laris

75
RAHSIA IDEA BISNES TERLAJAK LARIS TAHUN 2014 BAHARUDDIN MOHAMED

Upload: gerald-perez

Post on 15-Apr-2017

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laris

RAHSIA IDEA

BISNES TERLAJAK

LARIS TAHUN 2014

B A H A R U D D I N M O H A M E D

Page 2: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 2

Prakata

Tahun 2014 ramai yang mejangkakan tahun yang sangat mencabar. Tidak

kira kepada mereka yang sedang bekerja ataupun mereka yang berniaga.

Ramai yang tertanya-tanya rahsia mendapatkan pendapatan altanatif

untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Antara industri yang akan berkembang pesat pada tahun 2014 adalah

industri pengiklanan. Rata-rata peniaga dari berskala kecil hingga besar

takut prestasi jualan mereka menurun. Maka dengan itu mereka percaya

dengan pengiklanan sahajalah akan dapat meningkatkan hasil jualan

mereka. Mereka yang bermain dalam industri pengiklanan saya ingatkan,

kaut untung cepat tetapi jangan membesarkan syarikat anda kerana jika

tahun berikutnya ekonomi masih merundum maka budget pengiklanan

yang terlebih dahulu mereka ketepikan.

Jika boleh, untuk mereka yang mahu berjinak-jinak untuk mencari jalan

altanatif mendapatkan pendapatan saya syorkan buat dari yang kecil.

Terdapat 1001 cara untuk membuat bisnes dari kecil, jangan terus besar

sekali. Anda baru dalam bidang ini, mulakan dulu dengan mengumpul duit

dengan kemahiran yang anda ada. Berdekit-dekit sehingga mendapat

betul-betul idea untuk berbisnes.

Anda harus berjinak-jinak dalam bidang pemasaran. Ramai diantara kita

boleh membuat hingga kilang yang besar-besar tetapi tidak pandai

menjual. Jika anda belum ada barangan , ambil dan cari barangan untuk

anda jual dari orang lain. Saya contohkan jika dirumah anda berdekatan

dengan kilang roti atau sandwich , anda cuba memasarkan nya. Jika

Page 3: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 3

sebuah sekolah mengambil 400 keping roti bun sehari dan anda

menghantar 5 sekolah , anda akan mendapat keuntungan (0.20 X 2000 X

20 hari ) maka pendapatan bersih anda sehari adalah RM8000 sebulan

tanpa ada kilang.

Nasihat ini bukanlah boleh saya berikan semua dalam golongan yang

sama. Mungkin boleh saya berikan 1001 idea bisnes untuk dijalankan tetapi

ianya bergantung juga kepada orang yang betul, masa yang tepat dan

tempat yang baik untuk menjalankan bisnes tersebut.

Saya akan berikan 50 idea mengikut amatan saya ianya sesuai dijalankan

pada tahun 2014 dengan perancangan yang betul. Tetapi itu semua

bergantung plan strategi pemasaran yang terbaik. Ada idea yang saya

berikan untuk mereka yang belum menjalankan bisnes, juga ada saya

berikan untuk mereka yang ingin mencuba nasib dalam bisnes.

Page 4: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 4

Memulakan Bisnes Sendiri

Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Apa yang kita suka. Apa yang kita pandai. Apa yang kita tahu. Dan sudah

tentu apa yang kita suka itu mesti ada orang mahu beli dan bayar. Bukan

terus masuk projek juta-juta. Tidak perlu ada kabel. Tak perlu

menyembah, mengampu dan menaja orang politik.

Nabi Muhammad saw bermula dengan menjadi pengembala kambing

penduduk Mekah. Warren Buffett bermula dengan menjual chewing

gum dan Coca Cola.

Kita tak perlu fikir buat bisnes hebat-hebat dulu. Terus-terus ada kilang.

Terus dapat pakai kereta mewah berkilat. Terus ada pejabat mewah dan

mahal. Kita jual benda yang orang mahu dan benda tersebut selalunya

benda yang kita guna hari-hari.

The Apprentice Donald Trump bermula dengan menjual lemonade. The

Apprentice Asia bermula dengan menjual ikan, udang & sotong di pasar

basah.

Universiti mana yang wujud syllabus bisnes untuk ajar kita kalau nak mula

berniaga, mulakan dengan menjual air sirap limau ais ikat tepi di tepi pesta

sukan sekolah?

Page 5: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 5

Jangan Bekerja Kerana Duit

Jangan anda bekerja kerana duit, anda perlu bekerja kerana anda perlu

belajar sesuatu. Jika anda bekerja kerana wang, biasanya anda tidak akan

puas dengan apa yang anda dapat. Anda kurang gembira jika gaji anda

lambat sehari dan anda akan menunggu-nunggu duit yang akan diberi.

Ramai orang akan melakukan perkara yang sama. Meminta-minta dinaikan

gaji, bonus setiap bulan dan setiap tahun. Berapa banyak pun anda dapat,

ianya tidak akan cukup.

Ramai yang memilih untuk bertahan dalam kerjanya kerana takut

keselesaan yang ada sekarang terjejas, takut tak boleh bayar bil, takut

kereta ditarik, takut itu dan takut ini. Menyebabkan mereka sangat takut di

pecat atau hilang kerja, takut terpaksa bermula dari bawah semula. ramai

orang menjadi hamba duit dan marahkan majikan sendiri. Anda marah tak

majikan anda sekarang? , selalu tak menyumpah dan mengata majikan

anda, semua nya majikan tak betul....moganya tidak.

Sedar atau tidak sebenarnya lama kelamaan anda bekerja kuat dan kuat

untuk orang lain. Anda bekerja untuk kerajaan, anda bekerja untuk bayar

hutang bank dan anda bekerja untuk majikan anda untuk anda mendapat

lebih wang. Anda tidak bekerja untuk diri anda sendiri.

Putaran itu semakin ketat dan anda semakin takut dan tamak. Gaji anda

dipotong setiap bulan untuk cukai, anda membeli itu dan ini dipotong cukai

atau dikenakan faedah...salah-salah cukai dan faedah juga bunga bank itu

tetap berjalan walaupun anda telah meninggal dunia. Anda sudah faham

sekarang?

Jadi, sekarang anak-anak muda sekelian bekerjalah. Tetapi anda bekerja

untuk diri anda sendiri. Carilah sebanyak mungkin ilmu untuk kehidupan

dan lebih penting anda bekerja untuk belajar. Anda perlu belajar dari

Page 6: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 6

sekarang bagaimana "duit boleh bekerja untuk anda" dan bukan lagi

bekerja untuk mendapat duit. Anda tidak akan lepas dari berharap dan

susah hati

Mengapa tidak bermula

Malam ni tak boleh tidur, dilelapkan mata ... dikejamkan mata...tak juga

tidur.Saya banyak dapat SMS dan masej dari pelbagai pihak tentang mahu

memulakan bisnes mereka.

soalan mereka kenapa mereka tidak boleh bermula sedangkan....

- dah baca buku motivasi bisnes yang banyak, dah baca dua tiga kali dah.

- dah pergi seminar semua usahawan yang buat, siap nanggis - nanggis

lagi bila dalam seminar.

Page 7: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 7

tapi tak tahu

- nak berniaga apa?

- nak berniaga kat mana?

- macam mana nak mula?

- dan paling masalah nya tak ada modal.

ada tak yang jadi macam keadaan diatas ni...

soalan pertama : nak bernaiga apa?

“Jual lah apa sahaja, asal barang boleh dipakai orang...barang

boleh dimakan orang pasti laku dengan cara yang betul. Di

Malaysia senang jual barang..”

soalan kedua.

nak jual kat mana?

“ buatlah dari yang kecil, jual lah dimana -mana asal laku. betul

ni....asal jangan ada malu. kat mana ada orang berkumpul kat situ

banyak duit..jual je lah”

Page 8: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 8

macam mana nak mula?

“Kalau lambat bertindak maka lambatlah result nya. mulakan

sekarang. buatlah dengan apa yang ada ditangan.”

modal ?

“gunalah duit yang ada dalam poket. memang lah berniaga

perlukan modal tapi kenapa nak memilih menggunakan modal

yang tinggi untuk memulakan bisnes pertama anda. pilihlah

bisnes yang hanya menggunakan modal yang rendah. modal

terbesar adalah idea dari anda dan jati diri yang tinggi untuk

berjaya.”

-----------

CERITA

======

di kampung saya suruh anak muda bekerja sendiri , mencipta kerja sendiri

dan menjadi bos kepada diri sendiri.

saya minta mereka tanam serai, ditanya saya "boleh untung ke dengan

menanam serai je". saya cerita kan...

Page 9: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 9

ditanya lagi "kat mana nak dapat benih", saya katakan "ambil lah dari

tanah saya"

ditanya lagi "siapa nak tolong usahakan, dimana nak dijual"

saya menyampuk , "jika begitu lebih baik saya beri sahaja duit pada awak

dan awak tak perlu buat apa-apa"

kita boleh beri alasan pada diri kita untuk tidak berjaya....

Wahai anak ku.

Berjual beli umpama menjala ke laut. Nasib baiknya ada ikan dibawa balik.

Yang pasti peluh, keringat , modal

Pasti habis ditengah jalan jika pualng tangan kosong.

Itu pun bernasib baik jika belum dipukul ombak badai.

Tetapi ke laut juga banyak rezekinya , tak terhingga banyaknya

Belajarlah dengan angin, melihat bintan dimana ada ikan. Mungkin itu rezeki kita.

Page 10: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 10

Lima perkara yang membuat anda berjaya

Lima perkara yang anda perbaiki untuk terus berjaya dalam perniagaan

1. Sikap

Sikap menentukan kejayaan kita, jika sikap kita yang selalu negatif sampai

bila pun kita tidak akan maju. buang jauh-jauh sikap negatif seperti malas,

boros, tak jujur dan sebagainya.

Page 11: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 11

2. Kepercayaan

Walaupun anda punya idea yang terbaik tetapi jika anda tidak percaya

anda boleh berjaya idea tersebut tidak akan terlaksana. kepercayaan

kepada diri anda sendiri adalah perkara terpenting membawa anda

mencapai target yang anda sasarkan.

3. Keyakinan

Setelah anda percaya dengan apa yang anda lakukan anda perlu yakin,

yakin bisnes yang anda lakukan boleh membawa anda menjadi kaya raya.

4. Keazaman

Apa sahaja rintangan dan dugaan perlulah anda tempoh, sikap negatif

orang pada anda, sikap sinis dan cabaran dalam bisnes. berazamlah untuk

anda terus berjaya.

5. Semangat

Semangat adalah suatu kuasa untuk anda bergerak kehadapan.

Page 12: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 12

Buat Duit dari bisnes on-line

Masih banyak perniagaan 'online' belum diteroka

Ramai yang bercadang mahu memulakan perniagaan secara 'online',

mungkin masih ada yang teragak-agak kerana ketidakpastian potensi

pasaran di negara ini.Atau masih dikejar kebimbangan persaingan yang

semakin ramai kerana perniagaan ini telah menjadi antara corak yang

popular kini.

Hakikatnya bagi mereka yang mahu bergelar usahawan 'online', peluang

tersebut masih luas kerana hanya 10 peratus pasaran itu diteroka setakat

ini.Ini bermakna masih ada 90 peratus pasaran untuk perniagaan 'online'

boleh dipelopori untuk mereka yang berminat.

“Daripada lima peratus ini pula tidak semuanya berjaya kerana kejayaan

bergantung kepada cara dan kreativiti pemasaran masing-masing terhadap

produk yang dijual kepada pengguna,"

KUASA FACEBOOK

Laman sosial, Facebook, misalnya adalah medium paling berkuasa setakat

ini untuk tujuan pemasaran produk kerana ia adalah laman sosial paling

ramai pengguna di dunia.

Di Malaysia, daripada 13 juta pengguna Facebook, kira-kira 25 hingga 30

peratus yakin menjadi pelanggan kepada produk dijual 'online'."Namun

jumlah ini dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa kerana rakyat

negara ini semakin yakin untuk membeli secara online."Ia juga bergantung

kepada strategi pemasaran usahawan dalam meyakinkan pengguna

bahawa pembelian mereka boleh berjalan lancar dan selamat,"katanya.

Page 13: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 13

Peniaga yang mahu memulakan perniagaan melalui 'online' perlu

mengenalpasti terlebih dahulu produk yang dijual kemudian membuka satu

akaun facebook dan mula memasarkan produk mereka.

Untuk lebih berkesan peniaga perlu membuka laman web atau blog bagi

memberi lebih maklumat mengenai produk mereka."Jangan kecewa jika

akaun gagal meraih 'like' yang tinggi kerana yang lebih penting ialah

pengguna berkeinginan membeli,"

KELEBIHAN BERNIAGA 'ONLINE'

Ada banyak kelebihan berniaga secara 'online' jika usahawan tahu cara

menggunakan teknologi yang ada dan strategi pemasaran yang

betul.Berbanding perniagaan biasa, perniagaan ini lebih menjimatkan kos

kerana peniaga tidak perlu mengeluarkan modal untuk menyewa premis

atau mengupah pekerja yang ramai."Cukup ada alatan yang sesuai, ia

boleh dijalankan dari rumah dan menjimatkan masa dan kos.

"Selain itu, usahawan boleh mengkaji pasaran terlebih dahulu sebelum

mengeluarkan modal untuk menyediakan produk, ini boleh mengelak

daripada kerugian," Di samping itu, usahawan boleh meneroka pasaran

lebih luas hanya dari hujung jari dalam masa yang singkat.

Usahawan juga tidak boleh 'lokek' mengeluarkan sedikit kos untuk tujuan

pemasaran seperti pembelian iklan secara 'online' melalui laman sosial atau

blog perniagaan mereka dan mengupah pereka untuk menjadikan laman

perniagaan mereka lebih menarik perhatian.

"Seperti juga perniagaan biasa, perniagaan 'online' tidak lari daripada risiko

seperti menjadi mangsa peniruan oleh peniaga lain."Di sini mutu serta

keistimewaan produk menjadi faktor utama di mana pengguna akan tetap

memilih produk kita di samping servis yang ditawarkan mestilah

memuaskan hati pelanggan”

Page 14: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 14

CAFÉ HOUSE

Mungkin yang pertama di daerah anda...mungkin belum ada yang terfikir

tentang perkara ini. Masalah kewangan yang meruncing dari tahun ke

tahun. ramai yang mencari jalan altanatif dalam menambahkan

pendapatan mereka.

Saya berikan idea baru kepada anda iaitu 'cafe house'. Mungkin dihujung

minggu Sabtu dan Ahad anda boleh memasak dan menawarkan pakej

masakan istimewa kepada orang ramai. Mungkin masakan anda itu special

dan perlu ditempah. Pemasaran nya melalui internet dan facebook.

Untuk permulaan mungkin sukar tetapi jika masakan anda special dan akan

bermula hebahan dari mulut ke mulut yang masakan anda sedap. Saya

sangat yakin dengan pemasaran yang betul dan konsep baru ini akan

menjadi satu cara altenatif untuk menjana pendapatan. Anda tidak perlu

membuka perniagaan dan kedai makan dengan ubahsuai yang tinggi.

Page 15: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 15

Menjadi hos perjumpaan korporat & Sosial

Kadar pengangguran di Malaysia mencatatkan lebih kurang 3% – 3.1%

pada masa kini. Dengan kadar tersebut, ruang masa yang dimiliki oleh

penduduk Malaysia agak kurang terbatas dan ramai orang mempunyai

lebihan masa yang agak ketara.

Tujuan diadakan perjumpaan tersebut adalah bagi mengumpul maklumat

individu dan ianya sebagai platform untuk orang ramai bertukar-tukar

maklumat mengenai perniagaan dan produk.

Pihak hos akan mengumpulkan data para peserta dan ianya akan dijadikan

sumber rujukan oleh pihak ketiga dengan persetujuan para peserta. Pihak

hos perjumpaan mempunyai data simpanan (database) yang boleh

digunakan sebagai produk perniagaan. Maklumat tersebut amat bernilai

harganya terutamanya di dalam pasaran terbuka pada masa sekarang.

Perkara ini adalah akan menjadi perkara terbaik untuk bisnes tahun ini.

Mereka yang mempunyai data , mereka yang akan lebih banyak duit. Jika

boleh mempunyai database yang mengikut bidang dan keperluan.

Page 16: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 16

Penyediaan Taman Asuhan Kanak-kanak

Perkembangan dunia moden menyebabkan kedua-kedua ibu dan bapa di

dalam sesebuah keluarga mempunyai karier yang tetap bagi memenuhi

tuntutan perbelanjaan keluarga.

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan didikan dan tempat jagaan

yang sesuai sementera menunggu ibu bapa mereka pulang dari pejabat

masing-masing.

Peluang untuk membuka pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak

merupakan suatu idea yang mempunyai kadar permintaan yang tinggi

pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, para usahawan perlu mempersiapkan entiti

perniagaan tersebut dengan lesen Majlis Perbandaran dari Majlis Tempatan

serta tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan di dalam bidang

pendidikan awal.

Page 17: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 17

Perkhidmatan pelupusan

Perkhidmatan pelupusan dokumen & kertas bergerak (mobile paper-

shredding service)

Perniagaan yang beroperasi pada masa sekarang menggunakan pelbagai

dokumen berbentuk fizikal walaupun penggunaan „soft-copy‟ sentiasa

digalakkan bagi tujuan merendahkan kos operasi perniagaan dan untuk

kebaikan alam sekitar.

Dokumen-dokumen yang dicetak di atas kertas apabila tidak lagi digunakan

mestilah dilupuskan secara berjadual atau teratur bagi mengekalkan

kerahsiaan dan mematuhi standard operasi perniagaan.

Ini membuka peluang kepada para usahawan yang ingin menceburi

perniagaan melupuskan dokumen bergerak. Dengan berbekalkan mesih

pelupusan (shredding-machine) dan kenderaan, usahawan tersebut bebas

untuk bergerak dari pejabat ke pejabat.

Page 18: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 18

Gerai makan atau perkhidmatan

penghantaran makanan

Cara buat duit dalam bisnes yang paling mudah adalah menyelesaikan

masalah orang lain.

Sebab manusia ini sifatnya dah terhantuk baru tengadah.

Bersenam adalah percuma. Tapi ramai yang tidak mahu bersenam semasa

sihat. Sebab itu doktor kebiasaannya adalah golongan yang kaya raya.

Manusia sanggup berhabis ribuan ringgit untuk menyelesaikan masalah

yang sedang mereka hadapi.

Cuba fikirkan apa masalah yang kita hadapi setiap hari atau setiap bulan.

Dan bayangkan kalau ada penyelesaian kepada masalah tersebut.

Contoh :

“Jauhnya nak keluar cari makan tengah hari macam ni. Tak ada ke orang

jual nasi berlauk yang dekat kawasan sini?”

“Jalan jem la waktu nak balik dari pejabat. Kesian kat anak aku selalu

sangat ambil lewat. Kalau ada orang tolong ambil kan dia dari sekolah kan

bagus.”

Page 19: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 19

“Panas-panas ni kalau ada jual cendol sedap juga.”

Mungkin dialog di atas pernah kita dengar dan mungkin pernah terkeluar

dari mulut kita. Masalah yang dihadapi oleh orang ramai sebenarnya

adalah peluang bisnes kepada kita. Fikirkan solution kepada masalah

tersebut dan pasti bisnes anda akan mendapat sambutan.

Manusia di Malaysia kuat makan. Sarapan & minum pagi. Pagi selalunya di

setiap kawasan perumahan pasti ada gerai yang menjual nasi lemak dan

kuih muih.

Makan tengah hari. Tengah hari pula orang suka cari nasi putih berlauk

dan ulam-ulaman.

Minum petang. Petang pula kebiasaannya orang cari makanan seperti

goreng pisang, cakoi, keropok lekor, laksa, dan sebagainya.

Makan malam & supper lewat malam. Makananan bergoreng, burger,

malah nasi lemak pun ada!

Page 20: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 20

Kedai dobi dengan perkhidmatan mengambil

dan menghantar

Orang sekarang sibuk 24 jam. Mesin basuh di rumah beli yang automatik

boleh muat sampai 10 kg. Tapi tak sempat juga membasuh sendiri. Ramai

memlih hantar ke dobi. Basuh, siap lipat & diseterika. Janji siap dan kemas.

Kalau servis mantap, seorang pelanggan boleh setia dengan kita sampai

bertahun-tahun. Setakat RM2.50 sekilo tak ada masalah orang nak bayar.

Page 21: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 21

Kedai alat tulis & fotostat yang dibuat

dirumah

Ada kedai fotostat yang caj 20 sen sekeping. Mahal betul. Dengan nada tak

puas hati, “Baik aku cari kedai lain, mahal cekik darah”. Setelah berpusing

10 minit kawasan berdekatan, ternyata memang tak ada kedai alat tulis

dan fotostat di kawasan tersebut. Nak pergi kedai yang 5 sen tu jauh pula.

Pergi balik sahaja dah setengah jam. Akhirnya terpaksa fotostat juga di

kedai yang mahal tadi.

Page 22: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 22

Kedai kunci di kedai kecil dan lepas bekerja

Bisnes yang yang tak popular. Tapi cuba tengok kedai kunci di kawasan

kita. Eh, rasa 10 tahun dulu kedai kunci tu juga yang berniaga kat sini.

Page 23: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 23

Kedai barangan basah khusus menjual ikan,

daging, ayam, sayur & buah

Konsep yang sama seperti kedai runcit tetapi fokus menjual barang

tertentu sahaja. Kalau jual daging misalnya, kita menyediakan pelbagai

jenis daging yang tidak dijual di tempat lain. Kalau buah sahaja, pelbagai

jenis buah.

Page 24: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 24

Pengangkutan – bas sekolah/ teksi/ transit

dengan guna kereta sendiri

Bas sekolah dan teksi memang perniagaan pengangkutan yang sentiasa

ada permintaan. Sekarang dah ada satu trend baru. Bisnes pengangkutan

ke tempat transit anak-anak.

Ambil anak-anak dari sekolah, bawa ke suatu tempat untuk mandi, solat,

makan dan kemudian dihantar semula ke sekolah agama petang. Ada juga

yang buat seperti “pemandu peribadi”. Contohnya, pemandu ini akan

hantar dan ambil anak dari sekolah, kemudian bawa balik rumah, hantar

pula ke sekolah agama, ambil dari sekolah agama untuk hantar ke rumah.

Kalau ada tuisyen, ambil dan hantar anak ini ke pusat tuisyen.

Car wash dari rumah waktu cuti

Kereta dah mahal. Takkan nak biarkan kotor? Nak basuh sendiri tidak

punya masa. Cuba perhatikan sendiri tempat basuh kereta di kawasan

perumahan kita. Kalau tiada, kitalah yang buat!

Bengkel kereta / motorsikal di rumah

Di mana ada kawasan perumahan yang besar, di situlah ada banyak kereta

& motorsikal. Bila sudah ada kenderaan, sudah pasti ada kerosakan

berlaku.

Page 25: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 25

Kelas Tuisyen

Zaman sekarang dah jadi kebiasaan ibu bapa hantar anak mereka ke pusat

tuisyen. Cikgu pun dah boleh jana pendapatan tambahan dengan mengajar

secara part tuisyen secara part time. Malah tak perlu jadi cikgu pun kalau

nak buka kelas tuisyen,

Bisnes Yang Sentiasa Ada di Kawasan Perumahan.Bisnes yang disebutkan

di atas semuanya adalah bisnes yang biasa kita nampak di kawasan

perumahan. Malah ada di antara bisnes ini tak perlu kita sewa kedai pun

untuk bermula. Kita dapat bermula di rumah. Jika kita punya banyak modal

& tidak punya masa, barangkali kita dapat menjadi pelabur kepada peniaga

yang memerlukan.

Page 26: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 26

Idea Bisnes 11 : Baju Bersaiz XXXL

Biasanya anda akan mencari jenis perniagaan yang permintaannya tinggi.

contohnya permintaan yang tinggi adalah menjual makanan dan menjual

pakaian. terfikir tak oleh anda yang musim raya ni banyak betul orang

menjual pakaian di pasar ramadhan dan di plaza, kadang-kadang kedai

baju kedai sebelah pun sama warna dan coraknya.

Perkara itu tidak salah, tetapi saya nasihatkan untuk anda cuba

memfokuskan sasaran dalam satu-satu kumpulan jika mahu kedai anda di

heru hara diserbu pelanggan. saya beri contoh. ramai orang jual baju raya

dan anda juga menjual baju raya. Anda mewujudkan pesaingan yang

sama. cuba fikirkan kelainan sikit, orang jual baju raya tapi kedai anda

akan terkenal menjual baju raya untuk orang yang berbadan besar untuk

saiz XXXXXXXXXXXXXXl pun ada . mereka yang berbadan besar selalunya

amat sukar untuk mencari baju "siap" di kedai. ya saya tahu apa yang

main difikiran anda, anda akan kata hanya 10% orang di malaysia

Page 27: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 27

berbadan besar...kan..kan.. saya tidak menafikan ianya benar. tentu anda

fikir susah nak laku ..kan..

Tetapi jika dalam teori ekonomi, sesuatu barang yang lebih dari

permintaan sedia ada biasanya akan menyebabkan harga sesuatu barang

akan rendah. kan..kan...tetapi baju orang berbadan besar ni mereka tidak

ada banyak pilihan, kalau nak beli baju hanya di kedai anda sahaja

menyebabkan mereka tidak akan berkira dengan harga..satu lagi mereka

akan membeli banyak kerana jarang mereka mendapat peluang ini untuk

membeli dikedai lain. orang berbadan besar juga mempunyai hak untuk

berpakaian cantik..

idea ini menarik, saya cuba lihat juga di dalam on-line kurang mereka yang

menjual barangan pakaian yang fokuskan kepada mereka yang berbadan

besar. semua anda boleh buat dan anda boleh buat kilang jahit

sendiri..benar ianya benar. ini adalah kerana saya berbadan besar dan

sangat sukar untuk mendapatkan baju bersaiz besar yang cantik dan

berkualiti. yang ada pun muat-muat dah macam sarung nangka. elakkan

bersaing dalam perniagaan kecuali anda benar-banar kuat...

Page 28: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 28

Idea menjual anak pokok

Saya teringat seorang peserta seminar saya setahun yang lalu. dia seorang

pencen swasta dan berpangkat. dia bersara dengan duit simpanan lebih

setengah juta. Malangnya semuanya habis dan hilang sekelip mata kurang

dari 6 bulan. perkara itu gara-gara dia mulakan perniagaan jualan

langsung(maafkan saya tidak semua MML tidak baik) yang menipu. Dia

datang kepada saya dengan penuh kekesalan dan kecewa, tidak tahu

dimana mahu bermula. lebih teruk lagi dia terasa disisih keluarga dan

rakan-rakan, mungkin itu perasaan orang yang sedang kecewa.

Saya tidak boleh memberi apa-apa nasihat kecuali bersabar dan terus

berusaha. saya minta beliau untuk lupakan masalah dia yang lama kerana

jika beliau masih teringat dengan masalah lama beliau tidak boleh bergerak

kehadapan. saya memberi beberapa idea, jika dia sudah kekeringan duit

lihatlah modal apa yang ada. Beliau berkata dia hanya ada fikiran, tenaga

dan kereta. Jadi saya minta dia membeli anak benih pokok buahan dan

Page 29: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 29

menjualnya di pekan tempat dia tinggal atau dipasar malam atau pun

dihadapan bank.

Soalan pertama beliau "mengapa anak pokok buahan".

jawapan saya :

1. pertama dia masih ada kereta untuk mengangkut

2. harga anak pokok buahan yang di beli di pemborong yang betul hanya

semurah RM3 sepokok

3. Harga pasaran adalah RM15-20 di pekan dengan benih baik

4. Dikawasan dia tinggal sekarang banyak kawasan luas dengan tanah, dan

kebetulan beribu ekar tanah perancangan dalam prosos tanaman semula

sawit. jadi tuan tanah tentu akan beli sekurangnya sepokok durian untuk

anak cucu mereka masa depan. Syarat pertama dia perlu sanggup menjaja

dan tidak perlu malu.

Beliau buat apa yang saya cadangkan, alhamdulilah beliau suka dengan

pekerjaan baru beliau dengan mendapat untung bersih RM200 sehari

dengan menjual anak pokok. saya tak tahu sekarang beliau buat apa,

tetapi yang saya pasti beliau belajar dari kegagalan dan percubaan

pertamanya.

Berniaga biar dari kecil, berkembang menjadi besar. Seni perniagaan ini

perlu dipelajari dan bukan dari buku dan kuliah semata-mata.

Page 30: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 30

Cari duit dengan part time

Ramai tanya saya :: saya nak berniaga apa ya?

saya pun kurang pasti anda boleh berniaga apa, saya sekadar boleh

menceritakan pengalaman saya.

Kalau anda masih bekerja, lepas kerja dan waktu malam anda boleh

lakukan kerja part time untuk cari duit. ambil kertas dan buatkan

rancangan perniagaan tentang idea anda, kalau boleh gunakan bisnes plan

canvas. kalau anda sudah tidak bekerja lebih baik, anda boleh beniaga dan

menjaja sepenuh masa.

Saya berikan contoh jika anda ada motor, beli tong dan letakan di belakang

motor. Beli barangan seperti martabak segera atau keropok atau kuih

karipap segera secara borong, dan upahkan orang buat atau nak lagi

untung buat sendiri. Lepas tu jual ke taman-taman berhampiran anda

Page 31: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 31

dengan menjaja. Jual kat pasar malam ke , up-town ke, jual di pejabat-

pejabat ke. Cubalah. Untung anda mesti pastikan lebihkan 30%-40%,

jangan kurang dari itu.

Saya tanyakan adik yang selalu bawa jual barang dari rumah ke rumah tu

dia dapat lebih RM500 sehari, kalau seminggu berapa untung nya kalau

sebulan tuan/puan boleh kira sendiri. Lebih 3000-4000 untung nya.

Idea lain....ok apa yang anda boleh buat lagi. potong rumput boleh tak?.

jika boleh anda ambil upah potong rumput kat taman-taman. Tentulah

kena modal sikit beli mesin rumput.

Kalau upahnya rm30 sebuah rumah / sebulan. kalau sempat 5 rumah

sehari wow banyak tu duitnya. (5 rumah x RM30 = RM150 x 20 hari /

sebulan = RM3000. itu part time je..kalau malu, malas , ingat kerja tu tak

professional...akhirnya sampai tahun depan pun tuan/ puan masih

bertanya pada diri ...."nak berniaga apa ya"

Saya cuma berikan idea je dan saya faham memang banyak masalah untuk

buat. ini sebagai contoh dan ada 1001 contoh lain jika tuan mahu saya

berikan idea..tapi untuk bermula janganlah banyak berikan alasan...dan

bertindak cepat. sekarang....

Page 32: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 32

Buat Duit Dengan Kereta Sewa

Pada tahun kedua saya di UKM, saya berpeluang menggunakan kereta

abang ipar saya sebab beliau membeli kereta baru. Pada masa itu kereta

second hand kurang harganya atau terpaksa ditambah duit ke bank jika

mahu dijual walaupun telah dibeli lebih 3 tahun. Dari menjualnya adalah

lebih baik kereta itu diberi kepada saya dan menyambung bayar ke bank

setiap bulan sebanyak RM300.00. kebetulan pada masa itu saya telahpun

menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual komputer dan

memerlukan kereta untuk memudahkan saya bergerak.

Pada mulanya hanya kawan-kawan rapat sahaja yang menyewa kereta

saya. Akhirnya, dari sebiji kereta saya membeli sebiji lagi kereta kerana

permintaan meninggkat. Kadar sewa pada masa itu adalah 100 sehari

untuk kereta iswara dan RM 80 untuk kereta kancil. Hari sabtu dan ahad

adalah hari yang sangat sibuk dan ramai yang berebut untuk menyewa

kereta. Bukan lah banyak sangat hasilnya tetapi cukuplah untuk

Page 33: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 33

menambah wang saku saya pada masa itu. Anggaran pendapatan kasar

sebuh kereta adalah antara 1000-1500 sebulan, ia belum ditolak bayaran

bulanan bank dan kerosakan yang harus kita tanggung.

Selain kereta yang boleh disewa, pada waktu semesta baru atau cuti

semesta, saya menjadikan kereta saya sebagai penggangkutan untuk ke

lapangan tarbang menghantar pelajar-pelajar pulang ke kampong

terutamanya pelajar dari sabah dan serawak atau pelajar antarabangsa.

Selain dapat membantu rakan-rakan dapat jugalah sedikit

pendapatan.Menyewakan kereta mempunyai sedikit resiko, antara

resikonya adalah kemalangan atau resiko dicuri.

Tetapi pada saya semua perniagaan punya resiko yang harus ditanggung

oleh kita Cuma yang lebih penting kebijaksanaan kita mengurangkan atau

mengecilkan resiko tadi. Pastikan kereta yang anda sewakan itu adalah

kereta anda bukan kereta pinjam dari keluarga. Anda boleh mengurangkan

resiko dengan hanya memberi sewa kepada kawan-kawan yang anda

percaya sahaja lagipun bukan lah banyak sangat kereta yang hendak

diurus sehingga 10-15 bijik, saya nasihatkan paling banyak pun 3 biji.

Kalau ada punya sedikit modal mungkin kereta itu boleh dibeli secara tunai

untuk kereta-kereta second hand.

Page 34: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 34

Buat Duit Dengan Menjaja

Mulakan usaha anda dengan perkara yang kecil tetapi berhasil. Ingat!,

anda masih seorang mahasiswa, mencari duit bukan untuk kaya tetapi

untuk selasa meneruskan kehidupan di kampus. Mungkin anda tidak

pernah terfikir yang mana menjaja makanan atau minuman ke blok-blok

asrama boleh mendapat pendapatan yang lumayan dan menguntungkan,

biar saya ceritakan.

Di Malaysia kini, biasanya barang yang berharga seringgit atau RM2 jarang

kita tawar harganya. Ini kerana disebabkan barang tersebut menjadi

barangan yang sangat murah dan ramai orang mempunyai sekurang-

kurangnya seringgit di dalam poketnya. Jika anda dapat menjaja dan

menjual nasi lemak berharga RM2 untuk 50 pelanggan sehari, anda akan

mendapat RM100.

Page 35: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 35

Saya pernah menjaja nasi lemak dan kuih dari bilik ke bilik masa saya

mahasiswa dulu. Saya tidak memasak sendiri (lelaki mana tahu memasak)

makanan yang dijual, saya hanya menempahnya dengan orang kampung

dan mengambilnya setiap petang. Seringkali nasi lemak dan diselang

selikan dengan mee hoon, kuih dan yang lain-lain. Kalau hasil jualan anda

RM100, mustahil anda tidak dapat untung RM10 dan saya pasti lebih. Anda

bayangkan berapa anda perolehi kalau anda menjual untuk sebulan. Kalau

nak banyak lagi, anda boleh masak sendiri makanan tersebut dan

menjualnya sendiri. Tetapi ingat, ambil yang paling mudah diuruskan,

jangan tamak.

Pada mulanya memanglah malas dan ada perasaan malu tetapi dah dapat

duitnya semangat saya lain macam. Setelah dikenali orang dan pelajar lain,

saya tak payah lagi mengetuk pintu setiap biilik, ramai yang telah

menempah terlebih dahulu sebelum saya menjual waktu petang. Sehingga

setelah permintaan melebihi pasaran, mereka sendiri akan mencari saya

dibilik. Selain dari nasi lemak, kadang-kadang saya bawa sekali dengan

kerepek yang di bawa dari kampung.

Saya beri anda satu rahsia dan kelebihan menjaja. Pendapatan anda setiap

hari anda boleh kumpulkan dan asingkan sedikit untuk simpanan. Apa yang

saya lakukan adalah semua duit syiling saya masukkan dalam tabung dan

saya cuba melupakannya. Suatu perkara yang tidak disangka adalah bila

akhir semesta dan dikira duitnya berates ringgit saya dapat dan boleh

digunakan pelbagai perkara yang penting. Perkara ini boleh mengalakkan

kita untuk menyimpan secara berkala.

Page 36: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 36

Industri E-Book

Mengapa saya menulis e-book

1. Saya pernah menulis e-book dan menjualnya dengan mendapat hasil jualan RM15

sehari. menulis e-book lebih mendapat keuntungan yang banyak berbanding menulis

buku. tetapi jika anda telah mahir menulis anda juga boleh menulis buku dan membuat

duit yang lebih banyak seperti sahabat-sahabat saya Sri Diah Shaharuddin, YB

Budiman Mohd Zohdi , Mba San dan Nazali Noor. kalau nak lebih kaya boleh menerbit

buku seperti puan sifu Ainon Mohd..

2. Pasaran e-book sangat luas bukan sahaja untuk dipasaran Malaysia tetapi indonesia,

brunai dan singapura. kalau bernasib baik boleh di jual ke US dan UK bila di terjemah.

3. Menulis e-book boleh membuatkan dan mendapatkan anda pasif income. hasilnya

mungkin boleh diperolehi setiap hari bukan enam bulan sekali. kalau tak caya boleh

tanya jutawan muda Raja Kamil dan Aqif Azizan yang banyak buat duit dari menulis.

Page 37: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 37

4. Boleh dijual berbentuk CD, tidak perlu di cetak dengan memerlukan kos cetakan

yang mahal. anda juga boleh mengubah cover muka depan atau isi kandungan nya jika

jualan buku anda kurang laku. jika anda nak update kandungan nya boleh beri semula

pada pembaca dan dibeikan percuma.

5. E-book di malaysia kurang saingan. masih banyak tajuk dan e-book yang boleh di

kupas. kalau e-book anda jual dengan harga RM30 sahaja , jika lakunya 1000 berapa

untung anda. tetapi jika laku 10,000 macam mana? lagi kaya kan...

6. Menulis seperti becakap dengan diri sendiri. anda akan bermotivasi setiap hari lebih

lagi skil keusahawanan kita boleh digilap. bukan sahaja ilmu menulis tetapi ilmu

pemasaran dan yang lain nya. ianya boleh juga dikira sebahagian dari perkongsian ilmu

7. Jika anda suka membantu, sebenarnya penulisan yang ikhlas boleh membantu

pembaca menyelesaikan masalah mereka dari membaca penulisan anda kerana e-

book selalunya panduan "penyelesaian masalah".

8. tak kira anda siapa, apa pekerjaan anda dan apa taraf pendidikan anda , anda

sebenarnya mempunyai pengalaman dan ilmu sendiri yang boleh di kongsi. jika anda

seorang suri rumah, mungkin anda boleh berkongsi tip dan cara memasak, jika anda

seorang ketua mungkin memberi panduan CEO dan lain-lain.

9. ilmu e-book ramai yang suka adalah kerana dia mudah di hantar melalui email.

lagipun selalunya kandungan e-book ini adalah up-to-date

10. tengoklah ...pelajar sekolah, tukang kebun, posmen, puan CEO semua sekarang ni

ada smart phone. tidak lama lagi ...kejap je lagi .... mungkin ramai yang membaca

melalui smart phone yang boleh dibawa ke mana -mana dan boleh dibaca bila-bila

masa..

Page 38: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 38

sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan tapi walau 100 alasan pun saya berikan

kalau anda tak nak buat..tak jadi juga ..kan...kan... apa komen anda dan pengalaman

anda boleh dikongsikan disini

siapa yang minat nak tahu pengalaman step by step menulis e-book dalam masa 3 hari.

saya kongsikan kat sini nanti. saya tunggu 453 like. insyaallah saya kongsikan secara

PERCUMA.

Page 39: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 39

Buat Duit Masa Bercuti

Ramai orang mahu bercuti, tetapi selalunya jika bercuti masalahnya dui habis. bagaimana agaknya anda boleh bercuti tetapi masih boleh membuat duit dari percutian anda tadi. hari ini saya kongsikan beberapa tip dan idea anda boleh membuat duit sambil bercuti. 1. menjual barangan secara on-line. selain dari facebook sebenarnya terdapat beberapa platform untuk anda menjual antaranya adalah e-bay, lelong.com atau mudah.com. anda boleh menjual barangan yang anda tidak lagi guna tetapi masih berkadaan elok. semasa percutian anda walaupun 3 minggu bercuti anda boleh melayan pelanggan atau membalas email utuk menjual. 2. buat duit dengan foto Jika anda berkemahiran dalam bidang camera dan foto, percutian anda mungkin boleh membuat duit. ada beberapa cara untuk membuat duit dengan foto yang ditulis bukunya oleh sahabat saya Mba San antaranya menjualnya di internet.

Page 40: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 40

3. Buat duit dengan menulis. Anda boleh mengabiskan masa anda dengan menulis dan menjual hasil penulisan anda memalui ebook atau novel dan paper-paper academic dan lain-lain. 4. Mengadakan latihan dan seminar Ini yang paling selalu saya lakukan, saya akan pergi ke tempat yang saya nak bercuti atas keperluan latihan dan menganjurkan seminar. saya akan mengambil separuh masa untuk bekerja dan separuh masa lagi saya akan bercuti. 5. ajarkan English / budaya Jika anda ke jepun misalnya anda boleh ambil kesempatan untuk mengajar bahasa atau budaya yang mereka mahu tahu... 6. gunakan bakat anda Jika anda berbakat anda boleh menggunakan bakat anda contohnya bermain gitar jalanan dan melukis. perkara ini bukan budaya kita tetapi sebenarnya sangat berkesan, apa nak dimalukan. 7. bekerja sambilan semasa saya di England dulu, ramai pelajar malaysia dari mesir akan ke UK bekerja sambil bercuti. mereka bekerja memetik buah apal atau stawbary. sudah mendapat duit poket mereka akan melancong sepuasnya. 8. bonus idea. jika anda yag tidak ada resiko dan mahu melancong, anda join kesukarelawan keluar negara. biasanya semuanya akan ditangguang sepeuhnya..

Page 41: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 41

Buat Duit dengan tanaman cili

Saya ada formulanya sendiri, kali ini bukan setakat tanam pokok cili. saya

cari formula bagaimana boleh menjana pendapatan orang kampung, biar

sedikit tapi berterusan.

Sepokok cili boleh hidup lebih dari 6 bulan, hasilnya maksimum dari bulan

kedua - ke enam. Sepokok cili boleh menghasilkan 2.5kg atau lebih.

Bagaimana saya dapat angkanya setelah saya berpengalaman melaluinya,

mungkin ada yang punya pengalaman lain.

Kami menggunakan teknik fertigasi tetapi dengan modal yang minimum,

dan usaha memaksimumkan keuntungan. saya punya sekumpulan

researcher melakukan nya. Seperti tanaman serai, saya membuat SOP nya

supaya dia lebih terang dan jelas.

Page 42: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 42

cuba kira-kira

2.5kg x 3000 pokok = 7.5 tan

7.5 tan x RM10,000 setan (1kg = RM10 tolok harga borong) = RM75,000

- modal sistem dan anak pokok = RM24,000

- upah staf = 7.5 tan x rm2.5 per kg = RM18,750

- racun + baja untuk 6 bulan = RM2000.

keuntungan semusim = RM30,250 bersih.

pusingan kedua penanaman tidak perlu sistem lagi hanya anak pokok

sahaja.

pusingan kedua

7.5 tan x RM10,000 setan (1kg = RM10 tolok harga borong) = RM75,000

- modal sistem dan anak pokok = RM6,000

- upah staf = 7.5 tan x rm2.5 per kg = RM18,750

- racun + baja untuk 6 bulan = RM2000.

keuntungan semusim = RM48,250 bersih.

Untung bersih untuk setahun bagi 3000 pokok adalah RM 78,500.

Sepokok boleh untung bersih RM13. jika tanam 20,000 pokok bagaimana.

RM260,000.00

ianya benar kepada sesiapa yang berani mencuba

Page 43: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 43

Buat Duit dengan Menulis Buku

1. Memberi lebih maklumat -book tidak sedar dengan cara ini. Lebih 10%

pembeli e-book anda mahukan lebih informasi dari bab-bab yang terdapat dalam e-book anda yang anda tulis. Anda boleh membuat jualan susulan dari apa yang mereka mahukan. 2. Jawab setiap persoalan e-book anda

atau pembeli e-book anda kerana akan menambah kepercayaan mereka kepada anda dan syarikat. 3. Membina database pelanggan

database pelanggan yang baru atau pelanggan yang pernah berurusan dengan perniagaan dengan anda. Ramai antara kita tidak menguruskan perkara ini dengan betul. Mereka yang berkemungkinan membeli e-book anda adalah mereka yang pernah

Page 44: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 44

berurusan niaga dengan anda kerana mereka mempercayai anda, kebarangkalian lain adalah rangkaian pelanggan anda. Berikan satu e-book percuma atau harga yang sangat murah, minta mereka yang berminat menghantar email mereka kepada anda. Itu salah satu cara cepat untuk anda membangunkan database pelanggan yang berminat dengan cepat. 4. Mencari rakan penjual

-book. Berusaha untuk bekerjasama dengan penjual e-book yang besar supaya ruang kebarangkalian pasaran anda besar. Berkongsi keuntungan dengan mereka. 5. Memberi keutamaan pemasaran

-book dan boleh menghasilkan penulisan yang berkesan. Anda sepatutnya memikirkan untuk memberikan tugas pemasaran kepada syarikat lain yang lebih menumpukan pemasaran. 6. Membina nama dan kredibiliti penulis

kepercayaan pengikut yang sukakan penulisan anda. Anda perlu faham tentang target palanggan, jika penulisan anda sebuah e-novel kanak-kanak anda perlu tumpukan kanak-kanak yang mempunyai kuasa beli atau ibu bapa mereka. Begitulah seterusnya. 7. Masuk dalam alam digital

bukan lagi masa anda membeli buku, tiada kos mencetak, tiada kos penghantaran, dan membuatkan harga e-book boleh dijual dengan murah. Semuanya kearah itu. 8. Mudah diterima semua format

termasuk PDF, ePub or Kindle bagi memudahkan ianya dibeli oleh ramai

orang. Pastikan juga ia mudah dibuka dalam semua aplikasi computer atau

smart phone.

Page 45: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 45

Membela burung kenari dan arnab arnab

Cari haiwan yang senang dibiak, kedua-dua haiwan ini adalah haiwan

peliharaan dan ramai peminatnya. Selain dari itu senang dijual sama ada di

pasar malam, melalui facebook dan blog.

Selain dari itu, terdapat pelbagai jenis binatang yang sering dipelihara dan ia terdiri daripada pelbagai spesies yang jarang ditemui.

Malah terdapat juga binatang peliharaan yang dipelihara bukan sahaja mahal tetapi memerlukan perbelanjaan tinggi untuk menjaganya.

Tidak hairanlah perniagaan haiwan peliharaan menjanjikan pendapatan lumayan. minat untuk membela binatang eksotik semakin meningkat di kalangan masyarakat kerana keunikannya dan memiliki haiwan tersebut memberi satu kepuasan serta kebanggaan.

Page 46: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 46

Membuat perkhidmatan Catering dari Rumah

Kesenangan memasak di rumah untuk keluarga atau orang-orang tercinta

boleh dijadikan sarana menghasilkan pendapatan. Dengan membuka

Catering sendiri sebagai Bisnis Dari Rumah akan dapat membuat

keuntungan lebih dari hal yang selama ini hanya menjadi hobi. Meskipun

kedengarannya cukup sederhana, namun penting untuk tahu tentang

Bagaimana Memulai Bisnis Catering Dari Rumah.

Mulakan dengan mencari tahu informasi tentang Bisnis Catering sebanyak

mungkin. Belajar tentang ilmu bisnis, pemasaran dan operasi perlu juga

bila belum memiliki pengetahuan di bidang ini. Ikuti beberapa kelas untuk

mempersiapkan diri menjadi seorang usahawan catering, atau baca

beberapa artikel tentang ilmu bisnis dari Internet dan buku-buku yang

terdapat banyak dipasaran.

Ramai orang sudah tidak ada masa untuk memasak dengan bilangan yang

banyak dengan barang kelengkapan yang kurang. Anda boleh mulakan

dengan majlis yang kecil seperti sambutan hari jadi dan kenduri malam

jumaat.

Page 47: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 47

Buat Duit dari perkongsian yang anda tahu

Berkongsilah dari apa yang anda tahu. Mungkin anda pernah mempunyai

pengalaman membuat roti, kumpulkan mereka yang mahu tahu ilmu

membuat roti sedap dan ambil yuran sedikit. Mulakan dari yang kecil dan

buat hanya dirumah.

Jika anda pernah bekerja di bank , mungkin anda boleh berkongsi tentang

bagaimana tip-tip pinjaman mudah diluluskan.

Jika anda seorang yang pakar dalam membuat website, mungkin anda

boleh ajarkan orang bagaimana merekabentuk blog yang menarik pada

mereka yang berminat

Jika anda seorang petani, boleh berkongsi bagaimana dari pertanian anda

boleh buat duit. Contohnya seminar serai dan cili.

Page 48: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 48

Beli Bisnes

Spekulator dan trader hanya memerhatikan turun naik harga saham. Mereka mengkaji

pergerakan harga. Jika berlaku pattern A, maka jika jadi B, kita beli. Analisis seperti itu

berterusan. Nampak mudah. Bila stochastic oversold, kitasell. Eh, tapi kenapa harga terus naik?

Pening-pening.

Manakala seorang pelabur melihat operasi bisnes terlebih dahulu.

Bayangkan kita nak membeli bisnes burger di tepi jalan. Ada dapur, ada tong gas, ada gerai, ada

payung, ada barang mentah. Kita lihat pula pendapatan yang dijana oleh gerai burger tersebut.

Setelah kita menilai perkara-perkara seperti itu barulah kita tahu berapakah harga yang patut kita

beli.

Prinsip untuk membeli bisnes burger di tepi jalan adalah sama dengan membeli bisnes berbilion

ringgit. Tidak berubah. Jika kita dapat menilai bisnes burger tepi jalan, kita pasti dapat menilai

bisnes McDonald’s.

Justeru, beli saham macam kita nak beli sesebuah syarikat sepenuhnya. Ya, walaupun kita cuma

beli beberapa lot sahaja. Seterusnya, tunggu dan ikut cara pelabur hensem. Iaitu membeli

ketika Mr Market menawarkan harga diskaun berbanding nilai sebenar syarikat.

Page 49: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 49

5 Idea Bisnes Perkhidmatan Penghantaran

May 15, 2013 by Pakdi.net 4 Comments

“Saya nak berniaga, tapi tak tahu nak jual apa”

“Buat bisnes yang dapat selesaikan masalah orang lain”

Jika perniagaan kita dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain, maka ketahuilah bisnes

tersebut sentiasa mendapat permintaan yang berterusan. Pengangkutan antara masalah yang

ramai orang hadapi.

Tak sempat ambil anak dari sekolah.

Malas nak keluar rumah beli makanan.

Tidak ada kenderaan untuk bergerak.

Sibuk dengan kerja.

Dan pelbagai masalah lagi yang berkaitan dengan pengangkutan ini.

Page 50: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 50

Food Delivery Service

Syarikat makanan segera seperti DominoPizza, McDonalds & Pizza Hut

antara syarikat yang memang terkenal dengan servis penghantaran

mereka. Telefon sahaja, dalam 30 minit sudah sampai depan pintu rumah.

Kita dapat lakukan benda yang sama dengan menawarkan servis

penghantaran makanan terus ke rumah atau pejabat. Contohnya seperti

hantar makanan di dalam mangkuk tingkat. Servis sebegini kebiasaannya

pelanggan akan bayar untuk sebulan terus. Kita dapat berikan senarai

menu untuk tempoh sebulan. Setiap hari kita akan buat penghantaran

pada waktu yang sama. Mudah untuk kita uruskan.

Page 51: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 51

Grocery Delivery Service

Servis beli barangan runcit, sayur atau makanan basah.

Beri senarai barang yang hendak dibeli, kita pergi beli, kemudian hantar

terus depan rumah. Tak perlu nak susah-susah keluar pergi Giant, Tesco

untuk beli barangan tersebut. Sesuai untuk mereka yang sibuk atau

mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Personal Driver Service

Alternatif yang lebih eksklusif berbanding naik bas sekolah.

Sebagai contoh kita cari 3-5 orang pelanggan yang terdiri dari pelajar

sekolah. Kita pergi ambil dari rumah dan hantar ke sekolah pada waktu

pagi. Kemudian, ambil dari sekolah dan hantar pula ke sekolah agama

petang. Petang kita ambil dan terus hantar pulang ke rumah. Servis begini

boleh caj harga premium antara RM300-RM500 sebulan.

Page 52: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 52

Bill Payment Service

Pernah tengok orang beratur di pejabat pos semata-mata nak bayar bil air

,bil internet dan eletrik?

Kita pun hairan kenapa diorang sanggup beratur sedangkan kini semuanya

boleh dilakukan secara online. Kita boleh tawarkan perkhidmatan untuk

bantu mereka bayar bil-bil tersebut. Boleh buat promosi flyers dan hantar

dari rumah ke rumah. Kumpul dan bayar secara online. Sediakan juga bukti

pembayaran untuk diserahkan semula kepada pelanggan.

4 Idea Jana Pendapatan RM100 Sebulan

Kayuh perlahan-lahan.

Jika kita baru buat bisnes, jangan terus sembang juta-juta. Kontrak itu

kontrak ini. Kenal orang politik sana kenal orang politik sini.

Sasarkan dulu pendapatan serendah RM 100 sahaja sebulan dulu. Dah

konsisten dapat, gandakan jadikan dia RM 500 ke. Seterusnya sampai

menyamai gaji setiap bulan.

Ok?

Page 53: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 53

Berikut adalah 4 idea ringkas untuk menjana pendapatan.

1. Sewakan wifi

Kalau anda pengguna Unifi atau Streamyx, cara ini mungkin untuk anda.

Begini.

Anda bekerja dari pagi hingga ke petang, hujung minggu pula keluar.

Kadang-kadang sahaja guna internet, paling lama pun mungkin dalam 3-4

jam sahaja sehari. Tetapi tiap-tiap bulan perlu bayar penuh. Guna atau tak

guna masih perlu bayar. Apa kata anda tawarkan kepada 3 orang jiran

anda unlimited access kepada internet anda dengan harga misalnya RM35

sebulan? Hanya berikan password sahaja kepada mereka. Alang-alang tak

guna, baik kasi orang lain guna. Duit pun dapat.

2. Bawa orang pergi kerja

Cara ini untuk mereka yang membawa kereta ke tempat kerja.

Mungkin anda duduk di Shah Alam, tapi kerja di KL. Seorang sahaja dan

ada 3 tempat kosong lagi. Rugi sahaja biarkan. Memang setiap hari kita

kita pergi kerja. Kena bayar tol, bayar minyak lagi. Setiap bulan kita dah

tetapkan perbelanjaan yang tetap untuk kos pengangkutan ini. Cari 2

orang lagi yang selalu guna public transport ke tempat kerja. Tawarkan

servis menghantar mereka ke tempat kerja dengan bayaran yang lebih

murah daripada naik bas atau komuter. Alang-alang kosong seat depan

dan seat belakang, baik tawarkan servis tersebut.

Page 54: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 54

3. Jadi ejen takaful kenderaan

Komisyen yang kita akan dapat sekiranya kita menjadi ejen insurans kereta

adalah 10% dari jumlah yang dibayar. Sebagai contoh ada kereta yang

kadar perlindungan takafulnya adalah RM 500, maka kita akan dapat RM50

sebagai komisyen. Jadi, untuk mendapatkan duit tambahan sebanyak

RM100 sebulan, kita hanya perlu cari 2 orang rakan sahaja setiap bulan.

Setahun 24 orang. Selepas habis setahun, follow up balik kawan-kawan

lama tersebut, minta renew lagi dengan kita. Takkan tak ada 24 orang

kawan yang pakai kereta?

4. Jual dan beli barang di Mudah.my

Marketplace yang terkenal di Malaysia adalah Mudah.my. Ada juga website

lain seperti Lelong dan eBay. Di sini ramai seller dan buyer berkumpul

untuk jual beli barang terpakai dan juga barang yang baru. Teknik ini

dinamakan beli dan jual balik. Teknik ini pernah ada orang buat dan

memberikan pulangan sekitar RM500 sebulan.

1. Pastikan anda sentiasa alert dengan harga market price sesuatu barang

dan sentiasa rajin membuka website yang saya sebutkan di atas. Contoh

harga iPhone 4 second hand sekarang RM900. Suatu hari ada jumpa orang

yang hendak jual dengan harga RM850, murah RM50. Terus beli.

2. Pegang dahulu stok tersebut dalam 1-2 minggu dan kemudian relist

semula di Mudah. Jual pada harga RM900, untung RM50 sahaja. Tak

banyak untung, tapi senang nak jual. Jual 2 item sebulan, sudah dapat

RM100 setiap bulan. Pastikan barang yang dibeli di dalam kategori hot item

supaya kebarangkalian kita jual item tersebut pada harga yang kita mahu

adalah tinggi.

Page 55: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 55

7 Idea Bisnes Simple Untuk Siswa

1. Jual topup

Boleh dikatakan bisnes “confirm” tak rugi. Semua orang pakai handphone.

Majoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit dalam universiti

tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual benda yang sama.

Sebab apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”. Pukul 1 pagi pun orang

boleh ketuk pintu bilik nak beli topup. Walaupun untung kecil, tapi

permintaan (volume) ada.

2. Nasi Lemak atau Burger

Bisnes untuk orang lapar.

Sila jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu

Maghrib dan Isya‟, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal

untuk supply nasi lemak dan burger tersebut. Tak tahu nak cari supplier?

Ajak lecturer yang tinggal dalam kampus ajak JV, he he he, pastikan dia

business minded juga. Ataupun JV dengan makcik cafe pun boleh. Kadang-

kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada.

Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda

yang dia cari.

Page 56: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 56

3. Jual T-shirt

Di dalam universiti, banyak persatuan pelajar. Setiap persatuan pelajar ini

wajib buat program masing-masing sebab pihak universiti sudah beri

peruntukan khas untuk mereka. Selalunya mereka akan buat t-shirt

berdasarkan program yang akan mereka anjurkan. Kita boleh jadi ejen

printing t-shirt tersebut. Ambil tempahan, design, kutip payment, semua

kita buat. Kira servis juga. Tempahan selalunya di dalam kuantiti yang

banyak. Memang seronok sebab banyak komisyen yang dapat.

4. Printing

Tak semua orang ada printer sendiri. Ada sesetengah fakulti tak banyak

sangat benda kena print. Dalam satu semester, mungkin dalam 20-50 helai

sahaja yang kena print. Jadi, tak berbaloi nak beli printer sendiri. Kita boleh

tawarkan servis printing ini dengan kadar caj sekitar RM0.10-RM0.30 sen

sehelai. Pastikan kita beli printer yang berkualiti dan jimat kos.

5. Makanan ringan

Barangkali anda pernah lihat situasi ini di universiti anda. Di satu sudut,

ada orang letak makanan ringan seperti keropok, air kotak, roti, biskut,

gula-gula, air mineral dan kemudiannya meletak tabung kosong di sebelah

makanan tersebut. Untuk mengelakkan orang tak bayar, penjual akan letak

“Sila bayar, Allah maha melihat setiap perbuatan hambaNya”. He he he.

Page 57: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 57

Sampai sekarang masih ada yang buat. Maksudnya memang orang ambil

dan bayar walaupun tak ada orang yang jaga. Kalau tak bayar, confirm

penjual tu dah tutup sebab rugi. Boleh diamalkan di dalam universiti

sahaja, di luar tak sesuai.

6. Video Montaj & Design

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar membuat video montaj di awal

majlis untuk memeriahkan lagi suasana program yang sedang berlangsung.

Tak ramai yang pandai buat video montaj yang gempak. Kalau kita ada

kemahiran, boleh tawarkan servis ini kepada mereka. Pakejkan sekali servis

design buat nametag. Kalau hasil kerja kita memang gempak, selepas tu

persatuan lain pula akan cari kita.

7. Servis fotostat

Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli”

dalam kelas kita. Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal,

dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar

ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita

tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita

mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak

RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga,

janji kerja dia siap.

Jangan jual rokok sudah, tak pasal kena buang kolej nanti. Jual yang

dibenarkan sahaja ok.

Page 58: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 58

Cara Mulakan Bisnes Tanpa Modal – Bisnes

Dropship

Ramai orang cuba menjadikan modal sebagai alasan untuk sukar

memulakan perniagaan sendiri.

Tapi tahukah anda, satu model bisnes yang dapat bermula tanpa modal?

Bisnes dropship.

Model bisnes ini sudah lama popular di negara seperti US tetapi baru

mendapat nama di pasaran Malaysia. Dropship konsepnya mudah. Kita tak

payah susah-susah cari modal untuk beli stok barang fizikal. Tak perlu

menyimpan stok. Hanya promosikan barang dan selebihnya akan diuruskan

syarikat dropshipper. Syarikat dropshipper akan berikan harga yang lebih

murah daripada harga pasaran. Perbezaan harga tersebut kita simpan

sebagai profit jualan produk yang dijual.

Mari kita tengok dengan lebih jelas.

Page 59: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 59

3 orang terlibat di dalam proses ini iaitu 1) penjual, 2) pembeli dan 3)

dropshipper -syarikat yang menguruskan inventori dan penghantaran

produk. Prosesnya seperti berikut:

1. Penjual akan meletakkan gambar dan description produk di website

mereka.

2. Pembeli akan membuat pembayaran untuk membeli produk tersebut.

Page 60: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 60

3. Pembeli membayar harga produk tersebut dengan harga pasaran

beserta kos penghantaran.

4. Penjual menyerahkan order detail seperti nama, alamat, kuantiti kepada

dropshipper beserta dengan bayaran produk tersebut (wholesale price+kos

penghantaran).

5. Dropshipper akan menghantar produk tersebut terus kepada pembeli.

Kebiasaannya identiti syarikat dropshipper dirahsiakan untuk menjaga

kepentingan penjual yang mempromosikan produk tersebut.

Kebiasaannya syarikat dropshipper mengenakan yuran bulanan atau

tahunan kepada para penjual sebagai management fee. Syarikat

dropshipper yang baik akan memberikan semua kemudahan untuk anda

seperti online store, gambar produk yang berkualiti tinggi, maklumat

lengkap produk, dan yang paling penting support yang pantas dari mereka.

Pemilihan produk yang betul juga antara faktor yang penting sebelum

memilih sesebuah syarikat dropshipper itu. Pastikan produk yang

dibekalkan mempunyai permintaan yang sedia ada di pasaran.

Kelebihan Bisnes Dropship

1. Tak perlu modal untuk beli barang.

2. Tak perlu simpan barang (inventory). Tak perlu risau barang tak habis.

Page 61: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 61

3. Bagi mereka yang masih bekerja sepenuh masa, dengan bisnes model

ini, anda tidak lagi perlu pening kepala untuk menguruskan urusan

penghantaran. Semuanya telah disediakan oleh pihak dropshipper.

4. Boleh buat secara part time. Memandangkan hampir 70% kerja-kerja

pengurusan telah disiapkan oleh orang lain,maka anda tidak perlu masa

yang banyak untuk menjalankan bisnes ini. Anda hanya perlu promosi

sahaja. Dapat order, beri kepada dropshipper, kemudian dropshipper

hantar barang. Siap. Mudah.

5. Risiko yang rendah. Modal untuk beli barang tak perlu. Kedai tak payah

sewa.

Kenapa Wujud Bisnes Dropship?

Bisnes model ini wujud adalah untuk menyelesaikan masalah sebahagian

besar usahawan yang baru menceburkan diri di dalam dunia perniagaan.

Usahawan baru kebiasaannya kekurangan modal untuk membeli stok

barang. Masa pun tak ada untuk buat kerja-kerja pengeposan sebab ramai

diantara mereka masih bekerja secara sepenuh masa. Jadi, dengan adanya

konsep sebegini dapat membantu para usahawan baru untuk bermula.

Kalau anda biasa berniaga secara offline, anda boleh print gambar yang

dibekalkan dan jadikan katalog (ada dropshipper yang menyediakan

katalog percuma). Promosikan di rakan-rakan anda di pejabat, saudara-

mara dan sesiapa sahaja yang berminat dengan produk berkenaan.

Sekiranya hendak promosi secara online, anda boleh promosikan di

Facebook, Mudah, Lelong, Ebay atau di website anda sendiri.

Page 62: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 62

Anda hanya perlukan laptop,internet atau katalog untuk bermula. Alasan

“tidak ada modal”, “tak tahu nak jual apa‟ sudah tidak relevan.

Tidak ada alasan lagi untuk tidak berniaga.

Page 63: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 63

BONUS

Marketing Revolution Strategy

Saya kongsikan 5 langkah dalam menguasai Marketing revolution strategy

(MRS) dalam bisnes anda.

1. Penawaran yang menarik. terdapat 15 cara penawaran yang menarik.

Jika anda belum mempunyai penawaran yang menarik dalam produk anda,

lakukan sekarang. salah satu contoh produk atau perkhidmatan anda

perlulah unik. Anda tentu mahu tahu 14 cara yang lain bukan, saya

kongsikan kemudian.

2. Harus boleh dipercaya ini adalah syarat kedua dalam MRS untuk produk

anda. Terdapat 12 cara bagaimana untuk membuatkan barangan dan

perkhidmatan anda boleh dipercaya. salah satunya dan yang paling penting

adalah money back guarantee. Kekadang pelanggan takut untuk membeli

barangan anda kerana mungkin kurang sesuai untuk mereka, dikala anda

menawarkan money back guarantee mereka akan percaya akan

perkhidmatan dan produk anda. banyak lagi cara untuk memberi

pelanggan percaya dengan anda. Tentu anda mahu tahu 12 cara yang lain

kan..

3. Cara yang tepat dalam penawaran. Dalam menawarkan sesuatu

barangan anda perlu dengan cara yang tepat untuk meyakinkan pelanggan

anda. Jika cara nya salah anda tidak akan dapat menjual dengan laku

keras.

4. Target market yang tepat. Langkah ini juga sangat penting, walaupun

anda telah membuat penawaran yang baik dengan barangan itu boleh

dipercayai dan mengunakan cara yang tepat tetapi jika anda tidak

menawarkan kepada market yang betul maka barangan anda tidak boleh

dijual dengan cara yang cepat, banyak dan berulang kali. Contohnya anda

mahu menjual kereta berkuasa tinggi tetapi membuat pameran di lapangan

Page 64: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 64

sebuah universiti, mugkin menyebabkan kereta anda hanya akan laku

setelah 10 tahun lagi kerana setelah pelajar itu semua telah bekerja dan

ada duit. terdapat 10 ciri menentukan bagaimana membaca target market

yang tepat yang harus anda tahu.

ramai orang hanya menggunakan iklan dalam menentukan target market

yang tepat. Kekadang teknik ini salah dan menggunakan duit yang banyak

secara boros. contohnya anda menjual perniagaan otak-otak. untung otak-

otak hanya 10sen satu tetapi anda menghabiskan duit dengan branding

dan membuat poster dan banner sehingga 30 keping. Jika satu banner

RM80, bila nak dapat balik duit modalnya. Banyak cara lain sebenarnya

dalam mendapat target market yang betul. rasanya anda nak tahu tak...

5. Hukum keterbatasan. Ini sangat penting dan sangat berkesan. sukar

diajar melalui penulisan. Contohnya anda perlu memberi keterbatasan

masa kepada pelanggan anda dalam menjual satu-satu barangan. ada 12

cara lain menentukan keterbatasan dan membuatkan pelanggan berebut

mahukan barangan anda. ianya benar.

Dalam keterbatasan waktu saya dan keterbatasan cara saya menjelaskan,

saya harap anda mendapat sesuatu dalam perkongsian pagi ini. ianya

sesuatu yang luar biasa dimana kadang-kadang anda perlu menggunakan

strategy yang tidak ber strategy untuk menang dalam menjual, ianya sama

dengan "membrandingkan produk yang tidak kelihatan di "branding" kan.

Page 65: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 65

BONUS

kisah Bisnesman carwash

Seorang datang kepada saya dan bercerita dia mengusaha carwash. dia

membuka carwash telah 6 bulan. dia semangat dengan yang diberi rakan-

rakan dan lebih semangat bila join seminar 'semangat berniaga' anjuran

beberapa pihak. dia meminjam separuh modalnya dari ibu mertuanya yang

baru sahaja pencen dan separuh lagi dari duit simpanannya. malangnya

peniagaan nya kurang maju, dia mahu menutup kedainya.

Page 66: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 66

Saya terdiam dan tunduk, teringat cerita seorang saudara saya yang

mengalami nasib yang sama satu ketika dulu. tetapi pada masa itu saya

masih belum menguasai ilmu marketing revolution, kami menggunakan

teknik yang pelbagai mempromosi carwash kami malangnya sangat sedikit

fackback. Akhirnya carwash itu ditutup kerana masa itu saya kurang ilmu

menjual laku. begitu juga berlakunya ramai orang lain, kita lebih pandai

membuat, mengilang, menanam tetapi kurang pandai menjual.

saya memberikan pendapat;

1. marketing bukan semata-matanya pengiklanan. jika salah gayanya

membazir sahaja.

2. target market yang betul adalah sangat penting, jika dibuat banner pun

kekadang bakal pelanggan sudah "buta iklan" kerana terlalu banyaknya

iklan diluar sana, perlukan revolution

3. menggunakan gabungan hukum keterbatasan membuatkan pelanggan

berebut-rebut menghantar kereta ke carwash.

4. Penawaran yang menarik adalah sangat penting. bukan perlu cantik

tetapi perlu lengkap dengan perkara basic misalnya tempat rehat

pelanggan yang menunggu keretanya dibasuh.

5. perlu cara yang betul dalam menawarkan produk yang hendak dijual.

Page 67: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 67

Dengan satu idea yang biasa-biasa, saya menukar carwash tersebut sepi

kepada berduyun-duyun orang datang sehingga tidak sampai sebulan

carwash tersebut ceria semua dan terus ramai pelanggan membasuh

kereta disitu setiap hari. baru saya perasan "Dari idea boleh buat duit".

Beberapa idea yang saya aturkan untuk carwash itu adalah.

1. Menambah keselesaan tempat menunggu bagi pelanggan yang

menunggu kereta mereka dibasuh dengan majalah, kipas angin dan kerusi.

Sebelum ini carwash itu tidak ada tempat menunggu, walaupun ada kedai

makan berhampiran dengan carwash tersebut tetapi ramai pelanggan nak

melihat sendiri kereta mereka dibasuh. Ini adalah untuk memastikan

penawaran yang terbaik bagi carwash tersebut. selain dari itu faktor

kecepatan dan ramainya pekerja juga memain peranan penting.

2. Saya meminta untuk dibuatkan promosi percuma selama 2 minggu.

pelanggan diberi kopun percuma membasuh kereta dalam tempoh dua

minggu untuk basuhan luar yang biasanya diberi harga RM8 sebuah. Bila

pelanggan datang mereka diberi lagi bonus dengan membersihkan hingga

kedalam kereta yang biasanya dibayar dengan harga RM20 semuanya

percuma. minta pelanggan mewar-warkan pakej cuci percuma ini. mereka

akan bercakap dan sms kepada kawan-kawan mereka tanpa disuruh. ini

namanya marketing mulut ke mulut adalah sangat berkesan. berduyun-

duyun mereka datang.

3. Carwash yang dulunya orang tak tahu sekarang mereka sudah tahu dan

menjadi bualan dan buah mulut mereka di daerah itu. ambil database

pelanggan, layan mereka dengan baik. Penawaran yang menarik dangan

hukum keterbatasan membuatkan pelanggan akan datang tanpa henti,

Page 68: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 68

berulang kali dan terjual dengan segera. tenpoh 2 minggu promosi adalah

tempoh waktu yang paling sesuai. selepas dua minggu mereka terus

menerus mengunjungi carwash tersebut.

tak perlu banner yang banyak untuk memberitahu orang. memang banner

anda akan dibaca orang tetapi berapa pratus pelanggan anda yang

membacanya. cara marketing pelbagai, perkara yang terpenting adalah

produk anda "laku".

Page 69: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 69

BONUS

Lapan tip jurujual hebat

1. Anda hanya dapat menjual jika anda percaya dengan barangan tersebut

Kepercayaan kepada barangan dan produk untuk anda jual adalah satu

perkara kemestian. Sebelum menjual, gunalah, pakailah dan fahamkan

seadanya barangan yang nak dijual tadi. Jika anda sudah percaya, saya

percaya anda boleh menjualnya dengan hebat.

2. Be clear and direct

Barangan tu selalunya memang dah anda tahu kegunaan nya. malangnya

pengguna belum tahu lagi kebaikan nya, kesesuaian nya. anda perlu

menerangkan dengan baik dan semudah yang boleh. This is important

because the biggest problem in sales is client confusion.

3. kenali pelanggan anda sebelum menjual.

Sebelum menjual ada baiknya anda mengetahui secara asas bakal

pelanggan anda dan menjualkan mereka lebihkan skop kelebihan untuk

kegunaan mereka.

4. Harga barang terletak siapa yang menjual, bukan kualiti barang.

ini semua adalah bagaimana pelanggan melihat presentation anda,

fahamkan ..semuanya termasuk pakaian, cara menyampaikan hingga

kertas kerja yang di sediakan. tip menjadi jurujual yang hebat

Page 70: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 70

5. buat presentation anda menarik dan bersemangat

kebiasaannya saya menghadapi masalah dengan salesman yang membuat

persembahan yang membosankan. buat persembahan anda menarik,

tarikan yang menarik ianya berjangkit seperti menguap.

6. Jika anda tidak tahu, jangan jawab.

Ramai orang tersilap, menjual bukan seperti ilmu ahli politik yang semua

soalan perlu jawapan. jika anda tidak tahu dengan jawapan kepada soalan

yang di tanya jangan kelentong kerana perbohongan sahaja yang boleh

menutup pembohongan seterusnya. menjadi jurujual hebat anda perlu

dipercaya tinggi, lebih tinggi anda dipercaya lebih besar angka jualan anda.

7. Mulakan dengan Humor dengan menukarkan suasana ceria.

Saya berikan satu idea, selalunya untuk memulakan meeting selalunya

ramai yang akan menukar business card, anda perlu ambil peluang ini.

buat dan cipta business card yang mempunyai unsur humor, tetapi anda

haruslah melihat suasana. anda jadikan perkara itu sebagai ice-breaker

menyebabkan mereka mungkin ingat dengan lawak anda dan membuatkan

anda lebih mudah kenal mereka.

8. You can always be better

Ilmu menjual adalah seni bukan ilmu sains maksudnya ianya boleh

berubah dan sentiasa ada sahaja perkara baru dalam seni menjual. anda

perlu belajar dan terus belajar.

Page 71: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 71

Iklan pengiklanan

Saya tahu pengiklanan untuk sebuah syarikat kecil adalah terlalu mahal,

malam ni saya sertakan bebrapa idea pemasaran yang boleh anda gunakan

untuk bisnes kecil anda.

1. Buat kalendar untuk pelanggan anda dengan nama kedai anda dan

alamat di atasnya.

2. Cetak jenis produk yang anda jual atau perkhidmatan yang ditawarkan

di belakang kad perniagaan anda.

3. Sentiasa membawa bisnes kad.

4. Sertai persatuan berkaiatan atau organisasi yang berkaitan dengan

industri anda.

5. Jika membeli barangan anda jangan lupa memberi borang kaji selidik

untuk anda mengambil database mereka,

6. membuat dan membangunkan pamphlet yang menarik untuk bisnes

anda. Baru le orang tak buang

Page 72: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 72

7. Menjalankan "seminar" atau "open house" untuk bisnes anda supaya

pelanggan anda boleh memberi maklumbalas tentang produk.

8. Cetak "slogan" binses anda di kepala surat , email, feks dan lain-lain

dokuman. pelanggan akan ingat produk anda.

9. Membangankan laman web...ini memang wajib. cuba ambil alamat URL

yang simple yang mudah di ingat yg berkaitan dengan bisnes anda.

10. kumpul testimoni pelanggan anda berkaitan dengan produk dan

perkhidmatan anda supaya pelanggan lain percaya dan yakin dengan

produk anda.

Page 73: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 73

BONUS

Koleksi idea gila-gila dalam bisnes, mungkin boleh digunakan...apa idea

bisnes anda?

PINGGAN BOLEH DIMAKAN?

Idea pengusaha restoran perkenalkan gimik kreatif yang berjaya tarik

ramai pelanggan!

JUAL BATU SUNGAI!

Pelik! Jangan terkejut idea usahawan ini jadikannya jutawan dalam sekelip

mata!

PONDOK TELEFON UNIK!

Usahawan ini perkenalkan bisnes pondok telefon yang tidak mempunyai

telefon!

SALON GUNTING RAMBUT BERGERAK!

Ketahui bagaimana wanita ini berjaya berikan nafas baru kepada bisnes ini!

BISNES LAWATAN KE TEMPAT YANG MENYERAMKAN!

Dapatkan kisah unik usahawan kreatif ini yang berjaya tarik ramai

pelanggan dari dalam dan luar negara!

BISNES KREATIF DARI PENUTUP BOTOL!

Insiden tak sengaja ini beri ilham bisnes kepada lelaki ini dan jadikannya

jutawan!

JUAL PAYUNG TERJUN UNTUK KAPAL TERBANG?

C

h

a

Page 74: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 74

Ketahui bagaimana sekumpulan jurutera hasilkan idea kreatif dan inovatif!

JOHNY GLOW - PELEKAT BERSINAR

Produk unik ini bantu kita agar tidak lagi teraba-raba berjalan dalam gelap.

Anda pasti kagum dengan idea bisnes yang kreatif ini!

PAPAN GOSOK PAKAIAN YANG SEKSI & AJAIB!

Anda mesti dapatkan kisah bisnes ini yang amat kreatif dan menarik hati!

BISNES CUCI KEDAI!

Ketahui bagaimana lelaki tua ini hasilkan RM5000 sebulan! Bijak sungguh!

IKLAN DI KEPALA!

Ketahui bagaimana lelaki ini gunakan kepalanya sebagai media iklan!

PENGIKLANAN DI PENYANGKUT PAKAIAN!

Idea kreatif iklan pada 'hanger' baju. Belum pernah dibuat lagi di Malaysia.

Menarik!

LEMBU UNTUK DISEWA!

Penternak di pergunungan Swiss ini bisnes sewa lembu di internet.

Dapatkan kisahnya!

TEKSI SKOOTER!

2 sahabat berkongsi idea sediakan khidmat pelik dengan menggunakan

skooter bermotor!

JUTAWAN KERUSI URUT!

Ketahui bagaimana idea lelaki ini hasilkan bisnes bernilai 4 juta dollar!

JUAL LABEL BOTOL!

Ketahui bagaimana jurujual ini berjaya dengan bisnes label botol air

mineral! Kreatif!

Page 75: Laris

R A H S I A I D E A B I S N E S T E R L A J A K L A R I S T A H U N 2 0 1 4

Page 75

JUAL RIBEN GERGASI!

Dapatkan kisah kejayaan wanita ini dengan bisnes menjual riben gergasi

dari rumah!

JUAL STIKER DI INTERNET!

Ketahui bagaimana remaja ini menjual jutaan stiker secara online di

internet!

JUAL AKSESORI KERETA!

Idea bisnes ini kalau di buat di Malaysia, pasti menguntungkan. Belum ada

orang buat lagi!

KELAB CARI JODOH

Wanita ini anjurkan khidmat 'dating' khusus untuk jutawan. Ikuti kisah

kejayaannya ini!

SIARAN LANGSUNG MAJLIS PERKAHWINAN!

Perkhidmatan syarikat ini lengkapkan keperluan majlis perkahwinan. Kreatif

dan bijak!

+++++++++++++++++++++++++++++ SEKIAN TERIMA KASIH +++++++++++++++++++++++++