latihan tatabahasa (upsr)

12

Click here to load reader

Upload: helenny-gani

Post on 16-Apr-2015

122 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan tatabahasa (UPSR)

KATA GANDA

1 Edy berjalan ______________kerana kakinya luka terpijak kaca. A tergopoh-gapah C terhuyung-hayang B terhincut-hincut D terkial-kial

2 Hari itu hujan lebat dan kilat ________________. A sabung-menyabung C berdentam-dentum B sambar-menyambar D bersabung-sabung

3 Perarakan ______________ sempena Hari Tentera Darat itu diadakan di Dataran Merdeka. A askar-askar C kapal-kapal B kereta-kereta D panji-panji

4 ____________ peranginan di negara kita dilengkapi kemudahan moden. A Bot-bot C Pulau-pulau B Jeti-jeti D Bas-bas

5 Tiang rumah usang itu reput dimakan _____________. A anai-anai C kuda-kuda B orang-orang D tupai-tupai

6 Keadaan di kawasan itu menjadi _______________ apabila dentuman kuat kedengaran. A kusut-masai C serbah-serbih B kacau-bilau D hingar-bingar

7 _________________ adik berdarah kerana tertusuk tulang ikan. A Bebola C Lelangit B Sesungut D Kekisi

8 Masyarakat Melayu banyak menggunakan ___________________ dalam masakan tradisional. A lauk-pauk C kuih-muih B rempah-ratus D beras-petas

9 Jantungnya ________________ kerana terperanjat melihat kejadian itu. A kembang-kempis C berdegup-degap B turun-naik D berdenyut-denyut

10 Mulut tuk dukun itu _________________ membaca jampi serapah. A kumat-kamit C calar-balar B karut-marut D bolak-balik

11 Badan Zamri __________________ setelah dia terjatuh dari basikalnya. A calar-balar C kusut-masai B koyak-rabak D bolak-balik

1

Page 2: Latihan tatabahasa (UPSR)

12 Bunyi siren kecemasan menyebabkan suasana ________________ di dalam bangunan yang tinggi itu. A huru-hara C gelap-gelita B dentam-dentum D kelam-kabut

13 Badan Marzuki merah-merah kerana digigit oleh ________________.

A pepijat C jejentik B kekuda D tetupai

14 Petinju itu terjatuh setelah terkena tumbukan yang ______________ daripada lawannya. A berpadu-padu C berpusing-pusing B berasak-asak D bertubi-tubi

15 Rajendran tidak dapat ke mana-mana kerana hujan _______________. A berterus-terus C melimpah-limpah B mencurah-curah D berkali-kali

16 Farhana masih _______________ akan peristiwa pahit yang telah menimpa dirinya. A ternampak-nampak C teringat-ingat B terbawa-bawa D terlupa-lupa

17 Akhil telah memberi penerangan ________________ kepada penduduk kampong tentang projek pembangunan yang dilaksanakan. A sefaham-fahamnya C sejelas-jelasnya B seelok-eloknya D seterang-terangnya

18 Kakak bercakap dengan _________________ supaya tidak menyinggung perasaan jiran. A bersungguh-sungguh C perlahan-lahan B berbisik-bisik D berhati-hati

19 Tian How ______________ ke sekolah kerana dia terlewat bangun dari tidur. A tergesa-gesa C terlari-lari B terputang-pating D termengah-mengah

20 Suasana _________________ di dalam kelas itu bermula sebaik sahaja Cikgu Shahrul keluar. A huru-hara C kacau-bilau B hiruk-pikuk D kucar-kacir

2

Page 3: Latihan tatabahasa (UPSR)

PENJODOH BILANGAN21 Encik Lee membeli se _______________ bunga untuk diletakkan pada Tugu Negara sempena Hari Pahlawan. A jambangan C pasu B jambak D untai

22 Pentas Dewan Hang Tuah menjadi berseri apabila dipasang dengan se _____________ tirai yang diimport dari luar negara. A bidang C labuh B kajang D kaki

23 Beberapa _______________ daging manusia dijumpai oleh pasukan penyelamat di kawasan nahas pesawat itu. A potong C hiris B carik D kerat

24 Ibu memasukkan se ____________ asam gelugur dan se ____________ serbuk kunyit ke dalam gulai ikan. A ketul ………………….cubit C ulas …………….. senduk B keping ……………… sudu D gumpal ………… bungkus

25 Saya telah dihidangkan dengan se ___________ lemang dan se _____________ kopi. A keping …………….. teko C batang ………….. cangkir B jemput …………….. teko D potong …………. cangkir

26 Indonesia terdiri daripada ______________ pulau kecil. A kumpulan C gugusan B kelompok D deretan

27 ______________ gajah liar telah memusnahkan kebun pisang penduduk di Kampung Seberang. A Sekawan C Sekumpulan B Sepasukan D Segerombolan

28 Emak menghidangkan lima ______________ nangka di dalam piring. A biji C ketul B buah D ulas

29 Tangan kanan Pak Ali memegang kuku kambing sementara tangan kirinya memegang ___________ anak padi. A seikat C seberkas B segugus D segemal

3

Page 4: Latihan tatabahasa (UPSR)

30 Puan Kasmawati telah menggunakan ___________ benang berwarna kuning untuk menjahit _____________ baju kurung anaknya. A segulung … sepersalinan C sebuku … sepasang B selembar … sepasang D seurat … sehelai

31 Di gerai Pak Tam yang terletak di tepi jalan itu kelihatan beberapa _______________ buah durian yang hendak dijual kepada pelanggan. A rumpun C biji B longgok D tangkai

32 Kakak Shima menggunakan ______________ benang dan ______________ jarum untuk menampal baju ayah yang terkoyak. A seurat … sepucuk C sebuku … sebatang B secebis … sebilah D selembar … sepucuk

33 Encik Suffian menghadiahkan se ____________ rantai emas kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. A ulas C ruas B utas D pucuk

34 Peladang itu mengait beberapa ________________ kelapa sawit di ladangnya. A biji C butir B sikat D tandan

35 Encik Musa sedang menajamkan se _____________ pisau sebelum menyembelih seekor ayam. A bilah C batang B bentuk D buah

36 Siew Lan menyapu sampah di halaman rumah dengan _______________ penyapu lidi. A sebilah C seberkas B sebatang D sebungkus

37 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ______________ asam gelugur dan beberapa _____________ bawang putih. A sepotong … biji C seketul … biji B sehiris … ulas D sekeping … ulas

38 Beberapa ______________ jalan raya dan buah ___________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat. A jalur … pintu C batang … deret B kaki … baris D baris … buah

4

Page 5: Latihan tatabahasa (UPSR)

39 Nenek hanya sempat menjamah se _____________ pulut dan memakan se ___________ sirih sebelum turun ke kebun. A gumpal … berkas C genggam … tampuk B jemput … kapur D suap … kacip

40 Puan Amimah hanya memerlukan _______________ kain dan _____________ benang untuk menampung kain yang koyak itu. A sekeping … sehelai C secarik … sebuku B sehelai … segulung D secebis … selembar

AYAT SAMA MAKSUD

41 Industri pelancongan di negara kita memerlukan sokongan rakyat. A Rakyat digesa supaya menyokong industri pelancongan di negara kita. B Negara kita perlu menggesa rakyat agar menyokong industri pelancongan. C Industri pelancongan sentiasa mendapat sokongan rakyat negara kita. D Rakyat perlu memberikan sokongan kepada industri pelancongan di negara kita.

42 Selepas menggosok kerusi itu dengan kertas pasir, ayah menyapunya dengan varnish. A Kertas pasir itu digosok oleh ayah pada kerusi yang disapu varnish. B Kerusi itu perlu disapu dengan varnish sebelum digosok dengan kertas pasir ayah. C Ayah menyapu kertas pasir pada kerusi yang digosoknya dengan varnish. D Ayah menyapu varnish pada kerusi yang telah digosoknya dengan kertas pasir itu.

43 Suhu di bumi akan meningkat sebagai akibat penipisan lapisan ozon. A Penipisan ozon mengakibatkan bumi kehilangan suhu. B Penipisan suhu di bumi disebabkan oleh peningkatan lapisan ozon. C Lapisan ozon penting untuk meningkatkan suhu bumi. D Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan suhu di bumi bertambah.

44 Dalam mesyuarat itu dia mengemukakan buah fikiran yang bernas. A Buah fikiran yang bernas dikemukakan dalam mesyuarat itu. B Buah fikirannya yang bernas diperlukan dalam mesyuarat itu. C Dia menyatakan bahawa ideanya dalam mesyuarat itu bernas. D Idea yang diberikan kepadanya dalam mesyuarat itu bernas.

45 Baju yang sudah dicuci itu dijemur oleh kakak di ampaian. A Kakak mencuci baju itu sambil menjemurnya di ampaian. B Kakak sudah mencuci baju di ampaian yang dijemurnya. C Baju di ampaian yang dicuci itu dijemur oleh kakak. D kakak menjemur baju yang sudah dicuci itu di ampaian.

5

Page 6: Latihan tatabahasa (UPSR)

46 Aizat melukis gambar rama-rama yang berwarna-warni. A Gambar rama-rama Aizat dilukis dengan berwarna-warni. B Gambar rama-rama yang berwarna-warni dilukis oleh Aizat. C Gambar rama-rama dan Aizat yang berwarna-warni dilukisnya. D Gambar rama-rama Aizat yang berwarna-warni dilukis.

47 Syarikat itu telah diswastakan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya. A Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat itu, kerajaan telah menswastakan syarikat tersebut. B Mutu perkhidmatan syarikat yang diswastakan oleh kerajaan itu meningkat. C Kerajaan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat yang diswastakan itu. D Syarikat itu meminta kerajaan menswastakan syarikatnya dalam usaha untuk meningkatkan mutu.

48 “Yang memakai baju berwarna kuning itu kakak saya, manakala yang memakai baju yang berwarna biru itu ialah adik saya,”kata Zaki. A Adik beradik Zaki memakai pakaian yang berwarna-warni. B Zaki menyatakan bahawa baju adik saya berwarna kuning tetapi baju abang saya berwarna biru. C Zaki memperkenalkan baju berwarna kuning dan biru yang dipakai oleh adik dan abangnya. D Menurut Zaki, abangnya berbaju kuning, manakala adiknya berbaju biru.

49 Hari kokurikulum anjuran pihak PIBG sekolah saya mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa. A Ibu bapa menyambut baik usaha pihak PIBG menganjurkan Hari Kokurikulum sekolah saya. B sambutan hangat diberikan oleh ibu bapa terhadap Hari Kokurikulum anjuran pihak PIBG sekolah saya. C Pihak PIBG mengalu-alukan sambutan hangat para ibu bapa terhadap Hari Kantin yang dianjurkan. D Pihak PIBG menganjurkan Hari Kokurikulum kerana mendapat sokongan daripada bu bapa.

50 Kathy merajuk kerana tidak dipedulikan oleh keluarganya. A Oleh sebab Kathy merajuk, dia tidak dipedulikan oleh keluarganya. B Oleh sebab tidak dipedulikan oleh keluarganya, Kathy pun merajuk. C Oleh sebab keluarga Kathy merajuk, mereka tidak dipedulikannya. D Oleh sebab tidak dipedulikan oleh Kathy, keluarganya pun merajuk

6

Page 7: Latihan tatabahasa (UPSR)

KATA HAMPIR SAMA MAKSUD

51 Gulai kari ikan kembung itu terpaksa dibuang kerana sudah ________________. A hangit C busuk B basi D tengik

52 Badan Samad ______________ tetapi dia tidak gemuk. A lebar C longgar B luas D besar

53 Banyak binatang buas seperti harimau dan singa yang _____________ di dalam hutan. A berkeliaran C berhamburan B bertempiaran D berserakan

54 Aminah tidak mahu memakai baju yang dijahit ____________ itu. A serong C condong B senget D bengkok

55 Sebelum ditelan, makanan itu hendaklah _____________ terlebih dahulu agar mudah hadam. A digigit C digerit B dikunyah D dipagut

56 Johan yang _____________ secara tiba-tiba itu mengejutkan para hadirin di majlis itu. A terbit C wujud B muncul D timbul

57 Kakak ______________ lantai yang basah itu dengan kain buruk. A mengelap C menggilap B menggosok D menyapu

58 Encik Rashid tidak _______________ rokok kerana tabiat tersebut tidak baik untuk kesihatan. A menghisap C menghirup B menghidu D menyedut

59 Pak Salleh mengajak Dali dan Atan ke kebunnya untuk _____________ lalang. A memotong C menebas B memangkas D mengerat

60 Pasu bunga yang dibuat daripada kaca itu _____________ kerana terhentak oleh kayu. A patah C retak B hancur D belah

61 Anggota tentera itu _____________ mukanya dengan cat hitam agar tidak dikenali oleh musuh. A mencoret C melukis B menggores D mencalit

7

Page 8: Latihan tatabahasa (UPSR)

62 Bantal yang dibuat daripada kekabu lebih _______________ dan selesa. A lemau C empuk B lembik D lembut

63 Keropok lekor yang digoreng panas-panas itu _____________ dan sedap dimakan. A rapuh C retas B rangup D gembur

64 Tali buaian yang bergantungan itu ______________ apabila ditiup angin petang. A bergegar C bergoncang B berbuai D berkocak

65 “Barang-barang antik ini hendaklah _______________ selalu agar sentiasa berkilat,” Kata Zurina kepada Sajidah. A digosok C digilap B dilap D disapu

66 Nenek ____________ barang-barang itu lalu dibawa ke dapur. A mengambil C merampas B menyambar D merentap

67 Jari kelingking Puan Mariam berdarah kerana ______________ jarum semasa dia menjahit tadi. A tertikam C terjolok B tersentuh D tercucuk

68 Dia _____________ orang-orang tua yang sedang berbincang dari balik tabir sambil memasang telinga. A melihat C mengintai B menonton D meneliti

69 Milah memetik bunga ros itu lalu ___________ nya. A mengucup C menghirup B mencium D menyedut

70 Kakak ______________ timun untuk dijadikan hiasan pada hidangan itu. A menghiris C mengerat B membelah D mencincang

Selamat menjawab

Page 9: Latihan tatabahasa (UPSR)

8