

LPP memberi penekanan kepada penglibatan PP dalam

aktviti-aktiviti nilai ditambah bagi produk-produk yang

dihasilkan. Penglibatan ahli dalam program ini adalah

seperti jadual berikut:

SEKTOR INDUSTRI ASAS TANI

Lembaga Pertubuhan Peladang menyediakan program

dan projek untuk membangunkan dan menggalakkan

penglibatan PP dan ahli serta kumpulan peladang

27 Lembaga Per tubuhan Peladang

Bil. Perkara Bil. Bil. Bil. peladang Bil. Nilai PP projek mendapat faedah pekerja pengeluaran (RM)

1. Projek PKS PP 42 43 25,325 1,136 330,493,781

2. Projek PKS ahli peladang 117 179 920 920 13,523,404 3. Projek PKS kelompok/kumpulan peladang 47 68 340 340 4,771,454

Jumlah 206 290 26,585 2,396 348,788,641

Jadual 8 : Projek Perusahaan Kecil dan Sederhana PP/ahli

PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA MANUSIA

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan

sumber tenaga manusia untuk menambah ilmu

pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang

diperlukan serta perubahan sikap dan minda yang lebih

positif anggota LPP dan PP secara berterusan supaya

dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka,

selaras dengan perkembangan semasa. Subprojek di

bawah program ini ialah:

(i) Latihan Pegawai

Objektif utama projek adalah untuk meningkatkan

tahap profesionalisme dan kecekapan anggota

dalam pengurusan PP, ahli peladang dan

pembangunan tahap kerjaya di LPP dari aspek

rohani, jasmani dan kualiti. Pada tahun 2005, fokus

latihan pegawai adalah dalam bidang pengurusan

dan teknikal yang melibatkan 334 kursus dengan

peruntukan sebanyak RM1,000,000. Kursus-kursus

ini telah dihadiri oleh 5,800 orang anggota. Ini

adalah selaras dengan objektif khusus projek

iaitu untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran khususnya dalam konteks transformasi

pertanian.

(ii) Latihan Peladang

Matlamat utama projek ini adalah untuk

membangunkan ahli PP dengan meningkatkan

pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

penggunaan teknologi moden dalam pengurusan

dan pembangunan projek pertanian yang lebih

komersial. Fokus latihan peladang tahun 2005

juga menjurus ke arah peningkatan pengetahuan,

kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi

terbaik dan sesuai dalam bidang pertanian.

Sebanyak 98 kursus pengurusan dan teknikal

dilaksanakan melibatkan 3,717 orang peladang

dengan peruntukan sebanyak RM1,200,000.

28Laporan Tahunan 2005

(iii) Komunikasi dan Penggemblengan

Tujuan projek komunikasi adalah sebagai alat

penyebaran maklumat, ide dan pengetahuan

kepada kumpulan sasar. Tumpuan adalah kepada

pemindahan teknologi pertanian, ternakan,

ternakair dan sistem pemprosesan. Manakala

aktiviti-aktiviti penggemblengan bertujuan

meningkatkan keupayaan, kemahiran dan

teknologi para peladang di luar bandar bagi

menjayakan Dasar Pertanian Negara (DPN3)

di samping meningkatkan semangat bersatu

di bawah satu pergerakan untuk mencapai

matlamat sejagat. Pada tahun 2005, penerbitan

dokumentari video serta penerbitan “Berita

Transformasi”, “Majalah Peladang” dan “Suara

LPP” merupakan aktiviti penting di bawah projek

komunikasi. Projek penggemblengan pula

melibatkan penggemblengan peladang untuk

Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Peringkat Kebangsaan dan Negeri, kempen, dialog

dan perhimpunan peladang. Kedua-dua projek

dalam program ini melibatkan perbelanjaan

sebanyak RM1,126,000.

dilengkapi dengan kemudahan dewan kuliah

dan tempat penginapan. Pada tahun 2005, IPP

diberi peruntukkan sebanyak RM500,000 untuk

membaikpulih kemudahan-kemudahan serta

melengkapkan peralatan bagi menjadikan IPP

sebagai Institut Pengurusan Peladang yang

selesa.

KEMUDAHAN PEMASARAN PP

Matlamat utama program adalah untuk memastikan

hasil pertanian yang dikeluarkan oleh PP dan

ahli-ahlinya dapat dipasarkan secara berkesan,

berdayasaing dan memberikan pendapatan yang baik

kepada pengusaha-pengusaha melalui kemudahan-

kemudahan dan program-program pemasaran yang

disediakan. Kemudahan seperti pusat pengumpulan

hasil ladang, pusat timbang pukal, pusat pemasaran

hasil pertanian dan pusat perniagaan peladang

diwujudkan. Pusat-pusat tersebut digunakan sebagai

saluran pemasaran hasil pertanian yang dikeluarkan.

Kemudahan pengangkutan juga disediakan untuk

membantu kegiatan pemasaran. Pada tahun 2005,

aktiviti utama di bawah program ini adalah untuk

menyediakan infrastruktur kemudahan pemasaran PP

melibatkan pusat penggredan dan pembungkusan,

pusat timbang pukal padi, penyediaan pengangkutan

seperti lori, promosi dan pembangunan produk PP

dengan perbelanjaan sebanyak RM1,224,328.

(iv) Menaiktaraf Institut Pengurusan Peladang

Sehingga kini terdapat lima buah Institut

Pengurusan Peladang di bawah kendalian LPP.

Institut-institut ini digunakan untuk melatih

anggota LPP serta ahli peladang dalam pelbagai

bidang. Dengan adanya kemudahan ini di

seluruh negara, kursus-kursus dapat dijalankan

dengan lebih mudah dan kos pengendaliannya

juga dapat dijimatkan. Institut-institut ini

PROGRAM PEMBANGUNAN PERTUBUHAN

PELADANG SABAH

LPP menguruskan PP di negeri Sabah mulai tahun 1993

dengan tumpuan utama pembangunannya adalah

penyediaan bangunan pejabat PPK untuk memberikan

29 Lembaga Per tubuhan Peladang

perkhidmatan kepada ahli. Di samping itu, pembinaan

rumah kakitangan juga menjadi agenda penting

untuk penempatan anggota ke kawasan luar bandar

yang sukar mendapat rumah sewa. Pada tahun 2005,

usaha ini diteruskan supaya semua PP memperolehi

kemudahan ini di samping melaksanakan projek-projek

pengeluaran makanan. Perkhidmatan kejenteraan

ladang juga dipertingkatkan melalui pembekalan

jentera-jentera baru selaras dengan peningkatan

projek pengeluaran ladang. Latihan kepada anggota

LPP telah diperbanyakkan bagi menimba ilmu

pengetahuan supaya memperolehi kemahiran dalam

pengurusan untuk mentadbir PP dalam mencapai

objektif memajukan organisasi tersebut. Pada tahun

2005, LPP telah membelanjakan RM7,000,000 untuk

pelbagai projek di bawah Program Pembangunan PP

Sabah.

sebelumnya. Terdapat 43 orang peserta projek yang

mencatat purata penghasilan melebihi 5.5 metrik tan

sehektar dan terdapat di antara mereka ini mencapai

10 metrik tan sehektar atau lebih tinggi. Projek ini telah

berjaya dilaksanakan dengan perbelanjaan sebanyak

RM3,000,000.

PROGRAM KEUTAMAAN DAN STRATEGI

PEMBANGUNAN LPP DALAM TAHUN 2005

Selaras dengan penekanan Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani untuk meningkatkan pengeluaran

makanan negara, LPP mempertingkatkan lagi usaha-

usaha dibidang ini khususnya bagi komoditi-komoditi

yang difokuskan dalam DPN3 seperti padi, sayur-sayuran,

buah-buahan, ayam daging, lembu daging dan ternakair.

Pada tahun 2005, nilai pengeluaran makanan asas yang

dihasilkan daripada projek-projek yang diuruskan oleh

PP berjumlah RM282,189,055. Ini merupakan suatu

peningkatan membanggakan berbanding tahun 2002,

2003 dan 2004 iaitu masing-masing RM197,000,000,

RM202,380,000 dan RM246,000,000. Pada tahun 2005,

bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran makanan

asas supaya mencapai tahap komersial dan berdaya

saing, LPP meneruskan pelaksanaan pendekatan seperti

berikut:

(i) Projek Perdana Pertubuhan Peladang

Lembaga Pertubuhan Peladang meneruskan

pelaksanaan Projek Perdana iaitu projek utama

Pertubuhan Peladang (PP) yang diiktiraf untuk

dijadikan sebagai model dalam konteks membawa

transformasi pertanian kepada peladang-

peladang. Berasaskan kepada lima kumpulan

komoditi yang menjadi fokus Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu padi, sayur-

sayuran, buah-buahan, ternakan dan ternakair,

LPP telah berjaya mewujudkan 48 buah Projek

Perdana dalam tahun 2001. Pada Tahun 2005

jumlah hasil daripada 48 buah Projek Perdana

tersebut adalah bernilai RM72,720,827 yang

melibatkan 1,923 peserta dalam komoditi padi,

184 orang komoditi sayur, 35 peserta ternakair,

22 peserta ternakan dan 78 peserta pemprosesan

makanan.

PROGRAM PEMBANGUNAN PROJEK PADI 10 METRIK TAN

Program pembangunan projek padi ke arah 10 metrik

tan/hektar adalah bertujuan meningkatkan purata

hasil pengeluaran padi di seluruh negara. Pelaksanaan

projek ini memerlukan tambahan input pertanian untuk

meninggikan hasil pengeluarannya dan penggunaan

input tambahan dibuat dengan teratur berasaskan

penanaman persis yang mengutamakan keseimbangan

nutrien. Pada tahun 2005, sebanyak 33 buah PPK terlibat

dalam projek ini melibatkan seramai 2,781 peladang

dengan jumlah keluasan tanaman seluas 2,680 hektar

dan kawasan bertanam adalah 5,360 hektar. Pada

keseluruhannya purata hasil pengeluaran padi untuk

musim pertama tahun 2005 adalah 4.5 metrik tan

sehektar iaitu peningkatan 25 peratus berbanding

30Laporan Tahunan 2005

(ii) Pe n d e k a t a n M i n i s t r y O f Ag r i c u l t u r e

Incorporated (MOA Inc.)

Pelaksanaan projek di bawah pendekatan

MOA Inc. merupakan pelaksanaan projek yang

melibatkan kerjasama antara beberapa jabatan

dan agensi di bawah Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani bertujuan meningkatkan

pengeluaran makanan dan pendapatan ahli

peladang. Sebagai permulaan, Projek MOA Inc. Sik,

Kedah telah diwujudkan selain daripada 48 buah

Projek Perdana dimana LPP adalah sebagai Lead

Agency. Projek-projek yang berjaya dimajukan

sehingga tahun 2005 oleh pelbagai jabatan di

bawah pendekatan MOA Inc. Sik adalah seperti di

Jadual 9. Projek MOA Inc. Sik, Kedah ini dijangka

dapat meningkatkan pendapatan peserta secara

langsung daripada kurang dari RM500 kepada

melebihi RM1500 sebulan.

Bil. Jabatan/Agensi Projek Saiz

1. LPP Tanaman 33,000 beg/ cili secara pusingan fertigasi

2. Jabatan Pertanian Tanaman 34 hektar mangga 3. Jabatan Perikanan Ternakan 39 kolam udang galah

4. Jabatan Ternakan 50,000 ekor/ Perkhidmatan ayam daging pusingan Haiwan secara tertutup

5. FAMA Pusat 1 unit pengumpulan hasil ladang

6. Jabatan Pengairan Infrastruktur 35.82 hektar dan Saliran ladang

Jadual 9 : Projek MoA Inc. Sik Kedah

(iii) Projek Pembangunan Zon Pengeluaran

Makanan (ZPM)

Seluas 3,234 hektar tanah telah diluluskan oleh

Kerajaan Negeri Johor untuk dibangunkan

sebagai Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) bagi

tanaman buah-buahan melalui konsortium

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), ahli-ahli

PPK dan syarikat swasta dengan tanaman buah-

buahan terpilih secara komersial. Daripada

keluasan tersebut, hanya 2,234.9 hektar sahaja

sesuai ditanam dengan buah-buahan seperti

pulasan, rambutan, pisang, nanas dan nangka.

Seluas 793 hektar telah dibangunkan sehingga

tahun 2005 yang melibatkan 28 buah PPK dan

sebuah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).

(iv) Usahasama dengan Syarikat-syarikat Swasta/

Kerajaan

Bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan

pengeluaran, PP digalakkan mengadakan

usahasama pintar dengan syarikat swasta. Ini

memandangkan syarikat-syarikat berkenaan akan

membawa teknologi, luang-luang pemasaran,

pengurusan yang cekap dan berkualiti serta

pembiayaan dalam membangunkan projek baru.

Sebanyak 72 buah PP telah berjaya melaksanakan

usahasama projek dengan syarikat swasta dalam

pelbagai bidang pertanian.

31 Lembaga Per tubuhan Peladang

(v) Pembangunan Projek Padi Ke Arah 10 Tan

Metrik/ Hektar

Program pembangunan projek padi ke arah

10 metrik tan/hektar adalah bertujuan untuk

meningkatkan purata hasil pengeluaran padi

peladang-peladang di seluruh negara. Tumpuan

LPP pada tahun 2005 adalah kepada projek-projek

tanaman padi di 11 buah Projek Perdana yang

melibatkan keluasan 1,708 hektar dengan 1,057

peserta. Pelaksanaan projek ini memerlukan

tambahan input pertanian untuk meningkatkan

hasil pengeluarannya. Pada tahun 2005 seramai 58

peserta berjaya mendapat hasil melebihi purata

5.5 metrik tan/hektar daripada 11 buah Projek

Perdana tersebut.

(vii) Program Pemindahan Teknologi (TOT)

Bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan

pengeluaran yang mampu untuk berdaya saing,

industri pengeluaran bahan makanan perlu

dipermodenkan dengan menggunakan teknologi

terkini dan menekankan amalan-amalan pertanian

mesra alam, menghasilkan pengeluaran makanan

yang berkualiti dan selamat untuk digunakan.

Selaras dengan keperluan pemindahan teknologi

ini, LPP bersama Institut Penyelidikan dan

Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan

Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan

Jabatan Perikanan telah mengenalpasti jenis

teknologi, kumpulan sasar, kaedah TOT serta

aktiviti TOT yang dilaksanakan bagi komoditi

padi, sayur-sayuran, ternakan, ternakair dan buah-

buahan. (vi) Aktiviti-aktiviti Nilai Ditambah Bagi Produk

Pertanian

LPP memberi penekanan kepada penglibatan PP

dalam aktiviti-aktiviti nilai ditambah bagi produk-

produk yang dihasilkan. Sehingga Disember 2005,

sebanyak 42 buah PP telah menjalankan aktiviti

pemprosesan yang melibatkan 1,136 pekerja dan

memberi faedah kepada 25,000 orang peladang

bagi komoditi padi, sayur-sayuran, buah-buahan,

ternakan dan sawit bernilai RM330,493,781.

PENERAPANKUALITI

34Laporan Tahunan 2005

35 Lembaga Per tubuhan Peladang

PENERAPAN KUALITI

Komitmen LPP ke arah Pengurusan Berkualiti Secara

Menyeluruh (TQM) dalam perkhidmatan awam telah

menjangkau sedekad. Sepanjang tempoh tersebut,

budaya kecemerlangan kerja telah dapat diterap dan

dihayati serta menjadi amalan di LPP dalam usaha

menggerakkan budaya kualiti dalam organisasi. LPP

telah memperkenalkan dan membudayakan konsep

Knowledge Based dan konsep Learning Organization

dalam usaha-usaha melahirkan anggota-anggota yang

berkualiti serta memiliki sifat Professional Competency

dalam usaha peningkatan dan kecemerlangan

organisasi.

PELAKSANAAN MS ISO 9001 : 2000

Bahagian Audit Pertubuhan Ibu Pejabat LPP dan

Cawangan Audit LPP Negeri Kedah telah mendapat

pengiktirafan Persijilan MS ISO 9001 : 2000 di bawah

skop Pendaftaran Khidmat Audit Berkanun Ke Atas

PP dan Koperasi Berasaskan Pertanian. Manakala

Pertubuhan-pertubuhan berikut telah mendapat

pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2000 :

❑ Pertubuhan Peladang Kawasan Pasir Panjang,

Selangor di bawah skop Pengurusan Pemasaran

Padi Pukal.

❑ Pertubuhan Peladang Kawasan Kubur Panjang,

Kedah di bawah skop Pengurusan Mini Estet Padi.

❑ Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet,

Pulau Pinang di bawah skop Pengurusan Mini

Estet Padi.

❑ Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu, Kedah

di bawah skop Pengurusan Pengedaran Beras.

ANUGERAH KUALITI LPP 2005

Sempena Sambutan Hari Kualiti LPP Tahun 2005,

beberapa pertandingan Anugerah Kualiti LPP dijalankan

dengan tujuan memberi pengiktirafan kepada usaha-

usaha yang dijalankan oleh anggota LPP samada di Ibu

Pejabat, Negeri dan PP. Pemenang-pemenang anugerah

tersebut ialah:

(i) Anugerah Pengurusan Projek Terbaik

35 Lembaga Per tubuhan Peladang

Bil. Kategori Pemenang

1. Tanaman Padi PPK Seberang Perak, Perak

2. Buah-buahan PPN Johor, Johor

3. Ternakan PPK Pengerang, Johor

4. Ternakair PPN Pulau Pinang

5. Sayur-sayuran PPK Cameron Highlands, Pahang

Jadual 10 : Anugerah Pengurusan Projek Terbaik

(ii) Anugerah Pengurusan PP/Institut Pengurusan

Peladang Bersih dan Indah.

- PPK Tuaran, Sabah.

(iii) Anugerah Pengurusan Sistem Kerja Terbaik

Pertubuhan Peladang.

- PPK Kerandang, Terengganu.

(iv) Anugerah Pertubuhan Peladang Menyelaras

Sepuluh Perkhidmatan untuk Peladang.

- PPK Bukit Awang, Kelantan.

(v) Pengurusan LPP Negeri Terbaik.

- LPP Pulau Pinang

(vi) Anugerah Input Pertanian Bersepadu PP Jaya

2005

- Kategori PPN : KPT Peladang, Terengganu

- Kategori PPK : Kota Tinggi, Johor

(vii) Anugerah Pengurusan Unit Peladang Terbaik.

- Unit Peladang Padang Melangit, Perlis

36Laporan Tahunan 2005

KONVENSYEN KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) adalah

sekumpulan kecil pekerja-pekerja iaitu enam hingga

sepuluh orang daripada unit kerja yang sama yang

bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti,

memilih dan menganalisis masalah-masalah yang

berkaitan dengan kerja. Kumpulan ini mengemukakan

cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak

pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan.

Seterusnya, melaksanakan keputusan yang telah

dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja peringkat

Ibu Pejabat dan Peringkat Kebangsaan telah diadakan

pada tahun 2005. Pertandingan Konvensyen KMK

Peringkat Kebangsaan telah dimenangi oleh PP berikut :

Bil Kedudukan Tempat Pertubuhan Peladang

1. Tempat Pertama PPK Gunung Semanggol, Perak.

2. Tempat Kedua PPK Parit Raja, Johor.

3. Tempat Ketiga PPN Pahang.

Jadual 11 : Pertandingan Konvensyen KMK Peringkat Kebangsaan