laporanpengerusi

Upload: yu-wen-wong

Post on 09-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN PENGERUSI

Laporan sebelum

Dalam semester 2 PISMP, semua guru pelatih diwajibkan menjalani program Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan khidmat masyarakat. Pada 13 Mac 2015, Kami telah mengadakan mesyuarat kali pertama iaitu mesyuarat agung untuk perlantikan jawatankuasa. Pemilihan jawatankuasa tertinggi dibuat dengan menggunakan kaedah undian. Berdasarkan undian tertinggi, saya, Wong Yu Wen, telah dilantik sebagai pengerusi dan Sakila a/p Krishnan telah dilantik sebagai naib pengerusi. Seterusnya, Suki Ha Chi Wei dan Ng Yee Yee dilantik sebagai setiausaha dan naib setiausaha dan akhirnya Megalah a/p Parthipan dilantik sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa lain juga turut dibentuk iaitu terdiri daripada AJK Pendokumentasian, AJK Makanan, AJK Peralatan, AJK Perhubungan, dan AJK Keselamatan. Selain itu, kami turut menentukan aktiviti yang ingin dijalankan untuk Program Bina Insan Guru kami kali kedua. Kami telah memberikan cadangan yang berbeza dan akhirnya aktiviti keceriaan bengkel PSV telah ditentukan sebagai aktiviti khidmat masyarakat kami.Seterusnya, mesyuarat kali kedua turut diadakan sebagai persediaan awal kepada aktiviti masyarakat kami. Mesyuarat kali kedua dijalankan pada 27 Mac 2015.Dalam mesyuarat kedua, kami telah memastikan setiap AJK bersiap sedia dengan tugasan masing-masing.

Selepas perbincangan selesai, pengerusi telah mengambil alih perbincangan dengan memberikan penerangan mengenai format penulisan laporan BIG bagi memastikan kami dapat menghasilkan laporan yang bermutu dan berkualiti seiring dengan kehendak garis panduan tugasan yang telah diberikan.

Laporan semasa

Pada 16 April 2015, kami telah berkumpul di bilik seni C0.2 iaitu di tingkah paling bawah blok C di IPG Kampus Raja Melewar pada pukul 2.30pm. Saya berasa bersyukur kerana semua pelajar dalam kelas adalah bekerjasama kerana setiap pelajar telah hadir ke pada masa yang ditetapkan. Selepas kami menyediakan alatan yang diperlukan, kami telah memulakan aktiviti keceriaan bengkel PSV. Dalam pelaksanaan kerja, semua pelajar bekerjasama dan mementingkan keselamatan antara diri dengan rakan supaya kecederaan tidak berlaku. Kami telah memulakan keceriaan bengkel dengan menyusun karya-karya lama yang berselerak serta menyusun rak-rak yang ada pada bengkel PSV dan menyusun atur meja dan kerusi supaya kelihatan kemas. Seterusnya, kami telah berhenti pada pukul 4.30pm dan kerja keceriaan kami akan diteruskan pada keesokan hari.Pada 17 April 2015, kami juga berkumpul di bilik C0.2 dan memulakan kerja keceriaan kami pada pukul 2.30pm. Hari ini kami telah membawa kain buruk sendiri untuk mengelap kerusi dan meja, menyapu lantai dan mengemop lantai supaya bersih. Setiap pelajar menjalankan tugasan masing-masing dengan bersungguh-sungguh dan saling membantu. Selain itu, kami telah menglap kesan pen marker pada papan putih dengan menggunakan tiner supaya papan putih kelihatan bersih dan memudahkan pensyarah dalam menjalankan pengajarannya. Selepas keceriaan tamat, setiap pelajar telah mengemas peralatan dan menutup lampu serta kipas dalam bilik. Laporan selepas

Selepas selesai program khidmat masyarakat ini, kami diminta untuk menyediakan satu laporan khusus mengenai program khidmat masyarakat gotong -royong yang telah kami laksanakan. Oleh itu, saya sudah mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat program. Saya telah mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan di dalam buku catatan untuk rujukan peribadi. Selain itu, saya turut menangkap gambar untuk dimuatkan di dalam laporan.Disediakan oleh,

_____________

(WONG YU WEN)

Pengerusi Aktiviti Keceriaan Bengkel

Program Bina Insan Guru Ke-2