latihan industri: cabaran dan keperluan pihak industri dalam melestarikan program sijil fesyen dan...

6
LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI Oleh : Muhamad Syamsul B. Che Su dan Asmawati Bt. Mohd Yusop Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh,Pahang Abstrak Premis perbincangan penulisan ini adalah mengenai kepentingan Latihan Industri kepada pelajar di Kolej Komuniti dalam bidang Fesyen dan Pakaian. Selain itu, ianya juga adalah mengenai keperluan-keperluan pihak industri dalam memperoleh modal insan untuk pasaran pekerjaan disamping cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh para pensyarah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. PENGENALAN Latihan Industri merupakan satu modul penting di dalam kurikulum pengajian di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Secara amnya tujuan modul ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya daripada aspek aplikasi pengetahuan yang dipelajari di kolej, perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan keselamatan di tempat kerja. Pelaksanaan modul ini memerlukan pelajar ditempatkan di syarikat atau jabatan kerajaan yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (22 minggu). Pelajar perlu lulus modul Latihan Industri ini sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar semasa mereka belajar sama ada

Upload: upenkktm

Post on 14-Aug-2015

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Latihan Industri akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia sebenar alam pekerjaan di samping memperoleh kemahiran teknikal dan bukan teknikal semasa berada di industri.

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM

MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

Oleh :

Muhamad Syamsul B. Che Su dan Asmawati Bt. Mohd Yusop

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh,Pahang

Abstrak

Premis perbincangan penulisan ini adalah mengenai kepentingan Latihan Industri kepada

pelajar di Kolej Komuniti dalam bidang Fesyen dan Pakaian. Selain itu, ianya juga adalah

mengenai keperluan-keperluan pihak industri dalam memperoleh modal insan untuk

pasaran pekerjaan disamping cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh para pensyarah

bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

PENGENALAN

Latihan Industri merupakan satu modul

penting di dalam kurikulum pengajian di

Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia. Secara amnya tujuan

modul ini adalah untuk mendedahkan

pelajar kepada alam pekerjaan sebenar

terutamanya daripada aspek aplikasi

pengetahuan yang dipelajari di kolej,

perhubungan kemanusiaan dan etika

serta amalan keselamatan di tempat

kerja. Pelaksanaan modul ini memerlukan

pelajar ditempatkan di syarikat atau

jabatan kerajaan yang bersesuaian untuk

tempoh 1 semester (22 minggu). Pelajar

perlu lulus modul Latihan Industri ini

sebelum layak diperakukan untuk

penganugerahan Sijil Kolej Komuniti,

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah satu perkara yang

perlu diberi perhatian oleh pelajar

semasa mereka belajar sama ada

Page 2: LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

diperingkat Sijil, Diploma atau Ijazah. Ini

adalah kerana Latihan Industri akan

memberi pendedahan kepada pelajar

mengenai dunia sebenar alam pekerjaan

di samping memperoleh kemahiran

teknikal dan bukan teknikal semasa

berada di industri. Menurut Abd Hair

Awang, Azimi Hamzah,Rahmah Ismail dan

Jegak Uli (2008) dalam Rozita Ali (2010),

pelajar seharusnya diberi peluang untuk

mengambil bahagian dalam pelaksanaan

sesuatu kerja yang berkaitan dengan

bidang mereka, ini penting kerana salah

satu syarat yang diletakkan oleh syarikat

dalam membuat pemilihan pekerja ialah

kemahiran teknikal dan pengalaman kerja

dalam bidang yang berkaitan.

Hasil kajian Omar et. Al (2008),

mengenai persepsi pelajar sebelum dan

selepas menjalani Latihan Industri

menunjukkan terdapat peningkatan

persepsi pelajar selepas menjalani latihan

iaitu daripada segi sikap, komunikasi dan

tabiat kerja. Manakala 94% responden

berkeyakinan bahawa Latihan Industri

memberi faedah yang signifikan terhadap

diri mereka sendiri daripada aspek

peningkatan prospek, kelayakan dan

panduan kerjaya masa depan mereka.

Selain itu, Latihan Industri adalah

pembangunan dua hala iaitu kepada

majikan dan pelajar, di mana para pelajar

akan belajar perkara baru mana kala

majikan pula akan belajar membuat

keputusan berdasarkan logik yang

munasabah dan teratur.

PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

Program Sijil Fesyen dan Pakaian adalah

merupakan salah satu program yang

ditawarkan di Kolej Komuniti,

Kementerian Pengajian Tinggi. Secara

keseluruhan terdapat 26 buah Kolej

Komuniti telah bertindak sebagai

pelaksana untuk program ini di seluruh

Malaysia. Syarat kelayakan untuk

menyertai program Sijil Fesyen dan

Pakaian ialah calon hendaklah lulus mata

pelajaran Bahasa Melayu bagi

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM).

Secara dasarnya program ini

memberi fokus pelajar kepada kreativiti

dan teknik pembuatan pakaian. Ia juga

memberi penekanan kepada pemahaman

fabrik dan keusahawanan serta memberi

pendedahan kepada pelajar daripada

sudut pemahaman mengenai daya

intelektual dan artistik (seni) untuk

menepati kehendak bidang rekaan fesyen

Page 3: LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

dan pakaian pasaran tempatan dan

antarabangsa.

Proses pengetahuan dan

kemahiran untuk program ini terbahagi

kepada tiga bahagian. Bahagian pertama

ialah pengetahuan dan kemahiran yang di

pelajari oleh pelajar sebelum Latihan

Industri. Ia adalah mengenai ilustrasi

fesyen lakaran, pola asas pakaian,

pemilihan fabrik dan pengiraan kos.

Bahagian kedua adalah semasa Latihan

Industri, antara pengetahuan dan

kemahiran bukan teknikal yang dapat

diterapkan oleh pihak industri kepada

pelajar ialah mengenai sistem

pentadbiran/pengurusan syarikat,

komunikasi di tempat kerja serta sistem

pengoperasian di tempat kerja. Manakala

pengetahuan dan kemahiran teknikal

yang diterapkan adalah mengenai rekaan

fesyen terkini, kaedah atau teknologi

pembuatan pakaian, penghasilan koleksi

rekaan fesyen, aksesori pakaian terkini,

bidang keusahawanan dan lain-lain. Fasa

terakhir ialah, selepas Latihan Industri

(semester 4), antara pengetahuan dan

kemahiran yang akan diterapkan adalah

seni rekaan fesyen, keusahawanan dan

pertunjukkan fesyen. Antara pengetahuan

yang diterapkan kepada pelajar semasa

pelajar mengikuti pengajian ini ialah

subjek sains, matematik, agama, bahasa

inggeris dan pengajian am.

KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI FESYEN

DAN PAKAIAN

Pada 20 September 2011, Kolej

Komuniti Temerloh telah menganjurkan

Majlis Dialog Bersama Industri bagi

Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Majlis

ini telah disertai oleh 140 orang peserta

yang terdiri dari 26 buah syarikat dalam

bidang berkaitan, Pengarah Bahagian

JPKK, Kolej-kolej pelaksana serta

pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh dalam bidang Fesyen dan

Pembuatan Pakaian. Majlis Dialog

bersama industri merupakan satu

kolaborasi startegik antara Kolej

Komuniti Temerloh dan industri dalam

menjalinkan kerjasama. Selain itu,

program ini juga bertujuan untuk

memberi pendedahan mengenai peluang

kerjaya serta mendapatkan maklumbalas

industri mengenai pelajar dan bekas

pelajar dalam bidang Fesyen dan Pakaian

dari Kolej Komuniti.

Berikut adalah hasil daripada

maklumbalas dari borang soal selidik

yang telah diedarkan mengenai keperluan

Page 4: LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

pihak industri dalam bidang Fesyen dan

Pakaian:

1. Kemahiran dalam bidang

pekerjaaan; hamper keseluruhan

(46%) daripada syarikat yang

hadir memberi maklumbalas

bahawa mereka memerlukan

pekerja yang mahir. Manakala

31% syarikat memerlukan pekerja

separa mahir dan hanya 3%

syarikat memerlukan pekerja tidak

mahir.

2. Program latihan industri; pihak

industri menginginkan pelajar

lebih memberi komitmen daripada

segi ketepatan masa, kemahiran

dan sikap pelajar semasa

menjalani latihan industri.

CABARAN-CABARAN DALAM

MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL

FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ

KOMUNITI

Hasil daripada maklumbalas dan sesi

dialog bersama industri, dapat

disimpulkan cabaran-cabaran yang harus

ditempuhi oleh para pensyarah dan

pelajar dalam melestarikan program ini

adalah seperti berikut:

1. Kualiti Pelajar; pelajar Kolej

Komuniti perlu lebih komitmen

semasa menjalani latihan industri.

2. Prestasi Pelajar Latihan Industri;

masih terdapat pelajar Kolej

Komuniti berada di tahap lemah

semasa menjalani latihan industri.

3. Prestasi graduat yang bekerja di

industri; hanya 18% syarikat

memaklumkan bahawa prestasi

graduat sangat baik, 46% berada

pada tahap baik dan 36% berada

pada tahap memuaskan.

4. Tahap kompitensi pelajar Kolej

Komuniti berbanding pusat ILKA

lain; Hasil analisis menunjukkan

35% syarikat menyatakan tahap

kompitensi pelajar berada pada

tahap baik, 53% berada pada

tahap memuaskan dan 12% masih

berada pada tahap lemah.

5. Menggurangkan kadar tidak

bekerja: Hasil analisis unit

pengesanan graduan kolej

Page 5: LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

komuniti temerloh bagi tamat

pengajian Julai 2010 mendapati

kadar tidak bekerja untuk graduan

bidang fesyen dan pakaian adalah

tinggi berbanding program lain.

KESIMPULAN

Modul latihan Industri adalah

merupakan modul wajib yang perlu

diikuti oleh semua pelajar Kolej Komuniti

sebelum dianugerahkan segulung sijil.

Latihan industri bukan sahaja satu modul

yang boleh diambil mudah, tetapi ia

merupakan satu modul yang memberikan

pendedahan kepada pelajar mengenai

alam pekerjaan sebenar disamping

pengetahuan dan kemahiran yang tidak

terdapat semasa mengikuti pengajian di

Kolej Komuniti. Walaubagai manapun,

hasil maklum balas yang diterima

daripada pihak industri menunjukkan

bahawa masih terdapat pelajar kolej

komuniti yang kurang memberi

komitmen dalam menjalankan tugas

disamping kurangnya tahap Kemahiran

Insaniah. Bagi melestarikan program

fesyen dan pakaian ini, para pensyarah

dan pelajar yang terlibat haruslah

menyahut cabaran-cabaran tersebut dan

mengambil inisiatif bagi melahirkan

modal insan yang memenuhi kehendak

semasa industri.

RUJUKAN

1. Abd Hair Awang, Azimi Hamzah,

Rahmah Ismail dan Jegak Uli. 2008.

Kemahiran Bolehkerja: Keseimbangan

Antara Tuntutan Majikan dan

Penguasaan Pelatih.Universiti Putra

Malaysia dalam Rozita Ali, Norhanisha

Yusof dan Azrayhafizi Matzin .2010.

Pelajar Politeknik Kurang Diberi

Pendedahan Kepada Pembaikan,

Penyelenggaraan Dan Perlaksanaan

Sesuatu Kerja Semasa Menjalani

Latihan Industri. :Pulau Pinang:

Politeknik Balik Pulau.

2. Laporan Tahunan.2010.Unit

Penerbitan: Kolej Komuniti Temerloh

3. Laporan Majlis Dialog Bersama

Industri Bagi Program Fesyen dan

Pembuatan Pakaian. 2011. Unit

Hubungan Industri, Pengesanan

Graduan dan Alumni: Kolej Komuniti

Temerloh.

4. M.Z. Omar, Z.M.Darus, N.T. Kofli, K.

Mat, S.A. Osman, M.N.A. Rahman.

Page 6: LATIHAN INDUSTRI: CABARAN DAN KEPERLUAN PIHAK INDUSTRI DALAM MELESTARIKAN PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN DI KOLEJ KOMUNITI

2008. Manafaat Kursus Latihan

Industri Dalam Meningkatkan

Keyakinan Pelajar. Fakulti

Kejuruteraan : Universiti Kebangsaan

Malaysia

5. Prospektus Kolaborasi Strategik

Industri dan Kolej Komuniti. 2010.

Bahagian Hubungan Industri,

Pengesanan Graduan dan Alumni:

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.