latihan simpulan bahasa

3
Sila jawab soalan-soalan di bawah. Set Satu Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan. Petikan 1 Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, beliau akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut. Peribahasa: ………………………………………………………………………………………….... Petikan 2 Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan- rakan sekelasnya. Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu. Peribahasa : ……………………………………………………………………………………………

Upload: zednal-hazmi

Post on 08-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Simpulan Bahasa

Sila jawab soalan-soalan di bawah.

Set Satu

Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.

Petikan 1

Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau

di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada

tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan

Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang.

Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha

Azlan yang tidak berputus asa, beliau akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.

Peribahasa: …………………………………………………………………………………………....

Petikan 2

Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya.

Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan

yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan

rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri

daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun,

segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.

Peribahasa : ……………………………………………………………………………………………

Petikan 3

Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya

itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia

sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya

pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya

seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia

akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang

telah berlaku.

Peribahasa : ……………………………………………………………………………………………

Page 2: Latihan Simpulan Bahasa

Set Dua

Nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.

1. Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah menghiraukan kata-kata

ibunya itu.

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……

2.  Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak dilakukannya

dengan bersungguh-sungguh.

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……

3. Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan tingkah lakunya

yang buruk tidak disedarinya.

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……

4. Di sebaliknya perbuatannya berbaik-baik dengan Tuan Haji Ismail, Haikal mempunyai

tujuan yang tertentu.

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……

5. Televisyen yang cuba dibaiki oleh Syazrul bukannya bertambah elok malahan bertambah

rosak.

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……

6. Walaupun Tengku Jalil anak orang bangsawan, beliau tidak kekok bercampur gaul

dengan orang kebanyakan.

Page 3: Latihan Simpulan Bahasa

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……

7. Disebabkan segelintir penyokong pasukan bola sepak sekolah itu bertindak liar, nama

sekolah tersebut telah tercemar.

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……

8. Sally berasa tersisih dalam kumpulannya dan beranggapan bahawa sama ada dia ada

atau tiada tidak memberikan sebarang kesan.

Peribahasa :

……………………………………………………………………………………………………………

……