latihan11

4
LATIHAN11 1. Berikan konsep bagi disiplin berikut: - Psikologi Psikologi merupakan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Psikologi berguna dalam bidang linguistik kerana berkaitan dengan otak manusia yang beroperasi pada aras yang simbolik. Pelbagai subbidang yang berkaitan dengan psikologi. Antaranya termasuklah psikologi biologikal, psikologi kognitif, psikologi kaunseling, psikologi klinikal dan psikologi pendidikan. - Linguistik Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Terdapat pelbagai istilah yang berhubung kait dengan linguistik seperti linguistik am, linguistik deskriptif, linguistik bandingan, linguistic sejarawi dan linguistik asal-usul. Mengetahui bahasa bermakna mengenal pasti bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa sendiri dan bunyi mana yang merupakan bunyi bahasa yang lain.Linguistik mengkaji bentuk asas dan pola ayat yang diujarkan. Ia terbahagi kepada fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. - Psikolinguistik Psikolinguistik juga dikenali sebagai psikologi bahasa, iaitu gabungan usaha ahli linguistik dan psikologi. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi dan kanak-kanak memperoleh dan mempelajari bahasa. Pembedahan otak pernah dilakukan oleh ahli psikolinguistik danpsikologi bagi menyelidiki cara bahasa bertindak di dalam otak.

Upload: roslan-zakaria

Post on 04-Aug-2015

135 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan11

LATIHAN111. Berikan konsep bagi disiplin berikut:- PsikologiPsikologi merupakan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Psikologi berguna dalam bidang linguistik kerana berkaitan dengan otak manusia yang beroperasi pada aras yang simbolik. Pelbagai subbidang yang berkaitan dengan psikologi. Antaranya termasuklah psikologi biologikal, psikologi kognitif, psikologi kaunseling, psikologi klinikal dan psikologi pendidikan.

- LinguistikLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Terdapat pelbagai istilah yang berhubung kait dengan linguistik seperti linguistik am, linguistik deskriptif, linguistik bandingan, linguistic sejarawi dan linguistik asal-usul. Mengetahui bahasa bermakna mengenal pasti bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa sendiri dan bunyi mana yang merupakan bunyi bahasa yang lain.Linguistik mengkaji bentuk asas dan pola ayat yang diujarkan. Ia terbahagi kepada fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

- PsikolinguistikPsikolinguistik juga dikenali sebagai psikologi bahasa, iaitu gabungan usaha ahli linguistik dan psikologi. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi dan kanak-kanak memperoleh dan mempelajari bahasa. Pembedahan otak pernah dilakukan oleh ahli psikolinguistik danpsikologi bagi menyelidiki cara bahasa bertindak di dalam otak.

2. Dari segi pemerolehan bahasa, persoalan yang ditanyakan ialah:- Bagaimanakah bayi dan kanak-kanak menguasai bahasa?Pemerolehan bahasa merupakan proses yang membolehkan manusia menguasai dan membina bahasa. Kanak-kanak lebih mudah memperoleh bahasa pertama jika dibandingkan dengan orang dewasa yang mempelajari bahasa kedua.

Page 2: Latihan11

- Bagaimanakah dengan kanak-kanak yang tidak mampu mempelajari bahasa dengan betul?Pendengar, setelah mendengar satu penyataan yang dikatakan oleh penutur, sekarang mesti mendapat balik makna. Kerana seorang penutur yang fasih sesuatu bahasa ini mungkin kelihatan sebagai tugas yang remeh. Bagi memahami ayat bahasa asli kita. Satu masalah yang serius dengan pandangan ini ialah dalam pertuturan sebenar, ayat adalah, secara fizikal, satu aliran bunyi yang berterusan, yang tidak dipecah-pecahkan menjadi unit perasingan yang disebut kata.Keupayaan pertuturan ialah penunjuk sebanyak mana maklumat yang dapat diperoleh tentang bunyi bahasa ujaran tersebut, berdasarkan semata-mata pada gelombong bunyi. Dalam kebanyakan hal maklumat berkenaan aspek-aspek intonasi dan sempadan kata atau frasa. Tugas keupayaan analisis sintaksis untuk mengenal pasti kata-kata yang berkaitan dan menghubungkannya mengikut sintaksis. Tugas keupayaan interpretasi semantik untuk menghasilkan satu perlambangan makna ayat. Proses dari kata kepada ayat dan dari ayat kepada makna sebaik mungkin, perlu diketahui. Jika kita hendak memahami apa yang ingin dinyatakan oleh penutur, kita mesti memahami ayat yang dilafazkannya, dan untuk melakukan ini kita mesti mengenali kata yang membentuk ayatayat tersebut. Leksikon mental nampaknya sedikit sebanyak diatur oleh bunyi – seperti juga kebanyakan kamus biasa disusun mengikut abjad (Fay dan Cutler 1977).

Kedua, capaian leksikal juga nampaknya peka terhadap beberapa kerap seseorang telah mendengar kata itu (Forster dan Chambers 1973), atau beberapa lamakah seseorang itu mendengar kata (Scarborough, Cortese, dan Scarborough 1977). Jika kata yang sering atau kata baru boleh dicapai dengan lebih mudah, maka kemungkinannya ia lebih bagi sesuatu kata itu untuk wujud dalam pengalaman seseorang, dan adalah lebih mudah kata itu dicapai. Ini adalah kesan kekerapan (kekinian). Ketiga, pelbagai jenis konteks sebelumnya boleh mempengaruhi dengan baik kelajuan dan ketepatan capaian leksikal (petunjuk). Kata-kata yang diulang memberikan petunjuk kepada kata itu sendiri, doktor memberikan petunjuk kepada jururawat, banjo memberikan petunjuk kepada harp, dan rasuah juga memberikan petunjuk kepada kaum (petunjuk ortografi) (Meyar dan Schvaneveldt 1971).

Page 3: Latihan11

Keempat pula, ianya merupakan satu kesan sampingan capaian leksikal melibatkan kesan keunggulan kata: huruf dikenali lebih cepat dan secara tepat dalam konteks kata-kata daripada kata--Bolehkah penyelidikan dalam bidang psikolinguistik menghasilkan terapi tentang pembelajaran dan pengusaan bahasa?Psikolinguistik bersifat antara disiplin, melibatkan ilmu psikologi, sanis kognitif dan linguistik. Kajian ini melibatkan pengecaman kata, pemahaman, pemerolehan bahasa dan proses yang terlibat dalam penguasaan bahasa.

-Benarkah pendapat yang mengatakan semakin banyak bahasa yang diketahui oleh seseorang itu, semakin mudah orang itu dapat mempelajari bahasa yang baharu?

3. Bincangkan jawapan kepada persoalan tersebut dengan mengemukakan bukti yang jelas dan contoh bagi menyokong pendapat anda.

4. Pendapat umum mengatakan orang dewasa lebih sukar mempelajari bahasa kedua berbanding dengan kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama mereka. Demikian juga kanak-kanak dwibahasa berupaya untuk mempelajari kedua-dua bahasa itu dengan mudah berbanding dengan orang dewasa.Berdasarkan pernyataan di atas, hujahkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak dengan pemerolehan bahasa kedua oleh orang dewasa.